Anti Slogan

May 4th, 2007 by Abu Saif 3:02 am | 8,822 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

ims801-009.jpg

Di dalam perjalanan hidup, saya cuba untuk terus muhasabah kefahaman saya terhadap agama yang menjadi pegangan hidup ini. Saya bermula seperti orang lain, mengenal Islam dari guru-guru yang saya temui di sepanjang kehidupan, di seluruh usia yang telah ditempuhi.

Tetapi saya rasa saya belum benar-benar Muslim, sehinggalah saya mempersoalkan keIslaman saya. Bertanya tentang apa yang saya telah tahu, sehingga akhirnya saya mengambil Islam sebagai pilihan. Islam pilihan, bukan warisan.

ANALOGI TAHU VS. YAKIN

Anda memandu di lebuhraya dengan kelajuan 150km/j. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah yang bertentangan memberikan lampu tinggi sebagai isyarat. Datang pula sebuah kereta yang lain memberikan isyarat yang sama. Apa tindakan anda?

Pasti sahaja, anda akan mengubah cara pemanduan. Kereta diperlahankan, tali pinggang dikenakan, telefon bimbit disembunyikan. Mengapa anda berubah?

Takutkan polis?

Sudah nampakkah polis di hadapan?

Anda belum nampak polis, tetapi anda sudah mengubah perlakuan. Pernah tanya mengapa?

Jawapannya mudah. Anda yakin dengan isyarat yang diberikan. Keyakinan, mengubah kelakuan dan perbuatan.

Anda sudah TAHU Tuhan itu Allah. YAKINkah anda?

Jika kelakuan anda dalam kehidupan menunjukkan kepada adanya Dia, maka yakinlah anda. Jika tidak… anda sebenarnya baru tahu… tetapi BELUM YAKIN.

Maka anda belum beriman, selagi anda belum mempersoalkan iman anda itu.. dengan kritis.

BELAJAR KERANA MENCARI, BUKAN KERANA DIBERI

Mereka yang lahir dan dibesarkan bukan sebagai Muslim, mencari Tuhan dan kebenaran. Sepanjang perjalanan itu, mereka menyoal, menerima maklumat dan seterusnya mengkritik hingga akhirnya menjadi Iman. Iman iaitu sesuatu yang dipercayai, bukannya diketahui.

Bagaimana dengan saya yang lahir dan dibesarkan sebagai Muslim? Jalannya berbeza.

Saya belajar Aqidah sebagai subjek dan pengetahuan, bukan sebagai sebahagian kembara diri mencari kebenaran. Lantas Aqidah yang saya pelajari, tidak memberikan impak kepada diri. Saya tahu Allah ada, tetapi kehidupan saya boleh sahaja menggambarkan Allah itu tiada. Mengapa begitu? Saya menghafal Aqidah, bukan mempercayainya.

Agar tidak jadi begitu, saya meminjam alat yang diguna pakai oleh orang yang mencari Tuhan dan kebenaran, iaitu bertanya, berfikir, mengkritik, memahami, dan akhirnya mempercayai.

Timbulkanlah sebab, agar anda mengenal Tuhan kerana mencari-Nya.

Berfikir, sangat berbeza dari menghafal idea. Sebagaimana saya mahu jauh dari sekadar menghafal iman, begitu jugalah saya enggan menghafal perjuangan dan erti kehidupan. Berfikir, menghasilkan buah fikiran. Menghafal idea, hanya memuntahkan slogan yang berjela.

Kerana itu, saya alah dengan hafalan idea. Saya jemu dengan stereotype. Saya bosan dengan slogan dan pengulangan motto yang konsepsual dan tidak praktikal.

Saya tidak suka bertemu dengan kenyataan “Al-’Ilm, Maa QaaLa Allah wa Qaala Al-Rasool” (Ilmu itu ialah Firman Allah, dan Sabda Rasul) disanadkan kepada tulisan sesiapa dengan sewenang-wenangnya. Firman Allah dan Sabda Nabi S.A.W memang sentiasa benar. Saya meyakininya 100%, dengan kepuasan akal dan hati pada meyakininya. Tetapi jika maksud kenyataan itu ialah, asalkan didatangkan ayat al-Quran dan Hadith Sahih, maka sahihlah sesuatu pendapat… ada kebingungan di situ. Ada gangguan sistem logik di situ.

Saya sudah pun memperkatakannya di dalam artikel “Saya Sahih Sebab Rujukan Saya Sahih

Entah kenapa, olahan Fathi Aris Omar tentang isu MUNTAHAN OTAK itu, sangat menjadikan saya terhenti. Berhenti di halamannya, dan berfikir hingga larut malam, betapa buat pertama kalinya, saya terpaksa bersetuju dengan artikel yang itu. Ia tidak jauh dari suara hati saya pada artikel sebelum ini bertajuk, “Menjahilkan Diri Terhadap Musuh“.

Setiap kali saya menulis artikel, saya berusaha untuk tidak mengulangi slogan. Alah benar saya, untuk menyebut secara mudah, “ingat Allah hati tenang”. Memang benar, ia kenyataan al-Quran. Tetapi anda ujilah sendiri. Semasa dikejar peminta hutang, cuba zikir Subhanallah 100X, anda sendiri tenang atau tidak? Maka jangan cakap sahaja… terjemahkan ia ke bahasa yang praktikal. Zikir bagaimana yang dimaksudkan. Tenang bagaimana yang dihasilkan…

Bukan salah al-Quran. Anda yang tidak kritis. Tidak praktikal. Jika anda hanya menghafal idea.

Perincikan.. perincikan… dalam bahasa yang boleh dibuat, bukan bahasa yang mengulang hafalan slogan.

Saya jatuh bosan, apabila usaha saya memperincikan kata, diheret kembali kepada slogan dan retorik semata…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. ‘Agama’ Yang Anti Agama foto “Puak Islam AKP telah mematahkan zakar kuda Mustafa Kemal...

Advertisement

49 comments

  1. afif says:

    bukan teori semata2….ttp realti kepada pemikiran yg kritis dan praktikal….ubah cara kita yg sllu sngt b’teori kepada realiti keadaan….
    terima kasih bnyk2 ustz utk artikal kali ni….dlm marhalah perubahan dr ini kpd kesedaran bukan hafalan idea…..

  2. saifulislam says:

    terima kasih afif kerana menjadi penyumbang komen pertama entry ini. saya menghargainya.

  3. Dr_Kadir says:

    Suatu lontaran yang menarik sebenarnya berkenaan artikel ustaz kali ni. Sudah membaca muntahan otak oleh fathi aris omar tu yang kebanyakannya lebih menjurus kepada membawa pembaca menilai tentang suatu perkara dengan realiti yang ada. Berfikiran logik dan kritis. Apa yang boleh saya katakan, selain daripada penilaian realiti secara logik akal (sunnatullah) sebagai orang Islam terdapat suatu sisi lain yang kita perlu PERCAYA dan YAKINi, yang lebih bersifat SPRITUAL, suatu keYAKINan (syariah) yang berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah. Dan rasanya kedua-duanya pun tak dapat lari dari kehidupan seorang Muslim kan ustaz? Justeru pengaplikasian mencari kesedaran realiti dalam slogan-slogan secara rasional perlu juga dipandu dengan keyakinan yang ada dalam diri sebagai seorang Muslim. Agama sebagai asas dan panduan namun tidak menghalang untuk kita berfikir dan berfikir mencari suatu yang terbaik untuk diri dan ummah.
    sekadar pendapat dhaif dari seorang yang masih bertatih mencari tujuan dalam hidup :)
    Terima kasih ustaz…

  4. nazihah says:

    BELAJAR KERANA MENCARI, BUKAN KERANA DIBERI

    blh dipraktikkan dlm khidupan sbg plajar jugak…sy cuba nak brubah ke arah positive…blajar..tuntut ilmu biar ikhlas sbb Allah n nk jd manusia berilmu bkn sbb ‘terpaksa’ blajar….wpun msh tgh cuba dlm proses nk ubah niat blajar sy ke arah mcm tu…tima kasih ustaz..tgh mencari sumber inpirasi dlm blog ustaz ni

  5. syphoon says:

    teori tanpa praktikal menyebabkan fikiran kita jadi jumud. Hafal itu, hafal ini, tapi xtahu kat mane nk guna. Sibuk pungpang pungpang sana sini bagi ceramah, bagi tazkirah, bagi usrah. Cthnya, ada antara yg kata wang itu dunia, harta itu dunia, anak isteri itu dunia, maka harus ditinggalkan. Logikkah dengan keadaan realiti masa kini? Dapatkah kita dalam keadaan sekarang ini hidup tanpa menggunakan wang?

    Itu juga yang berlaku misalnya dalam usrah. Kita dok bincang teori semata-mata, tanpa mahu mengaitkan dengan keadaan semasa. Lihatlah hasilnya bagaimana kelak. Melahirkan seorang insan yang penuh dengan teori, tanpa dapat diadaptasi dalam kehidupan seharian, menjadikan dirinya sama seperti orang lain. Yang lain hanya dia ni mungkin kerana dia menghadiri usrah. Sebab itulah Fathi Haris dalam salah satu artikelnya mengatakan usrah ni ibarat satu tempat utk mereka yang mahu menjadikan diri mereka nampak alim!! Mungkin tulisan itu pedas, tapi ianya menepati sasaran.

    Haiz…dah kol 3.00 am sini.. dah start mengarut dah nie…

  6. cidos says:

    FAO ada mengkritik agamawan yang bercakap tentang waqi’e semasa tetapi tiada seorang pun yg mengkaji antropologi and sains Budaya tempatan. Saya lihat tindakan ustaz hasrizal yang mengambil bidang ketamadunan di UIA bagi pengajian peringkat sarjana adalah langkah yang tepat bagi menyahut cabaran FAO tersebut. Berbalik kepada artikel ‘Kenapa mahu menjadi ustaz’, ramai yang mencadangkan graduan agama untuk terjun ke bidang bidang lain seperti HR. Sy berpendapat ia baik sebagai langkah permulaan merealisasikan idea ‘ulama dalam konteks awam’ (juga cetusan dari idea FAO).

  7. ro ya alip dhod says:

    pengulangan ayat memang membosankan. mungkin kerana ini, Dr. Aidh Al-Qarni go to more extreme approach dalam buku La Tahzan menolak untuk menyatakan apakah Sanad Hadis dan rujukan ayat al-Quran yang mana digunakan kerana ingin mengurangkan ayat seperti “Dari sifulan bin sifulan beliau mendengar nabi SAW………..” di ulang ulang dalam bukunya semata-mata untuk mengelakkan pembaca bosan. Dan untuk menggalakkan pembaca mencari sendiri sumbernya.

  8. husna1399 says:

    Salam semua..

    Saya mencari2 sejak sekolah lagie. Sukar sekali perjalanan kerana
    seorang di jalan itu.. pencarian yang sama akhirnya saya temui pada diri Imam Ghazali, seorang Mahaguru di Madrasah Nizhamiyyah di zamannya.. al-Imam meragui dirinya sendiri sehingga tidak mampu berkata2.. beliau mengkaji aliran falsafah dan mengkaji bathiniyyah dan mendapati dan merungkaikan kesalahan2 mereka sehingga al-Imam memasuki dunia tasawwuf dan menemui jawapan kepada keraguannya. Apa yang sempat saya tatap daripada bukunya ‘penyelamat daripada kesesatan’.. Daripada buku2 yang al-Imam nukilkan, saya berpendapat al-Imam berusaha meninggalkan sesuatu yang bernilai kepada ummat yang diserang dengan pelbagai aliran pemikiran sehingga menjauhkan ummat Islam daripada pemikiran dan ‘amal Islam.. begirtu besar peranan Imam al-Ghazali tetapi ummat akhir zaman hanya melihat kepada hadis2 dhaif yang dimuatkannya di dalam Ihya Ulumiddin bukan kepada isi dan kebenaran pemikirannya..

    syukran..

  9. Fatima says:

    Salam,
    Saya juga pernah menduduki senarai mereka yang percaya tapi belum yakin. Keyakinan itu tidak akan dijumpai sekiranya kita tidak menyelidiki apa yang seharusnya kita yakini. Kerana apabila kita menyelidiki dengan kesedaran untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keyakinan, pelbagai persoalan akan terjawab dan membuka persoalan selanjutnya yang harus diselidiki. Ini membuatkan kita sentiasa teruja untuk mencari kebenaran sekaligus memantapkan keyakinan.

  10. akhukum says:

    salam
    ustaz yg dirahmati,

    Ana rasa terjun ke medan amal Islamilah ubat paling berkesan utk memahami makna & ilmu2 agama yg kita pelajari. Di sana kita belajar dan merasai erti subjek dan teori2 jihad, ikhlas, aqidah yg sahih, faham, pengorbanan, rukhsah & azimah, berhikmah dgn mad’u dll.

    Malah usrah2 & pengisian ilmu smada kuliah, ceramah & kitab dikarang ulama’ harakah yg berjuang di tgh gelanggang mad’u lebih memberikan kesan kpd kefahaman yg sebenar bermula dr masalah aqidah, ruhiyah hingga kewajipan berkepimpinan.

    Tanpa meminggirkan pandangan dr tokoh2 ilmuan dlm bidang masing2 smada salafi ( yg lebih berhati2 dan selamat dalam memahami masalah aqidah & hukum) atau khalafi ( yg lebih berfahaman luas mendalami dalil2 naqliy melalui usul2 syariah), para daie akan melebarkan Islam kpd mayarakat.

    Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah. Tanpa amal, selama2 nya kita terperangkap & tertipu di alam teori dan slogan.

    Sampai masa kita menutup sbentar kitab2 kita & beramal. Sekadar
    pandangan, semoga kita dirahmati Allah.

    w’salam.

  11. cidos says:

    ustaz, tulisan FAO terutama dalam blog Di Bawah Mendung Usrah banyak mengajak anjakan paradigma dilakukan dalam sistem pentarbiyyahan yg dijalankan oleh gerakan Islam. Banyak idea idea asas yang dikemukakakan sebenarnya sama dengan idea ‘pembaharuan’ (kalau boleh digunakan perkataan ni) yg ustaz tekankan dalam dakwah. Cuma kenkadang contoh dan sumber yg digunakan agak kurang boleh diterima.. Begitu juga kesimpulan kesimpulan akhirnya.

    Apa nasihat ustaz kepada pemuda pemudi gerakan islam yang mencari ‘nafas baru’ untuk idea idea islam kontemporari dan pendekatan dakwah terkini? bolehkah tulisan spt saudara FAO dijadikan bahan panduan? Di mana asas bermula yg sebenarnya supaya apa sahaja pembaharuan/reformasi/islah ataupun tajdid (Pro dan Segar) yg diserukan tidak menyimpang? Soalan ini mungkin terlalu besar untuk dijawab sepenuhnya. Tapi sy hanya mahu sekadar perkara basic bg seorang pelajar peringkat universiti.

  12. taqeyyabella says:

    Ana rasa inti permasalahan ini adalah di keseimbangan itu sendiri. Slogan perlu namun akan sia-sia tanpa sebuah tindakan. Begitu juga tindakkan tanpa berasaskan slogan yang tepat. Kembali ke konsep iman dan islam yang tak dapat dipisahkan.

    Akal membantu kita untuk mencapai tujuan dengan puas. Konsep ketuhanan dalam islam sangat bersesuaian dengan akal. Akal dapat mencerna dan menerima konsep ketuhanan dengan PUAS.

    Menerapkan slogan dalam tindakan. Sebuah proses panjang. Tak dapat dipaksa. Sebab tu dalam pendidikan ada slogan “apa yang kamu lihat, kamu dengar, kamu rasakan, dan apa yang kamu lakukan adalah pendidikan”. Ini adalah usaha menjadikan slogan suatu yang sebati dengan tindakan.

  13. ro ya alip dhod says:

    slogan atau mungkin kita boleh katakan simple explaination boleh juga membawa kesan tak bagus.

    Sebagai contoh, saya belajar fiqh zaman sekolah dahulu sunat di takrifkan dengan bahasa mudah “buat dapat pahala tak buat tak apa”. Mmg mudah mengingat penerangan bahasa layman begini, tambah2 pada usia muda. Tetapi saya merasa kesan doktrinize takrifan ini. Saya tidak menitik beratkan perkara sunat. Sebab tak buat tak apa. Mungkin perlu ditukar kepada sunat ialah “buat dapat pahala tak buat RUGI BESAR”

  14. Kak Hajar says:

    Salam
    Akak pernah bertanya pada diri apakah yang aku percaya sebenarnya? adakah aqidah yang aku faham itu yang benar-benar betul (the really real truth)? kalau orang tanya aku kenapa aku yakin dengan kebenaran Islam, bagaimana aku nak jawab?
    soalan-soalan ini datang menghantui diri setelah akak mula menjinakkan diri dengan philosophy. Alhamdulillah, dengan belajar philosophy akak mula bertanya dan mencari jawaban kepada soalan-soalan akak. akak tanya ustaz, dr dlm bidang syariah, dan baca banyak buku. jawaban yang diberi ramai ustaz sangat mengecewakan akak jadi akak cari jawaban sendiri dengan niat mencari The TRUTH. kalau orang bukan Islam boleh jumpa kebenaran hanya dengan membaca dan mengkaji sendiri, kenapa tidak akak. Allah akan beri apa yang kita minta.
    Sekarang ni akak pula cuba mendidik anak-anak untuk memberi penjelasan atas apa yang mereka katakan. jika mereka kata God is One, akak tanya balik, what do you mean God is One and why do you say that. this is not to challenge their beliefs just to make them aware of their own beliefs and can defend their beliefs when being confronted by other agama. This program is ongoing, contact me at 6196 5327 for more info.

  15. SyukraNs says:

    Assalamualaikum wrh bkth,
    Sungguh ana selalu mengikuti penulisan Ustaz Hasrizal,sangat mendalam dan bermakna..membuka minda..
    Memang banyak di kalangan umat Islam hanyalah theorically sahaja,tp praktically nya sangat kurang.termasulah diri ana.
    Pernah ana ikut kuliah yg Di sampaikan Al Fadhili Ustaz Zulkifli Ismail,Beliau berkata dlm kita ingin menyucikan diri kita,bukanlah hanya belajar tasawuf semata2,tapi mempraktikkannya dgn pelbagai kerja amal.Spt yang diamalkan Al Fadhil Ustaz Dato’ Nik Aziz Nik Mat untuk merasa rendah diri,beliau mencuci tandas di malam hari.
    Begitu juga dgn gerakan dakwah kita skrg,jika dibandingkan dgn gerakan dakyah,kerja amal kita sangat kurang.Ini telah ditegaskan oleh Sohibus SaMahah As Syahid Imam Hassan Al Bana.
    Semoga sama2 kita teruskan perjuangan Agama.InsyaALLAH.

  16. amri says:

    Pelik gak ustaz ,FAO tu pendokong Islam Liberal, dia suka pandangan mcm Parida Faouzia Charfi (yang tak bertudung ), Cak Nur, Abdul Rahman Wahid dll dan aliran fikrah mcm Aminah wadood, puak-puak nih membawa aliran rasionalisme dengan ana tak menafikan keperluan akal untuk berfikir dan memikir. Ok sebagai contoh kenapa perempuan uzur (haid )tak perlu ganti solat tapi puasa ramadhan kena ganti, adakah kita perlu cari rasional kenapa Allah suruh muslimat ganti puasa, kalau ikut akal solat lagi utama, kenapa ????????????????????? Adakah kita perlu fikir kenapa kenapa kenapa, sedangkan benda yang dah qatie , dengar dan patuh aje lah. Sewajarnya akal dan rasional dipandu oleh AlQuran dan Hadis(sunnah), kejayaan para sahabat Nabi adalah kerana dengar dan patuh dengan Islam dan ada ruang menggunakan akal fikiran dan rasional yang dibenarkan dalam bab yang tidak qatie, mcm isu menggali khandak, mengkacukan bunga kurma dan lain-lain. Sahabat nak keluarkan pendapat pun tanya Rasulululah adakah yang nabi putuskan itu Wahyu Allah atau hanya pandangan Rasululullah. Ada had dan sempadan nya penggunaan akal dan rasional, adakah sebab menggunakan akal Prof . Farida tak pakai tudung-rimas, panas, jumud, kuno -itu kata akal dan rasionalisme.
    Allahu a’lam

  17. amri says:

    Ustaz,
    Komen ana
    Kenapa perlu berhutang dan takut dikejar oleh pemungut hutang
    Kalau kemampuan kita naik basikal, beli lerr basikal yang gi beli kereta import sape suruh, kalau mampu pakai kapcai, pakai lerr kapcai, itulah masalahnya ummah di akhir zaman nih hubbul mal, hubbul riasah dan mcm-mcm lagi kecintaan mereka kpd dunia, termasuk lerr ana nih. Barule tenang bila zikrullah kalau tak ade hutang, jgn di ikut pepatah orang perak, bio pape asei bergaye, kelak “merane” ,ate teman orang Parit.

  18. amri says:

    Mungkin, selepas sekian lama berusrah, anak didik saya ini akan terkhayal dengan bahan-bahan diskusi yang ditelaah mereka dan mula berlagak sebagai “intelektual muda” dengan istilah-istilah ganjil dan “moden” untuk menakut-nakutkan sasaran sembang mereka. Tetapi, lebih baiklah berlagak dengan gaya ini daripada tidak sedar diri menjual kalimah-kalimah orang Arab, sesekali memetik al-Quran atau hadis, yang sudah basi dan tidak relevan dengan zaman dan geografi kita!
    http://usrah2007.blogspot.com/2007/04/ada-apa-dengan-usrah.html

    petikan dari laman web FAO, adakah Quran dan Hadis dah basi Ustaz, kenapa tak dipanaskan dengan microwave

  19. cidos says:

    saudara amri, kiasan basi dan microwave tu sgt menarik :)
    Cuma ustaz barangkali sememangnya hanya bersetuju dengan sebahagian pandangan saudara FAO. Barangkali kurang wajar untuk mendiskusikan wacana beliau di laman rumah ustaz hasrizal. Itu yg saya tanya pada no 11, apakah langkah bermula yg sewajarnya dalam membawa anjakan paradigma…supaya nampak lebih umum.

  20. saifulislam says:

    assalamualaikum wbt. hari ni sangat memenatkan. keluar rumah pukul 7:30 pagi. sekarang baru sampai rumah. dah jam 1:30 pagi. 3 sesi ceramah, satu tentang NILAI dan implikasinya kepada profesyen perubatan… utk kakitangan wad kecemasan HUKM. lepas tu berkejar ke KLIA… kecemerlangan menerusi perubahan sikap.. utk staf pusat kesihatan KLIA. berkejar balik ke rumah, selisih ngan encik amri kita, di KL Transit. Terima kasih tegur ana. solat maghrib, salam2 ngan anak isteri, ala-ala touch and go, terus berkejar ke hulu langat utk simposium, tajuk aqidah dan kesannya dalam kehidupan mukmin.

    gementar hati ana meninggalkan saifulislam.com dalam keadaan artikel terkininya adalah bab ni.

    ana hadkan persetujuan ana kepada tulisan FAO pada artikel yg ana sertakan sahaja. yg lain, ana tak follow sangat, so its not fair for me to give any opinion. jika apa yang disebut itu benar, benarlah ia, walaupun datang dari orang yang umumnya kita tak setuju.

    tadi ana gertak peserta, datangkan sebab kenapa kamu nak kenal Allah. bukan sebab yang kamu pernah baca, tapi sebab yang kamu rasa…

    menarik sesi tadi, sampai basah seluruh baju dan seluar ana berpeluh2 menyampaikan ceramah. rasa nak pitam pun ada. tapi di sepanjang 3 sesi hari ini… i grap what i said, bukan slogan, tapi keyakinan. keyakinan datang dari soal, fikir dan jawab.

    nantilah ana komen ye. tak larat. esok 8:30 am another session, dan 11:30 another session. lepas zohor, izinkan diriku tidur seketika, jangan tak bangun sudah…

  21. amri says:

    he he Ana InsyaAllah faham pendirian Ustaz dalam isu ini, he he saja nak bagi “panas” sikit perbincangan nih, mule nak tegur dah Ustaz Abu Saif kita nih, tapi tgk lain sikit sebab “sihat” sikit dari gambar yang dok ada dalam laman web, tapi perati tengok dan nampak tali smart card tu ada chop UIA, sah lerr Abu Saif he he,entah lerr Ustaz semenjak dua menjak ana pun makin sihat.

    patut pun nampak mcm exhausted jerr Ustaz kita masa jumpa kat Stesen ERL Bandar Tasik Selatan, gitulah hebatnya perjuangan Abu Saif dalam berdakwah, InsyaAllah Allah permudahkan urusan anta dan famili.

  22. amri says:

    Encik Cidos,
    anjakan paradigma tu ikut acuan mana celupan Allah atau celupan Karl marx, lenin, Nurcholis majid, gus dur atau sape lagi, ana setuju jika ditambah nilai dengan ilmu-ilmu alat seperti pengurusan, sains , teknologi dan sebagainya sebab itu semua pun Ilmu Islam. Asasnya dah baik, mungkin pada marhalah pertama kita maintain kurikulum yang ada untuk pengukuhan ilmu ,akidah dan keyakinan. Pada marhalah kedua baru masuk perkara yang saya sebutkan tadi. Bebudak tadika kalau kita terus ajar bab di atas tanpa melalui marhalah ABC, mengeja dan membaca serta mengira, tak tau lah saya nak jadi apa. Rujuk ceramah abu saif pasal sibghatullah.

  23. Kak Ija says:

    Salam semua,
    Akak rasa pengunjung tetap saifulislam.com ni sudah @ perlu ada asas yang kukuh, itu sebabnya bila soal bertoleransi dengan isu bersanding ustaz tidak gemar bila isu hukum bersanding dibincangkan.
    Ustaz juga mahu artikel2nya dijadikan bahan muhasabah diri dan asas untuk kita seterusnya memainkan peranan. Seboleh-bolehnya setiap cerita tidak dikaitkan dengan individu hatta diri ustaz sendiri.
    Komen2 yg diutarakan sebenarnya adalah penerangan terpeinci yang ustaz tidak lakukan agar kita terus menyoal, berfikir dan menjawab(soal,fikir & jawab SFJ). Akak menghargai segala kerisauan pengunjung kerana takut ada orang yang terkeliru. Kalau sumber sahih pun tak semesti betul. Penilaian masih di atas diri kita.
    Contohnya, ustaz banyak refer kepada 7 Habit of Highly Effective People by Stephen R Covey dengan harapan tsaqafah pendakwah dah beres. Sebenarnya isu akhlak pendakwah juga telah banyak diterangkan di sana-sini dalam pelbagai kitab penulis Islam tapi ustaz mengambil pendekatan tidak mengambil dari kitab2 tersebut. Pengunjung saifulislam.com rata2nya dah power bab ini.
    Jadi kesimpulan untuk artikel ini adalah apa2 yang kita tahu dari ilmu Allah perlu proses SFJ. Langkah ini hendaklah dibuat sebagai monolog bukan dialog kerana tujuannya memantapkan keyakinan kita, bukan untuk menggugahkan keyakinan orang lain, Dan pastinya kita perlu menggalakkan circle of influence kita untuk berSFJ juga agar keyakinan mereka juga bertambah kukuh.
    Sekiranya kita sentiasa mahu memastikan setiap individu mempunyai asas Aqidah dan Ibadah yang kukuh, dikhuatiri setiap kuliah, tazkirah dan ceramah sentiasa berkisar kepada rukun Iman dan rukun Islam yang ternyata masyarakat masih gagal mengaplikasikan dalam kehidupan.

  24. Kak Ija says:

    Sampai bilakah kita mahu menganggap masyarakat di tahap tadika sehingga kuliah maghrib kekurangan pendengar. Kalau isunya yang itu2 juga. Kalau tiang lampu dalam masjid boleh bergerak mereka juga akan lari kebosanan. Akak bercakap dari pengalaman bercakap dengan anak akak yang berusia 9 tahun yang bersekolah di sekolah agama.
    Terima kasih kepada ustaz yang menyuluh jalan untuk mendekati mereka yang berpetahuan agama Islam tapi lemah untuk menjiwai akhlak Rasulullah.

  25. Ustaz menulis begini: Jika kelakuan anda dalam kehidupan menunjukkan kepada adanya Dia, maka yakinlah anda. Jika tidak”¦ anda sebenarnya baru tahu”¦ tetapi BELUM YAKIN.

    Maka anda belum beriman, selagi anda belum mempersoalkan iman anda itu.. dengan kritis.

    Teman2 khususnya di Jalan Telawi, dan saya, percaya beriman itu suatu proses pencarian dan penerokaan (akal, ruh, diri); bukan warisan biologi dan juga bukan warisan pengetahuan. Iman menjadi persoalan dan pergelutan “peribadi”, dalam diri, tersembunyi dan halus kerana ia bersifat mujarad (abstrak) dan subjektif.

    Di bahagian inilah memungkinkan — agak saya — Ustaz bersetuju dengan beberapa idea saya dalam artikel tersebut. Saya tidak menjangka dia bersetuju semua (seluruhnya) dengan artikel tersebut.

    Sekali lagi, pada telahan saya, artikel saya tersebut mencetuskan suatu renungan baru di dalam diri Ustaz; khususnya persoalan menghalusi keyakinan (iman) diri kita dalam hubungannya dengan pengetahuan yang kita kumpul.

    Iman tidak boleh melekat di dalam diri tanpa ilmu; tetapi … ilmu tidak akan mencetuskan iman jika kita tidak menyemak kembali ilmu tersebut, termasuk menyoal semula sejumlah pengetahuan yang kita kumpul.

    Proses menyemak pengetahuan tersebut dipanggil “berfikir secara kritis” atau disebut autocritic atau “kritik diri”. Boleh juga dipanggil “muhasabah” tetapi bukan penilaian kembali dosa-pahala dan amalam kita. Namun, penilaian kembali pengetahuan kita yang menjadikan kita “kenal” atau “faham” (bukan sekadar “tahu”) bahawa Allah itu tuhan di dalam diri kita.

    Kalau tidak salah saya (minta Ustaz betulkan), satu hadis Qudsi menyebut: “Aku seperti mana hamba-hambaku sangkakan tentang Diri-Ku”. Ertinya setiap orang “memandang” (melalui akal) Tuhan masing-masing mengikut kadar kemampuan pengetahuannya.

    Jadi, kalau kita susun semula kata-kata ini dan maksudnya dalam bahasa bersastera (literary) dan bukan harfiah (literal): Setiap orang ada Tuhan masing-masing!

    Dan … pada hemat saya, itulah yang disebut “iman” yang mengawal diri.

    Ada pun selebihnya, ia disebut “kesedaran palsu” (dalam wacana pemikir Marxist) atau bagi saya, “fiction” atau cereka — ia tidak benar dan tidak berjejak di alam nyata tetapi dirasa-rasakan (dalam logika diri) seakan-akan “benar”.

    Contohnya mudah. Bandingkan satu keratan berita (akhbar) dengan sebuah cerpen. Kedua-duanya karangan tetapi berita berasaskan fakta, namun cerpen hanyalah rekaan. Tetapi seperti juga berita, cerpen itu memenuhi logiknya sendiri (internal logics) sehingga ia kelihatan seakan-akan hakikat yang nyata.

    Contoh lain, filem dokumentari (katakan tentang ular) dengan filem Hollywood (katakan tentang cinta sepasang kekasih). Sekali imbas, filem Hollywood ini seakan-akan benar, sama nyatanya dengan dokumentari tetapi pada batinnya suatu gubahan yang direka!

    Iman boleh jadi sebuah berita atau dokumentari; dan boleh jadi juga cerpen dan filem Hollywood. Semuanya itu tergantung pada proses kita menggali, jungkir-balik kata orang Indonesia, pengetahuan kita secara kritis sehingga ia bertukar “faham” (bukan “syak” atau “wahn”) yang bermakna di dalam diri.

    Di sini, menurut tafsiran Karl Popper tentang “interactionism”, jasad (atau alam benda) telah menyebati dengan alam mujarad (pengetahuan). Di sini, pengetahuan atau imaginasi menjadi sebahagian daripada tubuh.

    Dan di sinilah jawapan (teori) tentang hubungan antara ilmu, iman dan amal.

  26. Teman2 semua, jangan panik! Artikel saya yang dirujuk Ustaz itu niat dan isinya ringkas sahaja: Selain al-Quran (termasuk hadis mutawatir), semuanya boleh dipertikaikan! Sebab tarafnya jatuh pada “ilmu terbitan” atau derivative.

    Al-Qur’an menjadi Wahyu apabila ia turun dari Allah kepada Muhammad.

    Tetapi … sewaktu kita membaca al-Qur’an, kefahaman yang tersimpan itu bukan wahyu! Yang kita faham itu hanyalah pengetahuan kita … tetapi disebut ilmu yang bersumberkan wahyu (revealed knowledge). Tetapi kefahaman kita (tentang al-Qur’an) bersifat “terbitan”, bukan asli sebagaimana aslinya al-Qur’an.

    Ilmu kita tidak mungkin sama dengan wahyu, iman kita tidak mungkin sama dengan wahyu, pendapat ulama (termasuk pendapat para sahabah) tidak mungkin sama tarafnya dengan wahyu. Semuanya ini “disandarkan” atau bersandarkan pada wahyu.

    Sebab itu, Wahyu dikhususkan untuk akal Nabi; sementara ilmu langsung dari Allah (mengatasi akal rasional dan logika lazim) disebut “ilmu laduni” atau “firasat orang beriman” atau “ilham”. Dalam kajian falsafah, akan ini disebut “intellectus” atau akal tinggi; sementara akal rasional-logikal itu dipanggil “ratio”.

    Wallahu a’lam.

  27. ummunaili says:

    Saya agak keliru dengan keseluruhan maksud artikel ini. Mungkin kejahilan menghasilkan kekeliruan, tapi saya tidak segan untuk bertanya.

    1. “Alah benar saya, untuk menyebut secara mudah, “ingat Allah hati tenang”. Memang benar, ia kenyataan al-Quran. Tetapi anda ujilah sendiri. Semasa dikejar peminta hutang, cuba zikir Subhanallah 100X, anda sendiri tenang atau tidak? Maka jangan cakap sahaja”¦ terjemahkan ia ke bahasa yang praktikal. Zikir bagaimana yang dimaksudkan. Tenang bagaimana yang dihasilkan”¦”

    Kenapa ustaz “alah” untuk menyebut “ingat Allah hati tenang” secara mudah ? Saya kurang faham. Memang itu janji Allah, maka apa yang nak di alahkan. Malah patut disebarkan. Apa yang nak diuji ? Memang itu janji Allah. Berzikir sajelah, Kalau tidak dpt ketenangan itu, maka tentu ada sesuatu yang kita buat silap, maka muhasabahlah diri dan berusahalah supaya amal soleh sampai keperingkat yang lebih tinggi.

    2. “Firman Allah dan Sabda Nabi S.A.W memang sentiasa benar. Saya meyakininya 100%, dengan kepuasan akal dan hati pada meyakininya. Tetapi jika maksud kenyataan itu ialah, asalkan didatangkan ayat al-Quran dan Hadith Sahih, maka sahihlah sesuatu pendapat”¦ ada kebingungan di situ”

    Tidak faham maksud ustaz antara ayat kedua dan ketiga. Sangat mengelirukan. Apakah yang dibingungkan ?

    Terasa gundah gulana membaca artikel ini. Benarkan iman datang cuma dari ilmu ? Salahkah kita kalau beriman dan meyakini membuta tuli pada janji2 Allah dalam Al-Quran ?

  28. saifulislam says:

    Saya baru balik dari dua slot presentation. Amat meletihkan. Tapi terasa tak kena untuk tidak memberikan response. Apatah lagi, menerima kunjungan hormat saudara Fathi sendiri… Terima kasih, saya amat menghargainya.

    Umumnya, sesi yang menyentak diri saya berlaku pada second half 2006 apabila saya mengambil course Modern History of Europe dan Rise and Fall of Civilization. Ia mengubah persepsi saya terhadap Eropah, yang dalam bahasa laymen saya, “iaitu suatu perjalanan sekumpulan manusia mencari Tuhan” selepas krisis keyakinan yang teruk di era gelapnya. Jika kebanyakan orang baca sejarah eropah dengan rasa marah, prejudis, mengutuk mereka, khususnya kerana terbitnya ism2 yang dilabel anti Tuhan dan lawan Islam, tetapi sepanjang 6 bulan saya bersedih kerana ‘tersentuh’ melihat betapa rumitnya Tuhan dicari, kerana agama sudah korup. Apa yang saudara Fathi tulis, selaras dengan apa yang saya rasa dan lihat… kerana itu saya menyetujuinya.

    Namun saya lontarkan persepsi baru saya terhadap Eropah, terhadap nama-nama seperti Rene Discarte, Kant, Adam Smith dll, hatta Charles Darwin, dengan bahasa “mengajak bersama” kerana hasil pengalaman sendiri, saya tahu bahawa TIDAK MUDAH untuk keluar dari kepompong pemikiran biasa, kepada dimensi baru ini.

    Dan apa yang Eropah alami, itulah yang sedang dialami oleh masyarakat kita dalam beragama. Beberapa artikel sudah pun saya tulis dalam mengungkapkan hal ini. Paling utama adalah “Menjahilkan Diri Terhadap Musuh” dan dua tiga artikel lain.

    Dengan mengkaji Sejarah Eropah di era Enlightenment, saya dapat melihat bukan orang lain, tetapi diri sendiri dan masyarakat sendiri di dalamnya. Sebagaimana Eropah berkrisis dalam beragama, saya perlu iyakan bahawa krisis yang sama sedang dialami oleh society kita.

    Nak tulis panjang2 lagi, tapi amat keletihan dan perlukan rehat seketika. Sudah 5 sesi saya berceramah dalam tempoh 24 jam. Yang sering saya soalkan kepada audience, “apa yang dianggukkan tu?” kerana terngiang-ngiang isu “muntahan otak” oleh Fathi.

    Cuma akhi Fathi, pendekatan kita mungkin lain sikit. Agaknya kerana audience kita berbeza.

    Saya sedaya upaya cuba convert apa yang saya fikir kepada seringkas-ringkas bahasa agar seramai mungkin dapat memahaminya. Akibatnya, saya terpaksa menulis dengan bahasa yang sedikit tumpul, demi meraikan bahawa nak tak nak, “inilah masyarakatku”. maka kitalah yang kena bijak memahamkan mereka, dan tidak sekadar mengeluh apabila idea kita tidak difahami. im saying this in a very positive way… sincerely thanks for the visit. teruskan ziarah… cuma artikel saya pelbagai genre :) maybe ada yang kurang menarik utk seorang seperti FAO.

  29. saifulislam says:

    susah sikit saya nak response kepada kerisauan ummunaili. macam mana ye…

    izinkan saya ulas begini…. apabila saya syarahkan ala bizikrillahi tathmainnul quloob, saya tidak berkata kepada audience saya, sebutlah Allahu Akbar untuk rasa kebesaran Allah. Saya tak boleh cakap secara simplistik begitu kerana hakikatnya menyebut Allahu Akbar adalah sangat berbeza dari merasakan kebesaran Allah.

    Macam cinta. Kita sebut I love you banyak kali supaya cinta, atau kita rasa dulu cintanya baru sebut I love you? Adakah dengan menyebut I love you, perasaan cinta itu datang?

    So, jika kita ingat Allah tak tenang, bukan salah ayat Quran, tapi cara kita paham ayat tu yang salah. Kita sangka zikir yang menenangkan itu ialah dengan sekadar menyebutnya.

    Zikir itu harus zikir pada qaul dengan berkata Allah Maha Besar, pada perbuatan, dengan melakukan perkara yang membesarkan Allah i.e mengkerdilkan diri di hadapan-Nya, dan zikir pada qalbi, dengan merasakan Besarnya Allah dengan cara merasakan lemahnya diri.

    ZIKIR juga tidak cukup jika hanya zikir, tanpa FIKIR. ZIKIR adalah menterjemahkan mesej Allah pada ayat-ayat-Nya yang dibaca, FIKIR pula adalah menterjemahkan mesej Allah pada ayat-ayat-Nya yang diperhatikan… ia merenung alam dan melihat Siapa di sebaliknya … dengan mendalam.

    Itu sebagai contoh usaha saya untuk tidak sekadar quote dari Quran bahawa zikir menenangkan hati, sedangkan saya tidak bantu audience bagaimanakah mempraktikkan zikir yang menenangkan hati itu…

    So apabila ummunaili sebut “Memang itu janji Allah. Berzikir sajelah, Kalau tidak dpt ketenangan itu, maka tentu ada sesuatu yang kita buat silap, maka muhasabahlah diri dan berusahalah supaya amal soleh sampai ke peringkat yang lebih tinggi“, maka saya kena tanya, perkataan SILAP tu silap yang macam mana? MUHASABAH tu, muhasabah macam mana dan nak muhasabah tang mana? PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI tu, peringkat tinggi yang macam mana? Tinggi mana? Lebih tinggi dari apa? Inilah maksud saya, memperincikan terma… ke bahasa yang betul-betul jelas maksud dan maknanya.

    Tentang isu kedua, statement saya itu MESTI dibaca bersama artikel “saya sahih sebab rujukan saya sahih” kerana ia diperincikan di sana.

    Initially. Al-Quran adalah satu perkara, dan “apa yang saya faham tentang al-Quran” pula adalah satu perkara lain. Jika saya bentangkan “apa yang saya faham tentang al-Quran”, lalu saya claim “apa yang saya faham tentang al-Quran” itu sahih sebab al-Quran sahih… maka ada missing link di situ.

    Tak semestinya bila kita rujuk al-Quran, cara kita merujuk tu betul. Dan apabila cara merujuk tidak betul, tentu sahaja kefahaman kita tentang al-Quran pun boleh jadi tak betul. Kena bezakan al-Quran, dengan tafsir al-Quran. Kena bezakan hadith, dengan syarah hadith. Sahih Bukhari himpunan hadith sahih. Syarah-syarahnya seperti Fathu Bari tidak menumpang darjat sahih sesahih Sahih al-Bukhari.

    Can anyone help me? That’s the simplest explanation I can give..

  30. Setuju, ustaz! Setuju sekali jika kita melihat Eropah di ambang Pencerahan sebagai sejarah “perjalanan sekumpulan manusia mencari Tuhan”. Di puncaknya memang Pencerahan — tentunya dengan segala beban berat pergelutan idea (sehingga terasa kesannya hingga kini, termasuk gerakan counter-Enlightenment atau kini post-modernism).

    Newton atau Descartes itu [menjelang abad ke-18 Eropah] memang manusia alim yang sarat dengan pergulatan mencari dan membuktikan ketuhanan.

    Saya juga bersetuju, bahasa harus disesuaikan dengan khalayaknya. Tidak, tidak menjadi masalah soal “menarik” atau tidak, tumpul atau tidak artikel2 ustaz.

    Soalnya, sesuatu itu harus disampaikan dengan jujur, ikhlas dan tawadhu’. Saya senang dengan sifat2 begini berbanding sikap “arrogance” dengan iman atas andaian “kita lebih suci” kerana kita di atas jalan yang benar; sementara orang lain (yang berbeza pandangan) dianggap kurang benar, separuh benar, palsu atau sesat.

    Sebagai penulis kolum dan wartawan, pengalaman mengajar saya agar banyak bersabar dengan reaksi pembaca. Dan, tidak mudah melatah apabila berdepan dengan provokasi — atas apa sebab sekali pun. Bagi saya, lebih mudah kita mengaku jahil dan menjelaskan kejahilan kita (yakni maksud kenapa kita berfikiran begini atau begitu) daripada mempertahankan kelemahan diri kita.

    Saya, banyak waktunya, menulis dengan motif provokasi. Jadi, wartawan seperti saya, mungkin sesuai berfungsi sebagai “ejen provokasi” :) Ustaz mungkin tidak sesuai dengan kaedah ini. Harus banyak “membelai” khalayak (dan tentunya dengan warna-warni ragam mereka). Kaedah belaian banyak juga faedahnya. Mungkin lebih banyak kesan positif berbanding provokasi.

    Terserah kepada golongan agamawan, aktivis dakwah untuk menjelaskan sesuatu dengan berhemah, berhikmat. Kadang-kadang anak2 muda (mungkin juga saya sendiri) “melatah” dengan sesuatu isu, topik dan tokoh sehingga lemah daya analisanya.

    Tetapi, pokoknya, saya fikir kita harus tenang dan adil. Dan berlaku adillah … walaupun kepada musuh….

    Ya-lah, saya tidak bebankan kelemahan umat semuanya pada ulama, gerakan Islam, usrah dan geng dakwah — dengan kesedaran bahawa faktor hidup di negara kita ini (siapa pun orangnya!) akan mudah dikelirukan oleh kejahilan. Ustaz beruntung belajar Peradaban secara sistematik. Kami belajar sendiri-sendiri, berdiskusi, dengan intensif.

    Cuma, untungnya, sewaktu di kampus dulu sempatlah juga saya mempelajari Sejarah dan Falsafah Sains Islam, maka itulah dasar ilmu saya dalam persoalan ini. Saya memang minat epistemologi. Jadi, buku Karl Popper itu, “Knowledge and the Body-Mind Problem: In Defence of Interaction” benar-benar dapat menjelaskan apa yang selama ini gagal dijelaskan dalam sesi2 usrah, ulama (maksud saya, di Malaysia) dan juga ahli akademik kita.

    Saya sekarang (secara sambilan) sedang melihat persoalan pemikiran, otak (brain) dan hubungan antara alam abstrak dengan alam tubuh. Misalnya buku “Consilience: The Unity of Knowledge” karangan profesor Edward O. Wilson menambahkan lagi keyakinan saya tentang hal-hal dasar yang kita pelajari tentang Tuhan.

    Dengan kata lain, saya lebih mudah diyakinkan bahawa Tuhan itu wujud daripada hujah sosiologi yang pro-materialist yang menyatakan sebaliknya (Tuhan itu dicipta). Saya fikir (setakat ini) seseorang yang bersandarkan pada faham materialisme (satu lagi produk pemikiran era Pencerahan), seperti aliran Marxisme kemudiannya, sebetulnya gagal menegakkan hujahnya dengan penemuan2 teori dan perspektif sains hari ini. Saya fikir, setakat yang saya tahu.

    Memang, dalam kajian budaya, media, sastera dan falsafah (akhir-akhir ini), manusia sejagat sedang diasak oleh arus relativisme dan skepticisme sehingga menafikan seolah-olah hakikat (essence atau essentialism) segala sesuatu sudah tidak ada lagi! Misalnya perdebatan tentang “identiti” atau “jati diri”, apakah boleh ustaz diyakinkan bahawa semuanya itu “social construct”?

    Apakah ustaz pernah meneliti karya Hairuddin Harun “Weltanschauung Melayu dalam Era Teknologi Informasi:
    Komputer menjadi Teras atau Punca Tewasnya Pemikiran Tradisional Melayu?” Topik yang sangat mencabar kita untuk memecahkan permasalahan ini.

    Ini pautannya: http://www.chass.utoronto.ca/epc/srb/cyber/har1mal.html

    Jika kita berkesempatan, mungkin kita boleh duduk2 minum. Terima kasih. Dan kepada pembaca, maaf atas kekasaran dan kekurangan adab. Salam. faomar@yahoo.com

  31. ummunaili says:

    terimakasih kerana response. mungkin saya tidak mendengar nada, maka tafsiran saya terhadap tulisan ustaz jadi keliru. atau mungkin tahap perbincangan ini tidak sesuai untuk saya. jazakumullah.

  32. Mutiara Hati says:

    Seronok..
    Kena baca perlahan-lahan baru faham…

    Zikir Hati itu adalah asas kepada zikir qauly dan zikirfikli

    tksh sahabat semua
    :-)

  33. saiful says:

    Saya pohon kepada ustaz agar bahasa yg ringan digunakan dlm artikel yg berat2 seperti ini di masa2 akan datang.Agar nelayan perahu kecil seperti saya dapat memahaminya.

  34. khadiijah says:

    mungkin nak cube kasi kisah yang boleh sedikit menterjemahkan topik yang dibicarakan.

    Sependatang asing dari negara jiran mendapat berita sakit tenat sang ibunda di kampung halaman, lalu bergegas ke KLIA mencari peluang untuk melihat buat terakhirkalinya, tiba disana sang masih dalam keadaan menunggu (waiting list). Ketika di saat-saat terakhir sang pendatang ini pergi ke surau dan solat sunat, eh ternyata ketika dia sedang solat itu petugas mencarinya untuk memenuhi kekosongan yang ada, sayangnya kegagalan sang pendatang tadi menghadirkan diri tepat waktu menggagalkan usahanya untuk melihat ibunda buat terakhirkalinya. Pada keadaan seperti ini, siapakah yang salah? solatkah?

    Bukan tidak percaya pada takdir tapi sekedar bermuhasabah…

  35. amri says:

    Imam Al Ghazali sendiri dok studi falsafah dan ada menulis kitab kelemahan falsafah, tak ingat nama kitab berkenaan, sebab nak lawan hujjah falsafah maka ulama pun karang kitab tauhid untuk counter falsafah,maka lahirlah pemahaman tauhid mcm sifat 20,ikut keperluan zaman,tapi adakah cukup dengan sifat 20 jerr. Kisah seorang china yang convert Islam- Ustaz X ajar Wujud itu ada, lawan nya tiada, dia pun sambil berjalan dok menghafal sifat 20 tuh, Allah itu ada, lawan-lawan tiada, dia pun berkata talak guna masuk Islam , Allah talak kuat lawan-lawan tiada.

  36. alhikam says:

    semoga ustaz sentiasa cergas . .

    Dalam tahap2 iman nie memang ada perbezaan .. tapi kepercayaan tetap sama . Kadang2 ada orang yg akalnya memestikan ia memikir dan mengkaji untuk menambahkan keyakinannya ; Ada yang yakin tanpa memerlukan kajian dan pemikiran yang mendalam .

    Janganlah kita memandang rendah terhadap cara orang lain mempelajari tauhid ini . Ada orang yang mudah baginya dengan cara A
    ada yang mudah baginya dengan cara B dan seterusnya . Ada orang belaja sifat 20 ..ada orang belajar falsafah .. ada orang x perlu semua nie .. jadi apa salahnya . Kita sendiri sepatutnya tahu apa yang kita perlukan .

    tidak semua orang boleh menggunakan satu cara yang sama . Yang pentingnya kepercayaan itulah yang sama . Allah itu Maha Esa . Kalau zaman para salafussaleh tiada perlunya kepada falsafah dan pengkajian . Datangnya zaman al-ghazali bersama2 dengan teori dan falsafah yang mengelirukan . Maka wujudlah cara2 yang berteraskan falsafah tetapi masih lagi untuk mencapai kerpercayaan yang sama . Kemudian datangnya zaman sains dan teknologi spt sekarang yang memungkinkan kita menguatkan keimanan melalui kajian dan carian .

    Ana bersetuju dengan ustaz … untuk mencari ketenangan bukannya semudah menyebut zikrullah sahaja . Tetapi seluruh penghidupan kita mestilah mengikut sepenuhnya tatacara Islam . Mana boleh ” masa kerja ikut nafsu .. yang haram pun menjadi halal masa tu zikrullah pun x ingat .. bila susah gelisah ..baru nak zikrullah . Jadi , apakah ketenangan akan datang ?

  37. raIhaN says:

    hmmm….
    masalah iman..
    “perbaiki la iman kamu dgn memperbanyakkan ucapan lailahaillaullah”..
    tapi saya tak pandai nak berucap ttg lailahaillaullah??
    nak belajar bercakap ttg lailahaillaullah??di situ perlu ada pengorbanan masa,harta,emosi dan kemudian baru la anda rasa ada peningkatan iman dlm diri insyallah..
    mana saya tahu?
    sebab saya ahli yg insyallah istiqomah dlm kerja dakwah..
    wallahualam..

  38. aye says:

    kita kena ‘mahu’ kerana ‘perlu’ untuk ‘tahu’ bagi ‘YAKIN’….
    caranya macam mane??? tanya diri, kenali diri….
    :-)

  39. niza says:

    Assalamualaikum ustaz. saya nak bertanya, kalau antara ibu dengan anak, anak wajib mentaati dan menghormati ibunya, tetapi bagaimanakah pula dengan seorang menantu. Adakah dosa dengan ibu sama degan dosa dengan ibu mertua?
    Wassalam

  40. azwina says:

    selalunya ustaz tak jawab soalan yang silap parking ni, niza. salah entry

  41. niza says:

    azwina nak parking kat mana ye. kita ni orang baru kat sini. cetek ilmu lagi.

  42. saifulislam says:

    please don’t.

    i had already responded to that @ http://saifulislam.com/?p=540#comment-2900

    Such a waste of everything….

  43. musnazdotnet says:

    sesuatu ayat dan nasihat yang baik elok je diulang-ulang…. :)