“Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu-gitu,” keluh seorang pelajar kepada saya.
“Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi,”, saya memberikan cadangan.
“Kalau tak setuju juga?” soalnya.
“Berhenti dua tiga bulan, kemudian tanya lagi,” saya meneruskan ‘nasihat’.
“Kalau macam itu, sempatlah saya habis belajar dibuatnya!” rungut pelajar itu, bosan dengan nasihat saya.
“Baguslah. Itulah trick ustaz!” saya ketawa.
MALAS
“Ustaz macam malas nak beri nasihat sahaja gayanya,” duga beliau.
“Memang malas pun. Banyak kali sangat cerita yang sama. Kenapa tiba-tiba sahaja ramai yang kahwin awal masa belajar setahun dua ni?” saya berterus terang.
“Eh, kenapa pula? Ustaz tak setuju ke pelajar kahwin awal? Bukan sunnah ke kahwin awal ni?” tanya beliau. Nadanya seperti tidak berpuas hati.
“Kahwin itu sunnah. Kahwin awal itu, terserah. Mungkin bagus mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan,” saya melangsaikan penjelasan.
Beliau terdiam.
Mungkin faham dengan kebosanan saya untuk menyambung bicara tentang isu ini.
Saya tidak pernah menafikan faedah berkahwin awal. Banyak bagusnya.
Cepat dapat sakinah.
Cepat serba serbinya.
PILIHAN PERIBADI
Tetapi jika saya diberi pilihan, berkahwin semasa belajar dan berkahwin selepas habis belajar, tanpa ada apa-apa situasi yang mendesak, maka saya akan memilih dan mencadangkan pilihan berkahwin selepas habis belajar.
“Wah, kenapa pula ustaz?” tanya seorang sahabat ketika saya berprogram di luar negara.
“Idea ini kontroversi. Dan ia khusus untuk pelajar di luar negara macam kalian sahaja. Dalam negara, ustaz tak komen apa-apa setakat ini,” saya menjawab.
“Idea apa?” soal beliau lagi. Bersemangat sekali mahu mendapatkan jawapan.
“Kahwin awal ini boleh menjadikan kita lembab!” saya memberikan kenyataan.
“Haaa! Ini sudah jadi panas ni ustaz. Kahwin melembabkan? Kali pertama saya dengar. Ramai yang marah nanti ni,” katanya.
“Itu laaa. Tanya lagi. Sebenarnya hal ini berbalik kepada nature seseorang,” saya menyambung jawapan.
“Nature yang bagaimana, ustaz?” soalnya lagi.
“Kalau dia seorang yang tidak adventurous, maka eloklah kahwin awal. Daripada melangut, termenung, mengulang rutin setiap kali musim belajar dan musim cuti, elok benarlah dia berkahwin. Tapi kalian duduk di luar negara, banyak perkara yang boleh diteroka, tengok dunia, pergi merantau, cabar diri! Kalau sudah berumahtangga, apatah lagi sudah beranak pinak, maka sulit sekali untuk semua benda ini nak dibuat,” saya meneruskan jawapan.
Beliau mengangguk. Rakan-rakan yang lain pun tersenyum.

Diskusi panas bersama Amad di pagi itu!
PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP
Peluang belajar di luar negara bukan semua orang berpeluang merasainya. Malah jika belajar di dalam negara sekali pun, peluang menuntut di Menara Gading bukan peluang yang sebarangan. Usia awal 20′an ini adalah peluang yang besar untuk kita mencabar diri. Meneroka dan mencari pengalaman kehidupan.
Itu menjadi sebab utama, mengapa saya tidak langsung mempertimbangkan idea berkahwin semasa belajar.
Bukan tidak terusik hati ini, melihat seorang demi seorang teman berumahtangga. Tambah-tambah pula di musim cuti musim panas. Arab kahwin, Melayu kahwin, semua kahwin. Minggu ini makan mansaf, minggu depan nasi beriyani dengan ayam masak merah!
Tetapi pilihan berkahwin semasa belajar, bukan untuk saya.
Ya, memang zaman belajar adalah untuk belajar. Tetapi definisi belajar itu luas. Bagi yang meletakkan pembelajarannya adalah terfokus kepada kuliah dan pengajian yang formal sahaja, maka fokuslah kepada semua itu dan berkahwin semasa belajar mungkin bisa menambah keelokan hidup belajar begitu.

Namun bagi manusia ‘bertahi lalat’ di tapak kaki seperti saya, zaman belajar itu adalah satu-satunya peluang untuk saya meluaskan horizon kehidupan. Mengembara dengan bebas ke mana-mana sahaja, secara spontan, dengan belanja yang kecil, bukan untuk melancong, tetapi untuk belajar tentang kehidupan.
Segala pengalaman yang saya perolehi dari kembara itulah yang menjadikan saya sebagai SAYA pada har ini. Saifulislam.Com yang saya coretkan hampir satu artikel sehari di musim-musim puncaknya, juga adalah hasil KEMBARA itu. Dan saya tidak dapat membayangkan kembara untuk misi dan visi begitu berlangsung dalam keadaan saya berkahwin dan beranak pinak.
Kerana sifat adventurous yang sama itu jugalah saya terpelanting ke bumi Eropah. Di sana, kebebasan semasa belum berumahtangga itu saya gunakan sepenuhnya untuk memberi dan menerima pada kehidupan di perantauan yang pengalamannya tidak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit.
SARANAN MENGEMBARA
Aktiviti mengembara dianggap sebagai suatu bentuk pembelajaran yang sangat tinggi nilainya bagi sesetengah orang. Kembara itulah yang membuka matanya, membuka tempurung fikirannya, dan belajar mengenal manusia sebagai sasaran ilmu dan teori. Mengenal manusia bukan boleh sekadar membacanya di kertas, sebaliknya ia menuntut pergaulan, interaksi, komunikasi, menikmati kemanisannya, dan menyabarkan diri terhadap kesakitan akibatnya.
Mengembara itu saranan Allah:

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam; kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik” [al-Room 30: 42]
Saranan yang sama disebut berulang kali oleh Allah SWT di dalam surah aal-’Imraan [3: 137], al-An’aam [6: 11], al-Nahl [16: 36], al-Naml [27: 69] dan al-’Ankaboot [29: 20]. Para Nabi dan Rasul mengembara, para sahabat Nabi SAW juga bertebaran di serata dunia, alim ulama’ mengembara dan sekalian mereka yang hidupnya ada visi dan misi besar, akan mengembara.
Kembara itu tidak terikat kepada idea merentas sempadan. Mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran, keluar daripada kebiasaan kepada dunia baru, keluar dari rutin seharian, kepada mencari mutiara hikmah daripada sebuah kehidupan, dan semua itu sangat sinonim dengan penuntut ilmu zaman berzaman.
BAGI YANG TIDAK
Namun, tetap aktiviti mengembara itu hanya menjadi keghairahan segelintir kita. Justeru bagi segelintir yang lain, mengembara diterjemahkan sebagai membuang masa dan harta, lagha dan tiada kepentingannya.
Terpulang…
Akan tetapi, biar pun seseorang itu tidak mengembara di usia mudanya, dia mempunyai pelbagai aktiviti berkaitan dakwah, tarbiyah, menuntut ilmu dan 1001 cabang-cabang aktivisma siang dan malam yang wajar dimanfaatkan sebanyak-banyaknya. Justeru, menangguhkan seketika plan untuk berkahwin muda, tidak merugikan apa-apa. Ia bukan soal halal haram, tetapi soal mencari yang terbaik dalam hidup.
Tambahan pula dengan demonstrasi ketidak matangan yang dipamerkan oleh segelintir mereka yang merancang untuk berkahwin muda ini tatkala menyatakan keinginan mereka. Tidak berani bersemuka dengan ibu bapa, baru sekali cuba sudah kecewa dan berputus asa, yang mana semua ini menunjukkan kelemahan jati diri yang perlu dirawat sebelum menggalas tanggungjawab perkahwinan. Rawatan itu sebahagiannya berkait rapat dengan pendedahan diri kepada realiti kehidupan.
Mengembara dan beraktivisma adalah salah satu wasilah besarnya.
SUDAH BERSEDIA
Ketika saya mengambil keputusan untuk berumahtangga, salah satu perkara yang menjadi pertimbangan saya adalah pada kesediaan diri untuk menamatkan kembara.
Bersediakah saya?
Sudah puaskah saya berkelana?
Di pertengahan usia 20′an, beberapa kejayaan hidup yang saya capai selepas 1001 mehnah kehidupan, terasa hambar apabila kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama. Sebagaimana manusia paling jahat dihukum penjara agar terseksa oleh sebuah kesunyian, perasaan sunyi itulah yang menggerakkan diri saya untuk mencari teman pelengkap hidup.
Berkahwin, adalah titik pengubah corak hidup saya.
Memang benar langkah kaki menjadi pendek, kebebasan bergerak dan membuat keputusan spontan sudah tidak mungkin berulang lagi. Tetapi ketika itu, ‘batasan’ yang terbentuk mengiringi sebuah komitmen kepada perkahwinan, bukan lagi menjadi sesuatu kekurangan kerana segalanya sudah tiba pada masanya.
Apa yang ingin saya cari, telah saya cari.
Berumahtangga adalah fasa baru untuk peningkatan hidup dan diri.

Lepas kahwin pun masih boleh menulis Diari Kembara, cuma lain sedikit catatannya
Di sinilah saya katakan, bahawa jika seseorang itu ada keinginan untuk adventurous di dalam diri, maka berkahwin semasa belajar sesungguhnya akan menjadikan kita lembab. Tetapi jika seseorang itu secara peribadinya adalah seorang yang tidak menjadikan pendedahan diri kepada dunia luar sebagai salah satu agenda yang ada kepentingannya kepada diri, maka keseluruhan artikel ini tidak relevan buatnya.
“Lepas berkahwin pun boleh juga terus aktif, ustaz!” seorang pelajar mencabar teori saya.
“Hai, baru sahaja kita ‘mengumpat’ tentang sahabat-sahabat yang baru berkahwin ni, susah benar nak panggil mesyuarat, kan?” saya mengusik.
Semua ketawa. Bukan mengumpat, tetapi cuba mencari punca.
“Lagi pun, kalau nak travel, kena fikir tiket pasangan, apatah lagi campur anak-anak. Sekali travel, beribu-ribu ringgit jawabnya”, saya menambah.
“Apalah sangat travel tu, nak dibandingkan dengan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata!” katanya penuh semangat.
“Idea ana hanya untuk mereka yang sanggup menangguhkan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata itu dari mengecapinya pada awal 20′an kepada pertengahan 20′an, kerana ada visi dan misi tertentu”, saya mengulangi pra syarat diskusi tadi.
“Jadi, kesimpulan ustaz, berkahwin awal ini melembabkan orang macam ustaz betul tak?” katanya penuh berani.
“Haha. Betul! Cuma, apa yang dikatakan sebagai ‘orang macam ustaz’ tu, terserah kepada anta mendefinisikannya,” saya mengakhiri perbualan.
NASIHAT PERIBADI
Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, terutamanya buat mereka yang menuntut di luar negara, gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembara, mencari pelajaran dari sebuah pengalaman, keluar dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti, lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.
Justeru, selesaikanlah dulu pengajian sebelum bernikah. Dengan ibu bapa pun mudah cerita, prospek diri sebagai manusia da’i juga banyak kelebihannya.
Mungkin dengan lima tahun penangguhan keinginan berumahtangga itu, membolehkan anda menawarkan lebih banyak bahan perkongsian berupa pengalaman dan kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan ummah.
Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.
Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.
Taqlid buta dalam beragama mengundang binasa, taqlid buta dalam berumahtangga juga mengundang bencana.
Panas! Panas!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





panas! -_-”
Hmmmmmm….
@Leokid,
actually this topic biasa ja..
but different org, lain rasa..
if diaorg faham skop perkahwinan yg tersurat n tersirat, pasti it take time 4 them 2 kawen..berat tau alam perkahwinan..
salam ustad..tajuk panas di musim sejuk…topik ni pon pernah menjadi hangat di morocco beberapa ketika dahulu..tpi kini telah hilang bersama peralihan musim agaknye…
apa2 pon,saya sependapat dgn ustad..mngkin sbb saya “org mcm ustad”..eheh~
Baru teringat dan terlihat semula, ummusaif pun ada tahi lalat di tapak kaki kanan.
Tu pasal, dijodohkan dengan abu saif selepas grad kot.
Banyak gak merantau dan bercuti2 malaysia walaupun dah beranak pinak ni.
Salam Abu&Ummu,
Post kali ni memang TERANGKAT!!!
Habis terangkat dua2 tapak kaki saya lps baca post ni.. pastu senyum sorang2.. Post punya pasal, terangkat tapak kaki!
Anyway, saya pun ada juga tahi lalat kat tapak kaki ni.. jom buat group kembara,” Group Tahi Lalat Tapak Kaki- Group TLTK”
Then dedicated blog utk share diari kembara members..
Syukran ya Abu&Ummu
@OrangkayaBertaqwa,
Boleh la join the group..
Saya ber’tahi lalat’ di tapak kaki kanan.
hehe
setuju..ana nak kahwin lepas PhD. Lepas ni ust nushi tak boleh la nak paksa2 ana kahwin awal
aik… bila masa pulak kena ‘paksa2′ ni? hehe..
=)..jazakallah ustaz..i was just thinking about this last night..
pada pendapat saya, bab kahwin ni agak personal dan bergantung pada diri seseorang..tak boleh nak pukul rata semua orang..kadang tu bila baca soalan yang di ajukan kepada ustaz (contoh: macam mana nak pujuk parents ataupun bagitahu parents nak kahwin semasa belajar dan apakah cabaran berkahwin semasa belajar),,saya tertanya2 jugak..samaada orang yang bertanya tu dah tanya diri sendiri dulu dan pikir sedalam2nya sebelum bertanya because the already have the answers actually and hey know the best answer..sebagai contoh,, bagaimana nak bagitahu parents yang kita nak kahwin masa belajar..we (the children) know our parents better daripada ustaz (tapi mungkin juga bertanya nak dapatkan nasihat orang yang berpengalaman) dan obviously tak semua parents sama..ada parents yang bagi greenlight anak dia kahwin masa belajar dan ada yang memang ‘no way’..sama jugak untuk soalan apa halangan dan cabaran kahwin masa belajar..ask ourselves first,,becausewe know our lives better and we know what we want to achieve un our lives..wallahua’lam
Salam…
Alhamdulillah ustaz “terjah” dulu bab ini.Ana sebenarnya masih mencari-cari cara dan pendekatan terbaik berkenaan isu “kahwin awal menjadikan kita lembab”.Tengok-tengok ustaz dahulu.Ada dua pertimbangan berkenaan hal ini.
Pertama apa yang mahu kita capai jika kita tidak berkahwin.Lajukah langkah kita sekarang ini?Jika langkah sekarang pun perlahan,idea itu tidak sesuai.Nothing
Kedua,jika kita berkahwin semacamana rupa langkah kita dahulu? Semakin laju kerana ada tambahan sayap?atau pun perlahan dililit beban?
Isu sensitif dan ana takut kena pada diri sendiri
“Wa kena beb!”
Panas…Panas dimusim hujan….Sediakan payung sebelu di “bommm”
Alhamdulillah Ibnu Aiman menjengah. Selepas hampir 7 bulan diskusi di atas mengambil tempat, ana baru mencatatnya di blog ini. Banyak yang difikirkan sebelum ini, tetapi tiba-tiba semalam rasa nak tulis sahaja, tak perlu dirumitkan.
Tetapi panasnya topik ini, dalam tempoh kurang 12 jam, sudah dapat lebih 50 komen. Ni taraf berita Anwar Ibrahim dipecat UMNO.
Kalau panas ya akhi, minum es buah dulu ya
ana terkenang kata-kata ustaz…
“Akh,zaman muda tu penuh idealisme…walaupun kadang-kadang tidak se”ia” dengan realiti,”
kadang-kadang idealisme itu membuatkan orang muda seolah-olah tidak berpijak bumi yang nyata.Yang tampak,indah dan penuh satu janji kesempurnaan.Jadi article ini membuat idealisme itu lebih berpasak pada bumi yang nyata.
p/s: lani sedap jus mangga dan jus alpukat…terbaik!
@Abu Saif, bincang dengan akhi ahmad ke? patotla sampai dalam halaqah pon diajak berbincang benda yang sama. diakhiri dengan “semoga kita tidak menjadi apa yang kita rungutkan selepas kita kahwin nanti dan tetap terus istiqamah”. terus di’amin’kan oleh sekalian makhluk dalam halaqah tu. hehe…
rugi ana terlambat membuka dan membaca isu panas nih. tersenyum dibuatnya. hehe…lepasni ramaila yang fikir 2,3kali sebelum dcide nak kawin awal ni.
“Peristiwa itu adalah ‘percakapan’ Allah kepada anta. Bukalah akal, hati dan seluruh jiwa untuk ‘mendengar’, memahami dan mengambil hikmahnya…”
harini terjumpa satu ‘hikmah’. syukran…=)
@dr.radzi, “Peristiwa itu?”…erm,banyak hikmahnya.Antaranya menguatkan lagi kaki dalam melangkah…Insyallah.Kita yakin jalan ini membawa kita ke SANA.Tidak perlu rasa takut dan terkesan dengan manusia-manusia.
Perbincangan sudah lama,tunggu siapa mula langkahnya dulu.Kita bagi orang lamalah,Al-Fadhil Ustaz Hasrizal…Pecah panggung dibuatnya.Akan diperpanjang di amadanaksoleh pula nanti,insyallah…
salam
wah..topik yg smakin panas..
sokong kata ustaz..jgn sbb trikut2..brzaujah awal2..
pnin gak memikirkan psl nih..
Hmm. Saya mampu tersenyum je baca entri kali ni. Siap ada Ahmad lagi tu yg tak tahan tu.
haha, saya senyum panjang. memikirkan kahwin kadangkala sama hebat peningnya dengan memikirkan masalah umat :p
rupa-rupanya, tajuk kahwin umpan yang paling berkesan memancing komen Amin Ahmad
@Amin Ahmad,
bila la nak makan nasi minyak abg amin kita yee…hehe
menarik artikel ni..:-)..
252 view di hujung minggu, memancing 12 komen. Alhamdulillah… panas! panas!
Salam
mcm sarah senyum sy pun senyum jugak baca isu ni..isu panas2..kalo dak2 skolah kita pon ramai walimah ms belajar kan sarah(ehee mcm kenal x sy sarah,classmate sarah)
yang paling panas ada amad tuh!besor gambo..
owh…skrg br fhm maksud statement tu.
ustaz tlg amad ‘mencapab’ eh…
foto amad kuar dlm saifulislam.com… bangga x ! (nada kagum amat) ^_^
hehe..tahniah ustaz, memang artikel yang mencabar ana kt luar negara ni.kuatkan lg semangat ana utk tamatkan pengajian sebelum kahwin..memang kaki jalan ana ni, tp kdg2 masalah kewangan sbb tanpa mane2 tajaan dan belanja sendiri kt jordan ni, buat pendek langkah cmner tu?? de idea ustaz cmner leh travel jauh..memang teringin benar jalan jauh…
BERKAHWIN MEMERLUKAN TANGGUNGJAWAB DAN KOMITMEN YANG BERAT.
TAKUT2 TAK DAPAT JAWAB BILA DIPERSOALKAN DI AKHIRAT KELAK
http://zhafran-alfaruq.blogspot.com/
memang panas topik ni!
tapi yg panas2 ni la best kn xD
papepon sy paham n setuju ngan pendapat ustaz pasal ia bleh ‘melembapkan’, sbb sy pon golongan tahi lalat kat kaki jugak!
dh bekawen nnti xkn nk bawak bini ber’backpacker’ skali kn, nk tinggal umah lagi x sanggup!!
memang panas topik ni!
tapi yg panas2 ni la best kn xD
papepon sy paham n setuju ngan pendapat ustaz pasal ia bleh ‘melembapkan’, sbb sy pon golongan tahi lalat kat kaki jugak!
dh bekawen nnti xkn nk bawak bini ber’backpacker’ skali kn, nk tinggal umah lagi x sanggup!!
Salam Ustaz…:-)
saya juga tersenyum sorang2 bace entry ustaz ni…setiap orang memang mempunyai berlainan pendapat..but personally,saya memang bersetuju dengan pendapat dan pandangan ustaz…Alhamdulillah,saya kini berada di bumi UK,further study in master level…syukur Alhamdulillah diatas nikmat,rezeki serta peluang yg Allah swt berikan ini…bagi saya,peluang berada dan menuntut di luar negara ini perlu digunakan sebaik mungkin…seperti kata ustaz,ianya tidak terbayar oleh wang ringgit…
dan yg buat saya terkejut sikit sambil tersenyum lagi,sebab saya juga “bertahi lalat di telapak kaki”…:-)
Salam ustaz…
Salam dari bumi Preston,Lancashire UK:
-Faiza-
hmm, kawin awal ek? sy skrg 25 pn, parents bg sy kawin lg. betul2..ia bergantung kpd keadaan dan kehendak ibubapa..
secara peribadi, target kawin sy dh lepas ni..huhu tp kerana parents, sy percaya ada hikmah di sebaliknya..
wp single sampai skrg..innallaha ma’ana..
walaupon sy x stuju.. tapi kena stuju gak…
memang x dinafikan memang panas seluruh badan dibuatnya!..haha
Ini subjek sama berat yang saya selalu fikirkan berkenaan masalah ekonomi kapitalisme
manusia itu adalah dunia, rumahtangga pula dunia kuasa dua. memang wajar memberatkan minda
salaam…
setakat yg terbaca,pemberi komen semuanya yg masih single kan? apa pula agaknya komen org2 yg telah melalui pengalaman berumahtangga semasa belajar? adakah anda dulu adventurous seperti ust, saya, dan lain2? hehehe… opss, saya masih single juga dan amat berSETUJU dengan ustaz, almaklumlah tahi lalat tertempel pada kaki kot ya…hihi…~
Jazakallah Ustaz, Ustaz dah bantu mengurangkan semangat saya nak Kahwin waktu studi ni…
Mula-mula hari tu ingatkan nak kahwin, spy insyaAllah partner tu boleh bantu dalam organisasi ni, lagipun saya dah rancang, bermula dari sekarang, hinggalah lepas belajar nanti, macamana perjalanan hidup kami nanti dan apa yang bakal dihadapi (berdasarkan pengetahuan sendiri serta pengalaman orang lain).
Hmm, tapi nampak gayanya baik kawan biasa ja lah dulu kan, yang payahnya Ustaz, dia tu sekelas dengan, (tp beza umur kami 4 tahun laa…) aih sabar je la.
Tengok2 dia pun macam tawar hati gak, maklumla buah hati ayahnda-nya, saya pulak yang terakhir dlm keluarga, mana leh cincai kan.
tul la kata Ustaz….hmm, saya ni pun jenis adventurous jugak, aku masih inginkan kebebasan !
???? ????? ????? Ustaz Hasrizal !
Jazakallah Ustaz Hasrizal !
p/s : Kami fon tu adalah sekali sekala.. (tu salah satunya sy cadang nak akad awal, fon punya fon lama-lama leh jadik lain kan…)
Tp dalam kelas macam tak pernah kenal langsung, tengok pun tidak. Harap2 Allah hazar-kan perhubungan ‘sulit’ kami ni >.<
tahi lalat kat bawah jari kaki sama tak dengan tahi lalat bawah tapak kaki? hehe..
emm..ana akan ingat pesan ustaz, “berkahwin jangan kerana terikut-ikut”
shukran ya ustaz.
p/s: ada rezeki, sambung belajar oversea..
salam..
erm,sy pun tersenyum jgk..huhu
dlm hati,”Amad suke la 2..”hehe
ini ghupenye ‘slow’ yg dikata..
even ayah dh bg greenlight? =p
ok,apepn teruskan mngembara..lajukan lg langkah~ =)
Salam ustaz.
Huhu artikel yang memandang perspektif lain.
Tapi betullah ustaz,orang selalu kata,masa belajar(bujang) ni la pergi jalan-jalan,luaskan pandangan.Dah kahwin nanti susah dah nak berjalan.
So kata-kata Ustaz,”Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.”..maknanya fikirkan semasak-masaknya sebelum kahwin.
p/s:saya pun bertahi lalat di tumit,mak saya kata maknanya akan merantau jauh.Kebetulan.
p/s 2:lama sungguh tak mengomen di blog ustaz,dah ada komputer ni,insyaAllah akan bergerak kembali ke dunia maya.
@AsadulQalb, lama ana menanti anta online.
Baguslah dah ada laptop, boleh aktif semula.
Anyway, ramai bebenor yang ada tahi lalat di kaki nyeer!
@Abu Saif,
wah,banyaknya komen..memang panas tajuk ni.Boleh jadi box office,blockbuster la ustaz.hihi
Apepun baru sekarang baru tahu rahsia masing-masing,tahi lalat di kaki.Setelah lama ia tersembunyi di dalam kasut.smile.
saya kahwin awal, masa belajar..
adventurous tak pernah hilang..
tahi lalat juga ada di kaki..ehm..
suami saya juga sama..
berjalan berdua, saling mengingati dan saling memahami mehnah hidup, budaya, adab, peraturan dan pelbagai bangsa manusia yang ALLAH SWT. jadikan..
I beg to differ..
life is too short.. sampai dah bercucupun saya juga masih adventurous.. atau mungkin kita manusia dijadikan berbeza? bukan semua sama dan toleransi berbeza?
oh begitu indahnya…sama2 adventurous ya! =D
ummu_alya,
ana rasa apa yg ustaz nak sampaikan tu untuk mereka yg PLAN nak kawin masa belajar je..untuk yang dah kawin tak perlu terasa sebab dah menyempurnakan separuh iman, kan?..life masa mula-mula kawinkan agak kritikal..banyak perubahan yg perlu dibuat..peringatan untuk memastikan mereka yang nak kawin masa belajar tu BETUL-BETUL SEDIA rohani dan jasmi..supaya tak gelojoh membuat keputusan..
ana setuju dgn kamu lonsaa… smg enta dan zaujah diberikan sakeenah,mawaddah,mahabbah wa rahmah sntiasa. sempurna iman,sempurna agama…slmat meneruskn perjuangan..!
@ummu_alya, great activities. bagus juga pencen full time awal ni, banyak aktiviti boleh buat bersama nanti
@ummusaif,
saya belum pencen.. pertengahan 40an
tapi kahwin awal masa belajar, dapat anak cepat, dan saya juga galakkan anak saya kahwin awal, dan sekarang dah bercucu..
bagi saya, ada banyak perkara didunia ini sukar difahami, fitrah manusia berbeza, NAFSU berbeza, kebaikan bagi setiap insan tidak sama,..
sekarang saya ada syarikat profesional sendiri, staf yang baik dan adakalanya anak bantu uruskan, saya akan mengembara bersama suami, mengikut masa dan rezeki yang tersurat.. mungkin ALLAH swt akan ambil suami, anak2, rezeki, masa di waktu terdekat?
apa yang kita lalui dalam hidup ini telah tersurat di Loh dan mahfuz..hanya cara bagaimana kita mengendalikannya akan menentukan kita ke syurga atau ke neraka..
wallahualam
saya pun kahwin agak awal, di tahun akhir pengajian. alhamdulillah. lepas bernikah, mengembara bersama-sama. bila dah ada anak, mengembara cara ada anak. bila sedikit biaya, mengembara cara kurang ongkos. bila ada lebih biaya, mengembara lebih selesa. alhamdulillah..
moga boleh jadi macam ummu alya, mengembara bersama hingga waktu dah bercucu pun.
menarik2..
mencabar pegangan diri..
banyak membantu dalam menilai hala tuju dari perkahwinan awal..
syukrallaka ya ustaz
Salam, sebenarnya ada pro dan kontra dalam topik ni…saya pernah merasa pengalaman berkahwin ketika sedang belajar iaitu semasa di tahun akhir pengajian peringkat sarjana dan juga belajar setelah berkahwin dan beranak dua macam sekarang, Guru Dalam Latihan j-QAF, sedang dalam kursus…macam sekarang sedang kursus dalam cuti…banyak cabarannya…komitmen pada keluarga dan pelajaran perlu kesabaran dan ketabahan yang bukannya sedikit. Tapi yang mencabar itulah kejayaan yang manis pada akhirnya…pada pemerhatian saya, kebanyakan orang yang belajar setelah berkahwin selalunya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Ini kerana bak kata ustaz, Erti hidup pada memberi, semakin banyak kita memberi, semakin Allah meluaskan rahmatNya kepada kita, Insya Allah…tentang mengembara dan melancong tu, walaupun saya tidak pernah pergi sampai ke luar negara, tapi Alhamdulillah semasa belajar di peringkat Diploma dan Ijazah pertama dulu, saya aktif dan kesempatan itu, saya gunakan untuk melihat negeri orang, contohnya pergi ke Cameron Highland, Kuala Gula, Lanchang Pahang dan sebagainya tanpa mengeluarkan duit poket yang bayak melainkan wang saku kerana pihak universiti dan kolej yang menanggung kosnya…apapun, tepuk dada, tanya iman…wallahhua’lam..
saya tak kahwin masa belajar.tapi dapat gak jadi best student..dean list lagi..hehehe
salam,
entah layak entah tidak untuk sy memberi nasihat, saya diantara yg berkahwin awal sewaktu dalam pengajian.suami dan saya 16 tahun perbezaan umur..maka ini menjadi salah satu faktor saya meneruskan juga utk berkahwin walau dihalang oleh ramai lecturer hingga ada yg bersua face to face. keputusan peperiksaan amat memberansangkan walau setelah berkahwin..mmg tidak ada masalah bab ini walau terpaksa commute kl-shah alam everyday ttp pada sem 4 saya terpaksa mengundur diri kerana mabuk dan mual mual dlm lecture hall …sudahnya setelah beberapa tahun saya end up mengambil kursus yg mudah untuk diselesaikan berbanding kursus sebelumnya. it hurts kerana sy tidak mempunya minat terhadap subjek2 didlmnya….
aduhh..hingga kini sy berputih mata mendengar sahabat2 yg sudah menjadi majistret dan turun naik court menjadi dpp dan sbgnya. alhamdulillah suami very supportive… insya Allah menyambung lagi pengajian yg ditinggalkan.
bagi yg tergesa-gesa nak memasuki alam perkahwinan ..nasihat saya nikmatilah sepuasnya saat manis menyelesaikan pengajian anda dan buatlah apa2 yg agak mustahil untuk dibuat apabila beranak pinak kelak..
Salam…
menarik betul kali ini..
anak2 muda pasti panas jer dengar pasal ni…
mesti ada juga yang kata
“apa la ustaz, patut sokong la orang nak kawen awai, kurang maksiat”
huhuhu…
biasa arr manusia…
kadang2, apa yang kita mau, bukanlah yang terbaik untuk diri kita.
saya pun bersetuju dengan ustaz..
belajar dahulu baru kawin.
nak kawin pun kena belajar juga.
saya prefer kawin lepas abis belaja sebab masa single ni la nak merantau ke negara2 orang untuk belajar.
menarik kalau jalan sorang2 merantau..
kita boleh pergi ke mana-mana saja tanpa banyak persoalan…
hehehe…
ok..
wasalam
Kalau kawen semata2 nk berhentikan makiat, yg pastinya belum tentu lagi akan bahagia.
Sebabnya yg buat maksiat kena bertaubat sebenar2nya, baru blh berkahwin. Baru segala2nya ikhlas.
Contohnya org yg berkahwin semata2 sebab nk halalkan onani, belum tentu mereka takkan buat maksiat di belakang isteri mereka.
Saya bersetuju dengan ummu..
salaam dr bumi anbiya’
heh, mmg panas ye topik ni d mana2. even kat mesir ni pun, sindrom kahwin masa belajar ni dah smakin menular nampaknya.saya pun macam ustaz, agak adventure.byk benda yg xbelajar lg ni.tp teringat pula pesan ustaz saya b4 fly ke mesir dulu,
“kat mesir nnt dah boleh start cari, takut nnt lepas grad xlaku, lagi2 awak tu student medic.nak tunggu habis belajar lambat lagi!”
heheh yeke camtu ustaz? saya cam xstuju je. tp lepas baca entry ustaz ni rasa smakin yakin alhamdulillah =)
Nasihat ikhlas saya, just b4 grad, maybe blh mula mencari. Bertunang pun ok gak masa study.
Secara general from my personal observation, mmg doktor pompuan ni susah sikit nk jumpa calon semasa bekerja. Kebanyakan sudah berpunya semasa undergrad. Ramai gak yg berjumpa dgn calon suami masa HO. Tapi jarang sekali yg berjumpa selepas jadi MO.
Tapi, apa-apa pun, jodoh di tangan Tuhan. Kalau ada jodoh, tak kemana.
“Tapi, apa-apa pun, jodoh di tangan Tuhan. Kalau ada jodoh, tak kemana.”
Tul2 ummusaif, n bab bertaubat (atas tu) mmg terkena la, hinanya diri ini…
I saw(felt) a complete package in somebody, and I need to be a complete package for her as well.
Ana do’akan semua yg nak nikah time studi dipermudahkan jalannya, dan yg belum, teruskan Perjuangan anda, menegakkan Agama dalam diri, dan Seterusnya…
“Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.
Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.
Taqlid buta dalam beragama mengundang binasa, taqlid buta dalam berumahtangga juga mengundang bencana.” -ABU SAIF
Salam.
Poin ustaz mudah aje.
Takde, tak payah gatal2 nak peer pressure ke apa ke. Concentrate aje dengan study. Life is short, so buat yg terbaik masa di alam U.
Ada kawan saya, kena start balik 1st year medical college dia setelah berhenti pada 4th year 7 years ago. Decided to rejoin medical college setelah lama jadi housewife. Jenuh gak tu. La ni terpaksa ‘tahan’ pregnant hingga grad.
Mmg tak dinafikan ada yg berjaya selepas berumah tangga. Tp, ada jugak yg kecundang.
Ingat, kawin bukan hanya fikir naik pelamin tetapi juga menukar lampin.
Kalau dah ada, jgn pulak dok tangguh2.
Yg dah kawin, tak payah dok pening. Laksanakan tugas dan tanggung jawab dengan sebaik yg mampu.
Bila dah beranak kecik ni, kurang sikit le adventurousnya. Bak kata ustaz, semua jenis bajet kena ambil kira. Bila takde maid ni, tersangatlah rasanya.
Kalau anak2 dah beso tu tak payah le kira. Saya pernah jumpa patient yg dah retire, setiap hari breakfast di tempat yg berbeza dgn isteri beliau.
Tersenyum sendiri dibuatnya..
Yang penting,jangan tergesa2 jangan bertangguh2
erm…bagos2……….
hala tuju lebih jelas….
MISI & VISI!!!
caiyok!!!!
huhuhu……..
salam wbt..
saya bakal ke uk; perempuan.
huhu.menarik point yg ustaz bawa.
tp; selaku peempuan sy terasa mahu kahwin awal.
ada juga tahi lalat di kaki..hehe
memang fair article ustaz.betul; terpulang pd yg nak menerima.
terasa diri adventorous juga; tp terasa lebih adventerous selaku perempuan kalau ada yg menemani.
sekarang ni pun terasa asyik terkapai2 je.rasanya semua perempuan selalu rasa kan.
sini ngorat;sana lamar. sini propose; sana nk chop.
mana tak terkapai rasanya. sungguh lemah hati ini.biar dah ada yg satu; terasa ‘ringan’ sedikit cobaan.
apa pndapat antunna..? ummusaif ke.. =)
tp nk cari suami yg bukan sama batch kot..?sbb nk bg yg muda2 tu adventure kan diri masing2 dulu.
hehe.cakap cam senang je.
panas..?hehe.belum panas sgt la..
^o^
Tapi ustaz, kalau diri berhati adventurous namun pergerakan terbatas..jadi lembap jga..huhu
orang adventurous, duduk dalam kotak kayu pun ligat buat sesuatu
betul cakap ustaz…
saya bercakap dari pengalaman..segala-galanye terbatas selepas berkahwin..saya berkahwin selepas habis matrix dan sepatutnye saya samb..buat ijazah tetapi entah mcm mana saya boleh terikut pulak cakap suami saya supaya samb buat diploma aje.Nak habiskan diploma tu sempat dapat anak 2 org,nasib baik keputusan saya cemerlang. Habis diploma udah tak diberinye saya kerja.. punya la tension dibuatnye, sbb saya nie jenis “orang mcm ustaz” + ada tahi lalat kat jari kaki…
tension…tension…tension…
tu blm g citer pasal kecewanye mak dan bapak yg dok menharap anaknye kerja..kot la boleh tumpang senang. malu betul saya dgn org tua saya sbb saya tak dapat nak menolong mereka.
Now, what to do….. reda ajelah, agaknye rezeki saya memang mcm tu…
so pada adik-adik semua ikut lah nasihat ustaz tu..Habiskan belajar dulu, capai cita-cita dulu, berbakti pada ibubapa dulu pastu baru la pikir pasal nak kahwin.
jangan mengeluh dgn takdir yg Allah tentukan padamu…ingt…
salam..saye baru tunang last 4 months..skrg di 5th yr aliran medic..lagi 2 tahun insyaAllah grad..plan asal mmg parents suruh kahwin lepas grad, tapi kami doa je yg terbaik..sbb byk juge cabaran btunang nie..jealousy etc, n asyikla terigt kat si die..*cube mguatkan hati*wallahua’lam..
Bila cerita bab pelajar nak kahwin waktu belajar ni yang pening bukan mak bapa jer. Kita yang jadi penjamin ni pun pening juga. Bukan sedikit.
kawin awal itu bagus, tp bukan utk semua org. kata2 ustz ttg menjadikan kita ‘lembab’ memang adanya. bukanlah dengan berkeluarga org jadi tidak produktif (malah boleh bertambah produktif!), tetapi dengan tanggungjawab yg baru, sempadan pergerakan anda akan terbatas. usia muda lah waktunya kita cari pengalaman, matangkan diri (bukan hanya dari balik kelambu je) hehe. saya sudah bejalan ke banyak wilayah di Indonesia dan tempat2nya yg menakjubkan, dari pulau ke pulau. dengan berbekalkan wang secukupnya dan ukhuwwah sahabat di merata tempat, kaki dilangkah tanpa rasa bebanan. keindahannya di sini menjadikan bibir tidak kering memuji Allah. benar kata ustaz, pendidikan itu bukan hanya dari fakulti dan formaliti. alam semesta menyimpan luahan ilmu yg mahu ditumpahkan kepada mereka yg berani mencarinya(macam laskar pelangi pulak. tapi kalau dah mmg wajib kena kawin dan mampu, apa salahnya.
terasa panas? mungkin untuk mereka yg ‘tlanjur’ berumahtangga tp masih iri pada teman2 bujangan. hehe~
kenapa bile soal kawin, cukup teliti sekali syarat2nya. tp bile soal kapel, x kesah plak. anytime pon boleh. sebelom belajar, semasa belajar, selepas belajar… padehal kapel lagi banyak melembabkan otak dan mengurangkan keaktifan hidup seseorg berbanding kawin. berape ramai org yg kapel, 24 jam sebok layan pasangan dia je. at least org kawin ni, pikir la jugak macam2 urusan lain dalam hidup dia.
kalau tentang kapel ni,”…semuanya kembali ke imanmu…” – Saiful, A2C.
Mengikut pengalaman sy, kapel ni, positif hasilnya kalau masing2 meningkatkan semangat masing2.. so terpulang juga kpd individu tersebut, yang asyik layan pasangan dia tu, orang takde kerja(malas aktifkan diri bersosial/organisasi or etc.), tu lah jadi camtu.
Memang ramai 24 jam macam Slimo cakap tu, tapi ramai juga yang tidak.
Masalahnya kapel(paling kurang zina hati, na’uzubillah) Haram, kahwin bukan senang. Mesti faham betul2 kedua-dua pihak keluarga dulu. Nak adil ngan diri pun kenkadang payah, apatah lagi kalau dah ada Amanah extra?
“…semuanya kembali ke imanmu…” -Saiful, A2C.
bila masa pulak saya kata kapel bila-bila pun boleh?
kapel tu dah salah, maka tak perlu diperaturan-peraturankan. takde pulaknya benda haram nak diperincikan rukun dan syarat sahnya. tapi kahwin ni suci, mulia, jangan main rembat tak tentu pasal! kahwin kena ada peraturan, supaya jangan benda baik ni pun natijahnya macam benda haram.
Baca elok-elok sikit cik kak, cik bang!
hmm baru perasan bonda dan ayahanda dua2 ada tahi lalat dekat kaki.
kami kawin lps habis pulun study UG.
kemudian pulun sama2 dalam amal islami
kemudian kami study lagi dan pd masa yg sama kami teruskan amal islami.
alhamdulillah
salam
terima kasih atas article d atas. sy setuju.
tips bagaimana xnk trlibat dgn kahwin awal ;
- tidak prlu mncari dan tidak perlu mmberi harapan kpd sesape (kerana jodoh d tgn Allah),
- tidak perlu pk sgt psl jodoh ketika masih blaja (kerana klau da jodoh x ke mana),
- target kahwin lpas abis blaja (sbb slalunye yg kahwin time study ni mmg da target utk kahwin awal),
- sibukkan diri dgn aktvt2 yg brfaedah..
sy mmg sgt setuju dgn pendapat ustaz dlm article di atas..
sbb sy pun ade tahi lalat di kaki..
nasib baik sy trcampak d belfast, klau kat mainland mmg lagi brjalan lah sy..
ape2 pun klau ade rezeki, mudah-mudahan serata dunia dpt dijejaki..
utk belajar tntang kehidupan dan strusnya brbakti kpd agama dan ummah..insyaAllah
saya setuju dengan statement atiqah. cuma nak komen sikit bab “tak perlu mencari sebab jodoh di tangan Allah”.
Allah tidak akan beri suami atau isteri tanpa ikhtiar dan usaha dari kita. mencari itu perlu, tapi mesti kena pada masanya
@Abu Saif,
salam nak tya pendapat abu saif, abu saif mentioned kena ikhtiar dan usaha. sbg kaum hawa ni mcm mn ana nk usaha,takde org pun berani tegur and klu ada yg nk berkenalan gn org tgh pun tak berani nak mulakan langkah utk berkenalan. taktau nak buat mcm mn lg, nk respond pun takde org minta utk respon so begini je la..tapi ana takdela pk sgt sbb ada tggjawab trhadap keluarga dan agama yg lain biar Allah tentukan…
- tidak prlu mncari dan tidak perlu mmberi harapan kpd sesape (kerana jodoh d tgn Allah), – tul2, ana sokong, tapi kalau dah terbagi camana? ish2 kesian kat yang satu tu kan (tapi nasib baik ilmu agama dia boleh tahan, faham tentang jodoh dalam Islam ni)
- tidak perlu pk sgt psl jodoh ketika masih blaja (kerana klau da jodoh x ke mana), – Betul lagi.
- target kahwin lpas abis blaja (sbb slalunye yg kahwin time study ni mmg da target utk kahwin awal), – sabar je lah, payah betul nak kawal mata ni, apalagi kalau member2 pun gila2, maklumlah darah muda, background kami pun bukan sekolah Ugama. Terpaksa anti-sosial lah kadang2.
- sibukkan diri dgn aktvt2 yg brfaedah.. – tolong beri 3 contoh yg mudah dipraktikkan? tq
Salam wbt..
Since anda macam bnyk free time, sy nk tlg habaq bg pihak Atiqah.. +)
Antara 3 aktiviti bfaedah ialah belajar pasal mukjizat Rasulullah S.A.W iaitu al-Quran, hafazkan 30 juzuk tu dgn lenggok Arabnya sekali, blaja bahasa Arab, sibukkan diri ntuk buat charity visit, blaja memasak dan menjahit supaya x susahkan isteri sgt ntuk buat keja2 tu nnti, dan kalo still rasa bnyk lg yg x tau psl agama..mngkin boley p mngaji pondok.. Oppss, terlebey sudah.. +)
Lupa lak (takut2 ditimbulkan persoalan, mudah ke nk praktikkan?) huhu.. InsyaAllah semua yg sy taipkan mngkin lagi mudah drpd nk mnempuh alam perkahwinan yg sekali seumur hidup, dengan plbagai tnggungjawab yg kita2 blum dapat nk pikul sekarang.. Wallahualam.. +)
insyaAllah mudah, tp 2 thn akan datang laa. skrg nak fokus studi ‘dunia’ dulu, hmm, banyak rupanya lagi aku kena blajar nih. T. kasih atas cadangan…
Seronok tengok perkembangan SallehuddiN
Assalamualaikum,
Naik juling mata akak membaca komen, banyaknya. Memang le panas ustaz, sebab isu arrangement bait muslim ni selalunya masa belajar, yours is an exceptional case. Akak decline arrangement masa study sebab masa tu terasa parents tak kasi.
Bab2 jln ni takle setaraf ngan ustaz, cuma kerja susun2 buku nak kumpul duit utk jln satu US masa cuti, plus p muktamar le juga. Balik Malaysia sambung belajar lagi, bila kerja ada duit sambung round negara sendiri pula plus rajin menjadi pegawai pengiring pelajar, camping and hiking.
Suspen bekas tunang memikirkannya. Seperti yg ustaz kata masa nak menikah tu dah bersedia untuk diikat kaki. Amal Islami dah kawin pun boleh, yg ustaz maksudkan jln2 sana-sini
Waalaikum al-Salaam WBT.
Kami, arrangement Bait Muslimnya masa Ummu Saif masih di tahun 4 pengajian. Namun, sasaran perancangan, memang setelah selesai pengajian
Kak Ija ni kalau menulis blog, mesti panjang Diari Kembaranya
assalamualaikum wbkt..
saya fikir, sebagai student sangat banyak aktiviti berfaedah yg boleh dilakukan. Cuba la join satu persatuan kat kolej/fakulti tu, sure automatik akan sibuk dengan meeting, brainstorming, networking, marketing etc. Itu belum masuk organizing major event-samada peringkat kolej, univ, kebangsaan, antarabangsa. Berjumpa dengan syarikat2 besar untuk penajaan, berhubung dengan International University , pergi seminar/konvensyen – semua itu saya fikir sudah cukup memerah kudrat + keringat student.Student pun jadi lebih matang and confident. Silap-silap haribulan bertemu jodoh dalam persatuan..kan? ( ustaz/siapa2 tak nak komen pasal nikah masa houseman..?(macam saya ni?)…hmm..)
p/s : ustaz memang pandai pancing audiens le..
Saya pun nikah selepas 2 bulan HO.
Sarat mengandung, muntah2 dan pengsan sepanjang HO. Hidup separated dgn suami sepanjang mengandung. Itulah ujian yg terpaksa dibayar.
sebelum ni saya ingatkan ustaz nikah sebelum ummusaif start internship..em, harap abusaif & ummusaif doakan kami2 yang baru nak bermula ni ya.Ameen.
Salam,
Barangkali betul kata org tua2..”Tahi lalat di kaki”..wpun masih dalam negara..tapi dah keliling seluruh malaysia..dai bandar besar..hinggalah rumah panjang di pedalaman borneo..kalu menikah awal 20..pakai tak berjalan lah ana…ana stuju dengan penerangan abu saif kali ini…merantau dan belajar erti hidup dahulu…
Wsalam.
Dengan pengalaman dakwah dan karisma enta, tentu berebut-rebut pihak yang nak meraikan saat anta bersara dari kelana tu nanti. Agak-agaknya bakal bermastautin di Semenanjung atau di sana
?
Wsalam.
Dengan pengalaman dakwah dan karisma enta, tentu berebut-rebut pihak yang nak meraikan saat anta bersara dari kelana tu nanti. Agak-agaknya bakal bermastautin di Semenanjung atau di sana
?
Niat di hati.. Nak menyahut seruan MB baru.. Balik jaga Kedah…Tp, ana rasa, ada banyak kemanisan merantau yang belum ana rasa.. Jadi nak rasa dulu…sampai sekarang ana simpan azam..Nk juga rasa berada di tempat yang bahasanya lain dari bahasa yang ada di Malaysia..Bukan melancong..tetapi mendapat sesuatu yang bermanfaat..Bahasa Saghawak tu kira bahasa Malaysia la..
Bab berebut tu..ana tak pasti..Kira rebutlah cinta Ilahi dulu..ceh..mcm senang je nak dapat..Tp..Tak salah mengimpikannya..
Tulisan ustaz kali ni, memerlukun tumpuan yang super duper untuk paham dan hadam..tapi rasanya maksud dah sampai..apatah lagi Ummu saif pun menambah perencah dan daun kala kole (nama lain bg daun kari)yang sewajarnya..
Yuk berkelana di pulau jawa… hehe.
salam
saya stuju gak ngan pendaapat ustad
ada gak rasional nyer..
tp bergantung pada diri kan…
tepuk dada tanya iman dan diri sdia ko x nk kawin nie…
"zasss panazzz"
nak buat ape kawen time belajar..bukan ada duit pun nak tanggung bini..nanti kena soal lak kat akhirat nape tak bertanggungjawab kat isteri..
so fikir-fikir lah ye student2 yg masih study..jangan menyusahkan mak ayah sebab semata2 nak ikutkan perasaan sendiri..
fikir sebelum bertindak..saya dah pernah alami benda ni..saya lepaskan je muslimah yg saya minat, sebab dia nak kawen awal sangat..saya lum mapu dari segi kewangan..sbb taknak menyusahkan mak ayah sendiri nanti
sesuai benar dengan namanya, si TABAH
kalau bini tak minta kena tanggung, mungkin dah ada duit/kerja sendiri, amacam?
itu fikir sendiri la..nak ke awak jadi suami yg ditanggung oleh isteri..and sy rs x ramai isteri yg x minta kena tanggung.tu just cakap mulut je tu..
kalo suami itu seorg yg bertanggungjawab,berfikiran rasional,matang dan berpandangan jauh..dia tidak akan benarkan isterinya menanggung diri sendiri.sebab nampak sangat yang suami tidak berkemampuan,lemah, tidak ada perancangan..just mengikut perasaan.bukakah lepas nikah..semua perihal isteri adalah tanggungjawab suami,trmasuklah dosa isteri jika tidak ditegur dan dibetulkan oleh suami..maka suami yang mennaggung dosa itu.so fikir-fikirkanlah
fikir tanggungjawab, perasaan mak ayah.perasaan mrtua bila lihat anak mereka sudah kawin.tapi suami tak bertanggungjawab
itu belum lagi kata2 dari org sekeliling
bertindak dengan berfikir,bukan dengan perasaan..perasaan dikawal oleh akal yg waras.
mcm kenal je CEKAL ni,kite pernah jumpa di mana2 ke?gaya penulisan tu familiar
@tabah, “nak ke awak jadi suami yg ditanggung oleh isteri”–> macam mana awak tahu saya lelaki? saya tak rasa awak kenal saya sebab i have no idea who you are.
tercabarkah kejantanan ataupun ego sbnrnya sekranya perempuan tidak minta ditanggung? perempuan yang sebegitu memahami keadaan bakal suaminya dan jika perempuan dah cakap macam tu, maksudnya dia memang dah sedia utk menanggung diri sendiri.bukannya dipaksa2.sama juga macam tercabar kah kejantanan lelaki sekiranya mereka disuruh memasak, basuh najis anak, basuh baju jika isteri bekerja lebih masa, sperti isteri doktor on-call, sounds familiar ye ustaz, hehe. bagi saya tidak sekiranya kedua2nya redha dgn apa yang mereka beri dan dapat.bak kata ustaz perkahwinan kan medan untuk memberi, bukan untuk menagih2 hak kita. kalau kedua2 nya sudah redha dengan apa yang mereka akan dapat nanti, saya rasa takde masalah. kalau hidup asyik nak dengar apa orang sekeliling kata,susahlah..mulut tempayan bolehlah tutup, mulut orang tak dapat nak tutup.ramai je pasangan yang saya tahu isteri yang menjadi pencari nafkah utama dalam keluarga. takde masalah asalkan isteri tidak mengungkit2 dan tidak mencabar ego seorang suami dan suami pun kena pandai2lah.
baiklah jika CEKAL dah berkata begitu,semoga bahagialah dengan menanggung diri sendiri.jika anda seorg isteri
..cuma bagi saya sebagai lelaki..saya ada maruah sebagai suami untuk menanggung kehidupan isteri walaupun isteri berkata dia boleh tanggung diri sendiri..fitrah bagi seorg suami yg bertanggungjawab.akan menanggung isterinya.bagi saya maruah saya akan tercabar jika isteri berkata tidak perlu tanggungan saya.menjadi contoh yang tidak baik kepada adik-adik yang belum berumahtangga.
@cekal, kalau dah nak kahwin sangat, kahwin aje le.apa yang nak berkalau kalau pulak. kahwin je.
kejantanan lelaki ada kat dua tiga tempat. kat mykad, kat misai, kat kemaluan dan kat akal fikiran
hah apa yang encik tabah tu kata saya sokong!
sapa yang nak kawin time study fikir sama hal penjamin scholar atau loan.
Scholar saya kata tak syorkan kawin masa belajar, dan tidak membenarkan sama sekali untuk menangguh pengajian biarpun satu sem.
itu yang memotivasikan saya supaya tidak termasuk golongan ‘terikut-ikut nak kawin’.
tiba masa kawinlah, tak perlu gusar
Hangat isu ini… nasib baik saya tiada niat untuk berkahwin lagi… Hehehe
Kalau ana belum berkahwin, mungkin artikel sebegini sekadar menjadi silent reader seperti selalunya. Kebetulan baru berbincang isu ini dengan suami sebentar tadi, rupanya ust ada sentuh. Isu ini isu berulang, telah dikupas dan disentuh selalu aspeknya oleh ustaz di SIO. Bagi yang memahami apa kunci dan basisnya sesuatu tindakan yang memenuhi Sunnatullah dan Syariatullah konsep penulisan dan pemikiran yang perlu ada pasti dapat memahami terus.
Ringkasnya, suka memetik tulisan penulis psikologi keluarga terkenal Indonesia: Muhammad Fauzil Adhim dalam triologi buku beliau: “Kado Pernikahan untuk Istriku”.
“Antara Menyegerakan dan Tergesa”:-
1) Fatwa Hati
2) Rasional Akal
Dan kedua-dua aspek ini, telah dikupas oleh Abu Saif dengan baik melaluo kelansungan tulisan berkenaan perkahwinan dan sekitarnya. Allahua’lam.
Harap ramai lagilah suami isteri yang selalu diskus macam alQasam dan suami ya… ameen
@alQasam, rasanya mcm kenal dgn alQasam ni.. ex-student uia juga kot.. apepun, smmgnya sy kagumi peribadi ukhti dlm melalui alam sebelum berkahwin dan selepas berkahwin.. semoga saya juga menjadi seperti ukhti wlupun mustahil ada 2 org yg sama kat dunia ni..
insyaAllah..
Belajar sudah, adventure pun sudah.
Tapi belum gak kawen-kawen lagi… hmm caner tu? ;}
Great article, ustaz.
salam ustaz…haha~baru je bincang topik ni semalam ngn my bestfriend.
plus, semalam masa tengok tv, sempat pulak terfikir-fikirkan benda ni lagi. rasa diri macam belum cukup beersedia.plus, skearang ni tengah duk cuti sem kat umah, terasa mcm tak boleh la nak berenggang ngn parents ni.
rasa tak cukup bermanja dengan mereka. problem ni, bukan saya yang adventure orgnya, tapi saya ni punya hati yang halus…hihik~rasa kasih sayang tu macam tak boleh diberi pada org lain la ustaz:P
wuuuuaaaaaaahhh…
lambat lagi la aku kawen….
‘orang macam ustaz’ susah juga memberi definisi orang macam ustaz.
ada juga sahabat saya di UK yang rancak menjelajah sana sini. yang ini ibarat merpati sejoli. ke sana sini dengan pasangan, tapi belum kawin.
Golongan ni, mungkin kalau kawin lagi bagus, dan bertambah rancak
Ni dah jadi kontroversi… biasanya student oversea kita saran kawen awal…sbb jauh dr mak-ayah..
Tapi kan, bg sorang ‘muslimah’ perlu kah dia mengabaikan ‘keselamatan’ utk sebuah ‘kembara’..?? hehe
@aye, untuk pompuan, kena rujuk diskusi bab safar al-mar’ah pulak
@Abu Saif, Safar al-Mar’ah tu pula apa maksudnya ya, ustaz?
p/s: At the same time, just want to test your notification system. Dapat ke mesej ni di emel ustaz?
Sang Pelangi, Safar al-Mar'ah itu bermaksud hal ehwal bermusafirnya orang perempuan. Dalam bab hukum fekah, ada bab yang membahaskan tentang hukum perempuan bermusafir tanpa mahram. Ada perbahasan panjang di situ
Oh. Tajuk ini nampaknya kenalah saya berguru pula di Malaysia nanti (lebih suka berdepan-depan, kalau dari YM pasti tak seronok)
p/s: Wah jadi-jadi. Saya dapat balasan di emel saya.
tertarik dengan bab musafir seorang perempuan tanpa mahram. Kebetulan ana sangat berminat mengembara seorang diri semenjak di Jepun ini. Menikmati perkhidmatan tiket keretapi yang murah membolehkan ana mengembara dari Yamaguchi ke Tokyo seorang diri.
Rasa cuak la pulak bila ustaz menyebut ada perbahasan untuk ini.
komen saya tu bukan ape ustaz. takut lepas baca artikel ni akan ada orang yg merasakan dirinya lebih mulia sekiranya dia cuma berkapel ketika belajar ataupon memanjangkan tempoh pertunangan sehingga tamat tempoh pengajiannya.
mungkin artikel ini cuma sesuai bagi mereka yg betul2 belum ada hubungan intim langsung sesame berlainan jantina.
persoalan : adakah saranan kahwin lepas belajar ini betul2 islamic ataupon lebih kepada mindset dan budaya orang Melayu???
@Slimo, ustaz pernah sebut sebelum ini, bahawa tidak kena kita compare poligami dengan zina. i.e lebih baik berpoligami daripada berzina. cakap ni banyak orang sebut tapi ia memperlekeh sesuatu yang halal ke darjat yang lebih rendah. poligami is poligami, zina is zina. so dalam masalah ni, bila tangguh kahwin sampai habis belajar, bukanlah maknanya isikan masa belajar tu dengan bercouple. Apa yang ustaz sarankan ia optimumkan masa belajar tu dengan semua aktiviti yang sebahagiannya susah nak buat kalau dah kawin. Bukannya lebih baik bercouple masa belajar berbanding kahwin.
Kahwin masa belajar, mungkin terlepas beberapa peluang tambah pahala nak ke syurga ( di samping ada peluang lain tambah pahala nak ke syurga). Tapi kalau bercouple semasa belajar, comfirm tambah saham untuk ke Neraka. Satu ke kanan, satu ke kiri yang maha kiri
@Slimo, adakah pertunangan boleh disamakan dgn org bercouple? pada saya tidak sama jika keduanya menjaga hubungan dan ikatan janji dgn batas2 tertentu.. sdgkan org bercouple, kebanyakkannya menyumbg pada pekara yg xbaik..
jadi, rasanya xperlu samakan dgn memanjangkan tempoh pertunangn dgn org bercouple.. sebb bertunang yg masih menjaga tak sama dgn couple yg kita tgk sekarang..
betul ke mcm ni ummu saif??
jika salah harap betulkan..
Allahu a’lam..
Yep. Well said Ummu Saif
@ummusaif:
Ana nak cuba anjur lah…bagi Abu wa ummu saif berada atas pentas yang sama..tak mesti bincang hal couple..tapi lebih pada kehidupan…
@Ustaz Nazmi,
Maaf, saya lbh prefer to be known as low profile person outside this box.
@ummusaif, maybe after giving birth Insya Allah the hormone will say differently…
- ABU SAIF
Cukuplah abu saif sahaja yg berentap di gelanggang.
Ummusaif jadi pemerhati terhormat sahaja. Sape nak buat muhasabah kalau bukan isteri sendiri, ye dak? Kang, tinggal Pena Prima sahaja je yg sudi jadi pemerhati.
@ummusaif,
alhamdulillah..ummu saif sedang preggy yer?alhamdulillah utk bakal cahaya mata yang ke 4.
ikut pengalaman sndiri, sibukkan diri dgn aktiviti dakwah pun antara cara yg efektif spy tak terfikirkan sangat rasa nak kahwin/ mncari2 pasangan lebih2 lagi time masih belajar ni.kalau hanya sibukkan diri dgn study smata2 pun, tak jadi jugak.sbb tak cukup sibuk lagi kot?heheh
@SallehuddiN,
ikut pengalaman sendiri la, sibukkan diri dgn kerja2 dakwah pun antara cara yg efektif gak supaya tak terfikir-fikir sangat nak mencari pasangan or nak kahwin lebih2 lagi time masih belajar ni.kalau sibukkan diri dgn study smata2, tak jadi jugak. sbb masih tak cukup sibuk lagi kot?selalunya org sbb byk masa sgt tu yg panjang angan2.mcm saye jugak =)
@alhuda, hmm ye kot, tapi masalahnya sy memang aktif dlm dakwah and studi ni, cuma lebih kepada unit ICT tu yg byk masa depan PC.
Ni nak tunggu cuti lah ni, harap2 ada program ‘best’. Ustaz Akhwan (http://adnintc.blogspot.com/) selalu datang Sabah, cuma time2 ‘selalu’ tu sy sibuk benda lain. Bukan rezeki agaknya.
@Abu Saif
@SallehuddiN, sy nak ‘ajak’ dia supaya leh bantu dalam dakwah ni, tu plan awal. Tapi… masih banyak lagi yg perlu diteroka dia pun fikir camtu, tak habis nak ‘bermanja’ ngan parents dia.
Dari perspektif saya pulak, “Bagi rasa dulu duit kat mak bapak ko, baru kat orang lain”.
Bukan senang nak Adil o…
panjang saya baca komen nih, akhir2 baru jumpa yg bangkitkan isu ini.
tanah belajar dah dekat benar dengan tanah haram, jejaknya masih tak mampu2.. huhu..
tapi pada saya,kalau mana yang boleh pergi, pergilah, consider semua perkara. nak kahwin sebab nak mengembara, macam pelik pula bunyinya. apapun, bertindak mengikut keadaan, jangan perjudikan diri dan masa depan dalam apa jua tindakan.
=)
jazakallah ustz..
ana mmg mint ngn pndngn ustz dn rkn2 sklian.. bg ana pn cm2 g, di usia 20-an ni elok la mne2 yg dlm pgjian 2 abis kn dlu pgjian..ana tgk shbt2 ana y dh kwin cm x ‘expand’ hdup ny.. bkn m’provok spe2 cume ana kdg2 keliru gk ngn kaum muslimin, ble ckp x sedia ag nk kwin, dorg tetp push kite..
kpd kaum muslimin di luar sana, ana ingn nshtkn spy cri la bekaln ilmu scukup ny sblm anda merancng utk b’pindh ke alam lain..
salam..
ana rasa an sependapat dengan ustz dalam hal ni..namun takde halangan bagi sahabat2 yg ingin mendirikan rumah tangga..ana berminat untuk mngembara tapi agak terbatas disebabkan ana ni perempuan..namun itu tak menjadi masalah yg besar..sebab ada byk perkara yg ana belajar dan dapat..tambah2 lagi bila berada di negar org..khibrah dan pengajaran yg cukup byk..wlupun baru masuk tahun kedua di bumu anbiya’ nie..hidup berdikari mengajar ana erti kematangan dalam kehidupan..dan buat persedian untuk masuk ke alam rumah tangga bila sampai wktunya..mmg tak mudah berjauhan dari keluarga..uruskan hidup sndr di tempat org..namun terselit seribu satu kemanisan..dan yg paling pentg..bila masih bujang ni..bebas nak bergerak dan berprogram..study pon tenang je..jadi sahabat2..habiskan study dulu..lengkapkan diri dengan sepenuh persedian sblm berkahwin..bagi yg bakal terjun ke alam perkahwinan..mabruk….
salam ukhuwwah ya ustaz..
entry kali ni sgt menarik hati saya.. dlm keadaan masih belajar dan pernah hadapi konflik sebegini, saya semakin faham kenapa saya pernah lalui masalah sebegini.. break down of engagement because of nak smbung study. memang mulanya saya tak faham, tapi sekarang saya dah semakin faham sebab2 tersebut walaupun memang rasa sedih n kecewa.. jadi, natijahnya yang saya dapat, selagi belajar teruskan belajar dan cari pengalaman sebanyak mungkin.. ini satu peluang yang Allah nak bagi sebenarnya.. syukran kathir ustaz atas entry ni.. barakallahu fik..
Anak sulung saya (lelaki) bakal ke sekolah asrama di selatan tanahair tahun depan, kami di KL. Sedih jugak, tetapi catatan al-Fadhil Ustaz kali ini menambahkan ketabahan saya untuk “melepaskan”nya. Moga ia menjadi langkah untuk dia menjadi orang “macam ustaz”. Syukran jazilan…
@ummusaif: kalau tak turun ke medan, nanti muhasabah tak menepati realiti. macam mana tu?
@Abu Saif: Ummusaif jadi pemerhati among the audiens pun ok. At least blh perasan baju abu saif tak gosok ke apa..
@ummusaif, bolehlah buat entry baru kat ummusaif.com, bagaimana memerhati baju suami di pentas
lama dah tak update tu…
betul3… hihi
Akak setuju dengan cadangan ustaz kepada ummu saif tu. Akak pun terlepas pandang yg ummu saif masih belajar masa berkahwin.
Isu artikel ni pasal menimba pengalaman dari aktiviti mengembara, sisi yang lain adalah perempuan yang kena fikir betul2 untuk kahwin semasa belajar ni.
@Kak Ija,
akak, pembetulan, saya dah kerja (grad) 2 bulan masa saya kahwin.
-ummusaif
p/s: kenapa semua ingat saya student masa kawen ya??
@Abu Saif, maaf la ummu saif, akak salah baca statement ustaz. Tengah pening nak menghadapi kembara seterusnya…jenuh betul nak bawa seisi keluarga ni. Financial guarantee pun tak dpt lagi dari KPT, nak apply VISA dsb…itulah cabarannya yg memaknakan kehidupan.
@ummu_alya:
cantik sekali… sebuah kehidupan yang ada visi dan misi, itulah isi penting diskusi kita semua di bawah tajuk ini
masha Allah, fantastic entry ya ustaz. can’t agree with you more. ingat lagi zaman-zaman di Scotland nan sejuk lagi membekukan, tak sabar nak tunggu easter and xmas break… kerja cleaner 2 bulan, gasak berjalan sebulan!! sudah pasti penerbangan tajaan ryan air dan ez jet!
subhanallah, went all over europe and middle east, as well as your enchanting istanbul… pretty sure can’t make it if Abu Al Fateh, Al Fateh and Alwani were around!
what a blissful experience, masha Allah… thus, can’t disagree with you on this!!
@Azza Jauhar AT, aha, first time Ummu al-Fateh komen di sini ya. semua pengalaman di Edinburgh tu jadi aset dakwah yang besar masa di Perth pulak kan?
Anyway, maaf hari tu terlepas mesej Abu al-Fateh… aya, nanti ana call dia balik, Insya Allah
lama x jenguk saiful islam.com. bila buka terus nmpak artikel ni, tersenyum saya sebab sy bru je berhadapan dengan sahabat yg ada masalah berkaitan nak kawin awal. hopefully he can get some benefits from this article.jazakallahukhairan jaza’ ya ustaz.
bagi yg menyibukkan diri dengan kegiatan dakwah kerana ingin membuang rasa ingin berkahwin, bukankah itu riya’? kerana seharusnya niat dakwah itu untuk mendapat redha Allah semata-mata. seorg yg timbul keinginan utk berkahwin lantas terus merajinkan diri dlm aktiviti berdakwah. maka hasilnya apabila berjaya kahwin, dakwah pun menurunlah…
@Slimo, semuanya sudah dibahaskan dalam artikel “LAYAN JANGAN LAWAN PUN JANGAN”. Juga tiga siri artikel “KENAPA ANDA BERDAKWAH”. By the way, kalau berpuasa untuk membuang rasa ingin berkahwin, riya’ jugak ke puasa tu? Lepas kahwin, malas dah nak puasa ya.
Dan jika nak juga kahwin masa belajar, kahwinlah. asalkan sudah faham keperluan, tuntutan dan persediaannya. Tu Ummu Alya dan ramai lagi yang kahwin masa belajar, ok sahaja. Artikel saya ni bukan artikel HUKUM FEKAH, tetapi cambahan fikiran untuk penilaian.
intipatinya..
kahwinlah masih belajar kalau nak juga,..tetapi
kena faham keperluan, tuntutan, kena ada persediaan..
mehnah tetap ada walau apa jua status kita
saya suka keterbukaan ustaz, sebab tu blog ini menarik.. tidak jumud beku dan mendekati subjeknya.. iaitu kita-manusia..
terima kasih kerana bersabar melayan komen2 saya ustaz. bg saya artikel ini amat sesuai bg mengubat jiwa mereka2 yg terlampau ingin berkahwin semasa belajar tetapi gagal kerana menghadapi tentangan ibu bapa… supaya mereka kembali bersemangat untuk meneruskan hidup
btw ustaz, puasa tu ibadah yg x nampak. lagipun ada menahan rasa lapar dan dahaga, so mengurangkan syahwat. mana boleh samakan dgn dakwah, sebab dakwah ibadah yg nampak…
ana mintak maaf byk2 sekiranya telah menyinggung perasaan ustaz. walaupun zahirnya ana memprotes, tetapi sebenarnya ana mengambil pengajaran yg byk dari artikel ini. barakallah fik…
@Slimo, qiyas bersama fariq adalah fasid
Saya bersetuju dgn slimo, jgn lah di jadi kan dakwah tempat larikan diri daripada nafsu nak kawen, escapism tak tak tentu hala namenya. Biarlah dakwah sbb nak redha Allah. Bukan kah kite diajar begitu utk semua perkara.
Sbb kalo dakwah utk Allah, insyaAllah dapatlah dpt lah Allah, kalo dakwah utk alih nafsu kawen, dapat alih nafsu jela nampaknya.
Betulkan niat dalam setiap perkara yg kite buat.
Dan tak perlu minta maaf sekiranya kita hanye menyatakan pendapat slimo, kan ini satu medan tukar pendapat. Kalo baru tukar pendapat mcm ini nk tersinggung2, bermintak maaf, emmm susah lah.
@Abu Saif,
Alhamdulillah, ada juga hamba Allah yang sependapat dengan saya. Bila cuba bangkitkan isu ni di kelas (sekarang sedang menuntut di KMB, preparation program), ramai juga yg x setuju. Bg kami muslimah, lg senang nak jaga diri kalau berteman, kata teman2 sekelas. Tp bg saya, masa belajar di luar negaralah yg harus dimanfaatkan bergaul dgan org luar…. pengalaman sekelas dgan org2 luar membuka mata saya, mereka ni ada perception and way of thinking yg lain dr kita, seronok bila dpat membahaskn pndapat msg2… dapat memahami gaya hidup mereka… tp ada juga kawan yg bimbang..maklumlah perepmpuan. Kalau kahwin lambat, lambat dapat anak… makin lanjut usia dapat anak, probability nak dapat anak makin brkurang…lebih kuranglah kerisauan mereka. Tp bg saya, semua tu, urusan Allah. Kalau ada rezeki, dapat lah. Sewaktu di oversea la, kita mencabar diri, untuk tengok sejauh mana kekuatan kita menghadapi dunia. InsyaAllah, kemana2 kita pergi pun, w’pun sorang2, Allah akan tetap menemai kita….
Salam ,
Bukan senang nak kahwin..banyak benda nak kena fikir…pada wanita yang ingin berkahwin awal , bersedialah anda untuk terperap di rumah kalau suami tak suka kuar mengembara…Suami tak izin keluar , mana boleh keluar…pada jejaka yang beria nak berkahwin awal sedangkan suka kuar & lepak – lepak until midnight , fikir dulu masak2 sebab dah kahwin tak boleh nak lepak selalu dah mcm dulu.Muncung isteri sure lagi panjang dari itik.
Bukan senang nak kahwin , tambah waktu belajar , nak melayan suami lagi , nak melayan anak2 lagi , nak melayan buku lagi , nak melayan tugasan lagi…tu belum masuk hal kewangan lagi…perh,memang banyak benda kena fikir sebelum memasuki alam rumahtangga ni..pastikan benar2 bersedia baru ler berumahtangga.Raja sehari hanyalah untuk sehari jer…hari2 yang akan datang , entah ke mana raja nyer…
pendapat saya, kena bezakan antara ‘berkahwin’ dengan ‘beranak’.
Kalau takat kahwin, tak melembabkan.malah kalau kena gaya akan lebih adventures jadinya.
Tapi kalau beranak, yg tu akan melembabkan.
Kalau bersedia berkahwin tapi tak sedia beranak, wajib menuntut ilmu mencegah kehamilan serta mengamalkannya dengan penuh iltizam
aslmkum…
ustaz menyampaikan apa yang di dalam pemikirannya untuk mengajak orang lain berfikir dari sudut /’cara pandang’ yang berbeza tentang kahwin awal.
jadi sama-samalah kita berfikir apa yang sesuai dengan kita. pilihan bukan cuma satu. kita yang selalu menyempitkan keadaan dan situasi….merumitkan dan merunsingkan diri. semoga ada manfaatnya. amiiiin…barokallah ya ustaz.=)
@dr.radzi, YA SY SETUJU DGN PENDAPAT DR. RADI
Alamak, tak de taik lalat kat tapak kaki la.
Nak juga tengok tapak kali guru kak, ada tahi lalat tak. Any way, thanks guruku, kerana berpeluang mengikutise pengembaraan mu, wlu tak sebanyak pengembaraan mu.
bagus sangat tpoik ni. Thanks ustaz.
cam kes aku jek..huhu…x tau nak wat pe..
alhamdulillah..
Dalam pasrah ‘menanti’ jodoh Tuhan, doa kepadaNya moga ditetapkan pada waktu yang memerlukan dalam ikhtiar kita sebagai seorang insan.
Cuma.. kasih sayang tuh biarlah disimpan kemas. Jangan dibazir kepada perkara samar hubungannya. Risau2… nikmat kebahgiaan yang dititis dariNya tidak curahkan sepenuhnya oleh Dia lantaran kesilapan yang tidak disedari apatah sisengajakan.
Timo kasih ustaz. Artikel yang comey.
naik pening nak scroll…banyak sungguh komen..
selama ni jadi silent reader jer, tp hari ni rse nak tinggalkan ‘jejak’ siket lah..
ingatkan isu ni hangat kat Jordan ni jer..
rupe2nye semacam hangat 1 dunia je..
perasan juga..tibe2 sejak kebelakangan ni mcm ramai pulak yg kawen awal..ingatkan ana terperasan sdiri…rupe2nye mmg btul kot..
tp itulah…org duk fikir nak kawen sbb asyik tgk org kawen..kwn2 ke…sepupu ke…sape2 lah..
tp masing2 kadang2 terlupa nak fikir dgn lebih jauh…
hukum hakam kawen ni…klu tny, bkn tntu dapat jwb…haihh
alhamdulillah skrg ni xderlah rse nak kawen lagi..memikirkan bnyk lg t/jwb yg masih belum terlaksana..
nak pergi travel sana sini…mcm yg ustaz ckp tu..
seronok jln sorang2 nih..=)
rse mencabar sket.
ustaz punye housemate masa kat belfast bukan semua kawin masa belajar ker? masa tu ustaz tak cakap pon idea ustaz nih.. panas panas
@minn, sebelum kome semua kahwin, kita telah spend hampir seratus malam mengembara bersama ana sampai ke subuh!
Salam..
Setuju dengan kata2 ustaz tu. Memang panas. . Teringin nak share satu ungkapan kata2 “DiCipta untuk diTaklifkan, bukan untuk diTaqlidkan” means perkahwinan tu adalah untuk dipertanggungjawabkan, bukan untuk diikut ikutkan
^_^ SYukran ya Ustaz~
terima kasih atas penjelasan.. sejak dari dulu saya ingat saya sorang je berfikiran yang perkahwinan tu macam menambat kaki dari mengembara.. rupanya uztaz pun sependapat.
mungkin berkahwin muda bukan untuk jiwa saya.
Bagaimana bagi yang berfikiran tunang dulu? Bertunang dalam jangka masa lama. Adakah ia akan menambat kaki seseorang itu?
panas oh panas…
memang tentang meneroka alam tuh salah satu pertimbangan untuk laki2, samada kawin awal atau tidak…
Tapi kalau perempuan…hmm..minta maaf…banyak sangat yang aneh2 kalau tak kahwin awal dan kemudian belajar luar negara…ana pikir pasal taik lalat kat kaki nih maybe lebih sesuai untuk lelaki..bukan perempuan…wallahua’lam
@abu farhat, ya, lebih terfokus kepada lelaki. untuk perempuan, lain ceritanya. namun ada bahagian yang telah disentuh di artikel di atas, bahawa hal ini bukan hanya berkaitan dengan mengembara. some other activities might be included
betul betul betul
yang jelas, keputusan berkahwin atau tidak…sebaiknya bukan atas ikut ikutan, bukan sebab takut “diambil orang”…bukan sebab meredam hawa nafsu…
a ah rasanya housemate ustad masa di belfast semuanya terpengaruh kahwin awal bukan sbb ustad jugak ker?hehe.panas.anyway rasanya byk kenangan manis bila kahwin waktu belajar.susah2 kawin masa zaman muda-sekarang semua dah berlalu.anak pun dah besar.mengembara di bumi UK pun tidak terhalang dgn perkahwinan.siap dgn bawa anak2 bersama pushchair dlm kapal terbang utk ke program seluruh UK.saya personally tak setuju bahawa kahwin awal membantut pengembaraan utk belajar/mencari ilmu-kalu habis bljr degree,tidak semestinya berhenti di situ, pastu ada master dan phD/kepakaran etc..kalu tunggu belajar sampai 30an pun tak kahwin.in fact postgrad studies seem to be more important & demanding than undergraduate course.waktu untuk berkahwin terpulang kepada keperluan individu.life has to go on.
@Azim Azhar, seperti yang ana dah jawab bersama minn di atas, bahawa sebelum komer semua kahwin masa belajar tu, kenang kembali pengembaraan 100 malam kita hingga ke subuh ‘bertalaqqi’ 60% content saifulislam.com secara live
Salam, saya bersetuju dengan Azim Azhar. Kembara alam bersama keluarga muda, oh indahnya. Tidak terasa pula terasa bebannya.
Bagi saya tidak perlu disusahkan apa yang senang dan mudah. Usah dibelitkan, usah dipeningkan. Kepada sesiapa yang ingin berkahwin ketika belajar, andai anda sudah mampu, silakan. Jika anda ingin berkahwin kerana ingin mengelakkan maksiat, alangkah indahnya niatmu itu. Islam itu mudah, jangan dipersusahkan, jangan dipermudahkan.
Ibu bapa melayu zaman sekarang rata-rata tidak membenarkan anak-anak mereka berkahwin ketika belajar. Kebetulan mungkin, alasan-alasan yang selalu diberikan sama seperti hujah-hujah dalam artikel ini, dan juga dikomen-komen yang menyokongnya. Tipikal pemikiran melayu? Mungkin.
@Indah, ketidak adilan yang berlaku ialah, internet dilambakkan dengan rungutan anak-anak yang tidak mendapat greenlight daripada ibu bapa tentang berkahwin semasa belajar, tetapi perspektif ibu bapa kurang diperkatakan.
Apakah ciri-ciri yang ada pada anak-anak sekarang hingga ibu bapa cenderung menghalang mereka berkahwin muda? Ada perbahasannya…
Dan bagi saya yang saban hari dikunjungi email, termasuk email pasangan students yang baru berkahwin tetapi telah menjatuhkan lafaq talaq berta’liq ke atas isteri!
Jangan mudah mendakwa matang
@Abu Saif, “Jangan mudah mendakwa matang” Ya, saya tujukan kembali nasihat itu kepada ustaz.
Em, salam ustaz. Ade beberapa persoalan yang bermain di fikiran, ikhlas nk bertanya nih.
Dari apa yang saya faham, adakah bermaksud kalau bernikah ketika sedang belajar, akan menyebabkan kita lose something (to gain something)?
Maksudnya kalau nikah time belajar, kita mungkin kehilangan peluang untuk mengembara. Mungkin kehilangan konsentrasi untuk belajar. Mungkin gagal menguruskan rumahtangga kerana cabaran-cabaran yang wujud.
Adakah bermaksud, kalau kahwin selepas study maka cabaran-cabaran itu akan kurang?
Entahla berjaya ke tak saya terjemahkan apa yang bermain di benak fikiran ini dalam bentuk persoalan kepada ustaz. Haizzz confuse2!
Saya berfikir begini – mengenai masalah yang timbul ketika berkahwin semasa belajar. kalau nak tunggu masalah betul2 tak ada, sampai bila pun masalah takkan habis. kahwin selepas belajar, kita tak tahu masalah apa pula yang menanti. Tekanan mencari kerja. Tekanan untuk kerja itu sendiri. Mungkin masalah dengan keluarga. Mungkin masalah dengan kewangan.
Pendek kata, saya rasa, masalah tetap akan muncul sama ada kahwin semasa belajar, mahupun selepas belajar. Kerana masalah itu adalah ujian dari Allah.
Maka, yang penting adalah bagaimana seseorang itu menguruskan diri menghadapi masalah2 ini. Justeru yg penting adalah kematangan diri, ilmu di kepala dan iman di dada kena mantap! Kalau betul2 da mantap, kahwin semasa study ke, lepas study ke, inshaAllah akan berjaya mengharungi segalanya.
Adakah kalau berkahwin selepas belajar, terjamin akan terhindar dari pelbagai masalah? Kahwin selepas study pun, kalau tak cukup matang, x cukup ilmu dan lemah iman, mudah jua futhur dek ujian.
Untuk mengembara, mencari pengalaman, etc etc, bagi saya itu semua rezeki dari Allah. Kalau Allah nak bagi, saya ambil. Kalau ditakdirkan selepas kahwin saya tak dapat mengembara etc2, maka bukanlah kahwin itu penyebabnya. Cuma rezeki ada di tempat lain, agaknya. Mungkin Allah nak ganti dengan lebih baik, inshaAllah.
Wallahua’lam. Sekadar soalan-soalan yang bermain di fikiran saya. Tengah blur sket skrg ni ustaz. Hehe. Maaflah kalau persoalan2 saya itu tiada kena mengena atau tersasar dari kefahaman yang ustaz cuba sampaikan melalui artikel ini.
Syukran, wassalam.
@Leokid, yang akan prevent kita daripada krisis-krisis, bukan berkahwin semasa belajar atau berkahwin selepas belajar, tetapi tindakan berkahwin yang disandarkan kepada pertimbangan yang menyeluruh.
Point penting artikel ini ialah mendesak anak muda untuk meluaskan pertimbangan sebelum membuat keputusan, yang mana mungkin keputusan terbaik itu ialah dengan berkahwin semasa belajar.
aish..memang pisang goreng panas tajuk ni ustad…eheh..
papepon,tajuk ini sedang berkembang dari pro dan kontranya..maksud ustad bukanlah semata-mata kepada orang yang ada tahi lalat di tapak kaki mereka, tetapi fokusnya kepada mempelajari kehidupan untuk persediaan selepas mendirikan rumahtangga, matang tentang kehidupan, jelas tentang tujuan hidup..ok?
ustad,blog saya dah bertukar wajah dah..xde macam sarang p*rno lagi dah..ehehehe mekasih ustad=D
salam..klasmate sye pn ade psgn yg da kawen, tp still adventurous..asal cuti je asyik berjalan..pegi egypt, eurotrip..n semenjak kahwin mereka bertmbh lebih mtg, studies bertambah okay, juge ilmu agame makin mantap..
setuju dgn soalan eD..what about those who get engaged at a long period?mcm saya dah bertunang..tunang di medic univ yg same juge (oversea) tapi ade 2 more years to grad..n parents di pihak saye juge blum benarkan kami kahwin..igt nak kahwin final year, sbb lpas dah grad dah sibuk dgn HOship bagai..
Bagi yang tidak familiar dengan saifulislam.com, saya ulangi prinsip penting yang telah saya ulang berulang-ulang kali sebelum ini.
Bahawa dalam masalah berkahwin, setiap seorang ada konteks yang khusus untuk dipertimbangkan.
Pandangan saya adalah untuk menjadi bahan penilaian konteks masing-masing, bukannya polisi untuk di’generalize’ ke atas semua.
Ada yang bahagia dan berjaya berkahwin semasa belajar. Ada yang kecundang. Ada yang bahagia dan berjaya berkahwin selepas belajar. Ada yang kecundang.
Maka pertimbangan kita bukan pada kecundang atau tidak kecundang. Tetapi kepada ‘berfikir masak-masak’ sebelum bertindak.
Berkahwin yang terbaik bukan semasa belajar atau selepas belajar, tetapi berkahwin selepas BERFIKIR MASAK-MASAK.
Kan simple!
Haish… nak melayan peserta KEM HIJRI ni pulak!
@Abu Saif, Sabar Ustaz.. heheh
@Abu Saif, alangkah eloknya ayat komen ustaz ini ditulis bersama artikel di atas, bukan hanya diruangan komen.
@Indah, saya rasa berkali2 udah diulang ayat itu..terpulang..
payahlah kalau nak disuruh orang ikut pendapat kita aja..
itukan pendapat abusaif..yang tak bersetuju,,takpelah..jgn berlebih2…
kasi panas skek….”Wahai Anak Muda,Berkahwinlah!”
http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/03/23/wahai-anak-muda-berkahwinlah-2/
panas-panas!!!
ayway syukron sbb bukakan minda
simple..simple..! ganbatte ne ya ust! peserta2 kem hijri juga ganbatte! =)
salam…
fuh!!tak kawen la aku gamoknya yerk…
hahahahahah…hbt gak entry ni khas nya utk sy yg memasang niat utk kawen awl ni..bru je 1st year medic kt timur tengah..
kkdg sy pening bile ada ustaz yg sarankan supaya kawen awl demi mnjga kemaslahatan, ada yg kata len plak,,apapon bile bca entry ni. sy amat tertarik dgn keterbukaan ustaz ni..
apapon, bagi sy kawen bknnya halangan. jikalau perkahwinan itu membebankan, masakan nabi menyuruh sorg sahabat dlm satu riwayat yg miskin supaya kawen lagi utk menambahkan rezekinya(betul ke ustaz?)
so,berbalik kpd diri sndiri..pilihlah yg terbaik..mohonlah petunjuk dari Allah..
salam ustaz,
Tersenyum panjang bila baca artikel ni, teringat kat adik lelaki saya yg yg teruja nk kawin masa belajar..tp bila tanya mak..mak xsetuju coz masih belum matang utk support anak orang..hehehe kakak dan mak tegas mempertahankan hujah masing-masing tak kurang jugak adik saya yg mempertahankan hujah dia..saya hanya bagi komen yg hujah2 tersebut juga perlu bersandar pada realiti kehidupan masa kini, adik agak kecewa, tp saya pesan kat dia supaya bersabar tunggu sampai habis belajar..dia akur, and planning 2 thn lagi utk kawin.at least sampai pilihan hati dia tamat belajar.
hehe, teringat pesanan mak …jangan fikir kahwin selagi x habis master…hehee,
alhamdulillah, ada rasional gak nasihat mak…nanti bila dah habis belajar…tumpuan na hanya kerjaya dan keluarga..memnag berat…tapi ia agak ringan bila x da komitmen selain itu…
na memang x berapa setuju kahwin masa belajar…harus ingat tanggungjawab kepada family dulu daripada yang lain…
sebenarnyer masalah ni dapat dielakkan jika tahu menjaga’hubungan’antara lelaki dan perempuan….:)
Yezza..
sokong 150%
erk..boleh tak kalau saya nak perasan yg saya ni ‘org mcm ustaz’…
Salam ustz, daripada kembara lama2 di negeri orang, lebih baik mnjaga ibu bapa di kampung. Kasihan mereka kesepian…
salam..akhirnya ana dapat jugak beli buku ustaz AKu Terima Nikahnya.
Utk mkluman ust, hanya tinggal 3 naskhah je lg kt MPH The Spring di Kuching..sana sini ana merantau nk dptkn buku ust, kat MPH Spring bru dpt.
Artikel ni kira smbgnnya lah ya ust.
puas cari tahi lalat kat kaki..tak jumpa..
tapi kuat gak berjalan nih..
kne buat satu utk join kelab kot..
artikel ni best utk ana n kwn2 ana di o.seas sana..
mrk kne faham kawen ni akan menggandakan lagi tanggung jwb n amanah..[kne fikir habis2an]
bkn terikut2 senior2 mereka..
salam ustaz… ada typo, bawah tajuk ‘peluang sekali seumur hidup’, para 2nd last.. tertinggal ‘i’. patutnya ‘hari’ kan?
by the way, ana pun ada tahi lalat kat kaki, sampai juga ke negeri matahari terbit ni…alhamdulillah. yok kita selesaikan misi kembara insan mencari Tuhan dulu.
salam ustaz, ada typo.. bawah tajuk ‘peluang sekali seumur hidup’, para 2nd last. tertinggal ‘i’..patut ‘hari’ kan?
by the way, ana pun ada tahi lalat kat kaki..sampai juga ke negeri matahari terbit ni, alhamdulillah. yok kita selesaikan misi kembara insan mencari Tuhan dulu.
wah terlambat pula ana rupanya..
sgt2 pnas hingga suam2 keadaan bilik di musim winter ni…
menarik ni kalau teman2 di ardul kinanah menjengah ke sini…pasti pk 1000 kali sebelum buat keputusan…
ayuh langkahkan kaki
jangan pernah kau ragu
hadapi hari dengan penuh keyakinan..
mmm… benda bukan mainan… mmg harus diambil pusing
Salam,
Kepada adik adik yang masih atau baru belajar samada di luar atau dalam negara..Jika memilih untuk berkahwin semasa belajar (undergraduate)pastikan:
1. Mak ayah bersetuju dan faham sebab perlu berkawin
2. Pelajaran tidak terganggu,pastikan CGPA bagus,atau jika pelajar perubatan tak sangkut/repeat
3. Tidak membebankan mak ayah adik beradik dari segi kewangan, emosi
4. Tidak menyusahkan penjamin
5. Tidak membazir duit rakyat
Sebabnya jika anda gagal menamatkan pengajian..segala kesalahan akan diletakkan ke atas perkahwinan anda walaupun bukan itu puncanya 100%
Saya berkahwin semasa belajar tapi sebelum final year dan usia sudah 25 tahun. Alhamdulillah ibu ayah bersetuju. Sebelum berkahwin sudah menanam azam kuat bahawa pengajian dan usaha akan bertambah bagus kerana kami sedar risiko. Ada kawan yang berkahwin di tahun satu,dua,tiga.Alhamdulillah kami yang berkawin antara yang berjaya menamatkan pengajian dlm jangka waktu ditetapkan JPA. Sebaliknya bagi batch kami, yang dihantar pulang atau mengulang tahun ialah mereka yang single. Pada saya kawin tidak menjadikan pelajar itu ‘lembab’dari segi adventurousnya atau aktivitinya. E-mail saya mungkin tidak dipenuhi masalah pelajar muda atau soalan soalan berkisar masalah org muda tapi diusia menjangkau 40an serta sekitaran yang dikelilingi pelajar serta pengalaman sendiri pada saya jika anda rasa mampu memenuhi syarat yang saya nyatakan diatas dan merasakan anda sanggup memikul tanggung jawab…GO ON
@Dr.N, ana sokong sgt dgn apa yg anta kata…
Alhamdulillah…smoga mnjdai azimat buat sy berhjt ingin berkahwin awl..insyaAllah
salam wasilah ukhwah fillah
sekadar perkongsian:
Pendapat kita mungkin betul, tetapi belum tentu sesuai untuk semua org.
Pendapat kita mungkin betul, tetapi mungkin bukan sekarang masa yang sesuai
Assalamualaikum ustaz..pertamanya sy nak ucapkan terima kasih kpd ustaz kerana sudi datang dan memberi satu talk yg bertajuk “am i an excellent muslim” di kampus uiam nilai baru2 ni..sungguh, selepas mendengar talk dari ustaz, baru sy tau, dari sudut manakah kita nak nilai diri kita ni samada excellent ataupun tidak..berkaitan dgn artikel ni plak, sy setuju dgn pandangan ust..kta x oleh taqlid buta dalam berumah tangga..ianya memerlukan berbagai-bagai persediaan dari kita sendiri sebenarnye..semoga ust terus sukses dalam kehidupan ust..syukran
salam ustaz,
panas topik ni..selepas baca topik ni,boleh lah saya argue dengan adik saya yang teringin sangat berkahwin awal walaupun belum habis belajar lagi..puas sudah saya menasihatinya…
wassalam
salam ustaz yg banyak mencurahkan idea untuk anak2 muda seperti saya.
sedikit lontaran, saya harap lepas ni ust leh luaskan skop penulisan 2. jangan hanya tertumpu pada ‘org2 yang baik’. ni nak bagitau ust, ramai lagi anak2 muda yug duk luar negara yg teruk2 tapi nak kan bimbingan dan sokongan. ust cuba pikir skit secara keseluruhan. kalo nak citer pasal yg baik2 je, releven la tulisan ust kat atas 2. tapi ana rasa tak dapat manfaat untuk semua. ana rasa yg duk luar negara lebih2 patut diSURUH KAWIN berbanding yg duk msia. kalau ana nak cakap bab dugaan rasanya ust pun tau. tak kisahla kat mana2. mesir ke, syria ke, uk, us, london , jepun, morocco, africa..jenguk2la skit keadaan setahun dua ni. ape cite student2 kita?
kalau mereka ni dah terlibat dengan couple, onani, kelab malam, disko malah ada yg langgan gro..eh, kene terus mengembara ek?
tulisan ust bagus, tapi kurang bijak.
ana pulak jadi sedih..takut2 tulisan ust menjadi asbab kepada bertambahnya keinginan kawan2 ana untuk tak menikah atau lambat nikah.
bagi dorang nikah ‘melambatkan pergerakan’ dan ust plak kata, nikah ‘menjadi lembab’..tak ke sama?
ramai lagi anak2 muda kita di luar negara yg ‘selesa hidup tak nikah’ sebab itu menjadikan mereka bebas. sangat bebas. merantau sana sini , bukan bertambah baik tapi BERTAMBAH TERUK.
mgkin ada org kata, itu budak2 yg teruk. ok, kalo korang just nak ambik berat pasal yg teruk2 better korang tak yah jadi daie. tak yah tulis2 blog.
patutnya tulisan ust lebih bagi tasyji’ untuk budak2 ni nikah. susah tak leh mengembara la, terikat dengan beban la, besar mana sangat kalo nak dibandingkan dengan dosa zina??
sy mengikuti tulisan ust dari buku ‘aku terima nikahnya’ lagi. semuanya just berat sebelah. menjadikan ‘yg jahat2′ ni tak mendapat tempat dan ruang. mana nasihat dan tasyji’ untuk mereka pula?
-just lontaran dari anak muda di perantauan-
aku sian sgt dengan budak2 muda yg nak kawin. sebab aku rasa dorng ni KEBANYAKANNYA nak elak maksiat. yelah, yg xrasa lehla angkat dada, tapi bukan smeua org latar belakangnya macam kita. nak jadi dai’e kene fikir diri mad’u, cuba letak situasi dia dalam situasi kita.
aku pun tak faham. bile survey2, ramai yg nak nikah awal ni budak yg baik2. yg belum puas enjoy tobat tak pikir pasal ni. buat ape? single lagi sedap. ‘bebas’ kan..heh!
so asyik yg baik jela kene band..sian2..isk3..
@hafiz-al,
Untuk berubah, syaratnya kena bertaubat.
Bukannya berkahwin untuk berubah.
Kalau berkahwin, then baru berubah means niat tak betul dan selalunya tak kemana.
Ramai dah jadi.
Ada yang suka onani sebelum kawin, then nikah. Lepas kahwin pun buat sorang gak.
Ada yang suka porno sebelum kahwin, then nikah. Lepas kahwin pun dok tengok porno.
Worst, suka berzina sebelum kahwin, then nikah sesama dengan niat nikah bolh ‘halalkan’ yang selama ini. Tup, tup lepas kahwin sangsi pulak yang pasangan tu pernah tidur dengan orang lain pulak.
Untuk ‘even’, berzina balik dengan orang lain.
Memang diakui mereka ini bukan gitu2 orangnya ie mereka semua ikut usrah.
Tapi, la ni dah takde beza yang ikut usrah dengan tak ikut usrah. Kalau nak buat dosa tu sama gak.
Sebabnya, pendedahan kepada seks di awal usia,seawal sekolah rendah.
Nak kesian kat mereka ini?
Saya pun tak tahu??
Sila baca artikel saya, Cegah Sebelum Parah di Ummuaif.com
-Ummusaif.