Kecelaruan Prasangka Yang Tidak Kena Masa

On 13/01/2009, in Cabaran Islam, by Abu Saif | 5,527 views | Print Print | Email Email |

Manusia melihat apa yang dia mahu lihat dan siapa dirinya menentukan bagaimana dia melihat.

Benar sekali ungkapan di atas, berkaitan dengan persepsi dan paradigma pemikiran seseorang dalam menilai sesuatu.

Apabila di kepala kita sudah ada idea tertentu, kita terperangkap dengan idea itu semasa menyusuli perkara-perkara lain yang dibaca, didengar dan diperhati. Pre conceived idea seperti ini mempengaruhi cara kita memahami sesuatu, hingga boleh menghalang diri dari memproses dengan betul apa sahaja yang dibaca, biar sejelas mana sekali pun sesuatu perbincangan dipaparkan.

Masakan tidak, artikel saya tentang pengIslaman seorang Irish bernama Michael, boleh difahami oleh sekumpulan pembaca atau pendengar kepada nukilan pembaca, bahawa Ustaz Hasrizal telah mengIslamkan Michael Jackson! Suatu keajaiban di era siber hari ini.

PALESTIN

Penyakit yang sama (jika boleh didefinisikan sebagai penyakit) turut menimpa diskusi pandangan saya berkaitan dengan isu Palestin. Sebagaimana seluruh peta fikiran yang berada di benak hati dan fikiran saya pergi kepada melihat punca masalah adalah pada soal manusia, maka begitu jugalah dengan isu Palestin. Biar pun saya senaraikan tiga peringkat tindakan yang boleh kita sama-sama usahakan untuk memberikan reaksi terhadap tragedi di bumi Palestin, hanya satu sahaja tindakan yang saya anggap sebagai langkah paling optimum, bersesuaian dengan kehendak Islam… iaitu tindakan MENGUBAH MANUSIA.

Firman Allah SWT:

13_11

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang dialami oleh sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka” [al-Ra'd 13: 11]

Ayat ini menegaskan bahawa perubahan hanya akan berlaku apabila kita bertindak mengubah faktor manusia. Artikel Palestin: Antara Ilusi dan Realiti merupakan artikel yang paling menjurus kepada isu ini, bahawa sesungguhnya apa yang sedang berlaku di bumi Palestin adalah bicara Allah kepada seluruh umat Islam sejagat untuk mereka cermin diri dan melihat dalam sebelum menjenguk ke luar. Palestin mengajak kita kembali kepada ketulenan Islam, adalah kesimpulan yang menutup khutbah Jumaat saya yang lalu. Suatu seruan yang juga mengajak kita untuk melakukan perubahan ke atas faktor manusia.

Ubah manusia itu juga bukan ubah muka, warna rambut atau ubah warna mata. Ubah manusia itu adalah mengubah unsur utama yang membentuk tindakan manusia iaitu NAFSU, AKAL dan HATI manusia. Muslim realiti adalah Muslim yang unsur-unsur itu tunduk kepada Allah. Nafsunya berhijrah dari ammarah kepada lawwamah. Dari lawwamah kepada mulhamah dan mulhamah menuju nafsu mutmainnah. Akal Muslim pula adalah akal yang meluruskan cara berfikir mengikut susur galur Syariatullah dan Sunnatullah. Hati Muslim pula bermula dengan sekeping qalbun salim dalam kembara mengenal Allah, dan berakhir dengan kepulangan qalbun salim di hujung kembara pulang kepada Allah. Hati yang bersih dari syirik dan segala kecelaan yang sudah tergaris jelas dalam panduan wahyu petunjuk dari Allah, Pemilik hati yang sebenar-benarnya.

DEMONSTRASI

Ada pun tindakan demonstrasi dan melakukan kecaman, saya bukanlah seorang manusia yang berfikiran sinis untuk terus menolaknya. Jauh sekali untuk bersetuju dengan fatwa segelintir ahli ilmu seperti Sheikh Soleh bin Muhammad Al Luhaidan yang melihatnya sebagai fasad dan ifsad di muka bumi. Demonstrasi dan kecaman besar-besaran sejak sekian lama tidak mengubah apa-apa terhadap nasib umat Islam di bumi Palestin. Tetapi ia lebih kepada menimbulkan kesan kepada diri kita. Agar ada kepedulian, dan ada momentum untuk memikul tindakan-tindakan yang selanjutnya.

Demonstrasi… biar sebesar mana pun perlaksanaannya, ia lebih menjurus kepada untuk kita, bukannya untuk saudara kita di bumi Isra’.

Hal ini sudah amat jelas saya nyatakan di hampir kesemua tulisan saya berkaitan dengan tragedi Palestin.

BOIKOT

Begitu juga dengan tindakan boikot sebagai cegahan.

Memang benar, sehebat mana pun penerimaan masyarakat kita terhadap isu boikot, hasilnya masih jauh dari keupayaan untuk menggugat ekonomi Amerika Syarikat. Tetapi sekurang-kurangnya ia kembali kepada prinsip untuk menjustifikasikan pendirian dan kecenderungan kita kepada kezaliman.

Firman Allah SWT:

11_113

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan menyambar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu sama sekali tidak akan ditolong” [Hud 11: 113]

Sufyan al-Thauri ditanya oleh seorang tukang jahit, apakah pekerjaannya sebagai tukang jahit pakaian untuk pemerintah yang zalim itu, menjadikan dirinya sebagai sebahagian daripada golongan yang cenderung kepada orang-orang zalim, seperti yang tersebut di dalam surah Hud itu? Sufyan al-Thauri menjawab, “tidak! Sesungguhnya engkau adalah dari kalangan manusia-manusia yang zalim. Golongan yang cenderung kepada manusia-manusia yang zalim adalah mereka yang menjual jarum dan benang kepada kamu!”

Itu sensitiviti seorang Tabi’in terhadap ruang lingkup kecenderungan manusia kepada kaum yang zalim.

Justeru, mencegah diri dari menyumbang kepada pengukuhan ekonomi kaum yang zalim, adalah justifikasi minima kepada mengapa boikot ada tempatnya di dalam reaksi kita terhadap tragedi di bumi Palestin. Besar atau kecil, statistik diperlukan untuk menghimpunkan kesan. Tetapi apa yang pasti, menolak produk yang ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ milik kaum yang zalim, adalah suatu proses Tarbiyah ke atas diri kita… yang sedang berada di jalan pulang kepada asolah Islam.

Maka sebagai pendakwah, saya tidak akan sewenang-wenangnya menyindir tindakan boikot dengan hujah-hujah apologetik yang jengkel.

SERUAN SEBENAR

Tetapi akhirnya, seruan saya buat diri sendiri dan seluruh pembaca blog, juga hadirin ke kuliah-kuliah saya adalah seruan kepada membetulkan diri. Membetulkan pemikiran, kepercayaan, amalan dan tindakan kita agar Yahudi tulen dan Nasrani tulen yang sedang rakus menzalimi sesama manusia itu, bisa ditundukkan oleh Muslim tulen yang didamba. Berulang-ulang kali, itulah seruannya.

Tetapi mata dan telinga, lebih cepat menangkap perkataan panas dan sensasi bernama BOIKOT, berbanding TARBIYAH PENDIDIKAN. Lalu penyokong fanatik idea boikot (kelompokan jua akhirnya), mengangkat saya sebagai penyokong tegar idea boikot. Manakala golongan yang sinis atau menolak total idea boikot juga menyenaraikan saya dalam penolakan mereka.

MELERET-LERET

Dan ketika kita sedang menyeru manusia untuk jinak kembali kepada Islam, tidak perlulah diheret polemik-polemik meleret yang tidak pernah selesai tentang konsep-konsep, manhaj dan metodologi antara salaf dan khalaf kerana isu Palestin ini seharusnya sudah bisa menyedarkan kita bahawa Muslim mesti bertindak melangkaui kelompokan, sama ada kelompokan itu bernama hizbiyyah, mahu pun manhajiyyah, biar apa pun labelnya.

42_13

“Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya” [al-Shoora 42: 13]

Malah semalam, kuliah Maghrib di Surau al-Naim, sudah sampai ke peringkat memperkatakan tentang fatwa ganjil al-Marhum Sheikh Nasir al-Din al-Albani semasa hidupnya yang memfatwakan bahawa penduduk Palestin, Selatan Lebanon dan Bukit Golan agar keluar meninggalkan bumi itu! Alasannya ialah bumi itu sudah menjadi bumi Kuffar dan tidak harus bagi kaum Muslimin untuk bermastautin di bumi Kuffar.

Jika mahu diangkuh-angkuhkan soal manhaj, bagaimanakah sikap kita terhadap fatwa sejanggal ini?

Apakah mahu ‘disembelih’ seorang ilmuan besar yang telah pergi itu?

Dengan sekelumit ilmu dan segenggam jiwa sebagai seorang dai’, permintaan saya semalam hanyalah dua perkara. Untuk mengkritik beliau, biarlah kritikan itu juga datang dari seorang ilmuan. Andai Sheikh al-Buthi menggelar Sheikh al-Albani sebagai pseudo-sheikh (al-Sheikh al-Masybuh) di dalam kitabnya al-Jihaad Kayfa Nafhamunu wa Kayfa Numarisuhu, biarlah ia diungkapkan oleh sahib al-Kitab yang juga seorang ulama’.

Jangan pula kita yang tidak layak menjadi tali kasut ulama’ ini celupar sama mahu mencaci cela mereka. Jangan al-naaqid adna min al-manqood iaitu yang mengkritik lebih rendah dari yang dikritik.

Peganglah lisan dari mencaci cela. Sekurang-kurangnya kita berbaik sangka dengan asas bahawa para Ulama’ juga adalah manusia. Makhluk yang boleh jadi celaru kerana dimamah usia. Namun nyanyuk orang biasa mungkin makan tahi sendiri. Tetapi nyanyuk ulama’ boleh berlaku dalam bentuk kecelaruan periwayatan, atau munculnya pandangan-pandangan yang janggal pada peringkat usia tertentu.

Justeru, kembalilah kepada usul terpenting dalam menangani tragedi Palestin… betulkan diri, kembalilah kepada ketulenan Islam.

Yang berdemo, yang berdoa, yang berqunut, yang memboikot, yang berceramah, jangan lupa bertanya soalan, “apa khabar nafsu, akal dan hati kamu?”

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Kecelaruan Istilah Yang Mengundang Susah “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan (kepada Muhammad) :...
  2. Kejayaan Yang Tidak Begitu Diraikan Alhamdulillah, saya telah menerima keputusan peperiksaan untuk semester dua yang...
  3. Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini “Saya susah hati,” kata Nasir. “Kenapa?” saya menoleh ke arahnya....
  4. Ipoh: Seri yang Hilang Tidak Berganti “Yeaaaa… balik kampung!” anak-anak saya menjerit kegembiraan. Tiada yang lebih...
  5. Ramadhan: Separuh Masa Kedua Piala Taqwa “Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu...

 

58 Responses to “Kecelaruan Prasangka Yang Tidak Kena Masa”

  1. Amin Ahmad says:

    Setuju ya ustaz.

    Cuma dalam hal method, saya rasa khilaf yang berlaku tidak harus diheret sebagai masalah prinsip yang tidak boleh dirunding.

    Saya fikir tiga kaedah kita menzahirkan bantahan terhadap kezaliman di Palestin sudah jelas. Cuma dari hal boikot, saya fikir kita perlu balik kepada asas pandangan ustaz yang saya faham sebagai “tidak menambah kekuatan penzalim” atau “meringankan beban golongan yang dizalim”. Ciri asas ini boleh jadi sangat luwes walaupun jelas ia sebenarnya berprinsip.

    Zalim tetap zalim walau siapa pun pelakunya. Saya rasa dengan penegasan penolakan kezaliman, kita dapat tonjolkan ciri Islam yang lebih inklusif berbanding menyempitkan skop kepada isu Islam vs Zionis. Pada hari ini juga telah jelas penentangan terhadap kezaliman ini di banyak belahan dunia tak mengira agama dan bangsa. Dengan meluruskan mesej kita, ia berpotensi menjadi serampang dua mata – bantahan dan dakwah sekaligus.

    • Salinda says:

      saudara amin,

      dalam hal palestin ini sekiranya anda tidak mengatakan putih anda akan dianggap sebagai hitam, sekiranya anda tidak mengatakan hitam anda adalah putih. tiada kelabu di antara kedua-duanya melainkan majoriti umat islam mampu membezakan antara emosi dan rasional.

      • Amin Ahmad says:

        @Salinda, Saya tolak kezaliman. Rakyat Palestin memang dizalimi. Tindakan Hamas berlindung di tempat awam juga saya tidak setuju.

        Ya, kita orang jauh boleh tawarkan macam-macam cara untuk tunjuk sikap. Tapi apa tawaran kita untuk selesaikan masalah di sana?

        Saya cenderung kepada two states solution. Jika one state solution mahu diambil, namakan saja ia apapun dan hiduplah mereka dengan kedaulatan undang-undang. Pokoknya aman.

        Saya kadang-kadang terfikir, apakah ‘kepercayaan sebahagian Yahudi’ tentang tanah yang dijanjikan ini adalah satu bentuk keimanan sebagaimana kita orang Islam percaya wajibnya tegak hukum Allah?

        Dan selanjutnya, adakah ini yang mendorong mereka menganggap perbuatan mereka sebagai satu ‘jihad’ (dari kepercayaan mereka)?

        Saya hanya nampak kezaliman nyata ini sebagai jahat.

        • alqasam says:

          @Amin Ahmad,

          Saudara,

          Setuju. Cuma ingin menekankan dua aspek yang pasti sampai bila pun dipinggirkan zionis yang ana yakin saudara juga memahaminya.

          1) Media: Mempercayai Hamas berlindung di tempat awam? Tidak sejengkal itu pemikiran Hamas. Boleh baca banyak analisa penulis barat malah.

          2) Sejarah: Jika sekalipun, puak zionis berjuang atas dasar tanah yang dijanjikan (The Promis Land) atau pembinaan haikal sulaiman, jika mereka berjuang atas dasar itu sekalipun, perjuangan mereka tidak tepat berdasarkan fakta sejarah dan kemanusian. Kerana jika dikatakan itu jihad mereka, tetap salah kerana jihad mereka bukan berdiri atas ‘maqasid syariah’ atau maslahah, keadilan sejagat seperti kita yang punya maqasid syariah. Contohnya: Jika mereka ingin berpegang kepada tanah yang dijanjikan, dan berjuang bermatian dan meminggirkan semua suara, mereka tetap salah kerana fakta sejarah yang tidak mungkin berubah. Mereka berada di Palestin selama 4kurun dan kita 12kurun. Itu belum pemecahan detail tentang asal usul kaum Israel tulen yang dijanjikan the promise land dalam kitab talmud mereka. Jika kita menilai dari fakta sejarah dan agama mereka sekalipun, maka mereka tidak berhak! Dan itu yang membezakan mazhab2 yahudi, ortodoks DAN kuasa politik iaitu zionis JUGA itu yang membuktikan mereka bukan kaum yang dijanjikan (boleh baca sejarah kaum yahudi dan pemecahan mereka kepada wilayah-wilayah di Selatan Rusia dan siapakah kaum yang dijanjikan itu menurut agama mereka).

          Allahua’lam.

          Allahua’lam.

          • ummualya says:

            @alqasam,

            terima kasih kerana rumusan mudah fakta sejarah ini..
            straight forward and I can explain to my rebellious and calculated son!

          • muslim says:

            jika begitu apa kaitannya dgn yahudi-yahudi yang tidak memusuhi Islam serta orang-orang amerika yang menentang kezaliman israel?

            Ini ke konsep sebenar keadilan dalam Islam yakni keadilan hanya untuk orang Islam semata-mata manakala orang bukan Islam ‘untukmu agamamu untukku agamaku’? matimu aku tidak peduli kerana kamu juga tidak mempedulikan kematian saudaraku? hmm…

            seperti adanya orang melayu yang tidak berpegang kepada ketuanan melayu dan DEB pastinya ada kaum yahudi dan warga amerika yang berjuang untuk memberi keadilan kepada palestin.

          • Amin Ahmad says:

            Terima kasih untuk saudara yang menjelaskan.

            Tentang Hamas, semoga mereka tidak menzalimi sesiapa dalam proses perjuangan mereka.

            Di sana ada pelajaran bahawa kita jangan terdorong dengan sentimen. Berlaku adil dalam keadaan marah atau tidak, kepada kawan dan lawan. Yahudi mana yang sdr nak maksudkan tidaklah saya berkuasa menentukan kerana selain kita terpecah 73 golongan, mereka juga berpencar-pencar…

            Saya tidak berada di tempat kejadian tetapi saya kekal mahu katakan kezaliman tertolak waima apa juga nama bangsa dan warna kulit mereka.

          • adi says:

            kaum yahudi memusuhi Islam kerana mereka merasakan islam memusuhi mereka. Kaum Islam pula memusuhi yahudi kerana curiga yahudi sentiasa ingin memusnahkan mereka. Dunia ini akan kiamat begitu sahaja di tangan manusia yang curiga. pening pening.

          • Ahmad says:

            @ummualya, dan lain2 diatas.

            Perihal yahudi adalah berkait rapat dengan Akidah.

            Jika yahudi yathrib(Madinah) digambarkan lebih kenal Nabi Muhammad (sejak sebelum lahir) dari anak mereka sendiri, tetapi apabila Nabi Muhammad hadir dikalangan mereka, mereka perangi orang yang dijanjikan Allah itu.

            Kita pula umat Islam telah dijanjikan kisah-kisah akhir zaman seperti perangai yahudi, yahudi tidak menepati janji, dajjal, kiamat, Islam akan menang dan mcm-mcm lagi. Adakah kita percaya janji Allah dan Rasul? Kita lebih teruk yahudi jika tidak percaya kerana yahudi pun percaya janji Allah, cuma bila dah tiba mereka kuffur.

          • adi says:

            @ummualya, orang melayu juga tidak menepati janji puan.

            sultan melayu pula berniat untuk membunuh laksamana yang setia dan rakyat kecil yang bijaksana.

            rasuah pula melata2..adakah kita layak untuk diperangi oleh masyarakat dunia?

  2. Ahmad Attaluki says:

    Salam akhi,

    Anta tau kedudukan profession ana. Boleh bagi pandangan berkenaan ‘supaya tidak menjadi pembuat baju orang zalim’.

  3. Refnaldy (musafir_82) says:

    Salam Ustaz,

    Ana setuju dengan pandangan ustaz. Dizaman sekarang ni, macam-boleh berlaku. Maklumat boleh disebar di hujung jari. Dan pemikiran pemberi maklumat juga terdiri daripada berbagai lapisan peringkat. Di alam maya ini juga mencemuh orang yang berilmu lebih hebat sehinggakan seorang orang awam yang tidak pernah mengaji ilmu juga boleh mencemuh seorang guru/ilmuan. Dan bagi ana yang Daif ni, eloklah berdiam diri sahaja kalu kita sedar kita tidak tahu. Tetapi di luar sana ramai yang Tak tahu sebenarnya mereka TIDAK TAHU.

    Satu lagi Ustaz, macam mana kalu orang yang bekerja di dalam syarikat terlibat ini? Adakah orang tu adalah zalim juga? (ana rasa ana salah sorang daripadanya, dan InsyaAllah bulan depan ana berhenti)

  4. alqasam says:

    Benar.

    Suka ana menyatakan tentang keperluan kepada tindakan isu palestin ini ada kedudukannya. Semenjak isu Palestin ini dibincangkan semula, ana berbincang dengan suami. Tidak ramai yang menyentuh tentang isu taqwa atau tarbiyah pendidikan. Sedang itu modal terbesar dan terpenting dalam mendepani pihak musuh dalam apa jua bentuk peperangan sejak dari zaman Nabi saw hingga sekarang. Kemudian datang tindakan seterusnya.

    1) Taqwa @ tarbiyah pendidikan
    a) Spirutual
    b) Pemikiran
    etc
    2) Doa dan yang seangkatan dengannya.
    3) Boikot dan jihad ekonomi. Perniagaan mengadakan produk muslim dan menyokongnya. Dll- i.e Penggunaan dinar dan sebagainya yang kita maklum tentang boikot.
    4) Seterusnya lain-lain tindakan dalam mendepani peperangan akhir zaman berbentuk ideologi dan muwajaha (peperangan berdepan).

    Semua punya peranan, dan lengkapi dan fahami kesemua tindakan perlu selaras dan menyeluruh.

    • alqasam says:

      Melihat isu Palestin sebagai isu kemanusiaan banyak manfaatnya, namun seperti yang kita dapat lihat ramai pula yang seakan meminggirkannya sebagai isu agama. Hingga kita seakan lupa keperluan terpenting dalam mendepani zionist dan kuncu-kuncunya.

      Semasa sedang marak kesedaran untuk menunjukkan penentangan kepada musuh-musuh Islam ini, seruan perbaiki taqwa dan menlengkapkan diri dengan ciri Mu’min jarang disebut. Sedang, bagaimana mahu menang jika kita hanya menyiapkan strategi luaran sedang dalaman bercempera! Itu syarat kemenangan pembinaan tamadun Islam yang kita maklum dari berabad kurun menurut sirah salaf. Ringkas, semua aspek perlu berjalan serentak. Dan keutamaan tidak menafikan peranan.

  5. HambaMu says:

    Salam.asif ust,btul us,kdang2 kta prasangka dlm bberapa isu dgn tanpa ilmu,tp us blh tnya skt,klu sangkaan itu hanya pngalaman tnpa ilmu,itu bgaimana?ataupun kdua2 pntg utk dktengahkn.syukran ust.

  6. mzul says:

    salam,

    sy setuju dgn pernyataann ustaz bhw perkara 2 yg kita buat itu adalah kembali kpd pengislahan diri kita.

    cuma, saya berpandangan demonstrasi yg berterusan ada kesan untuk, antara lain yg penting terutama di rantau arab, membuatkan pemimpin2 dinegara arab akan tunduk kpd kehendak demonstran.Atau pun pemerintah yg ada boleh digulingkan dan dgn itu, yahudi akan kehilangan negara pronya di rantau arab.

  7. Ummu2I says:

    Setuju dengan Abu Saif. Tanpa menolak perlunya demonstrasi (beradab), protes (juga beradab) dan boikot (secara menyeluruh) dalam menzahirkan kepedulian kita kepada nasib saudara-saudara kita di Palestin, kembali kepada Islam tetap merupakan faktor terbesar untuk mengembalikan kecemerlangan ummat Islam sejagat, bak mencantas lalang, tidak mencukupi dengan menebas bahagian yang tumbuh di atas tanah sahaja tetapi akarnya juga wajib dibuang!

  8. Wan says:

    Setuju dengan artikel ustaz. Untuk perkongsian maklumat di Palestin, sila rujuk pada website ini: http://www.palestine-info.co.uk/en/

  9. Ibnu Aiman says:

    Belajar untuk meng”limit”kan diri dalam berbicara.Kadang-kadang dengan ilmu seciput tanpa sedar melukai banyak orang. Bak kata satu iklan di TV “Serah pada yang pakar”…

    Ana tertarik dengan ulasan berkenaan boikot dan demontrasi dan cukup bersetuju mengenainya.Itu semua bukan untuk mereka tetapi KITA. Itu tanda kita bersaudara dengan mereka.Tanda kita peduli pada mereka.Tanda kita sayang pada mereka.Dan ana yakin insan yang berdemo dan boikot boleh menjadikan perbuatan mereka itu sandaran pahala dihadapan Allah kelak berbanding insan yang melihat ia sepintas lalu,duduk dihadapan TV dengan dengan mengeluarkan komentar ” wah,kesiannya”… “sedihnya” dan ia berlalu tanpa berbekas…

  10. hanekaseyo says:

    Assalamualaikum wbt,ustaz dan pembaca-pembaca yang budiman.

    Suka saya cuba mengeluarkan isi penting yang terkandung dalam artikel perbincangan ustaz di atas.
    1) Tarbiyah Pendidikan
    2) Modal Insaniah

    Ya benar sekali,usaha demi usaha wajar digembleng dengan lebih giat dan gigih untuk melahirkan sumber-sumber manusia sebagai modal insaniyah.Kecintaan pada sejarah kegemilangan islam juga seharusnya ditanam ke dalam jiwa anak-anak malaysia sejak dari usia yang lebih awal lagi.

    Isi penting yang dapat saya nyatakan diatas,jika digabung dan diaplikasikan dalam tindakan,sukacita saya ingin menyeru semua pihak berwajib,tanpa mengira fahaman dan perbezaan yang kecil ,sebaliknya inilah masa dan ketika untuk kita bersatu atas dasar perjuangan akidah dan kecaknaan kita pada saudara-saudara sedarah daging kita khususnya,di palestina.

    Gerakkanlah kesedaran ‘Palestina dekat di hati’ baik di kaca-kaca media tv,pengetahuan sejarah palestin di satu sudut akhbar hatta penerangan bergerak di sekolah-sekolah rendah dan menengah.Rakan-rakan aktivis di kampus-kampus,luangkanlah masa dengan beramah mesra dengan pihak PIBG sekolah,yang dalam pada waktu yang sama menganjurkan kempen ‘Kenali Palestin’ di sekolah-sekolah.Rakan-rakan pendidik,guru-guru;kalian pembentuk dan pencorak generasi muda untuk menjadi pemimpin di masa kelak.Kenalilah mereka dengan tayangan perdana berkenaan palestin,misalnya.Anak-anak dari usia sejak tadika juga,tidak berkecuali, sebaliknya sejak dari usia merekalah,sewajarnya pemantapan pada akidah wajar diusaha-samakan.

    Jika sewaktu di bangku sekolah dulu,bas kesihatan bergerak dapat diusahakan oleh kerajaan.Ketakutan pada penyakit HIV dan AIDS dikalangan anak watan menjadi punca pelbagai kegusaran dikalangan kementerian.Namun,dimana ketakutan kita jika anak-anak kita tidak tahu mengapa Palestina penting dalam diari islam? Ayuh rakyat malaysia,sedarkanlah semua peringkat dengan daya usaha yang dapat kamu usahakan.

    Semoga baja gaza dapat menyinari dan mengikis kelalaian anak-anak bangsa kita dengan kepedulian atas dasar iman dan taqwa.

    Selalu sekali,penulisan ustaz disudahi dengan pertanyaan yang dalam maksudnya.Suka saya bertanya diri sendiri berkali-kali ; “apa khabar nafsu, akal dan hatiku pada hari ini?”

    Jazakallah,ustaz.

  11. ummualya says:

    Ustaz dan pembaca sekelian,

    sangat benar, meyakitkan dan kenyataan yang sukar ditelan..
    kita masih sebahagian “buih” akhir zaman

    kerana punca masalah manusialah,
    OIC masih sekadar ooh i see
    Muslim berjubah bertasbih masih meminum coke dan berdisko di Dubai
    dan kita masih disini.. berbalah, nak boikot ke? nak pergi jihad?
    sangsi dengan ketelusan derma? demonstrasi?
    apa kata BUAT je mana mampu

    Nota: malangnya malam tadi saya juga TERLIHAT (tak sengaja untuk lebih 10 minit?) Golden Globe Award ditayang di Channel 5..(hedonisme?)

    tapi saya pohon,
    positiflah dan yakinlah pada Yang Esa,
    kesemua ketentuan ada dalam genggamanNYA
    kalau DIA mahu mengubahnya.. hanya sekelip mata
    apakah isyarat dariNYA ini? untuk kita berada di zaman ini, pada saat ini..?

    Intipati dari artikel ini..
    “Membetulkan pemikiran, kepercayaan, amalan dan tindakan kita agar Yahudi tulen dan Nasrani tulen yang sedang rakus menzalimi sesama manusia itu, bisa ditundukkan oleh Muslim tulen yang didamba”

    serasa berat sekali..

    Menjadi Muslim Tulen itu.. berada dalam “proses”nya sahaja, berada dalam kelompok yang ingin ke situ, (dengan jatuh bangunnya) dengan kesukarannya..
    apa lagi tujuannya, pencapaian matlamatnya dipenghujung..

    Mujur ALLAH SWT Maha Penyayang.. Maha Pengasih,
    Menguasai Langit dan Bumi..
    dan DIA melihat kita, menunggu-nunggu tindakan hambaNYA
    yang sebenarnya bukan bermanfaat PADA YANG ESA.. tapi pada diri kita
    DIA ALLAH SWT tidak memerlukan usaha dan ketaatan Muslim Tulen itu..
    KITAlah yang memerlukannya.. untuk bekal, untuk memberatkan timbangan kanan..

    Wallahualam
    -maaf kerana agak panjang dan terbawa-bawa

    • muslim says:

      saudari,

      kelemahan umat islam ialah strategi yang terlalu konvensional sambil menunggu ketibaan burung ababil untuk menjatuhkan batu-batu berapi bagi menghancurkan israel. Kita percayakan kuasa Allah namun usaha kita biarlah ‘adil’ dengan harapan yang kita dambakan.

      semua yang skeptik untuk berdemonstrasi dan boikot itu bukan kerana tidak sayangkan agama dan saudara seagama tetapi kerana umat Islam seharusnya boleh melakukan lebih hebat dari itu cuma akal dan minda tertutup oleh emosi dan sentimen.

      kemenangan ke atas Israel dan amerika secara rasionalnya tidak mungkin boleh dicapai dalam masa terdekat. Oleh itu rancanglah dengan teliti dan berstrategi kerana yahudi dan amerika menguasai dunia sekarang inipun bukan dengan cara spontaneous idea. Ya benar dalam tempoh kita dok sibuk-sibuk merancang beratus-ratus rakyat palestin terkorban namun, itu lebih baik daripada beribu-ribu lagi terkorban pada masa depan disebabkan kebodohan kita bersentimen.

  12. subhanallah. a good reminder to 10 rukun bai’ah spt yang dibentangkan oleh Imam Hasan al-Banna (nak tahu boleh google ye..:P)

    nombor 1 al fahmu, 2 al ikhlas…kemudian baru al ‘amal…dan seterusnya…

    jzkk ustadz!

  13. [...] well as his latest reminder…which i took as a reminder to rukun bai’ah (as presented by imam Hasan al [...]

  14. Zulhimi says:

    Allahu Akbar! Tepat sekali apa yang ustaz tulis di sini.

  15. orang awan says:

    …tidak perlulah diheret polemik-polemik meleret yang tidak pernah selesai tentang konsep-konsep, manhaj dan metodologi antara salaf dan khalaf kerana isu Palestin ini seharusnya sudah bisa menyedarkan kita bahawa Muslim mesti bertindak melangkaui kelompokan, sama ada kelompokan itu bernama hizbiyyah, mahu pun manhajiyyah, biar apa pun labelnya….

    saya amat bersetuju dgn pandangan ustaz…

    apapun saya lebih bersetuju sekiranya ‘konsep’ tersebut diperluaskan lg meliputi politik tanah air…biar tiada lagi istilah ‘masjid ko masjid ak’ dan sebagainya….

    sekadar pandangan….. ;)

    • crew says:

      @orang awan,
      saya rasa perkara yg paling utama yg patut di lakukan sekarang ini ialah mencari satu jalan bagaimana untuk menghentikan serangan membabibuta dari pihak israel yg pada pandangan saya pembunuhan/penyerangan secara rambang ini tidak mengenal siapa mangsanya. selagi mana kita masih lagi bertekak tentang masaalah palestine adakah masaalah setempat/terpencil atau masalah umat/global maka selagi itulah israel akan terus menghujani gaza dgn peluru-peluru kerete kebal, m16, dan f-16. hendaklah diingati sebenarnya apa yg berlaku sekarang ialah bukan satu peperangan dalam erti kata peperangan yg sebenarnya tapi ia adalah satu pembunuhan/pencerobohan/penindasan/holocaust/massacare kerana di satu pihak yg diserang itu tidak punya tentera (darat, laut, udara) yg berkelengkapan sementara di satu pihak lagi segala bentuk kelengkapan ketenteraan digunakan. maka tidak hairanlah dalam masa 18 hari, sudah lebihkurang 1000 terkorban dan 4000 tercedera di pihak Gaza/Hamas/Palestine sementara hanya lebih kurang 13 org sahaja terkorban/tercedera di pihak israel. dan majority yg terkorban adalah penduduk awam.

  16. ummimusa says:

    salam abu saif,

    i think you should have realized it by now that some if not most people will not understand or ‘digest’ something unless it is narrated in full detail. get what i mean? people’s minds are indeed as if clogged up with preconceived ideas and god knows what (i.e prejudice, etc—and this includes the da’ie activists, especially!). sometimes i resort to thinking that people are just unable to think, seriously.

  17. shah says:

    askm,

    sy setiap masa bertanya kpd diri. apa yg dapat sy lakukan utk menolong saudara kita di palestin?setelah boikot,solat hajat, menyeru kpd kawan2 agar peduli ttg palestin. setelah itu?

    Dan sy tiada jawapan langsung untuk itu….
    1. Adakah hanya itu shj kemampuan sy?
    2. Apakah yg tuhan mahu sy lakukan?

    • ummualya says:

      @shah,

      artikel di atas telah menyebutnya secara jelas..
      mulakanlah langkah untuk menjadi muslim tulen, hari ini juga
      setiap kita, (peringatan ini lebih untuk diri sendiri)

      samada anda pekerja, tuanpunya, bos
      samada anda pelajar, pensyarah, pekebun, pencuci tandas (saya pada setiap Isnin)
      bacalah artikel ini berkali-kali wahai adikku…anak-anakku..

      “apa khabar nafsu, akal dan hati kamu?”

      maaf zahir dan batin
      WALLAHU’ALAM

  18. Muhammad says:

    masyallah…

    tenang rasanya membaca post ni.

    Jazakallah Akhi,

    Barakallahufik,

    Abu Musa @ Shah Alam

  19. ameera says:

    Assalamualaikum,
    buat saudaraku yang membaca, bersama sentiasa tanyakan khabar dan tingkatkan kualiti NAFSU, AKAL dan HATI kita dengan BERSUNGGUH (MUJAHADAH)untuk menjadi MUKMIN SEBENAR. Berilah peringatan kepada saudara-saudara seakidah yang lain. jika bukan saat ini, BILA LAGI? jika bukan kita, SIAPA?

  20. shah says:

    askm,

    terima kasih atas nasihat.

    minta maaf sy kurang ilmu dan iman semestinya. Ttg pertanyaan “apa khabar nafsu,akal dan hati kamu?”. Minta pencerahan…Minta maaf sekali lagi,mungkin sy tidak nampak sumbangan sy secara langsung.Saya selalu bertanya kpd ustaz dan juga para narqib,”apa yg saya mampu buat?”. Mereka sering menasihatkan sy supaya solat hajat. Dan apabila sy bersolat hajat setiap malam.”terdetik pertanyaan,apa sbnrnya tuhan mahu sy lakukan?”

  21. [...] -> Membetulkan diri (baca sebabnya di sini) [...]

  22. izzah says:

    Bukan kecelaruan yang tidak kena masa, tetapi prioriti sasaran kebangkitan ummah dan TERTEGAKNYA KHILAFAH mesti menjadi agenda pertama dakwah.

    berterus teranglah kepada umat….
    jelaskan hala tuju perubahan dan realiti itu…iaitu ketegakkan sebuah KHILAFAH.
    sampaikanlah….

    seandainya hanya akal, nafsu dan hati terpeduli, tetapi aturan hidup masyarakat dan penyelewengan Penguasa dan sistem buatan manusia bermaharajalela (tanpa mengikut akidah dan sistem Islam), bagaimana mungkin manusia yang punya akal, nafsu dan hati berubah dan bangkit?
    mungkin hanya bangkit sekitar peringkat individu sahaja???

    SATU-SATUNYA cara menyelamatkan Gaza dan bumi Palestine dan menyelesaikan keseluruhan permasalahn umat Islam yang dizalimi ialah

    MENGGERAKKAN TENTERA MUSLIM UNTUK MEMERANGI KAUM KUFFAR ZIONIS

    hanya dengan kekuatan ketenteraan sahaja mampu melumpuhkan penindasan ini. fizikal lawannya fizikal.

    Para penguasa boneka yang bersemayam di istana2 kerajaan: bangunlah kalian dan bukalah mata melihat tumpahan darah umat muslimin di Gaza, keluarkanlah perintahmu untuk mennerakkan kekuatan tentera ke Gaza, untuk apa kekuasaanmu jika tidak untuk melindungi umat Islam. Janganlah terus-terusan mengkhianati Allah dan Rasul. Cukuplah segala penghgubalan undang-undang buatan sendiri selama ini.

    Para tentera Muslimin: Kalian telah dilatih dan terlatih. Peralatan kalian buklan untuk hiasan. Bukalah mata bangkitlah dan bertindaklah demi saudara kta di Gaza. Perjuangan apakah yang kamu tunggu hai tentera2 Malaysia, hai tentera seluruh dunia…inilah panggilan Jihad.

    wahai para agamawan yang dihormati lagi disegani:
    Berhentilah memberi ulasan bicara yang yang tidak memberi erti kepada jiwa dan kebangkitan. mulakan susunan bicaramu dengan meniupkan tsaqafah Islam sebenar dan prioriti pertama umat iaitu MENEGAKKAN KHILAFAH. hanya dengan Khilafah, menyatukan umat, memberi perlindungan kepada umat dan menjadi ‘ibu’ dimana setiap umat bernaung. hanya dengan kekuatan Khilafah, umat akan jadi yang terbaik.
    Ajarkan umat tentang urgensi Khilafah dan seperti sabda Nabi Khilafah akan kembali…bukakan minda umat tentang apa itu Daulah Islam, mengapa kita jatuh dan akhirnya kita akan bangkit jua.
    hanya dengan Khilafah, Islam akan diterapkan di setiap penjuru aspek kehidupan. pemerintahan, ekonomi, pendidikan, urusan keselamatan semuanya akan berjalan dalam aturan yang disyariatkan-Nya.

    wahai insan yang berpengaruh…
    dengarlah…pemboikotan tidak akan memberikan apa2 kesan utk memberhentikan kesombongan Israel sedikit pun, dan tidak mampu menghentikan pembunuhan ke atas umat islam. Nyawa dan titisan airmata saudara kita hanya mampu kita jawab dengan ‘boikot’ sahaja?? alangkah lemahnya pemikiran kita…sudah berapa kali siri pemboikotan dijalankan, apakah kesannya?? tidak ada..

    hanya dengan bergeraknya tentera dengan mengikuti perintah Allah dan Rasul, inilah sahaja jln bg menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin. bukan boikot.

    ayuh mari kita menyeru penguasa dan pemerintah (yg sedang tidur)dan para tentera agar bersegera meraih salah satu antara 2: Menang atau Syahid.

    “perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dgn tangan2 kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati2 kaum mukmini”

    • akma says:

      @izzah,

      salam..

      saya rasa untuk masa ni, usaha memboikot dan Pembentukan Negara Khilafah harus berjalan seiring..

      membentuk diri menjadi mukmin sejati dan usaha Pembentukan Negara Khilafah harus jua berjalan seiringan..

      idea boikot bukan sampah..boikotlah hedonisme!=)

    • Abu Saif says:

      @izzah, sokongan padu kepada khilafah. saya menyetujuinya

      yang membentuk khilafah adalah manusia.

      yang membentuk sistem juga manusia.

      yang kempen popularisasi manusia juga manusia.

      any idea macam mana nak didik hati manusia dan akal fikirannya untuk membentuk khilafah. first and foremost, macam mana nak handle nafsu pendukung-pendukung khilafah ni?

      TEPAT dan JELAS, masih satu cabaran buat semua

      • orang awan says:

        @Abu Saif, saya setuju…
        ..antaranya kembali kepada Al-Quran dan sunnah…
        dan …”…tidak perlulah diheret polemik-polemik meleret yang tidak pernah selesai tentang konsep-konsep, manhaj dan metodologi antara salaf dan khalaf kerana isu Palestin ini seharusnya sudah bisa menyedarkan kita bahawa Muslim mesti bertindak melangkaui kelompokan, sama ada kelompokan itu bernama hizbiyyah, mahu pun manhajiyyah, biar apa pun labelnya”….

      • izzah says:

        sokongan padu kepada khilafah. saya menyetujuinya

        yang membentuk khilafah adalah manusia.

        yang membentuk sistem juga manusia.

        yang kempen popularisasi manusia juga manusia.

        any idea macam mana nak didik hati manusia dan akal fikirannya untuk membentuk khilafah. first and foremost, macam mana nak handle nafsu pendukung-pendukung khilafah ni?

        TEPAT dan JELAS, masih satu cabaran buat semua

        Wahai saudaraku,
        Khilafah itu adalah suatu Institusi kepimpinan yang akan mengurusi masyarakat Islam dengan Syariat Allah Dan Rasul, yang akan menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelosok dunia sebagaimana daulah Islam terdahulu. Yang akan menjadi payung untuk umat Islam merasai teduhnya kehidupan Islam sebenar, para penguasa akan mengurusi keperluan umat dan masyarakat mempunyai perasaan, pemikiran dan sisitem yang satu.
        Tanpa Kekhilafahan, umat Islam melemah dan mulai hilang pedoman (sekarang ini) bak buih di lautan. Seorg bayi lahir dalam kejahilan dan org tua renta mati pun dalam kejahilan. maksudnya…serba serbi kita jauh dari memahami tsaqafah Islam dan mengetahui pemikiran2 Islam.

        Hanya para ustaz dan agamawan yang popular menjadi bahan rujukan dewasa kini..(most people), sebab itulah wahai insan yang berpengaruh…. mulakanlah dengan didikan Islam sebenar.
        Kerana saya memandang persoalan nafsu akal dan hati hanyalah sampingan. Akidah yang benar akan menjawab ketiga2 persoalan ini.

        wahai pembaca….
        Islam telah menyimpulkan dalam akidah bahawa Iman itu adalah keyakinan dalam hati yang terpancar dalam seluruh aspek perbuatan.
        apabila perbuatan dan cara berbuat sesuatu tidak diketahui, besar kemungkinan akan lari drp jalan syariat Allah.
        Bagaimana mungkin utk mengetahui jalan syariat allah itu jika tidak mengetahui tsaqafah dan pemikiran Islam.
        Kerana manusia berhubung sebelum kehidupan dan sesudah kehidupan….

        Didiklah dengan akidah Islam
        Terangilah dengan Tsaqafah Islam
        Benturlah segala pemikiran bukan Islami dengan pemikiran Islami
        Semarakkanlah tujuan dakwah untuk KETEGAKKAN KHILAFAH (kerana ia akan menjawab segala permasalahan individu, masy dunia akhirat)
        Sebarkanlah….

        sebelum terlupa:
        Lupakah anda bahawa membentuk Khalifah itu tidak memerlukan popilarisasi. Rasulullah dengan sekelompok kecil sahabat tegar berhijrah dan dapat membentuk daulah Islam. Dengan dukungan Kaum anshar baginda berjaya membina Khilafah.
        Kekhilafahan bukan sesuatu yang jauh, dan bukan suatu yang fantasi.
        Ia adalah JANJI ALLAH. tidak memerlukan popularisasi, hanya perlukan umat yang MEMAHAMI ISLAM.

        Yang membentuk sistem bukan manusia.
        Manusia tidak layak membentuk sistem (Lihatlah sistem buatan manusia skrg, apa jadi??) Dalam Daulah Islam, Khalifah dan badan pemerintah hanya menerapkan HUKUM-HUKUM ALLAH DAN RASULNYA, dalam mengurusi kepentingan rakyatnya. Tidak perlu merekacipta seperti peranann Parlimen hari ini.
        sebab itulah umat mesti diajar bagaimana Sistem Islam, Pemerintahan Islam, Daulah sistem, Sistem pergaulan, landasan Berfikir Islam dsb.

        Kalau Tidak…bahaya.

        • @izzah,
          ada idea siapa yang benar2 layak represent ‘sistem’ agung yang Allah dah tetapkan untuk manusia atas muka bumi ni???

          sebab selagi takde orang nak represent, tiada siapa yang akan se’izzah’ enti, ana atau orang2 lain yang faham kenapa hanya khilafah sahaja yang mampu make this world a better place. nobody would be convinced. no change will take place.

          apa yang cuba enti bawakan bagi ana cukup bersemangat dan menggetarkan jiwa (kalau boleh disebut begitu..hehe) tapi tak jelas…bak kata ustadz…

          apa yang jelas? bagi saya, ianya ialah- bahawa soal hati, akal dan nafsu SETIAP penegak salaam atas muka bumi ni bukan soal sampingan macam yang enti sebutkan.

          masakan sampingan?hati itu kan nakhoda kita?

          masakan boleh dimulakan ajaran Islam yang sebenar yang kita nak gam gajahkan dalam jiwa semua orang ni kalau host nya, iaitu hati, akal dan nafsu tak ikhlas, faham dan tunduk?

      • orang awan says:

        @Abu Saif, Setuju…
        Matlamatnya mestilah menegakkan Khalifah….bukan menegakkan mana-mana parti politik…

        • Pak Din says:

          Soalan asas Ustaz adalah sangat jelas ” macam mana nak didik hati manusia dan akal fikirannya untuk membentuk khilafah. first and foremost, macam mana nak handle nafsu pendukung-pendukung khilafah ni?” kepada saranan membena sistem khalifah.

          Kejayaan khalifah pada awalnya bukan kerana sistem khalifah, tetapi kerana sikap pendukung. Di akhir sistem khalifat juga manyak masaalah, dan kalau dilihat dari 22 negara Liga Arab (negara-negara Islam) semuanya adalah ala-khalifah pada tersuratnya, tetapi tidak pada tersiratnya.

          Seperti kata MUNIRAH “sebab selagi takde orang nak represent, tiada siapa yang akan se’izzah’ enti, ana atau orang2 lain yang faham kenapa hanya khilafah sahaja yang mampu make this world a better place. nobody would be convinced. no change will take place.”

          Khalifah modern, iaitu sistem ala demokrasi yang dwi-parti (penyokong dan pembangkang) adalah selaras dengan nilai Islam mencari keputusan terbaik dari mesyuarah dua bahagian. Kalau dibiarkan satu kuasa, lama kelamaan ia akan menyalah-gunakan kuasa.

          Isunya adalah kata-sepakat dari mesyuarah itu yang paling penting setelah mengambilkira asas sikap insaniah (mengawal nafsu). Bincangkan habis-habis (berasaskan AQ dan Sunnah) dan tiada pahat berbunyi selepas rumah siap. Ini yang dimaksudkan dengan penerapan nilai Islam dalam kepimpinan.

          • orang awan says:

            @Pak Din, saya tidak bermaksud menolak siasah, malah jika saya diberi pilihan pastinya saya akan memilih pemimpin yang berilmu, berakhlak, pandai membezakan antara aurat dan sebagainya…tp apakah dengan menerima siasah maka kita boleh menghalalkan buruk sangka, caci maki, kutuk mengutuk, fitnah dan sebagai terhadap orang yang tidak sealiran dengan kita…sehingga ulama sendiri pun digelar dengan berbagai-bagai gelaran semata-mata tidak sependapat dengan kita dalam bab siasah…berapa banyak hari ini fitnah/khabar angin disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab/berkepentingan semata-mata mahu menjatuhkan lawan masing-masing…perbincangan isu pun sepatutnya adil menjadi tidak adil kerana dosa lawan sahaja yang nampak…politik hari ini pada saya tidak lebih dari memecahbelahkan orang islam itu sendiri….”iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan, setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka”….
            seperti yang saya kata sebelum ini…dakwah ialah menyeru manusia membezakan antara yang benar dan yang salah, bukan menyeru manusia masuk mana-mana parti politik/kumpulan….kalau mereka sudah pandai membezakan antara benar dan salah, aurat dan bukan aurat, finah dan kebenaran, emosi dengan akal…xkanlah mereka nak memilih pemimpin yang tidak mempunyai pegangan agama semasa pilihanraya…

          • Pak Din says:

            @orang awan, Wow! … bernas sungguh cadangan yang dikemukakan oleh saudara, belum pernah saya terjumpa dengan cadangan semurni yang dikemukakan. syabas orang awam. Kalaulah ada simple majoriti (51%) orang awam seperti orang awam, sudah pasti, walau sistem apa yang dipilih, samada khalifah atau yang lainnya, sudah pasti kepimpinan itu akan berjaya. Apatah lagi kalau ada 2/3 majoriti orang awam yang bersikap demikian. Sudah pasti pemimpin yang buruk perangainya tidak terpilih menjadi pemimpin.

            Kecatatan pimpinan hari ini, malangnya, bukan disebabkan pemimpin yang kotor, atau sistem siasah yang kotor, tetapi, samada kita sedar atau tidak, adalah kerana yang memilihnya yang suka bermain kotor. Apabila pemilih memilih, secara sedar atau tidak, pemimpin yang kurang bersih, maka jadilah kepimpinan itu menjadi kurang bersih. Sebab itu soalan dasar Ustaz ialah “macam mana nak didik hati manusia dan akal fikirannya untuk membentuk khilafah?”

          • orang awan says:

            @Pak Din, “macam mana nak didik hati manusia dan akal fikirannya untuk membentuk khilafah?”…

            Pada saya..

            Ia bermula dengan sikap dan cara fikir kita dan pengikut kita semua…

            cadangan saya…..
            pertama sekali jangan sekali-kali ‘mensohihkan’ semua dalam Harakah dan mendhoifkan semua dalam akhbar kerajaan…supaya kita tidak terus ‘rugi’ dengan bercakap tentang khabar angin, dan menyebar fitnah..
            kedua…
            bezakan antara politik dengan dakwah…jadikan islam sebagai matlamat dan bukannya politik sebagai matlamat (tidak perlu menukar pemimpin untuk berdakwah ,pemimpin untuk dinasihati, bukannya dikritik @dicari@disebar kesalahan pemimpin, namun apabila diberi pilihan barulah memilih pemimpin yang lebih baik samada dari parti x,y,z)
            ketiga…
            Memujilah pemimpin tatkala mereka melakukan kebaikan untuk menunjukkan kita menghormati mereka@ sesiapa sahaja yg melakukan kebaikan, dan juga supaya pemimpin tidak dilihat hanya melakukan dosa pada pandangan kita dan pengikut kita……..

            dan juga terus menerus bersangka baik kepada ‘kawan’ mahupun ‘lawan’…mengenai ikhlas @tidak biarlah mereka dengan Allah s.w.t…

            …sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu diturunkan untuk menyempurnakan akhlak…

            sekadar pandangan yang boleh diterima dan ditolak….

          • Pak Din says:

            @orang awan, Alhamdullilah, Saya perlu kata sabas selkali lagi atas idea yang bernas. Kita punya cara fikir yang berpotensi diserasikan bagi mencapai matlamat sinergi bersama, kearah memahami bentuk kepimpinan yang ideal dan menjejeki bumi (realiti). Saya tertarik dengan sumbang saran yang dikemukakan, terutamanya menjadikan Islam sebagai matlamat dan bukan politik. Ibaratnya ialah menjadikan kesempurnaan dalam kehidupan dan bukan kerja mencari wang sebagai matlamat kehidupan. Wang adalah alat tetapi sempurna adalah matlamat.

            Cuma, pada kiraan saya, politik atau siasah itu adalah kepimpinan, sebagaimana katanmaa khalifah itu adalah tentang kepimpinan. Dan manusia diberikan akal tidak lain untuk dijadikan khalifah memimpin kehidupan ke arah kesempurnaan. Satu subset kepimpinan adalah sudah pasti menyampaikan atau dakwah. Ia tidak boleh dipisah. Memimpin rumah tangga, contohnya, melibatkan dakwah sepenuh masa, sebenarnya, agar yang dipimpin selamat sebagaimana “Ku amfusikum wahlikum narrra”.

            Cantik sugguh saranan tidak melatah dengan kehadiran berita (samada dari pehak kerajaan atau pehak pembangkang) kerena “apabila datang sesuatu berita hendak kamu periksa dahulu kesohihannya”. Maka isi dan kulit perlu diterapkan, kulit yang datang bersama isi, selalunya berfungsi sebagai bungkusan. Kita perlukan isi tetapi jang lupa jasa kulit menyaluti isi semasa ia dalam perjalanan samai ke kita. Yang baik dari isi dijadikan telatan dan yang tidak jadikan sempadan. Pastiakn kita kenal betul-betul adakah kulit itu kulit? dan isi itu isi? Ia mungkin mengelirukan, tanpa ilmu.

            Saya pasti kalau nada dan irama ini yang kita teruskan, sudah pasti kita akan mencapai ke satu persimpangan yang sama. Walaupun berbaik sangka adalah digalakkan pada mulanya, samada lawan atau kawan, akhirnya sangka perlu ditukar dengan ilmu dan pengetahuan, kerana sangka itu asasnya adalah bukan ilmu, ia lebih kepada element perasaan, sedangkan ilmu sudah pasti tidak berkembang berdasarkan perasaan. Ilmu memerlukan element akal, alat paling canggih diberikan Allah untuk manusia menjadi khalifah yang berjaya di Dunia.

            Salam perkenalan.

  23. iskandar says:

    Salam ustaz. Berkenaan 3 elemen dalam diri setiap kita-aqal, hati dan nafsu itu yang perlu diubah dahulu. Saya bersetuju dengan pandangan ustaz. Ada orang yang hebat mengecam Israel dan US, tetapi di mulutnya masih menyedut sebatang rokok keluaran Yahudi. Kita membaca doa qunut nazilah, waktu yang sama kita masih menonton filem hollywood yang merupakan US centre of propaganda dan anak-anak kita masih dibiarkan bergelak ketawa dengan kartun Mickey Mouse, Tom and Jerry. Sesungguhnya, kita masih jauh dari ciri-ciri para mukmin yang berjaya sebagaimana dalam surah al-Mukminun

  24. seoranghamba says:

    kalau dah ada daulah pun,
    untuk mendapat kemenangan lawan US dan Zionist,
    tentera kita perlu dilatih imannya..
    seperti laskar Sultan Muhamad Al Fateh..jauh lagi rasanya
    sembahyang malam separuh malam jadi kebiasaan
    malah beliau sendiri TIDAK PERNAH meninggalkan TAHAJUD DAN RAWATIB sejak baligh (baca – TAHAJUD bukan solat fardhu,..)

    Saya pernah baca, semasa Perang Teluk, Iraq menyerang Kuwait dan mengancam melanda Arab Saudi, dan ada khabar tidak rasmi menyatakan ketakutan askar-askar Islam.. benarkah? (tolong betulkan kalau saya tersilap..)

    Saya juga membaca dalam sebuah buku, bagaimana keluarga-keluarga kaya Arab siap siaga untuk melarikan diri.. (dan ini juga mungkin terjadi kepada kita…)

    kalaulah kita dipanggil Tuan Guru Nik Aziz yang sudah menjadi Perdana Menteri untuk jihad,
    mampukah kita mengangkat senjata?
    bolehkah meninggalkan makan berlebihan
    dengan berat badan kita yang terkumpul lemak kesenangan?
    bagaimana strategi taktik peperangan? berkuda? atau berkereta kebal?
    bagaimana jika diarahkan solat malam dan tahajud tanpa ditinggalkan?
    boleh ke tak tengok TV..atau tinggalkan anak isteri?
    adakah anak-anak dirotan tidak solat?

    dan bolehkah isteri melepaskan suaminya yang “manja”, tak pernah tolong jahit seluar koyak, tak pernah tolong didapur apalagi mengisar roti, tumbuk sambal pun tak reti, tak pernah tolong jemur kain,
    mahunya makan berhidang, baca suratkhabar lepak depan TV,
    berat tulang bangun malam buat susu anak, jaga anak sekejap dah naik angin,…UNTUK MENYAHUT SERUAN JIHAD?

    bagaimana dengan kesabaran kita – di jalanraya pun kita kalah melawan nafsu,
    itu belum lagi diuji kekayaan, harta, kecantikan wanita, kuasa

    Berapa ramai dan siapakah yang dapat mengikut praktis Tuan Guru Nik Aziz yang masih tinggal di rumah yang sama, makan makanan yang sama, walaupun memegang pucuk pimpinan negeri sebegitu lama?

    kita masih diperingkat awal..
    yang pentingnya kita BERGERAK menuju MAHU
    BLOG ini adalah contohnya.. istiqamah ya Ustaz..

    wallahualam..

  25. Tanya khabar pada iman, nafsu dan akal.

    Sapaan baik untuk umat islam sekarang yang sedang membara2 semangatnya baik yang semangat berdemonstrasi, yang sedang memboikot mahupun yang sedang melepaskan geram masing2.

    Ana amat terkesan dengan dengan artikel yang di keluarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Januari berkenaan SIAPA YAHUDI ? SIAPA ISLAM ?

    Secara keseluruhannya artikel itu mengenai kemajuan2 yang di kecap oleh Yahudi termasuk monopoli mereka dalam ekonomi, media dan sebagainya. Jika umat islam yang kurang menilai di luar kotak, secara tidak langsung di takuti mereka akan menyalahkan umat islam sendiri dan yang paling di takuti mengiakan apa yang menimpa umat islam kini. Ana tidak menafikan apa yang tertulis dalam artikel tersebut. Tetapi apa yang tertulis di dalamnya secara tidak langsung akan menyebabkan umat islam berfikir bahawa kelamahan dalam teknologi dan ilmu pengetahuan merupakan punca utama atau pokok apa yang menimpa umat islam sekarang termasuklah serangan israel laknatullah terhadap palestin.

    Fahamilah…fahamilah..fahamilah..
    Di mana kefahaman kita dalam mengenali Allah, dalam memahami agama dan sihatkah akal, hati dan nafsu kita

  26. nurjulia says:

    assalamalaikom wrt wbt….ala kulli haal…lakukan apa yg termampu,SEKARANG! however small.saya yaqin sahabat2 yg di sini sudah melakukan nya.alhamdulillah.it isn’t only about palestine but ourselves as a’bdillah.

    hakikatnya apa yg berlaku di palestine itu ialah peringatan Allah swt kpd kita semua just how weak are, sekiranya kita terus2 dgn kelalaian kita sendiri,individually or ummah,kita ‘terpaksa’mengharapkan kuffar yg sememangnya merancang saat itu berlaku.they will help but on their terms. dah 3wks of atrocities berlaku d gaza,OIC belum bersidang? belum cukup critical situation in gaza? i feel as if we r harping at the wrong target sometimes.we know that the kuffars will never assist sincerely if at all,yet we hope that they will? ALLAHUAKBAR! the OIC yg kita perlu desak,desak,desak. ummah dah mula ‘merapatkan’ saff,if i may say so,atas kemampuan masing2. demos on the road,however massive, boleh mengatasi solat hajat berjamaah? isn’t this cara barat protes…ber demo.dalam mencapai matlamat shouldn’t we look at apa yang afdhal?

    alot can be said and done,lets keep focussed…ya ayyuhal shabbab…qom! for parents,lets strive to nurture anak2 yg berjiwa kental,berilmu,breathing ,living islam insyaAllah.with Allah swt’s rahmah n raheem,insyaAllah islam will once again rein.

  27. pelaku says:

    bukan sekadar membaca dan menulis, tetapi benar2 berhentilah sejenak, sekarang! tarik nafas dan ambil ruang sendiri,kenal pasti keadaan hati, akal dan nafsu sendiri. tulis di kertas supaya benar2 jelas. dengan JUJUR tulis, hati ku, apa yang ada dalam nya? akal ku, yang difikirkannya selalu? nafsu ku, apa yang sentiasa di idamkan? listkan banyak2 dengan jujur. bantulah diri kita. usah sekadar mencambah idea, tetapi koreksi diri dan lakukan pembaikan .koreksi diri AMAT penting dan besar harganya untuk setiap langkah. sudah mampu koreksi diri?

  28. farhana says:

    Salam,

    Sangat bersetuju bahawa yang paling penting adalah ilmu. Lengkapi diri dengan ilmu. Dalam ada yang kutuk, memboikot dan sebagainya, jangan lupa, tanpa golongan mereka, mungkin tak ada komputer, dan segala peralatan yang kita gunakan sekarang. Itu sumbangan mereka melalui ilmu sains dan teknologi yang mereka ada. Sedang kita? Mereka golongan kecil yang banyak menang nobel prize, sedang kita? Macamana kita mahu maju tanpa ilmu. Bukankah ayat pertama diturunkan pon Iqra’ – Baca

    “Knowledge is power!”

  29. Pak Din says:

    Salam celaru.

    1. Obama lawan Osama, celaru. Israel lawan Palestin, celalu. Hamas lawan Fatah, celaru. Extremist lawan Moderate (Liga Arab), celaru. Sunnah lawan Sunni, celaru. Salafi lawan Khalafi, celaru. Hijau lawan Biru, celaru. Habil lawan Kabil, celaru. Telinga naik berbulu, dengar cerita disebabkan celaru, isu dari zaman dahulu, asasnya tiada apa yang baru. Semuanya berasaskan hasad cemburu dan prasangka dulu, sampai tak tahu mana nak lalu, terutama kalau terburu-buru. Mari pembaca … jangan keliru, jangan kita pilih bulu, sebelum tenggelam di haru biru.

    2. Sempat saya menjenguk jendela Dunia ke Washington, melihat 2 juta orang mengharungi hampir paras beku, Obama mengangkat sumpah President ke 44. Harapan Dunia sangat tinggi kepada pemimpin baru ini. Walaupun politik di Amerika juga celaru dan ekonominya yang mencetus suasana haru biru, Obama yakin dengan apa yang hendak dilakukannya. Walaupun berakidah Kristian, tidak dapat dinafikan banyak nilai-nilai Islam menjadi dasar kepada kepimpinannya. Bukan sesuatu yang sepatutnya menjadikan kita keliru, tetapi ketahuilah bahawa nilai-nilai Islam itu telah lebih awal adanya, berbandingnya hadirannya kita sebagai mahluk yang berakal, di Dunia ini.

    3. Cucutojanggut (kemen #25) mengulas artikel dari akhbar UM, berkata, “Jika umat islam yang kurang menilai di luar kotak, secara tidak langsung di takuti mereka akan menyalahkan umat islam sendiri dan yang paling di takuti mengiakan apa yang menimpa umat islam kini. Ana tidak menafikan apa yang tertulis dalam artikel tersebut. Tetapi apa yang tertulis di dalamnya secara tidak langsung akan menyebabkan umat islam berfikir bahawa kelamahan dalam teknologi dan ilmu pengetahuan merupakan punca utama atau pokok apa yang menimpa umat islam sekarang termasuklah serangan israel laknatullah terhadap palestin.” Sewajibnya Muslim memahami dengan mendalam ilmu dan pengetahuan. secara meluas, terutamanya tentang Sunatullah atau seperti Ustaz kata, “menjadi Muslim syariatik yang saintifik”.

    4. “Jauh sekali untuk bersetuju dengan fatwa segelintir ahli ilmu seperti Sheikh Soleh bin Muhammad Al Luhaidan yang melihatnya sebagai fasad dan ifsad di muka bumi. Demonstrasi dan kecaman besar-besaran sejak sekian lama tidak mengubah apa-apa terhadap nasib umat Islam di bumi Palestin.” kata Ustaz membentang isu ‘Kecelaruan prasangka yang tak kena masa’, dengan akhirnya menyentuh kesimpulan, “hanya satu sahaja tindakan yang saya anggap sebagai langkah paling optimum, bersesuaian dengan kehendak Islam… iaitu tindakan MENGUBAH MANUSIA.” Tetapi prasangka inilah yang juga menjadikan kita tidak mahu menerima bahawa nilai-nilai Islam itu yang perlu diutamakan dalam mengubah manusia.

    5. Akan ada yang mengatakan ketika rumah sedang terbakar, takkan nak cerita pasal building code. Ketika Gaza sedang digayang, takkan asyik sibuk cerita mengubah manusia. Malangnya itulah yang sering berlaku. Kerana kegagalan bercerita tentang building codelah rumah terbakar, kerana kegagalan mengubah manusialah, Gaza digayang. Muslim terus tidak mahu berubah. Berubah kepada memahami bahawa nilai-nilai Islam itu telah hilang dari pegangan Muslim dan berpindah kepada bukan Muslim. Yang tinggal pada Muslim adalah ‘agama’, cara dan budaya. Tanpa memahami perbezaan antara nilai (tujuan) dan cara, Muslim sudah pasti tidak akan dan tidak dapat berubah. Memang susah untuk berubah, terutama apabila penerapannya telah lama salah.

    6. Selagi kecelaruan prasangka itu, disebabkan kecelaruan minda memahami perbezaan nilai dan cara, ia akan terus mencelarukan kefahaman keperluan Syariat Allah dan Sunnah Allah. Selagi itu akan ada perlawanan yang disebut di perenggan 1, yang kebanyakannya tidak sepatutnya ada. Liga Arab, Sunni Sunnah, Salaf Khalaf, Biru Hijau semuanya membaca Kitab yang sama, tetapi apabila keterbukaan minda mereka berbeza, kecelaruan prasangakan akan terus bersarang di kepala, mengzahirkan ketara yang tak terhingga. Sehinggakan apabila Obama menghulurkan salam persahabatan berbicara dengan Muslim, saya kira ramai yang menyangka itu adalah tektik biasa, untuk berpura-pura. Pada saya, banyak yang boleh dicungkil dari Amerika, kalaulah tiada kecelaruan prasangka.

  30. FARHAN BIN FAHMI says:

    Salam;

    “Ilmu tanpa amal ibarat pepohon tanpa buah”, ramai orang yang mempunyai ilmu dan juga berilmu..Tetapi sejauhmanakah amal yang diaplikasikan melalui ilmu dan sejauhmanakah amal melalui iman yang diaplikasikan…SubahanAllah..

    Dan sejauhmanakah waspadanya kita kepada sifat Ghurur iaitu kebodohan yang membuat seseorang menilai sesuatu yang jelek sebagai sesuatu yang baik dan kesalahan sebagai sesuatu kebenaran.

    Ya Allah Engkau bantulah saudara-saudara seagama ku yang ditindas di Palestin, di Iraq, di Malaysia dan di dunia fana ini. Amin

    Wassalam

  31. [...] S60 Salam celaru. Telah terbit Januari 21, 2009 DARWIN Pak Din January 21st, 2009 at 3:37 pm [...]

  32. [...] orang awan reply on January 22nd, 2009 1:35 am: [...]

  33. [...] Demonstrasi dan kecaman besar-besaran sejak sekian lama tidak mengubah apa-apa terhadap nasib umat Islam di bumi Palestin. Tetapi ia lebih kepada menimbulkan kesan kepada diri kita. Agar ada kepedulian, dan ada momentum untuk memikul tindakan-tindakan yang selanjutnya.(baca selanjutnya…) [...]

  34. [...] then, its quite a long post. Thanks for reading. Credits to Ustaz Hasrizal for his kuliah on last [...]

Leave a Reply