Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga
Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.
Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.
Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.
Luar biasa…
Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?
Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?

Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]
Itulah realitinya.
Bahawa biar sehangat mana pun cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak lagi mampu ditolong.
Mengapa cinta menjadi permusuhan?
Apakah yang menguji manusia di Mahsyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang saling mementingkan diri?
Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah TEKANAN. Itulah ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata. Barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa dunia memang sementara, namun kesan amal berkekalan selamanya. Dan hari Mahsyar itu setiap insan berada di bawah TEKANAN yang maha dahsyat.
Ibu sanggup menggadaikan anak demi untuk menyelamatkan diri.
Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas dari seksaan yang sedang menanti.
Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan. Dua kekasih saling menyerang pasangan masing-masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan.
Kecuali manusia bertaqwa.
Wahai pasangan yang bermadu kasih, ingatkah kalian pada khutbah yang mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA suatu hari dahulu? Tiga ayat yang dibacakan kepadamu, segalanya berbicara tentang TAQWA.

Pesan itu adalah pesan Tuhanmu. Pesan yang disampaikan di lisan Nabimu. Pesan yang diperpanjangkan kepada khutbah nikahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa taqwa. Hanya derita pemusnah cinta, manusia tersungkur di pantai derita, meneguk neraka dunia sebelum Neraka di Sana.
Neraka dunia yang menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yang amat menghimpit beban. Soal anak, soal pekerjaan, soal keinginan, soal ketidakpuasan, soal kemahuan, soal kesangsian. Rumahtangga yang belayar di tasik madu, menjelang senja dihiris sembilu.
“Lepaskan saya. Saya sudah tidak sanggup lagi,” bentak isteri yang terbeban oleh tekanan perasaan.
“Sabarlah isteriku. Mari duduk mencari petunjuk,” pujuk suami dengan linangan air mata.
Anak-anak menggeletar terperosok di sudut gementar. Melihat ayah dan ibu bergaduh cakar mencakar.
“Bukankah kami hadir kerana cintamu?” bisik si anak kepada hatinya, merayu kepada Tuhan agar mendamaikan sepasang insan tempat dirinya berpaut hidup.
“Sudah-sudah. Tidak perlu dibincang-bincangkan lagi. Lepaskan saya. Hantarkan saya balik ke rumah emak di kampung!” si isteri terus mengamuk.
“Bagaimana dengan anak-anak kita?” suami merenung wajah anak-anak yang kebingungan. Terasa hangat pipi dihujani hiba.
“Semuanya salah abang. Sudah berapa kali saya beri peluang. Abang masih tidak berubah. Abang bekerja untuk keluarga, hingga hancur keluarga. Kalau selama ini kami bahagia tanpa abang, kenapa perlu lagi saya menderita menanti abang. Saya ada cita-cita sendiri!” si isteri mengesat wajahnya dengan lengan. Kata-katanya penuh simpang siur perasaan. Tidak pasti apa yang dimahukan.
Kecuali sebuah penceraian…
Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selaluSuatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanyaKau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewaOleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan meranaPerkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkanUsahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadiLagu dan Lirik: Suhaimi Mior Hassan
Tekanan bukan sahaja menjadikan seorang kekasih memusuhi kekasihnya di Akhirat, bahkan tekanan itu juga menghilangkan cinta tatkala menempuh kehidupan dunia. Hingga tidak sempat-sempat menuju penceraian, semata-mata ingin lari daripada sebuah tekanan.
Itulah yang banyak berlaku hari ini.
Pelik sekali, setelah ghairah bercinta kita melangkah ke alam rumahtangga. Belum sempat anak membesar bergegas pula menuju penceraian. Dan janggal sekali, selepas bercerai barulah timbulnya damai. Boleh keluar makan bersama, boleh bergilir melayan anak-anak. Suami isteri payah serasi, biar sekadar teman yang mesra. Semuanya kerana gagalnya manusia, menguruskan tekanan, realiti kehidupan.
Justeru wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya Neraka abadi di alam Sana.
![]()
“… kecuali orang-orang yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43: 68-70]
Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.
Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.
Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati…
Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.
Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Assalamualaikum…
Itulah ustaz,hidup dikelilingi syaitan:
-masa bercinta :haram ,syaitan suruh kawan2 ( sepatutnya jgn kawan)
-dah kahwin: halal,syaitan suruh lawan2 ( sepatutnya jgn lawan )
-dah cerai : haram, syaitan suruh kawan laa balik.
carilah kekuatan untuk lawan syaitan ye ustaz!!! cabaran.
Salam..terima kasih ustaz atas coretan yang amat menyayat hati.. pasti menyedihkan bila apa yang kita idamkan x menjadi kenyataan… satu persoalan ustaz..mcm mana nak menjadi pasangan yang bertakwa tuh??
@sweet_purple, bermula dengan mencari pasangan…tp yang menjadi keraguan di hati ini,,betulkah pilihan aku ni?adakah cinta aku benar2 kerana takwa kepada Allah atau sekadar pandangn nafsu semata2..satu persoaln yang menganggu benak fikiran..*****
@amin,
Maksudnye kita perlu menilai diri sdri dahulu kan…samada hati ni kita benar2 jaga.. bermula dari diri.. baru akan mudah dpt pasangan yg baik2 .. macam tuh ke? xpe.. doa banyak2 ..mengadu pada Allah..mudah2an kita ditemukan pasangan yang baik2 ek..
Salam,
Sekarang ustaz banyak tumpu pada artikel ‘cinta’.
Baik juga tu kerana blog ni pun ramai penunjungnya muda mudi.
Ok le tuh
salam ustaz..
slps baca entry ustaz kali ni..sy dpt merasakan bahawa..psgn yg bercinta mahupun yg sudah bernikah..xmenetapkan arah hubungan mereka kepada ALLAH..bukankah kita perlu mencari psgn untuk bercinta agar cinta kita kepadaNYA menjadi lebih hebat lg?
sy belum bernikah lg..dan artikel ni membantu sy untuk lebih bersedia dgn ‘peperangan’ bersama syaitan laknatullah semasa dlm perkahwinan kelak..insyaallah..semoga ALLAH bersama kita sentiasa..
takbir..sy pun belum
hmmm..lagi tentang cinta…ustaz tidak mahu ulas isu Bahasa . isu PPSMI??? pembelajaran anak ustaz di dalam kelas..ini satu idea untuk ustaz juga…
@miss nur,
hari ini adalah hari terakhir untuk saya submit manuskrip buku AKU TERIMA NIKAHNYA SIRI II. dalam kesuntukan masa, saya memaksa diri untuk melengkapkan artikel selama seminggu dua ini.
jika lebih berminat dengan isu semasa, maafkan saya. tetapi mohon jangan ditulis:
ia meracun semangat saya, seolah-olah artikel ini tidak punya sebarang isi dan sama sahaja dengan artikel-artikel sebelumnya. atau dalam bahasa Islam, LAGHA.
saya sudah mengulas isu bahasa ini di dalam artikel PUTUS BANGSA KERANA BAHASA di bawah Diari Kembara Turki, juga di dalam artikel KHUTBAH JUMAAT YANG PENUH EMPATI di bawah Diari Kembara Eropah.
jika saya berjaya mengorek buku-buku yang bertimbun di dalam kotak tu, saya akan cuba tulis artikel tentang pejuang Bahasa Turki di Bulgaria iaitu Recep Kupcu, Insya Allah
Maaf kalau bosan dengan tajuk cinta. Jemput ke ratusan blog lain yang lebih semasa.
@Abu Saif,
Pada pandangan saya, isu yang ustaz bawakan kali ini cukup penting. Bagi yang pernah melihat dengan mata kepala bagaimana banyak hubungan berada di ambang penceraian. Tertanya-tanya dimanakah punca, dimanakah penawar tentu akan sangat-sangat menghargai tulisan kali ini. Kadangkala kita serabut cuba mencari dimanakah puncanya. Di manakah mulanya. Sebenarnya persoalan kembali kepada perkara yang paling akar tetapi seringkali terlepas pandang. Tentang cinta yang bersulamkan taqwa. Terima kasih ustaz kerana kembali mengingatkan semua pembaca.
Benar kita ada institusi intelektual yang perlu dipertahankan, tetapi jangan juga terlupa kini semakin banyak institusi keluarga dan cinta yang menanti rebah. Semuanya perlukan dos-dos ubatan.
Wallahua’lam.
@Edry, Pembentukan keluarga Islam yang bertaqwa penting dalam proses menguatkan masyarakat Islam. Keluarga2 kecil yang bertaqwa ini bila dikumpul dapat membentuk masyarakat Islam yang pastinya bertaqwa juga.
@miss nur
mohonlah miss nur…jangan berpandanagn begitu ya..saya (kami) suka idea ustaz tentang yang diperkatakan ini..sekurang-kurangnya ustaz membuka minda yang tertutup,..usahlah menunding jari lagi..
Apa jua TEKANAN tetap perlu dihadapi dengan TAQWA, kalau tertekan dengan isu PPSMI kita tetap perlu berTAQWA, berAKHLAK dsbnya. Lakukan apa yang kita mampu, elakkan memberi TEKANAN kepada org lain semata2 kerana kita rasa tertekan.
@miss nur,
Setuju dengan Ust. Isu semasa dah ramai mem’blog’kan. Bukankah isu cinta keistimewaan Saifulislam.com??
isu PPSIM tu sila bukak buletinoneli, trengganuonlinve v8 ke…kat situ bulihlan bangkitkan isu2 tu…inilah kelebihan ust SAIFULISLAM…idea dan pandangan masing2…kerana masyarakat kita dilanda kelunturan dan kehancuran isnstitusi kekeluargaan…kerana tiada pengahyatan nilai yang baik…tgklah kes Ruslin hasyim dgn bekas isterinya…12 ahri khwin..apa ke hal ni?..cinta main2 ke?…yang 20 tahun khwin bercerai kerana apa?…ini persoalan masyarakat…kerana masyarakat dihidnagkan dgn CINTA BOMBASTIk DAN PLASTIK…penuh kepalasuan kerana tiada penghayatan niali-nilai yang baik terutama niali-nilai islam….bayangkan 70, 000 kes perceraian yang sah dimahkamah..tu yang dah selesai…yang dalam proses mahkamah?…apa yang berlaku sebenrany..kenapa?..mengapa?…menurut berita kes perceraian kerana orang ketiga dan yang sedihnya Poligami yang menjurus ke arah perceraian itu…nampaknya ramai yang ingin menegakkan sunnah rasulullah ni…tapi sebaliknya bercerai berai….anak2 menajdi mangsa…kerana bak kata saifulisalam..DIBIUS CINTA yang mengasyikkan…inilah mehnah terhadap mawaddah dan warahmah…
wslm
@ummuahmad, Kak,saya rasa tidak perlulah state nama sesiapa…aib bagi mereka,dosa bagi kita.Kita ambil pengajaran sahaja.Mungkin itu sebagai contoh,tapi kurang manisnya dinyatakan disini.Mereka ada alasan tersendiri untuk bertindak demikian..
Salam muhibbah buat akak…
@Ibnu Aiman,
Salam dari KLIA.
Pemain badminton itu yang membuat kenyataan media, menghebahkan penceraiannya dengan isteri. Mungkin kecil hatinya jika nama dia tidak disebut
@Abu Saif, Jika sungguh bagai dikata… benar mungkin kata-kata ummuahmad…manusia itu aneh bukan.
@Ibnu Aiman,
maafkan akak ye…memang x manis mengaibkan individu terbabit…tertulis namanya sebab heboh kat paper..seluruh Malaysia tau tentang Pemain badminton ni…apa pun akak tumpang sedih di atas semua berlaku ni…sedih kerana keadaan masyarakat kita ni…semoga akak dan keluarga akak terhindar dari malapetaka yang melanda masyarkat kita..yang penting berdoa agar anak2 kita semua menjadi insan yang terbaik di celah-celah kelunturan akhklak remaja dan masyarakat kita hari ni…memang satu kerja yang amat sukar kerana didikan dulu dan sekarang adalah berbeza…berbeza kerana sekrang terlalu banyak program dan komunikasi tanpa sempadan..kemudahan HP, internet, dan lain..semuanya hanya di hujung jari anda…pemilihan di tangan kita…andai terbius dgn semua ini…allahuakbar….kerana biusan ini tidak mengira sesiapa jua…fitnah yang maha dasyat yang menimpa umat muhamad….salah satu tanda kecil kiamat menular dalam masyarakat kita…wslm
@ummuahmad,
pemain tu xcouple pon kn?
kawin pastu cerai.amende ntah.
(bukan nk ckp die cerai sbb xcouple ye.)
@ummuahmad,
Salam..jika nak melahirkan ummah yang bertakwa segala bermula dari ibubapa yang mendidik anak2 … nak jadi ibu bapa kena la bercinta,kenal2 pasangan dan memilih pasangan yang terbaik..
Nak bercinta kena la bercinta dengan ‘bijak’ .. cinta yang x memakan diri sdri … kalau x cukup bijak …kenala ada seseorang yang bertindak untuk memberikan tunjuk ajar …. motif ustaz melahirkan artikel sebegini bukan untuk membuatkan kita hanyut dgn cinta … tapi memberikan kita panduan atau guideline dalam mengenal diri dan pasangan …
Bila tak cukup ‘bijak’ tu lah yang akan memakan diri ..segala impian dan harapan akan musnah dek termakan dengan hasutan syaitan dalam nak memenuhi nafsu … Nauzubillah ….
Mudah2an buat yang solo macam saya ni akan ditemukan dengan pasangan yang benar2 ingin melahirkan generasi yang bukan Islam dalam surat beranak sahaja tapi Islam yang sentiasa di hati … dicerminkan melalui akhlak yang baik2 dan beribadat hanya untukNya …Amin ….
@sweet_purple,
Artikel-artikel ustaz, secara jelas tidak mengatakan keperluan bercinta sebelum berkahwin, namun menegaskan keperluan ta’ruf dengan cara yang dibenarkan syara’ i.e melalui orang tengah dan artikel ini terutamanya menceritakan fokus proses cinta semasa kahwin dan asas kepada perkahwinan.
@mrsalqasam,
Kenal2 tu bukan cinta gak ke?? hehehe
@sweet_purple,
Adik, adik sweet_purple. Ni dah faham ke konsep taaruf pasca pernikahan macam yang ustaz sebut dalam buku ATN dan artikel-artikel beliau. Taaruf syarie dalam amal jamaie selalunya punya prosuder-prosuder yang berperingkat yang terjaga ketat, rahsia yang disimpan rapi yang melibatkan orang tengah yang telah berkahwin. Taaruf tidak semestinya akan terus masuk kepada peringkat menerima atau menolak. Biasanya berdasarkan ciri-ciri atau kriteria tertentu atas kecenderungan atau permintaan pihak lelaki @ perempuan. Andai tidak menepati ciri-ciri atau kriteria yang dimahukan, tidak ada proses seterusnya berjalan iaitu melihat wajah. Semuanya berjalan sesuai dengan Sunnah yang diajar Nabi saw dan meraikan hak dan kecenderungan masing-masing. Tidak semua taaruf berakhir dengan perkahwinan dan tidak semua taaruf membawa kepada melihat wajah i.e melalui gambar atau risikan ke rumah parents. Semuanya ada stages dalam Baitul Muslim. Malah kebanyakannya pasangan yang melalui prosuder macam ni, tidak ada perasaan cinta, tidak bercinta malah tidak pernah bertemu muka melainkan waktu risik dan bernikah sahaja. Taaruf yang dimaksudkan bukannya kenal-kenal macam cinta awam mereka yang tidak faham Islam. Memadai mengetahui akhlak, peribadi, pandangan/prinsip hidup, latar belakang keluarga dari orang tengah yang telah berkahwin yang mana suami/isterinya mengenali pihak lagi satu dengan dekat dan tepat. Belajar dan faham konsep taaruf dalam amal jamie dulu dik ye!:)
Pesan Umar Al-Khattab: “Hendakah jangan kamu menilai lelaki yang soleh itu hanya dengan melihatnya di masjid sahaja namun hendaklah kamu melihat bagaimana muamalah ketika berurusan dengan orang lain.”
@alqasam, salam..tapi kan akh/ukhti..saya pelik ngan sepasang bm nih (melalui sistem yg betul)..pas taaruf, diorang bermesej hari2..calling2..sekarang dah kurang sket. pastu kata..itu la ber’bm’..nasib tak jumpa je sbb jauh kot..haa..gane tu?
buleh ke haa..??(gaya upin ipin)
@eeman,
kalau berminat dengan masalah-masalah, penyelewengan dan salah guna BM, saya boleh buat sebuah buku mengenainya.
masalah dengan pasangan yang dibantu
masalah dengan kepala yang mengendali
masalah membelakangkan mak bapak atas nama fikrah dan jemaah
masalah dengan orang-orang yang gagal diBMkan
kesemua masalah tu ialah masalah manusia-manusia yang terbabit. so, buatlah apa yang patut berkaitan manusia, sistem BM tetap satu wasilah yang neutral
@eeman,
artikel ni muhasabah yg baik.
bila baca, rasa ahhahhh ada benarnya…macam pernah terjadi.
yg kita harap bila kita tersilap, kita akan selalu ditarik balik
ke pangkal jalan
untuk betulkan kesilapan
supaya yg lebih teruk tak berlaku…
Moga Allah selalu beri hidayah dalam tindakan
thanks ustaz…artikel yg baik
allah yubarik fik
teringat kisah abg sendiri yang akhirnya perkahwinan mereka yang bertunjangkan dasar cinta roboh ditengah jalan. Yang menyedihkan tumbesaran anak2 yang dikelilingi dengan rasa tak hormat kepada ibu sendiri akibat dari herdikan/cacian/tekanan dari bapa mrk sendiri. Sy pun tak tahu apa cerita hal kakak ipar sy skrg. Sy benar2 simpati dengan beliau, tapi sebagai adik, tak mampu sy untuk menasihatkan abang sy.
terharunya lagu ‘suatu hari nanti’ nyanyian Sohaimi mior Hassan..beliau orang lama seni ya ustaz?
benar..kasihkan sahabat dan keluarga..
cintalah sampai ke syurga…
aduhai..sy baru kahwin sebulan lebih.. artikel ini beri input dlm diri.alhamdulillah…..
sy sgt2 seronok bile ust tulis psl cinta etc..sooo ust tulis la byk2 lagi psl nie…sbb ssh nk cari tulisan y santai n bess psl nie…buat pedoman muda mudi zaman skrg y mmg mabuk cinta..byk dpt input n pengajaran..keep up d entries comin iye ust hihi…
Salam.
Artikel yang best!
Ustaz, boleh ulas sedikit mengenai kefahaman masyarakat kita, iaitu, kalau wanita yang kematian suami menikah lain dia takkan dapat jumpa semula suaminya di syurga?
iznkan juga saya cuplik artikel ustaz ini ke laman kami:
http://www.al-fikrah.net
jemput bertandang ke laman kami ustaz.
Mengikut sejarahnya Utz HAJ juga adalah (bekas) panel Al-Fikrah…?
salam ustaz, tq diatas usaha ustaz yang tidak pernah jemu mencurahkan idea dan nasihat kepada umat islam. Janganlah ustaz lemah semangat terhadap komen yang tidak membina. Anggaplah ia sebagai cabaran untuk ustaz memajukan diri dalam penulisan.
Assalamualaikum.
Menarik sekali perkongsian Abu Saif.
Salam persahabatan dari saya.
Abah Yasir.
Congratulations and thank you for this gentle reminder, abu saif. any articles about marriage is always welcomed and relevant.
…den sonyum jo…aiceh. Dengan harapan, kita mencari cinta dunia dan akhirat. Doakan saya ustaz dan semua pembaca di sini.
betul pe yang sutaz coretkan..sekarang ni saya tiap-tiap hari mesti buka website ni..dah jadi addicted pula=)thanks ustaz sebab berkongsi ilmu-ilmu yang sangat bermanfaat,yang susah nak didapati secara formal..hal ehwal cinta@rumah tangga,rasanya alangkah susah nak bercerita dengan ibu bapa sendiri..dengan adanya medium begini,sekurang-kurangnya terbuka lah minda=)
bercinta biarlah sampai syurga..dan biarlah cinta yang ada ni memebawa kita ke syurga..saya sebenarnya nak berkongsi kehairanan saya,kenapa kita selalu ucap selamat pengantin baru, moga bahagia sampai anak cucu..rasa macam ada kekurangan pada ucapan tu, jadinya sekarang kalau saya ucap selamat pengantin baru untuk kwn2, saya akan cakap semoga bahagia dari dunia sampai syurga=)
sy (kami) tidak bosan utk topik ini malah sering mendahagakan bnda yg semacam ni..jgn padam api semangat tu ustaz..tulis bnyk lagi..camne nk dpt ye buku ustaz yg siri 2 tu kat luar?sy baca yg siri 1 pn kat sini tp x tahu camne ada buku tu.pnjm dari senior U lain.
salam ustaz,
mohon ustaz dapat bongkar cinta suci Saidatina Aisyah terhadap Rasulullah SAW…menangani pelbagai suka/duka semasa kehidupan baginda, dan selepas kewafatan baginda SAW…moga dapat jadi panduan kami. syukran…
Tiada lafaz yang lebih agung,kalimah cintamu…
Patutnya kan,cintaMu dulu,barulah cintamu..
Dah dibius cinta,semuanya indah belaka
Ustaz,izinkan saya copy paste post ustaz tajuk ini ke dalam blog sy?
salam ustaz.
saya harap ustaz tak patah semangat dengan komen miss nur.
sy suke artikel2 yg ustaz tulis. byk panduan, tips…kdg2 nak ckp hal cinta dgn mak ayah segan…….x berani agak ape yg mereka fikir…….website ustaz la yg jd rujukan..keep up the good work ustaz.
p/s:sy baru je pnjm buku ATN drpd kawan.insyaallah lps exam minggu depan sy baca.doakan sy utk exam ustaz.
Lagu Suhaimi Mior Hasan..
penangan cinta …
persoalan yg menarik ana kira…
harus diteliti sebaiknya..
“Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata? “
(Oh, tidak masuk rupanya komentar ana semalam.)(
Simply touching and incredibly moving.
I never even slightly think that whenever Ustaz written marriage/relationship related article its solely about love yet it totally ‘hit the nail on the head’ of the core of our/society problem; Family. Family is the most crucial elements yet has been neglected the most. Everything begins with the husband and wife. Man and woman.
Thanks for the beneficial reminder. As for me, I will take the note: To really know how to handle and manage stress wisely so that it wouldn’t make me forget the basis of the marriage which is: TaqwAllah.
Irhamna Ya Rab!
Salam semua.
Cinta perkataan yang indah dan suci..Sekiranya taqwa menjadi benang2 dalam menyulam cinta.
Mabruk ustaz artikelnya..Saya pun pernah melihat sendiri realiti percintaan,perkahwinan yang putus di tengah dijalan.Bukan sekadar membaca cerita artis2 tetapi realiti masyarakat byk berlaku.Astaghfirullah hal a’zim,takut mendgrnya bagi yang belum lagi membina masjid.
Saya berdoa semoga dalam perjuangan ini yang penuh mehnah,insyaAllah di penghujungnya ada manis..
Wassalam..Jazzakallah khairan kasir
Salam dakwah.ust..syukran ust.amat artikel ni utk ana dan teman2..smoga ada mnfaatnya brsm..
salam ustaz,
teruskan perjuaangan,
Penulisan ustaz sangat baik boleh dijadikan penawar kepada msyrakat kita yang ana kira agak kritikal penyakit hatinya pada masa kini, tulisan beginilah yang insyaAllah sedikit sebanyak memberi rawatan kepada hati-hati yang mati dan sakit.huhu.apapun segala pujian untuk Allah swt yang memberi ilham utk ustaz menulis. teruskan menulis ya ustaz..
wslm
Salaam,
Terima kasih di atas segala nota Ustaz tentang cinta.Bukan kerana cinta itu untuk mengkhayalkan.Tulisan Ustaz banyak memberi panduan,membuka pemikiran kita semua.Saya telah lalui saat bercinta, mendirikan istana, dan tamatnya sebuah destinasi perjalanan itu kini. Namun, saya takut untuk membenarkan hati saya untuk membuka pintu jalan sebuah destinasi semula..
banyak lagi kena belajar rupanya kalau nak kawin, huhu
ustaz,
kadangkala yg bercerai singkat ini sebenarnya pun baru sahaja mengenali namun masih tetap kahwin atas pilihan sendiri. jadi yg jelasnya jika bercerai puncanya adalah kerana nilai kualiti yang ada dalam diri belum cukup mantop lagi dan tambahan pula tidak mahu belajar mendengar dan menerima…hatinya keras…mungkin. betul tak ustaz?
Ustaz mengupaz dengan begitu pro.. Saya begitu teruja
salam,
ustaz, artikel kali ini menjadikan saya ingin menulis sepatah dua kata di ruang ini. juga apabila meneliti bait2 lagu sohaimi mior hassan tu rasa hati tersentuh sangat.
saya ialah antara pasangan yang tergolong dalam 70 000 seperti yang diwar2 dalam media tu. sedih sebab ia terjadi selepas 20 tahun melayar bahtera. sebab? terlalu berat untuk dinyatakan di sini. tetapi, semasa memilih pasangan dahulu, saya sudah cari yang beriman. saya pernah dinasihat jika seseorang sudah ‘mempunyai agama’ itu sudah memadai. nak cari yang complete harta, rupa dan keturunan saya rasa entah bila, sebab sayapun banyak yang tak complete. Jika iman ada, yang lain2 akan menyusul. itu harapan saya.
tetapi, jika satu saja yang disandarkan itu pun ‘goyah’…
itu merupakan pengajaran besar kepada saya. saban waktu saya doakan agar anak2 tidak mengalami nasib yang sama, semoga mereka ketemu pasangan yang boleh dibawa ke syurga.
saya redha walaupun terpaksa bertungkus lumus mendidik anak sendirian. harap ustaz dapat ceritakan nasib saya ‘di sana’ jika saya ditakdirkan bersendiri hingga ke akhir hayat saya. Allah Maha Adil. saya tahu Allah akan sediakan saya teman, tapi boleh ustaz detailkan?
falsafah saya tentang perkahwinan ‘kita adalah tidak sempurna tetapi perkahwinan akan menyempurnakan kita. syaratnya ialah masing-masing perlulah ikhlas kerana ikatan perkahwinan dimulakan dengan perjanjian yang menggunakan asma Allah, satu perjanjian yang sangat besar. (macam pernah dengar je falsafah ni..sori ya ustaz kalu terceduk..anak didik..!)
@ummus,
Perkara ghaib, apa yang akan berlaku di masa hadapan dan akhirat, hanya Allah SWT yang tahu.
sama gak dengan fahaman orang melayu yang mengatakan bila wanita berkahwin lain, beliau tidak akan bertemu dengan suami beliau (1st husband) yang sudah meninggal.
Jangan sedih dan resah. Berikanlah yang terbaik kepada orang di sekeliling kita.
Ntah le..
Tapi pada pendapat saya, apa juga keadaan kita, kita mesti berusaha untuk memberi yang terbaik kemudian tawakkal, redha dan akhirnya pasrah dengan apa juga ketentuan Ilahi sama ada baik buruk atau buruk pada sangkaan kita.
Yang pastinya, Allah jualah yang Maha Tahu akan hikmahnya.
Jangan sesekali kita kesal dengan apa yang sudah lepas, tetapi teruskan hidup serta optimistik dengan masa hadapan.
Saya kenali seorang motivator terkenal, seorang ibu tunggal yang tidak pernah sama sekali mengeluh dan menyesal dengan kehidupan beliau sebagai seorang ibu tunggal.
terima kasih atas respons.
skrang saya sedang struggle untuk kelangsungan hidup kami anak beranak. syukur ramai yg sudi membantu dari segi moral, semangat, material. rahmat Allah amat luas. tentang hidup di alam sana, saya serahkan kepadaNya juga kerana saya percaya akan rahmat dan kasih sayang Allah.
cuma kalau ummu@abusaif (juga lain-lain) ingin berkongsi ialah tentang hakikat redha, kemaafan, dendam.
saya cuba redha dengan apa-apa yang telah berlaku walaupun saya masih lagi ada perasaan untuk terkilan iaitu mengapa x husband saya sanggup tinggalkan kami dengan mudah (sekurang-kurangnya anak kami ramai dan alhamdulillah baik dalam pelajaran). walaupun yang dipilihnya ‘tidak menjadi.
kemaafan. saya cuba memaafkan dia kerana mengamalkan ajaran rasulullah dan nasihat2 motivator walaupun banyak masalah antara kami belum selesai terutama berkait dengan nafkah.
dendam. saya harap saya bukan pendendam kerana saya tidak dapat menerima dia balik sebab atas semua yang berlaku selama kami bersama dan selepasnya. terlalu berat dugaan yang saya tanggung selama ini, ramai yang bersimpati sama ada ahli keluarga, jiran, sahabat (kecuali dia dan keluarga). tidak pernah terkeluar perasaan terkilan, kesal, sedih atas semua yang berlaku.
mungkin perkara ini masih baru (setahun lebih), saya masih tidak boleh lupakan, tapi syukur pada hari ini perasaan itu semakin berkurangan dan saya ingin betul2 redha, memaafkan.
maaf kerana mengambil ruang ini sebagai ruang peribadi. kata2 abusaif iaitu hidup untuk memberi, tersangat besar pada saya sehingga saya rasa ustaz bukan manusia normal (dalam kes kehidupan saya). jika dibuat undian, mungkin manusia seperti ustaz ini dalam lingkungan 5% sahaja di atas dunia ini..betul tak?
jumlah 5% itu diharap dapat diluaskan. moga kaum lelaki terutamanya ubahkan nawaitu, jadilah pemberi yang ikhlas sebelum anda memasuki bab ‘aku terima nikahnya..’
‘bercinta sampai ke syurga’ amat mudah dijadikan bahan tuturan, bait-bait puisi, tapi, bagaimana pelaksanaannya? jika perahu kecil teroleng oleng di tengah lautan bergelora dan kaptennya tidak cekap berfikir/berkemampuan berbuat apa2. bagaimana halnya dengan anak-anak kapal?
sekian maafkan jika emosi sedikit. tak emosi cuma meluahkan rasa terbuku dan mengharap kaum adam terutamanya mencontohi frasa ‘erti hidup pada memberi…’ sekian.
@ummus,
Salam semua..
5% sahaja? Itu saya tak pasti.
Tapi tanggung jawab untuk mentadbir dunia ini bukan jatuh atas bahu lelaki sahaja. Itu tidak adil.
Selepas Rasulullah wafat, para Ummul Mukminin lah yang membantu menyebarkan Islam dan tempat para sahabat merujuk hadis, sunnah dan lain-lain urusan.
Apa-apa pun, it takes 2 to tango.
Yang pastinya, bukan seorang tapi ke dua-dua mesti ada niat memberi dengan ikhlas.
Manusia bukan malaikat, dan malaikat bukan manusia.
Ummusaif
Surely, with difficulty is ease. With difficulty is surely ease. -al-Inshirah
kepada ummus..
dan juga pembaca sekalian..
positiflah dan redhalah dengan ketentuan ALLAH swt..
antara anda dengan suami (atau bekas suami) adakah pasti
diakhirat nanti siapakah yang lebih baik amalnya?
jika jawapannya tidak pasti.. mulakanlah semua usaha positif
dari dalam diri.. dari dalam diri
jangan kita mengharap orang lain.. kaum adam atau sesiapa sahaja yang kita fikir berada dipihak yang salah untuk berubah..
perspektif mereka siapa tahu? terutama tentang benar dan salah..
biarlah kita menghadap ALLAH nanti dengan keadaan kita MENANG
bukannya kemenangan di DUNIA..
wallahualam.. maaf zahir bathin
cinta sampai syurga. bersama menegah mungkar dan bersama mengamalkan maaruf….kalu salah satu je yg mengamalkan maaruf, seorang lagi asyik buat yg mungkar dn tidak ditegah olh pasangannya, adakah ini juga dinamakan cinta di dunia, musuh di akhirat?
http://addinlove.blogspot.com/
salam
jazakalah ustaz,atas artilkel ni,
ana paste kat blog ana,dan tulis sumber web ustaz.
ustaz ana sedikit hajatan.
ana perlu bantu ummi dan ayah ana .
tolong ustaz sarankan buku yang effektif untuk kembalikan cinta dalam umah tangga yang boleh ana bagi mereka baca.
atau apa keadah terbaik anak , untuk kembalikan cinta ibu dan ayah mereka?
mereka ni aktif dulu dalam gerakan islam kat malaysia,merentasi suma jemaah ,baik tabligh,pas,abim,jim dan sekarang beruzlah,-tapi ana alhamdulilah masih Allah bagi nikmah tarbiah dalam jemaah..Tapi memang sulit masalah cinta ni ustaz.ana juga tak paham,(terutama ummi ana,) .sampai ana juga lemah nak nikah,lagi tanguh saja.
boleh gi blog ana untuk tahu secara ringkas masalah besar yang sedang ana betul-betul sulit memikirkan.-salah satu tujuan blog ana adalah masalah mereka,
kalau sesiapa ada cadangan yang apa aku boleh buat untuk mereka,
amat dialukan,
jazakalah,atas perhatian antum.
ustaz, saya x pernah jemu baca artikel ustaz ttg cinta. bahkan confirm saya print dan uar-uarkan pada para pelajar saya. saya galakkan mrk layari laman ustaz, baca dan fikir habis2 sblm terjebak dalam dosa bercouple. alhamdulillah, ada yang meninggalkan kesan… terima kasih kerana kalau saya menggunakan hujah dalil , kadang2 saya tidak mampu memahamkan mereka dosa cinta di zon haram..sebaliknya perlu guna dalil akal juga utk memahamkan intelek di kolej ini. teruskan artikel berlatarkan cinta, sesekali saya x akan kata: emm… cinta lg. sebaliknya: wow, cinta lagi!
Assalamualaikum
Cinta betunjangkan TAQWA, adalah cita 2 makhluq yg bertemu kerana kecintaan mereka kepada Allah, yang MAHA KEKAL. Sudah tentu sesuatu yg bertunjangkan yg KEKAL akan bertahan kukuh, walaupun tubuh sudah dimamah bumi. Cinta yg bertunjangkan sesuatu yg FANA’ akan reput apabila tunjangnya mereput. Sesungguhnya kecantikan zahiriah, harta atau nama, semuanya bersifat FANA’, sementara.
Salam,
Bagaimanakah sifat pemuda-pemudi dibawah asuhan Rasulullah SAW itu? Adakah mereka itu:
1. Menjadi sangat risau dengan satu jerawat kecil yang tumbuh dimukanya?
2. Resah gelisah kerana putus cinta?
3. Memberi tumpuan berjam-jam untuk memilih baju dan make up yang dapat menambat hati kekasihnya?
Atau hati dan pemikirannya diisi dengan sesuatu yang lain, yang lebih besar dan lebih tinggi? Beriman, beramal soleh, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, berjihad dan bersabar sehingga shahid. Pulang kepada kaumnya sebagai pahlawan atau shahid dan diangkat untuk berehat di syurga.
Segala-galanya bermula dengan cinta kepada Allah. Dan, semua cinta itu bermula dengan berkenalan. “Tak kenal, maka tak cinta.”
Allah mengutuskan pesuruhNya untuk mendidik pemuda-pemudi ini dengan mengenal Allah, sehingga selepas beberapa waktu, perkenalan itu melahirkan hormat, terpesona dan cinta yang membahagiakan. Sehingga setiap dari mereka memahami dan menghayati bahawa Allah dan Rasul adalah lebih layak untuk mereka cintai daripada diri mereka sendiri. Semua cinta yang lain berdiri diatas cinta yang besar ini. Kita mencintai seseorang kerana Dia juga mencintai Allah, dia taat kepada Allah, dia menjauhi larangan Allah, dia melaksanakan deen kedalam kehidupannya. Dia mengikuti Rasulullah SAW.
Oleh itu, cinta pertama seorang mukmin ialah cinta kepada Allah. Cinta yang lain datang kerana dia sesuai dengan kehendak Allah. Janganlah pula kita bercinta dengan seorang manusia tanpa ada hubungannya dengan Allah. Bercintalah dalam rangka beribadah kepadaNya. Syurga itu mudah untuk diberikan oleh Allah kepada seseorang yang dicintainya atau diredhai olehNya.
Persoalannya: Bagaimanakah pemuda-pemudi seperti ini lahir dizaman ini?
…cuba berada diluar kotak.
Nasihat untuk diri sendiri dan shbt-shbt semua. Mungkin bermanfaat.
Wallahua’lam.
kita wujud di dunia ini kerana cinta..setiap insan di dunia ini memerlukan cinta..cuma yg membezakan cinta itu adalah antara cinta kerana nafsu atau cinta kerana Allah..
teruskan ustaz dlm memberi panduan berkaitan cinta..jgn putus asa dgn kata-kata yg menjatuhkan..
saya bersyukur kerana menemui blog ini..memberi kekuatan ketika hati ini rapuh..memberi panduan ketika hati resah..
saya sedih melihat senario ank-ank muda yang kemaruk bercinta, dan akhir nya diri sendri tersiksa..lebih menyedihkan adik-adik perempuan yg terlalu muda sanggup mengenepikan ibu bapa kerana cinta lelaki warga asing sehingga lari meninggalkan ibu bapa menagih cinta yg terlarang..akhirnya merayu agar di bawa pulang..
semua nya kerana cinta..
pokok pangkal nya kembali lah kepada jalan Allah..insyaallah hati akan tenang dan merasa lebih bahagia..
jangan putus asa dlm memberi panduan dan peringatan kepada kami semua..
semoga berjaya dan berbahagia disamping keluarga tercinta..
salam…mantap ustaz…penulisan y amat terkesan pd jiwa ana..
“Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.”
ustaz,minta izin copy ya, ana akan tulis,copy from saifulislam.com
thanks..banyak menginsafkan saye…
jahil nya saya..
[...] leave a comment » Jodoh Tidak Datang Bergolek dan Bercinta Sampai ke Syurga [...]
salam.
terima kasih ustaz.ana rasa, ana betul2 disuntik semangat baru.teruskanlah mengupas isu2 berkenaan remaja kerana di bahu kami terletaknya tunjang kemajuan dalam apa bidang sekalipun.ramai yang menuding, remaja skrg rosak akhlaknya, runtuh sakhsiahnya, tapi sgt kurang yg sanggup membantu spt ustaz.sbg remaja, ana amat jelas berknaan keperluan dan permasalahan cinta.namun ana sungguh tidak mengerti bagaimana harus dikawal. dan ana tau, ramai yg ada ksdaran cuma tdk punya wasilah dan panduan utk memandu mrk ke arah yg lbh dberkati.smg Allah mrhmati ustaz dan kluarga.i’Allah, usaha ustz membantu msyrkt mendekati islam akn dibalas dgn nikmat terbesar, syurga ygkekal abadi.teruskan.wassalam.
kalau cinta kerana Allah insyaallah semunya selamat.. terima kasih ustaz
trima kasih,,,
Salam ukhwah fillah,,,
nak mintak izin nak simpan mana2 artikel yang berkenan di hati..
“Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.”
salam~~~
ustaz artikel nie memg best laa~~
byk sy dpt blajar tntg erti hidup ini~~
ustaz, syabas atas usaha ustaz…
isteri ustaz seorg doktor kan???
ustaz pernah bagi ceramah kat surau HUKM dulu..saya masih ingat ustaz cerita…ttg pengorbanan ustaz pada isteri ustaz…
cinta bukan untuk diperkatakan tapi untuk dihayati…………
akum ustaz,
arwah suami telah meninggal dunia pada 28.01.10. saya terlalu ingin bertemu dengan arwah di akhirat kelak. bagaimanakah caranya untuk saya beribadat agar saya dan anak2 akan bertemu dengan arawah suami di akhirat kelak.
Ustaz untuk golongan muda-mudi macam saya ni cabaran dlm bercinta ni memang betul2 cabaran. Walaupun saya tahu cara untuk menangani cabaran tu, berdasarkan hadis, kata orang tua, tp sebagai org muda yg TIDAK BERPENGALAMAN sangat susah nak menangani cabaran tu. Betullah kata nabi nafsu diri tu adalah perang paling besar. Anyway thx ustaz.