Sembang Ahad: Pengkhususan Kerjaya
“Kenapalah kamu ambil Syariah? Nanti habis belajar nak kerja apa?” tanya salah seorang ahli keluarga saya.
Saya hanya mendiamkan diri.
Menelan sahaja persepsi umum yang dilontarkan kepada keputusan saya untuk menolak tawaran yang lebih lumayan.
Semasa mengisi borang UPU, saya memohon untuk menyambung pengajian dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam di dalam bidang Bahasa Arab Komunikasi di Jordan atau Maghribi. Ia adalah kali pertama JPA membuka tawaran untuk program ke Timur Tengah.
Tetapi semasa temuduga, saya dimaklumkan yang keputusan peperiksaan SPM saya kurang satu syarat untuk melayakkan saya memohon bidang Bahasa Arab Komunikasi tersebut. JPA mensyaratkan subjek Bahasa Malaysia mesti sekurang-kurangnya A1! Kurang separuh anak tangga pun tidak dibenarkan.
“Atas kekosongan pilihan pertama awak, kami cadangkan awak manfaatkan keputusan peperiksaan awak yang cemerlang di dalam bidang Ekonomi dan Perdagangan. Sokongan Bahasa Inggeris dan Matematik menjadi sebab kenapa kami mahu awak buat Ekonomi di Amerika Syarikat!” kata salah seorang ahli panel temuduga pagi itu.
Saya ditemuduga oleh JPA di sebuah sekolah menengah di Teluk Intan.
Terdiam.
“Tapi tuan, saya tidak berminat dengan bidang Ekonomi. Saya memohon supaya pilihan kedua saya dipertimbangkan. Saya minta supaya JPA pertimbangkan permohonan saya untuk bidang Syariah dan Pengajian Islam di Jordan,” saya merayu.
Setelah bersoal jawab selama hampir setengah jam, temuduga selesai. Selang beberapa minggu saya menerima surat tawaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk Rancangan Bersama JPA-Petronas ke Timur Tengah. Saya ditawarkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Jordan di dalam bidang Syariah dan Pengajian Islam.
Allah Subhanahu wa Ta’aala jua yang tahu betapa bersyukurnya saya dengan kurniaan nikmat itu.
15 September 1993, saya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz, Subang ke Amman melalui Dubai.
Di dalam pesawat, telinga saya masih terngiang-ngiang dengan pesanan ahli keluarga supaya saya menyelesaikan pengajian di bidang Syariah, dan kemudian harus menyambung belajar di dalam bidang Ekonomi. Ideanya adalah untuk mengkhususkan diri di dalam bidang Muamalat, iaitu suatu istilah yang masih asing ketika itu. Jalan untuk mengkhususkan diri di bidang Ekonomi Islam adalah dengan belajar Syariah dan Ekonomi secara berasingan. Proses nikah kahwin antara ilmu Syariah dan Ekonomi masih belum berada di pesada massa.
Tetapi, untuk menolak peluang belajar di bidang Ekonomi ’sekadar’ untuk belajar Syariah, keputusan ini mengundang pelbagai persepsi yang melemaskan. Jika tidak kerana pendirian dan kedegilan saya, mungkin patah semangat juga di kala itu.
Di Jordan, saya cuba untuk mencambahkan minat di dalam bidang ekonomi dan hal ehwal berkaitan. Setiap kali saya ke kedai buku untuk mencari buku yang boleh memutikkan minat saya kepada ekonomi, ia akan berakhir dengan pembelian sepuluh buah buku di dalam bidang Sejarah!
Sehingga ke dua tahun pertama saya di Jordan, mungkin sudah lebih dua puluh buah buku berkaitan muamalat, perbankan Islam termasuk buku Iqtisaduna oleh Muhammad Baqir al-Sadr saya beli dan baca untuk memaksa diri meminati bidang tersebut.
Semasa pulang bercuti ke Malaysia pada tahun 1994, saya dihadiahkan oleh ayah angkat saya peluang untuk menyertai sebuah seminar berkaitan dengan mekanisma Islam menangani inflasi (al-tadakhkhum). Beliau yang bertugas sebagai seorang konsultan Syariah di Bank Islam Malaysia Berhad, mengajak saya untuk menimba ilmu, biar pun saya masih samar-samar dengan isi kandungan seminar tersebut yang dirasakan begitu advance untuk pengetahuan asas yang saya ada tentang Ekonomi dan Muamalat Islam. Sebuah beg dengan lebih 15 kertas kerja tebal-tebal seberat lebih 2kg saya bawa pulang ke Jordan.
Semuanya demi Muamalat.
Saya tahu akan peri pentingnya bidang ini. Saya juga faham akan prospek bidang ini dalam jangka masa 1o tahun akan datang. Saya sedar juga akan bahayanya kehidupan kita andai tidak arif berkenaan hukum hakamnya. Namun dalam semua motif yang ada tentang keperluan mendalami ilmu Muamalat, apa yang mampu menjadi bekal saya mempelajarinya adalah pada soal menyelamatkan diri dari perangkap riba dan d0sa-dosa transaksi harta benda dan perniagaan harian.
Saya belajar.
Subjek Fiqh Muamalat, Qawaa’id Fiqhiyyah, Fiqh Mawarith dan Wasiat serta satu dua subjek lain yang berkaitan dengan Muamalat saya tekuni, biar pun keghairahan padanya tidaklah begitu ketara. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan pun baik. Tidak minat bukan alasan untuk tidak lulus dan cemerlang. Segalanya berbalik kepada soal disiplin, iaitu bersabar melakukan perkara yang kita tidak suka, untuk akhirnya mendapat peluang melakukan perkara yang kita suka nanti.
Tetapi saya tetap duduk di dalam sebuah kepastian, Muamalat bukan bidang pengkhususan saya.
Isunya bukan soal susah atau senang, malah bukan juga pada soal melihat kepentingan atau meremehkan. Tetapi sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’aala mengagih-agihkan rezeki kepada dua puluh orang penjual durian di tepi jalan, begitu jugalah Allah mengagih-agihkan minat dan kecenderungan kita semua di dalam bidang masing-masing.
Mungkin seorang doktor pakar jantung, tidak dapat menyelami hati dan perasaan seorang pakar forensik. Ada kemungkinan dirinya mahu berkata, “aah, kalau berurusan dengan mayat senang sikit. Mayat tidak melawan dan banyak kerenah!” Tetapi beliau sedar bukan itu motif yang menjadi minat seorang pakar forensik membedah siasat mayat. Dan beliau juga tahu betapa pentingnya bidang forensik itu dalam kehidupan seharian kita.
Akan tetapi, begitulah Subhanahu wa Ta’aala menimbulkan rasa minat dan tidak minat di kalangan kita terhadap setiap satu perkara agar akhirnya setiap bidang itu ada pakarnya. Namun dalam masa yang sama, tidak minat bukanlah hujah untuk tidak mengambil tahu atau membiarkan diri di dalam kejahilan.
“Kalau saya tanya, setakat mana ilmu ustaz tentang muamalat?” tanya seorang rakan kepada saya.
“Mengetahui hukum dan hujah sandaran terhadap aktiviti seharian saya. Jika mahu membeli barang, mahu membuat pinjaman, mahu membeli polisi takaful, mahu melabur di dalam unit trust, maka ilmu kita bergerak seiringan dengan aktiviti. Lebih banyak aktiviti yang berlaku, lebih banyak ilmu yang perlu ditambah. Kalau semasa di Malaysia, ilmu tentang Jamak Qasar solat sekadar begitu begitu, apabila ke Ireland Utara, kenalah tambah ilmu tentang cara menguruskan solat harian tanpa waktu Isyak selama dua atau tiga bulan di musim panas. Accordingly!” saya menjawab.
“Kalau ada orang bertanya ustaz soalan berkaitan muamalat?” soalnya pula.
“Mana yang ustaz tahu, ustaz jawab. Mana yang di luar pengetahuan, ustaz akan cadangkan agar penyoal merujuk kepada orang yang specialize di dalam bidang ini. Sudah tentu orang pertama yang ustaz cadangkan ialah sahabat ustaz iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman!” saya memberitahu.

Ustaz Zaharuddin semasa melawat rumah saya di Dublin, lama dulu
“Ustaz kenal Ustaz Zaharuddin?” tanya beliau lagi.
“Tentu sekali. Bermula dengan sebilik semasa di SMAP Labu dulu, kemudian seperjuangan di hari-hari mendatang. Seorang di UM seorang di Jordan, terpisah seketika tetapi bertemu semula. Namun setelah usia mencecah pertengahan 30′an, pengkhususan masing-masing sudah berbeza mengikut kecenderungan, minat, bakat dan peluang. Maka ustaz tidak teragak-agak untuk memanfaatkan kepakaran seorang sahabat, dalam menampung kekurangan diri. Ada soalan advance tentang Muamalat, kita hormatlah pada pengkhususan mereka yang membuat pengkhususan dalam bidang ini. Sebab itu ustaz suka menganjurkan keterangan lanjut diperolehi daripada Ustaz Zaharuddin,” saya menjawab.
“I see! Tapi, bukankah seorang ulama kena tahu semua benda?” tanya beliau.
“Anta dalam kejuruteraan, duduk dalam bidang apa?” saya menyoalnya kembali.
“Saya kejuruteraan elektronik,” jawabnya.
“Boleh tolong semakkan proposal projek syarikat oil and gas?” saya bertanya.
“Err… err…” beliau teragak-agak.
“Tapi anta tahu tak kenapa kereta anta hanya boleh guna minyak Caltex Gold 97 dan bukannya Silver 92?” saya menyoalnya lagi.
“Oh, yang itu tahu leeee!” katanya sambil ketawa.
“Begitulah ana dan muamalat. Bila ana kata ia bukan speciality ana, tidaklah sampai kita ni jadi bodoh dan blur tentang halal haram muamalat,” saya menyelesaikan perbualan.
“Habis tu, apa speciality ustaz?” tanya beliau.
“Apa tajuk buku pertama ana?” saya menambah soalan.
“Aku Terima Nikahnya!” beliau menjawab.
“Hahaha…”, saya ketawa.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 11 months ago
Susah juga untuk membina minat dalam sesuatu bidang. Kegigihan itu kena ada kalau kita mahu.
Ramai juga sahabat yang masuk ke bidang pengajian yang bukan mereka minati kerana tawaran lumayan biasiswa dan pinjaman.
Respond to this comment [with empathy]
faimee erwan chan reply on February 22nd, 2009 10:43 pm:
salam ustaz,
walaupun minat memainkan peranan yg penting, kepentingan seorang muslim untuk mengisi kekosongan yg terdapat dlm ummah mungkin mengatasi kepentingan minat itu pada pendapat sayalah ustaz. sememangnya sukar untuk memaksa diri minat dalam sesuatu bidang tapi pada hemat saya yg tidak berapa pandai ini, mungkin mengambil sesuatu yg tidak kita berapa minat ialah tarbiyyah dp Allah agar kita meletakkan Dia terlebih dahulu dp minat kita. terima kasih ustaz atas ilmu yg dicurahkan di dalam blog ini. salam alaik wa jazzakumullahu khoira
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 23rd, 2009 12:14 am:
@faimee erwan chan, wsalam wbt.
benar bagai dikata.
kalau tak minat muamalat, janganlah pula bidang gantiannya ialah mendandan rambut!
keperluan ummah ini luas. kalau di bidang perubatan, selalu disebut bahawa bidang O&G memerlukan penglibatan besar kaum muslimat. memang benar. tetapi penglibatan muslimat dalam bidang-bidang lain juga tidak dapat diremehkan.
kita bukanlah penganut idea bebas tanpa batasan. maka minat yang luas itu harus terikat kepada penghasilan manfaat untuk massa, bukan sekadar memenuhi selera peribadi.
maka berusahalah untuk memastikan diri melakukan sesuatu YANG TERBAIK untuk Islam dan Muslim.
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Assalamualaikum.. lebih kurang sama situasi saya.. Saya pun kepingin nak amik bidang agama, tapi kecenderungan saya lebih kearah lukisan dan multimedia. Lantas, agak rugi jika saya tidak manfaatkan skill saya dalam bidang lukisan ni..
Syukran ustaz, sangat terhibur dan bermanfaat…
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 22nd, 2009 3:03 pm:
@Akmal Hakim, waalaikum al-salaam.
nasib baik ada orang macam akmal. dapat juga ustaz-ustaz berdakwah guna upin dan ipin
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Belajar dari minat…
Saya setuju 110%..
Dulu masa saya di alam matrikulasi,
hati saya memberontak sebab posisi utk saya belajar subjek yang saya minat belum confirm.
Kena bersaing dengan berpuluh ribu orang..
selepas sem 1, saya dapat offer dari tempat pengajian saya sekarang ini,
pada mulanya ramai yang menentang..
nasib ibu yang menjadi tunggak untuk aman terus kukuh dgn apa yang diidamkan…
Sekarang,
Alhamdulillah…
tapi,
kenapa ya,,
setiap kali pelajar amik jurusan apa2 di university,
mesti ada suara akan bertanya:
“Nanti habis belajar nak kerja apa?”
Adakah itu yang menjadi persoalan utama?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 22nd, 2009 3:04 pm:
@aman,
Adakah itu yang menjadi persoalan utama?
money is not everything, but everything needs money… sebab tu kot
Respond to this comment [with empathy]
Hadeed reply on February 23rd, 2009 1:27 pm:
@aman, rasanya lebih tepat lagi kalau ditanya,
“nanti habis belajar nak jadi apa? orang yang macam mana?”
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Assalamualaikum wbt.
Dulu, waktu kanak-kanak, selalu teringin jadi orang yang hebat dalam semua perkara. Bila dah besar panjang, tergelak sendiri sebab tahu itu mustahil.
Kalau kita ada kurang dalam satu bidang, akan ada kelebihan dalam bidang yang lain. Perkara yang sama untuk semua orang. =) Mana ada orang hebat dalam setiap perkara, kan?
Terima kasih atas perkongsian ini Ustaz. JZKK
p/s: Tergelak baca lawak di hujung entri ini. xD
Respond to this comment [with empathy]
saifuddin reply on February 23rd, 2009 12:42 am:
@alonqexe, Jack of all trades, master of none
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Ada beberapa point penting yang ustaz sentuh dalam article ini:
1. Sering kita lihat,ramai insan yang cuba menjadikan diri pakar dalam semua hal,sedangkan mereka tidak mampu.Mahu menjadi Doktor perubatan,ustaz,enginner,cikgu, tukang masak dan sebagainya sedangkan diri itu tidak mampu untuk semua itu.
2. Ada insan yang menggunakan alasan bukan bidang dia,untuk terus jahil dalam beragama.Maksiat terus dibuat dalam keadaan tahu diri itu jahil tetapi tidak berkehendak belajar dan mengubahnya.
3. Menyerahkan sesuatu urusan bagi yang alim dalam bidang tersebut terutama apabila datang kepada hal-hal yang perlu perincian dan banyak hal perlu dipertimbangkan.Dengan kekangan dan limitednya ilmu,kita perlu belajar untuk mengatakan ” Saya tidak pasti mana soal ini,jom kita rujuk orang yang mahir”. Jika bab bedah jantung,mau dirujuk bagus pada ustaz bagus ke tidak,itu kejahilan yang fatal.Jika soal berapa banyak kos dan barang yang perlu digunakan,dirujuk pada pak guard,juga kejahilan yang fatal.
4. Pilihlah bidang yang kiranya cocok dengan jiwa kita.Yang pasti kita samada kita Dr,Ir,Ustaz,Chef dan sebagainya,kita juga adalah seorang daie dan pembawa risalah Allah yang terbeban sejak kita melafaz kalimah syahadat…
p/s: Ada point yang terlepas pandang,boleh sahabat-sahabat tambah…=)
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 22nd, 2009 3:06 pm:
@Ibnu Aiman,
seriusnya dia… tak jadi sembang Ahad…
Respond to this comment [with empathy]
Ibnu Aiman reply on February 22nd, 2009 3:11 pm:
@Abu Saif, Hehe…tadi tajuk article ini lain…that why,bagi analisa baik punya.Hasrat dihati nak jadi Pak Din Jr…pakar analisa article SIO.Tetapi lenggok bahasa masih ketinggalan jauh berbanding Pak Din…hik3.
Moh kita sembang-sembang…Jangan luku-luku,jangan terjah-terjah… cubitan manja dipersilakan…
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Alhamdulillah ustaz atas minat tu sekarang boleh berdakwah ke jalan Allah.
Apa pun rezeki dan apa yg berlaku telah ditetapkan oleh Allah.
Saya bersyukur biarpun hanya sekadar lulus SPM,tapi sekarang banyak mengikuti kursus2 level ala ‘U’.Seronok juga tapi kadang tu ternganga je mulut bila lecture beri syarahan .Apa tidaknya kita level SPM di beri syarahan ala ‘U’.Tapi alhamdulillah berkat kepada minat dapat juga ilmu tu.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 22nd, 2009 3:07 pm:
@HOT ZOOM KOMUNITI, bagus kalau anda jadi pakar motivasi. nanti kita kongsi pentas ye
Respond to this comment [with empathy]
HOT ZOOM KOMUNITI reply on February 23rd, 2009 12:00 am:
@Abu Saif, Maaf ustaz,
Saya ni orang serba kekurangan tak macam ustaz,ada kelebihan
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 23rd, 2009 12:16 am:
@HOT ZOOM KOMUNITI,
apakah Allah zalim mencipta satu manusia ada kelebihan, dan ada satu manusia serba kekurangan?
tiada lebih tiada kurang, hanya berbeza-beza kelebihan
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
salam ustaz,
seronok baca cerita ustaz…
kesimpulan saya:
seorang pakar hanya akan expert dlm bidangnya..tanyalah apa sahaja yang berkaitan bidang nya..tentu mereka akan dapat menjawabnya. tapi jangan pula merendahkan dia seandainya dia tidak mahir dalam bidang yang lain. setiap manusia Allah jadikan berbeza-beza kesukaan dan kecenderungan nye..kalau dah semua jadi pakar dalam semua bidang susah juga jadinya.
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Salam. Menarik sangat, alhamdulillah. Barangkali komennya sangat menarik kerana ada persamaan, manusia begitulah. Namun, jangan lupa juga ya, kadang-kadang yang tak pakar itu boleh jadi lebih hebat dari yang pakar, kerana yang pakar itu dihijab Allah kerana kepakarannya. Kadang-kadang kerana pakar sangat, ilmu atau pandangan mereka jadi tepu. Tu yang bila yang tak pakar beri pandangan biarpun betul, tak boleh terima pula yang pakar-pakar ni, betul tak ustaz?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 22nd, 2009 3:11 pm:
@abuyon,
pakar yang tak nak dengar pandangan orang lain yang bukan pakar mungkin juga bermaksud dia amanah dengan kepakarannya. kalau semua pandangan layman diambil semata-mata nak ambil hati, rosaklah disiplin ilmu dan musnahlah cahaya kebenaran.
tetapi kalau teguran itu ditolak oleh si pakar tanpa akhlak, bermakna selepas pengajian habis dah (PhD), dia belum lulus asas agama rupanya.
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Setiap orang ada minat dan kecenderungannya sendiri. Itu juga adalah salah satu tanda kebesaran Allah. Kalau semua orang minat bidang yang sama, takde lah variasi.. maka tiadalah perkongsian dan perkembangan ilmu.
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
assalamualaikum. ilmuwan islam pada zaman kegemilangan islam dahulu ramai je yang kuasai banyak cabang ilmu. contohnya al-farabi, ibnu sina etc (harap x salah bagi contoh ye) apa lebih mereka dan apa kurang kita ya? kesungguhan kot? :-/
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 22nd, 2009 4:12 pm:
wsalam wbt.
memang indah berbicara tentang semalam
Respond to this comment [with empathy]
saifuddin reply on February 23rd, 2009 12:57 am:
@idea, Dulu ramai saintis yang polymath pasal ilmu sains tak luas macam sekarang. Medic dulu mana ada specialist.
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Orang putih kata “Jack of all trades, master of one”…
Pensyarah ‘macam orang putih’ saya kata “kita tak mau yang tu, kita nak Jack of all trades, master of one (at least)”.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 22nd, 2009 7:51 pm:
@Amin Ahmad,
betul…
di musim malaysia banyak election ni, mungkin anta ada bakat besar dalam bisnes kanopi!
cube laaa!
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Ahaha. Suka dengan artikel ustaz yang satu ni.
Teringat konflik memilih kerjaya yang dihadapi ketika di peringkat akhir persekolahan menengah dahulu.
Dahulu, hajat di hati menceburi bidang kejuruteraan. Sebab kelihatannya anugerah Allah bagi lebih di bidang tersebut. Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik memang menjadi subjek dalam tangan. Minda kreatif yang sering berfikir nak menghasilkan satu benda baru. Kepala ligat memikirkan apa lagi yang boleh dibuat.
Namun minat terletak di bidang pengkomputeran. Komputer dan yang empunya diri tidak boleh dipisahkan. Tatkala orang baru terkial-kial belajar pasal Word, yang empunya diri da sampai Flash. Anugerah Allah juga. Hampir-hampir terbang ke Amerika untuk satu pertandingan dek kerana anugerahnya yang satu ini.
Akhir persekolah SPM, tiga cita-cita utama menjadi target kerjaya. 1. Jurutera Pelantar Minyak. 2. Jurutera Kimia. 3. Jurutera Perisian. Angan-angan di masa jauh kehadapan? Bidang Nanoteknologi.
Biologi? Perubatan? Wallahi, tak pernah terlintas di fikiran pun ketika itu. Mendaftar untuk program perubatan di Russia ini pun cuma sekadar memenuhi quota/syarat permohonan untuk biasiswa. Satu-satunya perubatan yang saya apply. Permohonan-permohonan lain – Petronas, UTM, MARA, JPA, lain2, semuanya saya apply engineering. Sudah yakin benar jalan kerjaya diri ini adalah di bidang engineering.
Tapi Allah Maha Kuasa.
Dalam banyak2 permohonan tersebut, walaupun dengan result flawless, hanya yang perubatan itu sahaja yang terjawab. Yang lain2 usahkan terjawab, dipanggil untuk temuduga pun tidak. Dalam hati agak keliru ketika itu. Tercari makna-makna yang tersirat di sebalik jalan yang Allah hamparkan di hadapan mata ini.
Tatkala itulah ayat 2:216 menjelma buat kali pertama dalam diri (seriously, sebelum itu tak pernah menelaah maksud ayat2 dlm Quran).
Berbekal keyakinan bahawa inilah jalan terbaik yang Allah beri buat diri ini, saya tanpa ragu lagi “terjun tiruk” tanpa persediaan langsung dalam bidang perubatan ini. Saya bukan benci/tak suka atau apa, cuma mmg neutral, takde minat langsung pada awalnya. Hanya berbekalkan keyakinan kepada rezeki yang Allah kurniakan.
Sekarang? Alhamdulillah, bersyukur sangat2 dipertemukan Allah dengan bidang ini. Minat semakin bersubur. Mula2 ingat seronok bila dapat belajar bagaimana machine berfungsi dalam bidang engineering. Tapi bila masuk medic, belajar bagaimana “ciptaan terbaik Allah” ini berfungsi – masyaAllah, satu penghormatan bagi diri ini. Subhanallah, seronok, kagum, jauh lebih menarik!
Panjang pula berceloteh di sini. Hehe. Name pun sembang ahad kan ustaz? =p
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 22nd, 2009 7:50 pm:
Dr. Leokid lebih sedap dan mesra lidah berbanding Ir. Leokid.
Pelik sungguh perjalanan hidup ini. Mati-mati ana sangka yang buku pertama ana bertajuk AKU TERIMA BAI’AHNYA
Respond to this comment [with empathy]
Leokid reply on February 22nd, 2009 7:56 pm:
@Abu Saif, kalau nk letak Dr, kena guna nama betul. Jadi Dr. Syam. Baru “professional” namanya. Hehe. Tapi kena tunggu inshaAllah 3 tahun lagi la baru boleh letak pangkal nama tu. =p
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
salams ustaz,
belajar agama ni kena banyak bersabar rupanya.. Nak memahami Islam bukan boleh sehari dua. Kena banyak bersabar dan tidak gelojoh, setiap bab di teliti dan direnung sebelum langkah yang seterusnya diatur, berhati- hati supaya tidak tersungkur.
Ada cikgu saya/ ustaz saya menasihatkan, kalau semua nak jadi doktor, engineer dan bidang-bidang popular, siapa pula nak menunaikan fardu kifayah dalam bidang lain? Think for ummah. katanya..
Tak kira la apa bidang kita, kita ni ibarat buah catur, masing-masing ada peranan. Di kesak ke kiri, kekanan, kebelakang pun boleh makan jugak. Yang penting matlamat dan niat. Islam is the way of life.
terima kasih ustaz atas pos di atas. Seperti satu bahagian puzzle yang melengkapkan persoalan saya baru-baru ini.
-anak murid tumpang belajar-
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Bak kata seorang Pengarah di Kmenterian Kesihatan Mlaysia yang kukenali
“Spesialisasi ni ibarat kita mencari isteri pendamping setia”.
“Harus dicari dengan cermat,diteliti dengan hemat,pastikan tumbuh tunas-tunas cinta”.
“Maka pilihlah dia”…
Hurmmm..
Begitulah proses mencari isteri
Respond to this comment [with empathy]
pali reply on February 22nd, 2009 9:41 pm:
@Max,
Hahaha,
bijak demo!
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Aku terima nikahnya……….???
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
erm,..bgus artikel ni..
suke2..
tp mcmne kalau lepas kita masuk bidang yg kita rase kita minat, lpas tu tibe2 ilang minat..mcmne ye ustaz?
adakah kita telah tersalah memilih bidang yg kita ceburi?
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
assalamualaikum w.b.t,
alhamdulillah, jazakallah ala kulli khair, idea2 & buah fikiran ustaz yg bnyk berlapang dada dah bnyk mengubah gaya pemikiran sy dalam bnyk perkara yg berlaku disekeliling sy…& article kali ni pula sedikit sebnyk menyedarkan sy yg ALLAH maha berkuasa atas sekalian makhluk..ustz! sy salah se0rg antr berjuta ummat di dunia ini yg ALLAH pilih untk berada dlm jalanNYA, & sekarg sy tgh menunggu keputusan sijil STAM… bersandarkan hadith Rasulullah : “ssiapa yg ALLAH mghendaki kebaikkan padaNYA, di FAQIHkannya dlm agama”
sy meng’imani’nya sepenuh hati, tapi keYAKINan sy atas jalan yang ALLAH pilih untk sy masih lg kabur!! & sy akui, bnyk kelalaian yg sy lakukan, bnyk kemaksiatan masih lg x dpt sy ‘minima’kan…seringkali terfikir dibenak pemikiran sy, yg sy sedang di ‘ISTIDRAJ’kan oleh ALLAH, nampak zahirnya suci namun batinnya…..
risau didada untk tunggu keputusan mendatang, hajat dihati & keluarga khususnya, dptlh kiranya sy mnymbung ijazah di Mesir.
hmm…benarlah ayat2 jiwang penchenta2 wanita, : penantian itu 1 penyiksaan…
smg ALLAH pilih sy sekeluarga, ustz & keluarga, serta semua muslimin muslimat untk memper0leh HIDAYAHNYA…ameen
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
A good academician/scholar/clergy etc is someone who know everything about something and know something about everything …
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Assalamualaikum ustaz dan pembaca sekalian,
Artikel ustaz ni pd pendapat saya hadir pada masa yang sesuai untuk student-student lepasan SPM kita. Sebab masa tu lah rasanya paling genting nak memilih jalan yang bakal menentukan masa depan kita.
Dapat kerja besar ke tak agaknya dengan course yang dipilih ni. Minat yang lain tapi lebih menghormati pendapat org tua jadi memilih bidang yang lain. Banyak rasanya drama bila sampai pd bab ni.
Saya rasanya tak terkecuali. Amat meminati bidang penulisan, serius ingin terjun ke bidang journalism, tapi telinga ni diasak-asak dengan kata-kata seperti “rugila science stream tapi ambil journalism!”, ataupun “terjamin ke kerja journalist?”. Lantas membuatkan saya akur sebab masa tu, memang jujurnya membayangkan pulangan yang lebih sebagai seorang engineer berbanding wartawan.
Maha Suci Allah yang mengaturkan urusan hambaNya dengan sempurna dan sebaik-baiknya, di bumi sakura saya dicampakkan untuk mempelajari engineering. Nak kata minat tu, taklah sampai minat jiddan, tapi berusaha memupuk minat. Saya tak kesal tak dapat menyambung di bidang journalism, cuma terkadang membayangkan keadaan diri sekarang sekiranya saya memilih jalan yang berbeza. Tapi tiada satu perkara pun yang AKAN berlaku tu, lebih baik dari sesuatu yang TELAH pun berlaku, kan ustaz?
Jadi bagi saya result SPM tu membantu kita dapat peluang yang lebih cerah, tapi percayalah, dalam perjalanan kita belajar nak sampai ke bekerja tu terlalu banyak yang boleh berlaku. Semuanya mungkin dengan kehendak Allah. Jadi usahlah terlalu bersedih kalau tak dapat course yang dihajati.
Cuma satu soalan ye ustaz. KKenapa agaknya orang jepun tak pernah saya dengar membangkitkan persoalan mcm tu ya?
“Nak kerja apa kalau ambil bidang tu?” Kalau orang kita, cita-cita nak jadi ahli sukan ,pemain bolasepak ke, mesti ada suara-suara “hish, tua karang bersukan hapenye! Baik cari yang ada masadepan!”. Hmm, memang masadepan tu dah tertulis, tapi bukankah manusia itu akan beroleh sesuai dengan pekerjaannya, usahanya?
Adakah japanese people lebih arif tentang ayat yang menerangkan hal ni dlm al-Quran tu? Walau bidang yang semacamana tak ada masadepan sekalipun, dengan usaha mereka boleh jadi yang terbaik? Dengan menjadi yang terbaik, pulangan juga pasti baik kan?
Sesungguhnya ustaz. saya kadang-kadang betul-betul merasakan, berada di bumi sakura ni, menemui Islam tanpa muslimnya. Macam yang ustaz pernah tulis dulu.
Maaf ustaz satu perkongsian rasa yang sedikit panjang. Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
salam…. sgt menarik post ini bg ana… ada yg kena btg hdg sndri…
teringat pula ana kpd artikel SIO ttg keputusan…
semuanya berbalik kpd keputusan kita di awal2 pemilihan…
kita mungkin boleh mempunyai sbyk mungkin options yang ada utk membuat pemilihan atau mungkin hanya itu shj option yang ada utk dituju…
mcm ana, alhamdulillah, diberi pilihan utk memilih bidang perubatan yg berkenan di hati, dan semoga dipermudahkan oleh Allah… namun, bg shbat2 yg terpaksa menerima apa yg ade, YAKINlah itulah sebaik2 kptsn utk kita spy kita terus berusaha yg TERBAIK untuk Islam…. insyaAllah ^_^
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Assalamualaikum. ustaz belajar di SMAP Labu tahun berapa?..Saya SPM 2005.. Saya ingat Ustaz belajar kat KISAS..Mungkin selepas ini ustaz boleh jenguk-jenguk sekolah lama..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 23rd, 2009 8:28 pm:
waalaikum al-salaam wbt.
saya di smap labu hanya 4 bulan tahun 1991 di kelas 4 merah. tak layak masuk alumni
Respond to this comment [with empathy]
Husaini reply on February 24th, 2009 12:32 am:
Kemudian Ustaz kembali ke sekolah tercinta, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS). Menjadi junior kepada Ustaz Khairil Azhar Shamsudin dan Ustaz Azmi Ahmad dan ustaz-ustaz yang lain dan menjadi super-super senior saya..hehe
. Layak sangat-sangat untuk Alumni SISTA, kan Ustaz?
Di kala artikel ini membincangkan hala tuju sebelum masuk Uni, yang berada di Uni ini pun kadangkala bingung sama ada ke arah menjadi academician atau bekerja membanting komputer dan mesin.
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Assalamualaikum,
sy baru jer berjinak-jinak baca web ust. kagum sungguh sy dgn semangat org-org yg memilih bidang agama dan menolak peluang lain. pada pandangan sy, belajar agama ini memerlukan kita mempunyai satu perwatakan yg ‘baik’, cemane dgn org yg blaja agama tp kurang dari segi perwatakan…how to develop that?
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
assalamualaikum,
saya nak mntk nasihat ust berkaitan dengan masalah saya.saya adalah seorg pelajar science stream yg bercita2 utk mengambil medic.tapi,Takdir ALLAH menentukan saya mengambil biomedic.lalu,byklah terdengar di telinga saya kata2 yg tdk menyedapkan seperti bidang ni tak de kerja,tak de masa depan dll.dan saya juga sgt sedih bila org hanya memandang tinggi kpd student2 medic.ada kwn sy turut mengalami mslh yg sama bila dia mengambil bidang agama.sy mntk nasihat ustaz supaya diteguhkan atas jln ini.syukran
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
testing
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
jzkk ustaz, akak kena kuat semangat sbb kena ambil 3 kursus trimester dan 2 kursus trimester depan sambil kena buat research proposal to be submitted within one year. Rakan2 di uni lain terus buat penyelidikan.
Kena sematkan di hati utk bersabar melakukan apa yg kita tak suka utk kemudiannya melakukan apa yg kita suka.
Respond to this comment [with empathy]
about 10 months ago
Sekadar perkongsian, lebih 20 tahun yang lalu semasa akak habis SPM akak tidak mempunyai fikiran “Begin with the end in mind” jadi seperti yg dialami oleh ustaz, penemuduga dan penaja menentukan pengkhususan. Bezanya aka mengikut nasihat mereka walaupun minat akak pada bidang kaunseling.
Maka akak memulakan kursus persediaan keluar negara dalam bidang pre-engineering, tetapi kerana tidak dapat menanamkan minat akak tukar kepada kursus Comp. Info Sys. Sekali lagi kerana gagal memupuk minat membuat programming walaupun keputusan baik, akak menghubungi MSD, mereka menyuruh akak meneruskan pengajian kerana keputusan yang memuaskan.
Jiwa remaja yg sentiasa mahukan apa yg dihajati membawa kepada akak menggagalkan diri untuk satu kursus komputer, fikir2 balik memang kerja tidak waras. Dgn keputusan peperiksaan yg merudum itu akak cuba meminta tukar kepada Ekonomi tetapi mereka meminta akak pulang ke Malaysia dan menyambung di UIA. Aduhai, naya pula kena marah dengan ibubapa dan apa pula kata orang kampung sebab cepat sangat dah balik.
Akhirnya akak mengambil kursus kewangan (yg didaftarkan dgn MSD) dan kursus Ekonomi yg akak buat juga senyap2, cuma jadikan semua subjek elektif adalah subjek ekonomi. Akhirnya akak terbuat double major.
Alhamdulillah akak sempat pulun untuk perbetul CGPA dan loan convertible to scholarship, kalau tidak menyesal seumur hidup!!!
Amaran: Jangan tiru aksi ini….
Respond to this comment [with empathy]
about 10 months ago
Salam ustaz,
Terimakasih dengan article ni. Nanti kalau anak saya pulang dari asrama saya nak bagi dia baca. Tahun ni dia ambil SPM. Bila ditanya kakak nak ambil jurusan apa bila habis SPM nanti…jawabnya, entahlah emak. Kakak jadi surirumah jer boleh tak?
Kelakar betul lah anak aku ni. UPSR dan PMR nya cemerlang…tapi tak tahu nak jadi apa.
Respond to this comment [with empathy]
about 10 months ago
To Kak Ija…
Samalah kita. Main belasah jer apa2 pun boleh…janji sambung belajar.
Dapat biasiswa JPA, buat A-level, pergi UK…grad, balik.. kahwin !
Respond to this comment [with empathy]
about 8 months ago
salam ustaz…sya bannat yg ambil STAM tahun ni…alhamdulillah bermanfaat jg sya masuk blog ni…sya ada masalah ni ustaz…kadang-kadang sya tak pasti ngan keputusan ambil STAM..mungkin disebabkan nakmsambung p tanah arab kot n berminat sangat nak jadi peguam n syariah…tapi pelik, kebolehan sya menurut guru-guru n teman-teman dalam bidang matematik…sya tak berapa dalam bab hafalan ni sebenarnya…tapi sya berfikir sya kena juga kuasai bahasa arab tuk menyambung di mesir tahun depan kalau ada rezeki..
Respond to this comment [with empathy]