
“Saya tak tahan dengan perbuatan suami saya. Ketika kami sedang cuba menyelesaikan masalah yang timbul, dia main kayu tiga dengan perempuan lain,” antara keluhan yang paling kerap disuarakan oleh sang isteri.
“Entahlah, saya bosan dengan isteri di rumah. Masalah yang sama berulang-ulang kali berlaku. Hanya si dia ini yang memahami diri saya,” keluh si suami dengan nada ‘jujur’ untuk justifikasi perbuatannya mendampingi teman sekerja.
Jujurnya, ada rasa muak pada diri saya untuk memikirkan hal ini. Sudah menjadi seperti satu trend di dalam masyarakat. Suami dan isteri bergaduh, disusuli suami bermain kayu tiga, dan ada sahaja perempuan yang sudi muncul di tengah-tengah ribut sebuah rumahtangga.
KESUNGGUHAN MENYELESAIKAN MASALAH
Seperkara yang harus disedari oleh para suami, talak dan poligami bukannya HAK milik mereka, tetapi TANGGUNGJAWAB untuk ia diuruskan sebaik mungkin. Memikirkan bahawa talak serta poligami itu sebagai HAK akan secara sedar atau tidak sedar menjadikan suami tidak memberi sepenuh diri ke arah menyelesaikan krisis rumahtangga yang sedang dihadapinya.
Sentiasa ada jalan keluar.
Sentiasa ada pilihan.
Mereka terlupa bahawa tindakan memilih talak atau poligami sebagai jalan keluar dari krisis rumahtangga yang sedang dihadapi, bukanlah wasilah penyelesaian, sebaliknya ia berubah menjadi agen jangkitan masalah tersebut kepada perhubungan dan perkahwinan yang seterusnya. Apatah lagi jika dirinya sendiri yang menjadi punca kepada masalah yang sedang mereka berdua hadapi.
Tatkalau suami membayangkan bahawa talak atau poligami itu adalah HAK dan bukannya AMANAH yang diberikan Allah atas kurniaan jati dirinya sebagai lelaki, suami itu membelakangkan Allah dan mendustakan-Nya dengan memutuskan kaitan talak dan poligami itu dengan Allah. Justeru keadilan terlalu cepat ditegaskan kelayakannya, tetapi isu keadilan itu jugalah titik murka Allah ke atas suami seperti ini.
MENCARI PENYELESAIAN DENGAN MAKSIAT
“Peritnya masalah rumahtangga kami ini,” keluh seorang suami.
“Kamu sudah minta bantuan Allah?” soalan untuk beliau.
“Puas saya berdoa, solat hajat…!” katanya.
“Kamu tahu mengapa doa dan solat hajat kamu tidak dipedulikan Allah?”, soalan seterusnya.
“Mengapa?”, soal beliau.
“Tatkala kamu berdepan dengan masalah, kamu berhubungan dengan perempuan itu di belakang isteri kamu! Pedulikah Allah kepada doa pelaku maksiat?” soalan terakhir buatnya.
Ketika seorang suami tidak berpuas hati dengan keadaan isteri dan perkahwinannya, peringkat ini sering juga menyaksikan suami berhubungan dengan perempuan lain. Sama ada hubungan itu di pejabat, di internet, di lokasi program, atau di mana sahaja, apakah definisi Islam kepada perhubungan itu?
Ia adalah maksiat!
Lebih buruk lagi, maksiat itu merangkumi keingkarannya terhadap Allah, dan kezaliman ke atas manusia (isteri dan anak-anak).
Biar pun hubungan itu nanti mungkin berkesudahan dengan perkahwinan, sama ada secara poligami atau dengan menceraikan isteri pertama terlebih dahulu, hubungan sebelum berkahwin itu tetap suatu maksiat yang tidak terhapus dengan perkahwinan tersebut. Perkahwinan bukan penghapus dosa. Hubungan sulit sang suami dengan perempuan berkenaan adalah dosa, manakala perkahwinan adalah subjek yang berasingan.
Dosa dan maksiat hanya terubat dengan taubat!
Justeru kita ingin tahu, berapa ramai suami yang berjaya mengendalikan kes poligami tanpa pendahuluan ‘hubungan sulit’ berupa maksiat ini? Jika anak teruna dan dara dibantu oleh keluarga dan saudara mara dalam mengatur risik, pinang, tunang dan akad nikah sebagai jalan beradat lagi bersyariat dalam berumahtangga, bagaimana pula dengan perkahwinan golongan ‘bijak pandai lagi berpengalaman’ ini? Ketika bertemu dua insan ini, siapakah yang ketiga di antara mereka?
Maksiat kepada Allah, dan zalim ke atas isteri dan anak-anak, dosa ini tidak terhapus dengan kejayaan berkahwin yang didambakan itu. Ia wajib dengan taubat.
Syarat taubat, harus dengan penyesalan, juga koreksi atas kesan perlakuannya di dalam maksiat itu.
Itu seperkara.

TERTIPU OLEH PERASAAN
Tatkala seorang suami berkenalan dengan cinta kedua, isteri yang sedia ada sering kelihatan buruk celanya. Serba serbi tidak kena. Cinta kedua itulah ‘penemuan sejati’ yang terlewat tapi belum terlambat.
Suami terlupa bahawa hubungannya dengan isteri pertama banyak dibelenggu oleh tekanan dan bebanan. Ia datang dari tanggungjawab yang sudah terpikul di atas bahu mereka berdua. Anak-anak, harta benda, kewangan dan pelbagai lagi. Semua itu menjadi sumber tekanan, dan mustahil hubungan nampak indah dalam keadaan masing-masing tertekan dan terbeban.
Akan tetapi segalanya nampak indah pada cinta kedua, kerana di situlah ditemui ketenangan.
Bergaduh dengan isteri di rumah, lari kepada cinta sejati yang setia.
Luahkan segalanya kepada dia.
Dia sungguh memahami.
Tetapi suami itu terlupa bahawa hubungan cinta kedua itu indah kerana ia belum datang dengan tanggungjawab. Belum ada komitmen. Hanya cinta dan perasaan yang cantik-cantik belaka. Justeru tidak rasional untuk sang suami membandingkan cinta keduanya dengan isteri pertama di dalam rumah. Amat salah alasan suami bahawa beliau yakin kekasihnya bakal membahagiakan, tanpa meneliti akan perihal tanggungjawab yang bakal mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA (kali berikutnya).
Berkahwin kerana perasaan tanpa mempedulikan tanggungjawab dan bebanan, adalah kebudak-budakan yang mengundang kehinaan. Kematangan usia gagal mematangkan pertimbangan.
SI MANIPULATIF ITU
Pertimbangan ketiga pula harus dilihat kepada ‘pihak ketiga’ itu.
Jika hubungannya dengan lelaki itu, tanpa pengetahuan bahawa kekasihnya adalah suami orang, maka itu suatu kecuaian yang besar. Salahnya adalah atas kecuaian tersebut.
Akan tetapi jika beliau muncul untuk memanipulasi masalah yang sedang membelenggu seorang suami dan isteri, maka besarlah dosa dan celanya atas perbuatan itu. Malah lebih menghairankan kita, bagaimanakah seorang lelaki boleh memandang perempuan seperti ini sebagai pasangan ganti kepada isteri yang halal di rumah itu? Baikkah perempuan yang mengambil peluang dari mehnah yang sedang membelenggu suami dan isteri itu?
Tatkala mereka berdua sedang berjuang untuk menyelamatkan sebuah bahtera dengan anak-anak yang antara timbul dan karam itu, bagaimanakah rupa hati seorang perempuan yang datang menawarkan perahu ‘penyelamat’ untuk si lelaki dengan memejamkan mata terhadap nasib perempuan dan anak-anak di dalam kapal yang terumbang ambing itu? Apakah nilai iman dalam dirinya?

Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan kamu saling berdengki, saling memuji barang untuk melariskannya, saling membenci, memulau dan jangan antara kamu yang membeli atas pembelian orang lain, hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak menzaliminya, tidak menghinanya. Taqwa itu di sini-baginda mengisyaratkan kepada dadanya sebanyak tiga kali-. Cukuplah seseorang itu melakukan kejahatan dengan menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim darahnya, hartanya dan maruahnya haram ke atas muslim yang lain. (Muslim)
Apakah rasional seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang tiada belas terhadap seorang perempuan lain yang memiliki hati dan diri sepertinya? Bagaimana pula dengan anak-anak itu? Sungguh, tiada justifikasi terhadap perbuatan sakit menyakiti seperti ini kecuali kerana masing-masing saling memandang dengan pandangan nafsu.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah : Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka . (Riwayat al-Bukhari)
TERBALIK
“Abang tidak akan lepaskan awak!” tegas si suami.
“Tapi abang menyeksa saya dan anak-anak. Kita sudah tidak seperti suami isteri sejak sekian lama. Kenapa mesti saya dibiarkan bergantung tidak bertali ini?” rayu si isteri.
Sulit sekali untuk memahami mengapa seorang lelaki ‘menyimpan’ isteri yang sudah tidak dilayannya sebagai seorang isteri. Setelah mengahwini isteri kedua, isteri pertama pula dilayan bagai perempuan simpanan.
Beberapa kes yang saya hadapi, membawa pencarian kepada persoalan ini hingga menemukan saya dengan beberapa keganjilan. Kerap juga terjadi, keindahan bercinta sebelum berkahwin, berubah selepas kekasih disunting menjadi isteri kedua. Rasa tidak selamat yang kerap menimpa isteri kedua, menjadikan sebahagian mereka mendesak-desak dan cuba menguasai suami, lupa kepada adanya seorang perempuan yang sedang disakiti, saudaranya se-Islam. Percubaan untuk menjadikan suami itu milik dirinya dengan membelakangkan isteri pertama dan anak-anak mereka adalah suatu kezaliman yang menimbulkan MURKA ALLAH.
Keadaan ini bukan sekadar menimbulkan kesakitan ke atas isteri pertama, malah suami mereka juga jadi tidak menentu. Antara sayang dan rimas! Ironinya, pada isteri pertama jua, ketenangan dan kerehatan diperolehi. Isteri yang dikahwini dengan falsafah mawaddah dan rahmah itu. Tempat berehat dari perangai-perangai isteri kedua yang meletihkan. Tanpa sedar, inilah alasan senyap untuk seorang suami tidak melepaskan isteri pertamanya, biar pun dia sudah tidak melayan wanita itu sebagai seorang isteri sebagaimana yang dipertanggungjawabkan Allah ke atasnya.
Bagai perempuan simpanan, biar pun dia seorang isteri!
Perbuatan menzalimi perempuan, apatah lagi dengan alasan-alasan agama, inilah modal yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyabitkan penindasan Islam ke atas wanita. Perempuan sering tersepit di jalan mati, ketika lelaki bersenang lenang dengan pelbagai pilihan di tangannya yang didenifiniskan sebagai HAK, bukan lagi AMANAH dan TANGGUNGJAWAB.
Mungkin jenayah terbesar di sebalik krisis-krisis ini ialah pemahaman-pemahaman yang salah terhadap hak dan peranan dalam rumahtangga, hingga penindasan, penganiayaan dan penderaan fizikal atau emosi anggota keluarga, merebak tanpa jelas kelihatan penyelesaiannya. Hingga suami tanpa sedar menjadi male chauvinist yang dicela Tuhan.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa kekelebihan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tnggi, lagi Maha Besar. [Al-Nisaa' 4: 34]
Sejauh manakah wahyu Allah yang menerangkan tentang tugas, tanggungjawab, peranan dan bebanan suami dalam ayat ini, dengan mudah diterjemahkan sebagai HAK seorang suami ke atas isteri? Di mana Allah dalam kefahaman yang begitu?
MAWADDAH DAN RAHMAH

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Al-Room 30: 21]
Mawaddah itu adalah cinta yang terhasil, kesan dari usaha menyemainya di dalam jiwa antara suami dan isteri. Cinta tambah, bagai yang digelarkan oleh M. Quraish Shihab dalam risalah ‘Cabaran Kehidupan Rumah Tangga‘ karangannya. Mawaddah hanya ada antara suami dan isteri, sebagai cinta yang diperjuangkan dalam sebuah rumahtangga. Segala susah payah yang diharungi dengan jiwa memberi oleh suami dan isteri menyuburkan mawaddah ini… sesuatu yang seharusnya mekar dalam sebuah perkahwinan lewat usia.
Namun mawaddah yang mengosongkan diri dari kecenderungan mengungkit kekurangan di antara suami dan isteri, terlalu ideal untuk berdiri sendiri. Manusia kaya dengan kelemahan, sebagaimana kaya juga dengan keinginan dan kemahuan. Justeru di antara tanda kebesaran Allah SWT yang diterbitkan dalam sebuah perkahwinan, adalah mawaddah yang diiringi rahmah. Sifat rahmah ini menghiasi jiwa seorang suami secara khusus, terhadap kecenderungan dirinya kepada keinginan dan keperluan.
Suami yang beristerikan seorang perempuan yang mandul, atau hilang upaya seksual kerana menopause sebagai misal, mungkin boleh mengambil pilihan poligami untuk memenuhi naluri kebapaan dan kelelakiannya yang diingini. Tetapi dia sedar, bahawa pilihan itu pedih buat sang isteri. Justeru sifat rahmah itulah yang membendung keinginan tersebut. Sifat belas ihsan yang tidak sampai kepada hatinya untuk menyakiti isteri atas kekurangan yang berlaku. Demi mawaddah antara mereka, rahmah menjadi bekal pengorbanan seorang suami.
Dan isteri yang terhias jiwanya dengan sifat yang rahmah itu jua, membangunkan kesediaan yang sama untuk belas ihsan terhadap suami yang juga punya hati dan perasaan. Di sinilah ujian kepada mawaddah dan rahmah antara suami dan isteri.
Suami yang awal-awal lagi membelakangkan isteri dan mendampingi wanita lain di luar daerah Halal, tiada mawaddah dan tiadalah rahmah antara mereka. Hanya murka Allah yang menjadi duri siang dan malam saban ketika.

TIDAK MUDAH
Tidak mudah untuk saya ungkapkan hal ini. Ia lebih kepada usaha meredakan keresahan diri tatkala beberapa kes dengan plot dan jalan cerita yang sama, mendatangi kehidupan.
Kepada sang suami, isteri dan isteri atau bakal isteri, pulanglah kepada Allah sebagai hamba-hamba-Nya. Hamba yang tidak pantas bercakap tentang HAK, kerana kehambaan itu hanyalah pada tanggungjawab, memberi dan berperanan…
Saya menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengakhiri coretan kali ini.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Saya pula menarik nafas dalam dalam mengakhiri bacaan ini…..
Di sebalik kehidupan Insan bernama “Muhammad”..
Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
Beliau juga memerah susu kambing
untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah,
bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya
Sayidatina ‘Aisyah menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah,
beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
Jika mendengar azan,
beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.”
untuk membantu isterinya di dapur.
Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
“Belum ada sarapan ya Khumaira?”
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
“Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”
Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini.”
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Pernah baginda bersabda,
“sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai
ketua keluarga.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar”
“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit…”
desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”
Lalu baginda menjawab dengan lembut,
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan
di sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar
bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat
yang dikencingi si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw
menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,
ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.
Ketika pintu Syurga telah terbuka,
seluas-luasnya untuk baginda,
baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah,
hingga pernah baginda terjatuh,
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fisiknya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,
“Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”
Jawab baginda dengan lunak,
“Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”
Minta-minta orang-orang yg terlibat, bakal terlibat dan tidak terlibat dapat mengambil iktibar dari artikel ustaz ni.
Assalamu’alaikum WBT ustaz.
Saya juga turut menarik nafas sambil tersenyum.
Mungkin senyum itu datang dek perkaitan apa yang saya rasa tika ini.
Baru sahaja sebentar tadi ada hamba Allah minta pendapat saya tentang poligami.
Malah yang bertanya tadi adalah berstatus suami dan ayah orang.
Jawapan aneka pilihan telah tersedia tatkala soalan ditujukan. Samada ‘negatif atau positif’.
Pada saya kedua-dua jawapan tersebut boleh diterima dengan alasan munasabah.
Senyuman saya juga sedikit sebanyak berkaitan dengan kes seorang sahabat saya.
Sahabat saya ni sekarang dalam dilema untuk menyelesaikan masalah kes ruju’
bersama bekas isteri yang masih lagi ‘suam-suam kuku’ kes percerian mereka.
Saya sangat bersyukur dengan entry ustaz kali ini. Sekurang-kurangnya ada info untuk
membuka minda yang bermasalah, belum bermasalah atau yang berhajat nak mencari masalah.
Insya Allah saya akan menyarankan artikel saifulislam.com ini untuk yang mahu berfikir
tentang hak, amanah dan tanggungjawab. Semoga ‘pisang tidak berbuah dua kali’ bagi
sudah berumahtangga. Pada yang belum, pasti dan awasi selalu agar ‘pisang cuma berbuah
sekali setahun’. Pada pak tani atau pekebun jaya, jika pokok-pokok pisang anda berbuah
lebih dari sekali setahun, usah dirisaukan. Itu satu keberhasilan atas usaha anda dan
rezeki Allah yang wajar disyukuri. Baraqallah bitaufiq!
aduh, heavynya entri ni. sarat dengan mesej! Tanggungjawabnya beaso
alhamdullillah,
entry kali ni byk maknanya pada saya.
tanggungjawab sbgi sorg isteri.tanggungjwb laki pd isteri.
kekeluargaan.
anak2 masa depan.
hak.amanah.tanggungjwb.
ini semua pntg.
sy berhrp sesapa yg nk berpoligami kat luar tu,
smpt baca entry kali ni dan amek iktibar.
Sedikit perbualan saya dengan hamba Allah yang cuba memancing saya dengan
persoalan poligami.
Hamba Allah yang bertanya : Boleh saya bertanya soalan agak sensitif?
Hamba Allah yang bertanya : Jika tidak boleh, saya juga tidak mendesak.
Saya : Soalan apa ya?
Hamba Allah yang bertanya : Dulu pernah berkata yang berkaitan dengan poligami..”…na’uzubillah”.
Saya : Siapa pernah berkata?
Hamba Allah yang bertanya : Saudari.
Hamba Allah yang bertanya : Mungkin dah lupa.
Saya : Bila ya?
Saya : Apa kaitan pula saudara bertanya?
Saya : Nak berpoligami ke? [sedikit menjerat]
Saya : Sekarang dah lewat malam tak balik ke pangkuan keluarga ke? [sudah maklum yang bertanya ni suami orang]
Saya : Isteri saudara tunggu tu.
Saya : Kesian pula.
Akhirnya hamba Allah ini memberi jawapan ‘belum’ yang membuatkan saya tersengeh.
Hamba Allah yang bertanya : Saya belum terfikir ke arah itu.
Sedikit pesanan pada mereka yang lantang memperjuangkan hak Islam.
Keluarga, isteri, suami dan anak-anak anda juga berhak untuk menuntut amanah dan tanggungjawab dari anda.
Walaupun masih tidak berkahwin tetapi terlibat dengan permasalah rumah tangga secara tidak sengaja. Entry ustaz banyak memberi jawapan kepada saya, syukran. Semoga yang terlibat diberi hidayah. Kita dikurniakan akal dan iman di dada untuk menyelesaikan masalah bukan lari dari masalah.
sebelum kahwin bukan main mesra, bila dah kawin 3 meter tinggal isteri kat belakang. Senario masyarakat kini. Jangan bermain cinta monyet sebelum kahwin!
Alhamdulillah….artikel ni mungkin membuka minda,mencelik akal dan mencambah keimanan pada hamba Allah yang selama ni hanyut dengan nafsu..memberi panduan kepada sesiap yang berhajat berpoligami bukan kerana Allah.
Fikir2, susahnya dan mungkin 1 dalam seribu kot yg berpoligami betul2 ikut Rasulullah iaitu bukan sebab ‘dari mata turun ke hati’ atau jatuh hati.
Saya belum berupaya nak membaca sepenuhnya tulisan Ustaz yang ini….
Mungkin balik rumah nanti, saya akan baca, didalam suasana yang lebih tenang.
Saya masih dalam proses memulihkan semangat dan membina semula kepercayaan terhadap suami.
Saya mengikuti blog Ustaz (dari tahun lepas – tahu dari ummiku sayang sebab mereka promo buku ATN).
Ada juga saya forward artikel Ustaz kepada suami. Dengan doa dan harapan dia membaca.
Artikel ini untuk yang belum berpoligami tetapi sudah hantar resume barangkali.
Ada juga kes, isteri kedua yang sentiasa mengalah sebagai menghormati isteri pertama, tak kena gaya juga tu. Kalau dah dilamun cinta, emosi pasti mengatasi rasional.
Alamak, ustaz akan jadi ustaz Cahyadi Malaysia la plak, aktivis dakwah yang tidak menggalakkan …
Sangat betul apa yg ustaz tulis tu.
Nak tambah (sbg maklumat aja, mungkin kebetulan), tapi bolehlah juga diambil kira.
Ada kalanya poligami ni diwarisi, mungkin drp bapa, atuk, pak cik ke..
kalau ikut history family saya memang pun……tapi taktaulah ni kebetulan ke apa…
anak sulung satu ibu selalunya akan ada madu.. atau masalah umah tangga awalnya tapi last sekali sama-sama rujuk balik tinggal sampai ke tua….
tok + tokwan = isteri kedua mak anak sulung
mak + ayah = mak isteri kedua dan saya anak sulung dalam keluarga
Saya + suami = ister pertama (nasib baik)
hihi
mintak2 saya ni dijauhkanlah dengan masalah yang berat tentang hal umah tangga ni..kalau tertimpa minta2 allah kuatkanlah jiwa raga ni…
agaknya jadi warisan sebab dah terdedah dari awal…..jadi bagi mereka itu prkara yang besar..apa yang kita buat diahri matang ni bergantung juga dengan nilai yang ibu bapa ajar….yang penting diri kita sendiri kalau nak bahagia walaupun isteri banyak atau bermadu tu pilihan kita, maka jadi bahagialah begitula sebaliknya…
saya tak ingat saya baca di mana tapi tulisan beliau menyentuh tentang hak…
kalau kita asik menuntut hak, kita rasa semua benda tak kena, semua benda tak cukup…tapi kalau sama-sama menunaikan hak kita rasa semua baik dan ok saja..masalah kecil2 tu lumrah..tapi kalau tak ada masalah yang ganggu rumah tangga kita lagi bagus…tapi ujian tu kan tarbiyah jiwa…nampak sulit tapi mungkin ada ganjarannya. cuma pandai atau tidak untuk tanganinya…
sekarang ni memang susah nak jumpa lelaki baik pun perempuan yang betul2 memahami tentang hak dan tanggungjawab dalam rumah tangga.
walaupun saya sendiri, masa mula2 kawin dulu pun konfius juga..mana satu nak letak ketaatan saya sebagai isteri dan menepis keegoan diri sendiri sebab hidup bujang dan bersuami ni lain.
tapi bila duduk diam2 dan memikirkan soal menunaikan hak dan tanggungjawab tu yang merubah diri sedikit2..dulu pantang ditegur sekarang bila pikir hak suami lunturlah prasaan tu..sebab suami tegur benda yang baik2..kalau nak degil2 saya pegang perkataan Tunaikan hak tu kuat2….
tapi tulah asam garam rumah tangga ZAMAN SEKARANG..macam-macam peelnya.kalau takda allah dalam hati, kalau tak sabar sungguh2 hancur luluh la jadinya……
memang betulah ustaz, kebanyakannya masalah rmh tangga yang diajukan kepada saya memang ada orng ketiga…sama ada dia adalah punca masalah atau jadi penambah masalah..jarang sangat jadi penyelesai masalah…..baik lelaki atau yang perempuannya…..
saya pegang isu poligami ni, kalau dah NIKAH maksudnya memang sudah jodoh la..memang allah takdirkan begitu. Tapi tula baik isteri pertama, kedua dan suami selalu lupa tentang hak…..contohnya isteri pertama kalau suami balik buat muka com saja sebab tengah trasa hati suami pun fedup..isteri kedua lak dok hasut2 suami parah lagi jadinya suami plak macam tunggul kayu ( maklumla zaman sekarang susah nak jumpa suami yang boleh buat keputusan untuk diri sendiri, isteri dan anak2, diri sendiri pun kacau bilau)..lagi2 teruk lah….
perkara biasa yang ditanya oleh lelaki..apa salahnya poligami.perempuan kena bersedia untuk berpoligami sebab zaman sekarang perempuan lebih ramai dari lelaki.dan setiap kali itu juga ini jawapannya..perempuan tidak takut poligami jika lelaki itu tahu tanggungjawabnya pada Allah..tetapi lelaki yang tanggungjawabnya pada ALLAH pun sering terabai..mana mungkin kita yakin dia boleh bertanggungjawab pada keluarga2nya.ALLAH yang utama itu pun diabaikan..apatah lagi tggungjawab untuk 2 isteri..anak yang ramai..keluarga 2 wanita.saya tak fikir mereka mampu
Sepatutnya suami kena tanya pada isteri, apa salahnya berjuang di Palestin hingga syahid. Perempuan kena bersedia untuk menjadi balu.
Baru betul.
Kalau nak kata perempuan sekarang ramai, kenapa tak ambik aje anak angkat ramai2 sebab budak2 kat rumah kebajikan tu lagi ramai (kalau nak dijadikan sebab berpoligami sebab isteri pertama mandul).
Lagi banyak pahalanya bantu anak yatim.
bagusnya kalau semua org lelaki boleh fikir macam ust.
saya pun setuju.. kalau lah semua lelaki berfikiran mcm ustaz, akan berkuranglah hancur luluh hati di kalangan isteri dek kerana perbuatan suami.
Hak Allah yg patut kita tunaikan, tak pernah (kurang) tertunai…. tapi hak (yang kononya disangka hak) ni pulak yg sungguh2 nak dipenuhi.
Assalamualaikum para pembaca,
alhamdulillah, tersentuh hati membaca artikel ni,lagi tersentuh bila baca post guru hujung dunia biar byk x baca. moga kita sm2 ambik iktibar dan amalkan dalam kehidupan, insyaallah ana juga akan menamatkn zaman bujang xlama lg.
“panjang angan2 kerana terlalu cintakan dunia,didiklah jiwa dengan amalan dan cucikan hati dengan ilmu manfaat”
a’kum.
atikel ini membuatkan sy menangis kesyukuran kerana inilah jawapan yg perlu kemukakan kepada suami sy yang pernah didatangi cinta kedua. Bukan menolak poligami tetapi monogami pun tak berapa nak betul, mcm mana tu ustaz… suami sy nie tahunye bagi duit aje( tu pun bising kalau tak cukup) dan pulang malam atas alasan sibuk kerja.. tapi dalam sibuk-sibuk tu ada pulak masa utk jatuh cinta kali kedua. habis saya dan anak-anak tak perlukan perhatian ke? masa yg sepatutnye milik sy dan anak-anak utk bersama dia diambil utk berkerja tu tak pulak dia fikir…tup-tup… ada org lain yg dapat… Kejam betul…
Alangkah bagus kalau suami sy dapat baca artikel ini dan buku ATN tulisan ustaz…
sy pernah syorkan suami sy baca buku ATN tetapi suami sy cakap sy tunjuk pandai .
Saya sentiasa berusaha utk mancari ilmu supaya dapat memperbaiki dan pertahankan rumahtangga sy.
*Maaf la ustaz, saya terluah perasaan dalam blog ustaz pulak.. Saya sebenarnye geram, sakit hati, dan marah…Untungnye saya nie sbb mendapat sokongan dari mertua dan keluarga sy. Alhamdulillah sekarang semuanye dah tenang, dan saya harap suami saya tak mengulangi lagi.
Doakan agar rumahtangga saya kekal hingga ke akhir hayat, aman bahgia dan dirahmati Allah.
very,very,very well said ust. tahniah
syukran ustaz sudi kongsi bingkisan ilmu…moga dapat dimanfaatkan bersama..yg dah bkeluarga dan juga yang akn, bakal mendirikan masjid.
salam, ustaz…bila byk p’dedahan ttg isu sebegini ana jd takut pula utk menamatkan zaman bujang…exp bila parents pun sebegitu..walau kedua2 ‘pejuang agama’, namun ketegangan terus m’ganas.. di setiap ujian ini berlaku, ana sering berdoa agar kedua2 parent ana dijauhkn Allah dr hasutan Iblis.. ana x nak keluarga ana berpecah..
sedih ye ustaz bila memikirkn inilah penyakit masyarakat kita hari ini… kalaulah institusi keluarga pun x kukuh, bagaimana dgn institusi pendidikan anak2… bagaimana anak tu nak membesar bila hilangnya sakinah, mawaddah dan rahmah dalam keluarga yg didambakan…
Salam…
Bagi saya, hampir semua masalah boleh selesai jika hati tahu bersyukur. Kekurangan tu kan wujud pada sesiapa saja. Sebaiknya terima je dgn hati terbuka dan cari kelebihan pd pasangan.
Dan penting juga untuk berusaha menyempitkan jurang kekurangan dgn usaha yg berterusan. Jangan sampai ada geram yg bertapak dihati pasangan bila dilihat pasangan langsung tak ada perubahan, walaupun apa yg tak disukai tu telah diberitahu bertalu-talu. Kita boleh berubah kalau mahu. InsyaAllah.
Satu kupasan yang menarik dan mudah difahami. Tahniah ustaz.
Ustaz selalu frust kalau org baca baca then cuma komen artikel bagus. Lebih baik komen/kupas artikel itu sendiri atau beri sedikit input.
Sekadar memberitahu isi hati ustaz…
Salam,
Poligami bukanlah JENAYAH, bukan juga ANUGERAH, tetapi adalah AMANAH
Fikir-fikirkan
Ustaz, artikel mehnah kepada mawaddah dan rahmah ini betul-betul sedang berlaku pada diri saya. Inilah yg saya perkatakan pada suami untuk menyedarkan dirinya yang masih belum mahu berubah. Dia kata ingin bertaubat tapi bukan taubat nasuha kerana walau katanya dia dah bertaubat, dia masih meneruskan hubungan dgn org ketiga. Saya tak akan putus asa Ustaz, untuk berdoa dan berusaha agar suami terbuka hati untuk bertaubat nasuha. Saya sayangkan suami kerana Allah Taala, saya tidak sanggup dia terus melakukan dosa. Memang benar kata Ustaz yg suami dan wanita itu memandang masing2 dgn nafsu. Walau suami mengatakan yang dia memilih untuk terus hidup dengan saya dan anak2 tapi dia masih berhubungan dgn wanita itu. Wanita itu pula tidak memperdulikan keputusan suami yang memilih saya dan anak-anak malah dia makin berani menganggu dgn menelepon hatta waktu suami di rumah. Doakan saya ustaz, agar saya dapat membimbing suami ke jalan yang benar..Insyallah
Salam buat Faith…
Sentiasa berdoa dan berusaha. Itu yang saya lakukan.
7 tahun lamanya… Tapi saya sentiasa doa dengan Allah minta dikuatkan hati. Saya anggap ini ujian Allah melalui suami saya. Saya juga muhasabah diri. Dulu, awal2 perkahwinan, suami selalu tanya saya sayang dia ke tidak, saya selalu jawab ntah, tak tahu. Jadi bagi saya, ini cara Allah sedarkan saya. Bila suami berubah, dan saya tanya dia sayang saya ke tidak, dan bila dia jawab tak tau, saya memang sedih. Tapi, saya berdoa lagi. Saya berusaha….
Bila saya rasa sempit dada kerana terlalu sedih bila suami tak balik dan tidur di sana, saya baca Yassin, Alam Nasyrah dan maksudnya sekali. Saya minta kekuatan daripada Allah. Sekiranya ini hanya ujian, beri saya kelapangan dan kesabaran. Saya sayangkan suami. Tapi sekiranya ia petunjuk bahawa saya harus meninggalkan suami, beri saya kekuatan melangkah pergi.
8 kali ke pejabat Agama. Bukan untuk berpisah. Untuk mencari jawapan dari pertanyaan.
Saya beri kebenaran suami nikah dengan perempuan tu. Tapi suami tak mahu. Dia beri balik boang pada saya.
Di pejabat Agama dan dengan keluarga dia nafikan kewujudan perempuan tu, tapi, bawa bercuti merata-rata. Saya bekerja dan uruskan hal anak n rumahtangga. Baju kotor bawa balik pada saya untuk basuh dan gosok. Nak makan, walau pukul 3 pagi dia baru balik, saya tetap bangun panaskan lauk, dan temankan dia makan….
Perempuan tu tak bekerja. Tinggal di kondo lengkap segala (saya ada kunci rumah mereka). Saya telefon keluarganya, tapi mereka kata, semuanya terletak di tangan suami saya.
Sebagai keluarga, tak hairankah, anak yang hanya kelulusan SPM, tak bekerja, tinggal seorang diri di kondo di tengah KL? Entahla…
Saya bersyukur, dipertemukan dengan Ustazah Zaiton di JAIS. Dia pesan, wanita ini harus dicantas. Saya mesti berusaha….
Saya doa dengan Allah minta beri kemudahan dalam segala usaha yang saya lakukan. Alhamdulillah….
Sekarang, banyak perubahan suami. Yang paling membahagiakan, dia telah kembali berSolat. Padahal masa dia buat perangai dulu, saya ajak dia imamkan solat, dia tanya nape, saya kata teringin cium tangan dia lepas solat, dia boleh jawab, u sembahyanglah, dah abes sembahyangnanti, cium je lah….
Rezeki saya, dalam saya minta petunjuk dari Allah, saya mengandung setelah 6 tahun menanti selepas kelahiran anak sulung. Saya anggap ini jawapan daripada Allah bahawa semua yang berlaku hanya ujian… Masih ada peluang bagi rumahtangga kami mendapat Rahmat Tuhan. (anak pertama saya buat treatment, bila lama tak mengandung lagi, saya nak buat treatment suami tak beri, dia kata buat apa, dah ada anak, rupa-rupanya dah ada girlfriend juga)
Allah Maha Besar…
Ujian ini adalah untuk saya semakin dekat dengan Allah. Menjadi manusia yang lebih sabar. Saya juga bertemu laman Saifulislam. Dulu saya lalai… Ibadat tanpa menghayati… Allah sayangkan saya maka dia uji saya untuk menyedarkan saya.
Alhamdulillah
apakah ada keberkatan pada mahligai yang dibina di atas air mata sengsara insan lain?
ada kalangan para daie yg memilih untuk berpoligami di atas tiket ‘untuk kepentingan dakwah’. tetapi yang pelik lagi musykilnya, tak nak pulak diorang ni pilih org susah ke, janda ke, yg hebat2 jugak yg dikejarnya
walhal kemampuan terlebih-lebih sesetengah tu.
wanita yang rela dijadikan isteri kedua, berbaloikah perkahwinan impian anda sekiranya dengan perkahwinan itu menyebabkan keluarga pertama sang suami porak peranda? suami dan isteri pertama bergaduh, anak-anak benci pada ayah, isteri pertama bergaduh dengan madu, etc, etc… habis ranap semua ukhuwah dan persaudaraan
kepada yang mahu berfikir, fikir-fikirkanlah…:) harap2 bahasa saya tak kasar sgt ye
Ustaz, kenapa artikel ni ditukar dari tajuk asal?
salam,
sekadar menambah sedikit input hasil tazkirah sheikh hussin sattar, beliau mengatakan barakah di dalam sesuatu rumahtangga itu ditarik Allah apabila pasangan tidak mensyukuri satu sama lain. contoh yg paling rampant ialah si isteri senantiasa merasa sang suami tidak melakukan sesuatu buatnya dan menyebarkannya pula pada orang-orang sekeliling. perbuatan lekas marah dan failure to push the pause button in handling conflicts sesama suami isteri mahupun dlm urusan anak2 juga menyebabkan ditariknya berkat dalam berumahtangga.
komunikasi yg hikmah merupakan salah satu kejayaan berumahtangga.bertukar pandangan dan saling memberi pendapat itu penting.isteri jgn terus melenting dan membebel sekiranya suami tidak menjalankan tanggungjawab/bersikap acuh tak acuh spt yg sepatutnya.find a good time dan beritahu suami dng baik. suami pula harus have an open mind utk mendengar dan digest teguran si isteri.
Assalamualaikum w.b.t
Kisah ini mungkin agak tipikal dan terlalu biasa didengar, tetapi percayalah hanya mereka yang melaluinya sahaja yang merasa pahit dan peritnya.
Entry ustaz kali ini betul ‘a slap on the face’ untuk saya. That was what exactly happened to my parents.
Sampai sekarang saya dan adik-adik masih tidak mampu menerima hakikat, yang Ummi sudah dimadukan dengan seorang lagi janda anak 5. Abuya masih mempertahankan dirinya yang dia berkahwin hanya semata-mata untuk menebus dosa, kerana dia ‘sudah menghampiri zina’. Tetapi bagi saya itu semua hanya alasan.
Saya hanya mampu berdoa agar Ummi diberi kekuatan, kerana apa yang saya nampak Ummi yang lebih kuat daripada kami semua, sedangkan sepatutnya kami semua yang menyokongnya. Kami tersepit antara rasa marah, hilang rasa hormat dan tanggungjawab anak kepada bapa.Mungkin selepas giliran kami pula yang perlukan kaunseling,kerana tekanan ini terasa semkain membebankan.
Wallhua’lam.
salam nadhira,
terkesan juga saya membaca luahan hati nadhira. sekadar nak berkongsi pengalaman…dulu ada sorang sahabat saya, bapanya juga berkahwin kali kedua…dgn anak kerabat sultan. disebabkan tekanan, geram dan pelbagai rasa amarah..kawan saya tu sampai kata taknak kahwin dan dia seperti tidak percayakan lelaki lagi.
saya tak pandai nak bagi nasihat sgt pada dia cuma sekadar memujuk agar dia terima dgn redha takdir ALlah SWT. nadhira, setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya insyaALlah. Allah SWT itu sgt baik dan mulia, tidak mungkin Dia kejam dgn hamba-hambaNya. yg penting skrg nadhira teruskan berbuat baik dgn bapa (tidak perlu mengharapkan balasan yg setimpal dari nya) ikhlas kerana ALlah. walau bagaimana pun si bapa itu, dia tetap ayah nadhira. dan sokonglah ibu nadhira sepenuhnya…subhanALlah….saya hormat dan kagum pada beliau kerana kekuatan yg ada pada dirinya.
hidup ini sementara cuma. kadangkala kita berasa terseksa dgn pelbagai dugaan tapi yakinlah ALlah itu Maha Penyayang dan Dia sgt baik. dihujung kesakitan kita itu pasti ada sinar yg menyirna. saya doakan nadhira tabah dan kuat selalu….
Assalamualaikum,
Pengalaman nadhirah sama dengan Kak Hajar. Benci pada ayah kerana kawin dengan isteri orang (minta cerai dari suaminya kerana nak nikah dengan ayah) yang jauh lebih muda dari saya (saya anak ke empat). benci kerana ayah tak berikan nafkah pada ibu selepas berkahwin lagi, benci kerana pakaian kotornya dari rumah isterinya disuruh ibu yang basuh, benci kerana apabila lapar dia akan pulang kerumah ibu untuk makan dan sekiranya tidak memasak dia akan marah walaupun tidak diberi wang nafkah, benci kerana ayah kerumah isterinya selepas isyak setelah kenyang dan kembali selepas subuh bila lapar, benci kerana memaki hamun ibu, benci kerana ayah adik bongsu (ketika ayah kahwin adik baru tingkatan 2) memberontak dan menganiaya dirinya sendiri kerana marah pada ayah, benci kerana bila sakit ayah akan pulang supaya ibu jaganya (isteri barunya akan halau dia balik jika ayah sakit), benci kerana membuat ibu sentiasa bergenang airmata. alhamdulillah ibu seorang penyabar, selalu solat malam dan membaca Quran. walaupun hati ini benci dengan perbuatan ayah, bila ayah masuk CCU minggu lepas, hati rasa belas kesihan dan pulang juga melawat ayah.
kak hajar mmg seorang anak yg tabah dan baik. benar skali, nak cari poligami yg adil tu memang sgtlah susah. dari pengalaman sedara mara yg mengalami ‘masalah’ ni, biasanya memang suami mcm kena cucuk hidung dgn isteri kedua. ntahlaa…pelik kan.
teringat artikel ust.Pahrol Mohd Juoi dlm maj ANIS. ada beberapa perkara jahat/buruk yang membawa kpd baik. cthnya, sikap si ayah/suami yg tak adil tu sememangnya buruk. tapi kalu kita sabar, maafkan dia dan bantu/support dia utk bertaubat…insyaALlah pahala berganda dpt kat kita. maksudnya perbuatan buruk dia tadi tu buka laluan utk kita dpt lebih byk pahala. kdg2 mmg begitu cara ALlah nak menduga kita.
berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul, saya faham tu. saya doakan kak hajar juga terus tabah dan hidup berkat dgn memaafkan kesilapan ayah.
memang perit nak terima kalau seorang ayah dan suami sendiri berkahwin lagi satu…tapi jangan cepat menghukum…kadang nampak sangat perit tapi kalau kita berusaha untuk redha dan sabar menangani sebenarnya ada hikmah besar yang allah nak bagi…..
susah nak cakap tentang jodoh….bila sudah ijab dan kabul itulah jodohnya..kitapun taktahu lelaki ni jodohnya 1 saja ka, dua ka, 3 ka, 4 ka…ataupun perempuan ni 1 pernikahan saja atau akan terlibat dengan kali ke 2 atau ke 3..
kalau ayah jadi zalim lepas nikah ngan isteri baru apa yang patut kita wat support mak kita banyak2..tapi jangan support mak dok keji2 ayah dan perkara yang tak baik….support dengan motivasi yang baik2….
mak saya isteri kdua. mak kahwin ngan allahyarham ayah setelah dia cerai ngan istri pertama…masalah diorang tak dapat dikenal pasti…..tapi bila ayah nak bg nafkah pada anak2 dia, isteri pertama akan membentak dan halang…tapi mak saya sendiri yang support ayah untuk terus berjumpa dngan anak-anaknya….kadang-kadang apa yang betul2 ada dalam hati ayah kita, kita tak tahu….kalau dia brkahwin lain tapi hak kita masih cukup ditunaikan alhamdulillah…
kadang-kadang prkara yang baik nampak jahat sebab SIKAP kita sendiri…..suka syak wasangka dan selalu tidak puas hati…
apapun terjadi kita kna bijak tangani….macam cerita ustaz ni…kenapa masalah kita takmau selesai..sebab dalam kita nak selsaikan masalah kita pi wat maksiat pula…ni ustaz cerita pasal suami, kadang yang istri pun pi wat maksiat gak….kadang2 maksiat tu bukan ZINA macam ustaz cerita ni…kalau pi cerita hal rumahtangga, umat suami/isteri dll. macam mana allah nak tolong….
kalau tak ada perkara maksiat tapi tak nampak jalan juga sebenarnya ada lah habuan yang lain untuk kita…..mungkin lebih baik dr apa yang kita ada sekarang….cuma kadang2 bila terlampau bersedih dan marah kita tak nampak apa yang BAIK disebaliknya.
Salam ustaz, hajat dihati ingin membalas komentar ustaz berkenaan komen ana di entri tentang talaqqi namun terhenti di sini. Selalunya, bila ustaz menulis tentang isu rumahtangga dan isu sekitarnya ana sekadar menjadi pembaca sahaja.
Tulisan kali ini menjadi satu siri atau kesimpulan sekali lagi tentang tulisan ustaz yang lepas-lepas berkenaan dengan rumahtangga dan poligami. Ana pernah membaca buku (bukan buku Ustad Cahayadi) berkenaan perkara ini.
Pendapat ana, sekali-kali tidak tulisan ini menafikan hukum poligami namun membantu kita memahami dan memandang sudut berbeza bagaimana memahami konsep asal poligami yang tidak boleh dihalalkan atau menggunapakai alasan perbuatan yang tetap haram dalam mendekati poligami itu sendiri. I.e: Berhubung, bertemu dan menjalin perasaan dengan kaedah yang jelas bertentangan syara contohnya berdua-duaan hukumnya tetap sama samaada perkahwinan pertama atau kedua.
Perkahwinan halal, namun tidak boleh dimulai dengan perkara yang haram.
Poligami dibenarkan, namun salah andai mukaddimahnya perkara yang haram.
Islam tidak menghalalkan apa yang haram sebelum mendekati yang harus atau halal. Poligami diharuskan tetapi tidak digalakkan.
“Perkahwinan tidak menghalalkan dosa!”
Sungguh! Lebih dari sekadar tepat.
Allahua’lam.
Penggarapan yg tepat!
reality but scary..
Assalamualaikum.
Ustaz, terima kasih mencungkil bab ini. Saya rasa ustaz memang ada “basirah” tentang hal-hal meduakan isteri ini, tentang bagaimana mula-mulanya suami mencari jalan keluar dengan isteri kedua dan pada akhirnya menggunakan isteri pertama sebagai tempat mengadu dan mencari ketenteraman!
Dalam bab inilah saya mengagumi kaum-kaum Hawa yang telah, pada pandangan saya, dizalimi oleh kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab. Terkadang saya terasa puas terhadap (dan sekaligus mengambil pengajaran daripada) balasan yang menimpa suami-suami seperti ini.
Saya berkata-kata dari pengalaman/pengamatan saya sendiri.
Heh… kadang-kadang saya ni agak serius, ustaz, walaupun pos-pos saya banyak yang mengarut dan tiada kaitan dengan isu utama.
Baarakallahu fiikum.
p/s gambar kat bawah tu ingatkan ustaz melawat kubur… tapi takkan kubur tu dibanjiri air siap tumbuh pokok teratai lagi! Mesti gambar kat taman di Ireland tu.
Assalamualakum..
Emm..ada juga bincang benda ni dengan beberapa sahabat yang duduk di seksyen 17..Selepas usrah dengan seorang ustaz yang ada menyebutkan keburukan poligami dalam rumah tangga aktivis dakwah..Ustaz tersebut mengatakan bahawa banyak buruknya dari baiknya poligami dengan alasan untuk kelangsungan dakwah..
Kemudian selepas habis usrah kami pun bersembang2..dan tiba2 ada seorang dari kami membuat kesimpulan (lebih kurang gini la maksudnya):
” kalau macam tu baginda Nabi s.a.w “gagal” dalam menunjukkan model rumah tangga yang disulami dengan poligami..Macam tu rupanya”…Kata seorang sahabat itu..dia bermaksud untuk “provok” kami lah tu..
Lalu kami katakan..itu Nabi, kita belum berjaya sampai makam Nabi..
Kemudian masing-masing tersenyap dan menyambung perbincangan lain dengan isu-isu yang lain..
Jadi, apa komen ustaz dan anda semua..adakah benar Nabi gagal dalam menunjukkan model poligami.. Emm??
Bagi saya..Tentu tidak!! Tapi ada pula perincian yang lain..Hah, apa lagi..sambung la..
Nabi gagal atau kita yang gagal dalam menghadam dan hayati kehidupan Nabi Mulia? Nabi itu bagus akhlaknya,tapi umatnya sekarang? Ia adalah dua benda yang berbeza.Sungguh celaka jika faktor kegagalan samada kegagalan perkahwinan,dakwah,siasah,etc2 sesorang itu disabitkan pada Rasul…Rasul tidak ajar atau kita yang tidak reti nak belajar-belajar
Aslkm ustaz….lepas nih mintak tolong cerita tentang bab poligami yang bahagia pulak ustaz. Baru adil ustaz… Bagi semangat sikit kat org macam saya nih (teringin ikut sunnah yg tu…)
teringin?.. nampak sangat tak matang2 lagi lepas baca artikel ust…
adakah ana akan nampak matang apabila ana membenci poligami? gitu ker sheikh? ana x rasa pula itu maksud/tujuan artikel ustaz.
buat ummu saif- biar nampak bergurau tetapi isinya bukan dusta/hipokrit.
Lepas ni pertanyaan ana sebegini “minta ustaz ceritakan pulak perihal poligami yg bahagia. Takut nanti timbul fitnah di mana org akan menganggap mrk yg berpoligami seperti seorg pesalah/tidak adil/pengikut hawa nafsu. minta ustaz terangkan” (tak nampak mcm memaksa/nak mengajar ustaz ker gitu ummusaif) -mood serius nih
Ustaz mengertap bibir menahan marah apabila artikel yang ditulis dengan mood yang begitu serius dikomen seperti satu gurauan
Salam ummusaif,
Akak rasa dia tidak bergurau, memang ramai yang berharap ada point2 yang menyokong …
Alhamdulillah..bertambah ilmu baru hari ni buat kami yang masih bujang.. Erti hidup pada memberi.. Jangan di minta yang terbaik dari isteri..tapi cuba jadi yang terbaik buat isteri…Mawaddah wa rahmah..Amin..
well written! artikel yg amat bermakna dan sarat dgn mesej. harap ustaz boleh adakan artikel spt ini dari masa ke semasa krn terlalu byk masalah rumahtangga yg berlaku di sekeliling saya dan juga pada saya sendiri juga. kebanyakan masalah berpunca dari org ke3 dan juga sikap suami yg mementingkan diri sendiri. yg menjadi mangsa, sudah semestinya isteri dan anak2. yg berendam air mata dah hancur luluh hati dan perasaan pun adalah isteri juga sedangkan suami masih lg ego dan tiada belas ehsan. kami pihak isteri mahukan kekuatan dan semangat melalui artikel dan pengisian ilmiah daripada ustaz dlm blog ini. terima kasih ustaz.
salam..
perhubungan suami isteri itu ternyata berat apabila dipandang sebagai memenuhi hak-hak masing-masing. Apabila hak ditukar ganti dengan tanggungjawab dan peranan, padah lah jawabnya…sadis sungguh sadis…
terima kasih di atas kupasan ustaz. Mengingatkan saya agar rumahtangga ini dijaga sebaik mungkin.. Mmg tarik nafas bila habis membacanya..
terasa sebak didada dan hilang kata2 kerana apa yg tercoret benar2 menimpa darah daging sendiri dlm waktu terdekat ini..hanya simpati dan doa yg sarat dihati moga ketabahan dan kekuatan iman akan terus menjadi bekalan memacu kehidupan yg masih panjang utk beliau dan anak2…aminn
assalammualaikum abu dan ummu saif,
satu soalan ringkas dari saya, apakah impak artikel ini bila dibaca oleh isteri kedua itu sendiri?
wsalam wbt.
impaknya ialah, isteri kedua yang tidak seperti yang disebut artikel, tidak perlu rasa apa-apa (ustaz pun sebut perkataan ‘sebahagian’). bagi isteri kedua yang buat seperti kata artikel tu, BERTAUBATLAH kepada Allah, insaflah atas kezaliman yang dilakukan.
itu sahaja. not more or less
syukran ummu saif…
salam..artikel yang sangat adil dan persis kepada kejadian sebenar.sahabat ana mengalami masalah ini. dalam situasi sekarang patutkan si isteri meletakkan ketaatan kepada si suami? alhamdulillah sahabat ana seorang yang agak tabah menghadapi ujian ini.sekarang dia dalam perancangan untuk menunaikan ibadah haji..perlukah dia memberitahu suaminya?
salam,
kerapkali kedengaran bila disebut poligami,dibaca sebagai hak lelaki untuk pasang satu lagi
“awak takde kurangnya,saya yang kurang”seloroh sorang pakcik dengan saya satu ketika dulu.
dalam menghadam artikel ustaz kali ni,bermain di fikiran,HAK , TANGGUNG JAWAB dan AMANAH….
Hak suami atau hak ALLAH ?, tanggungjawab suami untuk tunaikan HAK ALLAH. AMANAH yang datang yang perlu ditunaikan dengan penuh TANGGUNGJAWAB kerana datang dari HAK ALLAH.I
tu kesimpulan saya dari luahan ustaz,namun bermain juga difikiran,idealisnya begitu,tapi realitinya apakah mungkin seorang insan + nafsu + akal fikiran dapat menunaikan idealisme itu? Jika dikatakan rujuk iman,maka saya rasa purata poligami pasti seperti yang ustaz katakan,bermula dengan maksiat diakhiri dengan persetujuan poligami isteri pertama.
Sukar ..sukar….
Pencinta kat dunia ni memang ada masalah. Apakah masalah tersebut…..KESEMPURNAAN
Masing-masing tak dapat memenuhi 100% KEHENDAK pasangan masing-masing kerana memang TIADA MAKHLUK YANG SEMPURNA..
Apa yang dilihat CANTIK hari ini mungkin esok sudah HODOH…
Seorang PEMBELA pada hari semalam mungkin dianggap PEMUSNAH pada hari ini.
Semua ini dijadikan supaya kita TUNDUK dan kembali kepada KECINTAAN SUCI lagi universal iaitu CINTA KEPADA ALLAH dan RASUL.
CINTA KEPADA MAKHLUK ada SYARAT dan BATASAN dan TIADA JAMINAN
CINTA KEPADA ALLAH TANPA SYARAT tetapi TERJAMIN
CINTA KEPADA MAKHLUK mungkin syaratnya masih cantik di mata, bahasa yang indah di dengar, belum dilanda masalah mahupun belum muncul orang ketiga. Kemungkinan menjadi hamba kepada percintaan yang mengakibatkan terhina di dunia dan di akhirat
CINTA KEPADA ALLAH 24 jam/7 hari seminggu/366 hari setahun. Walaupun pernah berbuat dosa dan tidak jujur masih diterima .Malah mendapat kemuliaan semua makhluk yang melata di bumi mahupun di langit.
BERCINTALAH kepada manusia kerana Allah dan Rasul. Isteri atau suami itu satu amanah tetapi bukan milik kita 100%. Mungkin cinta dari mereka akan ditarik/dikurangkan tetapi Cinta dalam lubuk hati sanubari kita hanya Allah ( baca’ Allah, Allah, Allah) di dalam hati Lubuk Hati sanubari kita hanya Allah sahaja. Di situ tiada nama makhluk pun.
Apabila hati atau keseluruhan sel atau tisu badan milik kita dipenuhi dengan kecintaan kepada Allah sahaja, kecintaan kepada Makhluk bernama suami atau sang kekasih tidak didambakan sangat..
subhanALlah..ia memang benar. mcm kata Umi (ust Robiah Hamzah), suami/isteri/anak semua tu bukan milik kita 100%. segalanya hak ALlah. bila sampai ALlah tarik balik, kdg2 kita blom bersedia. sama laa jgak dgn kes suami jadi ‘BINGUNG’ sebab kena penangan ‘cinta-kedua’ kononnya. kebanyakkannya bukan krn salah silap atau kekurangan isteri pertama pun, tapi dah mmg begitu takdirnya. ALlah nak menguji. bila kita terlalu sayang sesama manusia, kadang2 kita ‘membelakangkan’ ALlah. sebab tu bila ditimpa masalah (berat atau ringan) sebenarnya itu adalah waktu terbaik kita berada paling hampir dgn ALlah.rujuk Dia balik. jgn kecil hati dgn manusia, mmg takda gunanya…menambah sakit dada ada lah. semoga semua isteri menjalankan tggjwb dgn baik dan bahagia dalam mentaati ALlah dan suami.dan para suami, didiklah anak isteri elok2… dunia dah nak kiamat, kenapa nak sebok sgt carik nikmat semata-mata…
Saya tak ingat dalam hadith mana tetapi menyebut Rasulullah bertanya para sahabat tentang siapakah segolongan ahli syurga yang kedudukan mereka amat tinggi sehingga menjadi kehairanan para sahabat. Para sahabat menjawab tentulah kami. Rasulullah SAW menyatakan yang umatku akhir zaman yang ujian terhadap mereka lebih besar dan mereka menyintaiku walaupun belum pernah bertemu dengan baginda.
Ingatlah wahai para isteri (dan sebahagian suami), ujian yang Allah berikan kepada kita itu sebenarnya MAMPU ditanggung oleh kita. Sesungguh Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana menentu dan menguruskan kehidupan makhluk yang dicintaiNya.
Mungkin kesabaran isteri-isteri/ibu-ibu ini bakal melahirkan pemimpin yang hebat pada masa depan yang bakal merubah dunia. Siapa sangka si anak kecil bernama Muhammad yang telah kehilangan ibu dan ayah tika kecilnya dan memelihara biri-biri di suatu tempat yang jauh di padang pasir bakal merubah dunia dan dimuliakan di langit dan bumi.
Berhentilah berburuk sangka atas nasib yang menimpa diri. Fikirkan penyelesaian masalah bukannya merintih atas musibah.
Hayatilah keindahan hidup ini setiap detik, setiap minit, setiap jam, setiap hari..
Itulah jawapan saya apabila suami tanya mengapa saya tak mengamuk bila saya tahu pasal kecurangan dia. Dia tanya mengapa saya benarkan dia nikah dengan perempuan tu (tapi suami tak nikah pun).
Dia kata saya nak perangkap dia…
Masa tu malam hari lahir saya, 30 julai 2007, saya berbaring sebelah dia…
Saya jawab, bagi saya suami adalah anugerah Allah pada saya. Dengan suami, saya beroleh anak yang cerdik and wise beyond her years. Suami hak Allah,sekiranya Allah nak ambil balik, apa daya saya. Sekiranya Allah memang dah palingkan hati dia dari saya, apa daya saya. Allah uji saya dengan anugerah yang dia beri ini, kerana Allah tahu, saya hanya boleh teruji melalui suami.
Tahap tolerant saya pada perkara-perkara lain amat tinggi. tapi saya kuat cemburu. Maka dengan menghadirkan orang ketiga, saya belajar bersabar, berfikir menggunakan akal. Bertindak tidak melulu.
Saya jawab juga, saya nilai diri saya, mungkin kasih sayang yang saya beri tidak cukup, hingga dia perlu cari kasih sayang orang lain. Dia tanya saya tak sakit hati ke? Saya jawab, hati saya hancur, tapi saya gunakan kasih sayang yang Allah anugerahkan untuk rawat hati saya. Saya ingatkan suami, dia anugerah Allah, kasih sayang saya untuk dia pun anugerah Allah, malam ni, saat ni, memang hati saya penuh dengan kasih sehinggakan saya tak mampu nak rasa marah dengan suami. Tapi, Allah boleh tarik balik pemberian dia, maka, jika Allah tutup pintu kasih saya untuk suami, janganlah kata, malam ni saya berbohong.
Sekarang, suami telah meminta maaf atas kesilapan dia. Dia minta masa untuk dia perbaiki keadaan dan buktikan kepada saya.
Saya dah lama maafkan dia. Setiap kali solat, saya minta Allah ampunkan saya, suami saya dan juga perempuan itu. Berilah petunjuk dan hidayah kepada kami semua (terima kasih sis zabrina, artikel dia mengajar saya tentang forgiveness).
Tidak mudah melupakan. Tapi saya belajar membuang perkara yang lepas. Nama pun belajar. It should be continous. Hidup saya fokus pada hari ini.
Saya bersyukur, Allah panjangkan umur saya hari ini. Saya dapat lagi menikmati kasih suami dan anak-anak.
Ada peluang saya perbaiki diri dan lebih bersedia bila sampai waktu mengadapNya
Saya walaupun seorang lelaki berasa cemburu dengan kekuatan dan kesabaran puan. Semoga mentari kembali menerangi kehidupan puan. Dalam lubuk hati setiap kita sepatutnya tiada nama makhluk di situ. Eksklusif untuk Aku dan Allah, Sumber Cinta..
Such a SUPERWOMAN!!
Dalam pelihara syariatullah, jangan dilupa sunnatullah. Mencintai dan menghormati pasangan itu masih perlu, sebab kita manusia ada fitrah Tuhan beri.Cuma perlu bijak guna akal untuk kawal nafsu, supaya tidak menghambakan diri dengan cinta makhluk.
Just my two cent.
Setelah hampir 20 tahun berkahwin tanpa zuriat, saya menyatakn hasrat pada isteri yang saya nak menikah satu lagi. Umur saya diawal 40 an dan isteri tua sedikit dari saya. Kami suami isteri penjawat kerajaan dalam kategori A. Semasa usia perkahwinan saya yang ke lima belas (selepas melakukan IVF kali keduanya) naqib usrah saya mencadangkan saya untuk berkahwin dengan seorang janda anak satu. Saya menolaknya dengan alasan saya kasihan pada isteri saya yang benyak berkorban selama ini. Pada masa itu semua pendapat yang dikemukan oleh ustaz dirasakan sangat bertepatan. Walaubagaimanapun ketika seusia ini, tiba-tiba saya rasakan ada sesuatu yang tak kena pada saya..saya baru “tersedar” yang saya belum ada zuriat. Dipendekkan cerita kami akhirnya mengambil anak angkat. Bagi orang yang tidak mempunyai masalah macam kami, sudah tentu cadangan mengambil anak angkat ini satu jalan penyelesaian..tetapi tidak. cadang boleh cadang tapi hati dan perasaan untuk memiliki anak sendiri tak boleh dinafikan. Cuba tuan-tuan fikir, kalau tuan-tuan “sengaja” buat isteri tak mengandung, lepas tu ambil anak angkat, saya jamin tak de yang sanggup. Bukti yang inginkan anak sendiri itu satu naluri, maka lihat lah pada sejarah nabi-nabi terdahulu..apatah lagi bukti kami suami isteri masih sanggup buat lagi IVF kali ketiga walaupun kami dah ada anak angkat. Walaubagaimanapun ketika menyuarakan hasrat “murnI” saya ini pada isteri, beliau mengamuk dan minta cerai. Alasannya adalah saya tak perlu berpoligami kerana teknik IVF masih mampu memberikan kami zuriat kerana ada orang lain yang berjaya mendaptkan zuriat pada usia 60 tahun dengan teknik ini. Maka kata isteri saya, pada zaman moden ini tidak ada alasan lagi untuk saya berpoligami kerana masalah ini boleh diselesaikan secara perubatan moden..poligami adalah satu hukum yang tidak relevan lagi masakini. Cuma saya memikirkan, saya dah menunggunya dan berusaha dengan berbagai cara untuk mendapatkan zuriat selama 20 tahun dengan setianya. mengikut doktor saya berkemampuan, manakala % untuk isteri saya mengandung agak kecil, lebih-lebih lagi pada usia sebegini. Memang bagi pihak isteri saya kena tunggu dia untuk dapatkan zuriat, sebab dia tak ada cara lain..bermakna kalau doktor kata “puan anda memang tak boleh mengandung” barulah dia akan berhenti dan akan memberitahu saya “abang kita kena terima hakikat yang kita memang tak ada anak sendiri” sedangkan saya pada hakikatnya secara klinikal, selama-lama ini memang berupaya untuk memiliki zuriat. Selama ini saya menyokong penulisan-penulisan disudut negatif tentang poligami ini, tapi bila saya alaminya sendiri (saya menyangka jadi begini), barulah saya terasa kepritannya. Adakah ada ruang bagi orang seperti saya untuk berpoligami.. adakah saya kejam kerana ingin berpoligami..cuba sahabat letakkan diri sahabat pada tempat saya. Saya dah puas menangis, bukan nak berlaku kejam pada isteri tapi hakikatnya saya mampu..dia memang tak mampu sebab tu dia suruh saya terima hakikat. Saya kejam atau isteri saya yang tamakkan saya?Saya perlukan kepastian
Salam..
Saya merasa amat simpati dengan saudara. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bagi saya apa-apa kenikmatan dunia ni tak semuanya dapat kita kecapi kesemuanya. Mungkin kita akan dapat sebahagiannya dan hilang sebahgiannya. Alangkah bahagianya melihat pasangan lain dikelilingi oleh anak-anak.
Saya pernah alami pada awal tahun yang lalu suatu keadaan yang amat teruk (anak accident hampir maut dan projek kehidupan yang gagal). Saya merasa amat ‘down’ ketika itu. Fikiran menjadi rungsing dan badan selalu ditimpa sakit serta demam. Ditakdirkan pula saya terpaksa ke KL untuk mengikuti kursus dan menginap di sebuah hotel di Jalan Tun Razak. Pagi tu saya menaiki LRT dan turun di SOGO. Dengan perasaan yang sedih dan langkah yang lemah (umpama mati sebelum mati) saya berjalan ke tempat berkursus di Medan Mara. Tiba-tiba satu pandangan yang amat luarbiasa iaitu seorang lelaki buta terkial-kial cuba melintas jalan di simpang lampu trafik. Begitu sukar bagi beliau namun wajah beliau masih menguntum senyuman (walaupun tidak dapat melihat mentari pagi dan keindahan bandaraya). MasyaAllah !! Tiba-tiba fikiran saya menjadi selapang-lapangnya, nafas saya menjadi panjang dan segar..Lantas saya menyebut Alhamdulillah berkali-kali. Badan saya berpeluh dan menjadi segar kembali. Ya sesuatu yang amat mudah (nikmat Allah) menjadi amat sukar bagi sesetengah orang lain yang lebih ‘malang’ hidupnya. Rupa-rupanya saya belum menghargai kehidupan ini !!
Satu TAULADAN dari Rasulullah SAW ialah yang ramai tidak sedar:
1. Baginda pernah menjalankan perkahwinan MONOGAMI iaitu dengan seorang isteri bernama Khadijah ra. sehingga akhir hayat isternya. Contoh tauladan seorang suami yang ber’monogami’ ditunjukkan di situ.
2. Baginda pernah BERPOLIGAMI iaitu dengan beberapa isteri sehingga akhir hayat baginda.
Buatlah pilhan dan Rasulullah SAW pernah tunjukkan ke dua-dua jalan. Namun ketika Sayidina Ali kwjh berkeinginan untuk berpoligami Rasulullah SAW minta beliau pertimbangkan memandangkan pengorbanan yang amat tinggi oleh Sayyiditina Fatimah RA
Zuriat bukan segala-galanya cuma apabila kita membandingkan diri kita dengan pasangan lain maka kekurangan itu cuba dipenuhi. Sayyid Qutb dan Sayyd Nursi pernah menolak pernikahan semata-mata untuk perjuangan. Mereka memandang lebih jauh..
Pilihan di tangan anda..
Monogami pun ok..poligami pun ok
Wallahua’lam
tak kejam kalau masih menjaga isteri pertama sebaiknya seperti dulu..jangan pula kalau dah ada anak dengan isteri kedua terus buang isteri pertama macam sampah……..saya yakin kalau suami baik, ikut perintah allah dengan baik isteri pun senang saja…isteri2 kalau suaminya begitu tentu akan berubah jadi baik dan penuh sikap positif terhadap suami…kalau suami ngan allah pun cukup makan saja, pastu ngan isteri kadang2 jahat, kalau minta nak kahwin lagi tentulah melenting istrinya…..
kalau dah kahwin lagi satu kena pula pastikan bersikap adil….dan jangan bagi ruang isteri2 berdengki antara satu sama lain….kena bijak main psikologi
tapi yang pasti bukan senang nak kahwin lebih..nak adil pada diri sendiri payah..apalagi bila ada banyak tanggungan untuk menjadi adil…..
mintalah pentunjuk dari allah…mana tahu kalau sabar dan usaha lebih sikit allah akan kurniakan anak dalam masa terdekat….
Salam,
Saudara, ana rasa dan faham keadaaan saudara.
Artikel ustaz ini tidak sedikit pun menidakkan keharusan berpoligami. Namun mencetuskan budaya baru berfikir cara mendekati poligami yang disalahgunapakaikan.
Ana sebagai perempuan malah menyetujui artikel ustaz ini dan memahaminya. Andai dilihat dari tulisan-tulisan ustaz yang lepas ada kesinambungannya yang digabungjalin. Apa yang ana faham melalui bacaan yang adik dalam beberapa buku dan tulisan ustaz.
Poligami diharuskan Islam dalam dua aspek penting:-
1) Isteri sakit, tidak dapat memberi nafkah batin. Menceraikan sungguh diluar batas. Diberi alternatif, berkahwin lain tanpa menceraikan isteri.
2) Isteri tidak mampu melahirkan zuriat. ( Without kaedah IVF or dah cuba sekian sekian.)
Keingingan saudara mempunyai zuriat sendiri tidaklah salah, malah amat mulia dan fitrah manusia. Kesabaran menanti dan setia bersama satu sifat mulia yang ada hanya pada lelaki yang soleh. Tiada salahnya mempunyai hasrat berkahwin lagi satu memandangkan kondisi, dan keharusan yang masih terpelihara. Bukan mencari apatah lagi kerana cinta kedua.
Berbincanglah dengan baik-baik dengan isteri, berdoa agar dilembutkan hati dan diberi jalan keluar yang terbaik.
Allahua’lam.
Berkenaan situasi saudra,
anak-anak bukanlah segala-galanya dalam hidup…. bukanlah segala-galanya… bukanlah penentu kebahagiaan… bukan penentu kebahagiaan…. Maha suci Allah yang menciptakan manusia dengan berbagai-bagai kerenah dan masalah….
- hidup ini singkat, make it sweet – for u n ur wife
YA BENAR. NAMUN, ANDAI BETUL DIDIKAN, MAKA MEREKALAH AGEN PELAPANG MAKAM AYAMBONDA, PENERANG KEGELAPAN ALAM KUBUR…
Semoga Na diberi kekuatan untuk tidak menjadi orang ke-3…..kini dan selama nyer
bila baca lagi sekali teringat ayat ni,,
kalau kita baik ngan allah tentu ngan manusia pun akan jadi baik….tapi kalau kita selalu ingkar pada allah, lawan apa yang allah suruh, macam mana nak jadi baik ngan manusia di sekeliling kita….
bukan untuk hal nak kahwin lebih saja, saya yakin untuk hal yang lain berkaitan dengan kehidupan kita..
agaknya kenapa susah sangat urusan kita dalam satu hal…penuh dengan masalah SIKAp..(shak wasangka, cemburu, hasut, dan semua perkara yang buruk)???mungkin sebab kita tak cukup memberi maka susahla orang nak menerima (tindakan yang kita nak buat)
saya ada terbaca petikan ini.. ” Carilah kecantikan isteri, bukan mencari isteri yang cantik..”
salam..artikel yang sangat adil dan persis kepada kejadian sebenar.sahabat ana mengalami masalah ini. dalam situasi sekarang patutkan si isteri meletakkan ketaatan kepada si suami? alhamdulillah sahabat ana seorang yang agak tabah menghadapi ujian ini.sekarang dia dalam perancangan untuk menunaikan ibadah haji..perlukah dia memberitahu suaminya?
harap ustaz dapat response segera..shukran ya ustaz
Umat Islam Melayu sekarang dididik melihat dan menilai sesuatu berdasarkan rupa luaran dan kebendaan. Mereka menjadikan manusia (rakan, isteri, anak-anak dll) suatu komoditi yang boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif luaran. Contohnya : Betapa cantik seseorang itu, berapa gaji, apakah prestasi kerja, disukai/popular atau tidak, apakah anugerah yang diperolehi, apakah layanan yang bakal diterima, berapa banyak pertolongan yang boleh diberikan, apakah dia sesuai di pandangan mata keluarga/rakan, apakah dia boleh membantuku tika kesusahan, apakah pulangan pelaburan terhadap mereka, apakah mampu dia..dan macam-macam lagi.
Umat dahulu dididik dengan ‘melihat’ dalaman (hati) iaitu adakah aku ikhlas, adalkah aku bersyukur atas nikmat yang diberi Nya, adakah aku benar-benar zuhud, adakah aku begitu jujur dan amanah, adakah aku seorang yang benar-benar bersifat rahman dan rahim, adakah aku cukup sabar dan berdisiplin, adakah sifat qanaah sudah sebati dengan ku..
Sesiapa yang bersyukur Allah akan tambah rezekinya, sesiapa yang kufur akan nikmatNya sesungguhnya balasan siksaan Allah amat pedih (di dunia dan di akhirat)
Walaupun Malaysia Boleh dan Suami Boleh namun jika tiada keredhaaNya ke mana akhirnya kita akan menuju?
salam ust..br hari ni sempat baca..
terkelu bila bace entry ni..kebetulan masalah ni terjadi pd kwn sy..dlm seminggu dua ni..pening juga nk tlong cari jln selesaikan masalah.. kami ni muda lg..br 20thn..mane la pakar sgt dlm hal2 mcm ni..alhamdulillah dgn entry ni insyaAllah dpt lah sy bg sikit bantuan..
yang peningnya..kwn sy ni da rancang nk nikah thn dpn, da ckp dah kt boss tmpt die kerja tu..tapi boss die tu bole buat2 x phm je..siap ckp nk dtg rumah lg..kes yg sama,die ada masalah rumahtangga..kesian kwn sy..setiap kali blk kerja je tension..
adakah patut die berhenti kerja atau macam mana?? kwn sy cuma kerja part time je..sebelum ni die msh bole seimbangkn kerja n study..tp study mcm terganggu akibat masalah ni..
for wife yg husband dia buat hal…
maybe you married to a wrong person, nevermind, jgn serabut2kan fikiran, minta putus dgn cara yg baik…. bumi Allah ni luas, hidup ini singkat, make it sweet with Allah’s guidance…
for wife & husband yg masih loving each other…
bersyukur dan doa byk2 pada Allah, semoga perkahwinan anda menjadi pengalaman dan memori terindah serta saham utk dituai di akhirat kelak..
-yg dah berkahwin & masih maintain
subhanallah,masyaAllah,ALLAH…kekuasaan ALLAH mcipta khidupn yg pelbagai utk mguji iman kte…MUHASABAH cukup bmakna bg yg ingin mgenal & mbaiki diri…tepuk dada tanye iman…fikir2kn lah..di hujung idup kte ade syurga&neraka…wallahu’alam
[...] Mehnah Kepada Mawaddah dan Rahmah Di copy dari http://saifulislam.com/?p=3823 [...]
Alhamdulillah..dalam usaha mencari contoh kisah dan iktibar kepada suami..saya terbaca article ini… apa yang diharapkan dgn usaha murni berkongsi cerita sebegini diharapkan suami dpt membuat pertimbangan semula dan seterusnya memikir semasak-masaknya niat/usaha utk membuka ‘cawangan baru’.
Mungkin mudah orang yang mendengar dan mudah bagi calon yang ke 2 menerima konsep madu tetapi lebih tersiksa isteri pertama menerima hakikat untuk memberi/berkongsi sebahagian kasih/masa dll kepada yang ke 2…
salam ustaz…sy pernah bercium dgn bekas teman wanita sy..sy tahu itu 1 dosa..nafsu terlalu menguasai diri sy masa tu ustaz..kami dah putus..sekarang sy dah berkahwin..patutkah sy rahsiakan hal yang lama itu pada isteri sy ustaz??sy ada cita pada dia yang sy pernah naik moto dgn bekas kekasih..tp sy tdk cerita pada isteri yang sy bercium dgn bekas teman wanita..sy takut bila sy sy certa pd isteri,isteri sy tdk leh trima..sy sayangkan isteri sy dan tdak mahu kehilangannya ustaz…dia seorang isteri yang solehah bg sy..dia penyejuk jiwa sy ustaz..tolonglah sy ustaz…apakah sy patut rahsiakan hal ini drp isterii sy???
@jo,
jawapannya: TAK PERLU.
Dlm islam, kita tak perlu buka pekung diri apabila telah bertaubat dgn Tuhan.
Teruskan kehidupan sekarang dgn yakin dan tenang. Confession bukan adat agama kita spt dlm Christianity.
Salam..artikel di atas baru sahaja selesai dibaca..biarpun sudah lama tertulis namun baru sekarg bertemu jodoh saya membaca artikel ini…hati benar2 sebak bukan kerana mengenangkan apa yg ditulis tetapi mengenangkan mengapa harus di salahkan org yg menjadi isteri kedua..bukan semua situasi sama..bukan semua org mahu menjadi isteri kedua…demi Allah yg Maha bESAR..Allah itu Maha tahu…
Apakah pilihan yg ada pada saya andai saya mengenali bakal suami saya dan bercinta ketika beliau masih bujang.dan kemudian dalam perancangan kami bernikah beliau tpaksa benikah dengan insan lain atas insiden diperangkap. saya cuba menjauhkan diri darinya namun hingga saat ini dia terus terusan mencari saya dan mengajak saya bernikah dan menjadi isteri keduanya. perit benar hingga mematikan semua kekuatan yg ada dalam diri bila dihina dengan bermacam2 perkataan yg tak terjangkau dek akal fikiran tapi tahukah kalian..saya tidak pernah menjalinkan hubungan perasaan kerana gembira mahukan suami orang..sebelum saya mengenali dia..dia bukan suami orang dan dia seorg lelaki bujang. tapi mengapa dunia ini sungguh tidak adil terhadap saya…mengapa dunia ini sangat kejam atas semua kebaikan yg saya buat…mengapa manusia hanya tahu menghina manusia lain…mengapa…