
MUAT TURUN SLIDE DI SINI (FORMAT PDF)
Hari yang sungguh bermakna. Biar pun letih, tetapi pulang melangkah ke rumah dengan rasa yang puas. Tiga ceramah dalam sehari memang meletihkan. Tambahan pula hari bekerja. Tetapi keletihan hari ini berbaloi kerana saya beroleh keyakinan. Keyakinan yang menterjemahkan kemuncak cita-cita saya untuk HIDUP MEMBERI. Tengah hari tadi, saya telah menyampaikan ceramah bertajuk “Paradigma Islam Terhadap Pendermaan Organ”. Suatu tajuk baru yang menuntut saya untuk membuat persiapan sebaik yang mungkin. Tetapi proses menyiapkan ceramah ini bukanlah untuk mengajar atau menyampaikan sesuatu kepada pendengar semata-mata, tetapi ialah adalah untuk membina keyakinan saya sendiri. Keyakinan untuk menjadi penderma organ.
Saya amat tersentuh apabila Sister Norsalina Osman selaku Pengurus Bahagian Pendermaan Organ IJN menghubungi saya untuk berbincang tentang hal ini. Beliau menunjukkan kepada saya gambar-gambar beliau dan pasukannya semasa membuat kempen pendermaan organ di Kuil Maha Vihara pada hari Wesak yang lalu.
Sambutan yang diterima sungguh hebat dan hari itu, pasukan Pendermaan Organ IJN menerima pendaftaran penderma organ pada jumlah yang sangat memberansangkan. 150 orang mendaftar termasuk dua orang yang melakukannya sempena hari ulang tahun kelahiran mereka.
Saya beragama Islam. Agama yang cantik, indah, dan rahmat bagi sekalian alam. Agama yang datang untuk manfaat manusia. Agama yang memberikan manusia keperluan hidup mereka agar kehidupan manusia bukan hanya pada memikirkan soal diri sendiri, tapi segalanya berjemaah. Kerana Islam agama kebersamaan.
Tetapi di manakah silapnya hingga statistik penderma organ orang Melayu yang umumnya mewakili kaum Muslimin, terlalu kecil? Cina 64%, India 22% dan Melayu hanya 8%. Sedangkan Melayu dan Muslim juga mewakili senarai mereka yang memerlukan organ kerana mereka juga sakit dan sihat seperti orang lain

Sumber: Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) di Hospital Kuala Lumpur. Statistik sehingga 30 November 2005
MENGAPA SAYA MENDERMA ATAU TIDAK MENDERMA?
Saya cuba mencungkil hal ini dan memulakannya dengan bertanyakan soalan itu kepada diri saya sendiri. Mengapa saya tidak menderma? Adakah kerana agama? Saya telah meluangkan masa kira-kira seminggu meneliti perbincangan Ulama pelbagai negara, mazhab, pendekatan dan pendirian. Majoritinya sampai kepada titik noktah yang sama iaitu mengharuskan pendermaan serta pemindahan organ.
Apakah hujah-hujahnya meyakinkan? Ya, sungguh jelas dan meyakinkan. Malah fatwa-fatwa itu sudah matang kerana berbelas malah berpuluh kali Ulama bersidang mengenainya dan mereka terus konsisten pada menetapkan keharusannya.
Maka penjelasan dari segi agama, selesai. Islam bukan hanya mengharuskannya malah menganggap ia sebagai suatu kebajikan yang amat besar maknanya. Lantas agama tidak sepatutnya menjadi alasan kepada orang Islam untuk tidak menderma organ.
Apabila saya menyemak statistik yang dikeluarkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia, nyata sekali, agama bukanlah faktor utama yang menghalang kita menderma.

Sumber: Kaji Selidik IKIM: Majalah “Kefahaman Islam” Jan 2006 Bil 61 Muka Surat 18
Halangan utamanya ialah TAKUT. 56.3% mengakuinya. Takut ini puncanya pelbagai.
PUNCA TAKUT
Ada takut yang terbit dari keadaan tidak kenal mengenal. Kita memusuhi apa yang kita tidak kenal. Kita takut sesuatu yang kita tidak mengerti. Takut seperti ini mungkin kerana kurang maklumat. Kurang pendedahan. Maka takut seperti ini boleh dirawat dengan membekalkan maklumat seperti yang sepatutnya.
Namun ketakutan ini sukar untuk diubat jika majoriti kita masih terbelenggu oleh “Aku Tidak Pedulisma”. Tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling kita, tidak peduli pada segalanya. Saya percaya faktor ini juga merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah penderma organ Melayu Muslim yang menyedihkan.
KEKURANGAN NILAI
Ada takut yang terbit kerana kekurangan nilai tertentu dalam diri. Di sinilah saya cuba menguji diri. Saya bayangkan yang di hadapan saya ada sekeping papan yang saya letakkan sebagai penghubung di antara dua meja. Dengan ketinggian 1 meter dari lantai, sanggupkah saya menyeberang dengan melintasi papan itu? Nyata sekali saya sanggup. Tiada risiko. Jika meja itu ditinggikan setinggi sebuah almari, apakah saya masih berani? Mungkin saya sedikit teragak-agak tetapi boleh mencuba jika jelas apa tujuannya. Ada upah? Barangkali…
Tetapi beranikah saya jika dua almari itu diganti dengan bangunan 3 tingkat?
Jawapan saya jelas… saya tidak berani, dan saya tidak perlu untuk mengatasi ketakutan saya kerana tiada keperluan di situ.
Bagaimana jika ada keperluan? Bagaimana kalau di tingkat 3 bangunan di seberang sana itu, anak saya sedang menjerit meminta tolong? Tingkat 1 dan dua sudah dijilat api. Satu-satunya cara untuk anak saya diselamatkan adalah dengan saya pergi mendapatkannya sendiri. Dengan melintasi papan itu. Pada kadar setinggi 3 tingkat. Sanggupkah saya? Saya sanggup. Mengapa tadi tidak sanggup, kini sanggup? Apa yang mendorong saya untuk berani? Keghairahan apa yang membara di dalam diri ini?
KUASA KASIH SAYANG
Itulah nilai kasih dan sayang. Kerana sayang saya sebagai bapa kepada anak, saya sanggup melakukannya. Jelasnya, saya perlukan nilai untuk membakar keberanian. Nilai harta tidak bermakna. Nilai kemegahan dan nama tidak berguna. Tetapi kasih saya mencetus keinginan yang membara. The burning desire…! Sesuatu yang mustahil kita lakukan, jadi tidak mustahil apabila ia dijana dengan nilai kasih sayang. Apakah 56.3% ketakutan itu berpunca dari gersang nilai? Tiada kasih sayang dan semuanya hanya ada secebis kasih saya untuk mengasihi diri sendiri sahaja?
Nilai ini tidak boleh dibuat-buat. Tidak mungkin seorang yang hidupnya self centered, mementingkan diri sendiri, tidak peduli kepada orang lain, tiba-tiba mahu menderma organ atas perasaan kasih sayang. Sama ada seseorang itu pengasih, atau sebaliknya. Perasaan kasih sayang menjadikan kita suka memberi. Menjadikan hidup ini penuh erti dengan memberi, terbit dari rasa kasih dan sayang.
“Tidaklah sempurna iman sesiapa dari kalanganmu, sehingga dia mengasihi untuk saudaranya, apa yang ia kasih untuk dirinya sendiri” (Hadith Muslim)
Kesediaan memberi yang terbit dari kasih dan sayang adalah pelengkap yang menyempurnakan iman. Sebagai seorang mukmin, saya sepatutnya mempunyai upaya untuk menyintai lebih dari sekadar zuriat dan ahli keluarga semata-mata. Bahkan sesiapa sahaja yang beriman, adalah saudara saya yang berhak saya kasihi. Rasa kasih kepada saudara dalam iman, menjadikan hidup memberi penuh bererti. Memberi itu tinggi, dan ia mendatangkan kemanisan kerana pemberian hadir dengan rasa kasih.
Masa, tenaga, fikiran, harta benda, yang selama ini diberi di jalan kasihkan sesama mukmin, dilengkapkan lagi dengan dorongan untuk menjadi penderma organ kerana ia adalah sesuatu yang saya tidak perlu bawa ke kubur, malah boleh dimanfaatkan oleh saudara saya yang masih hidup. Ia adalah wala’ saya sebagai mukmin… Nilai kasih saya juga, menekan rasa takut untuk tidak mengganggu kefahaman saya di dalam soal pendermaan organ, biar pun organ itu mungkin akan diberi kepada orang yang tidak beriman.
Biar pun secara naluri, saya mahu keutamaan diberi kepada saudara saya yang beriman, namun biarlah Allah yang mengaturnya kerana organ ini adalah keperluan sekalian hamba-hamba-Nya. Jika Allah memberi kehidupan kepada hamba-hamba-Nya tanpa memilih di antara yang beriman dan tidak beriman, siapa saya untuk bersikap sebaliknya? Malah penghayatan saya kepada Islam sebagai agama Rahmat seluruh alam, menjadikan diri saya kasih kepada mukmin, dan prihatin kepada sekalian yang lain. Tidakkah Nabi SAW sendiri bangun ketika lalu di hadapannya mayat seorang Yahudi, atas alasan kemanusiaan…?
ALLAH MENGULANGI NAMA-NYA YANG PENGASIH
Benarlah, untuk melakukan suatu yang bersifat memberi, jiwa perlu kaya dengan kasih dan sayang. Bagi memudahkan hamba-hamba-Nya berperanan memberi, itulah ar-Rahman dan ar-Rahim, nama yang paling kerap diulang-ulang di dalam al-Quran. Allah sebagai Tuhan yang Rahman dan Rahim, Maha Memberi kepada makhluk-nya.
Maka untuk seorang hamba itu hidup memberi, suburkanlah perasaan kasih dan sayang itu di dalam diri, ia membakar keinginan agar membara untuk berbakti. Saya ada sedikit gentar dan takut, ketika menurunkan tanda tangan ke borang yang diberi. Tetapi saya lebih takut ke alam mati dengan amal yang tidak mencukupi. Saya lebih takut diseksa kerana berdosa semasa hidup, berbanding stigma terseksa kerana tubuh dibedah selepas mati. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana semua ini tidak bermakna lagi, selepas hidup berganti mati. Letakkan diri di alam mati, tahulah nilai hidup memberi
.
Erti hidup di dunia pada memberi, erti hidup di Akhirat pada menerima… kurniaan Allah Rabbul Izzati. Semoga keputusan saya mendaftarkan diri sebagai penderma organ, boleh meyakinkan setiap insan yang saya temui, bahawa kemuncak tertinggi bagi sebuah hidup ini… adalah dengan mengertikannya pada MEMBERI..
BAGAIMANA SAYA MENURUNKAN TANDA TANGAN?
Saya telah berdaftar sebagai penderma organ dalaman sahaja. Ada pun kornea mata dan kulit, saya bimbang keluarga tidak bersedia dan mengalami trauma, walaupun saya tahu proses pemindahan organ dan tisu dilakukan dengan penuh penghormatan dan jenazah tidak akan dicacatkan sewenang-wenangnya. Anggota dalaman tidak mengapa. Setakat kesan jahitan tubuh, isteri saya sendiri adalah seorang doktor yang sudah melihatnya sebagai pemandangan biasa. Tetapi saya sudah berpesan kepada isteri. Tentang soal kornea mata dan anggota luar, biarlah beliau yang memutuskannya dari segi kesanggupan. Pada saya, selepas bercerai tubuh dan nyawa, segala-galanya tidak berguna lagi.
Teringat saya kepada kata al-Quran bahawa di Mahsyar, ada ibu yang sanggup korbankan anaknya sendiri, jika boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Memikirkan ayat itu sudah cukup pedih buat saya ketika ‘melihat’ betapa terdesaknya kita di Akhirat nanti. Jika menderma organ boleh menambah keselamatan saya di Akhirat, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya. Selepas mati, apalah sangat nilai yang ada pada buah pinggang, jantung, hati dan tulang, berbanding kesanggupan ibu mengorbankan anak sendiri, demi keselamatan nafsi-nafsi di Akhirat nanti.
Saya seru dari lubuk hati’ daftarkanlah diri sebagai penderma. Saya pun tidak tahu selepas mendaftar ni, adakah nanti fizikal saya sesuai dan boleh didermakan. Saya mungkin mati kemalangan, saya mungkin mengalami kerosakan jantung, hati, buah pinggang dan lain-lain. Tetapi dengan mendaftar sebagai penderma’ Insya ALlah dengan niat yang betul, ganjaran di Sana sudah tersedia.. Ayuh! Wahai insan yang kurang bekal, tambahkan amal banyakkan kebajikan. Sudikah anda bersama?
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











berat sungguh topik kali ni. i mean berat dari segi perlaksanaannya. saya rasa saya termasuk dalam golongan yang takut tu. hmm…
Saya rasa salah satu faktor umat Islam sukar menderma organ ialah faktor budaya.
Bila baca artikel ni, terasa berat jugak mula2nya..tapi bila ustaz cakap, nilai anggota kita ni tak de guna pun selapas mati, terasa pulak nak jadi penderma..
saya pon tak pasti…
“..Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya..” (AlMaidah :32)
Makna ayat ni mendalam. Pahala selamatkan seorang manusia seperti menyelamatkan nyawa seluruh manusia. Saya tahu. Tapi saya takut. Kematian rasanya terlalu menyakitkan. Mampu ke saya menyakitkan lagi tubuh saya? Tapi tubuh saya akan dimakan oleh ulat, cacing dan lain-lain juga akhirnya.
Ustaz, adakah ustaz menderma seluruh organ dan tisu? Saya kira tindakan ustaz mendermakan organ sedikit sebanyak memberi impak ke dalam diri saya. Paling kurang, ia membuka minda saya terhadap topik ini. Saya kira setiap orang yang berpengaruh perlu memikirkan hal ini kerana sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada masyarakat. Analogi mudah, sekiranya Mawi memilih untuk menjadi penderma, pastinya ramai yang akan turut mendermakan organ juga.
Saya manusia biasa yang belum dianugerahi rasa berkorban dan memberi yang tinggi. Barangkali saya akan berubah sekiranya saya tahu ada ramai ulama, mufti yang turut mendermakan organ mereka. Barangkali saya mencari erti sebuah keyakinan. Maaf ustaz, sekiranya saya bercakap di luar topik.
hurm.. saya ni baru berumur 19 tahun… saya pernah nampak t-shirt yg tulis “The Greatest Recycling Project of All”.. tema yg bcakap tentang pendermaan organ.. saya memang ade rasa nak menderma lepas tengok t-shirt tu, dan tambah2 lagi dengan artikel ustaz ni.. tapi saya selalu risau.. bagaimana dengan ibu bapa saya?? bolehkah mereka menerima…
Topik ini sulit sebab akak rasa rata2 ramai kita (termasuk akak sendiri) yang telah difahamkan yang kita kena bawa balik bersama kita semua anggota yg dipinjamkan pada kita ni sebab ianya bukan hak kita. Satu lagi kita difahamkan kalau contohnya org yg dpt kidney kita dipanjangkan nyawanya tapi dia hidup dalam maksiat, so kita pun tumpang semangkuk dosa dia. Akak tak rasa pun dua2 pendapat itu betul tapi memang itulah yang dibagitau kan…so rasanya kalau kita diberi maklumat yang betul dan andai ramai para ilmuan agama yang menderma, InshaAllah ramailah yang mengikut. Rasa takut sakit itu mungkin tak sebabnya dah terpisah nyawa dari badan kan. Cuma one thing akak rasa, kefahaman harus diberi bukan pada individu aje, tapi keluarga keseluruhan…yelah kalau tak faham, bertambah sedih pulak anak2 tengok badan mak ayah dibedah, mata dikorek misalnya.
Well, something impt for us to rethink. thanks Ustaz for buka minda.
Salam
minta tolong ustaz huraikan persoalan yg sama yg sering difahamkan oleh kite semua, sepertimana yg dimaksudkan oleh mamaputeri. Moga-moga jika semuanya jelas..boleh menambah keyakinan kami…thanks a lot ustaz…
wassalam
salam..ustaz..saya pernah dengar la kan, bila kita meninggal, tubuh kesakitan sebab sakitnya sakaratulmaut. even org mandikan mayat pun kena lemah lembut kan. jadi, kalo operate mesti lagi sakit kan?
p/s : correct me, its sound funny, but its what i thought about transplanting after death..
Salam
Saya pun tak pasti saya mampu lakukan…..pemimpin masyarakat melayu sendiri tak nampak pun yang mewar-warkan yang menderma organ. yang saya tahu artis Anita Sarawak ada menderma organ.
Assalamualaikum WBT.
Terima kasih atas respond yang diberikan. Saya akui ia tidak mudah. Tetapi saya menyelesaikan melalui pembacaan dan pemafahaman. Itu dari segi nak TAHU. Berkenaan dengan MAHU, saya melapiknya dengan nilai kasih sayang yang saya perkatakan di atas.
Saya telah berdaftar sebagai penderma organ dalaman sahaja. Ada pun kornea mata dan kulit, saya bimbang keluarga trauma. Anggota dalaman tidak mengapa. Tetapi saya sudah berpesan kepada isteri. Tentang soal kornea mata dan anggota luar, biarlah beliau yang memutuskannya dari segi kesanggupan. Pada saya, selepas bercerai tubuh dan nyawa, segala-galanya tidak berguna lagi.
Teringat saya kepada kata al-Quran bahawa di Mahsyar, ada ibu yang sanggup korbankan anaknya sendiri, jika boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Memikirkan ayat itu sudah cukup pedih buat saya ketika ‘melihat’ betapa desperate-nya kita diAkhirat nanti. Jika menderma organ boleh menambah keselamatan saya di Akhirat, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya. Apalah sangat buah pinggang, jantung, hati dan tulang, berbanding kesanggupan ibu mengorbankan anak sendiri, demi keselamatan nafsi-nafsi di Akhirat nanti.
Saya seru dari lubuk hati… daftarkanlah diri sebagai penderma.
Saya pun tak tahu selepas mendaftar ni, adakah nanti fizikal saya boleh didermakan. Saya mungkin mati kemalangan, saya mungkin mengalami kerosakan jantung, hati, buah pinggang dll.
Tetapi dengan mendaftar sebagai penderma… Insya ALlah dengan niat yang betul, ganjaran di Sana sudah tersedia.. Ayuh… wahai insan yang kurang bekal… tambahkan amal banyakkan kebajikan.
“Erti Hidup pda Memberi”
Ungkapan yg cuba sy amati secara mendalam sejak beberapa bulan yg lepas,dan cuba sy amati maksud yg ustz ingin sampaikan pada ayat yg maha pendek ini. Dgn izin Allah, datang ilham dan paradigma pada diri sy selepas terbaca balik sekeping dari ayat al-Quran yg berbunyi:
” Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji…” (al-Baqarah:261)
Apabila diamati,maksud ayat ini tidak jauh lari dari maksud ungkapan “Erti Hidup pada Memberi” bahawa setiap apa yg kita BERI akan dipergunakan utk MANFAAT orang lain tapi akhirnya MANFAAT tersebut akan BERBALIK kepada diri kita sendiri. Dan manfaat itu akan terus berterusan selagi yg bermanfaat itu digunakan utk tujuan manfaat yg lain. Contohnya dengan memberi ilmu yg sedikit kepada seorang pemuda dan pemuda tersebut terus menyampaikan ilmu tersebut kepada org lain dan begitulah seterusnya tanpa berhenti.
Dari MANFAAT yg berterusan itulah akan lahir tangkai2 dan biji2 spt yg disebut oleh Allah SWT pd ayat di atas.
“Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara. Pertama, sedekah jariah yang pernah diberikannya ketika ia masih hidup, kedua, ilmu yang bermanfaat, ketiga, anak yang soleh yang mendoakan keduanya”
Mungkin aplikasi yg sama juga dapat digunapakai seperti yg ingin disampaikan dalam artikel di atas…Hidup Memberi pada Pendermaan Organ, walaupun dlm konteks “derma organ”, masih ramai yg berfikir 2 kali utk melakukannya, termasuk diri sy sendiri =)
Allahualam.
Betulkan sy ustaz jika sy salah =)
terima kasih hafizth,
betul dah tu
salam.. ustaz, boleh tak ustaz letakkan audio talk ustaz mengenai pendermaan organ nie?.. moga2 bertambah keyakinan esp bagaimana fatwa2 keharusan pendermaan organ ini di derive kan.. jzkk..
bila rasa nak derma.amik pen amik borang terus sign tak yah pikir dalam2 lagi.bila pikir2 setan pun mula la cucuk jgn buat baik.agama pun dah bagi!
apa nak takutnya kita dah mati masa tu.kalu kita baik masuk syurga,kalau jahat masuk neraka..lepas mati nanti sakit ke tak bukan kira sebab kita ada organ ke tak de organ,kira ikut amalan kita.
jom derma ramai2 tingkatkan peratus dari 8 peratus ke 40 peratus.
thanks phoobia, senang cerita, kan.
saya memang berhajat untuk menderma organ tetapi saya tak tau untuk mendaftar di mana.
khairnaj boleh daftar di http://www.rayma.com.my/giftoflife/signup.html atau pun datang ke Institut Jantung Negara. Hubungi Sister Noorsalina Othman di talian 03-2617 8471 atau pun pada hari Isnin dan Rabu boleh hubungi saya di extension 3113. Sampai di IJN, tanyakan sahaja ke kaunter pertanyaan, Insya Allah kami akan membantu.
setakat sampai akhir Mei, kaunter pendermaan organ ada disediakan di lobi IJN.
kalau kenderaan awam, boleh naik bas B114 Titiwangsa – Maluri, berhenti sama ada di perhentian IJN, atau Pusrawi jika datang dari arah Titiwangsa
syabas khairnaj
Terima kasih atas maklumat yang ustaz sampaikan.
Membaca artikel ini mengingatkan saya kepada pesakit-pesakit yang tampil di media meminta pertolongan. Kasihan.
Alangkah bagusnya jika lebih ramai yang terbuka mata dan juga hati mereka untuk menderma.
Sesekali, luangkanlah sedikit masa untuk menderma darah juga!
Boleh kah kita menderma sesuatu yang bukan hak milik mutlaq kita?
Contohnya, saya ambil kereta kawan saya, dan dermakan begitu sahaja…
terima kasih ustaz
terpukul membaca artikel. memang diakui takut menjadi sebab utama kerana mmg itu yang diri ni rasa bila sebut berkenaan derma organ.
harap dapat diberikan kekuatan untuk menderma.
kempen derma organ patut ramai disertai oleh orang islam. malu dan sedih rasa hati lihat statistik yang dinyatakan.
Salam ustaz…saya sgt tertarik dengan artikel ini, dan sangat berminat untuk turut serta. Buat pertama kalinya, saya merasakan bahawa mati bukan sesuatu yang hanya menakutkan…sakratul maut, siksaan kubur, perpisahan dengan orang2 tersayang….tapi skrg saya rasa kalau saya mati, dengan izin Allah ada kehidupan lain yang dapat diteruskan…mati saya bukan mati yang sia-sia..Terima kasih ustaz..saya rasa lebih happy dengan kehidupan ini.
salam semua..
pada sy,soal derma sesuatu bkn hak kita tak timbul.sama mcm harta benda. semua tu bukan hak mutlak kita jugak,tp infak kan harta adalah amal jariah yg kita boleh bawa bekalan ke Sana nanti.maaf,sy berckp atas kapasiti org biasa.
trima kasih ustaz,naikkan persoalan ni..insyaAllah rmai yg mula berfikir selepas baca ni,mudah2an akn melahirkan tindakan..
#21, ABu Muaz memberikan contoh sebuah kes curi sebenarnya. ambil kereta kawan dan derma kepada orang lain.
dalam kes pendermaan organ, organ kita adalah milik Allah dan kita pemegang amanahnya dari Allah. Allah kata boleh, terpulang kepada kita nak derma atau tidak.
lepas baca artikel dan komen saudara2ku sekalian,
baru buka mata pasal hal ni.
rasa takut 2 kurang sikit.
keinginan untuk menjadi penderma organ timbul.
moga ia akan menjadi niat dan perlaksanaan!
sperti yg diketahui mati itu adalah sesuatu yg amat menyakitkan dan kemudian dimandikan serta dikapan, harus dilakukan berhati2 supaya tidak menyakitkan jenazah… sy nk tanya, adakah itu akan menyakiti dan menyeksa mayat sekiranya organ dalaman itu di ambil keluar dr jasad setelah kiter mati….
27#
marcell.
doktor2 yg membedah mayat nnt akan memperlakukan mayat sebagaimana mrk bedah manusia yang hidup nanti. mrk tidak akan membedah mayat2 utk menderma organ sebagaimana menyiang ikan.
lagi satu dalam hal ini, maslahat utk sihidup lebih penting drpd mereka yang sudah meninggal dunia.
21#
tiada sesuatu pun yg menjadi hak mutlaq kita di dunia ini. Harta, wang semuanya hak mutlak Allah, kita hanya memegang amanah.
Jika dikatakan tak boleh derma organ kerana ia bukan hak mutlak kita, maka samalah bahawa kita tak boleh derma harta kerana ia juga bukan hal mutlak kita.
Analogi dengan kereta curi tidak benar, kerana kereta itu ialah amanah untuk orang lain, maka pemegang amanah lah yang berhak mendermakan kereta mereka. Sedangkan kita bukan pemegang amanah kereta yang kita curi itu. Ini berbeza dengan anggota tubuh kita sendiri. Kita adalah pemegang amanah untuk tubuh kita sendiri
Membaca dari perenggan atas sekali ke bawah, hati saya berbisik2 , x mungkin saya dapat lakukan ini, krn kebimbangan saya, organ2 ini diberikan kepada org2 yang x beriman, ttp sebaik sahaja membaca “Jika Allah memberi kehidupan kepada hamba-hamba-Nya tanpa memilih di antara yang beriman dan tidak beriman, siapa saya untuk bersikap sebaliknya?”. Saya terkedu..seketika…insyaallah ust
mudah2an allah memberi kekuatan kepada saya untuk menurunkan tandatangan itu.
Salam,
Saya tak bagi kes curi… Saya beri pandangan berbeza dari sudut pemilikan.
TUbuh badan ini bukan milik kita.. ianya milik ALLAH, diberi amanah untuk kita jaga. Kita tak boleh nak beri sesuatu yang bukan hak kita.
Harta benda berbeza, ianya hak yang diberikan oleh ALLAH pada kita untuk kita belanja, guna dan manfaatkan mengikut sekehendak hati kita mengikut syarak.
Kalau tubuh ni hak kita, maka kita boleh sewenangnya potong toreh dan sebagainya… ianya tak boleh.. bukankah kita tak boleh merubah bentuk kejadian kita nih atas dasar tak puas hati macam pembedahan plastik dsbnya…
Mayat ketika dimandikan pun Nabi s.a.w. perintahkan kita lakukan dgn cermat dan berhati hati kerana takut menyakiti mayat lantaran ia baru sahaja merasakan sakit sakaratul maut!
Bayangkan mayat itu disiat siat, dipotong potong!
Apa pun, saya tamatkan di sini. Ada hadith yang melarang kita mematah matahkan tulang mayat, ada juga hadith menyuruh kita mandikan mayat dengan cermat…. Tak ada hadith kata boleh derma organ.
Tuan puan pilihlah yang mana mententeramkan hati tuan tuan dan puan puan… Kita kena jaga apa yang diamanahkan kpd kita.
WAllahu’alam.
Saya appreciate apa yang Abu Muaz cuba pertekankan.
Hal-hal tersebut sudah pun saya sebutkan di dalam audio rakaman ceramah di atas, dan slide yang disediakan. Ianya tidak saya masukkan ke dalam artikel sebab nak memendekkannya. Jadi, pandangan-pandangan yang menjadi asas saya mendaftarkan diri sebagai penderma organ sudah saya nyatakan di dalam ceramah dan slide tersebut, termasuk discussion tentang hadith2 mematahkan tulang si mati dll.
Saya juga cuba untuk lebih cermat ketika menggunakan perkataan. Saya tidak suka pendermaan organ ditulis sebagai memotong, menyiat-nyiat kerana ia memberikan konotasi yang negatif seperti perbuatan ‘muthlah’ (مثلة) yang disebut di dalam hadith Nabi SAW. Pemindahan organ dibuat dalam bentuk yang sangat terhormat dan beradab. Bukannya patah-patah, kerat-kerat dll.
Kita juga kena analyze semula, adakah kefahaman kita tentang mayat sakit jika dibedah itu betul? apakah itu maksud yang dikehendaki oleh nas? jika dosa semasa hidup menyeksa si mati, tidakkah ada ruang pendermaan organ mampu mengurangkan kesakitan itu?
oleh kerana tubuh badan kita ini bukan kita punya, maka sebab itulah kita kena tanya Allah, kena cek hukum Allah apakah boleh atau tidak derma organ. Kalau Syara’ memutuskan bahawa ia harus, maka kita sebagai pemegang amanah tubuh badan ni bebas untuk memilih. nak derma, silakan. tak nak derma,tak apa. eh, saya dah ulang point ni beberapa kali rupa-rupanya.
Seperkara untuk discussion tuan puan sekalian ialah, jika pendermaan dan pemindahan organ sudah dijelaskan… bagaimana pula dengan hukum penerimaan organ?
Jika seseorang mengalami kegagalan fungsi kedua2 buah pinggang, satu-satu cara untuk dia diselamatkan ialah dengan menukar buah pinggang, maka ketika itu adakah pesakit tersebut (katakanlah, kita pesakit tu) memilih untuk mati, atau menerima buah pinggang yang available untuk penukaran tersebut?
Adalah tidak balance, jika pendermaan dan pemindahan dihukumkan haram, tetapi penerimaan organ dihukum sebaliknya. jika menerima organ itu harus, di mana organ tersebut nak diperolehi jika pendermanya tiada?
anyway, kesemua feedback yang saya terima akan saya jadikan bahan kajian untuk mengukur sejauh mana kesediaan rakyat terhadap isu ini. saya akan perpanjangkan ia kepada bahagian pendermaan organ di IJN untuk kajian mereka.
terima kasih atas feedback yang diberi…
Ana setuju dengan pandangan ustaz. Body kita hanya pinjaman. Yang akan menerima nikmat atau azab ialah roh. http://disertasi.blogspot.com
Salam..
Artikel ustaz ni mengingatkan pengalaman saya waktu di tahun kedua Medicine dulu. Satu persidangan yang seringkali diadakan di kalangan siswa/siswi perubatan di Malaysia adalah Persidangan Mahasiswa/i Perubatan Malaysia (PMPM). Setiap tahun akan berlangsung persidangan dan peserta teramai biasanya dari UKM, USM dan UM.
Pelbagai aktiviti dirancang dan antara aktiviti kemuncak, adalah perbincangan mengenai sesuatu topik atau isu yang bakal dilaksanakan aktivitinya sepanjang tahun. Setiap universiti akan diminta untuk menyediakan satu mandat atau isu yang seterusnya dibincang dan didebatkan.
Tahun itu, wakil UM membawa topik pendermaan organ. Di kalangan student sendiri, rata – rata kami turut merasa gerunnya untuk menderma organ. Ia terbukti apabila isu itu didebatkan, wakil dari universiti lain bertanya berapa ramaikah student dari UM yang hadir ke persidangan itu telah mendaftar sebagai penderma. Ini bermakna tak semua student perubatan boleh terima isu ini. Tetapi disebabkan isu itu, kami yang bawa, mestilah semua peserta UM harus memberikan sokongan sepenuhnya. Terharu saya pada waktu itu apabila semua peserta UM (dalam beberapa belas orang) mengangkat tangan dengan rasa ikhlas dan menyokong penuh pendermaan organ, malah telah mendaftar sebagai penderma.
Mungkin ada sedikit semangat ‘keUMan’ di situ, tapi yang penting, kami dah nekad awal – awal lagi sebelum bersedia dengan topik seberat itu. Pada hemat kami, kalau bukan kami yang memulakan, siapa lagi? Serentak dengan itu, borang – borang turut diedarkan kepada peserta lain yang berminat untuk menderma organ.
Sedikit kenangan silam dari saya
wasalam.
Nampaknya… banyak persoalannya ialah “Apakah?” APakah?” “APakah?” ..tak ada yang tuntas dari Hadith mahupun Qur’an.
Namun begitu..seperti diberitahu awal..pilih lah mana yang mententeramkan hati saudara… Dan pilih jalan masing masing ikut kadar kemampuan…
Wasssalamualaikum.
Mungkin harapan boleh diletakkan pada Teknologi penciptaan organ organ dalaman yg masih berjalan… Pakai organ ciptaan. Lebih bagus lagi…mudah mudahan teknologi itu cepat dibangunkan. AMin.
tersentuh gak dgn apa yg ustaz cakap ni…
mmm… betul gak kan… organ dlman kita ni pun kalo masuk kubur nnti bukan ade guna pape pun dah kan….. xdenye proses2 nak jalan… sume system dah down… cardiovascular ke… resp ke.. GIT ke… sume dah x gune dah… kalo org len boleh guna kan…. msti kuarga yang sgt2 memerlukan tu gmbira sgt2….. n ni gak adalah dakwah yg besar… sume org di sekeliling msti akan tersentuh ngan amal yg mulia nii… n mesti ade org len yg akan berubah lepas tuu… insyaAllah….
setiap kali saya membincangkan isu ini dgn mak saya, beliau cukup TAKUT kalau organ itu didermakan kepada non-muslim/ orang2 yg jahat bla2…… hmmmm buntu la pulak……
apabila nak berbincang tentang pandangan islam terhadap isu-isu kontemporari seperti ini, mana la nak jumpa ayat al-quran yang menyebut “wahai orang-orang yang beriman, dermalah jantungmu di jalan Allah!” atau hadith nabi saw yang menyebut “sesungguhnya sebaik-baik amal itu ialah kamu dermakan buah pinggangmu…”
maka tak bolehlah bincang bab pendermaan organ, euthanasia, malah hukum muamalat dll yang kontemporari ni, dengan berkata “mana quran cakap?”, “mana hadith cakap”?
di sinilah datangnya keperluan bagi kita mendalami usul fiqh, qawaid fiqhiyyah, maqasid syariah… berpandukan kepada beberapa nas yang berkaitan. kebanyakan nas yang berkaitan, sudah saya masukkan ke dalam slide…
hmm…
rata2 boleh terima derma organ ni, cume tak leh terima yang part ‘menyakitkan bile dah dibuat lepas mati’
ape kate buat sebelum mati? (bergurau saje)
haha, stuju dgn 38#.
ramai sgt kalau disuruh melakukan sesuatu nk kan dalil dari quran dan hadith, kalau tidak tak mahu ikut!
kalau nk suruh quran dan hadith keluarkan segala2nya, sampai cara-cara nk masak air, bile mase manusia akan berfikir..
salam…maafkan saya menyampuk dalam keributan yang saya nampak nih…topik nih sensitif rupanya….ape2 pon pendapat kita,saya rasa,janganlah hanya bercakap atas angin..sumer nyer biarlah berpijak pada bumi yang nyata….ape realiti sekarang dengan keperluan yang mendesak tentang pendermaan organ ni…tu jer…maaflah kalau salah…
camne nak start ni…okaylah…
saya anti-derma organ.
mungkin relevan utk derma organ 10 tahun dahulu, tapi kini kita dah ada pilihan. Organ sintetik/palsu,teknologi pengklonan (which ramai yg against jugak).
Kajian IKIM tu pun bias sgt.Takut,kurang pendedahan,takut dan kurang pendedahan,semua faktor.Macam mana dgn org yg sgt terdedah dan mengetahui ada cara lain?Oh,agaknya dlm questionaire tu pon ade 4 option tu je.Hah.
Paling best,keengganan dikaitkan dgn ketakutan.”Saya enggan menderma organ” ditranslate jd “Saya takut utk menderma organ.”Wow,good psychological game there.Macam mana dgn “takdelah,saya mmg taknak derma organ,kenape,salah ke tak mau derma organ?”Bagaimana dgn “oh taklah,saya ade HIV,awak nak ke organ saya,nah ambik la,”
Artikel ni tak diskas alternatif lain dr segi menderma.Menderma harta utk pembangunan organ sintetik takleh dikira sbg tanda kasih sayang ke?Semua org Islam mau berbakti,tp mcm mana dgn org yg nak berbakti-tp-bukan-dgn-derma-organ-aku?Nak-selamatkan-nyawa-budak-kecik-tu -kecik-tu-kesian-die-cute-betul-die-tp-jantung-aku-besar-sgt-plus-aku-nak-hidup-lagi punye org camne lak?Nak-berkorban-tp-tak-nak-terkorban?
Necessity is the mother of inventions.Since kite tahu ramai sgt org tak mau menderma dan demand utk organ transplant adelah tinggi,kenapa takde org kat Malaysia yg push for synthetic organ development’s campaign?Kenapa tersgt rigorous dlm kempen menderma organ?
Tak nak derma organ psl tak nak seksa mayat?Takpe,then lets go for organ cloning,care to donate some money?Tak nak donate jugak psl ethical issue?Takpe,then lets go for artificial/synthetic tissue,care to donate some money?Tak nak derma jugak psl nak pakai organ ori?Ok,now at that time,even I will curse and condemn the society.
My point is,do alternative campaign.Give people more choice to express their commitment to save other people.
Don’t be bias.
Kadang-kadang saya pun naik hairan.
Kita tidak boleh bincang semua benda dalam satu artikel.
Bila saya cerita tentang pendermaan organ, ia tidak bermaksud saya menentang pengklonan organ melalui stem cell research dan lain-lain. Tapi satu-satu laa.
IKIM buat survey, tentu ada kaedah. Bukannya macam survey budak sekolah. Ada la methodology human science yang diguna pakai.
Izinkan saya untuk sebut… don’t be bias.
I never said anything about you against the alternative methods.
I just question why there is no campaign for alternative method for organ transplant?Kenapa terlampau tekankan derma organ sampai nampak derma organ adalah the only method?Method lain tak boleh ke?Kenapa perlu rasa sedih sbb tak ramai Muslim yg sanggup derma organ?Orang Islam yg tak derma organ tu tak cukup nilai kasih sayang ke?Perlu ke geleng kepala sambil cakap ‘ish ish ishhhhh’ atas mentaliti diorng tu?Apakah dgn menjadi organ donor shj bole jd berkali ganda lagi bagus dr org2 yg tak sanggup nak derma organ?Kenapa tak ambik peluang dari Malay mentality ni dan transform jadi benda yg baik?
Pasal research IKIM tu,itu adalah salah satu method manipulasi data utk angkat satu2 isu.PR text book thing.
Salam… untuk komen #35 (Abu Muaz) dan #42 (Adzakael)..
Saya bukanlah pakar dalam organ sintetik (secara saintifik, dipanggil tissue engineering), tapi sebagai pengamal perubatan, terpanggil untuk memberi komen ikhlas saya.
Tak dinafikan, tissue engineering adalah salah satu hot topic dalam dunia perubatan. It is a very promising alternative for peoples with heart, kidney or lung failure, contohnya. Tapi, kalau kita tengok kemajuan teknologi yang ada sekarang [http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?db=pubmed&cmd=Retrieve&dopt=AbstractPlus&list_uids=17518754&query_hl=4&itool=pubmed_docsum] dan [http://arjournals.annualreviews.org/doi/abs/10.1146/annurev.med.52.1.443] sebagai contoh, kita masih jauh di belakang. Kalau adapun, masih di peringkat percubaan haiwan makmal. Bolehlah kalau saya nak katakan, sempatlah saya mati dulu sebelum melihat teknologi – teknologi ni betul – betul diaplikasikan kepada manusia. Tapi memanglah penting untuk diteruskan usaha ni.
Jadi, sementara menunggu teknologi ni dibangunkan, bagaimana kalau anak – anak kita, bapa kita atau orang yang tersayang memerlukan organ – organ tu? Apakah tindakan kita? Bagi saya, perlu sekali kedua – dua organ transplantation AND tissue engineering ni berjalan serentak, untuk kebaikan manusia sejagat. Maafkan saya kalau info saya ni bercanggah, tapi adalah sikit research saya buat dulu sebelum postkan komen ni. Wasalam.
Salam… untuk komen #35 (Abu Muaz) dan #42 (Adzakael)..
Saya bukanlah pakar dalam organ sintetik (secara saintifik, dipanggil tissue engineering), tapi sebagai pengamal perubatan, terpanggil untuk memberi komen ikhlas saya.
Tak dinafikan, tissue engineering adalah salah satu hot topic dalam dunia perubatan. It is a very promising alternative for peoples with heart, kidney or lung failure, contohnya. Tapi, kalau kita tengok kemajuan teknologi yang ada sekarang, kita (globally) masih jauh di belakang. Kalau adapun, masih di peringkat percubaan haiwan makmal. Bolehlah kalau saya nak katakan, sempatlah saya mati dulu sebelum melihat teknologi – teknologi ni betul – betul diaplikasikan kepada manusia. Tapi memanglah penting untuk diteruskan usaha ni.
Jadi, sementara menunggu teknologi ni dibangunkan, bagaimana kalau anak – anak kita, bapa kita atau orang yang tersayang memerlukan organ – organ tu? Apakah tindakan kita? Bagi saya, perlu sekali kedua – dua organ transplantation AND tissue engineering ni berjalan serentak, untuk kebaikan manusia sejagat. Maafkan saya kalau info saya ni bercanggah, tapi adalah sikit research saya buat dulu sebelum postkan komen ni. Wasalam.
cik shiha,
saya tak rasa awak paham ape point saya yg sebenarnya.
organ sintetik masih tak maju sebab kurang funding.Kenapa kurang funding?Antaranya kurangnya pihak yg melobi psl benda ni kpd kerajaan.Therically,more funding hasten a project.Lagi bnyk support lg laju development.Ada pernah nampak sesapa yg buat kempen ‘Organ Sintetik Utk Semua’ di Malaysia?Ade tak yg pernah buat mcm Micheal J. Fox kat Malaysia,rigorously promoting cell stem research?
Camne dgn kemajuan teknologi cloning or organ sintetik di Malaysia?Ada tak org yg actually tgh buat kat Malaysia benda ni?I know di Europe,saintis dah berjaya ternak sel badan dlm makmal.Antara alasan kajian mereka? Mereka tahu kewujudan org yg tak mahu derma/terima organ,terutamanya organ binatang,atas sbb2 budaya dan agama.So,diorng ambil ni sbg peluang utk develop something yg bakal bawa manfaat kpd semua org.
Camne dgn semua yg terlibat disini?What is your stance on synthetic organ/cloning technology?Pernah tak push kerajaan supaya letak more funding dlm research ni?Pernah tak push org Melayu yg tak nak derma organ utk actually support pembangunan organ sintetik/klon yg terang2 bawa faedah kpd kita semua?Kenapa sepanjang 23 tahun sejak saya boleh mengingat,takde langsung kempen menyokong organ sintetik secara besar-besaran?Kenapa terlampau tumpu kpd organ donation?Apakah itu shj cara utk organ transplant?apakah thats the only way to save someone in needs of new organ?
Tapi artikel ni membuatkan org2 yg enggan derma organ look bad.Really bad.Seolah-olah macam takde cara lain utk berbakti kpd org2 yg memerlukan organ transplant.Seolah-olah org yg enggan derma organ ni tak cukup nilai kasih sayang dlm diri,penakut,kurang pendedahan dsb.Tambah lg dgn comparison dgn penganut agama lain,which always been use (all the time) utk menerbitkan rasa malu dikalangan pembaca yg enggan derma organ.That’s really pisses me off.
Bismillah…
Saya menulis artikel ini sebagai berkongsikan apa yang saya fikir semasa saya nak mendaftar sebagai penderma organ. Saya mengalami rasa tak confident, rasa takut, ada persoalan tentang hukum dan lain-lain. Maka saya cuba selesaikan semua persoalan tu, sebab end result yang saya harap ialah saya dapat menderma organ.
So, apabila saya menulis tentang NILAI, tentang HUKUM dll, ia adalah untuk personal clarification dan bukannnya ACCUSATION! Takkanlah saya nak hidup dalam dunia yang majoriti manusia adalah BAD sebagai majoritinya tidak menderma organ. No judgement.
Maaf kalau saudara masuk ke halaman web ini dan hanya baca artikel ini sahaja. Tapi ratusan artikel yang saya telah tulis, memandang rendah orang lain, adalah perkara terakhir yang saya buat … naudhubillah.
Tapi saya dah ulang berkali-kali, kalau kita fikir secara negatif, maka negatiflah hasil terakhir yang kita dapat. WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET.
Ramai je yang komen di atas tu yang sincerely admit mereka takut. Tetapi adakah dengan pengakuan itu menjadikan mereka hina di mata saya? Tidak sama sekali. Apa yang menyebabkan saya marah ialah apabila saudara accuse saya, accuse IKIM (yg takde kena mengena dgn saya), accuse orang ramai sebab tak promote klon organ. Mengapa tidak saudara sendiri tulis something yg kami boleh benefit tentang klon organ tu..? but definitely marah2 wont help to encourage anyone.
THAT’S REALLY PISSED ME OFF
Salam… ustaz, minta maaf banyak – banyak sebab terpaksa gunakan ruang komen ustaz ni
untuk ‘bersembang’ dengan En. Adzakael
I got your point there. Generally, it is true that when a research lacks funding, the progression is slower. Masalah di sini adalah, bukannya sebab funding, tetapi kemampuan manusia untuk memikirkan teknologi tu yang terbatas. Saya katakan di sini secara global ye, bukan di Malaysia sahaja. Untuk teknologi seadvanced synthetic organ ni, bagilah funding berjuta sekalipun, tapi knowledge yang ada tu tak mampu nak ‘lajukan’ teknologi tu, tak guna juga. As for your first two questions (Ada pernah nampak sesapa yg buat kempen “˜Organ Sintetik Utk Semua”™ di Malaysia?Ade tak yg pernah buat mcm Micheal J. Fox kat Malaysia,rigorously promoting cell stem research?), do you know that we are not that desperate, at least in Malaysia, in terms of research grant? Kerajaan sentiasa memperuntukkan berjuta – juta ringgit untuk tujuan R&D kepada semua universiti di Malaysia, kepada semua pensyarah yang berminat dan ada knowledge, including tissue engineering, cumanya, ada takers ke? Fortunately, kat UM sendiri, dah ada Tissue Engineering Lab (pun mengambil kos hampir 1 juta ringgit, kalau tak salah saya – I’m not personally involved). Tapi perlu saya nyatakan, in our lab, we are still at infancy stage. Muda lagi. Ulang sekali lagi, it needs a global effort. Perlu ada collaboration dengan saintis barat (which we are doing at this very moment). Tak perlu tanya apa status di Malaysia dalam hal ni, lebih penting lagi (as my comment in #46) globally, setakat manakah teknologi tu dah berkembang. Sebab eventually, teknologi tu akan sampai juga di Malaysia kerana ada technology transfer. Bukanlah saya nak kata kita Malaysian tak perlu berusaha locally, cumanya it is better bila kita bergabung tenaga globally to hasten the technology.
For your 11th, 12th and 13th questions (Kenapa terlampau tumpu kpd organ donation?Apakah itu shj cara utk organ transplant?apakah thats the only way to save someone in needs of new organ?) Kita tumpukan pada organ donation sebab memang itu satu – satunya cara yang ada kat dunia sekarang ni. Bila kita katakan organ transplant, itu bermaksud pemindahan organ dari satu donor kepada recipient. Organ yang dimaksudkan adalah organ yang original – dari penderma. Buat masa sekarang, inilah option yang ada yang paling selamat, itupun bukanlah 100%. Saya membuat research dalam Renal Failure untuk Masters Degree. Topik ni memang saya lalui sepanjang saya buat research tu. Sedih bila melihatkan seseorang pesakit yang dah dapat buah pinggang baru, tapi terpaksa balik kepada treatment lama (haemodialysis or peritoneal dialysis), kerana organ rejection (badan pesakit tak dapat terima organ baru tu). Ini menunjukkan, sedangkan option yang ada sekarang (organ transplant – organ original ciptaan Allah swt) pun belum tentu 100% berjaya (sebab kelemahan manusia untuk manipulate the knowledge), tambahan pula organ synthetic – ciptaan manusia yang tersangat kerdil di sisi Allah taala!
As for your last paragraph, tepuk dada tanya selera… saya personally tak pernah downgrade sesiapa yang tak nak derma organ. Kita dah besar panjang, dah boleh fikir sendiri. Tapi kalau terasa pedasnya, ask yourself why. If you are comfortable with your own judgement and decision, so be it, tak perlu nak terasa apa – apa
Wasalam.
terima kasih atas komen dr. shiha (#49). harapnya ia membantu untuk menjelaskan apa yang tidak jelas.
saya mohon maaf kerana agak kasar dari biasa. saya harap kita semua berfikiran positif termasuk diri saya sendiri. berbincanglah secara asertif dan tidak jatuh terseradung akibat kehidupan kita yang banyak blind spot.
moga seluruh perbincangan, yang pro dan kontra membantu kita semua dalam apa sahaja pendirian kita berkaitan dengan pendermaan organ. bagi yang mahu menderma, semoga artikel ini menambahkan keyakinan anda untuk tampil menderma. bagi yang berpegang dengan sebaliknya, jangan rasa macam dipandang rendah kerana dunia ini terlalu besar untuk kita tersinggung lagi terguris dengan perbezaan pendapat. sebagaimana penderma organ melakukannya untuk menambah amal, maka yang tidak menderma juga teruskanlah agenda utama kita semua iaitu menjadi manusia yang paling bermanfaat semasa hidup, dan menyiapkan bekal utk kehidupan selepas mati.
salam hormat.
The thing is I did write something about organ cloning looonggggggg time ago (in response to one article about 12,000 wasted kidneys per year) and if not because one person directed me to this article (in response to my article),I will not be aware about this article or this website.Saya pun dah lama promote cloning technology,dah lama support that technology dikalangan org2 yg saya kenal dan tak kenal.Hell,even this marah2 and accusations is one type of promotion,although its sounded very hostile.
I gave people choices.I show them ways of doing things.I’m showing them there are better ways to do things.If you want to do this,you have A,B and C.But I highly recommend type C for this reason and this reason.But I did not hide A and B.Now,why I said this article is very bias?It is so pro-organ donation,it does not discuss other choices that ppl who don’t want to donate their organ can still save other people’s life.I am bloody aware of these choices,their current development,ethical issues,pros and cons,practicality,cost and everything.You in the other hand,knows thing that I also know (plus I believe you have more access than I do in this issue) yet how many people have you enlightened with these choices?Why one?How about the other three choices available?
“Tetapi di manakah silapnya hingga statistik penderma organ orang Melayu yang umumnya mewakili kaum Muslimin, terlalu kecil? Cina 64%, India 22% dan Melayu hanya 8%.”
“Apakah 56.3% ketakutan itu berpunca dari gersang nilai? Tiada kasih sayang dan semuanya hanya ada secebis kasih saya untuk mengasihi diri sendiri sahaja?
Nilai ini tidak boleh dibuat-buat. Tidak mungkin seorang yang hidupnya self centered, mementingkan diri sendiri, tidak peduli kepada orang lain, tiba-tiba mahu menderma organ atas perasaan kasih sayang. Sama ada seseorang itu pengasih, atau sebaliknya.”
Why you wrote dimanakah silapnya?Why its a mistake?What are you trying to suggest here?The Malays are less compassionate than others in this issue?The 56.3% lives in a very selfish mindset?How about ‘Bloody hell I’m selfish and damn proud of it!’ Which category does that mentality falls in that research?
Ok la,rata2 org diatas admit diorng takut.But don’t ever discard an anomaly like me.How strange it might sound,my reason is still valid (although only 0.000001% from the populus) and does not fall into fear category or any category mentioned above.
ok, i got your point. let us focus on whatever we are doing right now.. around these days, im focusing my reading on stem cell research which does not receive much attention from muslim scholars as compared to organ donation, and other medical – ethical issues. the reason, im not in the capacity to give any comment on that. as for my self, it is still a new thing for me and Im trying my best to understand all the issues and sub-issues involved.
i think we had enough say here. and don’t forget, if its a blog, the writing represents the author personal view… the cyber space is buffet kind of kenduri. you like it, belasah as you wish. you hate it, leave it in peace and no mess is needed as SOMEONE is watching up there!
aslm wbt
hampeh tul,
bila cite pasal derma organ, orang gi bising kenapa tak nak heboh2 pasal klon organ bla bla bla.
Apa kata orang yang dok bisinhg pasal2 gi le hebohkan pasal klon etc sume tu spy kerajaan sedar.
[...] HIDUP MEMBERI, DERMA ORGAN [...]
[...] LIVE TO GIVE.. DONATE YOUR ORGAN [...]
[...] Hidup Memberi…Derma Organ [...]
[...] ARTICLE IN MALAY LANGUAGE [...]
[...] LIVE TO GIVE.. DONATE YOUR ORGAN [...]