Kepimpinan: Antara Kuasa dan Pengaruh – Update

On 18/07/2008, in Ceramah, Kampus, Revolusi Sikap, by Abu Saif | 22,240 views | Print Print | Email Email |

Ceramah Berkenaan Tajuk Ini Yang Disampaikan di Jab. Perubatan Kecemasan UKMMC [muat turun mp3]

CHIN PENG , TUN MAHATHIR, SITI NURHALIZA, ASHAARI MUHAMMAD, HIDEO NOMO, MAWI, HASAN AL-BANNA, TIGER WOODS, BILL GATES, SAID HAWWA, SIMON COWELL, ABU HAMID AL-GHAZZALI, IBN TAIMIYAH, STEPHEN COVEY, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, CALVIN COOLIDGE

Jika saya tanya, apakah yang menjadi asas saya mengumpulkan nama-nama di atas di dalam satu himpunan, tentu ada yang berubah wajah. Mungkin ada yang merah padam wajahnya apabila nama seorang alim, saya kumpulkan sekali dengan nama seorang artis. 

leadership.jpg

Mungkin ada di antara mereka ini yang anda tidak pernah mendengar namanya. Ada juga yang diketahui semua. Tetapi kembali kepada soalan saya tadi, apakah yang anda nampak di sebalik semua nama ini?

Mereka adalah manusia yang BERPENGARUH.

Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh.

Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam konteks kehidupan yang luas ini.

KEPIMPINAN DAN PENGARUH

Saya pinjam huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya Becoming A Person of Influence. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh.

leadership2.JPG

Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan.

Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin.

Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah kerajaan dan negara.

KEPIMPINAN DI SEKOLAH

Kalau di sekolah, andaikata pelajar dilatih memimpin hanya dengan jawatan, mereka akan hanya mampu mempimpin andaikata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan. Apabila mereka ini dilepaskan ke tempat yang memerlukan mereka untuk bangun sendiri, memimpin persekitaran dan membentuk pergerakan, mereka gagal.

Ini adalah di antara punca mengapa ada pelajar yang cemerlang dalam kepimpinan di sekolahnya, apabila masuk ke universiti, gagal berperanan. Pelajar sekolah agama yang disegani (sebenarnya mungkin digeruni kerana kuasanya), mungkin gagal berbuat apa-apa, jika dia menyambung pengajian ke sebuah universiti yang tiada persatuan Islam, tiada platform, dan tiada siapa yang membekalkan kuasa.

Jika ke Mesir yang ada persatuan seperti PMRAM, mungkin kelangsungan kepimpinan boleh diteruskan. Bagaimana pula jika pelajar ini dihantar ke bandar-bandar terpencil di Kiev Ukraine, Moscow, Wellington, atau Durham dan Swansea?

leadership3.jpg

Ini antara analisa saya terhadap kegagalan sesetengah pelajar sekolah agama berperanan di kampus-kampus negara Barat. Apabila latar belakang mereka diselidik, mereka datang dari sekolah-sekolah agama yang bagus, malah mereka adalah di antara pemimpin pelajar yang terkenal semasa di sekolah.

Tetapi kenapa gagal berperanan semasa di kampus? Bukan sahaja gagal memimpin, malah ramai juga yang ‘pencen awal’ dari identiti agama.

Antara faktor yang saya kenal pasti, adalah pendekatan Tarbiyah mereka semasa di sekolah. Badan-badan agama yang diberikan otoriti oleh pihak sekolah, atau diwarisi turun temurun, berperanan sebagai ‘cemeti’ melaksanakan dakwah di sekolah. Tetapi jika kepimpinan terlalu bergantung kepada kuasa dan kedudukan, mereka gagal memimpin di dalam dunia sebenar, yang melihat aspek yang lebih penting iaitu PENGARUH!

Malah, di kampus juga, kekalahan kumpulan dakwah akan melenyapkan figura-figuranya daripada terus berfungsi di dalam masyarakat, kerana kebergantungan mereka kepada kuasa untuk melaksanakan dakwah. Mereka terlupa kaedah membangunkan Islam, berbekalkan pengaruh dan kualiti diri, yang wujud pada diri Muhammad SAW tatkala baginda belum menjadi Rasul di Mekah.

Hal yang sama teraplikasi di dalam sebuah organisasi perniagaan. Amat rumit jika ketua sebuah jabatan, adalah seorang yang hanya ada jawatan dan kedudukan tetapi tiada pengaruh. Beliau akan memaksa jawatan dan kedudukannya di’sedari’ oleh pekerja, dari semasa ke semasa, demi memastikan arahannya berjaya dipatuhi. Tetapi di dalam mesyuarat, kata-katanya bukanlah yang membentuk keputusan. Mungkin dengan kuasanya keputusan boleh dipaksakan ke atas mesyuarat, namun ia tidak menyerap ke hati dan persetujuan ahli. Tiada kesungguhan anak buah untuk melaksanakan arahan, kerana arahan itu datang dengan paksaan, tanpa penerimaan.

Itulah impak kuasa tanpa pengaruh!

PERINGKAT KEPIMPINAN

leadership2.JPG

Kepimpinan lazim bermula dengan kedudukan dan jawatan (POSITION). Jawatan dan kuasa, adalah lesen yang memudahkan laluan seseorang berperanan. Akan tetapi, lesen itu hanya pengiktirafan kepada kualiti asasnya sebagai ketua dan pemimpin. Justeru ia mestilah ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Apabila seorang ketua berjaya memperlihatkan bibit-bibit kewibawaan pada dirinya, maka pengikut akan mula membenarkan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan tahap PERMISSION.

Di sini, mungkin pengikut akan membenarkan seorang ketua melaksanakan lebih dari skop kerjanya semata-mata. Pengikutnya akan bertanya lebih dari soal kerja, meminta pandangan tentang satu dua masalah peribadi, dan membolehkan kumpulan atau organisasi tersebut maju setahap lagi ke peringkat PRODUCTION.

Kerjasama yang meningkat di antara seorang pemimpin dengan mereka yang dipimpin, akan membolehkan mereka bersinergi. Dengan cara ini, hasil kerja mereka akan jadi lebih PRODUKTIF.

Dalam suasana yang seperti ini, seorang pemimpin itu mungkin selesa bekerja dengan pengikutnya. Tetapi kehilangannya mungkin tidaklah begitu dirasakan. Mengeluh sehari, dan cepat mencari pengganti. Mungkin ramai ADUN yang menerima nasib begini. Kubur masih merah, orang dah berpesta mencari pengganti.

Tetapi jika seorang pemimpin yang sudah elok bergaul dengan pengikutnya, berjaya memberikan impak dan mengubah kehidupan pengikutnya kepada yang lebih baik, maka kepimpinannya sudah naik ke tahap yang keempat iaitu PEOPLE DEVELOPMENT. Pemimpin di tahap ini akan membantu pengikutnya membangunkan potensi diri.

Akan tetapi, seorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang berjaya sampai ke peringkat kelima. Kepimpinannya bukan hanya memberikan kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut, atau kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin (PERSONHOOD). Ia sukar untuk dicapai, kecuali selepas seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk membangunkan manusia mencapai potensi terbaik mereka.

leadership4.jpg

Inilah ukuran yang mendorong Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di tempat pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri. Bukunya The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History, memperkatakan soal PENGARUH, dan faktor inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu sangat signifikan kepada manusia yang lain.

Baginda S.A.W. adalah insan yang berpengaruh, sebelum baginda diberi Kenabian, sebelum beroleh kuasa dan kerajaan. Pengaruh baginda S.A.W. adalah pada kualiti dirinya. Kualiti Al-Amin, kualiti integriti dan kualiti kompetensi.

SIRAH PENGARUH DAN KUASA

Lihat sahaja sirah Baginda SAW semasa di Mekah. Ketika kabilah-kabilah Arab berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah, mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan KETUA PEMUDA, tetapi PEMUDA yang berkualiti KETUA, iaitu Muhammad SAW. Biar pun tanpa jawatan dan kedudukan, pengaruh Baginda sudah sedia terserlah, dek kualiti yang ada pada dirinya.

Malah Muhammad SAW yang tidak berjawatan itu, menggelisahkan seluruh pembesar Mekah yang ada jawatan dan kuasa. Kepimpinan dengan pengaruh hasil kualiti, mengancam seluruh jawatan dan kuasa yang cuba dipertahankan tanpa kualiti kepimpinan.

Kerana itu, Madinah terus memacu kejayaan, apabila kepimpinan Rasulullah SAW yang berteraskan pengaruh itu, dilengkapkan dengan kuasa dan kedudukan!

Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan perhatian kepada membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam kepimpinannya. Dia akan terus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan beliau tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh datang sendiri.

“PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI. APABILA KUALITI DIRI DIBANGUNKAN, PENGARUH DATANG SENDIRI”

Ciri-ciri inilah yang mesti dibangunkan oleh setiap kita sebagai seorang individu Muslim yang cemerlang.

PENGARUH IBU BAPA

Tentu sahaja malang bagi seorang ibu atau bapa, jika beliau memimpin keluarga tanpa pengaruh. Saingan terbesar bagi pengaruh seorang ibu dan bapa terhadap anak-anak adalah kawan-kawan mereka. Kawan-kawan anak yang memberikan lebih banyak masa berbanding ibu bapa kepada si anak. Kawan-kawan lebih banyak berhubung dengan anak-anak berbanding ibu bapa.


Ketam mengajar anak berjalan lurus!

Ibu bapa mesti berfikir bagaimanakah caranya untuk diri mereka terus berpengaruh dalam kehidupan anak-anak, khususnya remaja? Dalam suasana kehidupan hari ini, herdik dan takut menakutkan, bukan lagi senjata yang berkesan untuk ibu bapa mengawal anak-anak. Apatah lagi jika sikit-sikit mengugut “anak durhaka”!

“Aku ni ayah kamu. Kamu kena dengar cakap aku!”, kata-kata ini adalah biasa. Namun jika sering diulang, ia petanda bagi kepimpinan yang lemah oleh seorang ayah. Beliau memerlukan ‘jawatan’ dan ‘kuasa’nya sebagai seorang bapa, disebut-sebut agar si anak boleh mematuhi arahan. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika kuasa itu didesak-desak dalam keadaan si ayah tiada kualiti yang boleh menyerlahkan pengaruh kepada anak, justeru tiada rasa hormat yang dapat diterbitkan.

Anda boleh memilih… mahu menjadi ayah yang berkuasa, atau ayah yang berpengaruh.

Jika mahu menjadi ayah yang berkuasa, teruskanlah mempromosikan kuasa anda itu. Tetapi jika anda mahu menjadi ayah yang berpengaruh, teruskanlah berusaha membangunkan potensi diri, kerana pengaruh itu terbit dari kualiti dan kelayakan!

PENGARUH DAN PENDAKWAH

Tetapi soal pengaruh di sini, paling penting untuk difikirkan oleh para pendakwah. Apakah anda bergantung kepada status, gelaran dan jawatan, institusi dan aliran untuk mengawal masyarakat? Jika anda malas membina pengaruh, meningkatkan kualiti diri, dan berhubung dengan manusia pada akal dan hati mereka, maka adalah pemimpin yang paling lemah.

.leadership5.jpg
Calvin Coolidge (1872 -1933)

Saya tertarik dengan kisah bagaimana seorang tetamu telah bermalam di White House di zaman Presiden Calvin Coolidge (1872 – 1933). Semasa bersarapan pagi, tetamu tersebut tidak menjamah makanan sehinggalah ia dimulakan oleh Presiden. Beliau memerhatikan terlebih dahulu bagaimanakah Coolidge bersarapan supaya dapat menonjolkan imej yang baik sesuai dengan gaya Presiden.

Mula-mula cawan Presiden diisi dengan kopi. Beliau kemudiannya menuangkan sedikit daripada kopi itu ke dalam piring. Kopi di dalam piring itu dicampur dengan sedikit gula dan krim.

Oleh kerana tetamu tadi tidak mahu melanggar apa-apa etika, beliau melakukan perkara yang sama. Selepas selesai membancuh kopi di dalam piring beliau menanti apakah tindakan Presiden berikutnya.

Alangkah terkejut dan tergamamnya beliau apabila Presiden Calvin Coolidge telah meletakkan piring itu di atas lantai untuk dijamah oleh si kucing! Tiada keterangan yang menjelaskan apakah yang dilakukan seterusnya oleh tetamu tersebut.


Presiden yang pendiam. Memerintah dengan aksi!

Itu kisah di Amerika.

ASHAARI MUHAMMAD

Saya teringat kepada perbualan saya bersama-sama dengan bekas pengikut al-Arqam tentang ciri-ciri kepimpinan Ashaari Muhammad mereka.

Antara kisah yang ingat ialah, apabila Ashaari Muhammad berceramah, ia akan dirakam dengan video. Selepas ceramah, Ashaari Muhammad dan rakan-rakannya akan menonton video tersebut yang banyak memfokuskan kepada penonton. Mata-mata yang terbeliak, mulut yang terlopong, adalah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu berpotensi untuk diajak menjadi pengikut. Individu yang sedemikian rupa akan disiasat latar belakangnya, dan dicari alamatnya.

Lalu Ashaari Muhammad dan pengikutnya akan ke rumah lelaki tersebut. Bayangkan sahaja betapa berbesar hatinya seorang yang sedang sarat dengan kekaguman diziarah oleh tokoh yang dikaguminya. Ashaari Muhammad akan bertanya khabar, dan kemudian meminta izin untuk berehat seketika dengan tidur di atas lantai beralaskan bantal sofa lelaki tersebut.

Allah, cair hati tuan rumah. Lepas tu, minta apa pun diberi Insya Allah.

Saya tidak bermaksud mahu menganalisa Ashaari Muhammad dan gerakannya di sini, namun sikap beliau sangat mempengaruhi pengikut. Jika nyamuk gigit pun, Ashaari Muhammad hanya meniup dan tidak menamparnya. Ketika makan bertalam, Ashaari Muhammad akan mengambil tulang lebihan mereka yang makan setalam dengannya, dan akan dijamahnya sisa-sisa daging yang masih terlekat sehingga habis licin.

Gaya kepimpinan begini, sangat mempengaruhi. Apa yang beliau lakukan? Beliau berhubung dengan pengikutnya. Bukan hanya hubungan logik akal, tetapi hubungan hati, hubungan emosi.

Kepimpinan yang begitu berpengaruhi, akan mengenepikan soal keputusan akal terhadap benar atau batilnya agenda yang dibawa. Jika perjuangan yang batil boleh begitu berkesan hasil pengaruh, malang sekali perjuangan yang benar hanya kalah kerana sentiasa bergantung kepada kuasa, iaitu selemah-lemah kepimpinan.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

nik_aziz.jpg

Inilah watak yang juga saya kesan pada peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa saya pergi menziarahinya seawal tahun 1992. Ketika tiba di kediaman beliau, Tuan Guru baru sahaja turun dari bumbung rumah, membetulkan atap yang rosak. Ketika ditanya, bagaimanakah ayah beliau mendidiknya, Tuan Guru memberitahu bahawa mancis api sebatang pun, dibelah dua untuk mengajar anak berjimat cermat.

Sungguh mengujakan saya.

Tidak hairan, beliau disegani oleh kawan dan lawan. Anda boleh berbalas hujah dengan pendebat dan pemidato, tetapi tiada siapa yang mampu menewaskan akhlaq dan pengaruh.

Tanpa perlu temu janji, seorang pelajar lepasan SPM seperti saya dapat bertemu dengan seorang tokoh sepertinya. Tokoh yang berpengaruh, menjadikan setiap manusia yang berhubung dengannya, terasa istimewa. Beliau melakukan MODELLING, MOTIVATING, MENTORING dan mudah-mudahan pengaruh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menghasilkan MULTIPLYING.

Ramai yang sedang menanti.

leadership6.jpg

Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai. Mereka yang berkuasa, belum tentu berjaya mempengaruhi.

Jangan marah, jika artis lebih popular. Manusia dan kepimpinan …. adalah soal PENGARUH.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Antara Kak Nor dan Encik M – Update Saya tersentak apabila membaca sebuah artikel yang disiarkan di ruangan...
  2. Yusuf Memimpin Dengan Kualiti dan Pengaruh “Hajatnya, mahu menyelesaikan kisah Yusuf dan beralih ke kisah yang...
  3. Kepimpinan Ulama di Bawah Suluhan Sejarah Ulama’ atau bukan Ulama’? Sehari dua ini, persoalan kualiti dan...
  4. Hukum Jatuh Bangun Kuasa Manusia Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air...
  5. Buku Sulung Saifulislam.Com – Update 7 April “Segala puji bagi Allah!”, saya mengurut dada. Setelah lebih sedekad...

 

75 Responses to “Kepimpinan: Antara Kuasa dan Pengaruh – Update”

  1. ro ya alip dhod says:

    :D ana pelajar sekolah agama tapi tak mengagau bila tak ada persatuan sebab mmg tak cari. Gurau je sheikh.

    Ana tgh pening ni sheikh, soal yg anta tulis ni la. Nanti kita borak

  2. ibu_anas says:

    kepimpinan model ada pengaruh yg besar. Seorang pemimpin negeri yg mengetuai setiap solat subuh dan turut serta dalam amal2 kemasyarakatan spt Tn Guru Nik Aziz sukar untuk dicari. Lagi sukar untuk mencari seorang yg begitu berpengaruh dengan jumlah pengunjung dan pendengar kuliah pagi jumaatnya yang tidak pernah berkurang. Betul spt cth-cth disebut oleh ust, jika sesiapa ke Kelantan atau mengikuti perkembangan negeri tersebut (tanpa menafikan ada kelemahan-kelemahan lain juga), kita akan dapat lihat prinsip asas kepimpinan Islam, ‘experiences’, serta ‘outcomes’ kpd masyarakat berlangsung dengan serentak.

  3. Mutiara Hati says:

    Salam ust, rasanya kewajipan kita ialah menyediakan modul agar :-
    1- Setiap kita dapat jadi pemimpin yg boleh diteladani…anak dpt mencontohi ayah…
    2-Masing2 berusaha jadi pemimpin kecil yg ‘berperanan’.
    dll..

    “¦yang akhirnya pemimpin2 kecil itu dapat solat bjemaah dirumah atau bjemaah dsurau dan masjid bdekatan.. surau dan masjid skrg tiada “˜kepimpinan”™ yg sebenar.. Peranannya dimatikan oleh “˜pemimpin”™ yg tidak memimpin..

    Yang ni yg tiada …
    asyik2 ceramah, kursus tanpa fokus…
    bgmana pndpt ust.. Jom bincang.. ;-)

  4. syahid_zul says:

    Tulisan yang baik..saya telah membaca buku Becoming A Person of Influence tu…amat berguna dan banyak tips bukan kepada pemimpin tetapi pendakwah…

  5. saifulislam says:

    Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi komen. Saya letih membetulkan kesalahan ejaan dalam artikel ini. Dah berkali-kali edit. Kalau terjumpa lagi, maklumkan kepada saya ok.

    Saya menulis artikel ini dengan beberapa tujuan. Antaranya untuk mengajak kepada perubahan trend di kampus-kampus agar kepimpinan kampus mengimbangkan di antara usaha memenangi pilihanraya kampus, dengan benar-benar meningkatkan kewibawaan diri, kerana yang kedua itulah bekalan sebenar-benarnya untuk dibawa ke seluruh kehidupan.

  6. afif says:

    salam ustaz…artikel yg sangat berguna dan panduan kepada mereka yg mahu berpengaruh… alhamdulillah perbincangan ana denag ustaz hari tu nampak lebih terjawab dlm artikel ini utk kita membina kekuatan dlm misi membentuk pengislahan ummah…kalau kita berpengaruh mudah utk kita menjalankan @ melaksanakan apa2 tugas ditambah pula mengikut cara2 berpengaruh yg berkesan… akan memberi kepada proses perjalanan tarbiyyah dan sekaligus membentuk daulah islamiah…

  7. saifulislam says:

    Wsalam. Alhamdulillah.

    Cuma perlu diperjelaskan. Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Ia datang sendiri apabila kita tingkatkan kualiti diri

  8. ibnu_waqafan says:

    Allahu Akbar…semoga Allah kurniakan umat Islam pemimpin yang disegani dan beriman..mabruk ustaz atas pendedahan.moga2 kita semua mendapat manfaat..jazakallah

  9. ro ya alip dhod says:

    Ada teka teki,

    Commited leader to islam.
    Convicted leader to islam.

    Mana betul, apa beza?

  10. saifulislam says:

    hmm.. berat benor ke artikel ni? dah 264 view baru 10 komen… kena selidik ni :|

  11. ro ya alip dhod says:

    depa nikazizophobia kot. bias betul la depa ni. :D gurau2 peace

  12. taqeyyabella says:

    berat kot agaknya ust…

    tapi, menjadi seorang yang berpengaruh kepada yang ma’ruf tu rasanya susah dan ‘langka’ dibanding dengan mempengaruhi kepada yang mungkar…

  13. soffone says:

    beratlaa kot..nice picture kat atas skali..’abg long’ tu mmg menonjol..sume anak ayam tgok kat die..camane die bina peribadi diri ye? :D (sory saje2 nak ringankan skitt)

    skali rase mcm terkena batang hidung sndiri gak..’Ya Allah ku mohon moga thabat dalam jalan redhamu!’

  14. alhikam says:

    memang x dinafikan pengaruh tingkah laku / peribadi ni penting dalam kepimpinan . Namun , tanpa kekuasaan ana rasa ianya tak dapat berkembang dan meluas . Apapun .. syaksiah dan perilaku mesti diberi prioriti bagi sesapa saja yang inginkan kepimpinan yang berkesan . Lebih2 lagilah mereka yang mewakili kepimpinan ke arah menunjukkan cara2 mengikut kehendak Islam .
    Ana tertarik dengan kata2 Michael H.Hart yang terakhir ttg Rasulullah : ” ….. unparalleled combination of secular and religios influnence which i feel entitles Muhammad ( s.a.w) to be considered the most influential single figure in human history ..” .

    Bagi ana artis lebih popular .. bila kebajikan mereka senantiasa diwarwarkan media . Maka mrk dilihat lebih kedepan dalam hal2 kebajikan . Jadi di sini bagi ana .. sekiranya syaksiah dan kuasa digabungkan maka barulah akan menampakkan pengaruh yang sebenar .
    Sekadar pandangan. : )

    Memang nampak artikel ni payah skit nak paham ustaz . . . bagi ana ..

  15. saifulislam says:

    terima kasih kepada al-hikam kerana initiate perbincangan. artikel ana memang tidak bermaksud menafikan peranan kuasa. malah artikel ini menuntut supaya sesiapa yang telah dapat kuasa memimpin, mengembangkan kepimpinannya, sehingga kalau dah takde kuasa dan jawatan sekali pun, dia tetap seorang yang signifikan dalam masyarakat. tidaklah nanti, bila dah pencen atau turun pangkat, turun dan susut pula peranannya dalam masyarakat dan kehidupannya sendiri.

    kuasa tetap penting, namun menghadkan kepimpinan kepada kuasa semata-mata, tanpa usaha meningkatkan kualiti manusia yang memegang kuasa tu, its worth of nothing…

    haha, i’m mumbling…

  16. fikrah says:

    kelangsungan dakwah hanya boleh berlaku jika org yg berpengaruh berjaya mendidik mutarabbinya menjadi org yg berpengaruh jua….
    jika hanya seorg jer berpengaruh, & yg lain hanya bertindak menjadi pendengar semata2 tanpa berbuat apa2…maka lama-kelamaan dakwah akan pupus….
    tidak ada gunanya kita dtg meyampaikan ceramah,yg kehadiran pendengarnya cukup ramai tiap2 minggu,namun yg mendengar ceramah itu hanya kagum semata2 dgn kebolehan penceramah tp ia tidak mampu mendidik pendengar menjadi org yg berpengaruh…
    tarbiyyah rasulullah mendidik abu bakar as-siddiq menjadi org berpengaruh….bukan stakat rasulullah shj berpenagaruh,mlh baginda berjaya didik abu bakar jadi org berpengaruh…& tarbiyah ini bukan seminggu-dua…ia memakan masa bertahun2…bukan setakat dtg dengar ceramah…mlh dia sendiri perlu berazam memberi ceramah…bukan stkt datang usrah semata,dia sendiri cari mad’u utk diusrahkan…bukan setakat dtg rehlah..dia sendiri handle program rehlah….& dia berusaha mentarbiyah pula mad’unya handle rehlah,handle usrah..boleh mengarahkan anak usrahnya cari mad’u2 baru…& begitulah turutan seterusnya….

    itu juga yg terjadi kpd HAMAS…bila mana 2 org pemimpin berPENGARUH hamas syahid…..hamas tidak lumpuh..dakwah hamas tidak terhenti..kerana hamas bukan bergerak berdasarkan pengaruh pemimpin..malah hamas bergerak utk menghasilkan 10 org lagi asy-syahid ahmad yasin & mungkin 10 org lagi as-syahid rantisi…itu sebab kita lihat hamas semakin berjaya…
    tarbiyah asy-syahid berjaya menghasilkan mungkin 10 org lg spt asy-syahid…& dari tarbiyah 10 org ini mungkin berkembang menjadi 100…
    lemahnya dakwah di malaysia kerana kita lihat ramai org yg hanya suka mendengar ceramah semata..yg hanya menonjolkan figure2…
    yg berdakwah hanyalah figure2 tersebut..sementara yg lain duduk diam….duduk diam tak kan membawa apa2….
    ceramah semata..TANPA usaha follow up thdp org yg mendengar ceramah mungkin hanya memberi kekuatan yg minimum kpd dakwah….
    suatu dakwah yg kuat memerlukan lebih dari itu…
    mad’u2 perlu ditarbiyah secara spesifik bukannya umum…
    & ini mmg perlukan kesabaran..hasil kita xkan nmpk skrang…
    tidak sedikit harta,masa yg perlu kita korbankan…

  17. fikrah says:

    mungkin kita org berpengaruh…..namun itu tiada guna jika kita tiada usaha secara SERIUS & SPESIFIK utk didik org lain menjadi org yg boleh mempengaruhi org lain juga….
    pentingnya pengaruh adlh sbg satu advantage utk menarik mad’u kpd usaha dakwah…ia hanya sarana & bukannya tujuan…
    menggunakan pengaruh utk tujuan selain mencari redho allah….tidak akan membawa apa2 perkembangan pd dakwah…malah mungkin melemahkan lg dakwah…
    pengaruh bukan utk tujuan peribadi….
    gunakanlah pengaruh utk tarik org lain pd jln allah….itulah beza da’i dgn yg lain…
    gunakanlah nikmat/anugerah allah ini pd jlnNya semata….bukan mencari dunia & populariti….
    ambillah iktibar kisah khalid al-walid..ditarik drpdnya jawatan panglima perang oleh khlaifah umar al-khattab r.a….namun tetap saja khalid r.a. berperang sbg tentera biasa sbb dia berperang krn allah,bukan kerana umar r.a…….
    mampukah kita berbuat demikian???
    apakah dgn berjawatan shj kita berdakwah??tanpa jawatan kita sudah tidak lg berdakwah…..!!!na’uzubillah…
    apakah di kampus shj kita berdakwah sbb kita ada platform utk bekerja…& kita ada lebih byk masa terluang…
    namun apb kluar dari kampus,kemanakah kita???knapa kita berhenti/slow berdakwah..tidak seaktif dulu semasa di kampus….!!!na’uzubillah…
    hanya org yg benar2 ikhlas shj yg allah benarkan utk terus istiqomah dlm jln dakwah nie…

  18. musafir malam says:

    Salam ya ustaz,
    Pertama sekali, saya kebanyakannya setuju dengan apa yang dilontarkan ustaz. Lontaran ustaz ini sepatutnya disambut oleh setiap orang (kita) bagi menilai diri sendiri dan seterusnya diperbaiki. Tetapi, bukan sebanyak mana pengaruh yang ada pada kita yang perlu dinilai, tapi sejauh mana kita berjaya mempengaruhi (menguasai) diri sendiri sebelum pergi kepada mereka yang di sekeliling. Seperti kata ustaz, “..Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Ia datang sendiri apabila kita tingkatkan kualiti diri..”. Di sini yang saya nampak, kita bukanlah bekerja untuk mencari pengaruh dan berbangga (riak, ujuk) dengan pengaruh yang kita ada itu. Sebaliknya, kita bekerja untuk mempengaruhi (diri+orang lain) dan menilai kembali setiap tindakan itu sama ada masih berada atas ‘landasan’ atau pun tidak. Benda ini akan menjadi lebih mudah, pada fikiran saya, jika kita berusaha memikirkan akan kepentingan ummat manusia amnya atau ummat Islam khususnya, seperti Nabi SAW yang sentiasa memikirkan akan ummat baginda. Jadi, dengan sendirinya, kita akan membentuk sikap untuk mempengaruhi (diri+orang lain) agar segala kepentingan itu dapat dicapai.
    Itu sahaja. Maaf, ustaz. Komen berjela-jela.
    WaAllahua’lam.

  19. saifulislam says:

    Wsalam wbt.

    Tak sia-sia merambu-rambu di malam hari, musafir malam :) Saya mahu mengenepikan persepsi negatif terhadap apa yang kita faham tentang PENGARUH, kerana ia sudah saya tolak siap2 di dalam satu perenggan di atas. Yang mahu saya enhance ialah kepentingan pengaruh bagi orang yang memimpin dan mengubah masyarakat. Khususnya ibu bapa terhadap anak, guru terhadap murid, dan daie terhadap mad’u.

    Saya cuba analisa, kenapa pelajar di universiti lesu. Antaranya sindrom letih mengejar pilihanraya. Kalau satu pilihanraya ok lagi. Kalau macam2 pilihanraya, dan pihak yang berhasrat nak menang semua, dengan sangkaan kemenangan dan perolehan kuasa tu dapat melicinkan dakwah di kampus, akhirnya kecundang.

    Kecundang tu, macam2 faktorlah, termasuklah pilihanraya yang tak telus.

    Tetapi jika kalah dalam pertandingan, apakah mati ruang dakwah?

    Jika pemimpin-pemimpin pelajar ini mempunyai kualiti diri yang tinggi, mereka tidak akan hilang signifikasi, walaupun tiada jawatan. Sebab mereka ada PENGARUH.

    Dari mana datangnya pengaruh tu? Dari kualiti diri. Maka mahasiswa kena letak keutamaan pada meningkatkan kualiti diri, termasuklah pencapaian akademik, kematangan pemikiran dll. Sebabnya, dengan cara ini mereka akan dapat banyak undi. Kalau pilihanraya tak telus dan mereka kalah sekali pun, mereka tetap the REAL LEADER dan berpengaruh… sebab menggunakan formula yang betul dalam kepimpinan … iaitu memimpin dengan KUALITI.

  20. nota tambahan says:

    ustaz , ada satu lagi nama yg ustaz terlupa letak: Anwar Ibrahim. Beliau lagi dasyat. Lagi masuk penjara, lagi kuat pengaruh. Sebab matanya lebam maka jadi asbab tertegaknya kerajaan Islam di Terengganu…takde jawatan apa2 dalam politik, tapi shake up everything up… kata kata penuh memukau. Boleh berkawan dengan Wolfowitz dan berdiskusi dengan Qaradawi. Boleh baca khutbah dan mengajar di Washington. Pro demokrasi tapi jadi tetamu khas Raja Saudi. Pro ekonomi bebas tapi pejuang rakyat kelas bawah dan sederhana. Boleh bernada ikhwan atau liberal. Bayangkan kalau die ade jawatan besar. TERBAIK UNTUK MALAYSIA

  21. Mutiara Hati says:

    …bagaimana dgn pengaruh Imam atau Ajk masjid , ajk surau kpd jemaah MUSLIMIN di penempatan perumahan masing-masing… Inilah akar umbi masyarakat melayu islam kita…di Lembah Kelang skrg dah byk rumah flat atau Kondo Rakyat…mereka hidup style “rumah merpati’ asal setinggan berjiwa ‘kondo’ ( berlagak kaya) , hatta surau di penempatan mereka di abaikan.. gejala sosial di perumahan flat menjadi-jadi sangat ketara , dpt dilihat depan mata, budak sekolah ponteng menjadikan pot mereka di flat2, ,….
    Masalahnya PENGARUH kepimpinan masyarat ( persatuan penduduk, Ajk surau) semacam diignore oleh masyarakat ..
    atau kepimpinan tidak diupgrade …
    Yang ni kita kena bincangkan…
    sbb Yang memimpin di akar umbi ialah bukan ada latar belakang U , adapun yang ex U lebih seronok berkampung di U , selesa dgn jawatan kerjaya sampai tak dpt bersama program masyarakat.. Dakwah depa habis di seminar2, konvesyen , kolokium…tak sampai pun ‘resolusi ‘ tersebut ke akar umbi…tiada yg nak menyampaikan.. Yang sampai ke akar umbi ialah PENGARAUH artis..

    :-)
    apa view ust

    • Aisyah says:

      Salam,
      Saya faham dengan kisah yang dibawa oleh Mutiara Hati, dan dengan ini dapat saya fahami juga bukan orang yang tidak berpengaruh saja yang perlu kita pengaruhi (dengan budi pekerti, akhlak terpuji dan hikmah), tetapi juga orang yang berpengaruh atau yang sedang mencari pengaruh dengan cara mudah… pelajar u mungkin ada kelebihan jika berjaya mengutip mutiara2 ilmu kepengaruhan (melalui sikap seperti yang diperkatakan) dan kepimpinan tetapi berhati2lah, dibimbangi kelebihan ini terlalu dipandang tinggi oleh diri sendiri (bukankan indah jika diikut resmi padi, makin berisi makin tunduk ke bumi)… Sekadar nasihat utk diri sendiri n sahabat2 sekelian… Satu lagi mutiara yang dapat saya kutip di sini ialah kita tidak boleh terlalu mengharapkan hasil dalam masa yang singkat… Marilah kita selami sirah rasul2 dahulu yang berdakwah bukan dalam masa sehari dua… Pendapat saya, bukan tindakan drastik atau pasif yang penting dalam hal ini tetapi istiqamah itu yang penting… Bergantunglah kepada kemampuan masing2 untuk melaksanakannya… Marilah kita mulakan dengan sanak saudara dan jiran tetangga kita… Moga2 kita dilindungi daripada azab Allah… Amin

  22. nurkarim says:

    Biarpun tak pernah pegang jawatan2 penting dalam mana2 organisasi,tp at least ada sesuatu yg bleh kita sumbangkan untuk meningkatkan kualiti diri dan organisasi..Biar manusia tak kenal tp ALLAH tetap mengetahui..mudah2an kita semua semakin ikhlas dlm segala aspek kehidupan,menuju jalan pulang kembali kepada Tuhan..AMIN

  23. Ummufaiz says:

    Salam…
    Saya mengenali seorang graduate dari Timur Tengah, tinggi ilmunya dan amat petah bercakap, tetapi satu sikap yang saya pelik ada pada beliau, bila sahaja dia terasa ada pengikut kelasnya yang mula ta’asub padanya atau “over” memuliakannya, dia segera menarik diri. Dia macam tak suka ada pengikut. Apa komen Ustaz?

    • Aisyah says:

      Minta maaf kerana berminat untuk komen walaupun sebelum ustaz memberi komen, harap2 lepas ni boleh dengar pandangan ustaz, berdasarkan cerita ummufaiz, saya rasa insan yang berkenaan mungkin tidak mahu menimbulkan rasa riak atau tidak mahu pendengarnya tertarik dengan dirinya lebih drpd apa yang disampaikan, kadang2 perkara ini (ta’asub) tidak dapat dielakkan kerana mungkin sudah menjadi lumrah manusia menjadi terpengaruh dengan mereka yang berpengaruh, pendapat saya tidak salah perkara ini jika disalurkan dengan cara yang betul, perkataan ta’asub mungkin agak ‘over’, mungkin perlu dibendung sebelum sampai ke tahap itu, saya pun kurang pasti ilmu psikologi yang terlibat, tetapi semoga insan yang dimaksudkan dapat mendalami ilmu berkenaan supaya pendengarnya tidak menjadi ta’asub sehingga dia menjadi tidak selesa lantas meninggalkan mereka… sangat rugi bagi saya bagi insan yang dikurniakan Allah kelebihan dalam mempengaruhi orang tetapi tidak dapat menggunakannya untuk memperbanyakkan insan yang berpengaruh sepertinya dalam menuju ke arah kebangkitan Islam… sekadar pendapat, minta maaf jika terlalu panjang…

  24. muqay says:

    SALAM,
    betul la apa yg ustaz tulis tu, bila lihat diri sendiri baru faham knp zaman sekolah boleh jadi pemimpin, apabila masuk ipt terus lemas. ana diantara pemimpin sekolah yg pencen awal..

    sedih.

  25. shiha says:

    Salam..
    Saya ni sekadar role model untuk anak – anak. Cukuplah. Semoga anak – anak saya kelak yang menjadi role model untuk masyarakat. Hm.. melihatkan cabaran zaman akhir zaman ni, usaha perlu dilipat berkali – kali ganda. Saya sebagai ibu, rasanya tak cukup dengan menghantar anak – anak ke sekolah yang terbaik samada dari segi akademik atau sahsiah, malah saya sendiri kena ‘turun padang’, sama – sama ambil kisah akan segala apa yang berlaku di dalam kehidupan mereka [tapi tidaklah sampai mengongkong pula]. Tak boleh macam dulu lagi (or, at least like my parents) yang banyak membiarkan saya menjalani kembara hidup sendirian. 20 tahun yang sudah, takde Astro, takde reality show, kita banyak berkomunikasi dengan masyarakat untuk membina keperibadian diri. Sekarang, jiran sesama jiran tak bertegur sapa, apatah lagi nak mengambil tahu hal anak – anak jiran tetangga. Ibu bapa sebagai role model kpd anak – anak, bagi saya, itulah yang paling akar umbi. Kalau semua ibu bapa ambil berat akan peranan ini, sekurang – kurangnya gejala sosial, jati diri dan sebagainya dapat kita bendung penularannya. Wasalam.

  26. pencari_nur says:

    “Kalau di sekolah, andaikata pelajar dilatih memimpin hanya dengan jawatan, mereka akan hanya mampu mempimpin andaikata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan. Apabila mereka ini dilepaskan ke tempat yang memerlukan mereka untuk bangun sendiri, memimpin persekitaran dan membentuk pergerakan, mereka gagal.”

    aduss..terasa jugak ni ustaz..sejak masuk universiti ni lebih selesa jadi pemerhati…
    bila baca artikel ni, terasa dayus pula. dulu di sekolah bukan main hebat berjawatan, dah jejak dunia uni. ni, ‘ter’jadi ulat buku sampai kekurangan masa nak tingkat kualiti diri sebagai pemimpin…
    takut juga ‘ter’jadi insan hipokrit..-sigh-

  27. imad_hukm says:

    assalamualaikum..
    bersetuju dengan topik yg dibincangkan. peningkatan KUALITI diri bagi membina PENGARUH. Saya berpandangan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti diri ialah dengan MEMBACA.
    “Good Leader is a good reader”
    Ramadhan Fitri
    Saya dengar ungkapan diatas daripada nama yg saya sebut di atas. Saya fikir mahasiswa lemah dan lesu kerana MALAS membaca. Berapa ramai mahasiswa yg mempunyai ‘perpustakaan mini’ di bilik? Bilik pemimpin pelajar pun penuh dengan CD game. Mata bersengkang sampai 3 pagi kerana ‘counter strike/red alert/etc. Sungguh berbeza dengan Tun Mahathir yg tidur hanya 2 jam sehari dan setiap buku baru yg diterbitkan di Amerika akan sampai ke rumahnya. Sungguh berbeza dengan Anwar Ibrahim, ucapan yg terkeluar dari mulutnya sewaktu di awal2 pembebasannya lebih kurang begini : Oh, buku itu saya x baca lagi, Oh buku yg ini saya belum tenguk lagi…

    Tidak hairanlah Bicara Siswa menjadi bahan gelak tawa pelajar sekolah…

    Wallahua’lam. Diri sendiri masih banyak kepincangan

    • asrar says:

      hmm…saudara imad jgn lupe juga…bahawa Rasulullah s.a.w yg disenaraikan sbg the most influential persons in history adlh seorg yg buta huruf…pada pendpt saya, pengaruh anwar ibrahim sgt tinggi n sgt berpotensi menjadi seorg perdana menteri, sehingga pada satu masa, dr mahathir juge takut akn pengaruh anwar ibrahim lalu di masukkan anwar ke dlm ISA dgn tuduhan liwat…begitu juga pada masa skrg…’mereka2′ yg takut akn pengaruh anwar, melakukan tuduhan yg same..knapa tuduhan yg same? kenapa tidak tuduhan yg lain? kerana mereka x jumpe ape2 kekurangan n kesalahan pd diri anwar utk dikaitkan dgn diri beliau..furthermore, only tuduhan liwat yg boleh dibicarakan di mahkamah tanpa perlu bukti yg kukuh..’mereka’ yg saya maksudkan..mgkin najib..kerana najib yg m’biayai pengajian saiful…sbb najib mgkin akn jd PM 2010 nanti..so saingan terbesar dia adlh anwar..ops, sori najib terbocorkan rahsia..we’r not stupid

      • Aisyah says:

        Salam, minta maaf mencelah, saya kurang faham kaitan yang saudara ingin kaitkan isu ‘pemimpin perlu membaca’ di atas dengan Rasullah yang buta huruf… Saya pernah belajar betapa hikmah di sebalik Rasullah yang buta huruf tapi saya rasa perkara ini tidak menghalang umat akhir zaman ini membaca kerana itulah seruan pertama yang disampaikan melalui Rasulullah… Minta maaf jika salah faham…

        • asrar says:

          hm..its ok aisyah..ape yg aisyah ckp tu betul..saya cume maksudkan yg kita tak bole judge and compare org berdasarkan quantity buku yg dibaca sahaja..lebih2 lagi bila nak compare antara org yg pernah masuk ISA dgn org yg x masuk ISA..its not fair..for me, as a doctor, apa2pun experience are the best teacher (if want to compare with the quantity of books i have read)

  28. ape2 says:

    pemimpin berjaya adalah yang berjaya memimpin diri sendiri

  29. ummunaili says:

    Ustaz,
    Manusia menjadi lesu kerana PENGARUH wang, media dan entertainment melampaui pengaruh kepimpinan manusia. Musuh sudah sedia maklum, maka ini lah yang dieksploitkan. Yahudi tidak perlu ada pemimpin berpengaruh untuk menguasai dunia, mereka cuma mencipta tools yang boleh mempengaruhi manusia setiap hari dan setiap ketika. Tools mereka ialah media cetak, internet, TV.

    • Aisyah says:

      Saya sgt bersetuju dengan ummunaili… Saya rasa memang benda yang tidak baik ni memang mudah sangat untuk disebarkan… Yang mencabarnya ialah menyerapkan nilai2 mulia itu… Selamat menyahut cabaran…

  30. ma says:

    Kalau begitu ustaz, bagaimana agaknya meningkatkan kualiti diri? Harap ada artikel. Atau sudah ada sebenarnya?

  31. saifulislam says:

    hampir semua artikel saya di saifulislam.com, adalah untuk membantu meningkatkan kualiti diri. hilang manisnya jika dipicit penyek ke dalam sebuah artikel sahaja.

  32. zulaifah says:

    assalamualaikum wbt
    artikel yg sgt kena dgn diri sy.sy dah setahun lebih jd pelajar U.
    sy rasa sy kena akui yg ruang dakwah d kampus byk menggunakan kuasa termasuk pilihanraya, sehingga pilihanraya dilihat x telus oleh pelajar.akibatnya dapat dilihat yg student sgt susah nak terima kepimpinan kampus.insya Allah,sy nak utarakan isu ni pd unit siasah kampus sy,,kalau x pun,kat usrah saya,
    terima kasih ustaz,semoga usaha ni dapat ganjaran di sisi Allah

  33. raIhaN says:

    assalamualaikum..

    setuju dgn pandangan “fikrah”..
    pemimpin yg berpengaruh adalah pemimpin yg menjadi tuan kpd nafsunya..
    “innama bui’stu li utammimma makarimal akhlaq”..

    wallahualam

  34. dperantauan says:

    syabas, r-t-kel enta slalu mengejutkan yang lena, menggerakkan yang jaga! “pengaruh” kejayaan misionari juga ana yakin berpandukan study betapa perlunya mempengaruhi sasaran untuk menentukan kejayaan “menawan” hati.

    salut juga usaha enta untuk mengubah minda generasi muda (dan tua) d kampus. terbukanya minda (berpikir d luar kotak) dan mencuba kaedah baru dalam berda’wah melahirkan generasi yg benar2 mampu ke tengah masyarakat – apalagi masyarakat majmuk – yg perlu pelbagai approach dan know how. mudah2an sentiasa dpermudahkan ALlaah segala urusan enta!

    teringat kisah Hasan Al Banna. bila dtanya berapa buku yg dah dia cetak(karang), dia jawab tugas dia mencetak rijal(pemuda). biar rijal2 ini yang mencetak buku-buku (yang banyak bilangannya!)

  35. dak macho says:

    Assalamualaikum Ustaz… haha… pe kate letak simferopol tukr kt kiev ukraine tu ustaz…. lagi terpencil kot… hihi.. gurau je…

    Jazkallah atas tulisan yg hebat… semoga Allah memberkati kita sume.. insyaAllah.. n semoga kita mndapat tarbiyyah Ilahiyyah minallahu Taala… Nabi kita kan hebat psl sumanya Nabi minta kt Allah SWT… n sumanya Allah yang susun tuk NAbi…. SO kita pun kenalaa 100% ape2 pun keja kita… pstikan ada hubungan ngan Tuhan Pncipta Alam…. insyaALlah suma alam ni akan tolong kita n memudahkan keja kita ngan izin n barakah dr Allah SWT… insyaAllah…. :-) klah ustaz… nak smbung study… :-) Wassalam….

  36. Azree says:

    Saya tertarik bila membaca buku John C Maxwell bertajuk ’360 Degree of Leadership. Katanya, kita tidak perlu menjadi seorang manager atau top leader dalam sesuatu organisasi untuk menjadi seseorang yang berpengaruh.

    Dan kemudian saya cuba relate kan dengan Nabi Muhammad. Sebelum beliau dilantik menjadi Rasul, beliau bukanlah orang terpenting dalam masyarakat arab pada ketika itu, tapi kerana sikap, perwatakan dan penampilan beliau, Nabi Muhammad mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat arab pada ketika dia masih muda lagi. Takkan senang-senang ketua arab suruh beliau menjadi hakim pada peristiwa perletakan Hajar Aswad.

    Begitu juga dengan Mahatma Ghandi. Beliau bukanlah seorang pemerintah India tetapi hanyalah seorang rakyat biasa. Tetapi kesan pengaruh beliau luar biasa!

  37. Azree says:

    Hurm. Pada pendapat saya, artikel ini tidaklah berat cuma mungkin ramai yang tidak berapa minat dengan isu kepimpinan dan ramai yang tidak ambil peduli tentang betapa pentingnya kuasa pengaruh(influence) itu.

  38. salsabiila says:

    Teruja bila baca psl pengaruh ni…

  39. famy says:

    baru celik mata saya pasal pengaruh dalam kepimpinan.patut la kawan saya kurang berjaya masa dia jadi ketua pengawas dulu.dia bertanggungjawab tapi tapi kurang bergaul dengan kawan2 yang nakal2 dan juniors,so pengaruh dia kurang.sebab tu majoriti pelajar lelaki tidak menyukai dia.adakah ini berkait dengan artikel yang ustaz tulis tu?satu lagi nak tanya,kat mana nak cari buku ranking of most influential persons,maksud saya sekitar KL?anyway,terima kasih kat ustaz atas artikel yang sangat berguna ni.bile la saya nak aktif balik dalam kepimpinan??????????……………..

  40. Kak Ija says:

    MPH kot atau Kunikoyu

  41. hairol says:

    Salam ust,

    saya boleh simpulkan yang akhlak dan nilai peribadi (emosi, fikiran) yang tinggi (mulia) akan meningkatkan pengaruh ke atas manusia lain.

  42. Azree says:

    famy
    Rasanya tidak perlu kita tunggu sampai jadi pengawas atau MPP jika di universiti untuk mengaktifkan kembali kepimpinan. Kepimpinan ini perlu dididik supaya nilai-nilai positif dalam diri itu terserlah. Pimpin diri sendiri dulu dan sambil itu kita cuba pimpin orang sekeliling kita.

    Banyakkan baca buku tentang ‘influence’ ini. Dalam Bahasa Melayu susah nak jumpa dan kalau ada pun agak kurang berkualiti atau sekadar saduran daripada buku-buku luar negara. Elok baca buku-buku dalam Bahasa Inggeris. Buku dalam Bahasa Indonesia juga sangat bagus pengisian dalamnya.

  43. famy says:

    terima kasih saudara azree pasal nasihat tu.kak ija pun,terima kasih jugak sebab bagitahu bookstoes tu.syukran lakum.

  44. JALADI says:

    Salam

    Ana ada menghadiri kursus ESQ 165 oleh Pak Ary Gynanjar Agustian, bagus jika nak membangun insan rabbani, metodnya mengesankan, soal kepimpinan, beliau mengungkapkan 5 langkah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah iaitu
    1. Pemimpin yg Dicintai melalui hubungan
    2. Pemimpin yg Dipercayai melalui integriti
    3. Pemimpin yg Diikuti melalui sifat menolong (pembimbing)
    4. Pemimpin yg berkeperibadian – mll Perkaderan
    5. Pemimpin abadi

    Untuk maklumat lanjut sila lawat http://www.esq.com.my
    Wassalam

  45. Karkun the Legend says:

    Ramai org buat dakwah tapi pilih jalan glamour. Nabi Muhammad saw buat dakwah dengan mujahadah, tidak minta balasan atau upah, Nabi sendiri pergi mendatangi setiap orang menyampaikan dakwah, tinggalkan keselesaan dan berada dalam kepayahan. Malangnya kita kata kita cintakan dan mahu mencontohi Nabi Muhammad saw tetapi amat jauh dakwah kita dengan dakwah Nabi Muhammad saw.

  46. Izharuddin says:

    Minta maaf mungkin terlewat sedikit untuk memberi pandangan.
    Kepimpinan merupakan salah satu perkara yang amat penting di dalam Islam. Rasulullah merupakan pemimpin yang harus bahkan wajib dicontohi. Oleh itu, perlu kita perhatikan zaman globalisasi ini, samada kepimpinan yang ditunjuk oleh Rasulullah itu diikut atau ditinggalkan. Sebagai kajian kes, saya mengambil Malaysia sebagai kajian kes. Malaysia ialah negara DEMOKRASI BERPELEMBAGAAN. Rasulullah membina sebuah negara berideologikan ISLAM. Di sini, saya ingin menunjukkan beberapa perbezaan antara kepimpinan Islam dengan kepimpinan yang dijalankan sekarang.

    1. Sebuah negara Islam yang berkepimpinan Islam WAJIB menerapkan dan menyebarkan SYARIAT ISLAM.
    2. Sebuah negara Islam WAJIB dipimpin oleh SEORANG pemimpin dan dibantu oleh ahlijawatan kepimpinan negara Islam. Setiap individu yang memegang jawatan-jawatan ini wajib beragama ISLAM.
    3. Sistem negara ISLAM ialah sistem yang diwarisi oleh Rasulullah iaitu Sistem Khilafah.

    Berbeza dengan ‘negara islam’ yang ada di dunia ini sekarang:

    1. Syariat Islam ditolak sepenuhnya ataupun diambil sebahagian sahaja. Tambahan pula, SYARIAT MAN-MADE pula yang diterapkan dan dipertahankan.
    2. Dewasa ini, hampir 59 buah ‘negara islam’ dan ‘pemimpin islam’ yang wujud. Malah antara jawatan yang ada dipegang oleh orang bukan Islam atas dasar mengukuhkan perpaduan.
    3. Sistem Khilafah ditolak bulat-bulat dan sistem demokrasi diterapkan dan dipertahankan.

    Banyak lagi perbezaan antara kepimpinan yang Rasulullah wariskan dan kepimpinan yang diterapkan sekarang ini.

    Adakah kita lupa bahawa Allah berfirman :
    “Masuklah kamu ke dalam Islam itu secara keseluruhan”
    Ayat ini merupakan peringatan kepada kita untuk mengambil semua ajaran Islam itu (syariat, akhlaq, ilmu) secara keseluruhan bukannya sebahagian. Tambah menyedihkan ada yang menolak malah menghina lagi. Sebagai contoh ialah ucapan Dato’ Dr. Masyitah:
    “orang itu mencuri, adakah kerja kita nak buat hudud potong tangan dia saja. takpelah! dia mencuri tangan kanan, potong tangan kanan, dok esok di mencuri lagi, potong tangan kiri, lepas tu dia men curi lagi, nak potong apa pun tak tau, potong kaki pulak, lepas tu dia mencuri lagi, curi dengan mulut la dah takde tangan! Adakah kita nak melaksanakan hukum potong tangan itu ke, ataupun kita nak bagi kat dia ruang macam mana dia boleh berniaga, bila dia sudah ada ruang-ruang kebaikan maka dia tak mencuri la, macam tu lah…..”
    (http://www.youtube.com/watch?v=SmGotTY4TB2g)

    Allah juga berfirman, barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, mereka itulah orang-orang yang kafir.

    Kedua ialah mengenai pemimpin. Rasulullah bersabda,
    ” Sekiranya ada dua pemimpin pada satu masa, maka bunuhlah ath-thani (kedua)”

    “Selepas aku tidak ada lagi rasul. Tetapi yang ada ialah para khalifah dan bilangan mereka ialah ramai”

    Ini menunjukkan haramnya ada ramai khalifah pada satu masa . Namun, sekarang kita mempunyai 59 orang pemimpin islam. Dan bukan tugas kita untuk membunuh para pemimpin. Tugas kita segera kembalikan DAULAH ISLAMIYYAH yang berideologikan ISLAM yang menjalankan siste KHILAFAH yang dipimpin oleh seorang KHALIFAH. Kita perlu menyedarkan peminpin umat islam sekarang ini tentang wajibnya menerapkan syariat Islam.

    Menyelusuri sejarah, DEMOKRASI ialah satu sistem pemerintahan rakyat yang lahir di Eropah selepas tamatnya Dark-Ages. Demokrasi ini bukan bererti memilih pemimpin mengikut pilihan majoriti. Tetapi demokrasi bererti memutuskan satu-satu undang-undang, hukuman mahupun peradilan mengikut suara majoriti. Ini jelas bertentangan dengan Islam di mana Allah sahajalah yang berhaq membuat undang-undang, hukuman mahupun peradilan. Inilah secara ringkas sejarah dan maksuk demokrasi ini. Insya-Allah, mungkin saifulislam boleh menjelaskan sejarah demokrasi.

    Ingatlah seruan ke arah Khilafah ialah seruan hakiki. Oleh itu, kita wajib bersama-sama menegakkan yang haq dan menenggelamkan yang batil.

    Tiada KEMULIAAN tanpa ISLAM
    Tak sempurna ISLAM tanpa SYARIAT
    Tak kan tegak ISLAM tanpa DAULAH
    DAULAH KHILAFAH RASYIDAH

    LA ‘IZZATA BILA ISLAM
    WA LA ISLAMA BILA SYARI’AH
    WA LA SYARI’ATA BILA DAULAH
    DAULAH KHILAFAH RASYIDAH

  47. Husaini says:

    Kesimpulan ringkas selepas baca semua komen yang ada iaitu, perubahan bermula dengan diri sendiri baru kelak dunia yang mahu kita ubah akan turut beserta. Analoginya ialah, memimpin bermula dengan kualiti yang dibangunkan dalam diri sendiri kelak yang dipimpin akan terkesan dan terpengaruh dek kepemimpinan yang berkualiti itu. Allahua’lam, sekadar mengaitkan dengan cerita Ust tentang kata-kata paderi yang nak meninggal itu…

  48. Ibn Hussin says:

    Every man who is a husband, is a leader. A good husband (leader) lead, manage and inspire his family members.

  49. shiha says:

    Salam…

    Sebagai ibu, soal pengaruh kawan terhadap anak ini merupakan antara perkara yang sering difikirkan. Tapi untuk saya personally, saingan terdekat saya adalah ustazahnya Ahmad hehe. Tapi kalau saingan macam gitu, saya tak kisah. Lagi suka adala. Antara yang benar – benar terkesan di hati Ahmad (dan juga saya), bila kami bersoal jawab macam ni:

    Ahmad: Wah.. mama pandai la (ini jawapan Ahmad, kalau dia minta saya selesaikan sebarang persoalan yang dia tanya)
    Saya: Terima kasih.
    Ahmad: Tapi, siapa yang lagi pandai?
    Saya: Siapa?
    Ahmad: ALLAH!

    Inilah hasil didikan ustazah kat sekolah Ahmad. Sejuk perut ibu mengandung bila dengar jawapan cam gini hehe. Semoga berkekalan sehingga dewasalah hendaknya.
    Wasalam.

  50. maria says:

    salam ustaz.cukup banyak yang saya pelajari dari artikel ustaz kali ini.

    sememangnya pengaruh lebih penting dari kuasa.
    contohnya di taska saya, kanak2 tidak menghadapi masalah langsung untuk berwudhuk dan bersolat sunat dhuda & fardhu zohor asar apabila dipanggil bila tiba masanya.alhmdulillah tiada langsung yang meragam atau pun menunjukkan protes meskipun baru bangkit dari tidur.saya pasti ini kesan pengaruh guru pembimbing dan kawan2 setaska yang seronok kerana dapat beribadah bersama-sama.

    namun timbul masalah di rumah apabila saya diberitahu mereka cukup liat untuk bersolat.saya tidak cuba mencari silap sesiapa cuma pada pandangan saya pengaruh ibubapa tersangatlah penting dalam membentuk disiplin anak2.kami di taska hanya pembimbing yang hanya mampu berdoa agar apa yang diajar dipraktikkan di rumah.

    sememangnya istiqamah menuntut kekuatan fizikal,mental & spiritual yang tinggi.

    jkk

  51. wahid says:

    salam…bercakap pasal pengaruh…
    boleh tak ustaz buat satu artikel pasal fethullah gulen…
    saya dengar sikit cerita pasal tokoh nie…
    ade la baca sket2 kt todayszaman.com tue…
    mungkin analisa ustaz pasal pengaruh gulen movement yg katanya dh ada smpi 6 universiti..ada media massa sendri…
    leh tak ustaz satu analisa

  52. Salam Abu Saif,

    Lama tak menulis nota di sini … dan lama tak berjumpa anta. Rindu rasanya. … kot ana ada tersalah cakap tak balas sms ana @ terlalu sibuk tuan …

    Menarik tajuk nie … tu yg terpanggil nak respond …

    1) “Pencen awal” dari identiti agama … usih keras bunyinya, marah kat sapa nie …

    2) Fenomena kepimpinan pelajar Melayu Islam di barat, kata anta. Tidak berlaku di Timur Tengah kerana di wariskan dengan PEMERAM kata anta? So apa jadi Pos PEMERAM ? Adakah kepimpinan tu berhasil di Malaysia ?

    3) Terutama apabila kita berbicara tentang KEPIMPINAN AGAMA. Adakah bermakna jika KEPIMPINAN itu datang dari golongan AGAMA maka akan berhasil. Itu yang mungkin ana kira difahami oleh ramai kita semua terutama yang bergerak dalam perjuangan politik kuasa. Jadi apabila satu kepimpinan AGAMA memenangi KUASA apa jadi? Terhasilkah SEJAHTERA ?

    i reserved my comment till later if i have time … wanting some view from you first Bro

    wasalam

    Abu Saif Penang

    • Abu Saif says:

      Assalamualaikum Sheikh Abu Saif…

      Subhanallah, ana mohon maaf kerana lama menyepikan diri. Tiada apa yang salahnya di pihak anta, cuma ana yang dalam kekalutan.

      1) PENCEN AWAL DARI IDENTITI AGAMA: Ana tak marah ke sapa-sapa. Tetapi itu observation ana tentang pembawaan bekas pelajar-pelajar sekolah agama selama 11 tahun di Jordan, UK dan Ireland. Melihat kecundangnya ramai dari kalangan mereka mengekalkan syakhsiah yang baik, membuka ruang untuk puncanya diteliti. Sebahagiannya dinukilkan di dalam artikel ini.

      2) Apa yang terjadi kepada pasca PMRAM… kita sama-sama ada jawapannya. Dan memperkatakan mengenainya, harus dalam tajuk lain. Bukan sahaja PMRAM yang tidak membekalkan output seperti yang diharapkan, sebagaimana sajak tuan tentang Azhari tidak lama dulu, malah yang graduate dari badan-badan lain pun sama juga.

      3) Ana tidak termasuk dalam golongan yang beranggapan kepimpinan mesti diberikan kepada golongan agama. Malah terlalu ramai golongan agama dalam senarai calon PRU juga, ana terima sebagai mungkin salah satu punca kenapa kakitangan kerajaan boleh swing undian mereka kerana hilang keyakinan!

      Kepimpinan ulama, berada di dewan bedah buat masa ini.

  53. Husaini says:

    Salam’alayk Ustaz, sorry to ask that I could not find the link for downloading the mp3 for this Kuliah or it just to be listened online?

    Allahu yubariku fiek..wassalam.

  54. Ative says:

    Maaf, jika kritikan ini agak keras,. Saya mengagumi ustaz dah pernah mengikuti program ustaz. Secara jujur, kadang-kadang idea yang cuba dikemukakan ustaz terutama apabila ustaz meluahkan pandangan dalam bidang yang ustaz bukanlah pakar, ianya kedengaran seperti idea yang dipercantikkan dengan fantasi indah. Apapun, tiada manusia yang sempurna, dan saya percaya ustaz bersedia dan terbuka untuk menerima kritikan keras mahupun halus. Insya-Allah.

    • Abu Saif says:

      kritikan yang keras tidaklah menjadi masalah. selagi mana kita semua komited dengan akhlaq.

      tetapi sulit untuk memperbaiki diri jika kritikan tidak spesifik.

      1. saya tidak pakar dalam banyak bidang, maka bidang manakah yang dimaksudkan?

      2. idea yang dipercantikkan dengan fantasi indah, idea yang manakah yang dimaksudkan dan fantasi bagaimana yang dilakukan? jika merujuk kepada ceramah saya, maka ceramah mana yang dimaksudkan? jika pada artikel ini, maka bahagian manakah yang dimaksudkan?

      3. tiada manusia sempurna… setuju 100%

      4. bersedia menerima kritikan keras dan halus, sentiasa bersedia, asalkan dijelaskan secara spesifik

      Insya Allah

  55. fadil says:

    salam.kpd ust hasrizal, rufaqo’ telah berevolusi kpd GLOBAL IKHWAN.mereka skrang sdg rancak menjual roti sendiri.sumber al-ahkam.net

  56. Pak Din says:

    “mahu menjadi ayah yang berkuasa, atau ayah yang berpengaruh.”

    Berkuasa menghasilkan Muslim di Kaherah, sementara berpengaruh menghasilkan Islam di Paris.

    Berkuasa menghasilkan pemakaian tudung di Tanahair (Riyad) tetapi tidak bila di London. Sebaliknya bila terpengaruh dengan ajarah yang sebenar. ke angkasa lepaspun masih menutup aurat.

    Berkuasa menghasilkan bilangan sementara berpengaruh menghasilkan mutu.

    Yang berpengaruh dan berkuasa ibarat khalifah yang Allah kehendaki, memakmurkan Bumi untuk mendapat keredoaan di Akhirat, tetapi yang berkuasa dan berpengaruh, menghasilkan kahlifah yang manusia kehendaki.

    Akhirnya yang berkuasa memperkenalkan Allah yang Berkuasa sementara yang berpengaruh memperkenalkan Allah yang Maha Sempurna.

  57. Kak Ija says:

    Akak amat berkenan dengan konsep MODEL-MOTIVATE-MENTOR-MULTIPLY. Mungkin ini dapat mengatasi masalah dimana bapa yang baik, selalu membawa anaknya ke masjid berakhir dengan anak tersebut membesar dan menjadi remaja yang liar. Bapa tersebut telah menjadi MODEL yang baik tetapi dia mungkin kurang berkomunikasi untuk MOTIVATE anaknya di paras EMOTIONAL LEVEL.

    Apatah lagi untuk menjadi MENTOR kepada anaknya. Pastinya MULTIPLY tidak berlaku, terutama jika si bapa mahu terus menggunakan kaedah sebagaimana bapanya mendidik dia dahulu.

  58. abusuhaib says:

    salam

    Teringat kata-kata Said Qutb ; Kita adalah mata rantai Islam, bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Antara tugas penting pemimpin Islam ialah melahirkan mata rantai berikutnya yang akan meneruskan kerja agama.

  59. drmuthiah says:

    salam ustaz
    ana setuju ttg pengaruh main peranan terBESAR dalam kePIMPINan..

    pernah d sekolah dulu..guru ana (penasihat Badan Pengawas Sekolah) menggariskan nama2 pelajar yg ‘berpengaruh’ dalam batch utk ditemuduga sebagai prefect.. tidak kire mereka membawa nilai +ve atau -Ve

    anyway ustaz..terima kasih krn mengembalikan ingatan ana ttg 2perkara (pengaruh dan kepimpinan) yg amat pnting
    dalam kehidupan ana ini

  60. shuhada says:

    ustaz,mohon copy n paste artikel ni dlm blog sy ya.

    bahan ni cukup menarik.

  61. slave says:

    salam. saya ada menonton Muhammad Utusan Terakhir. Ada satu babak menunjukkan Abu Jahal begitu dengki dengan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda menyebarkan dakwah. Tetapi telah dinasihati oleh Abu Sufiyan(yang belum memeluk Islam) yang megatakan Muhammad itu al-amin. Pun begitu Abu Sufiyan juga akhirnya menentang Nabi. Apa yang saya hendak bertanya adalah walaupun Nabi berpengaruh tetapi tidak semua orang disekeliling Nabi mengikut ajaran Nabi. Jadi di manakah peranan pengaruh di sini? minta penjelasan.

  62. shahrul says:

    Ustaz, berkenaan dgn Ashaari Muhammad. Adakah ustaz ada buat pengkajian terperinci atau hanya “hear-say” sahaja? sy sekadar meyakini hujah ustaz.

  63. asrar says:

    setuju dgn khadijah…=) make sense..bagus2 especially bile terbalikkan formula E=mc2 tu..hehe

Leave a Reply