
“Berdakwah melalui blog” demikian tajuk ceramah yang diamanahkan kepada saya.
Fakulti Teknologi dan Sains Informasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menganjurkan ceramah berkaitan dengan dua lapangan iaitu DAKWAH dan TEKNOLOGI MAKLUMAT. Saya sebenarnya agak kekok tatkala menerima jemputan berceramah tentang blog. Sebagaimana saya masih lagi berasa kekok digelar sebagai blogger.
Tetapi jemputan ini merupakan peluang yang baik untuk saya membuat muhasabah terhadap apa yang saya lakukan selama ini. Sesungguhnya dakwah bukan sekadar menyampaikan. Sebaliknya tanggungjawab menguruskan dakwah juga sama penting. Soal dokumentasi, adalah penting agar usaha dakwah seorang da’ie tidak mati dengan matinya dia. Ceramah ini membantu saya mendokumentasikan sejarah perjalanan SAIFULISLAM.COM

Berdakwah dengan hikmah itu luas pengertiannya. Namun hikmah yang penting untuk dikaitkan dengan topik berdakwah melalui blog ini, adalah hikmah yang bermaksud ketepatan. Tepat kaedah dan tepat sasaran. Bukan sahaja perniagaan yang memencilkan internet akan kerugian besar pada pelanggannya yang berpotensi, malah pada jalur yang sama, dakwah juga akan terpencil dengan memencilkan internet.
Berdakwah melalui blog adalah response yang dituntut bagi mendepani challenge yang sedang dihadapi semasa. Ia adalah suatu tindakan proaktif.

Ada beberapa tabiat sedia ada pada diri saya yang banyak memberikan kemudahan untuk berblog. Semenjak di bangku sekolah, minat kepada komputer sangat tinggi. Ketika di Tingkatan 1, saya bersungguh-sungguh cuba belajar Basic Awalan, belajar menggunakan Wordstar dan seterusnya tidak pernah jemu menongkat dagu di bilik komputer sekolah dari malam hingga ke subuh untuk mencetak majalah sekolah dengan mesin cetak yang amat bising dan mengilukan ketika itu.
Malah semasa di Jordan, biar pun tanpa internet, saya sudah selesa untuk duduk mengadap komputer mempeghodi (meneroka sambil ‘merosakkan) kedua-dua aspek software dan hardware komputer Macintosh Performa milik teman-teman. Pernah juga berniaga memasang komputer secara ala carte untuk pelajar semasa bermastautin di UK, Tottenham Court Road adalah ‘syurga dunia’ saya.
Manakala menulis pula, adalah cara saya menghilangkan kusut minda. Saya tidak boleh membaca nota orang lain. Apa sahaja yang dipelajari perlu dinotakan sendiri dan menulis sentiasa menjadi cara saya untuk menyusun kefahaman saya tentang sesuatu subjek dan topik. Kombinasi di antara tabiat menulis untuk menterjemahkan minda, dan komputer sebagai suatu perkara yang amat digemari, maka momentum untuk blog menjadi mudah dan seperti semulajadi.

Bermain-main dengan coding di era Basic Awalan dan DOS, menjadikan aplikasi HTML sangat menghiburkan. Saya memulakan penulisan di internet dengan gurau senda saya bersama html yang di suatu ketika belum muncul dalam bentuk template. Segala-galanya bermula dari kosong dan usaha untuk mengemaskinikan halaman web peribadi boleh menelan masa berjam-jam akibat daripada nature kod HTML itu sendiri.
Blog saifulislam.com beroleh suatu kemudahan yang amat besar apabila saya diperkenalkan oleh seorang sahabat dengan platform WordPress. Biar pun di peringkat awal saya agak sinikal dengan idea-idea baru, rasa kekok melihat blog-blog yang kelihatannya seperti sebuah diari, namun saya beranikan sahaja diri untuk mencuba. Ternyata, wordpress telah memberikan satu bentuk revolusi yang besar kepada saifulislam.com.

Artikel pertama yang saya muat naik, adalah PEMBUKAAN KOTA CONSTANTINOPLE 1453 di halaman web pertama saya yang menumpang di TRIPOD. Dalam usaha untuk mencari hosting percuma yang tidak terlalu diganggu oleh iklan di sana sini, saya berpindah dari TRIPOD ke GEOCITIES, pernah juga ke FREEHOSTDEPARTMENT dan satu dua syarikat hosting yang lain. Sehinggalah akhirnya, saya menulis artikel “NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT JUANG”, dan mahu mengenengahkan fail mp3 nasyid-nasyid kumpulan nasyid kami semasa menuntut di Jordan dulu, lalu saya telah berpindah ke server berbayar pertama di www.hostdepartment.com.
Ketika itu, halaman web peribadi saya dialamatkan dengan domain www.hasrizal.com dan ia bertahan selama kira-kira setahun, sehinggalah saya semakin menerima soalan daripada teman-teman bukan Melayu yang bertanyakan tentang maksud HASRIZAL. Akhirnya, selepas kelahiran anak sulung saya, www.hasrizal.com ditukarkan ke www.saifulislam.com sehingga kini.
Domain www.hasrizal.com masih disimpan dan diperbaharui sehinggalah dua atau tiga tahun kemudian saya terlupa untuk memperbaharui domain itu, dan ia expired. Kini domain itu dipegang oleh sebuah syarikat pendaftar dan saya ditawarkan untuk membeli kembali domain tersebut dengan harga beberapa ribu US Dollar! Nasihat saya kepada sesiapa yang mahu mendaftar domain, anda perlu konsisten menjaganya. Sekali terlepas, terlepaslah ia.

“Berblog kerana terpaksa, terseksa!” saya menyelitkan penerangan.
“Berblog untuk menerima, terima duit, terima pengunjung, terima manfaat, lebih bagus dan boleh fokus. Tapi ia belum cukup bagus,” saya menambah lagi.
“Berblog untuk memberi, mencari makna hidup dengan menyumbangkan kebaikan dan nasihat serta panduan… itulah kemuncak kepuasan dalam berblog. Justeru saya pilih tag blog Saifulislam.Com sebagai ERTI HIDUP PADA MEMBERI” saya menyambung bicara.
“Dengan syarat, memberi itu dengan rasa kasih sayang,” penerangan disudahkan.
Nilaikanlah sendiri apa motif atau niat anda untuk membuka blog. Apakah kerana terpaksa disebabkan oleh trend rakan-rakan yang membuka blog? Apakah sekadar memikirkan apa manfaat yang mahu diterima, dengan membuka 100 blog yang hanya mempunyai iklan untuk menjana duit? Atau ada sesuatu yang lebih besar daripada semua itu? Mahu MEMBERI?

Membuka blog dan memulakannya amat mudah. Semudah membuka akaun email. Jika seseorang itu boleh menggunakan Microsoft Word, pasti mengendalikan wordpress.com atau blogspot.com tidak menjadi masalah buatnya.
Tetapi persoalan yang besar ialah pada istiqamah. Konsistensi yang mahu dipertahankan dalam perjalanan yang panjang. Alhamdulillah setelah lebih 10 tahun memilik halaman web sendiri, daripada sebuah personal website kepada apa yang dinamakan hari ini sebagai BLOG, beberapa nasihat boleh dikongsikan bersama untuk mencari kekuatan yang didambakan oleh seorang penulis.
Salah satu unsur penting untuk kejayaan sebuah blog ialah pada menjadikannya sebuah blog yang unik dan tersendiri. Keunikan itu sukar untuk timbul jika kita sekadar cut and paste artikel daripada halaman lain atau sekadar menulis pengetahuan yang kita tahu. Keunikan boleh timbul daripada sesuatu yang hanya dimiliki secara eksklusif oleh setiap individu seperti cap jarinya iaitulah sebuah PENGALAMAN.
Banyakkan menyelitkan pengalaman diri kerana itulah elemen yang menjadikan blog kita tidak sama dengan mana-mana blog lain. Angkat pengalaman itu sebagai mutiara yang berharga dalam hidup, dan latihlah diri untuk berupaya menafsirkan pengalaman hidup hingga terbit ibrah daripadanya.
Tidak dilupakan, aspek kualiti bahasa.
Menulis dengan bahasa yang korupsi, bukan sahaja akan menjadikan sebuah blog tidak diminati oleh kelompok yang tidak berbahasa dengan slanga yang sedemikian rupa, malah penulis blog itu sendiri akan mual membaca catatannya semasa mendukung anak ketiga sambil menyelak arkib.
Kualiti bahasa itu adalah kadar nyawa bagai upaya malar segar sesebuah blog dan artikel yang dihasilkan.
Tentu sekali, faktor paling besar ialah pada membawa keluarga untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada blog kita.
Daripada sesuatu yang dianggap mencuri masa oleh sang isteri, saya tidak jemu-jemu untuk mengubah suai persepsi isteri dan keluarga hingga akhirnya blog saifulislam.com menjadi wadah untuk kami berdua merakamkan proses belajar dan mengajar dalam rumahtangga sendiri, dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan keluarga Saifulislam.Com.
Syukur, dalam tatih, akhirnya UMMUSAIF.COM juga muncul dengan identitinya yang tersendiri.

Komen bukan sebarang komen. Ia adalah sama berharga dan sama berguna di sisi artikel induk yang dipaparkan.
Justeru saya amat serius dalam usaha menjaga hala tuju dan bentuk komen yang dikongsi bersama oleh pembaca. Setiap satu komen dihargai. Kecuali komen yang tidak menghormati tajuk perbincangan asal, serta komen yang diungkap dengan bahasa yang tidak berakhlaq.
Semua itu terpaksa dibersihkan agar blog yang bakal saya wariskan kepada anak-anak ini, tidak mengandungi wabak penyakit yang mengundang dosa.
Terima kasih kepada SEMUA pembaca yang sudi berkongsi. Sharing is caring, amat besar pengertiannya di Saifulislam.Com

Dua orang mentor besar saya, telah memberikan impak yang sangat signifikan kepada fikiran, pendekatan dakwah dan seterusnya tulisan saya sendiri.
Mentor pertama adalah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, sifu saya semasa bertugas di Fitrah Perkasa Sdn Bhd. Bekerja sebagai penolong pengarah kepada bahagian penyelidikan dan modul, saya bekerja di bawah panduan Ustaz Pahrol, dan beliau yang kaya dengan pengalaman dakwah serta ketajaman minda, mengasah segala apa yang saya ada agar berhasil menjadi suatu pakej dakwah yang baik.
Beliau memperkenalkan saya kepada kaedah beranalogi. Beliau juga meyakinkan saya kepada kuasa simplicity di dalam ilmu dan penyampaian. Ustaz Pahrol membantu saya membaca buku-buku self help Barat dan yang paling utama, beliau mengubah 100% persepsi saya terhadap apa yang dinamakan sebagai MOTIVASI.
Mentor kedua saya adalah Puan Ainon Mohamad, Sifu PTS.
Biar pun saya hanya berkesempatan hadir ke kursus kendalian beliau sebanyak dua kali, impaknya amat besar kepada diri saya dan seterusnya menyaksikan perubahan kepada penulisan saya di blog Saifulislam.Com.
Pertamanya, Puan Ainon memperkenalkan tool yang sangat berguna untuk penulis seperti saya. Peta minda (mindmap) berbentuk tulang ikan yang diajarnya telah begitu berkesan sekali membantu saya mengingati kembali sejumlah besar peristiwa yang pernah berlaku di dalam hidup ini, dan tidak keterlaluan jika saya katakan, peta minda yang diajar oleh Puan Ainon itu telah memungkinkan saya menghasilkan tidak kurang daripada 100 artikel pada kadar yang segera.
Keduanya, Puan Ainon mengajar saya cara untuk menghidupkan penulisan, iaitu dengan membanyakkan ayat-ayat dialog berbanding ayat naratif yang membosankan.
“Aku mengantuklah,” kata Ahmad.
“Aku pun sama juga. Inilah akibatnya jika sibuk berkempen malam tadi!” balas Ali yang meneman.
Bentuk ayat sebegini adalah jauh lebih menghidupkan penceritaan berbanding sekadar catatan:
“… pagi itu Ahmad dan Ali mengantuk kerana mereka tidak cukup tidur. Semuanya gara-gara sibuk berkempen hingga jauh malam…”
Bukan sahaja Ahmad dan Ali yang mengantuk, malah pembaca juga turut mengantuk sama!
Begitu juga, Puan Ainon meyakinkan saya tentang KUASA CERITA. Sampaikan agama melalui cerita, adalah mesej yang sering beliau tekankan. Biar pun suatu tajuk itu begitu berat isinya, namun cerita akan mampu mengubah mesej berat itu kepada format yang mudah digarap oleh pembaca.
Terakhir, Puan Ainon juga memperkenalkan kepada saya KJ Method, iaitu kaedah menulis yang tidak terikat kepada bentuk lateral yang membantutkan. Lepas Bab 1 baru Bab 2. Jika tersangkut Bab 3, maka sampai kiamatlah tidak muncul Bab 4. Meminjam tabiat turunnya ayat-ayat al-Quran secara rawak bergantung kepada situasi dan peristiwa, demikianlah seorang penulis harus memanfaatkannya.
Tulis sahaja apa yang terlintas di kepala.
Cuma kekalkan kerangka, bahasa dan gaya penyampaian agar semua artikel itu nanti boleh dicantumkan menjadi sebuah buku.
Itulah ramuan di sebalik penghasilan buku pertama saya, AKU TERIMA NIKAHNYA.

Mungkin inilah kemuncaknya.
Setelah halaman web berubah menjadi blog, blog berhasil menjadi buku, akhirnya blog juga menjadi asas karier utama saya hari ini. Penubuhan Saifulislam Training & Consultancy adalah hasil daripada perkembangan blog Saifulislam.Com. Kini, hampir 75% aktiviti dan jemputan yang saya terima, dijana oleh blog dan bagusnya ialah, kesemua ceramah saya, boleh dilanjutkan pembacaan, semakan semula dan pengambilan nota dengan peserta melayari blog Saifulislam.Com.
Blog ini menjadi after course service untuk follow up yang sering menjadi titik kegagalan kursus-kursus motivasi yang lain, apabila kursus yang berkesan tidak dibekalkan dengan bahan susulan yang menyokong perubahan diri yang diserukan kepada manusia.

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada Al-Fadhil Encik Che Wan Shamsul Bahri bin Che Wan Ahmad dan Encik Khirulnizam Abd Rahman daripada KUIS atas jemputan. Semoga bermanfaat.
Semoga Allah terus menerus mengurniakan daya istiqamah dan kemurniaan maksud di sebalik penghasilan blog ini.
Jangan henti ngeblog… hingga kamu mati.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











betul ustaz..mmg ramai org ada blog..tp sejauh mana blog itu dapat dimanfaatkan oleh org lain..
bagi sy mmg benar kualiti bahasa memainkan peranan..namun selain itu design @ rekabentuk blog turut memainkan peranan..
sungguh sakit mata bila melihat ada sesetengah blog yg mempunyai latarbelakang yg berkelip2 (blinking) …walaupun ada mesej baik yg ingin disampaikan..mood untuk membaca terus hilang kerana sakitnya mata untuk terus membaca blog tersebut..
jadi tipsnya apabila merekabentuk blog ni ..gunakan 3 warna utama pada blog anda..barulah aman dan damai bila membacanya nnt
@noor,
ustz…saya adalah pelajar kuis…thanx 4 coming here…
asa bertuah sgt2….
@noor,
ya, persoalan design juga ada ditanya oleh audience kepada saya semasa presentation ini.
design mempunyai peranannya yang tersendiri sebagaimana saya sendiri cuba untuk memperelokkan slide powerpoint setiap kali membuat presentation. warna yang sederhana dan tidak menyakitkan mata.
maybe selera orang Asia gamaknya yang suka kepada benda bergerak-gerak, teks bergerak2 dan berwarna warni… namun ia mengurangkan ‘maturity’ blog berkenaan at first impression. so utk yang berumur2 sikit, memang ‘pelik’ kalau buat macam tu.
akhirnya, disebabkan oleh masalah trafik, saya memilih design yang plain dan simple sahaja…
alahai..kalau ustaz pun kekok as blogger, bagaimana pula saya yang baru setahun dua menulis..tiba-tiba rasa macam nak edit balik entri blog saya yang pertama, dah delete pun blog tu..syabas ustaz as ‘blogger’ yang berjaya.
“Jangan henti ngeblog… hingga kamu mati.”
TAHNIAH BUAT USTAZ HASRIZAL YANG TELAH SAMPAI KE TAHAP INI. JUJUR SAYA KATAKAN UNTUK ISTIQAMAH MENULIS MERUPAKAN CABARAN YANG SANGAT BESAR. NAMUN, MUJUR ADA BLOG SEPERTI SAIFULISLAM.COM YANG SENTIASA MEMBERIKAN MOTIVASI DAN INSPIRASI UNTUK TERUS MENULIS DAN MEMBERI. BARAKALLAHUFIK YA AKHI
Kalau dalam Facebook, ada option like, maka untuk entri kali ini, saya Husainibrahim likes this entry
, benar, nampak sangat stail penulisan Ustaz dan Ustaz Pahrol ada persamaan.
Alhamdulillah, saya juga berpeluang sekali mengikut bengkel bersama Pn Ainon, teori KJ method dan teori surah Yusuf memang satu teknik penulisan yang menarik dan berbeza, terserlah dalam penulisan Ustaz. Kadang-kadang terdetik nak ‘meniru’, namun saya tahu peniruan tidak mendatangkan hasil, yang lebih baik tentulah dengan menulis dari diri sendiri.
Ustaz saya jadikan mentor dalam penulisan di blog, Alf Mubarak Lak!
@Husaini,
ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi… walaupun satu nasi putih dan satu lagi nasi minyak yang banyak kolestrol.
anta sudah berada di jalan yang hebat. teruskan kehebatan itu…
dan ma’a al-taufiq wa al-najaah untuk final exam anta dan teman-teman
Subhanallah…
ini dikira sebagai tutorial kepada mereka yang mula berjinak dalam penulisan blog…
penulisan blog bukan hanya sekadar suka-suka..
tetapi dakwah secara maya…
Terima kasih ustaz atas perkongsian ini….
“sharing is caring”
@aman,
Alhamdulillah… moga membantu
Salam ustaz. Saya bercadang ingin membuka sebuah blog yang berasaskan kartun dan komik islami kerana saya tidak pandai mengarang tetapi masih ingin sama sama berdakwah melalui blog melalui sedikit bakat melukis yang ada. Minta pandangan ustaz tentang rancangan saya ini memandangkan saya masih belum jelas akan hukum melukis itu sendiri.
@Ibn Idris,
wsalam wbt.
teruskan ya akhi… kalau persoalan hukum melukis yg jadi isu, terpulang kepada anta. kalau berminat untuk bersama jalur keras maka hujah-hujahnya ada untuk menolak perbuatan melukis. kalau bersama jalur sederhana, maka hujah-hujahnya ada untuk mengharuskan perbuatan melukis. Apa yang penting
kerjasamaialah anta sendiri tahu apakah asas tindakan dan perbuatan dalam kehidupan sehari-hari.ana menyokong hajat anta. teruskan… dan maklumkan kepada kami di sini apabila ia sudah bermula
kuasa wonderpets yg amat menyentuh
thx for sharing ustaz.. jumpa malam ni ni annida
@hafizwm, err, berjumpakah kita semalam di al-nidaa’? kurang pasti pula ana. maaf kalau terlepas pandang
@Abu Saif, alhamdulillah jumpa ust cuma saya tak approach ustaz lps talk smlm.. semalam mcm biasa ustaz tak mengecewakan hadirin,.. cuma bermakna bila ustaz berkongsi kisah di Dublin dan memberi penekanan pada fikir.. saya stuju sangat bila mana fikir itu di zaman kini dimandulkan dari pelbagai lapisan masyarakat, bermula dari keluarga lagi… seterusnya memberi kesan kepada pegangan dan iman kita kerna fikir berkait rapat dengan ibadah juga
menanti session ustaz seterusnya di Annaim insyaAllah
syukran ya ustaz.
Tahniah ustaz atas keterusan berblog. Sedikit sebanyak cerita-cerita ustaz juga memberikan inspirasi pada saya untuk berblog demi masyarakat dalam konteks kerjaya saya sebagai pendidik. Garapan idea ustaz serta teknik bercerita adalah cara berkesan untuk menarik minat orang membaca blog kita.
Teruskan usaha tanpa jemu dan halangan
Terima kasih atas kesudian Ustaz bertandang ke KUIS. Kami berbesar hati dengan kehadiran Ustaz. Sebarang kekurangan atau cacat-cela kami sebagai pihak penganjur, kami minta maaf.
Semoga perkenalan kali ini membuka jalinan ukhuwah yang akan memberi manfaat kepada Islam…
@Khirulnizam Abd Rahman,
Terima kasih juga atas peluang memberi yang disediakan. Terima kasih juga kerana bersusah payah mengambil dan menghantar ana pulang. Looking forward untuk program-program lain di KUIS nanti Insya Allah.
Ustaz..
Ikhlas saya nyatakan,
- untuk menulis blog, ramai yang buat
- untuk istiqamah menulis blog, kadang-kadang ada netter sanggup
- untuk istiqamah menulis blok dengan jujur, matlamat jelas, jarang-jarang orang boleh lakukan
- untuk menulis blog yang menarik, kreatif DAN YANG PENTINGNYA bersabar dengan pembaca, pengomen dan memastikan orang-orang yang membaca blog boleh mendapat manfaat, bukan memprovokasi, SS, BUKAN BUANG MASA dan mendapat pahala dan balasan pahala dari ALLAH SWT..
mungkin menjadi begitu sukar sekali.
Saya mendoakan istiqamah, kejujuran dan kemurnian sebenar bagi ustaz dan sesiapa sahaja antara kita yang mampu berbuat demikian.
@ummualya,
memblogging itu juga seperti memuhasabah diri. Jari jemari yang menari ini juga akan dipertanggungjawabkan atas “penipuan” yang dilakukan kelak.
tapi nak tunggu betul-betul baik, bila lagi? pembinaan blog mestilah seiring dengan pembinaan diri.
semangat-semangat!
terima kasih @ummualya,
memang susah dan panjang perjalanannya. semoga kita semua terus istiqamah. feedback pengunjung adalah salah satu sumber kekuatannya
@Ahmad Attaluki, syukran… tunjuk ajarku sifu!
@Abu Saif, Anta bersedia untuk jadi duta produk local made blog engine?
@Ahmad Attaluki, bagi ana try dulu. kalau ana berpuas hati, i am more than happy untuk promote walaupun tanpa status diplomat sebagai duta
Salam,
Berblog ni banyak juga cabangnya ya.
Banyak yg perlu dipelajari ni.
Tahniah ustaz kerana membuka minda saya dalam berblog.
Saya percaya blog adalah penulisan benar dari pemblog berbanding media lain hanya melengkapkan ‘kerja’ yang perlu dilangsaikan agar tidak dikenakan tindakan buang kerja atau pun dimarahi majikan/ketua.
Wallahu’lam.
Blog untuk fisabillillah
@Hot Zoom, Salam ustaz,
Saya rasa ini pun perlu dijadikan unsur berdakwah juga ye.
Maaf terhadap link ini
http://zoompanas2.blogspot.com/2009/04/hulurkan-sumbangan-buat-adik-irfan.html
salam
“Jangan henti ngeblog… hingga kamu mati.”
Semangat, semangat…
Syukran ustaz dtg kuis.. sonok tngok ustaz dr jauh.. sya ni baby dlm bab2 mnulis ni.. ajarin yaa
Assalamualaikum ustaz..mohon izin ustaz copy artikel ni untuk dipanjangkan buat teman2=)
Saya teringin nak tinggalkan komen yang lebih bermakna,selepas beberapa kali membaca entri ustaz kali ni beserta komen-komennya.
Persamaan blogger dan komen pengunjung, adalah ia suatu tulisan dari pendapat yang lahir di fikiran kita. Tulisan ini sifatnya ‘kekal’ dan dapat dihujjahkan, maka jarang sekali kita menganggap ia sebagai suatu amanah. Firman Allah maksudnya “Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis” telah cukup membuat kita sedar akan amanah ini. Tulisan ini suatu dakwah, dan dakwah memerlukan ilmu, dan daie tidak terlepas jua dari kesilapan.
Saya quote kata-kata ustaz sekali lagi di komen ini, dengan tanda seru:
“Jangan henti ngeblog… hingga kamu mati!”
Salam Ustaz,
Saya terkilan juga tak dapat hadir ke ceramah ustaz di KUIS baru-baru ni. Agak irony, bila ditempat orang saya sedayaupaya berusaha untuk mendengar ceramah ustaz, tapi bila ustaz datang ke tempat saya di KUIS, saya plk tak berkesempatan.
Walaubagaimanapun saya percaya usaha rakan-rakan pensyarah saya dari Jabatan E-Dagang serta Ustaz juga patut dipuji dan harapan saya usaha ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
‘TAHNIAH!’
@Ridzal dan Fatimah,
wsalam tuan dan puan berdua. betul, saya terjenguk-jenguk juga tempoh hari semasa di KUIS. Hadir pada short semester memang kurang berjumpa manusia
Insya Allah ketemu di masa-masa akan datang
salams,
saya suka gambar yang ustaz pos dalam memberitahu tentang peringkat-peringkat untuk memblog. Sememangnya saya bersetuju.
Kemuncak blogging seperti yang ustaz katakan itu masih tidak tergapai saya. Niat mula memblogging adalah “kerana khabarku ada disini”. Kemudian terasa diri ini kosong tanpa perbincangan dan usrah lalu menjadi “anak murid tumpang belajar”.
Teringatkan kata-kata ustaz dulu untuk integrate sunnatullah & syariatullah, saya cuba mengaitkan apa yang saya pelajari kini (horticultural sciences) dengan kefahaman agama yang saya ada; walaupun terhad, tapi dengan melihat kejadian Allah, sesungguhnya ada petanda Maha pencipta bagi hati yang mahu berfikir..
Lalu kini menjadi “Aku hanya sang petani”.
“Growers that planting good deeds to be harvest at the land of eternity.”
Insyallah ustaz, bagi saya, nukilan adalah suara hati. Membaca blog ustaz pun kekadang saya terkesan dengan hasrat dari nukilan ustaz.
Peringkat memblogging saya masih dalam pencarian.. Ganbattee~!
@pali,
kejayaan itu bukan destinasi, tetapi perjalanan. anta sudah berjaya kerana sudah berada di perjalanan. teruskan!
@Abu Saif,
rasa macam nak menangis.. doakan kami semua istiqamah, dan sentiasa optimis dalam limit!
Ameen. (T-T)
Saya setuju.
salam ustaz…
tahniah ustaz atas pencapaian yg Allah swt dah bagi dekat ustaz.saya selalu percaya bahawa segala niat yan baik akan dipermudahkan urusannya.dan terima kasih juga ustaz atas kata-kata semangat.
Jazakallah.
Salam ust, minta izin sy salin dan letak karangan ust ni ke dlm blog sy..tp sy buat link saifulislam.com.
Salam… Saya bersyukur dipertemukan dengan blog ini, kalau tidak silap sekitar tahun 2005, oleh seorang sahabat dan hingga kini mengunjunginya menjadi agenda wajib saya pada setiap hari. Saya ada menyimpan cita-cita untuk memiliki blog seumpamanya suatu hari nanti.
Terima kasih, Ustaz, atas “entry” di atas kerana memberi gambaran persiapan sebenar yang perlu saya punyai sebelum berblog yang layak diperakukan sebagai salah satu wasilah dakwah yang berkesan.
saya sangat suka part ustaz dari blog ke buku, ia menampakkan kesungguhan yang benar-benar jitu.
saya computer illiterate, namun sedaya mungkin berusaha,juga sekonsisten mungkin memolekkan bahasa yang diguna.
tahniah ustaz
Alhamdulillah. Entri ustaz kali ini mencerahkan balik apa tujuan saya berblog. Beberapa kali saya macam hilang arah dalam berblog.
Dan hari ini sedar kembali, kita berblog untuk satu tujuan iaitu ‘Memberi’.
Assalamualaikum,
Sekarang akak benar2 merasakan apa yang ummu saif nyatakan suatu ketika dulu, rasa bersalah kerana mengadap komputer di rumah!! Entah kenapa kalau guna handphone selalunya komen tidak sampai, sungguh mengecewakan. Sekarang ini menulis di workstation, boleh dirasionalkan kerana waktu rehat.
Akak tertarik dengan point PENGALAMAN dan mengangkatnya sebagai mutiara yang berharga dalam hidup. Dan seterusnya menafsirkannya hingga terbit IBRAH. InsyaAllah akak akan cuba menulis sedikit demi sedikit menggunakan KJ Method.
Memang benar, kadang2 ada sesuatu perkara tu memang akan menyebabkan akak menyelongkar artikel2 lama ustad, the best after service and the best part is it is FOC…
Akak akan sentiasa mengikuti penulisan ustaz, mungkin akak kena jot down the point for comments and write as fast as I can when time permit…macam pernah dinyatakan ummu saif kaedah ni.
@Kak Ija,
Ahlan wa sahlan.
Terima kasih kerana terus berusaha untuk ziarah dan memberi komen. Kak Ija pakai phone jenis apa? Kalau ikut pengalaman saya, komen hanya bisa dihantar kalau saya guna browser Opera Mini pada handphone. Kalau guna browser asal, tak pernah sukses.
Tentu banyak pengalaman di Australia yang boleh dinukilkan. Harap suami dan anak-anak settle down dengan baik di sana, ameen.
Terus terang saya mula memblogging selepas terkesan dengan saifulislam.com lebih kurang 3 tahun yang lalu. Saya mengenali ustaz melalui majalah i. Pada awalnya saya terperasan ada kolumnis baru bernama Hasrizal Abd. Jamil yang menulis dengan gaya bahasa berbeza daripada kolumnis lain yang sedia ada. Tulisan ustaz banyak melontarkan analogi dan dialog yang tentunya membuatkan ianya agak kontradik dengan kolumnis lain di dalam majalah i itu sendiri.
Perbezaan yang jelas ini membuatkan saya men’double standard‘kan tulisan ustaz. Atau kata lainnya saya membacanya selepas habis majalah ini dibelek-belek. Tetapi sekali hati saya mendesak untuk membacanya, saya sudah mula senang dengan cara ustaz menulis. Lantas saya cuba membuka laman webnya, dan langsung menjadi peminat setia. Ternyata, saya berterima kasih kepada majalah i kerana mengambil ustaz sebagai kolumnis.
Benar, sekali pandang memang gaya tulisan ustaz lebih condong kepada Ustaz Pahrol dan mungkin menjadikannya lain sedikit kerana ustaz juga sempat berguru dengan Sifu Puan Ainon PTS. Apa-apapun gaya tulisan ustaz sudah punya identiti. Walaupun sekali saya baca daripada blog yang copy and paste artikel ustaz, saya sudah dapat mengagaknya.
Teruskan mengeblog ustaz…
salam ust, entry yg amat bermakna, kebetulan sy br jer buat blog dgn tema ‘sharing is caring’, tiba2 ust plak keluarkan entry ni, iAllah moga2 suatu hari nnt blog sy mampu menjadi medan dakwah seperti Saifulislam.Com. saya doakan semoga ust terus tsabat atas jalan ini ^_^
Jika dilihat..
blog yang berunsurkan dakwah agak kurang mendapat sambutan.
Setelah diamati walaupun dunia blogging sudah meluas di Malaysia saya boleh kata lebih banyak menjurus kepada aspek Internet Marketing semata-mata. Atau lebih banyak menyentuh tentang hal duniawi seperti gosip2 panas artis Malaysia.
Jadi tidak hairanlah sesetengah pengunjung atau pelayar lebih gemar bertandang ke blog sedemikian. Menaikkan trafik blog adalah matlamat utama bagi mereka. Namun usaha dakwah sekadar dipinggiran menanti.
Ape2 pun saya sebagai student KUIS mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi bertandang ke KUIS berkongsi ilmu dan pengalaman. Bagi saya titik permulaan dalam dunia blogging adalah dengan matlamat kerana Allah..
Syukran jazilan ya ustaz..
@MyIkhtiar,
ijinkan saya berkongsi pandangan,
Dakwah ini adalah warisan dari Nabi untuk umatnya. Nabi tu dari kalangan manusia, agar kelak tidak timbul isu jika dilantik dikalangan Malaikat.
Seperti itu juga bloggers. Menulislah agar pembaca lain pun tahu yang menulis itu manusia juga. Seperti kata Ust Pahrol,
Pendakwah: Murbbi @ selebriti Murobbi @ selebriti?
pandangan saya, pendakwah boleh menjadi kedua-dua watak, tapi biar besederhana, dan pendekatan hendaklah sebagai sahabat.
Biar diketahui yang menulis itu bukan malaikat, tetapi manusia sepertinya jua.
“anak murid tumpang belajar”
salam..
setuju dengan aspek kualiti bahasa..ringkasan bahasa kadangkala merimaskan dan ‘memalaskan’ pembaca untuk menatapnya.ini amat merugikan kerana mungkin terdapat manfaat yang boleh diambil daripada penulisan itu.
sama juga seperti komen2 yang diberikan,harap tidak terlalu diringkaskan sehingga menyusahkan pembaca untuk mencerna isi yang diberikan.
wallahua’lam
AlhamdulIllah, aura blogging ustaz sampai ke Jepun. insyaAllah kami akan cuba beristiqomah!
It’s an honor to be your pupil!
salam…
sejak awal 2008, saya menciptakan blog saya… dengan nawaitu untuk menulis tentang kehidupan saya dan menyimpan artikel2 berguna, berfaedah dan bermanfaat yang dapat saya save permenantly…. (sbb laptop sll kena virus…asyik reformat je….) seandainya save ke external harddisk (saya xmampu saat itu dan sbb ia xberapa penting), boleh je jadi masalah yg sm nnt, pikir saya… jika di copy ke cd juga bole patah atau cannot read then…sbb bagi saya ilmu2 yg saya dpt dari emel2 atau artikel2 dari blog lain (byk informasi bguna menurut saya) saya ingin menyimpannya, mengabadikannya dan ingin membacanya lagi akan datang… juga boleh saya berkongsi ilmu tersebut dengan org lain t’utama keluarga, adik2 n my future baby (insyaallah, dengan izinnya)…itu catatan tentang ilmu…
catatan tentang kehidupan sy jg dapat memberikan kenangan jika di imbas lagi di dalam blog ini… dapat lah tersenyum sendiri, berfikir sejenak, muhasabah diri ke….dll…. awal pembabitan dengan blog tidaklah terlalu aktif sebab kemudahan internet terbatas kerana saya menggunakan modem & kad prepaid…(maklumlah student)…
dan 1 hari di blog ustaz ada mencerikan tentang “TULISKAN PENGALAMAN ITU DEMI ANAK-ANAKMU” (jan 23rd 09)…. ia membuatkn sy bfkr..memg btl cara begitu…dan itulah yg saya lakukan pada blog saya… sbb blog yg saya ciptakan ini tidak saya exposekn pada siapa2 kecuali tunang saya (b4 nikah)…kerana ianya umpama diari, kawan bicara dan juga tempat sy store ilmu2 yg sy dapat…sbnrnya byk lg artikel yg saya blm post dlm blog ini…sibuk sgt smpaikn bile nk post (tntg diari sy) sy rs mcm ‘ala, dah basi la cite ni kalu nk post kat blog skrg’….urmmmm…akhirnya xjd lah post…. ha, tapi baru2 ni (dlm mac 09) saya mulai exposekan blog sy kpd teman2 lain… sbb kmbali ke nawaitu awal td sy nk share ilmu2 yg sy dah / nak post dlm blog ni… an kemudahan sy menggunakan internet skrg dah upgrade 24/7…. alhamdulillah…dptlah sy menjenguk & memanjangkan jemari ni menelaah blog2 lain…
~ alamak, banyak nye sy nyer celoteh ~
sekian, wassalam.. sekadar berkongsi cerita…. :p
Syukran..
Akhirnya ketemu jua jawapan yg dicari selama ini..
Mula2 tu mmg teringin nak bkak blog sbb kawan2..
Pastu igt nk tulis pengalaman diri..
Sekarang dah semakin jelas,panduan dah terbentang dpan mata.
Terima kasih ustaz abu saif.
Semoga Allah memberkati ustaz sekeluarga..
Salam Ustaz,
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
I have to say since I laid my eyes on this post I’m totally amused. This sort of tutorial really helpful and what I’m waiting for for a long time. Just what we need.
@alqasam,
Beberapa point yang ana dapat:-
A) Kejayaan Blog
1) Bahasa
2) Konsisten
3) Niche (Keunikan tersendiri)
B) Kaedah Menulis (Method atau Uslub)
1) Simplicity (Satu teknik yang cantik yang kami sangat kagum).
2) Mind Map (Pertama kali dengar untuk blog. Ini rahsia yang kami sentiasa cari macam mana ustaz boleh menulis dengan kadar segera).
3) Dialog & Analogi (Memang kami suami isteri kagum dengan kaedah ustaz yang ini)
4) Cerita
5) KJ
Soalan ana (jika boleh):-
1) Bagaimana memastikan konsisten dalam menulis entri?
2) Buku self help yang boleh membantu seperti yang U. Pahrol kongsi dengan ustaz.
3) Menajamkan skill/teknik dialog @ simplicity dalam penulisan.
Sekali lagi terima kasih berkongsi dengan kami. Sangat membantu. Lengkap dan tersusun.
@alqasam, Hmm, lagi satu ustaz tak kedekut ruang…banyak guna perenggan dan perbualan tu dijarak2kan, tak crowded.
Seriously, kalau artikel ilmiah yg perlu dibaca lainlah cerita tetapi kalau di skrin komputer tak sanggup rasanya melihat tulisan yang rapat2 jatuh semangat nak membacanya…
@Kak Ija,
Ya kak Ija. Mungkin kriteria itu boleh kita letak dalam kategori lain
(C) Templete dan Setting
1) Ruang yang readers friendly
2) Dekorasi ruang (i.e gambar, rajah etc)
3) Warna yang selesa dan menyenangkan (Minimalist)
4) Settings yang kemas (i.e justifikasi perenggan etc)
@alqasam,
Assalamualaikum WBT.
Terima kasih saya ucapkan atas feedback dan summarization yang memberangsangkan.
Tentang soalan yang ditanya:
1. Konsistensi dalam menulis bergantung kepada sejauh mana kita memprioritikannya. Ada orang kata, hai, blog boleh update, tapi email ana tak berbalas lagi. Ya, kejadian demikian selalu berlaku sebab mengupdate blog adalah prioriti yang amat tinggi buat ana. Blog diletakkan setaraf dengan kerja-kerja pejabat bagi mereka yang bekerja di pejabat.
Konsistensi juga datang dari proses berfikir. Sebahagian besar daripada artikel, adalah apa yang ana fikirkan pada hari tersebut. Banyak berfikir, banyaklah menulis. Sikit berfikir (cuti, demam, takde program, di rumah semua orang termenung) maka sikitlah tulisan yang keluar
Ia juga kurniaan dari Allah yang dipohon dengan doa yang berpanjangan.
2. Buku self help seperti 7 Habits Teen, John C Maxwell, Andrew Matthews, Jack Canfield, dan Adam Khoo, semua mereka diperkenalkan oleh Ustaz Pahrol kepada ana. Manakala ana pula memperkenalkan A’id al-Qarni pada satu peringkat, Sulayman al-Ashqar dll kepada beliau
3. Menajamkan simplicity? Hmm… tak tahu le. Yang pasti, kita suka dengan practicality of ideas, dan untuk menghasilkan unsur praktikaliti itu, idea-idea besar perlu di’simple’kan
Berlegar pada akar sesuatu isu juga akan membolehkan kita tidak dipengaruhi oleh ‘kebesaran’ isu tersebut, sebaliknya tertumpu kepada ‘kekecilan’ saiz akar masalahnya
Oh ya ustaz. Sedikit yang ana ingin kongsi. Salah satu teknik yang bagi ana menarik untuk diaplikasi adalah kaedah meletakkan gambar.
@alqasam,
handphone mempunyai kamera yang tidak kurang daripada 2 megapiksel. setiap kali snap gambar, mindsetnya ialah, nak bubuh di blog, atau satu hari nanti boleh diletakkan di blog…
tapi ana sudah ubah cara meletakkan gambar iaitu dengan mengurangkan posisi gambar di kepala artikel supaya muka depan blog tidak jadi berat dek terlalu banyak gambar
Kalaulah ana ini Naib Canselor Universiti..ana akan usahakan penubuhan Fakuliti Blog dan Dakwah..Dekannya ustaz la..merangka silibus fakuliti hingga boleh diterbitkan sarjana muda blog dan dakwah..
Salaam semua..
Saya juga mempunyai blog..berbeza dgn ustaz, amat susah bg sy utk memulakannya, kerana memikirkan kebanjiran blog di dalam internet ni. Jadi apa pula sebab sy utk berblog..
Tapi, alhamdulillah, dapat juga memulakannya walaupon agak lambat.. Sebab fikirkan, sampai bila nak tggu dapat kekuatan menulis kan. SO I JUST DID IT..hehe
But for a starter like me, I didn’t know what to write and start to write silly things.. But I refuse to edit them or worse, erase them, because I wanna see how myself develop in a period of time. I’m still looking for my motif and style in writing. For now, I’m using English most of the time. I wanna make my brain runs in English too, because I don’t have much opportunity in using it, since I’m in Japan.
So, question here, did you ever erased your entry before? Just because it sounded silly, or any other reason. And what makes you write so well in Malay? Sebab, bahasa ustaz sgt berbunga. I just can’t figure those words, hehe