Sang Murabbi

On 13/10/2008, in Diari Kembara Diri, Kreatif, by Abu Saif | 5,521 views | Print Print | Email Email |

Segalanya berupa nostalgia.

Ada manis dan ada pahit, namun semuanya bernilai penuh makna.

Mengusik kenangan-kenangan lama kerana sudah panjang perjalanannya. Fikiran saya terbang ke sana sini, semasa menelaah liku-liku Tarbiyah dalam tontonan filem Sang Murabbi, bersempena memperingati pemergian al-Marhum Ustadz Rahmat Abdullah, Murabbi pendukung amal Islami di bumi seberang.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Bermula dari seorang murid dungu yang tidak tahu apa, mendaftarkan diri dengan apa sahaja peluang yang ada sebagai peserta, kehidupan di dalam angin dan tanah Tarbiyah sudah menjadi sebahagian daripada darah dan daging yang membalut diri.

Peserta, pengerusi slot, AJK, Pengarah dan penceramah…. itulah batu-batu tempat diri meloncat dengan potensi dan perkembangan diri, dalam kembara mencari faham tentang agama.

“Kamu tidak akan dapat faham agama, sebelum kematu buku lali di kaki”, itu pesan murabbi pada saya seawal usia putik jagung di kebun ilmu.

Disiplinnya banyak, murabbi terapkan pada diri.

MASA

Masa itu nyawa, jangan bermain-main dengan masa. Lantas kami hadir harus tepat pada masa.

Saya tiba jam 9:43, teman kedua 9:45, teman ketiga 9:47…. dan begitulah seterusnya. Awal tiba, bersilalah dalam gelap malam penuh gelita, tunggu minit dan saat yang dijanji, baru muncul membawa diri. Tamat usrah, jam dibetulkan, agar setiap seorang sama minit dan sama saatnya, sebelum sama fikir dan sama amalnya.

Itu disiplin murabbi ke atas diri…. sejak seawal putik jagung di kebun amal.

TAMBATAN ILMU

Ilmu datang, ilmu pergi.

Jangan sekadar pasang telinga, tanpa usaha memasang tali. Binatang liar diikat dengan simpulan, ilmu ditambat dengan catatan.

“Ke mana sahaja kamu pergi, pena dan kertas jangan tiada bersama diri” , itu pesan murabbi lagi.

Poket saya sentiasa terisi, dari usia muda hingga melewat senja, bahawa disiplin murabbi ke atas diri, sentiasa bersedia mencari ilmu, seperti sentiasa bersedia memberi ilmu.

BUKU DAN BACA

Membaca bukan untuk periksa. Membaca itu ibadah tanpa masa.

Ke mana sahaja berpergian dalam kesibukan, buku jangan tiada dalam genggaman. Justeru seawal usia putik jagung di ladang ilmuan, murabbi melatih diri dengan disiplin ini. Ke surau dengan buku, ke kelas dengan buku. Di stesyen bas dengan buku, di dewan makan juga bersama buku. Tidur berbantal sedap, di dada buku erat didakap. Sebelum mata terpejam rehat, buku ditatap tak pernah penat.

“Berdakwah itu memberi, membaca itu mencari. Jangan sibuk memberi, sebelum sibuk mencari”, itu nasihat murabbi, seawal usia putik jagung di padang Tarbiyah.

Itulah siang, itulah juga malam, yang mengiringi kehidupan saya selama di usia persekolahan. Pelajaran diusahakan cemerlang, dengan semangat Islam yang disemai murabbi.

Murabbi mendidik saya agar tua sebelum usia, kerana matang itu perlu, bekal perjuangan yang penuh liku. Kebudak-budakan dalam gurau sendaan, namun bersungguh dalam pertarungan.

Dialah guru, umpama bapa. Mengajar, mendidik, tak kira masa. Tarbiyah baginya, seni membentuk manusia. Bagai pesan Sayyid Qutb di dalam warisan tinggalannya.

Itulah memori saya bersama ayahanda Ustaz Haji Mohd Zamri Abdul Karim… tatkala menyusuri catatan Sang Murabbi. Dalam keringat dan air mata, dialah ayahanda murabbi saya.

Setulus doa dan ingatan, dari anak-anak didik seperti kami, buat kalian Sang Murabbi…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Taubat Sang Pemalas “Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir...
  2. Selamat Berehat Murabbi Umat: Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad Lewat malam itu semasa saya dan sahabat-sahabat Singapura berbincang tentang...
  3. Maafkan Kami Urdun Maafkan kami Urdun Engkau teduhkan kami dalam kelana ilmu Meneguk...
  4. Murabbi Cinta, Seorang Nabi “Kepalaku!” kata Aisyah. Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan...
  5. ‘Cerdik’, Bukan Macam Sang Kancil “Kancil tu berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba dia terjatuh ke...

 

32 Responses to “Sang Murabbi”

  1. mahasiswa says:

    Tanpa guru siapalah kita…
    “Berdakwah itu memberi, membaca itu mencari. Jangan sibuk memberi, sebelum sibuk mencari” >>> Sangat terkesan dgn nasihat ini..
    Moga Allah bagi kekuatan kpd saya utk terus mencari dan memberi…

  2. sidik says:

    Ustaz zamri bersara dari jadi pengetua SIS masa saya tingkatan 2/3 tak ingat dah, masa tu ustaz fahmi cipta satu nasyid.. “oh guruku, ke mana kau, oh guruku bencikah kau, ke mana kami ditinggalkan, dalam kegelapan dan kepayahan”.. :)

  3. drmuthiah says:

    salam ustaz..
    terkesan sy dgn catatan ringkas ustaz..
    terima kasih..

    murobbi..teman2 seperjuangan..
    kadang kala buat kita rasa amat kaya..
    biar harta tiada.. :)

  4. aman shah says:

    salam semua…
    sungguh terharu saya membaca artikel ini…
    cukup menarik..
    membuatkan saya terfikirkan guru-guru yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya..
    mengimbau wajah setiap orang murabbi yang pernah menjadi sensei kepada saya…
    terima kasih cikgu, ustaz, dan semuanya yang pernah memberikan ilmu kepada saya…
    wasalam…

  5. Salam Akhi,

    Lama tidak bersemuka untuk ‘bersengkang’ idea. Harap baik2 belaka.

    Terus terang, ana boring tgk Filem Sang Murabbi tu. Sebab tgk balik point2 yang dipaparkan kebanyakannya sudah diulas oleh SIO seperti isu poligami dikalangan daie (mcm dalam klip video diatas), isu sikap daie dalam menghadapi tentangan (refer bagaimana Ust Rahmat deal dengan kiyai),sanggup menerima teguran(refer ust rahmat ketika menerima infaq tanah paya),persoalan akhlak dan jatidiri muslim (lihat ketegasan ibu Ust Rahmat ketika melayan ‘SB’ dan orang tidak memberi) salam.

    Ana kira, persoalan yang anta bahaskan di SIO sudah menjadi persoalan universal dalam ‘industri’ daie. Pada ana kita sudah punya ‘template’ yang lengkap dan mantap yang sesuai untuk masakini. Persoalannya apakah kita mampu mendisiplinkan diri mengikutnya.

    Rindu rasa hati nak bertemu ust Zambri. Walaupun ana tak mendapat secara langsung tarbiyyah beliau sebagaimana anta, secebis ilmu dan kenangan dengan beliau cukup membuatkan ana menghormati beliau.

    • Abu Saif says:

      Wsalam akhi Riyadh.

      Sungguh… lama kita tak berbual. Bila agaknya boleh berbalas kunjungan. Nak ke Restoren Chiang Mai di Sungai Buluh?

      Ana juga sebenarnya agak bosan menonton filem Sang Murabbi, apabila ana menontonnya sebagai sebuah filem. Ia terlalu tergesa-gesa dalam nak memasukkan semua perkara tentang watak utamanya, hingga hilang unsur penceritaan. Maksud ana, kalau seseorang menontonnya tanpa kenal siapa itu al-marhum Ustadz Rahmat Abdullah, mungkin dia tidak akan rasa tertarik untuk menonton sehingga akhir.

      Namun ana menghargai filem Sang Murabbi kerana ia mungkin antara filem yang berjaya menonjolkan satu ‘dunia lain’ yang tidak terbayang oleh orang yang tidak duduk di alam Tarbiyah. Ia biasa buat kita, tetapi terlalu janggal buat mereka. Pembantu rumah kami pun tercengang menontonnya.

      Persoalan-persoalan rumahtangga, sikap dan akhlaq dalam dakwah, ana belum mampu melihatnya sebagai isu yang sudah melata diperkata dan sampai ke tahap persoalan universal. Di SIO ia sering disebutkan. Tetapi secara offline, liku-likunya masih berat dengan taboo, klise dan retorik yang menyelubungi.

      Anta sempat setahun dua barangkali dengan Ustaz Zamri ye? Ana dah lama sangat tak ketemu beliau. Kali terakhir mungkin dalam tiga atau empat tahun yang lalu. Rindu nak jumpa… boleh ke kita buat arrangement jumpa ustaz ye?

      • Sampai Sg buloh je call, ana pun tak pernah pi Chiang Mai tu. Yg kat Kg Melayu tu ke?

        Ana sempat le ngaji Mathla’ul Badrain dgn ust Zambri. Boleh je kalau ada peluang jumpa.

        Pasal terlalu padat mesej dalam filem tu ana rasa sebab filem tu bukan untuk tujuan komersial kot. Mungkin sekadar satu garapan untuk mengabadikan kisah Ust Rahmat. Tapi selain dari itu, cinematografi dan lain2 aspek perfileman memang setanding dengan filem komersial.

        • Abu Saif says:

          Ha ah, yang di Kg Melayu tu. Tapi masalahnya ialah, kalau bawa Ummu Saif gi kedai jauh-jauh macam tu, bila makan nanti Ummu Saif komen, “emm, biasa aje!” Alamak, tak terserlah berbaloinya gi kedai makan jauh-jauh macam Chiang Mai tu. Tapi nak usahakan jugak at least sekali, nak ziarah rumah anta :)

        • Ok la tu tak berbaloi. Kalau ‘berbaloi’ sgt nanti kena banned mcm mim dhod ghain ta

  6. SangPelangi says:

    Aku cemburu pada sesiapa yang pernah mengendong kenangan bersama SangMurabbi mereka. Bahagia.

    Kehidupan mudaku, tak pernah kenal maksud ukhwah, tarbiyah mahupun segala macam elemen untuk pembangunan dakwah. Sedangkan, ketika sedang hijau, segar, itulah waktu terbaik untuk buluh jihad itu dilentur.

    Kalaulah dapat diungkap dengan kata-kata, betapa menyesalnya zaman remajaku yang begitu sia-sia. Latar kehidupan yang penuh dengan permainan, sungguh mengecewakan.

    Semoga aku tidak terlambat, untuk mencari siapakah SangMurabbi yang dapat memimpinku dari semasa ke semasa. Atau sebenarnya sudah ada?

    Terima kasih kepada barisan sahabat yang kenalkan aku pada jalan ini. Terima kasih.

    • InsyaAllah Sang Pelangi akan menjadi Sang Murabbi satu ketika kelak.

    • sama juga sepertiku

      masa mudaku sewaktu di belasan aku sia2kan. Diri kecundang dalam belajar untuk peperiksaan. Bukan untuk di amalkan. Agama dan kehidupan di asingkan. Kehidupan terisi dengan senda gurau melampau.

      InsyaAllah..
      Moga2 kita belum terlambat untuk berada dalam dunia tarbiyyah. Dia tak datang andai kita tak mencari bukan ?

    • Abu Saif says:

      Antara pra syarat mendapat sentuhan Murabbi, adalah disiplin dan kemahuan yang tinggi.

      Boleh baca artikel tentang pelajaran HIKMAH oleh Socrates yang ana tulis lebih setahun dulu…

  7. Salam’alaik,
    Ana lagila tak sempat, masuk2 SIS je Ustaz Nasar dah jadi Pengetua..Abang ana sempatla, sebab dia tua 2 tahun daripada ana. Eh, apa cerita hal Izzuddin lak ni..spoil la..By the way, Murabbi secara tak langsung ana di SIS, Ustaz Pahmi Md Zain..keikhlasannya mendidik buatkan kami malu alah dengannya.

    Ustaz Zambri dah menjawat jawatan Timbalan Mufti Perak rasanya.

    • Allahu Akbar dah jadi timb mufti ke? Cam mana ni Abu Saif, ngetor pulak nak jumpa Ust Zambri. :D

      p/s: Husaini, Abg anta PMR tahun bila? silap2 batch ana.

      • Tak silap ana dengar dalam 2,3 bulan ni la pasal jawatan Timbalan Mufti tu, ke sebab soal jawab di Radio Perak sewaktu puasa tempoh hari…

        PMR 1998, ana PMR 2000..klu nta sebatch dengan dia dan aktif di SIS dulu, tentu ana kenal sama..huhu

    • Abu Saif says:

      Salam…

      Yang jadi Timbalan Mufti sekarang ni adalah Ustaz Zamri Hashim, anak murid kepada Ustaz Zamri Pengetua :)

      Ustaz Zamri Hashim juga adalah salah seorang senior yang sangat banyak meninggalkan bekas Tarbiyah pada diri ana… dia adalah naqib pertama di Izzuddin yang mendidik ana siang dan malam… sebelum kemudiannya disambung oleh Ustaz Khairil Azham Shamsuddin dan Ustaz Azmel Zainal Abidin….

  8. yob says:

    saya sempat bersama ust zamri masa form 1 aje… tak byk ingat sgt, err husaini nih ucin ke…

    • Husaini says:

      Ucin? err..sebut macam mane tu..uchin ke usin..huhu..di sekolah sampai di uni ni, memang kawan-kawan ana panggil ana Husain/Husin/Usin/Sin..taktaula ana ke yang nta maksudkan..boleh ke blog ana untuk sessi ta’aruf barangkali :-)

  9. Ibnu Alwi says:

    Salam.

    Muka Sang Murabbi ustaz penuh wisdom dan disiplin. Beruntung ustaz dibimbing oleh orang seperti ini. Tentu banyak sungguh saham pahala beliau peroleh, kerana anak didiknya pula menjadi Sang Murabbi kepada generasi muda sekarang!

  10. KhairulAzzam says:

    Ustaz mengenali Al-Fadhil ustaz yahya Othman ?

  11. jpnsuk says:

    Salam.

    Kot sape-sape nak call sang murabbi ni nombornya 05-2919394. Alhamdulillah beliau sihat (sihat cara oang tua katanye).

  12. Madshinobi says:

    Bismillah, Assalamualikum.

    Ana dah tengok cerita ni, VCD kawan bagi pinjam. Kalau nak tengok guna komputer payah sikit, komputer tak boleh kesan. Ana tengok guna VLC player. Kalau siapa-siapa yang ada VCD player lagi mudah nak tengok. Tapi ceritanya memang memberi kesedaran serta membasahkan hati yang dah kering.

  13. warkahraudhah says:

    Assalamualaikum,ustaz.
    Jazakallah.Kehidupan ini banyak sisi pandangnya.Semoga pandangan kebaikan sentiasa menjadi perhatian.

  14. Masri says:

    Aslm wbt

    Untuk filem sang Murabbi, saya katakan thriller filem ini lebih menarik daripada filemnya sendiri. Saya tertarik nak tonton filem ini kerana tertarik dengan thrillernya yang menampilkan Ustaz Rahmat, tapi filemnya sedikit menjemumkan, terlalu pantas dari satu kisah ke satu kisah.

    Tapi ia boleh jadi pelopor untuk filem yang bermanfaat.

  15. kahfi8 says:

    Assalaamu’alaikum wbt.

    Bagi ana, filem ni mungkin kena wat bersiri (atau dwilogi trilogi tu) supaya boleh tau hampir keseluruhan perjalanan dakwah Ustaz Rahmat. Apapun, filem ni dapat bangkitkan kesedaran yang kita supaya tidak berundur dari medan ini meskipun ditentang bagaimana sekalipun.

    Hmm murabbi ana pun Ustaz Pahmi.. Lama dah tak singgah ke ‘bumi Izzuddin’..

  16. budi says:

    salam…

    filem ini sebagai satu permulaan memaparkan kehidupan seorang da’ie yg telah berjaya dalam usaha dakwahnya….biar apa pun kelemahan yang ada…ana rasa kita semua tentu bersetuju bahawa ia lebih baik daripada ribuan filem atau drama di tanah air kita yang tidak membina iman langsung…bg saya filem ini boleh memberi inspirasi kepada pendokong dakwah untuk terus menjalankan amal dakwah sehingga ke akhir hayat…sesiapa yang berminat hendak mendapatkan vcd ini boleh dapatkan daripada saya melalui email saya budi0030@yahoo.com

    harga ditawarkan ialah RM19-vcd, RM31-DVD termasuk kos pos..stok terhad.sape cepat dia dapat awal…

  17. Kadir says:

    Baca, tulis dan diskusilah, karena kalau sekedar mengeong kucing pun bisa…

    Komunitas Tinta Sejarah
    (Forum Diskusi Pembaca dan Penulis Muda Indonesia)

    Syamsudin Kadir
    Koordinator/085 320 230 299
    Jl. Ahmad Yani No. 873 Kota Bandung Jawa Barat Indonesia

  18. Kadir says:

    Teruslah berjuang, karena kita adalah generasi yang akan bertanggungjawab penuh atas masa depan peradaban dunia….

    Komunitas Tinta Sejarah
    (Forum Diskusi Pembaca dan Penulis Muda Indonesia)

    Syamsudin Kadir
    Koordinator/085 320 230 299
    Jl. Ahmad Yani No. 873 Kota Bandung Jawa Barat Indonesia

  19. Kadir says:

    Telah terbit buku baru, MEREKYASA MASA DEPAN: Sebuah Refleksi Untuk Aksi…
    Karya: Syamsudin Kadir

    Kata Pengantar Tokoh

    Oleh: Fahri Hamzah, SE, ME
    (Deklarator dan Ketua Umum KAMMI Pusat 1998)

    Anak muda asal Nusa Tenggara yang munuliskan langit pemikirannya dalam buku ini adalah monumen kecil yang tertanam antara tahan-tahun masa transisi kita. Sepuluh tahun usia reformasi sudah berlalu, kini bangsa Indonesia memasuki sepuluh tahun kedua. Tantangan yang dihadapinya pun semakin kompleks, dan karena itu tidak lagi bisa dijawab secara oposisi binner. Gerakan mahasiswa harus turut terjun menyelesaikan problem bangsa dengan narasi besar yang dibawa sejak kelahirannya.
    KAMMI yang dilahirkan sejak awal reformasi telah mengukir sejarah dalam posisinya yang tegas. Kini mengawali kisah sejarah dekade kedua usianya, KAMMI harus terus menyempurnakan diri dengan narasi yang radikal tetapi mudah di cerna. Bangsa ini tidak saja kehilangan orang-orang besar, tetapi juga pikiran besar. Mungkin itu maksudnya, gagasan energik dalam buku ini, penulisnya mengajak KAMMI dan bahkan bangsa ini untuk memulai menemukan formulasi kebangkitannya. Saya menganggap buku ini adalah sebuah “Pustaka ide formulasi baru bagi gerakan mahasiswa untuk (posisi dan peran) Indonesia di masa depan. Karena itu, buku ini adalah hanya layak dibaca oleh mereka yang percaya dengan apa yang mesti mereka peroleh di masa depan”.

  20. Kadir says:

    Telah terbit buku baru, MEREKYASA MASA DEPAN: Sebuah Refleksi Untuk Aksi…
    Karya: Syamsudin Kadir/085 320 230 299

    Kata Pengantar Tokoh

    Oleh: Fahri Hamzah, SE, ME
    (Deklarator dan Ketua Umum KAMMI Pusat 1998)

    Anak muda asal Nusa Tenggara yang munuliskan langit pemikirannya dalam buku ini adalah monumen kecil yang tertanam antara tahan-tahun masa transisi kita. Sepuluh tahun usia reformasi sudah berlalu, kini bangsa Indonesia memasuki sepuluh tahun kedua. Tantangan yang dihadapinya pun semakin kompleks, dan karena itu tidak lagi bisa dijawab secara oposisi binner. Gerakan mahasiswa harus turut terjun menyelesaikan problem bangsa dengan narasi besar yang dibawa sejak kelahirannya.
    KAMMI yang dilahirkan sejak awal reformasi telah mengukir sejarah dalam posisinya yang tegas. Kini mengawali kisah sejarah dekade kedua usianya, KAMMI harus terus menyempurnakan diri dengan narasi yang radikal tetapi mudah di cerna. Bangsa ini tidak saja kehilangan orang-orang besar, tetapi juga pikiran besar. Mungkin itu maksudnya, gagasan energik dalam buku ini, penulisnya mengajak KAMMI dan bahkan bangsa ini untuk memulai menemukan formulasi kebangkitannya. Saya menganggap buku ini adalah sebuah “Pustaka ide formulasi baru bagi gerakan mahasiswa untuk (posisi dan peran) Indonesia di masa depan. Karena itu, buku ini adalah hanya layak dibaca oleh mereka yang percaya dengan apa yang mesti mereka peroleh di masa depan”.

Leave a Reply