
“Nak, beli madu ni nak. Bagus madu ni”, kata pakcik di sebelah saya.
“Tak apa pakcik, di rumah saya ada lagi madu belum habis. Membazir pula nanti”, saya membalas dengan baik.
“Jangan begitu, nak. Madu ini berkualiti tinggi dan pakcik menjualnya untuk anak yatim. Ini surat pengesahan”, pakcik tersebut sedikit mendesak.
Beliau mengeluarkan sijil Halal JAKIM. Saya melihatnya ala kadar kerana saya tidaklah ada keraguan terhadap halal atau tidaknya madu, hingga perlu disahkan oleh JAKIM. Namun dokumen berkenaan Rumah Anak Yatim itu saya perhatikan. Kurang pasti kesahihannya.
“Madu ni hidup. Jadi dia tak rosak. Elok untuk dewasa dan kanak-kanak”, katanya lagi. Tiba-tiba beliau mengambil dan membuka botol susu Imad, lalu terus menuangkan sedikit madu ke dalamnya.
“Hishh, mengarut betul pakcik ni. Sabar, sabar… aku puasa”, hati saya mendengus kemarahan.

Atuk, tanpa madu pun saya dah tembam macam ni!
“Berapa harga madu ini?”, saya bertanyakan harga. Semata-mata mahu segera menamatkan skesta menyakitkan hati di pusat membeli belah itu.
“Dua botol RM30″, balasnya sambil membungkuskan dua botol madu tersebut.
“Eh, satu sudah. Saya tak nak membazir”, saya menahan tangan pakcik tersebut.
“Ambillah dua, dapat beri lebih lagi kepada anak-anak yatim”, jawabnya dengan penuh yakin.
Saya panas hati.
Sambil membungkus botol madu itu, beliau menasihati anak saya Saiful Islam supaya mendengar cakap ibu bapa, solat berjemaah dengan ayah dan menjadi anak yang baik. Saiful Islam tidak begitu mengendahkan cakap beliau kerana masih tertumpu kepada perbuatannya memasukkan madu ke dalam botol susu Imad.
Saya mengeluarkan wang kertas RM50 untuk membayar harga dua botol madu itu tadi.
“Duit lebih ni (RM20) pakcik tak payah pulangkanlah ye nak. Kita bagi anak yatim!”, katanya sambil memasukkan terus wang kertas saya itu tadi ke dalam poketnya.
“Pakcik!!”, saya hilang sabar.
“Walaupun pakcik jual madu ini untuk tolong anak yatim sekali pun, tapi cara pakcik berniaga ni salah!”, saya sedikit meninggikan suara.
Pakcik tersebut tersentak.
Beliau menggangguk dan memulangkan RM20 kepada saya.
Saya tidak menghabiskan ayat kerana mahu segera menekan butang PAUSE. Saya mengurut dada dan berkata perlahan, “aku posa, aku posa!“.
Biar pun jualan itu adalah untuk membantu anak yatim, cara pakcik tersebut berniaga sungguh tidak kena. Beliau mendesak saya, bertindak memasukkan madu itu ke dalam botol susu anak saya tanpa kebenaran, dan menekan-nekan hingga akhirnya saya membeli bukan kerana mahukan madu, atau malah mungkin juga bukan kerana mahu menolong anak yatim, sebaliknya semata-mata kerana mahu ‘menghalau’ beliau.
Apakah ini suatu format gharar?
Biar pun konsep Gharar itu tidak berada di tahap signifikasinya seperti riba, namun ia juga merupakan unsur yang umumnya harus dijauhkan dari sebarang proses muamalat. Perbuatan-perbuatan yang menghilangkan rasional pembeli hingga akhirnya melakukan pembelian tanpa saling redha, atau hingga membawa kepada kerugian, penyesalan dan seterusnya kebatilan, tidak sesuai dengan akhlaq Islam, apatah lagi atas nama anak Yatim!
“Bagi nombor telefon anak kepada pakcik. Boleh pakcik hubungi nanti kalau-kalau pakcik ke markaz Menglembu nanti”, katanya kepada saya selepas mengetahui saya orang Ipoh.
“Tak apa pakcik!”, saya mengelak.
“Bagilah!”, desaknya lagi.
“Kalau saya ada apa-apa saya telefon nombor di botol madu itu. Ada dua botol yang saya beli tadi. Assalamualaikum pakcik!”, saya segera menarik Imad, Naurah dan Saiful Islam beredar dari situ menuju Ummu Saif yang tidak jauh dari kami.
“Kenapa tu bang?”, Ummu Saif bertanya.
“Latihan menekan PAUSE button. Inni Saa’im!”, saya menjawab ringkas sambil beredar.
Rosak sedikit Ramadhanku hari ini…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Assalamualaikum,
perkara mcm ni selalu berlaku, betulla kt ustaz, kite beli bukan untuk ank yatim atau inginkan barang tersebut tapi semata2 untuk menghalau org itu pergi.
markaz Menglembu…. macam familir je. sampai mcm tu skali ujian nye, ana tak penah kena ni….
Ustaz … kenapa tak khiar masa tu….Kan Nabi kata boleh kensel urus niaga sebelum beredar. Lagipun kan urus niaga tu kan kena dibuat atas dasar redha meredhai. Customer kan always right. Itu yang saya kata semalam …. kadang-kadang saya naik cuak dengan penjaga anak yatim… dan dalam kes ustaz ni betul ke orang tu berbakti untuk anak yatim.
Semua kata Encik Mi tu betul.
Tetapi itulah saya, gagal bertindak betul ketika sedang mengendalikan 3 anak di celah-celah ribuan orang di Kompleks PKNS tersebut! Dan orang tua tu mendapat habuannya.
Apakah benar dia berbakti kepada anak yatim? Di hadapannya hanya dua, sama ada ganjaran kebaikan menggunung, atas dosa seluas lautan. Itulah kesan meminjam nama anak yatim
Tak pa la Ustaz. Pengalaman Ustaz itu menjadi pengajaran buat saya. Malah ia menunjukkan keimanan Ustaz pada ayat 133 dan 134 Ali Imran yang bererti:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
dan kesabaran Ustaz itu menjadi teladan buat saya.
Shukran wa jazakallah..
Salam ustaz,
saya juga pernah mengalami pengalaman yang sama, membeli sesuatu barang kerana hendak menghalang penjual yang tak pernah berputus asa memaksa saya membeli barang yang dijualnya. dan kali ini penjual yang memaksa saya adalah non muslim yang sedia maklum betapa hebatnya mereka bila menjadi sales girl. bukan kerana saya berminat tetapi lebih kepada untuk melepaskan diri dari penjual itu, mati akal saya ustaz mencari idea bagaimana untuk melepaskan diri dan akhirnya yang terjadi saya beli juga barang tersebut. natijahnya selepas itu saya merasakan satu penyesalan yang teramat sehingga menganggu tidur saya, mengkucar kacirkan perasaan aman dalam hati saya, selepas 2 minggu berlalu masih lagi ada penyesalan dalam hati saya kerana harga yang mahal terpaksa saya bayar dan saya masih lagi seorang pelajar yang masih memerlukan wang yg banyak untuk perbelanjaan harian dan bagaimana mudahnya saya menurut kemahuan non muslim. Setiap saat saya bermuhasabah diri mungkin saya mengalah untuk membeli berkait dengan character saya sendiri iaitu saya susah mahu mengatakan tidak pada orang yang datang untuk meminta tolong dan meminta saya berbuat sesuatu.
Dan setiap saat saya memikirkan perkara tersebut saya memohon keampunan pada allah mungkin ini kifarah atas dosa2 saya yang lalu dan ini ujian untuk uji sabar dan keimanan saya sebagai hambanya. hikmahnya saya dapat rasakan sekarang, saya lebih berjimat kepda perbelanjaan saya, saya sekat segala kemahuan nafsu shopping saya pada barang2 yang selalunya menjadi keinginan saya, saya jadi lebih teratur pada perbelanjaan harian dan alhamdulillah saat ini walaupun masih lagi ada sesalan itu saya merasa gembira dengan perkembangan diri saya sendiri, timbul keinginan saya untuk mencari ilmu menguruskan kewangan saya, pada pendapatan saya kelak dan bagaimana mahu menjadi financially freedom suatu hari nanti. saya bersyukur kepada allah, ujian yang allah timpakan kali ini walaupun terasa sakitnya menjadikan saya lebih berhati-hati, menjadi sedikit tegas pada pendirian saya untuk mengatakan tidak dan besar harapan, saya dapat istiqamah pada perubahan yang saya lakukan.
peristiwa yg saya alami mungkin dalam konteks yang sama dengan pengalaman ustaz tapi ada perbezaan dari segi bagaimana cerita itu berlaku……syukran ustaz atas perkongsian pengalaman. wassalam
Anti beli set linguaphone ke?
heh
ana pun tringat nk tnya bnda yg sama
linguaphone? haha..ada pengalaman gak saya.
kalau linguaphone, ana cari habis jalan lain nak elak dari promoter dia..
salam ya ustaz,byk betul cabaran dalam bulan puasa ni yek.ni saya nak bagi sedikit info.70% madu yang terjual di malaysia adalah palsu,di mana ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati(limpa).pembuatan adalah secara makmal,dimana ia menyerupai struktur madu cuma byk sukrosa,kalau madu betul fruktosa.ni fakta daripada universita malaysia…..saya lupa nama prof g kaji madu ni……..okey ustaz..selamat hari raya
Saya juga mengalami pengalaman begini banyak kali juga.
Dunia ni macam2 peel orgnya..kadang terdesak nak cr duit menipulah jadinya…kadang memang betul ada yang jual produk mereka untuk cari dana anak yatim tapi cara pula tak kena….Kadang-kadang yang betul dan baik pun ada…
bila saya didatangi penjual yang nak jual bagi pihak anak yatim, serba salah juga..mungkin dia tipu mungkin dia betul…kalau betul, mungkin pula anak yatim tersebut dalam kesusahan dan tak patut sangat kalau tak tolong..kalau menipu sayalah yang bodoh…jadi selalunya saya cakap begini…
” Macam nilah, saya tak beli barang yang awak jual, tapi saya sedekah duit saja boleh?”
selalunya dia kata boleh. Jadi kalau saya tengok orngnya agak-agak baik saya bg la RM 10 kalau agak2 macam penipu skit bagi RM 2 atau 5.
kalau sikit takpalah yang penting niat ikhlas…Insyaallah kalau niat penjual tu lagi ikhlas pasti allah ketemukan dia dengan org yang nak beli produk atau yang sudi sedekahkan sedikit wang…
tapi kalau tipu2, esok tanggunglah sendiri…menanggung beban nak minta ampun dr orang yang pernah ditipu….
macam-macam manusia…..
Assalamualaikum Ustaz,
1)
Kalau tak keberatan ustaz bagi pandangan sedikit tentang penjualan barang-barang oleh anak-anak sekolah Tahfiz***##$$$ yang katanya menyumbangkan kepada sekolah Tahfiz*### @ Anak-anak yatim. Anak-anak sekolah ini kebiasaanya berada di depan-depan bank atau berdekatan mesin ATM.
Kadang-kadang sayu hati melihat mereka berpanas, merayu untuk kita membeli.
2)
Berfungsikah peranan Baitulmal di Malaysia? Jika melihatkan jumlah pengemis, orang miskin dan anak-anak yatim ana berpandangan sumbangan oleh Baitulmal belum sampai ke akar umbi. atau mungkin juga yang tidak sepatutnya dapat, tetapi memohon untuk mendapatkannya?
sedikit respon,
bagi saya pihak berwajib…cth JKM(Jabatan Kebajikan Masyarakat) atau yg sewaktu dengan nya perlu pantau perkara ini secara serius, bagi saya ini imej yg agak kurang enak untuk dilihat…
1. Bantuan perlu disalurkan secara betul..Rumah anak yatim yg memerlukan bantu..seboleh mungkin.
2. Siasat juga..pemilik yg salah gunakan anak yatim..jadikan diorang sebagai alat…utk kaut keuntungan…jika perkara ini betul betul berlaku..
3. Baitul Maal …Pusat Zakat…main peranan betul betul…jangan habiskan duit pada perkara yg tak perlu…..kalau nak bagi contoh mmg banyak..so bersedia untuk berubah..anda boleh mengubahnya..
Salesman is a different breed of human. Ishh tak lalu nak kata, salesman yang gaya mcm ustaz kata ni mmg mengetap bibir geram.
Kalau ada sesiapa boleh ulas kaedah2 bargaining dalam islam ana mmg suka nak membaca.
Salam akhir ramadhan,
itu realiti yang berlaku la ni, makin menjadi jadi..atas nama untuk ank yatim ..segala galanya dibuat untuk cari keuntungan…kita kadang kadang terperangkap antara simpati dan curigai..beli pun untuk lepaskan..daripada pujuk rayu..sedangkan antara perkara ASAS dalam jual beli adala kerelaan…kekadang tu terpaksa cipta bagai bagai alasan untuk tidak membeli dan menjaga hati..(biasa laa budaya melayu)cthnya…saya dah beli semalam..pada hal tak beli pun..itu semua ayat pelepas…tp saya cuba kuatkan hati untuk katakan TIDAK..jika mmg tak mau beli…kalau nak bagi juga pada anak yatim..lebih baik pi bagi sendiri kat Rumah anak Yatim yang memerlukan..clear..dan senag cerita.. sekadar pandangan..wallahu’alam
sepatutnya dibasuh sahaja penjual “racun” itu meskipun ini bulan ramadhan, saya khuatir kalau tak dibasuh penjual racun ini, duit yang dikatakan untuk anak yatim ini akan masuk menjadi “racun” ke dalam perut anak anak yatim.
saya yakin ramadhan ini bulan yang memerlukan kesabaran, tapi sekiranya orang sebegini dibiarkan terlepas, “collateral damage” pada imej Islam dan perkataan perkataan “markaz, anak yatim, sedeqah” yang digunakan tidak dapat dibayangkan.
saya tertanya tanya, perkataan “Markaz Menglembu” yang digunakan itu adalah satu metafora terbiasa dirinya dalam mereflectkan dirinya?
Sembelih sahaja “lembu” ini.
Website ini bagus, salam perkenalan.
Markaz Menglembu ini merujuk kepada markaz Jemaah Tabligh di masjid Menglembu di Ipoh. Ustaz kena ni kat mana? Saya kenal seorang karkun (penggiat Tabligh) yang dok menjual madu dari seorang ke seorang tapi gayanya tidaklah menekan macam tu sekali.
Saya teringat kata-kata Dr Asri seketika dahulu. katanya orang Islam menggunakan agama untuk berniaga bukan berniaga berteraskan agama. Maka jadilah keadaan dimana segala macam produk diletakkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis berkaitan produk yang dijual. Muktahir ini ‘orang-orang agama’ juga dijadikan alat untuk bisnes semacam ini. Mereka dilantik menjadi duta produk misalnya. Jadi ramailah yang tersilap kerana terpesona dengan ‘orang-orang agama’ ini.
maaf kalau komen ini tidak berkaitan.
Geram kalau kena camni..
Saya pun selalu gak kena camni..
Biasa akan lari dulu kalau nampak salesman camni..
Ade madu hidup ke?…madu tak hidup macam mane pulak tu
Ya kanda hasrizal…ana dekat aloq setaq ni banyak kali jgk terserempak dengan ‘golongan’ mcm ni… tapi yg sedihnya anak yatim dari pusat tahfiz pula!tu sendiri pulak yg menjual produk…jual kalendar/taqwim..tunggu depan bank…bila tanya dah berniaga seharian begini ada masa nak menghafal ke?diorang jadi terkelu…bila tanya ustaz diorang dikatanya nak latih ikut sunnah nabi, berniaga..entahla…
memang geram kalau kena macam ni….dengan peniaga macam ni kita kena FIRM.
jika kita tak nak…..cakap tak nak dengan nada suara yg amat tegas dan beredar pergi….
kalau tolak cara baik dan lembut…biasanya penjual camni x akan beredar…
kes pelajar tahfiz jual barang pun saya penah jumpa…kesian…mereka pelajar bukan disuruh mencari duit…
bagi saya, kita ada pilihan nak beli ker taknak.
walaupun niat nak menderma, tapi boleh ker guna konsep
beli barang sambil menderma???
jadi kalaulah ada kes
1) anak yatim jual madu
2) peniaga jual madu, sebahagian akan didermakan
3) sukaleraan jual madu, 100% didermakan
mana satu yang anda pilih???
Warga asing ditahan jual madu tiruan
AMPANG JAYA 18 April – Polis menahan seorang lelaki warga asing ketika cuba menjual 54 tong madu tiruan dengan harga RM 54,000 iaitu RM1,000 setong kepada seorang mangsa di sebuah restoran di Taman Kosas, Ampang di sini 4 April lalu.
Pemeriksaan mendapati keseluruhan 216 liter madu yang dikatakan sebagai asli itu sebenarnya cecair hasil campuran gula merah dan air tebu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan ketika cuba berurus niaga dengan seorang mangsa, seorang guru berusia 33 tahun di restoran tersebut.
Menurutnya, taktik suspek ialah cuba memperdayakan mangsa kononnya harga sebenar satu tong ialah RM3,500 dan dia bersetuju memberi potongan harga sehingga RM1,000 setong.
“Dia cuba menagih simpati dengan memberitahu mangsa dia perlu menjual semua tong madu itu untuk membolehkannya pulang ke negara asalnya,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Klang di sini hari ini.
Tambahnya, mangsa yang bimbang ditipu sebenarnya telah memaklumkan kepada polis sebelum hari urus niaga tersebut.
Katanya, pada hari kejadian, dia bersama seorang rakannya pernah diperdaya untuk menguji madu tersebut sama ada tulen atau sebaliknya.
“Rakannya kemudiannya mendapati madu itu palsu berdasarkan kelikatan cecair berbanding madu asli, mangsa terus menghubungi polis dan pihak kami telah mengambil tindakan,” ujarnya.
Abdul Jalil memberitahu, polis yang tiba di situ kemudian mendapati semua 54 tong madu tiruan yang akan dijual itu disimpan di sebuah lori muatan tiga tan milik suspek.
“Siasatan mendapati suspek beroperasi secara bersendirian memproses madu tiruan di rumahnya di Klang dan bergiat aktif hampir dua tahun serta berjaya menipu RM48,000 daripada empat mangsa sebelum ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan kerana kesalahan menipu,” jelasnya.
Hanya 20 peratus madu lebah di pasaran sah asli
Oleh Mona Ahmad
Pakar PPUM kaji beratus-ratus sampel sejak 20 tahun
KOTA BHARU: Kajian penyelidik Universiti Malaya (UM) mendapati hanya 20 peratus madu lebah yang dijual dalam pasaran negara ini asli, selebihnya madu campuran dan sintetik.
Penyelidikan mereka juga mendapati penggunaan madu campuran dan sintetik dalam bahan makanan dan minuman secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan, termasuk peningkatan kandungan sukrosa dalam badan dan merosakkan sel herpa (hati).
Ketua penyelidikan itu, Prof Dr Kamaruddin Mohd Yusoff daripada Jabatan Perubatan Molekul, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), berkata rumusan itu hasil kajian mereka terhadap ratusan madu tempatan yang didakwa asli dari seluruh negara.
Beliau berkata, menerusi kajian yang dijalankan sejak 1998 itu, pihaknya mendapati kebanyakan madu tempatan yang didakwa asli itu sebenarnya madu campuran atau sintetik.
“Kami dapati kebanyakan madu yang didakwa asli ini menggunakan campuran gula pasir dan kandungannya ada yang mencecah 50 peratus, sekali gus boleh menyebabkan penyakit kencing manis jika diambil berterusan.
“Madu sintetik pula dihasilkan di kilang menggunakan sirap jagung berfruktosa tinggi yang dicampur dengan asid pekat yang menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai hydroxymethylfurfuraldehyde (HMF).
“HFM menghasilkan sejenis toksik yang boleh menjejaskan sel herpa (hati) pengguna dan boleh menyebabkan kanser usus besar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau membentangkan kajian bertajuk Kewujudan Madu Campuran dan Sintetik di Malaysia itu di Persidangan Antarabangsa Mengenai Penggunaan Madu dalam Bidang Perubatan: Daripada Sarang ke Terapi, anjuran Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.
Persidangan yang turut disertai peserta dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, malam kelmarin.
Dr Kamaruddin yang sudah terbabit dalam bidang penyelidikan madu sejak 20 tahun lalu, berkata pihaknya menerima ratusan botol madu tetapi hanya memilih 40 botol termasuk dari Sabah dan Sarawak untuk kajian lanjut.
“Hasil kajian sampel di makmal, hanya sembilan botol madu itu adalah asli, selebihnya madu dicampurkan dengan gula dan sintetik yang dihasilkan di kilang menerusi tindak balas kimia,” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli madu yang dijual di pasaran, bagi mengelakkan ditipu seterusnya menjejaskan kesihatan.
Sumber: Berita Harian (28 Ogos 2006)
Materia Medica Malaysiana
September 5, 2006
80pc local honey sold ‘not pure’
Filed under: Uncategorized — malaysianmedicine @ 9:16 am
NST: KOTA BARU: Many of us regularly take a spoonful of local honey for an energy boost and to improve our health. But how many people realise that much of the honey in the local market is devoid of nutritional benefit and could even be hazardous to health?
A recent study by a Universiti Malaya team found that about 80 per cent of the Malaysian honey in the market is either adulterated or synthetic.
Led by Prof Dr Kamaruddin Mohd Yusoff of the Faculty of Medicine, the team collected hundreds of bottles from wet and night markets, medicine shops and supermarkets around the country.
Dr Kamaruddin, who has been researching honey for the past 20 years, said of 40 samples taken for the final study, only nine were pure honey.
“It is estimated that only one in five bottles of honey sold is pure, while the rest is either synthetic or adulterated,” he said at the First International Conference on the Medicinal Uses of Honey organised by Universiti Sains Malaysia’s Health campus recently. More than 100 people attended, with a large participation from overseas.
Adulterated honey is produced by mixing a portion of pure honey with a large proportion of sugar solution (cane sugar) or by feeding bees with sugar solution.
Synthetic honey is made from high fructose syrup, which is manufactured by acid treatment of sugar solutions such as corn syrup, to form a honey-like substance in taste and appearance.
“It contains high levels of hydroxymethylfurfuraldehyde (HMF) which is toxic to liver cells. It can also lead to colon cancer.
“The bigger danger is to diabetics who use honey to sweeten their drinks. Pure honey, which contains a maximum of five per cent sucrose (sugar), does not affect the blood sugar level. In tests, their blood sugar level showed a similar response to that of taking a normal breakfast.
“But if the honey is adulterated it can aggravate their condition, as it contains up to 50 per cent sucrose,” Dr Kamaruddin said.
He said he was told syndicates use Orang Asli to convince buyers that the honey they offer is authentic.
There is no simple way of determining the purity of honey. The best is to buy direct from a reputable source.
Businessmen, Dr Kamaruddin said, could send samples of their products for testing at UM’s Honey Research Centre for a small fee. He said there was more adulterated honey in the market than synthetic, but the latter was being promoted intensively.
Reported by: Professor Nor Hayati Othman, Chairperson
KOTA BHARU, Malaysia – Recently the 1st International Conference
on the Medicinal Uses of Honey was organized by the Health Campus
staffs of Universiti Sains Malaysia. This 3-day conference witnessed
many advances in the field of honey in medicinal uses.
Professor Peter C Molan, a world-renowned expert on medical honey
from Waikato University Honey Research Unit, New Zealand –
Honey, a pure natural extract of nectar collected by the honey bees,
has been proven as an antibiotic due to its high peroxidase and
catalase content. Honey also promotes wound healing, remedies skin
Diabetes is a common non-communicable disease managed with
medications. However in the long-run patients might develop a non-
healing ulcer called diabetic foot. These wounds get infected easily
and progress further leading to amputation of the limb. Dr Jennifer
Eddy of University of Wisconsin, USA, conducted a clinical trial on
the use of honey in diabetic foot and observed interesting
properties of honey to heal difficult foot ulcers in diabetic patients.
Extensive clinical observations on the application of honey dressing
in diabetic foot ulcers were also noted by a team of researchers
from University Sains Malaysia headed by Dr Mohd Iskander Amin,
an orthopedic and microvascular surgeon.
A recently-published study demonstrating that regular daily
consumption of honey could decrease blood sugar levels was reported
by Dr Noori Al-Waili from Dubai Specialist Center.
According to Professor Subhrahmanyam from India, burn wounds are
difficult to treat. There are various wound care protocols using
different dressing materials. The thermal injury usually produces
extensive epithelial exposure leading to fluid loss and secondary
infections. Randomized trials have proven the usefulness of honey as
a standard of care in extensive burn wounds.
Radiotherapy and chemotherapy are being used widely for the
treatment of cancers involving, nose throat, nasopharynx,
oropharynx and larynx.
Extensive development of radiotherapy/chemotherapy techniques improved cure rates.
However side-effects in the form of oral soreness (radiation
mucositis) increase tremendously affecting quality of life and
swallowing leading to loss of weight. The above consequences lead to
discontinuation of useful treatment.
There is no specific cure for the radiation mucositis. Pure natural
honey was used in a clinical trial for the treatment of radiation
mucositis at University Sains Malaysia. This study resulted in a
significant reduction in painful mucositis and improvement in the
patient’s body weight. It is a significant achievement in supportive
care treatment of radiation mucositis said Associate Professor Dr
Biswa Mohan Biswal who is a clinical oncologist from the said
University.
The novel uses of honey in medicine have been studied for eye
infection, sore throat, post-operative wound care. Recently logan
honey from Thailand and China was found to be useful in painful dry
skin condition called icthyosis. Professor Siu-Wan Ip from Taiwan
revealed this finding during this conference.
Basic research in the field of honey is very limited in literature.
However, few scientists are trying to find clues for the biological
effectiveness of honey through animal studies. Associate Professor
Siti Amrah Sulaiman and her team of researchers have
demonstrated the improvement of sperm count in male mice treated
with honey compared to controls. This research could address the
role of honey in infertility of males.
Throughout the world various types of honey is being produced from
nectars of many types of flowers. Some specific types of floral
honey have been shown to be medically useful for their medicinal
properties. The problem is; how do we know honey that is sold at the
supermarkets are pure and have medicinal value?
Professor Kamaruddin Yusoff of Universiti Malaya Medical Center
Kuala Lumpur based on two decades of experience on honey research
found a technique to differentiate pure honey from adulterated
honey. He has disclosed his findings during a lecture on antioxidant
properties of honey. Currently he is engaged with a research
projects along with researchers from Turkey to develop a dip-test
kit to detect adulterated honey.
This unique conference attracted attention from international
communities. More than a dozen countries participated in this
meeting. Professor Nor Hayati Othman, chairperson of the
conference expressed her desire to promote honey science research
in Universiti Sains Malaysia
Assalamualaikum ustaz.
Saya sebagai pentadbir sebuah Rumah Amal di USJ 1, Subang Jaya ingin menawarkan tempat untuk anak-anak yatim perempuan yang memerlukan penjagaan dan pendidikan yang sempurna.Untuk pengetahuan pihak Ustaz semua perbelanjaan ditanggung oleh rumah amal ini.
sila hubungi saya di 03-56312664 atau 012-2897253