Mendidik Anak Berfikir

On 04/04/2009, in BUKU: MURABBI CINTA, by Abu Saif | 7,751 views | Print Print | Email Email |

“Itu pokok apa?” saya bertanya.

“Tak tahu,” jawab anak-anak.

“Itulah pokok durian,” saya menerangkan.

Mereka mengangguk-angguk. Sambil itu separuh badan masih seronok berendam di dalam sungai.

“Itu pokok apa?” saya bertanya lagi.

“Tak tahu,” jawab anak-anak lagi.

“Itulah pokok cili,” saya memberitahu.

“Pedas!” kata Naurah.

Pokok cili di sebelah pokok durian… menarik.

Walaupun pokok cili tumbuh di sebelah pokok durian, dan kedua-duanya menyedut zat galian daripada tanah yang sama, satu pokok buahnya pedas, satu pokok lagi buahnya lemak manis. Malah tidak pula durian menjadi pedas kerana duduk sebelah pokok cili. Kalau tidak, mudah juga nak buat sambal tempoyak!

Itulah kebesaran Allah.

Kalau lima orang chef diberikan sepuluh bahan yang sama dan masing-masing diminta mencipta resepi masakan, pasti sahaja rasa masakan itu tidak banyak bezanya. Tidak mungkin seorang menghasilkan gulai lemak pisang manakala seorang lagi membakar kek pisang.

Tetapi tidak dengan hasil kerja Allah Subhanahu wa Taala.

Lima batang pokok tumbuh di atas tanah yang sama. Pokok cili menghasilkan buah yang pedas, pokok durian menghasilkan buah yang lemak manis, manakala buluh menghasilkan batang yang miang, jering mengeluarkan buah yang kelat dan pokok kelapa menghasilkan buah yang luar biasa kegunaannya.

“Allah hebat, kan?” saya menyudahkan ngomelan di pagi itu.

Anak-anak mengangguk. Entahkan faham entahkan tidak. Tetapi saya perlu memulakannya.

Mendidik anak berfikir.

p5180120

ALAM DAN MANUSIA

Manusia perlu mengenal Tuhan. Mereka ada dua jalan untuk mencari dengan mengenal Tuhan. Jalan pertama adalah dengan FIKIR pada ayat-ayat Allah yang direnung  dan diperhati (mandhoorah). Pada alam. Jalan kedua adalah dengan ZIKIR pada ayat-ayat Allah yang dibaca (maqroo’ah). Pada wahyu, pada al-Quran.

Zikir itu adalah jalan yang tinggi pada mendampingi Allah. Tetapi zikir sukar membawa khasiatnya jika manusia berzikir tanpa berfikir.

Mereka berzikir mengingati Allah tetapi kerana zikir tidak disulam fikir, manusia yang selalu menyebut nama Allah ini jualah yang tanpa sedar menjauhkan diri dari Allah semasa dirinya keluar dari majlis zikir menuju urusan mentadbir alam dan manusia. Mereka memuji Allah semasa berdamping dengan ayat-ayat Allah yang maqroo’ah tetapi mereka jugalah yang tanpa rasa bersalah merosakkan ayat-ayat Allah yang mandhoorah melalui pencemaran alam hasil kerja tangan mereka. Mulut berzikir, tetapi tangan menjadi tangan ahli fasad yang merosakkan bumi.

masadepanmilikislam

Sebab itulah manusia mesti dibalikkan kepada khusyu’ dalam berfikir, di samping khusyu’ dalam berzikir. Fikir manusia itu akan mendorong dirinya untuk memahami alam dan seterusnya mencari rahsia kehidupan. Dikajinya laut yang berombak, bertemu dengan angin. Dikajinya angin yang bertiup, ditemuinya tekanan udara panas dan sejuk. Dikajinya tekanan udara, ditemuinya tenaga haba. Dikajinya tenaga haba, ditemuinya matahari. Dikajinya matahari, ditemuinya gas-gas yang membentuk matahari itu. Dikajinya gas-gas berkenaan… akhirnya tiba ke suatu titik yang tiada jawapan.

Di situlah hujung akal.

Hujung akal, pangkal agama!

Itu pesanan masyhur Buya HAMKA pada mendidik umat Islam menjadi manusia yang rajin berfikir. Kerana fikir kita jadi manusia. Kerana fikir yang menyampaikan kepada zikir, kita menjadi manusia yang Muslim.

MEMUSUHI FIKIRAN

Tetapi tatkala manusia bermusuh dengan fikir, binasalah diri, binasalah umat. Agama juga runtuh apabila zikir dipisahkan daripada fikir. Tanpa fikir, apa bezanya di antara agama Islam dengan Hindu?

“Tuhan saya minum susu. Itu kepercayaan saya dan apa awak nak kata?” tegas seorang yang berpegang dengan agamanya yang demikian itu.

Benarlah Islam, dan batillah yang selain daripada Islam kerana kebenaran itu dibuktikan dengan fikir.

Masih ingatkah kita kepada kehidupan manusia di benua gelap bernama Eropah? Selepas kejatuhan Empayar Greco Roman, manusia didominasi oleh kuasa istana dan gereja yang bersekongkol. Ketika itu manusia didoktrinkan bahawa berfikir, keinginan untuk tahu dan menyoal adalah dosa. Kombinasi di antara fikir, keinginan untuk tahu dan bertanda tanya itulah yang mendorong Adam menjamah buah larangan lalu terjebak ke dalam original sin.

Lalu massa dibunuh pemikiran mereka. Haram bertanya soalan.

Dan apabila manusia berhenti berfikir, jadilah mereka haiwan yang dicucuk hidung ditarik tali. Itulah zaman gelap Eropah.

Bagaimanakah segala kezaliman gereja ketika itu runtuh?

Taqlid buta dan perhambaan diri kepada institusi agama dan raja musnah, apabila manusia mula berfikir. Apabila manusia mula menghayati slogan Rene Descarte (1596 – 1650) yang menyebut, “Cogito ergo su” atau “saya berfikir lalu saya wujud diri!. Berfikir dalam agama itu jugalah yang mendorong bantahan penganut agama Kristian hingga muncul gerakan Martin Luther (1483 – 1546) yang kemudiannya digelar sebagai Protestantism. Ia adalah cubaan untuk mengembalikan maruah akal dalam beragama!

ANTARA KITA DAN BARAT

muslimman

Berfikir itulah yang mengeluarkan Barat dari kegelapan hidup kepada kemodenan.

Malah di celah-celah kerosakan dunia moden yang berpunca dari fikir yang sudah bergelumang dengan nafsu, Barat itu datang kepada Islam, juga dengan fikir.

Teringat saya kepada dialog bersama sekumpulan pelawat Irish yang datang ke Belfast Islamic Centre semasa saya bertugas di sana dulu.

“Apa yang membawa anda datang ke masjid ini?” saya bertanya.

“Saban hari media memburukkan Islam dan Muslim hingga intelektualiti kami rasa terhina. Seolah-olah kami manusia yang bodoh. Kami ada pendidikan. Ada fikiran. Kami boleh membuat keputusan sendiri. Setelah bertemu dengan alamat masjid di dalam direktori, kami datang ke tempat tuan!” jawab jurucakap kepada rombongan itu.

Ya, tidak keterlaluan saya katakan bahawa FIKIR itulah yang membawa Barat datang kepada Islam. Dua orang sebulan yang memeluk Islam di masjid saya, mereka bertemu dengan Islam kerana berfikir.  Manakala orang Timur pula berbondong-bondong meninggalkan Islam kerana mereka tidak berfikir. Lumrah hidup pada makan, minum, kerja, rehat dan kahwin… hingga sedikit cuitan pada minda, sudah cukup untuk memurtadkan bangsa yang Muslim ini.

Sebab itulah orang yang memeluk Islam di Barat adalah orang yang berpendidikan, belajar, mengkaji dan seterusnya mereka menjadi mutiara untuk Islam dan masa depan ummah. Manakala orang kita yang murtad, mereka murtad kerana lumpuh upaya berfikir dan merasionalkan kepercayaan.

SALAH SIAPA?

Tolaklah ke tepi seketika teori-teori konspirasi berkenaan perancangan Zionis atau propaganda misionari Kristian serta kejahatan media yang selalu ditunding jari.

Lihatlah apa yang kita sebagai ibu bapa buat di rumah. Lihatlah apa yang kita sebagai orang agama buat kepada ummah?

Di rumah, kita sebagai ibu bapalah yang membunuh upaya fikir anak.

muslim_kids01

“Ayah, kenapa kita tak boleh duduk atas bantal?” tanya si anak.

“Tak boleh. Nanti bisul!” kata si ayah dengan penuh bijaksana.

Anak terpinga-pinga.

“Ayah, kenapa kita tak boleh meniarap sambil angkat kaki?” tanya si anak lagi.

“Tak boleh. Nanti emak mati!” tegas si ayah dengan bahasa yakin.

Anak kebingungan.

“Ayah, kenapa pensel tak boleh diasah atas dan bawah?” soal anak seterusnya.

“Arghh, diamlah kamu. Orang tua nak bercakap pun susah!” bentak si ayah yang rasa terganggu dengan soalan-soalan si anak.

Akhirnya anak-anak yang sering kena shut up ini menjadi bantut. Mereka bukan sahaja tidak berani menyuarakan pendapat atau tampil ke khalayak ramai kerana keyakinan diri yang rendah, malah lumpuh fikir itu menyebabkan generasi ini tidak tahu menilai kebenaran. Akhirnya mereka menjadi bodoh dan dengan kebodohan itulah mereka memperhambakan diri kepada hawa nafsu dan seterusnya murtad dari agama.

Percayakah kita, apa yang diajar oleh ibu bapa orang Barat itu tanpa sedar membekalkan anak-anak mereka untuk bertemu dengan Islam, dan apa yang diajar oleh ibu bapa orang kita ini tanpa sedar menyediakan anak untuk hilang alat untuk beragama dan seterusnya lari meninggalkan Islam.

Itulah jenayah besar kita, dosa tidak berfikir.

BERAGAMA TANPA FIKIR

Bukan sahaja ibu bapa, malah orang agama juga suka benar mengulang-ulang slogan bahawa, “agama tidak dibina di atas akal”. Didoktrinkan bahawa “agama bukan pemikiran”. Memang benar, jika pemikiran yang dimaksudkan itu ialah pemikiran ekstrim seperti Muktazilah. Tetapi membunuh fikir dalam beragama, jadilah Usul al-Fiqh sebagai hafalan. Jadilah Islam agama yang kaku dalam penafsiran hingga ditertawakan kehidupan moden yang gagal ditanganinya.

Ada kekeliruan yang berlaku apabila ada segelintir pendakwah yang mahu membasmi taqlid, tetapi dalam masa yang sama menghalang manusia berfikir dalam saranan-saranannya. Taqlid dibasmi tanpa galakan berfikir, akan hanya melahirkan taqlid yang seterusnya.

Itu komentar umum yang dibuat ke atas seruan Muhammad bin Abdul Wahhab. Usahanya untuk membasmi taqlid dan ketaksuban manusia, tidak disertai dengan seruan menggalakkan manusia berfikir. Justeru ia berulang kali mencetuskan taqlid yang baru, biar pun tanpa nama dan mazhab.

KESAN KE ATAS ALAM

017

“Pemanasan global? Arghh… itu politik. Bukan sains. Karut sahaja,” bentak seorang Muslim.

“Anta ni bila nak berdakwah? Asyik dengan masalah alam sekitar sahaja. Upgrade-lah cepat perjuangan anta!” sinikal benar bunyi sindiran seorang da’ie kepada rakan aktivis NGOnya.

“Pencemaran cahaya? Hahaha…. keras perut aku menahan ketawa. Kalau pencemaran udara ok lagi. Ini pencemaran cahaya. Mengada-ngada sungguh,” kata seorang rakan yang kuat bau Islam pada pakaian dan istilah-istilah Arab di mulutnya.

Begitu sinis bunyi komentar manusia sebegini tatkala diajak berfikir tentang kemusnahan alam. Mereka mungkin kaum yang betah berzikir, tetapi memisahkannya dari fikir. Jika mereka kaum yang berfikir, bagaimanakah mereka mahu mengamalkan Surah Aal ‘Imraan ayat 191?

3_190-191

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal 'Imraan 3: 190-191]

Kebesaran Allah di langit yang tidak mempamerkan bulan atau bintang? Hanya simbahan cahaya diselaputi jerebu? Belum pernah saya mendengar kaum Muslimin susah hati dengan pencemaran cahaya yang menghijab mereka dari memikirkan tentang kebesaran Allah. Akhirnya bandar tanpa Muslim bernama Kilkenny di Republic of Ireland yang bersungguh-sungguh menjaga pancaran cahaya dengan alasan pelepasan sinar berlebihan ke udara meragut hak manusia menikmati angkasa!

Sesungguhnya manusia yang gemar berfikir tentang alam untuk membaca ayat-ayat Tuhan, tidak akan membiarkan alam ini rosak dan tercemar. Jika al-Quran dijaga dengan meletakkannya di atas almari, begitu jugalah alam ini dipelihara kerana ia adalah AYAT-AYAT ALLAH… bagi kaum yang berfikir.

Besar sekali kesan manusia yang enggan berfikir.

muhammadabduh

Muhammad Abduh pernah mengeluh, “aku ke Paris dan aku bertemu dengan Islam tanpa Muslim, aku ke Kaherah dan akan bertemu dengan Muslim tanpa Islam”.

Mungkin Islam yang ditemui oleh Muhammad Abduh itu adalah nilai-nilai yang terbit hasil berfikirnya manusia di sana tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Hanya kerana fikirnya tidak sampai kepada zikir, mereka tidak menjadi Muslim.

Manakala Muslim tanpa Islam yang berkeliaran di Kaherah itu, adalah Muslim yang tidak berfikir, walaupun ada zikirnya sekali sekala.

MULAKAN DARI RUMAH

“Kenapa Abi tak bagi Yop pergi beli makanan di tepi padang sekolah itu?” saya bertanya kepada Saiful Islam.

“Kenapa?” dia bertanya balik kepada saya.

“Makanan itu dijual orang luar. Sekolah tidak kenal mereka. Kalau makanan itu kotor, Yop sakit perut masuk hospital, macam mana?” saya berusaha untuk menjelaskan.

Itu lebih baik daripada menakut-nakutkan anak bahawa di pokok besar tepi padang sekolah itu ada hantu ‘kopek’ yang menculik kanak-kanak.

Di usia muda, didiklah anak-anak dengan budaya bersoal jawab. Setiap kali mereka bertanya, jangan diherdik pertanyaan itu, dan jawablah dengan jawapan yang merangsang anak-anak berfikir. Kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak berfikir, bakal menyebabkan anak-anak ini masuk ke era masa depan yang dicabar pemikiran, sedangkan mereka hanya punya sebuah kepala yang berisi otak, kepala dan otak itu tidak bernyawa dilumpuhkan oleh ibu bapa mereka sendiri.

2_76

“Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?” [al-Baqarah 2: 76]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Mendidik Anak Berdakwah “Yop, kalau Yop nampak Imad pergi ke dapur, Yop tengok...
  2. Mendidik Anak Ilmu Kebal “Dalam banyak-banyak ilmu, rasa antalah, ilmu apa yang paling anta...
  3. Mendidik Anak Berpolitik “Okay, kita nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor, siapa yang...
  4. Belajar Berfikir Learning without thinking is useless Thinking without learning is dangerous...
  5. Merawat Budaya Kuning Anak-anak “Kita ambil yang inilah. Biar sama dengan warna baju Abi”...

 

66 Responses to “Mendidik Anak Berfikir”

  1. saya says:

    salam ustaz.. Setuju bebeno teman..fikir yg menghasilkan zikir..

  2. muslimah says:

    assalamualaikum..
    huhu… menusuk kalbu entry ustaz kali ni…

    JZKK…

  3. reza says:

    Ini bukan typo ke ustaz?

    “Itu lebih baik daripada menakut-nakutkan ana bahawa di pokok besar tepi padang sekolah itu `ada hantu ‘kopek’ yang menculik kanak-kanak.”

    ana=anak?

    Dalam menghadapi kemelut ekonomi,shacho(CEO) di jepun suka menyebut kembali teori darwin,bahawa bukanlah spesis paling kuat,mahupun paling pandai yang `survive`tapi spesis yang paling responsif terhadap perubahan.Alam sudah banyak berubah/`diubah`kan..bagaimana pula respons kita.

  4. ibnurosly says:

    Fikir fikir…lama tak masuk disini cuma baca digoogle reader aje.

    Apapun saya berkongsi kebimbangan bersama Ustaz ttg penjual makanan ringan ditepi padang belakang sekolah tu.

    Apalah mentaliti diaorg ni, buat duit dgn menjual benda tak berkhasiat pd budak2.

  5. neeza says:

    salam ustaz,

    setuju sgt…kita selalu bataskan diri dalam berfikir. sekadar mengikut belajar pun dengan mengikut kemudian menghafal…tak disuruh fikir tak digalak memikir

    terbawa-bawa pula sampai dewasa

  6. Azimah says:

    Assalamualaikum,

    Satu artikel yang menarik, tapi saya tertarik dengan graphik yang Ustaz guna – especially yang tertera Copyright reserved Saifulislam.com utk Konsep Zikir dan Fikir.

    Saya selalu juga baca blog Ustaz Pahrol (www.genta-rasa.com – Kuatkan Fikir dan Tingkatkan Zikir) dan membeli bukunya Dilema Melayu Islam – Kurang Fikir Kurang Zikir.

    Saya just wonder jika Konsep Zikir Fikir ni adalah satu konsep universal (kot2lah memang ayat tu memang ayat yang biasa digunakan oleh para ustaz) perlukah di tulis Copyright Reserved? Is it really Saifulislam.com’s copyright?

    • Abu Saif says:

      @Azimah,

      Waalaikum al-Salaam wbt.

      Ustaz Pahrol adalah bos saya selama dua tahun. Saya pembantu beliau.

      Imej yang digunakan itu adalah snap daripada slide powerpoint saya. Copyright yang dimaksudkan ialah copyright pada slide powerpoint yang saya buat dan bukannya copyright pada konsep berkenaan.

      Konsep itu adalah intipati surah Aal Imraan ayat 190 – 191. Allah yang punya.

      Harap tidak menimbulkan apa-apa salah tanggapan.

    • yahoo dot com says:

      @Azimah,

      ‘copyright’ tag memang selalu digunapakai. walhal untuk presentation cokia biasa-biasa oleh student di dalam bilik kuliah. kalau lecturer lagilah.. hanya hardcopy sahaja dibekalkan kpd student, tidak softcopy sebab nak elakkan plagrism.

      orang kate macam cop mohor pembuat slide la lebih kurang.. walaupun isi slide memang dah diketahui ramai.

      • Azimah says:

        @yahoo dot com,
        Waalaikummussalam,

        Terima kasih diatas penjelasan yang diberikan. Saya sebenarnya concern kepada isu plagriasm. Kalau disini, memang isu plagriasm adalah isu besar dan professor saya pernah cakap ‘if you are angry when someone steals 2 dollar from you, just imagine how someone would feel is if A PIECE OF HIS BRAIN is stolen?’ (he was referring to taking someone’s idea and claiming it has his own)

        So dalam hal ni, saya just pernah lihat Ustaz Pahrol menggunakan Teori Zikir Fikir and I just think that he should be cited for it since he has published books/articles about it.

        Ofcourse semuanya dari Allah :) Semua idea, barang dan apa-apa sahaja datangnya dari Allah… Tapi itu bukanlah reason yang baik untuk taking one’s idea/theory and not citing it. Especially Saifulislam selalu guna konsep yang sama and SEEMS like claiming it as its own.

        Just my 2 cents :)

        • tobie says:

          @Azimah,
          salam…kan baik kalau ilmuan seperti ‘prof’ anda tu ikhlas menyebar ilmu. umpama menanam benih buah-buahan. berganda pahalanya. :)

          • Abu Saif says:

            @tobie,

            perlu dibezakan di antara ILMU dengan PRODUK yang dihasilkan dari ilmu tersebut. Apa yang diajar oleh profesor atau penceramah itu adalah ILMU. Ilmu itu harus disebar luaskan seluas-luasnya. Tetapi slide, powerpoint, bahan-bahan bantuan mengajar yang diguna pakai semasa menyampaikan ilmu tersebut, semua itu adalah PRODUK yang dihasilkan daripada ilmu berkenaan. PRODUK itu dihasilkan dengan pengorbanan masa, kreativiti, membeli komputer dan software yang sesuai untuk menghasilkan produk tersebut, malah banyak juga produk seperti itu yang tidak boleh dihasilkan hanya dengan hasil kerja seorang, sebaliknya mesti secara teamwork.

            Maka dalam hal ini, ILMU tidak ada copyright. Sebaliknya PRODUK yang dihasilkan dari ilmu berkenaan, ISLAM ada menetapkan hak-hak yang berkaitan dengannya. Ia tidak mencemar kalimah IKHLAS

          • tobie says:

            @Abu Saif,
            seperti biasa ustaz memberikan jawapan yang terang dan jelas. saya memang nantikan jawapan ustaz tu. keliru juga saya sebab tak faham tentang soal hak dalam islam. nampak sangat saya ni kurang berfikir…
            maka, sekali lagi ‘produk’ ustaz kali ini memaksa saya untuk berfikir. terima kasih ustaz.

        • Abu Saif says:

          @Azimah,

          Ayat azimah indicate yg saifulislam.com ‘kelihatan’ (seems) mencuri idea ustaz pahrol dan mendakwa (claim) ia idea sendiri. Saya dan ustaz pahrol bawa idea yg sama dlm banyak benda dan saya dah cakap banyak kali yg dia sifu saya. Beliau adalah Pengarah Penyelidikan dan Modul manakala saya adalah Penolong Pengarah Penyelidikan dan Modul. What can you expect?

          Mukmin Profesional ialah idea yg saya dan al-adib.net rumuskan dan tinggalkan di fitrah perkasa dan kami saling menggunakannya.

          Kalau main dakwa mendakwa, nanti Rufaqa’ pun ada benda yg nak didakwa dari Fitrah Perkasa dan seterusnya saya. Begitu juga dengan claim Asaari Muhammad ke atas nasyid-nasyid Raihan, Rabbani, Hijjaz dan ramai lagi.

  7. musafir says:

    Alhamdulillah..

    artikel yg menjentik minda…

    diharapkan mahasiswa dpt memahami apa yang ustaz cuba smpaikan sebab kalau kita tgk sekarang universiti2 telah menjadi seperti kilang yang dicipta untuk melahirkan robot-robot untuk pasaran kerja.Ramai mahasiswa menjadi terkongkong pemikirannya. hasilnya lahirlah apa yg ustaz kata “Lumrah hidup pada makan, minum, kerja, rehat dan kahwin… hingga sedikit cuitan pada minda, sudah cukup untuk memurtadkan bangsa yang Muslim ini.”

  8. aman says:

    Alhamdulillah…
    cara berfikir yang dilatih dari kecil…
    kebebasan yang diberikan dalam minda…

    “minda kanak-kanak bagaikan burung-burung yang beterbangan untuk mencuba setiap yang di jumpainya
    ibu bapalah yang menjadi orang tengah untuk mereka meneruskan pengembaraan itu ataupun mematahkan sayap-sayap mereka”

    petikan dari satu artikel yang pernah aman baca…
    tapi tak ingat dah dimana…

    terima kasih atas perkongsian….

    sharing is caring

  9. hishamAR says:

    Tell the truth nothing but the truth, especially to the young kids. Hebatnya ciptaan Allah, berada di sekeliling kita…sama2lah kita renung2kan dan fikir2kan. Salam sejahtera untuk ustaz sekeluarga.

  10. yahoo dot com says:

    kadang-kadang hampir terlupa (malas?) berfikir walaupun ayat2 Allah yang dizikirkan hari-hari penuh dengan ajakan berfikir.

    contohnya surah ar-Rahman, ayat yang paling banyak diulang2 tiap kali bacaan pun belum tentu menerbitkan rasa untuk berfikir kalau gerak akal masih statik.

    syukran ustaz atas pencerahan zikir fikir yang kali keberapa ini.
    jangan pernah jemu yok!

    *saya selalu juga ikut ceramah2 ustaz kalau ustaz ade buat ceramah sekitar PJ ^_^

  11. zulkamal says:

    Tahniah ustaz.Pengisian menarik untuk membuatkan saya berfikir dan pasti akan terus berfikir.

    Masalah sedang melanda umat islam malaysia terutamanya dikalangan kaum melayu…takut bertanya..Masih punya ketakutan yang tak `berpunca` dan tak bertempat.Lihat sahaja dalam dewan kuliah dan kelas.Bila ditanya ..apakah ada soalan hendak ditanya..maka pasti jawapan yang biasa di ekspresikan adalah dengan gelengan kepala.

    Lalu si pensyarah menganggap pelajar-pelajarnya semua punyai kefahaman yang sama dengannya.Padahal…mereka memang tak faham.

    Mungkin ustaz ada solusi atas permasalahan ini…boleh dikongsikan bersama..sekian. syukran :)

  12. ummu huda says:

    Salam Ustaz,

    Paling hebat artikel yang ini. Terima kasih.

    Penat jiwa saya berperang memikirkan apa nak jadi dengan anak-anak muda kita, sibuk nak berdakwah tapi diri sendiri tak didakwah, malas berfikir. Kata-kata dakwah hilang nilainya bila si pendakwah buta akal. Timbullah rasa meluat bila tengok ‘ustaz-ustaz’ ni. Seorang adik perempuan komen, ‘budak-budak mesir fikir mereka ‘hot’, tapi hampeh’. ‘Hot’ sebab menuntut ilmu agama- wanita sangka mereka salon suami yang baik, tapi ‘hampeh’ sebab tingkah laku tak nampak terdidik dan beriman langsung. Menuntut ilmu agama tapi tak zahir pada tingkah laku, sebab tidak dihayati dan diaplikasi ilmu berkenaan.

  13. Amin Ahmad says:

    Dalam tabligh dulu selalu ditamsilkan begini:

    Jika seseorang fikir pasal lapar, mereka akan cari nasi.
    Jika seseorang fikir pasal iman, mereka akan beramal.

    Sebab itu ada majlis fikir Iman dan Amal :)

  14. Mr. Hus says:

    Salam ustaz,

    Artikel yg membawa maksud yg mendalam, terutamanya untuk diri ini. Memang benar kata ustaz, hari ini ramai yg Muslim tapi tak Islam. Sedih rasanya bila kita mengajak berfikir, mereka pulak yg menukar topik, atau terus mengatakan “Ahh, malas la nak peningkan kepala memikirkan”. Terus membunuh semangat yg berkobar-kobar untuk membesarkan kebesaran Allah. Yang terlibat pula merupakan teman-teman yg rapat, takut pulak bila diteruskan mereka mengangkat muka. Apalah nasib dunia tanpa berfikir ye…

    “Lumrah hidup pada makan, minum, kerja, rehat dan kahwin… hingga sedikit cuitan pada minda, sudah cukup untuk memurtadkan bangsa yang Muslim ini.” Molek bebenor ayat ni ustaz, membuatkan saya lebih suka berfikir selepas ini. Thanx a lot… =)

  15. Abu Saif says:

    @Azimah,

    Ayat azimah indicate yg saifulislam.com ‘kelihatan’ (seems) mencuri idea ustaz pahrol dan mendakwa (claim) ia idea sendiri. Saya dan ustaz pahrol bawa idea yg sama dlm banyak benda dan saya dah cakap banyak kali yg dia sifu saya. Beliau adalah Pengarah Penyelidikan dan Modul manakala saya adalah Penolong Pengarah Penyelidikan dan Modul. What can you expect?

    Mukmin Profesional ialah idea yg saya dan al-adib.net rumuskan dan tinggalkan di fitrah perkasa dan kami saling menggunakannya.

    Kalau main dakwa mendakwa, nanti Rufaqa’ pun ada benda yg nak didakwa dari Fitrah Perkasa dan seterusnya saya

  16. harizH says:

    salam ustaz,

    saya memang tersangat-sangat setuju dengan artikel ni. sebelum ustaz tulis lagi dah saya memang setuju (maksudnya saya dah lama fikir).

    tambahan pula, dua tiga hari ni, saya sedang terfikir bila tengok dokumentari Jesus In Islam, bila Sheikh Hamza Yusuf kata, ada satu perkara paling dia suka dalam Islam. “In Quran, it tells the story about Moslem, and it’s differences, it tells you the story about atheism and diff, it tells you the story about Christianity and it’s differences, but it the end, it does not telling you to pressume it, but tells you, BETTER YOU THINK ABOUT IT”.

    Bila saya dengar tu, apa yang saya fikir selama ni datang balik. Jadi, ustaz, adakah tak silap saya kalau saya kata orang yang selalu condemn orang bertanya pasal Islam dan suruh ikut saja dengan kata, “mana boleh main fikir dengan akal benda ni” adalah bodoh sombong, bukan?

    Dan, silap ke saya kalau saya kata, Aqidah pun sebenarnya ada penjelasan, dan tidak perlu diterima bulat-bulat tanpa pemikiran? Maksud saya, terdapat logik dan mantiknya dalam beraqidah dengan aqidah yang benar, bukan sekadar, “eh, bab2 fura’ tak pe nak persoal, tapi, bab2 aqidah ni jangan duk fikir2, tau?”

  17. ummimusa says:

    salam abu saif,
    Glad and grateful to see that you are encouraging people to act on what they can – their very own selves. Please produce a book on parenting. Thanks again. May Allah reward you on your efforts.

    • Abu Saif says:

      @ummimusa,

      thanks for the feedback.

      After the production of AKU TERIMA NIKAHNYA II and RINDU BAU POHON TIN, I’m thinking of producing a book that will be a compilation of articles titled with “MENDIDIK ANAK-ANAK …….”

      Mendidik Anak-anak Berdakwah
      Mendidik Anak-anak Berpolitik
      Mendidik Anak-anak Berfikir
      Mendidik Anak-anak Berbicara
      Mendidik Anak-anak Bersahabat
      Mendidik Anak-anak Berhubung
      Mendidik Anak-anak …

      More and more…. may Allah guide me not just to write down all those things but also to help me practising them upon my beloved kids… ameen

      By the way, I would consider ATN 1 and ATN 2 as books on parenting as well.

      • ummizulfa says:

        @Abu Saif,

        Alhamdulillah, moga Allah mudahkan usaha ustaz untuk membuat buku parenting tu…

        Kalau saya boleh bekongsi cadangan, mungkin boleh buat cara-cara yang praktikal (seperti yang ada ustazkan nukilkan di dalam artikel ini) untuk mendidik anak-anak dalam sesuatu perkara.
        Bak kata ustaz, tepat dan jelas.

        seperti buku “How to Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk”…Bagi saya ia penuh dengan cara-cara praktikal untuk berbuat sesuatu.

        Jazakallah khairan

        Se

      • yahoo dot com says:

        @Abu Saif,

        setuju2!

        hehe..
        saya ada juga niat nak print artikel dalam SIO ni pastu simpan dalam file tebal2. lagi-lagi part mendidik anak-anak. walaupun mungkin akan ade anak n tahun lagi ( n=tak tahu bila tahun sebab kahwin pun tak tahu bila tahun)

        *tapi tak terbuat-buat lagi sebab selalu tertangguh-tangguh hantar emel mintak izin ustaz secara formal. segan kalau main print tanpa tinggalkan sepatah kata kat tuan rumah.

        semoga dikurniakan rezeki murah sentiasa ya ustaz!

        jzkk.

      • sumaiyah says:

        @Abu Saif,
        Assalamualaikum ustaz,akak memang menyokong penuh.Actually akak dan kawan2 tgh mencari satu module untuk anak2 kami agar mereka menjadi muslim yang berlandaskan Alquran dan sunah Rasulullah. Anak2 kami berusia dalam 10 tahun kebawah, persediaan memang banyak untuk menghadapi zaman remaja yang mencabar sekarang. Setakat ni apa yang telah kami buat ialah:
        1. Speech n drama class: untuk berani bercakap dan create ideas.
        2. Bahasa Arab: untuk pemahaman Al-quran
        3. Archery& Swimming: survival skills
        Akak harap ustaz sudi memberi pendapat dan komen tentang apa yg telah kami dan apa yang sepatutnya kami lakukan,kami ketandusan idea dan ilmu. Wassalam

  18. naja says:

    meskipun isu yg sama,namun cara kupasan yg berbeza.

    syukran ya ustaz.

    • Abu Saif says:

      @naja,

      ZIKIR dan FIKIR bukan subjek utama artikel ini. Sebaliknya ialah ANAK-ANAK.

      Guru-guru sekolah rendah tentu sangat faham nilai kalimah KANAK-KANAK apabila digandingkan dengan perkataan lain :)

  19. aman says:

    salam ustaz
    artikel yang sgt bgs
    plus, kata-kata muhammad abduh smpai sekarang kelihatannya sgt jelas di bumi mesir
    terkilan sngguh jika ada yg mengatakan pelajar keluaran mesir ni ‘hampeh’
    tapi tiada daya untuk menyangkal nya sbb rata-rata mmg anak-anak muda skrg hanya tau lumrah makan minum tidur

    cuma ingin menyebut,
    jgn pula semua org di mesir dianggap begitu
    semua tempat ada baik buruknya

    kan ustaz?

    • Abu Saif says:

      @aman,

      Mesir itu mungkin secara kebetulannya Muhammad Abduh balik ke kampungnya di Mesir. Jika beliau balik dari Paris ke Malaysia pun, kenyataan beliau mungkin sama :)

  20. pali says:

    salams ustaz,

    sekali lagi saya suka dengan gambar yang menunjukkan tatacara untuk berblog. Kalau saya datang ke program ustaz tu, mungkin saya orang yang banyak tersenyum. (dan terus naik ke pentas sambil berjabat tangan). :D Ekstrim~!

    Kata orang,

    Its beter late than never

    buat rakan-rakan & saya, tidak terlewat untuk melakukan perubahan. Zikir dalam fikir. Kalau ada version Wonderpets yang baru bertanya; Apa yang penting?

    APLIKASI!

    baca sedikit artikel ustaz dan aplikasi. Sedikit perbuatan yg istiqamah itu lebih baik dari seribu karamah.

    Berkenaan cara pemikiran barat, saya setuju dengan ustaz. Mereka mahukan hujah (dalil) setiap perkara yang diutarakan akan disusuli dengan pertanyaan,

    WHY, HOW, WHO, HOW COME???

    Bukan sekadar “shut up!” boleh diberi pada mereka. Falsafah mereka tinggi. Silap-silap berganda pertanyaan kembali.

    Nice entry. Panas kepala saya dibuatnya. Habislah sel-sel otak membahagi. hehehe.

    ps: ibarat payung artikel ustaz ni. Elok disediakan sebelum hujan.

    -anak murid tumpang belajar-

    • Abu Saif says:

      @pali,

      Terima kasih ya akhi. Tips yang boleh dikongsi ialah “BACALAH ARTIKEL INI DENGAN KADAR SPEED YANG SAMA DENGAN PROSES MENULISNYA”.

      Saya mengambil masa dua hari menulis, memadam, membetulkan dan menambah kurang, sebelum menekan butang PUBLISH :)

      • pali says:

        @Abu Saif,
        nak berkongsi sikit ustaz.

        Saya kini menggunakan software Windows Live Writer. untuk menulis blog. Sangat membantu dalam menjimatkan masa.

        Cuma download, selepas sedikit setting, program ini akan terus memuat turun template blog 100%.

        Kemudian, skrin window baru akan terbuka, sama seperti Microsoft Word, cuma bezanya template blog kita akan terus terisi dan hanya perlu tulis sahaja!!

        Gambar dan video pun boleh diupload, dan susunan gambar boleh dibuat sesuka hati, dibah saiznya & tidak tipikal seperti blogspot dan lain-lain.

        Sama seperti Microsoft Word, jika puas hati, boleh save, dan tekan butang publish. Draft akan disimpan dalam komputer. Jika menggunakan komputer lain, perkara yang hanya perlu dibuat hanya download file dari blog.

        Ini amat menjimatkan masa. Hampir 50% masa dari kebiasaan untuk satu entry saya dijimatkan!

        Murah! cepat! dan berkesan! ( macam iklan jualan murah pula..)

        Dari 10 bintang, saya rekomenkan, 10!

        ps: maaf kalau lari tajuk. tapi mungkin boleh masuk bab,
        Mendidik anak ber blog. :D

        Boleh la kalau nak tengok contoh di blog saya untuk sekadar nak melihat hasil penggunaan software ini. pasal isi blog saya, saya malu…(sambil menutup muka) :D

        tapi untuk bermuhasabah bersama itu takpe. :P

        setakat ni 4 entry saya guna software ni. Sangat mudah!

        Tak perlu edit-edit. Seolah-olah menulis secara live atas blog.

        sharing is caring & living is sharing also (takleh nafsi- nafsi kat dunia ni)

  21. omecool20 says:

    Salam Ustaz.

    Satu artikel yg betul2 menarik. Akan sy jadikan point2 yg diberikan sbg pedoman dalam mendidik diri sendiri, keluarga dan anak2 bangsa.

  22. ahmad says:

    salam ustaz..
    menarik jalan cerita dan huraian yg dibuat..
    dgn analogi yg tepat..
    truskn berkarya ustaz..
    moga dpt mmberikn lebih banyak kesedaran pd umat sejagat..
    insyaallah..

  23. syuhadasyud says:

    Terima kasih ustaz, Barakallahufika

  24. bee says:

    salam…
    “Ayah, kenapa kita tak boleh duduk atas bantal” tanya si anak.
    “Tak boleh, nanti bisul” kata si ayah dengan penuh bijaksana.

    “Ayah, kenapa kita tak boleh meniarap sambil angkat kaki? tanya si anak lagi.
    “Tak boleh. Nanti emak mati!” tegas si ayah dengan penuh yakin….

    erm, teringat di masa zaman kanak-kanak dulu, begini lah jawapan yang diterima….
    mati akal masa itu, terbantut pemikiran untuk terus berfikir, walaupun di usia yang sangat mentah…

    dan x mustahil, didikan sebegitu melahirkan generasi muda yang lemah minda nya….

    semoga apa yang dipaparkan oleh ustaz , sama2 membantu memperbaiki kesilapan lalu….

    sharing is caring… thanks ya ustaz.

  25. Amin Ahmad says:

    Salam.

    Ustaz, tak nak buat modul khas rekrut dai’e professional ke? hehe

  26. cikgupj says:

    Assalamualaikum ustaz…

    satu kebenaran yang tiada boleh dinafikan lagi…
    ibu bapa yang ‘tiada masa’ mendidik anak berfikir…bila ‘ada masa’, jalan fikirnya salah pula…

    yang paling membimbangkan saya ustaz, bila saya ke masjid tiada Islam di sana khususnya DI TANDAS MASJID…

  27. zahidzuhri says:

    jazakallahu khairan atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Tercari-cari jugak artikel yang menyentuh isu-isu seperti ini. Sekalipun takde anak lagi, tapi ana ada seorang adik, ada masanya ana tak tahu bagaimana hendak mencetuskan dan membangkitkan keimanan dalam diri dia, at least dengan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu, syukran :)

  28. hakeem says:

    salam..

    masa kecik2 dulu terima je bile orang kate kalau duduk atas bantal nanti kene bisul..lepas tu dah besar sikit,belajar sains kat skolah terpikir jugak ape yang menyebabkan jadi bisul tu..rupanya dapat jawapan itu hanyalah larangan supaya tak duduk atas bantal,nanti bantal pecah sebab bantal dulu2 diperbuat daripada kekabu,mudah pecah(pecah?betul ke penggunaan kata?).. (^_^)

    apapun terima kasih ustaz atas entry yang menarik ini..

  29. Hot Zoom says:

    Alhamdulillah,
    Belajar dan terus belajar dan terus belajar sambil berfikir.
    Tiada pertikaian maka ilmu tidak dapat dipelajari.
    Wallahua’lam

  30. attaheera says:

    Subhanallah… frekuensi pemikiran saya dan ustaz memang tak banyak bezanya.. sebab tulah saya penggemar setia produk ilmu daripada us pahrol and us haszrizal.. pernah hati saya berargumentasi dengan pendapat seorang sahabat saya yg menjuruskan kepada lebih baik menerima sahaja ilmu agama tanpa banyak soal kerana kalau kita banyak soal, kita hanya akan menyusahkan diri sendiri.. dan mirip juga dgn yahudi.. sedangkan bagii saya, persoalan adalah pintu kepada ilmu.. dan ia bergantung kepada niat asal si penyoal. kalau kita bertanya kerana ingin tahu dan dengn jawapan akan lebih menghampirkan kita dgn Allah, maka bertanya lebih menghampirkan kita dengan kebenaran dan menjauhkan diri drp taqlid buta tanpa benar2 memahami knp kita mesti berbuat demikian.. namun, andai niat seperti org yahudi yg bertanya utk mempermain2kan agama, maka dgn jwpn yg paling spesifik pun takkan memberi makna..dan semestinya akan lebih menyusahkan sang penanya.. cumenya, memanglah dalam agama ada perkara yang we have to leave them to Allah kerana tak tercapai dek akal kita.. tapi, ur idea utk menggalakkan berfikir is great.. bacalah alam kerana alam yang terbentang ini penuh dgn tanda2 kekuasaannya..berfikirlah tentang ciptaan Allah dan bukan zatNya.. and last but not least… FIKIR ITU ZIKIR :-) selamat berfikir!

  31. cikgunur says:

    Assalamualaikum ustaz..
    saya ni suka baca tulisan ustaz dalam majalah Anis.Ni pun baru cuba2 bc tulisan ustaz kat sini plak.Rugi rasanya terlepas tulisan2 yg sebelum ni.ye mmg mecabar mendidik anak kecil zaman sekarang tp kalu dari kecil sudah dipupuk kemahiran berfikir tidak mustahil anak2 akan jadi manusia yg suka berfikir.ibu bapa la yg perlu rajin melayan pertanyaan anak dan rajin mengajak anak2 berfikir

  32. Kak Ija says:

    Salam semua,
    Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    Untuk entri2 ATN3 sebelum ini, mendidik anak berdakwah, mendidik anak berpolitik dan yg kini mendidik anak berfikir…semuanya akak sudah lakukan…cuma berfikir dalam ruang lingkup agama tu memang kurang sikit, bab2 ciptaan Allah tu InsyaAllah sudah banyak tetapi tentang pengukuhan Aqidah tu tidak pernah dicuba lagi…mungkin akak kena tingkatkan ilmu mengenai pemikiran kanak2. Sesiapa yg tidak memiliki tidak dapat memberi.

  33. Nana says:

    Salam Ustaz,
    Saya byk mendapat contoh2 yang dinyatakan dalam byk penulisan ustaz tentang anak2. Sangat suka saya membacanya.
    Saya juga mempratikkan dlm kehidupan harian bersama anak2 dan mendapat respon positif dari mereka.
    Pertanyaan dari anak2 kadang2 memang menganggu jika kita mengaggapnya gangguan, namun saya lebih suka menganggap pertanyaan mereka sebagai kasih sayang mereka kepada saya.
    Sungguh gembira membalas semula setiap pertanyaan mereka dgn kasih sayang juga. Respon dari mereka pun amat baik.

  34. hafiz hashim says:

    Assalamualaikum w.b.t

    “Cogito ergo su”, rasenya “Cogito ergo sum”

    kalo sy salah ust delete le comment nie..just to share.

    :)

  35. annyssasir says:

    assalamualaikum ustz..
    subhanallah..artikel yg membuat saya berfikir..
    kadang kita terlalu banyak fikir, sehingga tidak ada masa untuk zikir,
    kadang kita terlalu banyak berzikir sehingga tidak ada masa untuk berfikir..
    hakikatnya, amat payah untuk kita menemui titik pertemuan antara zikir dengan fikir. semoga artikel ini mampu mencetus fikir dalam diri sekaligus mencetus zikir. segalanya bermula dari diri kita untuk dijadikan contoh kepada anak-anak pada masa hadapan..
    wslm

  36. mirah says:

    salam ustaz. Entry yg panjang namun sungguh bernas. Banyak membantu saya yg tengah mencari-cari ilmu keibubapaan dalam menangani anak-anak kecil di rumah.

  37. k.Imah says:

    bagus …..manusia perlu diingatkan itu perlunya zikir….ingat supaya tak lalai dek dunia.Bagaimana pula dengan anak-anak yang terlalu aktif cakap mak ayah dah tak dihiraukan sibuk dengan rancangan hiburan kanak2(kartun).Zikir mak ayah bukan lagi utama.

  38. Zue says:

    Salam,

    thanks, ustaz telah memberi saya satu buah fikiran tentang bagaimana dahulunya saya ada terfikir-fikir di mana nak mencari org yang tahu berfikir…nah…at least i got some idea….many thanks…

  39. oga says:

    assalamu’alaikum,
    jenis artikel yang paling saya suka.
    tentang akal.tentang fikir.tentang hidup.

    sejak mengenali saifulislam.com lebih kurang 03 tahun lalu, persepsi saya pada cara hidup beragama berubah.

    “..kerana seluruh hidup ini adalah ibadah!.”
    hakikat yang pernah diutarakan di saifulislam.com ini selalu mengajak saya untuk cuba meng’ibadah’kan hidup ini keseluruhannya.sudah tentu kerap kali tersasar kerana saya manusia cuma.

    dan pada saya, cara yang paling mudah untuk menjadikan seluruh hidup ini sebagai ibadah adalah dengan berfikir.
    fikir tentang alam.fikir tentang peristiwa2 kehidupan yang melintas di hadapan mata atau terdengar di telinga atau terbaca di mana2.fikir tentang taqdir2 yang berlaku dalam hidup.

    niatkan fikir untuk mencari kebenaran tentang hakikat hidup.niatkan fikir untuk mencari TUHAN.moga2 Islamnya aku bertambah kuat.

    FIKIR,ZIKIR.

    ….jangan duduk atas bantal, jangan meniarap sambil angkat kaki, jangan asah pensel di kedua2 belah….

    humm, pantang-larang di zaman kanak2 saya.=D.
    dulu2 tak soal banyak2 kenapa benda2 tu tak boleh buat sebab fikir benda2 tu tak penting pun untuk difikir.
    apabila dah besar sikit, dah sedar benda2 tu tak logik, pernah terfikir menyalahkan orang melayu dulu2 yang suka ‘berpantang-latang’ tanpa logik.
    sekarang pula, dah terfikir salahkan diri sendiri, generasi bangsa melayu yang suka terima bulat2 jek ‘tradisi2 tak logik’ itu.
    tapi sampai sekarang rasa ‘segan’ apabila langgar pantang-larang tu.heheh.

    HUJUNG AKAL,PANGKAL AGAMA.

  40. humaira' says:

    ‘akal yang hidup berfikir,
    jiwa yang hidup berzikir’

  41. [...] Mengajar anak berfikir – SIO Book of the Universe [...]

  42. [...] Hujung akal, pangkal agama. Telah terbit Jun 23, 2009 DARWIN 1 Comment Di pangkal ada Agama, dan kita perlu [...]

  43. angah says:

    teringat dulu mase kecik..jiran yang jadi kawan sepermainan selalu cakap bende2 macam tu…
    meniarap angkat kaki nanti mak mati…dll..sbb dia ckp nenek dia cakap macam tu..
    tp xpernah sy percaya..haha.sbb sendiri boleh fikir kan…xlogik langsung.(dah sekolah rendah la)
    mak ckp…xbole meniarap mcm tu sbb xberape sopan…:P

  44. khairatie says:

    terima kasih atas penerangan ustaz tentang konsep ilmu dan produk yang dikuatiri oleh cik azimah sebagai kegiatan yang seakan-akan plagetiarism tu…..harap-harap kita semua faham le ye

  45. Effa says:

    Tp de sesetengah ibu bapa x nk ajar ank dia berfikir…membiar anak berfikir… sy suka bab ni… kanak-kanak di ajar untuk dewasa kepada kebaikkn tu satu yang wajar kan?

  46. anie says:

    Artikel yang bagus…

    Teringat satu movie lakonan tom hanks, isu ketuhanan dan sains….(terlupa tajuk)
    antara isinya bagaimana kristian katholik menyekat pengaruh sains dlm agama..

    Jika agama itu untuk org2 berfikir….tentu zikir tak terpisah dr fikir tapi dgn sistem pendidikan sekolah sekarang , kelebihan ini memang dicantas dr awal…anak2 cuma angguk-angguk dan geleng-geleng bagai org berzikir…

  47. Nor Azmi binti Othman says:

    Assalamualaikum ustaz Hasrizal,
    saya baru saja habis baca buku ustaz “aku terima nikahnya”…tahniah kerana berjaya menjadi penulis.
    makna nya ustaz dah tamatkan pengajian sarjana tu dan isteri ustaz juga dah tamatkan pengajian peringkat sarjana.
    SEKALUNG TAHNIAH UNTUK ANDA BERDUA..
    anak anak ustaz dah besor dah ye ke dah tambah lagi ….maaf lah tanya banyak sangat ….
    teringin nak beli lagi buku ustaz …teruskan menulis …semoga Allah berkati usha ustaz…wasalam.

Leave a Reply