Mencari Khalifah Untuk Selamatkan Bumi Yang Parah

On 23/03/2009, in Teladan Hidup, by Abu Saif | 5,477 views | Print Print | Email Email |

“Wah, tahun 2000 nanti umur aku sudah 25 tahun! Macam manalah agak hidup pada masa itu?” saya bermonolog sendirian di bangku rehat.

Pemandangan dari kerusi favourite saya itu sangat mendamaikan. Padang sekolah yang luas terbentang, bukit SIS yang menghijau di seberang sana, pohon pine meliuk-liuk disapa bayu, kerusi batu yang tua dan usang itu adalah tempat saya mencari kerehatan selepas penat mengulangkaji pelajaran dan melayan 1001 kerenah manusia di sekolah.

Ketika itu saya baru berusia 17 tahun.

sis004

Mungkin tanpa sedar, salah satu sebab mengapa saya amat sayangkan Sekolah Izzuddin Shah, adalah kerana sejuknya sekolah itu dengan alam sekitar yang nyaman, biar pun ia terletak di tengah-tengah hiruk pikuk bandaraya Ipoh. Kerusi di tepi padang sekolah itu pula, adalah tempat saya berangan-angan, melihat masa depan.

Ketika itu pelbagai imaginasi dibuat tentang milenia baru nanti.

Saya masih ingat, Bing dan Bong dalam rancangan belajar Bahasa Inggeris di TV Pendidikan. Mereka duduk di rumah seperti UFO dan hanya makan pil untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Dalam hangat-hangat era kebangkitan Islam, al-Arqam juga menerbitkan majalah Dunia Baru Islam yang penuh ilustrasi futuristik, manusia berserban dan berjubah mengendalikan kereta terbang dan macam-macam lagi.

Polis pula mendenda pesalah laku di jalan raya dengan istighfar 100 kali dan bersedekah kepada fakir miskin.

b0161

Hebatnya bayangan manusia tentang tahun 2000.

Rupa-rupanya tahun 2000 manusia masih manusia yang sama. Mereka bersarapan dengan roti telur yang sudah tidak dibubuh bawang, mereka makan tengah hari dengan nasi berlaukkan ikan patin yang dibela dalam sangkar, dan mereka makan malam dengan nasi lemak panas yang dahulunya hanya kedapatan di pagi hari.

Oh ya, selepas Asar mereka makan lemang dicicah rendang yang dibeli di tepi jalan. Kalendar masih berbulan jauh menuju Syawwal.

Ya, manusia masih manusia yang sama.

Tetapi selera mereka sudah berbeza.

Selera yang besar itu menuntut dunia untuk tunduk memperhambakan diri kepadanya, biar pun dia tidak pernah bertanya dia itu hamba kepada Siapa!

Tahun 2000, manusia masih manusia yang sama, tetapi dunia semakin menderita. Hutan musnah, siang makin panas, hujan macam langit nak runtuh, banjir sudah tidak mengira musim. Sungai kotor berganda-ganda, air tercemar kotor penuh onar.

Dalam tafakur saya memikirkan akan hal ini, sahabat saya Erwan Johari menghulurkan kaset rakaman lagu baru ciptaannya. Saya diberi kepercayaan menulis lirik untuk lagu itu.

Inilah hasilnya:

Dunia Ini – Usrah Al-Firdaus

DUNIA INI

Dunia ini indah cantik dipandang
Rahmat Allah kepada hamba-Nya
Suria tersenyum riang insan aman bahagia
Menikmati kasih sayang-Nya

Dunia ini insan hidup harmoni
Dengan keadilan Ilahi
Pemerintah bertaqwa rakyat taat setia
Menjunjung Islam yang mulia

Sayangnya itu cuma semalam
Manusia lupa pada Tuhannya
Pohon rebah ke bumi gunung runtuh berkecai
Rakusnya hawa nafsu mereka

Bumi merintih hiba Tuhan semakin murka
Lantaran makhluk yang durhaka

Dunia ini selamatkan segera
Dari tangan insan durjana
Membina kesombongan lupa kemanusiaan
Bencana tak berkesudahan

Dunia ini kembalikan segera
Kepada sistem Penciptanya
Pemerintahan Islam rahmat untuk semua
Adil, diberkati dan saksama

Malangnya jika kita semua
Lupa kepada janji Tuhan
Islam penyelesaian, tiada dua dan tiga
Sejarah telah membuktikan

Bumi merintih rinduTuhan terus menunggu
Insan pulang ke pangkuan-Nya

LAGU: ERWAN JOHARI
LIRIK: HASRIZAL ABDUL JAMIL
PERSEMBAHAN: USRAH AL-FIRDAUS
ALBUM: DUNIA INI (1996 JORDAN)

Sesungguhnya semakin tinggi semangat Islam seseorang, semakin bersungguhlah dirinya bertindak menyelamatkan alam. Isu alam sekitar bukan agenda NGO, sebaliknya ia adalah isu yang mesti dijuarai oleh setiap pejuang Islam. Amat kekok memikirkan manusia memperjuangkan segala yang diperjuangkannya atas nama Islam, tetapi memejamkan mata terhadap kemusnahan yang menimpa Bumi yang satu ini, tapak untuknya sujud sebagai hamba, dan berdiri sebagai khalifah-Nya.

Berusahalah hari ini untuk menyelamatkan hari esok. Selamatkan dunia, selamatkan manusianya. Selamatkan generasi pewaris masa depannya.

Saya teringat kepada dialog lebih setahun yang lalu semasa saya dan rakan-rakan peserta dari seluruh dunia bersidang di Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP):

Semua orang bercakap tentang remaja. 90% berbincang tentang produk yang ingin dijual kepada remaja. Hanya 10% sahaja yang berminat untuk berbincang bagaimana menyelamatkan remaja. Dan dari 10% itu, hanya segelintir yang memindahkan perbincangan kepada agenda. Moga kita termasuk di dalam segelintir yang kecil itu!

Dan alam yang mahu diwariskan kepada generasi anak-anak kita, juga perlu diselamatkan. Biar pun agendanya besar, bertindaklah pada upaya masing-masing biar sekecil mana pun ia.

Saya menyeru para pembaca untuk menjayakan kempen EARTH HOUR 2009 dengan memadamkan semua alat elektrik sedaya mungkin selama satu jam pada 8:30 malam, Sabtu 28 Mac 2009.  Setiap rumah yang berpatisipasi, menyumbang kepada penjimatan sejumlah besar penggunaan tenaga, dan mencetuskan kesedaran yang amat payah untuk diketengahkan di era AKU TIDAK PEDULISMA masa kini.

Selamat bertindak.

Baca juga:

Alam Tercemar Bila Iman Terhakis

Jika Batu Takutkan Allah

Tsunami: Teladan al-Quran Daripada Kisah Nuh ‘alayhi al-Salaam

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Bengkel Kaedah Khalifah Untuk Guru PENGENALAN Kaedah Khalifah telah diperkenalkan oleh Allahyarham Prof. Muhammad al...
  2. Mencari Sakinah di Bumi Khilafah “Selepas ini kalau boleh makcik mahu ke Syria dan Turki,”...
  3. Bekerja Untuk Melihat Apa Yang Kita Percaya foto “Pasukan kita akan bertanding di Piala Dunia dan menjulang...
  4. Pedoman Buat Yang Mencari My Son My son, my son, I divinely love him...
  5. Metod Khalifah Adalah Laskar Pelangiku “Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih...

 

66 Responses to “Mencari Khalifah Untuk Selamatkan Bumi Yang Parah”

  1. mfr says:

    benar.. saya selalu mengajak kanak-kanak dan orang muda agar sedar bahawa kita ada tugas dan amanah iaitu menjadi hero-hero dan wira-wira untuk menyelamatkan dunia ini.

  2. Campden Grove says:

    Assalamualaikum.

    Ustaz, “point” ustaz tentang makan nasi lemak waktu malam tu memang “to the point”. Tu antara amalan orang KL yang menggetikkan saya. Alhamdulillah, kat kampung ni orang makan masih bertempat/berwaktu. Memang “point” ni nampak tak ada makna besar, tapi sebenarnya ianya alamat kepada benda yang lebih besar.

    (Saya memang anti orang bandar LOL)

    • Abu Saif says:

      @Campden Grove,

      aha… anta 10 tahun duduk London, tentulah anti orang bandar. cuba kalau anta 20 tahun tak keluar pasir mas, mahu ‘cium lantai puduraya’ masa mula-mula berjaya sampai…

      • Campden Grove says:

        @Abu Saif, Ustaz, cium lantai Puduraya tu melampau sangat, huhu. Kalau tanah bendang kat kampung sanggup. Tapi kalau duk tempat macam ustaz, tu pu taraf-taraf pedalaman jugak. Nak ke sana bukan main jalan bersimpang siur.

        Kami sebenarnya, kalau dari Kelantan sampai di Perhentian Putra. Lantai kat situ pun saya tak lalu juga nak hidu. LOL

  3. bb says:

    sy sokong earth hour 2009.

  4. Ahmad Attaluki says:

    Ehh masa tu pemilihan UMNO kan? Kalau depa support earth hour kena berucap dalam gelap tanpa mic la nampak nya.

  5. saifuddin says:

    Treat the earth well: it was not given to you by your parents,
    it was loaned to you by your children.
    We do not inherit the Earth from our Ancestors,
    we borrow it from our Children. (Native American Proverb)

  6. aman says:

    alam kita, mencerminkan peribadi kita…
    nak tgk personaliti kita, tgk tempat tidur kita dahulu!

    that mean tgk persekitaran kita mcm mana…
    So,

    SOKONG TUTUP LAMPU!
    jimat skit bulan ni letrik…huhu

  7. khalis says:

    teruja apabila tonton kempen Earth Hour 2009 di klip video youtube..

  8. ummualya says:

    SALAM kepada ustaz dan pembaca..

    Pemeliharaan alam sekitar telah ditunjuk dan dipraktik oleh Nabi Muhammad saw dalam ajarannya kepada kita. Yang paling jelas adalah hadis mengenai pembaziran air.
    Seorang sahabat pernah ditegur kerana agak berlebihan menggunakan air untuk ambik wudhuk. Rasulullah menjelaskan MALAH JIKA MENGAMBIL WUDHUK DI SUNGAI pun yang airnya sentiasa mengalirpun dilarang berlebih-lebihan.

    Saya teringat larangan emak tiap kali berwuduk di sungai semasa kecil – ia membuat saya berfikir mengapa, pening pada masa tu nak rasionalkan. SEBAB ITUKAN SUNGAI, airnya mana pulak surut atau kurang kalau saya berlebih2an berwudhu….Dan, kenapa Rasulullah menyebut sungai, bukan kolam atau perigi? Itulah dalamnya pengertian dan maksud Islam.

  9. syamsul says:

    hm..tengah nak solat isyak tu,apa kata kita tunjukkan orang Islam pun tiada masalah untuk bersolat jemaah di dalam gelap?

    • mfr says:

      @syamsul, saya tak setuju demi menyokong bersungguh-sungguh akan kempen selamatkan bumi yang dinyatakan di atas, orang islam pula terpaksa menutup lampu masjid pada 8.30 malam.

      orang islam yang bijak tak termakan dengan kebodohan kempen ini dengan iktikad bahawa menutup lampu 8.30 malam pada 28 mac nanti sehingga satu jam akan membuatkan dia menjadi manusia peduli.

      tetapi orang islam yang bijak akan sentiasa menjimatkan penggunaan elektrik pada setiap masa dan menggunakan elektrik secara cukup untuk keperluan saja.bukan saja pada 28 mac tapi pada setiap masa dulu,kini dan selamanya.

      manakala hero-hero muda pula akan bangkit dengan mencari idea terbaru bagaimana manusia tak perlu bergantung pada peralatan yang boleh mencemarkan alam. sebab itu ramai orang jepun tak termakan dengan iktikad kebodohan ini, kerana mereka telah lama berkempen supaya berjimat cermat dan memelihara alam dengan mencipta peralatan mesra alam.

      wallahua’lam.

      • alqasam says:

        @mfr,

        Tidak bermaksud untuk menyanggah atau memanjangkan isu yang tidak perlu dipanjangkan. Manhaj syeikh, manhaj. Dalam manhaj yang tersusun, manhaj kita dan memahami kaedah, pasti kita akan memahami bahawa kempen sejam ini tidak bercanggah atau menafikan keperluan apa yang saudara percaya dan kita kebanyakannya keperluan berterusan untuk menjana produk mesra alam dan mencari idea baru.

      • syamsul says:

        @mfr,

        maafla syeikh MFR,ana sendiri mula-mula fikir pro dan kontra untuk sambut hal ini.dan terbayang kalau tengah waktu isyak sekarang ni.

        apa bicara non muslim ‘muslim ni tak peduli langsung tentang dunia, diorang ini hanya kisah dengan hak-hak diorang’ sedangkan apakah salahnya kalau kita bergelap seketika(bukan terlalu gelap) untuk malam itu?[pandangan dari sudut dakwah]

        dan apakah salahnya kita tunjukan syariat kita yang sememangnya fleksibel,tidaklah menjadi Islam semestinya menentang apa yang datang dari bukan Islam,sedangkan ini bukanlah ibadat khusus.

        iya memang kita sememangnya ditegah melakukan pembaziran,adakah dengan kita turut serta di kempen kali ini bermaksud kita tidak berjimat selama ini?

        sudah tentu tidak,jika tuan sebelum ini sememangnya seorang yang penjimat,apakah salahnya jika tuan turut juga berjimat di malam tersebut?

        orang Islam memang dah tahu akan pentingnya berjimat,sebab itu bagi yang sememangnya berjimat akan merasa tiada masalah untuk terus berjimat pada malam 28 mac tersebut.

        p/s: kadang-kadang terfikir juga tujuan seseorang itu melontarkan maklum balas, Wallahu’alam..

      • ceriterahamba says:

        @mfr, salam mfr.. saya hormat pendapat anda.. tidak salah berbeza pendapat.. tapi alangkah elok dan manisnya kiranya anda lebih beradab dalam menegur@komen saudara2 lain.. lebih-lebih lagi dengan seorang yg bergelar ustaz.. hormatlah dengan mereka yg lebih mengetahui.. jagalah adab2.. adakah anta lupa apa itu buah hasil tasawuf.. akhlak.. ya saudara
        baca dengan teliti apa yg ustaz ingin sampaikan.. elakkan provokasi.
        ~sekadar merasa jiwa hamba~

      • ceriterahamba says:

        @mfr, belajar berlapang dada sesama muslim.. mencari tujuan keredhaan dan kecintaan Allah.. kelak kita akan akan ditanyai apa niat di hati? apa amal anggota? ohh.. dimana cinta sesama muslim…
        ~sekadar merasa jiwa hamba~

  10. Max says:

    Kat Malaysia,dah siap ada iklan kat TV…

    Walaupun penglibatan kita tidak memberi kesan yang nampak,ingatlah firman Allah dalam Al-Zalzalah,setiap yang berunsur kebaikan walaupun sebesar zarah,tetap ada ganjarannya..

    Ibarat kita mengambil sebaldi air dari laut ketika di tepi pantai.Lihat kembali kepada laut.Ternyata tiada apa yang berubah..

    Akan tetapi,satu fakta yang tak dapat disangkal sesiapa,laut telah kehilangan sebaldi air miliknya!!!!

    Itu jelas.Bebaskan diri kita dari ‘Aku tidak pedulisme”…

    AKU PEDULI ;-)

  11. alqasam says:

    I’m on it!

  12. Abu Saif says:

    Dalam dunia ni, memang semua orang bodoh. MFR Sensei seorang sahaja yang cerdik.

    • mfr says:

      @Abu Saif, saya tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. tapi saya tetap beriktikad adalah suatu kebodohan jika lampu masjid ditutup pada pukul 8.30 malam bagi menyatakan sokongan kempen ini.

      saya menawarkan satu kempen lain, iaitu kempen berjimat cermat penggunaan elektrik dengan menggunakan untuk keperluan saja setiap masa hingga kiamat. dan juga saya tawarkan kempen untuk kanak-kanak sedar akan tanggungjawab berat untuk menyelamatkan dunia ini kerana banyak orang-orang dewasa telah merosakkan dunia dengan kebodohan mereka.

      wallahua’lam.

      • alqasam says:

        @mfr,

        Saudara, entah kenapa its very disturbing reading your words. Ana tahu, ianya datang dari pemuda yang bersemangat dan berhati waja. Tetapi, ianya tetap uslub dan pemahaman saudara mempraktikan idea bukan suatu konsep dan cara yang benar dalam menyampaikan apa yang saudara rasa benar.

        • mfr says:

          @alqasam, maafkan saya puan nai. saya cuma menyatakan ketidaksetujuan saya pada cadangan encik syamsul. lalu menyatakan apa yang saya percaya dan iktikad. begitu juga kata-kata ustaz di atas sangat disturbing saya. lalu saya nyatakan cadangan saya dengan tawaran kempen yang boleh difikirkan.

          maaf sekali lagi.

      • alqasam says:

        @mfr,

        Manhaj dan kaedah ya syeikh! Tiada sesiapa yang mengatakan keperluan menutup lampu semasa solat. Bagi mereka yang ada keperluan yang lebih awla nah silakan! Tidak bercanggah dan bertentangan akan kaedah, proses dan matlamat lansung, sedikit pun.

        • mfr says:

          @alqasam,Tiada sesiapa yang mengatakan keperluan menutup lampu semasa solat? baca cadangan encik syamsul pada kotak komen no 9. terima kasih.

          • alqasam says:

            @mfr,

            Ya akhil kiram. Ana dah baca awal lagi tadi, dan makum balastidak diizin Allah untuk lepas. Apa-apalah akhi. Apa yang dimaksudkan gambaran umum. “Khuruj Minal Khilaf Mustahab”. Allahua’lam.

          • kamaruladli says:

            @mfr, wow. again.

      • farhan says:

        @mfr,

        Pada pandangan saya tidak salah bagi masjid untuk menutup lampu bagi menyatakan sokongan ini. Tetapi sampai bergelap.

        Saya petik balik kata-kata Abu Saif:

        Saya menyeru para pembaca untuk menjayakan kempen EARTH HOUR 2009 dengan memadamkan semua alat elektrik sedaya mungkin selama satu jam pada 8:30 malam, Sabtu 28 Mac 2009.

        Saranan Saifulislam.com tidaklah memaksa kita untuk memadamkan SEMUA lampu, bergelap-gelita bagi menyatakan sokongan ini. Gunakan Common sense. Cukuplah sekadar memadamkan perkakasan eletrik yang tidak perlu.

        Tutuplah komputer di bilik itu selama sejam.
        Tutuplah lampu bilik untuk seketika
        Tutuplah lampu di dapur jika TIDAK memasak.
        Tutuplah lampu bilik air.
        Tutuplah lampu pagar.

        Bagi saya, itu sudah memadai bagi menyatakan sokongan kita…
        Biarlah lampu di ruang tamu itu terpasang agar kita tidak bergelap di rumah.

        Sama juga situasinya di masjid-masjid dan surau-surau. Tidak perlu terlebih semangat sehigga kita bersolat dalam gelap untuk menyatakan sokongan. Cukup sekadar mematikan lampu-lampu yang tidak perlu. non-essential lights. Saya kira jika kita matikan separuh lampu-lampu di dalam masjid dan matikan air-cond sudah memadai. Tidak perlu berlebih-lebihan. Ketika azan, solat atau ceramah/tazkirah/kuliah, gunakanlah microphone dan speaker seperti biasa.

        Saya kira tiada salahnya jika kita menggunakan pendekatan diatas kerana method yang sama juga digunakan oleh pihak KLCC bagi menyatakan sokongan mereka. turning off its non-essential lights.
        :)

      • farhan says:

        @mfr,

        bagi saya encik mfr ni tkdela menunjukkan yg dia seorg sahaja yg pandai, cuma dia seorang yg berani melontarkan apa yg dia fikir. cume encik mfr ni nampak seorang yg tlebih yakin bahawa semua org boleh menerima pendapatnya sebagaimana dia boleh menerima pendapat org lain.

        saya membaca reply komen dari semua dan encik mfr ttp mbalasnya mengikut pendapatnya. Dia hanya mlontarkan pendapatnya dgn cara yang agak lain dri yg lain,namun saya yakin dia tiada maksud utk memperlekehkan idea2 yg lain jg.

        Maaf. tp agk kurang adil jika semua membaca tulisannya dgn nada seperti “aku bagus” tp lebih kepada personal opinion. masing2 ada opinion masing2, kita anggap komen2 encik mfr seperti seorang yg outspoken melontarkan komen2 nya.

        Harap semua boleh menerimanya.

    • ashraflatif says:

      @Abu Saif,

      Dalam dunia ni, memang semua orang bodoh. MFR Sensei seorang sahaja yang cerdik.

      err, tulisan Abu Saifkah ini? Agak disturbing.

      Pada saya, tempat-tempat yang tidak perlu dipadamkan lampu, tidak perlulah dipadamkan lampunya. Masjid dan hospital contohnya. Padamkan lampu di rumah, bawa keluarga ke masjid dari sebelum Maghrib sehingga lepas Isya’.

      • ustazlah says:

        @ashraflatif,

        ana harap..ana boleh azan isyak masa tu.. pedulilah kempen ni.. kafir tak sembahyang.. jauh sekali jemaah..

        ana rasa.. ramai yg tak tahu.. mst byk tompok2 putih.. rumah org nk belajar dan sebagainyalah

        ana pasti.. mereka yg tak tahu akan buat dek jer

        takpun ginilah senang kan.. kalau nak jayakan juga la kan.. tak payah susah-susah kita tutup lampu.. biar TNB jer yang tutup lektrik semua.. senang crita

        jangan melibatkan hospital sudah.. takpasal crita lain tak sedap pulak timbul

        kesimpulan – ana setuju sangatlah pandangan sdr ashraf

        salam hormat ustaz

    • zuhal says:

      err… rasanya ustaz terlupa tekan butang ‘pause’ ni…

  13. zhafran says:

    sekarang ni ruangan komen di saifulislam.com ‘lebih hangat dari biasa’ hehehe :)

    Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan
    jadi, mari kita berjimat-cermat

    caranya? pilihlah yang mana satu idaman qalbu ;)

  14. syamsul says:

    ana cadangkan syeikh MFR buka forum sendiri untuk debatkan isu-isu yang lebih mendatangkan manfaat.

    boleh jadi isu tutup lampu atau tak tutup lampu ini maha besar bagi syeikh.

  15. BiDaDaRi says:

    assalamualaikum..isu samada nak tutup lampu atau tak 28hb ni tak perlulah kita debatkan..yang menyokong ada sebabnya,yang menolak ada sebabnya..perbezaan pendapat ada kelebihan dan kebaikannya jika dilihat dari sudut positif..earth hour ni boleh la dikatakan sebagai permulaan yang baik atau berkesan dalam usaha penjimatan, tapi permulaan ini perlu ada kesinambungan yang baik..ala kulli hal,kempen ni bagus sebenarnya,sekurang2nya banyak pihak ada respon, menunjukkan sedikit sebanyak masyarakat peduli dengan apa yang berlaku..dalam keadaan ada pihak yg bersetuju dan ada satu pihak yg sgt2 tak bersetuju,apa kata kita usulkan dengan beri jalan yang meraikan keduanya..=)
    ~~bila tgk di komen2 di atas, teringat pula dalam ATN ustaz ada sebut saiful islam menegur ustaz menggunakan perkataan ‘bodoh’..hehe,agaknya kalau saiful islam baca komen2 ni, mahu die melenting=)~~

  16. abu awazim says:

    saudara mfr,

    teet ( butang pause )..plez..nyah dari sini, sebelum abu saif buang komen ni..sebab ko seorang, ruangan komen ni pulak nanti ditutup..ko jangan jadi penyebab kemarahan orang..Orang beriman adalah orang yang menyenangkan orang lain. Bila orang lain sakit hati tengok cara ko komen yang sungguh terbengong, maka ko diminta jangan la menulis komen2 yang ingin mencari publisiti murahan.. Diam lebih baik…

    p/s : Abu saif, tolong band saudara MFR ni..Sakit dah mata saya ni!!

  17. wargadunia says:

    SOKONG EARTH HOUR 2009.
    sekurang-kurangnya ini menjadi suatu kempen yang bagus untuk menunjukkan betapa pedulinya kita kepada bumi yang kita diami ini.
    soal sapa taknak tutup lampu tu biarlah diri sendiri tentukan.yang penting semangat kepedulian kepada bumi menjadi agenda. Moga kempen ini menjadi titik tolak kesedaran orang ramai.

    Mungkin kerana kempen ini berlaku pada waktu malam menyebabkan semua orang salah tafsir bahawa hanya lampu sahaja perlu dipadam, padahal semua peralatan elektrik. cumanya pada waktu malam lampu la yang paling menyerlah, jadi dijadikan lampu sebagai ‘maskot’ barangkali??

    mudah-mudahan Saudara Abu Saif sentiasa beristiqamah dalam setiap penulisannya dan tidak terikut-ikut emosi pemberi komen.

    ps: Lampu isyarat kena padam jugak ka?

  18. Leokid says:

    em’m, tutup-tutup juga, keselamatan jangan dilupakan.

    jangan asyik nak tutup lampu, pintu pagar dibiarkan tak berkunci. jangan pula sebab nk berjimat, taknak buka lampu kenderaan bila bergerak. common sense ye~

    taknak la dalam tempoh sejam “bergelap” ini menyaksikan peningkatan mendadak kes pecah rumah ataupun kemalangan jalanraya pula =p

    dan saya menyokong cadangan mfr (kalau tidak sepenuhnya pun, mungkin sebahagiannya), iaitu jangan kita sekadar hangat2 tahi ayam pada hari tersebut sahaja. sikap menjimatkan elektrik, menutup peralatan yang tidak dipakai serta menggunakan peralatan elektrik berkuasa rendah haruslah diterapkan dan dijadikan habit seharian, bukan sekadar sehari. Jadikan sabtu ini sebagai titik tolak permulaan habit kita, satu motivasi dan anjakan perubahan demi masa depan generasi2 akan datang!

    Dewasa ini kita saling merayakan
    Kejayaan yang akhirnya membinasakan
    Apalah gunanya kematangan fikiran
    Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
    Ku lihat hijau..

  19. neezam says:

    Kenkadang perlu ada org seperti mfr ni krn pada sy dia berani bkata mengikut pendapatnya berbanding dr org lain yg asyik tahu membenarkan atau mengampu shj. tukang angguk je. pun bosan jgk tgk komen.

    • Abu Saif says:

      @neezam,

      kalau komen setuju, apakah itu mengampu? mereka nak mengampu apa? saya ada belanja aiskrimkah kepada orang yang bersetuju? anda mungkin baca sebahagian komen daripada 46,963 komen lalu berkata bosan. apatah lagi saya yang membaca setiap satu daripada komen tersebut, termasuk yang tersangkut-sangkut di spam kerana berbahasa mencarut dan entah apa-apa lagi.

      saya tidak ada masalah dengan komen-komen yang tidak bersetuju, atau pun setuju. tetapi untuk kali yang entah ke berapa, saya tegaskan, mengkritik dan membantah boleh disampaikan tanpa perlu menggunakan bahasa-bahasa yang menyakitkan.

      komen saya yang dikatakan disturbing di atas tu tentang mfr adalah sebagai respond saya kepada komen mfr :

      orang islam yang bijak tak termakan dengan kebodohan kempen ini dengan iktikad bahawa menutup lampu 8.30 malam pada 28 mac nanti sehingga satu jam akan membuatkan dia menjadi manusia peduli.

      perlukah dilabel orang yang mencadangkan kempen ini sebagai KEBODOHAN hanya kerana kita tidak bersetuju dengan idea tersebut? apatah lagi secara logiknya, salah seorang daripada orang Islam yang ‘termakan dengan kebodohan kempen ini’ adalah owner blog saifulislam.com sendiri? saya kalau ke mana-mana blog dan ada rasa tidak setuju, sama ada saya nyatakan sahaja, atau saya tinggalkan blog itu tanpa perlu menyakiti tuannya.

      berani is something

      biadab is another

      dan seperti biasa, bila isu-isu ini timbul, tersasarlah diskusi daripada subjek asal. dan tersia-sialah masa yang penulis luangkan untuk menyiapkan satu-satu artikel

  20. abu zuhair says:

    Janganlah hendaknya ada komen yang berbau provokatif. Ustaz berniat baik dengan menyeru sokong kempen tersebut. Kempen tersebut juga adalah untuk kebaikan juga. Utamakanlah kesatuan muslim. Biarlah teguran dan pendapat diberi dengan cara tidak menyakitkan hati.

  21. FZZH says:

    salam ,
    sokong ustaz…asal ada jer pendapat ‘ Hamba Allah’ tu , pastinya perbincangan tersasar dari topik asal…penat..penat..lain yang di sampaikan , lain pulak point yang di bahaskan…

    tapi ini ada mentaliti biasa kebanyakan orang kita , ( orang islam , orang melayu ) . saya dulu pun pernah buat kempen WWF , ramai yang menderma dan yang memberi sokongan tentang alam ini rata – rata nya orang cina . Hanya segelintir orang melayu yang masih rasional untuk menyokong tapi kebanyakan yang kami jumpa hanya tahu menyalahkan kerajaan , memaki hamun kami , menghalau kami dengan kata – kata kesat bagaikan kami ini kucing kurap , dan pelbagai ragam lagi yang kami jumpa . Itu lah realiti yang terpaksa kami hadapi…

    hairannya kalau kempen kesedaran mcm ni , ramai pulak yang membangkang..kalau kempen macam sure heboh ker , big jam ker ,tak pulak orang nak bangkang, nak bising – bising ….manusia ..manusia…

    sabar jelah ustaz atas kelakuan diaorang ni…bagai api dalam sekam …bagai duri dalam daging…itulah sebahagian fitrah manusia yang luar dari kotak normalnya….

  22. [...] a powerful global message that we care enough about climate change to take action. Abu Saif (saifulislam.com) says: “ Saya menyeru para pembaca untuk menjayakan kempen EARTH HOUR 2009 dengan memadamkan [...]

  23. nurul saqeena says:

    salam…
    sekadar ingin berkongsi apa yang terlintas di fikiran..
    mengikut pemerhatian saya,apa yang cuba diketengahkan oleh ustaz dalam entri ini tidak lain tidak bukan hanyalah menyeru kita semua sedar akan hak kita ke atas alam(huququl alam).Kadang manusia boleh terlepas pandang perkara ini memandangkan mereka biasanya hanya diingatkan tentang hablun minallah dan hablun minannas(yang mana kedua2 adalah penting)…bila hak ke atas alam tidak dititikberatkan,bermacam bencana alam yang Allah swt turunkan untuk membawa kita balik kepada fitrah yang sebenar…dan saya amat bersetuju dengan kenyataan ustaz yang ini…

    “Biar pun agendanya besar, bertindaklah pada upaya masing-masing biar sekecil mana pun ia.”

    Kesimpulannya,usaha ustaz dapat dilihat lebih kepada untuk mengajak kita semua sebagai saudara muslimnya untuk sama2 mengembalikan semula hak kepada alam…maka,saya tidak nampak kepentingannya di sini mengapa harus dipanjangkan dan diperhujahkan sedemikian rupa…

    Terbukti,”Common sense” itu penting…kerana hilang “common sense”…manusia boleh lupa yang mereka berada di “rumah” orang…dan bukannya di rumah sendiri…padahal rasa hormat kepada tuan rumah itu perlu ada…maka berhikmahlah wahai saudara2ku sekelian…

    *Mintak maaf ustaz sebab panjang pula komen saya ini…

  24. Rakyat Malaysia says:

    hhmm…ramai betul yang meyokong kempen EARTH HOUR ni….

    mungkin sebab ustaz yang sarankan….

  25. daing says:

    teruskan kempen Earth Day 2009..
    mencetus kePEDULIan kita…

  26. islah says:

    hmm..sy pn pelik gak mula2
    awatnye komen2 ni mcm dh menyimpang je
    point ustz lain rsenye
    hehe

    snanya sy x pernah dgr pn kempen ni,tu yg blur gak mula2 tu
    tp xpe,wlupn x ketahuan sgt
    sy akn menyokong kempen ni gak ^_^
    tp sy kne tutp pkul 2.30ptgla kn?(mesir)..erk,ke lain tmpt lain mse?
    ke malaysia je??

    p/s:ustz,sensei tu doktor ke?

  27. ermm…mmg hangat

    masing2 ada pendapat sendiri dan masing2 ada asbabnye…
    sokong dgn pendpt sdr asyraf,
    yg menyokong adalah satu kesedaran dan diharap bukan terhenti kesedaran di waktu ini..tetapi sampai bila2…jgn nak berjimat pd mlm tu je tp lepas tu membazir juga..
    dan jgn sampai memudaratkan sudah la
    tempat 2 yg perlu(spt hospital) mgkin xpe

    yg merasakan kempen ini tak perlu dihiraukan
    pasti krn mereka merasakan byk lagi inisiatif lain yg dpt dilakukan utk menyelamatkan alam…
    bkn hanya di bibir tapi benar2 dipraktikkan

    yg tersindir mgkin x disengajakan, bukan niat dihati utk mengeluarkan perkara yg x sepatutnya…
    apa2 pun, kita kembalikan semuanya kpd Allah
    sbb tu kita kena berfikir sblm berhujah…

    p/s kpd semua:mmg x suka bila org menzahirkan kata2 kesat dan seumpamanya, jgn la dibuat..bila jadi biasa, nanti jadi sebati dlm diri, at last sampai ke mati…

  28. zuhal says:

    hmm… sokong kempen ini. Apa la susah sangat nak tutup lampu, kalau panas biarkan aje kipas atau aircond tu terpasang, kalau sepi biarkan tv terpasang.. at least lampu dipadamkan. Sebagai org Islam wajib kita menjaga bumi Allah ini dan ini adalah salah satu cara sebagai permulaan walaupun kempen dimulai oleh non-muslim.

    Common sense… sudah semestinya la masjid or hospital or mana-mana tempat yg perlu pasang lampu… teruskanlah. Just as simple as that…

    salah satu komen dlm ruangan ini – ‘orang islam yang bijak tak termakan dengan kebodohan kempen ini dengan iktikad bahawa menutup lampu 8.30 malam pada 28 mac nanti sehingga satu jam akan membuatkan dia menjadi manusia peduli’

    Kempen ini tak bodoh.. mungkin cara pemikiran yg membodohkannya

    Kenapa dgn cara menyokong kempen earth hour ini tak boleh menjadikan org islam yang peduli ? Ia adalah satu titik permulaan dan sudah semestinyalah ia perlu berterusan.

    Kenapa sempitkan fikiran dan membiarkan kita sebagai org islam dilihat bukan golongan yg ingin memelihara dunia, sedangkan ia juga adalah tuntutan agama yg perlu dilaksanakan. Berapa ramai org islam yg tunjuk akan kepedulian mereka?

    sekali lg.. kempen ini adalah satu titik permulaan tanda peduli akan pemuliharaan alam dan amalan penjimatan atau apa2 yg boleh membantu pemuliharaan alam itu perlu berterusan.

    semoga Allah kurniakan rahmatNya kepada kita semua!

  29. ummininasma says:

    Salam.

    Hari tu tengok rancangan Oprah Winfrey. Satu idea menarik tentang penjimatan elektrik di kala zaman gawat ni telah dicadangkan oleh seorang peminat rancangan Oprah –

    “switch off any unused electrical appliances and make sure you unplug it as well – You must do it every time without fail. It helps reduce your electricity bills”.

    Cuba la… lepas tengok rancangan tu saya terus buat. Lepas guna mesin basuh, blender, electric kettle, toaster, TV, komputer, bedside lamp and whatever saya mesti switch off & unplug tiap-tiap hari, tiap masa tanpa jemu – hubby pun bagi kerjasama. Lepas sebulan dapat bil, memang ada perubahan. Dulu bil letrik dalam linkungan RM70 – RM80, tapi untuk bulan Februari jumlahnya dah tinggal RM58.00. Best kan??? Untuk makluman – family laundry routine saya 3 kali seminggu tau! ewahhh! teruja sebenarnya.

    Bayangkan kalau kita semua, tak payah satu Malaysia, pembaca saifulislam.com semua buat perkara yang sama, kita mesti dah bantu kurangkan penggunaan tenaga elektrik dan poket kita pun terselamat.

    Earth Hour adalah satu permulaan. Permulaan untuk memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat. Anda semua boleh memainkan peranan yang efektif. Mulakan langkah pertama dari hari ini sebelum Earth Hour dan pastikan kelangsungannya selepas Earth Hour. Make it Our Hour!

    You don’t have to be a Superman, Batman, Ironman or whatever… enough if you can be the Higglytown Heroes, where everyone is the hero.

    Takpe… Earth Hour.. kita kena bergelap satu jam jer… pasang la lilin sebagai pengganti kalau ada keperluan untuk cahaya.
    :) peace!

  30. Azizul says:

    Jangan pasang lilin..lilin hasilkan gas rumah hijau..kalau 1 juta tutup lampu..dan satu juta juga nyalakan lilin..maka jadilah kita seperti iaitu membantu mengurangkan pemanasan global..namun pada masa yang sama turut menyumbangkan juga punca pemanasan global..

    p/s: syabas untuk orang2 yang tak merokok!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • ummininasma says:

      @Azizul,

      Ok, ok, ok…. apa alternatif selain lilin???

    • Azizul says:

      @Azizul, senang jer..mari kita fikir2kan..contoh kalau umah ade 10 biji mentol..kalau kita sanggup bergelap..tutup semua..kalau tak sanggup..tutup 9 biji dan bukak 1 biji..macam di ruang tamu kaa..atau mana2 laa..kalau nak menyumbang lebih lagi..ganti ler dengan perkakasan elektrik yang lain dan biasa dibuka..mcm tv kaa..komputer kaa..ape2 jer laa..contoh lain..kalau biasa guna perkakasan elektrik yang berkuasa besar pada masa tuu..off laa n gantikan dengan perkakasan elektrik yang berkuasa lebih rendah..contoh off aircond dan on kipas angin..

      kempen nii kita buat setakat yg termampu jer..pandai2 laa kita fikir2kan mcmna mau buat..namun saya tak bersetuju langsung kalau ade melibatkan ape2 proses pembakaran..macam nyalakan lilin ataupun pelita..kerana setiap pembakaran akan menghasilkan bahan karbon seperti karbon monoksida mahupun karbon dioksida..

      ok, jom baca artikel dari tranungkite.net nii..
      klik sini

  31. Muhammady7 says:

    Padanlah tuan mfr “mengganas” di AFN.Teruk dikeronyok di sini rupanya.Saya tak mahu komen siapa salah siapa betul namun saranan saya,siapa yang rasa bersalah minta maaflah.Kitakan Muslim yang Soleh dan Solehah(Insha-ALLAH)?

  32. seoranghamba says:

    Beratus patah perkataan ustaz dalam entry ini, satu paragraf terakhir yang menjadi kecoh.

    Disebabkan para terakhir itu, yang meminta sokongan kecil untuk sikap pedulisme yang disimpulkan DALAM LIMA BARIS AYAT..
    Maka tulisan dan ulasan ustaz yang lain dalam entry ini yang lebih serius, misalnya tentang sikap dan perubahan manusia dan bumi; telah diabaikan.

    Membuka blog sebegini, sebaik ini, memang menuntut kesabaran yang anih.

    • Azizul says:

      @seoranghamba, tuu laa sedara..org Melayu kita nii payah nak asuh..mudah melatah tak tentu pasal..malas nak membaca ngan mengkaji..tau nak kritik jer..lepastuu lak kritikan tuu langsung tak membina..sebaliknya merosakkan..macam2 alasan yang diberikan seolah-olah mereka nii tak reti langsung nak berfikir dengan matang dan bijaksana..
      Melayu oh Melayu..pemikiran masih di takuk lama kaa??

      syabas buat ustaz!!

      siapa bilang para ustaz dan alim ulamak adalah jumud??
      itu adalah fitnah semata-mata..

      Islam itu indah..Islam itu Syumul..

  33. iznan says:

    Saya sokong MFR. Anda telah mendapat pencerahan agung (enlightment).

    Kempen ini langsung tak beri kesan kepada iklim dunia yang sudah makin tenat menunggu mati. Seperti memberi makan ubat kepada pesakit yang sudah tiada harapan untuk hidup lama.

    Dunia ini memang pasti dan pasti akan musnah. Biarkanlah ia musnah bersama pemusnah-pemusnahnya. Orang2 baik pasti akan diasingkan oleh Allah taala di sana nanti….. dan orang yg tak sokong EH belum tentu tidak baik……

    • Abu Saif says:

      @iznan,

      saya rasa pandangan iznan jauh lebih teruk daripada pandangan mfr. sekurang-kurangnya walau pun mfr tidak setuju dengan kempen earth hour, dia cuba mendatangkan pandangan alternatif. at least saya dan mfr bersetuju bahawa sesuatu mesti dibuat, cuma caranya berbeza-berbeza.

      tetapi pandangan saudara adalah pandangan putus asa! dan putus asa bukanlah akhlak kaum muslimin.

      “Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak akan hanya menimpa orang-orang yang zalim dari kalangan kamu semata-mata (bahkan meliputi semua golongan) [Al-Anfaal 8: 25]

  34. Lekir says:

    “dan seperti biasa, bila isu-isu ini timbul, tersasarlah diskusi daripada subjek asal. dan tersia-sialah masa yang penulis luangkan untuk menyiapkan satu-satu artikel”

    Saya sungguh bersetuju dengan komen ustaz di atas. Saya pun bukanlah seorang yang sangat-sangat berkobar-kobar untuk menyokong kempen Earth Hour ni, tapi tidaklah pula saya rasa berhak untuk menyatakan sesiapa yang menyumbang usaha kepadanya sebagai bodoh.

    Kalau pun kita rasa idea dan usaha kita lebih baik dari idea dan usaha orang lain, tak semestinya usaha orang lain itu langsung tak mendatangkan manfaat. Apabila orang bertanya, ‘kenapa tutup lampu?’, dan kita berikan jawapan, tidakkah itu manfaat namanya? Lebih-lebih lagi jika tiada seorang pun yang menyangkal bahawa idea kita itu juga ada baiknya (malah, turut mempraktikkannya), maka wajarkah orang-orang ini kita panggil bodoh?

    Saya sungguh kecewa apabila membuka blog ustaz ini dan membaca komen, dan yang saya dapati adalah komen-komen yang sekadar cuba menyakitkan hati para pembaca. Bukankah lebih baik kita ambil intipati daripada tulisan-tulisan ustaz dan bincangkan apa yang penting dengan lebih berbesar hati dan berlapang dada? Terasa macam dah tak mahu baca komen selepas ini, hanya baca artikel ustaz sahaja.

  35. ummi5girls says:

    Sekadar berkongsi pengalaman..

    Saya juga membuat entry earth hour ini di blog saya dan hantar ke salah satu yahoo group yang saya sertai dengan niat untuk menyebarkan kebaikan.

    Dan 2 balasan yang saya terima :

    1. ‘umat islam telah terpedaya dengan mainan kafir’
    2. Kita terlalu kerdil utk selamatkan bumi….bumi itu makhluk Allah macam kita juga…baik kita selamatkan akidah kita dan anak2 kita serta sedara seislam kita yang kebelakangan ini mendapat serangan daripada berbagai sudut yang kekadang tidak kita menduaga sama sekali…fikir- fikirkan. …!!!

    Bagi saya ini menunjukkan kesilapan melihat sesuatu perkara dari perspektif yang betul dan kurangnya common sense.

    dan sifat melatah orang kita lah….

    Saya terpaksa juga membalasnya untuk membetulkan andaian-andaian meleset mereka..(walaupun saya sebenarnya sangat malas untuk menjawabnya tetapi bila sudah melibatkan aqidah tu, kena lah jawab sikit-sikit)

    Sekarang saya sudah tahu apa yang ustaz rasa….

  36. ummualya says:

    Saya telah meluangkan masa membaca semula artikel-artikel berkaitan alam sekitar dalam entry2 yang ustaz syorkan..
    dan saya amat memahami dan juga terasa terkilan
    dengan kepandaian sebahagian kita mengoreksi kelemahan sesama kita..

    Janganlah komen-komen mereka, PENEGASAN atau PENGULANGAN komen dan kutukan mereka dalam blog-blog mereka mematahkan semangat Ustaz..
    (saya sengaja tulis begini kerana saya PASTI.. mereka menunggu reaksi negatif ustaz.. )

    SEMUGA ALLAH SWT menerima amal kami dan amal kamu

  37. Bismillahirrahmaanirrahiim..

    dah excited dah nak join Earth Hour Sabtu lepas, tetapi terlupa pula rumah ana jadi host Tadarus Grup Ayah-Ayah di sini. bilalah lagi nak ada benda2 macam ni? moga diberi kesempatan untuk turut serta..

    Moga Allah mengambil kira setiap amal kebaikan yang kita niatkan, yang kita kerjakan. moga hadir ikhlas dan berharap padaNya.

    wassalaam..

Leave a Reply