“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.
Guru umpama lilin.
Kekasih umpama lilin.
Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.
Simbol pengorbanan.
LIKU DAKWAH
Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.
Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
Justeru kesakitan yang dialami oleh pendakwah adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan dakwah.
Dakwah itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan.
JANGAN JADI LILIN YANG TERBAKAR
Dakwah boleh menyinar segar kehidupan manusia yang diseru, mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya. Jalannya payah dan perlukan sabar, ketika sabar itu digelar Nabi SAW sebagai sinar mentari. Sumber kebaikan, sumber kehidupan, namun sinar hanya datang dari bakaran yang bukan sebarangan.
“… dan sabar itu adalah sinar”
Jika dakwah itu membawa sinar, maka sinar itu jugalah yang perlu dijaga. Usaha menyinari manusia dan alam, terlalu mudah membakar diri orang yang menyerunya sendiri. Manusia penyeru boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana hilang kepedulian terhadap tuntutan ke atas diri sendiri. Mengajak orang kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri musnah tanpa kebaikan yang sama.
“Pendakwah seperti lilin”… mungkin bukan perumpaan yang hikmah.
Ingatlah pesan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam, agar jangan sewenang-wenangnya kita mahu menjadi lilin:

“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar”
Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa.
Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.
JADILAH LAMPU PELITA YANG MENYINAR
Justeru Baginda Sallallaahu ‘alayhi wa sallam berpesan dengan pesanan yang menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, lantas bersabda:

“Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya”
Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.
Gelaran Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.
Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin.
Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri,
Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.
PESANAN BUAT LILIN
Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.
Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.
Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor














Maaf ustaz. Saya faham konklusi akhir artikel ini (si pemberi perlu juga mengisi ilmu di dada untuk dirinya sendiri), tapi masih tak dapat melihat perbezaan antara kedua-dua hadis itu. Maksud antara keduanya sangat mirip. Kedua-duanya membakar diri dan menerangi sekeliling.
Bezanya pada orang yang mengajar (lilin) dan orang yang yang berilmu (pelita).
Pandangan saya, lilin bila terbakar, habis tubuhnya dimamah api dan tak bisa ditolong lagi. Kalau pelita, jika habis minyaknya masih boleh diisi untuk dipenuhkan.
ya akhi, pandangan anta pada perenggan terakhir itulah maksud perumpamaan di atas.
pelita membakar bahan bakar. bukan membakar diri sendiri seperti lilin.
Oh sudah faham, ustaz. Terima kasih.
Unik ya kedua-dua hadis itu. Teknik perumpamaan dalam hadis menunjukkan ada nilai-nilai tersembunyi.
Ada hadis yang boleh merujuk terus pada pengertiannya, ada juga yang perlu dihuraikan oleh pakar tafsiran hadis juga.
Semoga semakin banyak pelita di rumah-rumah perjuangan kita.
Sungguh halus perumpamaan ini..
Sifat lilin dan pelita dihalusi..
Lilin menerangi tetapi terus punah membakar..
Sedangkan pelita menerangi tpai terus hidup abadi..
Ada maksud tersirat terkandung dalam artikel ini. Kena baca dan hayati baru faham. Semoga Ustaz tak jadi macam lilin.
ameen. terima kasih kerana menyingkap yang tersirat
um, sebuah lagi artikel yg enak utk dimamah minda.
@sangpelangi
pada hemat saya, perbezaan antara kedua2 hadith tersebut adalah pada “self interest” dan “self need”
hidup memberi yg melupakan “self interest”/kemewahan = lampu pelita = pengorbanan
hidup memberi yg mengabaikan “self need”/keperluan = lilin = mengorbankan diri
i don’t know why but i feel that this article relates nicely with the recent resignation of drmaza as mufti perlis.
i wonder if the religious officers in the political arena are men of principles comparable to drmaza.
Konklusi yang membuka minda
PS: Teringat kat ayah saya ketika baca artikel ini. Ayah saya bukanlah seorang ahli akademik, jauh sekali. Tetapi apa yang diutarakan ustaz melalui artikel-artikel ustaz mesti membuatkan saya rasa, “mesti ada something ni… mesti persoalan dan jawapannya berbeza dengan pemikiran semasa…”.
Ayah saya buat saya fikir banyak-banyak kali ketika melihat sesuatu perkara, menjawab sebarang persoalan… dan ustaz juga
360 degree thinking…
Tempoh hari, di yahoo group GKLN, ada membincangkan tentang teknik penulisan kreatif dan matang. Nama SaifulIslam jadi sebutan. Huhu.
Bro Fahd Razy ada menulis :
“Banyak juga karya bukan kreatif dengan bahasa yang matang menarik pembaca muda dan remaja. Saya memang tabik spring tulisan-tulisan dalam Saifulislam.com, walaupun bukan tulisan kreatif, tapi bahasanya yang terkawal dan matang telah menarik ribuan pembaca (sebenarnya dalam itu pun ada banyak cerita yang digarap seperti cerpen, dan sangat baik sekali!).
Sekali lagi saya tegaskan, bahasa yang matang bukannya bahasa yang bombastik dan susah nak difaham. Sebaliknya bahasa yang mudah difahami, tapi terkawal, precise, dan berstrategi.”
(Sori bro Fahd, tanpa izin kamu, aku bawa keluar petikan ini. Maaf zahir batin. Hehe)
Blog ustaz jadi rujukan para karyawan rupa-rupanya. Teruskan dengan penulisan matang, ya ustaz.
hmmmmm
perumpamaan yang biasa
tapi maksudnya begitu bermakna..
tetapi kalau guru ibarat lilin
saya tafsir mcm ni…
guru tersebut memberi cahaya (ilmu) kepada anak didiknya…
sehingga ‘membakar’ dirinya sendiri…
tetapi maksud membakar disini bukanlah rosak dirinya dari segi alpanya guru tersebut..
tapi dari segi penat lelah, kesakitan, keperitan, duka, tohmahan, karenah, mehnah dan tribulation yg dialami guru tersebut .. ini lah maksudnye guru tersebut membakar dirinya
menggambarkan kesanggupan dan kesungguhan guru tersebut pada masa yg sama nilai yg ada pada guru tersebut tetap tinggi dan bertambah mulia…
sekadar pandangan
Wallahua’lam
jgn jadi lilin semacam artikel di atas duhai para da’ie
salam
Saya juga setuju dengan pandangan Syeikh AsSyahid (juga pandangan ustaz hasrizal) di atas.
Ya, kita perlu elakkan dari menjadi ‘lilin yang membakar diri’ hanya dengan berbekalkan matlamat untuk membantu orang lain faham islam&meningkatkan amal ibadah mereka tapi, diri sendiri meninggalkn amalan ibadah, akidah, mahupun akhlak yg diri sendiri (sbg seorang hamba Allah&da’ie) perlu laksanakan. Lihat surah as-Saff ayat 2&3.
Tapi, jika dilihat dari segi perspektif lain (spt yg diutarakn oleh Syeikh AsSyahid di atas), maka kita boleh lihat bahawa sebenarnya, ia berbalik pada da’ie itu sendiri. Jika kita tahu matlamat kehidupan ini, tahu akan amanah dan tanggungjawab yg perlu kita pikul, maka, hanya Allah selayaknya hakim bagi segala apa yang kita lakukan (lilin/pelita/torchlight etc.).
Perlu kita sendiri ingat bahawa kita adalah khalifah di bumi tapi, kita masih hamba yang perlu mengabdikan diri pada Allah ta’ala.
Ini juga peringatan utk diri saya, maafkan saya jika ada sbrg khilaf.
Hati ini dipegang oleh Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Jika diri ini kelalaian, maka ingatkanlah, jika hati ini dalam kealpaan, maka tegurlah, jika hati ini jauh, maka doakanlah. Sesungguhnya, aku mengasihimu kerana kamu adalah saudaraku dalam iman dan kerana kamu mencintai Allah ta’ala dan Rasulullah s.a.w sepertiku juga.
wallahua’lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Semasa mencari kelengkapan diri ini, terjumpa kata-kata bernas dari Pak Hamka dalam intro buku Tasawuf Moden yang lebih kurang begini:
” Nanti apa akan dikatakan orang, orang-orang yang membaca bukunya (Tasawuf Moden) terselamat kerana mengikut pesanan dari buku tersebut, sedangkan penulisnya sendiri tercampak ke dalam neraka (krn meninggalkan pesan yang berguna tsbt).”
Bismillahirrahmaanirrahiim..
alahai ustaz, macam tahu-tahu je keadaan orang walau jauhnya merentas benua. harus sabar dengan kesakitan dalam pergaulan, harus teliti agar tak hilang diri sendiri dalam mehnah perjuangan.
syukran al-ustaz atas pengisian mengenal diri ini.
very good article.. peringatan buat semua daie terutama bg golongan muda yg begitu semangat berdakwah.. penuhi diri dengan ilmu.. mcm ayat terakhir ‘Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.’
terima kasih ust. teruskan memberi panduan kpd kami dalam ‘kembara insan menuju tuhan’..
maksud ‘menjadi lilin’ itu bukanlah memusnahkan atau mengorbankan DIRI SENDIRI semata-mata kerana ingin melihat orang lain senang, tetapi mengorbankan masa dan kepentingan diri sendiri semata-mata untuk kebaikan orang lain.Masa , harta dan kepentingan diri diumpamakan sebagai sebahagian daripada diri sendiri dalam perumpaan tersebut.
“Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya”.
~assalamualaikum.sy agak confused. maksud “dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya” dlm hadis kat atas ni refer to kepentingan yg selain drpd mentarbiyyah diri sendiri ke ustaz?
masa first time baca hadis ni sy faham mafhum hadis ni “mendidik org lain tp melupakan kepentingan utk membangunkan diri sendiri”. tapi kalau macam tu maksudnya, sama lah dgn perumpamaan utk lilin.
~summing up from the article : “Islah nafsak, wad’u ghairak”
Mungkin kelemahan saya dalam menterjemahkan Bahasa Arab ke Bahasa Malaysia. Mungkin juga kelemahan pembaca yang tidak memahami Bahasa Arab dan bergantung sepenuhnya kepada terjemahan saya.
Dalam hadith lilin, cahaya yang dihasilkan oleh lilin menggunakan perkataan ‘ALA (ke atas). Manakala hadith lampu pelita, cahaya yang dihasilkan pelita menggunakan perkataan LI (untuk). Dalam Bahasa Arab, kalimah ALA digunakan dengan konotasi yang negatif, berbanding LI yang memberikan konotasi positif.
Rasulullah SAW mahu membetulkan pandangan kita terhadap apa yang dimaksudkan sebagai pengorbanan dalam mendidik manusia dengan kebaikan. Pengorbanan itu biarlah seperti pengorbanan lampu dan bukannya pengorbanan lilin.
Lampu membakar bahan bakar untuk menghasilkan cahaya. Ia bekerja keras siang dan malam untuk menghasilkan cahaya itu tadi. Itulah pengorbanannya iaitu pada kerja kerasnya membakar bahan bakar itu tadi.
Berbeza dengan lilin. Yang dibakar adalah dirinya sendiri. Ia dijadikan perumpamaan oleh Nabi SAW seperti orang yang mahu melakukan sesuatu kebaikan tanpa menjaga dirinya. Dibiarkan diri tanpa muhasabah, tanpa qiamullail, tanpa amalkan ilmu sendiri, malah tanpa menjaga kesihatan dan lain-lain… maka kesemua hal sebegini adalah membinasakan.
So, dalam soal berkorban dalam mendidik atau berdakwah, gunalah analogi lampu dan bukannya lilin.
Berkorban dalam jihad hingga mati syahid… ini bab lain…. cari hadith lain, cari entry lain.
Moga bahasa penjelasan yang keras jegang dan tidak menarik ini, dapat lebih menjelaskan maksud artikel di atas
Assalamu’alaikum.
baru faham…
@Abu Saif,
Saya mencari maksud membakar diri tu sebenarnya. Alhamdulillah ustaz terangkan di sini
Hmmm… yg keras jegang ni lebih difahami
@Abu Saif,
Dengan penjelasan yang keras jegang inilah baru saya faham dan dapat tangkap dengan jelas beza antara dua hadith itu. (Pengajaran: Kalau tak pandai selok belok penggunaan Bahasa Arab, jangan cuba-cuba nak tafsir sendiri). Kail saya cuma panjang sejengkal… Terima kasih.
Salam’alayk
zaman kanak-kanak riang dulu pernah terfikir tentang perkara ini,
tapi perbandingan saya adalah antara lilin dengan matahari.
Masa tu saya rasa,lilin menyinari insan lain dengan membakar diri,
akhirnya habis dimamah api,sinarnya tidak lama,tidak kekal.
Sedangkan sang suria sinarnya langsung tidak memudaratkan dirinya.
Bahkan sinarnya lebih gemilang hingga seluruh pelusuk alam.
Rupa-rupanya ada hadis nabi tentang hal ini,tetapi Rasulullah memilih pelita berbanding matahari.Mungkin kerana falsafah di sebalik pelita lebih tepat dengan manusia,sedangkan falsafah mentari terlalu jauh untuk dicapai.
Dan artikel ini juga rasa-rasanya WAJIB untuk dibaca oleh para da’ie muda,terutama di kampus-kampus.Pada pengamatan saya,para da’ie muda kini mempunyai semangat juang yang amat tinggi hingga sanggup mengorbankan apa sahaja termasuklah pencapaian akademik mereka.Namun akhirnya mereka hanya menjadi lilin,setelah habis terbakar,tiada sinar kedua.
Ayuh teman-teman,bebaskan dirimu dari pegangan BEBAL ini.
Ingatlah bahawa,SETIAP SESUATU ADA MASA UNTUKNYA.
salam
jazakallahukhairankasira kroni-PMIUM’
kata-kata akhir saudara menyedarkan saya! moga Allah melimpahkan rahmat dan berkat buat anda, dan kita semua! InsyaAllah
juga kepada Ustaz!
Alhamdulillah!
SETIAP SESUATU ADA MASA UNTUKNYA!
Betul3x!!!
Terima kasih Ustaz atas posting ini. Saya sedang mencari ‘sesuatu’ dan sesungguhnya antara yg dicari itu ada dalam posting ini.
Salam..
Kalau zaman sekarang, boleh juga kita menjadi lampu kalimantang, lampu spotlight atau lampu kereta… [iskh, maaf ye lawak yg tak kelakar]
Semoga ‘kerehatan’ ustaz daripada bermusafir ke luar negara pada tahun hadapan menjadi kenyataan. Semoga gergaji dapat ditajamkan. Kalau lecturers, mereka ambil sabbatical leave every 3 or 5 years. Penting untuk muhasabah diri dan kembali menyusun strategi. Allahua’lam.
Wasalam.
teringat article dr harlina siraj yg punya mesej yg hampir sama, cuma berkenaan ibu..dlm majalah aniqah keluaran lama,.
salams, artikel yg mantop. Spontan saya teringat beberapa orang teman sekuliah dulu ketika membaca artikel ini. berkenaan “win-win situation” agaknya. itulah saya dapat faham. Dalam menyampaikan sesuatu dalam erti kata “memberi”, perlunya mengimbangi matlamat dan keperluan.
Untuk meraikan orang lain, kepentingan diri jangan diabaikan. Betul la semua kata diatas tu. Tapi Bagaimana pula dengan hadith yang menyatakan tidak sempurna iman seseorang sehinggalah seseorang itu mengutamakan saudaranya dari dirinya sendiri?
Berkisar juga pada waqi’ dan da’i. Semua adalah berbeza tahap, kurang dan lebihnya. Ustaz bercakap tentang kaedah? Kenalah pandai2 bawa haluan..kan?Wallahualam~
Kepada sedara Bon
Sepatah ayat sebenarnya bukan penyelesaian segala masalah
namun ia bisa menjadi sign board ke arah jalan yang lurus.
Memang dalam hidup ini terlalu banyak komitmen kita
Terkadang sampai tak tercapai oleh keupayaan kita
Namun tiap-tiap komitmen itu ada kelasnya tersendiri
Maka,UTAMAkanlah yang LEBIH UTAMA
Jangan MELAMPAU hanya kepada sesuatu perkara sahaja
dan paling penting SIKAP dan DISIPLIN DIRI
Kerana selalunya kita sedar apa yang penting
mana yang lebih aula
tapi kerana sikap BERLENGAH-LENGAH dan MALAS
akhirnya diri sendiri terbeban.
Nasihat untuk semua,termasuk diriku,jangan jadi lilin.
Terima kasih ustaz atas artikel yang berkesan.
Dari pelbagai hikmah yang dapat saya ambil, saya tertarik dengan teknik perumpamaan yang digunakan Rasulullah, berkenaan cahaya. Perumpamaan2 yang ada tentang cahaya ni sangat menarik, teringat saya Firman Allah dalam Surah An-Nur (Cahaya), ayat 35:
“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca. (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
Semoga kita dapat mengambil pengajaran. Mulanya saya nak kritik pembaca yang susah nak faham perumpamaan antara lilin dan pelita ni (yang mana Rasul yang bagi, bukan orang Melayu), tapi bila fikir balik yang adanya perumpamaan di dalam perumpamaan, saya boleh terima kenapa mereka tidak faham. Wallahu a’lam.
Mungkin lebih baik lagi jadi lampu kalimantang; lebih cerah!
lampu kalimantang setelah bahan bakar habis, mentolnya perlu diganti.
pelita hanya minyak dan sumbunya diganti (bahan bakar), bukan ‘batang tubuh’.
Ar-Rasul memberi perumpamaan yang tepat dan praktikal.
Mungkin ada yang terlepas pandangan, bahawa LILIN dan PELITA itu adalah bukan perumpamaan SAYA, tetapi perumpamaan yang dibuat oleh NABI MUHAMMAD SAW
Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Maaf andai terkasar bahasa..peace
Saya bersetuju dengan apa yang ustaz sebut. Memikirkan perkara ini mengingatkan saya tentang Azazil. Lantaran begitu mementingkan malaikat lain, dia lupa untuk doakan diri sendiri rentetan daripada apa yang Allah telah maksudkan. Rupa-rupanya dialah yang ingkar, dialah yang menjadi iblis.
artikel ini mengimbau kembali perkara2 lalu. Alhamdulillah , saya telah ‘tersedar’ dulu. fenemona lilin ini adalah antara belitan iblis terhadap orang yang ingin bekerja untuk agama.
Semoga kita sentiasa berada di atas jalan pertghan dalam segala perkara. InsyaAllah kita selamat.
sabar dan ikhlas adalah Islam
Kalau cuba dikaitkan dengan buku 7 Habits mungkin perkara yang dirujuk adalah P/PC balance, dimana P adalah Production (Golden eggs) dan PC adalah Production Capabilities (Goose). Jadi, kesihatan dan kebajikan Goose yang perlu dijaga supaya sentiasa dapat menghasilkan Golden eggs.
Maksudnya, jika penat, berehat … cuma jangan sampai lupa destinasi. Jika sakit, berubat. Lagipun sekiranya kita terasa terkorban berkemungkinan besar kita akan mengungkit yang akhirnya menghilangkan keikhlasan kita. Cari-carilah aktiviti-aktiviti yang terapeutik untuk mengekalkan keberkatan.
Assalamualaikum
Alhamdulillah. Satu kupasan yg jelas. Satu perumpamaan yg mengungkai persoalan.
Lilin sebenarnya tidak memiliki apa-apa lantaran mengorbankan dirinya menjadi bahan bakar. Pemberiannya terhad dan mengorbankan masa depannya (di akhirat, na’uzubillah).
Pelita mempunyai strategi berbeza. Sistem bakarannya tidak mengizinkan dirinya musnah. Malah mempunyai bekas khas bagi menampung bahan bakar. Ya, ia perlu memilki sesuatu sebelum bisa memberi.
Lilin membakar DIRInya. Pelita membakar KEPENTINGAN DIRInya, iaitu kesenangan dan keselesaan dunia yg menjadi hambatan orang lain.
Itu jua bezanya.
Tapi awas sang pelita, jika bahan bakaran mu kontang dan kamu ingin terus memberi, maka ia akan bisa membakar sumbunya dan senasib seperti sang lilin.
Dalam kerja dakwah, harta, masa, ilmu dan kemahiran, malah amal yg seiringan merupakan modal yg amat diperlukan. Ia memerlukan bekalan yg berterusan, istiqamah. Kalau kontang di tengah jalan, ia bisa membakar diri…
Assalamualaikum ustaz! bole ustaz terngkan mengenai kekuatan dan kelemahan menggunakan teknik perumpamaan yang digunakan oleh Rasulullah dalam pengajarannya?
Ust, Hadith-Hadith dalam artikel tuh, ust taip sendiri ke? Atau ada softwarenya sendiri?
assalamualaikum…masa kecik2 dulu penah jugak persoalkan dengan teman2..kenapa samakan cikgu dengan lilin?nanti habis la cikgu tu terbakar..kenapa tak guna pelita ke torchlight ke…tapi masa tu tak fikir lah secara mendalam.cuma naluri kanak2…wallahua’lam..
Ingatan yang jelas buat setiap yang merasakan dirinya daie. Kita lampu pelita bukan lilin
Artikel yang elok dibaca oleh mereka yang menganggap diri adalah lilin yang menerangi tapi terbakar diri sendiri..
Semoga ustaz sentiasa menjadi pelita yang memberi cahaya kepada orang lain walau diri terbakar kerana itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri..(hehe saya copy ayat ustaz )
Salam Ustaz, mengenai 2 maksud hadis di atas. Ada perbezaan makna dan mafhum daripada apa yang ustaz tulis dan apa yang ditulis oleh Ustaz Salman Maskuri .
Sila baca http://akhisalman.blogspot.com/2009/12/jangan-jadi-macam-pelita-atau-lilin.html
@abuakhfash,
Khairan Insya Allah.
Sudah dua kali dalam tempoh seminggu, tulisan saya dibandingkan dengan tulisan al-Fadhil Ustaz berkenaan yang saya hormati. Dengan segala kekurangan diri, saya sentiasa bersedia memperbaiki bahagian-bahagian yang cacat dalam tulisan saya, namun untuk bergeseran, mohon dijauhkan Allah.
Ambillah mana yang baik, jauhkan mana yang lemah dan kurang.
Itu lebih sejahtera untuk umat
Syukran ustaz…
Bukan niat saya untuk membandingkan. Sekadar ingin menghilangkan kekeliruan.
Afwan ustaz..
MasyaAllah…
jzkk ustaz..
perumpamaan yg cukuuuup baik..
saya betol2 terkesan
alhamdulillah
Tabarakallah…
kdg2 saya terlalu ingin mmberi shgg kdg2 saya terlupa nk bagi masa utk sy sdr..
mksd sy..sy sdr perlu top up masa utk sy muhasabah juga
n saya ada byk benda nk belajar
baru saya faham
jadi seperti pelita
saya bukan bakar diri
tapi bakar benda yang merugikan saya
bakar masa sia2 saya
seperti melayari internet terlalu lama
saya bakar
demi menerangi diri saya dan orang lain
insyaALLAH
syukran ustaz…syukran
perkongsian yang menarik untuk diri saya dan rakan2 semua..
Assalamualaikum
1 perkongsian menarik. Bertambah koleksi hadith lagi.
Sebelum tu ana dah baca artikel yang hampir sama di http://akhisalman.blogspot.com/2009/12/jangan-jadi-macam-pelita-atau-lilin.html yang mana Ustaz Salman pesan jangan jadi dua-dua ni.
Bagaimanapun ana tetap berpuas hati dengan kedua-duanya. Alhamdulillah.
Assalamualaikum ustaz. Terima kasih kerana mengingatkan ustaz. Kehidupan seorang guru baru di daerah semporna betul2 menguji saya. Pelajar yang tidak tahu arah hidup di tambah oleh masalah keluarga menyebabkan mereka tidak kenal agama. Insya Allah sebagai seorang guru akan membantu pelajar ini mencari hidayah Allah swt tanpa lupa untuk menambah ilmu agama dalam diri ini…
Salam ustaz..
Masya Allah..cukup terkesan kata2 ni pada diri ana sendiri yang terkadang alpa dengan diri ana sendiri..
Jazakallahukhair atas peringatan ke atas diri yang terkadang menjadi lilin ini. Moga di beri kekuatan oleh Allah supaya diri ini dapat berubah menjadi pelita bukannya lilin..
Kali pertama berkongsi pandangan bersama sahabat skelian..
Sebagai daie dipesan tidak menjadi lilin yang membakari diri sendiri. Erti kata lain menzalimi diri sendiri..
Namun,bagi daie yang sudah berkahwin,sekiranya ia menjadi lilin, sudah pasti ia akan membakar orang sekelilingnya…isteri…anak2..
Justeru,berhati2lah..dan sentiasa muhasabah diri agar memberi itu kepada kita dan orang lain.
Alhamdulillah…
lama sungguh tidak recharge iman di sini…
Lama sudah mendengar nasihat beberapa teman…
“Kita jangan jadi macam lilin”
“Anti jangan jadi macam lilin”
Di sini penulisan dan huraian lebih terkesan.
Jazakallah ustaz.
salam
Inzar bg semua Pendakwah yg pandai cakap dan menulis agar melaksanakan apa yg dicakap dan ditulis…
Thanks Bro!
jarang benar org memahami nye….
Assalamualaikum ustaz,
Subhanallah. Suka membacanya. Ya, benar. Jangan kita menjadi seperti lilin yang mana perumpamaannya seperti seorang dai’e yang kehabisan ilmu dan akhirnya mati begitu sahaja. Tapi jadilah seperti pelita yang mana bila minyak menjadi sikit, ditambah lagi agar tetap menjadi orang yang ALIM. Biarlah diri ini terbakar, bukan membakar. Benar ustaz. Saya sokong. Allahu’alam.
Assalamualaikum ustaz,
alhamdulillah artikel ustaz ini pembuka minda,
saya tertarik dengan quote ini oleh ustaz..kerana ia membuat saya bermuhasabah diri;
”Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
Mohon jasa baik ustaz memberi sumber hadith/ayat? dalam bahasa melayu kerana saya tidak ariff bahasa arab. Jazakkallah
Salam..syukran, artikel yang amat baik untk direnungi..teringat madah pujangga “Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah sekadar kita menjadi kunang-kunang yang menghiasi kegelapan”