Berkata Yang Baik-baik, Atau Diam Sahaja

On 02/04/2010, in Zikir Fikir, by Abu Saif | 12,970 views | Print Print | Email Email |

1314.JPG

Seminggu dua ini, saya menjadi tidak cukup tangan untuk menyelesaikan pelbagai write up untuk pelbagai pihak. Dan saya menjangkakan ia akan berterusan untuk seminggu dua lagi kerana jadual bulan April saya yang padat.

Saya cuba menulis satu dua artikel, tetapi nyata sekali menulis tanpa HATI dan perHATIan, sukar sekali. Maka ada baiknya saya praktikkan ingatan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

hadith_falyasmut.JPG
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jangan nanti terjebak pada kejahatan lisan yang diterjemahkan oleh tangan, pada menyatakan perkara yang sia-sia, apatah lagi yang mengundang dosa. Lihat sahaja video klip di bawah:

“Apakah sesiapa dari kalanganmu sanggup memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati, sedangkan kamu amat membenci perlakuan itu?”

Saudara yang diumpat itu dianggap sebagai mayat kerana mayat tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya ketika disakiti. Begitulah perihalnya pada memperkatakan benda-benda yang tidak elok tentang seseorang di belakangnya.

Di alam internet yang serba mudah ini, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja….

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Nasihat Yang Menghasilkan Diam Kalaamuna lafzun mufeedun kastaqim… Itu petikan daripada Alfiyyah Ibn Malik,...
  2. Permulaan Yang Baik Bukan Suatu Jaminan Jika yang disuruh pilih, ukurannya adalah harta, maka harta itu...
  3. Nikmat Kerahsiaan Yang Menghakis Iman “Macam Abu Saif sendiri pun pengunjungnya juga bukan semua sukakannya....
  4. Lebih Baik Susah Dari Berubah Hijrah… apa lagi yang mahu diperkatakan tentang Hijrah? Saban tahun...
  5. Seruan Sebelum Bertindak Diam Semasa berkuliah di Surau al-Naim Wangsa Maju tempoh hari, saya...

 

36 Responses to “Berkata Yang Baik-baik, Atau Diam Sahaja”

  1. cactus277 says:

    salaam.. sgt setuju! smg ALLAH mudahkn kita utk berkata yg baik2 shj, diam tidaklah beerti tanda kita kalah, tp dgn diam kdg2 akan dpt mngumpulkan dua kali kekuatan utk berhujah dgn lbh baik.

  2. YaWauSin MMU says:

    aslamualaikom….
    menyeramkan la pula video ini ustaz…tapi memang berkesan jika gambar ini disebarkan agar menjadi peringatan kepada orang diluar sana…………..

  3. ro ya alip dhod says:

    kena buat versi bahasa melayu video ni. teramatlah REAL message nya

  4. aisyah says:

    salam..ust,saya stuju..sgt menyeramkan video klip nih..kalau la umat islam sekarang dapat menterjemahkan sumer nih dalam kehidupan..xder la umpat2 an lagi…

  5. Dina says:

    Sungguh berkesan mesej video tu. Andainya negara kita betul-betul negara Islam, peringatan seperti inilah yang sepatutnya menghiasi TV sebagai iklan..

  6. soffone says:

    Seingat saya ianya memang iklan TV di negara arab(x pasti negara mana). video ini ditayang masa Ramadhan lepas. btolkan kalau tersilap.

    ustaz, adakah dengan berkata-kata(@menulis) yang baik-baik sahaja itu bermaksud menyampaikan nasihat atau teguran semata-mata? atau ianya bermaksud ‘general’?

    bagaimana pula seperti kata-kata berbentuk gurauan (pastinya dgn perasaan untuk mengeratkan hubungan sesama sahabat@keluarga), yang bagi yang terlibat merasakan kemesraan tetapi bagi yang mendengar dirasakan kurang beradab. perkara ni selalu berlaku dikalangan kita, terutamanya yang duduk serumah, seasrama atau sesekolah. Kadang-kadang saya rasakan ianya perlu, tapi kadang-kadang pula saya rasa ianya meberi kesan negatif terutamanya kepada ‘junior’ yang memerhatikan. mungkinkah hilang ‘respect’ kepada ‘senior’?

  7. ISLAMUNTUKSEMUA says:

    salam.
    ust hasrizal,iklan tu dari negara mana eek?
    malaysia bila nak ade iklan mcm tu?

  8. wau alif hamzah ya sin says:

    salam….org yg mengumpat nih must tak blaja anatomy pasal die tatau kalo makan daging mentah must sakit perut punye walopon daging manusia nih daging yg paling sedap dlm dunia nih…sumber:kannibal bukit beruntung

  9. Mutiara Hati says:

    Kita hidup ini macam manapun aktif, cergas, progresif hanya dalam 3 kategori saja, tak boleh berbuat lebih dari itu.
    1. Perbuatan atau amalan atau usaha. Itu yang banyak, samada orang Islam atau bukan Islam. Di sudut politik, ekonomi, pendidikan kebudayaan dan sebagainya semuanya bersifat perbuatan atau amalan.
    2. Bercakap, kalau kita tidak berbuat maka kita bercakap. Kalau tidak bercakap, maka kita..
    3. Diam.
    Bila kita digalakkan diam? Dan Mengapa?
    Diam yang macam mana :-
    diam fikir
    diam zikir
    diam rancang
    tksh ustaz :-)

  10. Mutiara Hati says:

    KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) – Majalah Dewan Pelajar keluaran Mei 2007 didakwa mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pembacanya memberi tanggapan negatif terhadap sistem pemerintahan Islam, kata Mohd Taufek Abdul Ghani.

    Beliau yang ditemui di Seremban semalam berkata, majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu dilihat mengagungkan Mustafa Kamal Ataturk sebagai bapa pembebasan Tukri dari sistem pemerintanan Islam dan ia dianggap satu kejayaan kepada Turki.

    Selain bahan itu juga menggambarkan bahawa Kamal Ataturk adalah wira rakyat Turki, ianya juga dilihat mampu membuatkan pelajar menerima secara terus sejarah yang dilakarkan itu dengan menegatifkan corak pemerintahan Islam, ujarnya.
    ___ ( ust, boleh tak ceritakan kisah kamal ataturk ini? )

  11. afif says:

    salam ustaz..
    mslh mngumpat, pnyakit masyarakat kite skrg ni….mudah sngt nak mngumpat….katanya ”’nak mmberitahu akan perihal seseorg ni…kalo tak bg tahu pasal seseorg tu pd yg lain nnti ssh org lain lak….biar tahu akan perihal org tu supaya mudah cam ne kita b’interaksi ngan tu nnti”’(kata satu pihak)……..(satu pihak lg)”’aku bg tau kat korg ni kan ape….supaya korg tak jd cam die tu kelak nnti..biar jd pengajaran skit utk korg2 bila hadapan nnti…bkn nak ‘mngata’ cuma nak bg tahu padahnya kalo kita jd cam tu(dtuju pd org trtntu)”’ …ermmmmm… kalo konsep bhn ‘mngata’ ttg seseorg tu dah b’tukar kpd konsep utk peringat mmperingati…..dah tu mananya yg dkatakan ‘mngata’ tu….inilah pnyakit masyarakat m’sia skrg yg nak buat baik tp tak tahu tujun dan akibat dr p’buatan t’sebut….matangkn la sikap tu wahai masyarakat sekalian///

  12. asma says:

    bila tgk video ni,terimbau kembali beberapa tahun lalu,ada tgk rancangan tv berbyr d salah sebuah hotel d selangor.cerita mayat mencari2 manusia untuk d makan,dapat je terus makan,slps tu saya jd loya2 n terus berair mulut.dan sekarang tgk klip video n trungat kembali citer tuh,jadi meloya saja mulut ni.touching toi klip kat atas.buat iklan kat tv gini,baru jolo(betul).tp nak mengundang amukan menteri bolehla.BAHANA GHIBAH!!!!

  13. Nasibah says:

    Assalamualaikum,
    sahabat semua boleh juga refer bimbingan mukmin-Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali (Kitab Bencana Islam) tentang bahaya lisan. boleh juga print (tapi tebal skit.. dalam 49 pages) di:

    http://www.geocities.com/bimbinganmukmin/20_kitab_bencanaLisan.htm.

  14. Nasibah says:

    Sorry BUKAN bencana Islam tapi bencana LISAN

  15. Name saye Feerhan V(^o^)V says:

    Aslmkm..
    Pandangan halus yg jarang2 kite lihat.
    *seram*seram* tp menyedarkan.

  16. syphoon says:

    Diam ubi berisi…
    Bising ayam berbakti….
    Orang berilmu jangan dibiar bersendiri
    Dampingilah mereka…
    Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China….

    Nasyid bertajuk Tuntutlah Ilmu dari kumpulan Suara Firdaus

    http://www.snapdrive.net/files/251280/Suara%20Firdaus-Tuntutlah%20Ilmu.MP3

  17. ummu_sulaim says:

    Salam.
    pernah tak sape2 yg tahu tentang kata-kata yang tidak baik akan jatuh ke atas orang yang mengata tu balik? kot2 memang ada hadis pasal tu. Satu lagi, saya rasa pernah diberitahu, org yg diumpat dapat pahala org yg umpat dia.. saya pun dah ingat2 lupa..kalau ustaz atau sape2 di sini yg tau dan boleh jelaskan, harap sudi kongsi..

  18. joe pg says:

    Ana cuba copy script ustaz & buat dlm web ana. Apsal movie dia tak lekat? Maybe ustaz bleh bagi tips? Hantar ke emel ana pun bleh

  19. saifulislam says:

    Saya letakkan video berkenaan di saifulislam.com dengan meng’install’ plugin wordpress bernama coolplayer yang boleh diperolehi di http://www.coolcode.cn/?p=100

    Saya rasa blogspot menggunakan kaedah lain, namun saya tidak pasti kerana saya sudah hampir 2 tahun bersara dari blogspot

  20. nurkarim says:

    Jarang kita menyesal bila kita diam..namun kita sering menyesal dgn apa yg kita perkatakan..lbh2 lagi kata2 spontan tanpa fikir pjg..mudah2an ALLAH sentiasa pelihara hati dan lisan kita hanya pada perkara yang diredhai ALLAH sahaja…AMIN

  21. ain melaka says:

    seram nyer tengok video tu….sekarang saya sudah pun ter’diam’…..huhuhu

  22. Munirah says:

    huaaaaargh!!!!!!!!!!!!!!
    yukkk!!!!!!!!!!!
    …astaghfirullah al adhiiiim…

  23. asma says:

    …?????? ?????
    apakah hukum memakan daging mentah(daging lembu/kambing) yang telah di bersihkan tetapi belum di masak? adakah dibolehkan atau tidak beserta dalil hadis?
    saya amat mengharap jwp dr tuan dengan segera kerana perkara ini telah menjadi isu di sekeliling saya tetapi saya masih belum menjumpai jwapannya yang tepat. harap tuan dapat membantu saya dalam perjuangan islam.

  24. azirar says:

    ngeri tengok clip tu… sgt jelas maksudnya di situ…
    tp saya ada satu kemusykilan.. bagaimana kalau kita tidak terjemahkan umpatan itu secara lisan tetapi dlm hati terdetik rasa tak puas hati… itu kira mengumpat ke ustaz?

  25. pak din 31 says:

    Bukan boleh dianggap mudah menterjemah di dalam kehidupan, apa yang menjadi tajuk artikel ini,

    Apatah lagi kiranya di selarikan dengan pemikiran dari nasihat, “sampaikan walau sepotong ayat

    Yang takut pada singa, sudah pasti lari bertempiran dan patuh arahan tanpa membuat penelitian.

    Itulah sempurnanya Islam, mengarah kita mencari kesimbangan, dengan meneliti di mana pertengahan.

    Sehingga tidak dapat dipisah kebergantungan makhluk kepada khaliknya,

    sebagaimana pentingnya kebergantungan Syariat yang digunakan manusia, disandarkan kepada Sunnah Allah Yang Maha Esa.

    Index 5

  26. zaman sekarang ni pelik. Ramai orang meletak fitnah pada diri sendiri. contohnya status di FB. Pagi2 gaduh dengan suami atau boss, sebab nak melepaskan tekanan kononnya, letakla status di FB. Semua orang dari saudara, kawan, yang tak berapa kawan pun baca. Kemudian ramaila yang respond. Ada juga yang komen macam2 dalam hati. Ada yang simpati ada yang nasihat suruh bersabar. Tapi di belakang cerita bersambung2 lagi. Apa pun lain orang lain cara tafsirannya. Kesiann.. terfitnah diri sendiri

  27. ayu says:

    terima kasih ustaz.
    mengingatkan diri ini..
    siapa tahun dalam cakap2 ni termakan daging saudara sndiri..takut juga sy..
    moga2 dijauhkan..huhu

  28. Anaz says:

    Kerana Pulut Santan Biasa…Kerana mulut badan binasa…

    Dari hati…naik ke mulut…atau dari hati naik ke akal dulu..baru lah turun ke mulut…

  29. bukhari says:

    Salam Ustaz,saya menantikan kemunculan buku ustaz yang akan datang pengembaraan ustaz di ireland.syukur dapat banyak benda baru dari ustaz

  30. Hazimah says:

    Salam..
    Bila berkawan ada sesetengah perkara yg sy sgt tak setuju dgn mereka. Saya tahu perkara tu salah. Tapi saya tahu kalau saya tegur, mereka memang tak suka. Pernah sy cuba menegur. Tapi alasan yg biasa diberi ‘biarlah, dia dh besar tau mana baik dan buruk’. Boleh ke itu dijadikan alasan? Kesudahannya hubungan saya dgn mereka semakin renggang dan saya seperti dipulaukan. Apa yg perlu saya buat?? Hmm…

  31. Zura says:

    Salam…
    Sesungguhnya diam itu lebih baik dalam apa jua perhubungan. Kerana diam itu merupakan cabang dari sifat sabar. Allah akan membalasnya tanpa kita sedari.
    Terima kasih atas perkongsian ini. Sememangnya kita manusia perlukan peringatan yg baik dan halus bahasanya. Semoga saya dan kita semua di kurniakan sifat sabar selamanya. InsyaAllah.

  32. ceriterahamba says:

    Kenapa wanita suka mengumpat??

    • pak din 31 says:

      Aduh wanita juga yang kena! … soalan tu (samada kita suka atau tidak ) berkait dengan fakta bahawa wanita sahaja yang mengandung!

      Mengumpat adalah apabika kita memperkata sesuatu yang tidak benar berlaku, dengan tuajuan tertentu, seperti iri hati, atau me-dramatik-kan cerita.

      Yang menulis sejarah, lari dari fakta sebenar, juga adalah sehaluan dengan proses mengumpat, begitu juga petua atau fatwa yang tidak berasaskan fakta!

      Maka sudah pasti mengumpat bukan hanya dilakukan oleh wanita, malah politik semasa juga, terkadang?, lebih teruk dari mesyuarat tingkap atau chat room.:)

      Tetapi sebaliknya kalau kehidupan dipaparkan dengan hanya fakta melulu, bakal tidurlah semua MP di parliment … begitulah juga rakyat yang dipimpinnya.

      bagaimana kyusuknya makmum lelaki melayan lamunan, ketika khatib membaca khutbah … (orang lain tulis)

      Index 5

  33. Nurcahaya says:

    Astagfirullahalazim..

    Peliharalah aku ya ALLAH….

  34. nur says:

    asslamualaikum ustaz..sy pembaca setia ruangan ustaz ni..sy slalu meluahkan kata2 ttg seseorang dlm fb sy..cara luahan sy tu adalah sbenar nye btujuan untk menyedarkn shabat2 sy..n yg tbaru ni sy dah byk kali meminta maaf pd seorg shbt..sy pd mulanya taktau punca ape dia mmbenci sy..rupe2 nye slame ni dia salah tafsir ayt sy yg menuduh dia memecah belahkan umat..astaghfirullah..sungguh besar tuduhan itu..n setitik pun sy tak dpt pekdah tp tak sangka lak komen2 yg sy dpt tu kdg2 memburukkan lg keadaan seolah2 sy mengata belakang..padahal sy cume meluahkn isi hati spy sy dpt tindakan segera dr insan tu..sbb ajak berbincang,dia taknak..ape yg perlu sy lakukan..sy buntu..

Leave a Reply