
Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air sepatutnya menjadi hadiah oleh jentera UMNO kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik Datuk Seri Najib Tun Razak. Menjanjikan hadiah berupa sesuatu yang masih belum berada di genggaman tangan adalah suatu cabaran. Seperti menjanjikan isteri yang sedang sarat mengandung seekor kijang merah yang masih berkeliaran di celah bukit-bukit yang penuh hutan.
Justeru segala-galanya diheret ke medan tempur.
Ada yang relevan, banyak yang tidak relevan.
Antara modal yang tidak relevan adalah momokan-momokan yang dibuat tentang sirah Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih sedekad yang lalu semasa beliau di dalam UMNO. Bagaimana dulunya beliau berkata begini dan begitu sedangkan kini pandangannya sudah berbeza. Silapnya ialah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2009 bukan lagi faktor penentu keputusan pengundi. Justeru, strategi BN bersama TV3 menyiarkan secara bersiri segmen khas tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah simptom kepada kegagalan BN membuat anjakan paradigma. Masih gagal berubah. Masih gagal merealisasikan slogan Datuk Seri Najib agar UMNO dan Barisan Nasional BERUBAH.
Komunikasi UMNO dan BN dengan massa masih bersifat PEJORATIVE!
Di samping senjata tumpul bernama isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada sesuatu di medan kempen yang disangka relevan oleh UMNO dan BN.
Tun Dr. Mahathir turun ke padang.
Beliau dianggap sebagai keris Taming Sari UMNO yang hanya diguna pakai dalam upacara-upacara istimewa sahaja, kehadirannya menyuntik semangat luar biasa untuk petugas UMNO. Namun sekali lagi UMNO gagal membaca perubahan.
Tun Dr. Mahathir berulang kali mengajak mereka yang sepertinya kembali kepada UMNO. Beliau begitu yakin bahawa peningkatan undi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke-12 yang lalu adalah kesan undian orang-orang UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Tun Abdullah seperti beliau.
Tun Dr. Mahathir sangat menolak kepimpinan PM yang dilantiknya sendiri itu. Beliau sanggup mengkucar kacirkan UMNO dan seluruh Malaysia hanya kerana beliau secara peribadi menolak kepimpinan Tun Abdullah. Sebaik sahaja Tun Abdullah turun, dan Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pemerintahan, Tun Dr. Mahathir tidak sempat-sempat lagi untuk pulang kepada UMNO yang hakikatnya masih UMNO yang sama.
Mungkin Tun Dr. Mahathir sangat percaya bahawa beliau adalah subjek yang amat dominan dalam menambah atau mengurangkan sokongan rakyat kepada UMNO.
Terus dengan sangkaan sedemikian, Tun Dr. Mahathir turun berkempen. Beliau mengajak semua orang UMNO yang merajuk seperti merajuknya beliau, kembali mengundi UMNO.
Nyata Tun Dr. Mahathir tersasar daripada sangkaannya.
Masyarakat memang ramai yang bermasalah dengan kepimpinan Tun Abdullah. Tetapi mereka tidak mengambil Tun Abdullah sebagai masalah peribadi. Mereka bukan sahaja menolak Tun Abdullah, malah mereka menolak UMNO secara keseluruhannya.
Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, apabila Tun Dr. Mahathir pulang kepada UMNO, apabila Datuk Seri Sanusi Junid juga ikut sama pulang kepada UMNO, dan Tun Dr. Mahathir sendiri mengotorkan kaki turun ke padang berkempen untuk calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, dan 13 tahanan ISA tiba-tiba dibebaskan sebagaimana strategi Tun Dr. Mahathir semasa mula terlantik sebagai PM lebih dua dekad yang lalu, segalanya ini bererti UMNO telah mengeluarkan semua yang ia ada. Daripada Keris Taming Sari, hinggalah pelampung keselamatan yang terakhir.
Keputusan PRK 7 April 2009 yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, adalah suatu mesej yang amat kuat dan jelas: segala-gala tentang UMNO adalah tertolak!.
MENGAPA
Soalnya mengapa UMNO tertolak?
Ketepikan seketika ideologi UMNO dan Barisan Nasional.
Sifirnya mudah… UMNO GAGAL BERUBAH.
Kegagalan mematuhi hukum challenge and response sebagai hukum jatuh bangunnya kuasa dan tamadun manusia adalah kegagalan yang fatal.
Peringatan buat Pakatan Rakyat, hukum Allah Subhanahu wa Ta’aala menetapkan mana-mana sahaja kuasa yang tidak patuh kepada hukum challenge and response, akan hilang daya survival. Justeru isilah kemenangan dengan KERJA dan KAJIAN, agar tertunai seperti pesan al-Marhum Sa’id Hawwa:

“… agar kita tidak bergerak jauh dari keperluan semasa”
Bacalah perubahan yang berlaku di dalam masyarakat. Manfaatkan prinsip-prinsip Islam yang teguh untuk membentuk kecenderungan masyarakat agar sentiasa memuliakan keadilan dan amanah. Justeru dalam setahun dua berbaki sebelum PRU13 akan datang, isilah masa ini dengan agenda membentuk manusia, kerana tiada kemenangan yang bertahan tanpa usaha.
Dan…
Apakah 21,860 undi itu juga merupakan ‘sembah derhaka’ rakyat kepada baginda Sultan? Patik mohon agar baginda Tuanku menimbang kembali atas bijaksana Tuanku tentang resah jiwa raga rakyat jelata dengan kejadian malang yang menimpa Perak negeri jajah takluk Tuanku.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











alhamdulillah
PR menang!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
salam..
Alhamdulillah,segala puji hanya layak kepada Allah swt.
setuju dengan pandangan ustaz..di saat imej umno yang tertolak ini amat payah untuk mereka mendapatkan kembali kepercayaan rakyat kerana setelah lebih 50 tahun diberi kepercayaan mentadbir negara kepercayaan itu tidak digunakan dengan sebaiknya.
juga ucapan tahniah kepada Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dan saudara S.Manikumar kerana telah diberi mandat oleh rakyat untuk meneruskan kecemerlangan Pakatan Rakyat mentadbir kawasan masing2.teruskan usaha kalian untuk berbakti kepada rakyat..
p/s:ustaz ade bakat jadi penganalisis politik nampaknya (^_^)
@hakeem,
memahami politik ialah sebahagian daripada usaha mengenal perbezaan antara Islam dan Jahiliyyah. semua Muslim harus mempunyai daya menganalisa ini
@Abu Saif,
setuju ustaz. adakah lebih baik membuat perbandingan dan analisa sendiri, sebelum buat keputusan mukhtamad?
Bagi yang tak pasti, elokkah kalau dicuba parti yang ada?
Biar nampak jelas mana yang lebih syari’.
Tapi kalau dah tahu tu , jangan la pula mengada-ngada cuba, kan?. hehe.
ps: menulis komen sambil mengurut dahi.
-anak murid tumpang belajar-
segala puji bagi Allah…
semoga Islam akan terus dijulang di bumi ini…
semoga PAS dan PR akan berubah sebelum mad’u yg lain berubah…
Fasabbih bihamdi rabbika was taghfir
Alhamdulillah
Syabas PR,
Moga-moga semua para pemimpin kita mengamalkan sifat yang bersih rohani dan jasmani dalam mentadbir.
Syabas PR.
Results
takbir!!
Alhamdulillah alakullihal.
Point menarik. Walau ana mengambil pendirian tawaquf fardi untuk PRK kali ini atas sebab-sebab peribadi dan tertentu namun kemenangan kali ini, mengujakan dan mengejutkan.
Seperti kata Ustaz sifirnya mudah. UMNO tidak berubah dan gagal memahami jiwa rakyat. Mungkin laungannya seperti yang DS Najib ada ruh semangatnya namun masih gagal praktikalnya di kalangan penggerak UMNO.
Menarik mendengar ulasan di RTM1 tadi. Agak lucu pun ada. Sikap denial dan tidak memahami gerakan jiwa rakyat bakal mengundang padah bagi mereka sendiri. Berulang.
Cuma ana memuji sikap dan cara Muhyiddin Yassin menjawab. Berhikmah dan nampak benar beliau well spoken and ahli politik yang bijak.
Apapun, kerja dakwah tak pernah habis. Menang, kerja mengisi kemenangan itu fokus namun ramai yang gagal memahami fokus.
Terima kasih atas beberapa point baru yang ana dapat.
@alQasam,
Ana berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak seperti Tun Abdullah yang semasa di awal memegang jawatan PM, juga mempunyai imej yang sama seperti itu. Masa mengeluarkan sedikit demi sedikit apa yang tidak kelihatan selama ini
Alhamdulillah…
Doa rakyat dimakbulkan Allah…
bersyukur ke hadrat Ilahi….
Rakyat membaca jika UMNO sebagai satu institusi gagal membuang Tun Abdullah dulu, apa boleh diharap pada mereka yang sama mengambil alih kepimpinan Tun Abdullah? Masih institusi yang sama!
Saya, dalam membenci tingkah laku UMNO, tetap mahu melihat mereka sebagai mad’u, sebagaimana saya mahu mereka melihat saya begitu. Melihat segalanya dari kaca mata dakwah untuk saya beerti memadukan kasih sayang dalam hubungan sesama kita
@Amin Ahmad,
mengasihi manusia taat adalah pada memberi galakan kepadanya agar terus menambah ketaatan.
mengasihi manusia zalim yang ada masalah penglihatan dan pendengaran, memerlukan tindakan yang bisa difahami, mungkin dengan rotan, dan bukannya gula-gula yang bakal disalah erti
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, gelombang pemikiran rakyat Malaysia terhadap pemerintah dan kepimpinan pentadbir telah lahir. Sewajibnya setiap rakyat Malaysia tidak hanya berfikiran statik dalam menilai dan menganalisis perjalanan politik di Malaysia. Mudah-mudahan roh Islam di Malaysia tidak menjadi sirna tetapi tetap terus bercahaya. Islam itu adalah aqidah dan syariat, pensyariatan memerlukan kuasa, kuasa lahir dari politik dan politik sebahagian dari iman dan Islam…
semoga Tuanku Sultan yang bijaksana dibukakan hati untuk memperkenan pembubaran DUN.
Daulat Tuanku.
@syamsul,
Ameen… Ia adalah cabaran yang dikemukakan oleh YB Haji Mahfuz kepada Dr. Zamry ‘MB Perak’
“Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki”
Allahu Akbar..!
Kebenaran akan bersinar, seperti janji-Nya..
Satu penilaian yang bagus. Ringkas dan padat. Saya ada war2kan kepada rakan2 yg bergerak dlm UMNO, mereka harus berubah dan sedar ini bukan zaman orang buta menerima segala kata2 mereka.
Pada PR, peluang telah diberikan oleh rakyat. Tunaikan tanggungjawab anda sebaik mungkin.
Salam’alaikum wbt..
Alhamdulillah~
Terang bulan malam ini.
Alhamdulillah tahniah…
Purnama lagi di Bukit Gantang
Keterlaluan media memperbuduhkan rakyat telah dizahirkan dalam rebelasi undi.
Sudah 4 PRK dengan taktik murahan media mass-brainwash yang sama membuatkan rakyat hairan kenapa tiada perubahan sikap dalam mendalami dan menghormati isi hati rakyat.
PKR,
No honeymoon of course.
Energise and Inspire the rakyat.
AllahuAkbar…
Jatuhnya Nizar sbg MB kehendak Allah dan menangnya Nizar di Bukit Gantang juga kehendak Allah.
AllahuAkbar,, AllahuAkbar,,AllahuAkbar.
p/s: Kalau Nizar kalah di Bukit Gantang, mesti ustaz kata UMNO rasuah, berkonspirasi dgn SPR, guna pengundi hantu atau sistem keadilan dan kehakiman Malaysia dah ‘corrupt’.
Menang pun menang tipis
Bagi komen biar tiada bias ustaz.
Wallahuallam,,,Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana. KepadaNyalah kita akan dikembalikan ^_^
mengingatkan diri sendiri
Arena komen macam tak faham analysis politik.
2789 bukan menang tipis.. ia penambahan yg cukup ketara berbanding majoriti 1566 pada PRU lalu.
@arena,
Kalau Nizar menang di Bukit Gantang pun (which is Alhamdulillah), saya berkata bahawa UMNO rasuah, sistem keadilan dan kehakiman Malaysia dah corrupt. Isu ini tiada kena mengena dengan siapa menang siapa kalah.
But, always a prejudgment makes a person an enemy of his own.
@Abu Saif,
yup! saya stuju ust!
@arena,
TAHUKAH ANDA WAHAI ARENA…
di n25…
terdapat banyak rumah yang mengandungi pengundi berdaftar lebih 20 orang…60 orang pun ada…
ada rumah yang pada satu2 masa diduduki oleh kaum melayu,india,cina malahan siam yang didaftarkan sbg pengundi…
6 bas dari rembau ditahan pada pagi PRK di n25,katanya datang nak melancong…pada hari bekerja…ketika PRK diadakan…melancong
dua hari sebelum hari mengundi,beratus nama pengundi baru muncul dalam senarai…
ada pengundi umur awal 30an,tetapi mengundi di saluran 1…
ada pengundi yang namanya berulang-ulang banyak kali…
banyak pengundi yang ICnya dengan kod negeri luar kedah didaftarkan mengundi di n25…
ada isi rumah memiliki 20 pengundi,dikesan semuanya merupakan ahli UMNO diluar kedah…apa mungkin PR yang membuat penipuan memasukkan nama2 ahli UMNO,supaya kemudiannya mengundi PR?….
lebih 10 peti undi misteri cuba dibawa masuk dihujung waktu ketika pengiraan undi dijalankan…berjaya disekat oleh ahli PR
ni baru di n25,belum di P59 dan batang ai…nak tulis suma memang x habis
-sekiranya SPR benar2 telus,apakah majoritinya masih 2400(n25) dan 2700(p59)…@ mungkin BN akan hilang deposit seangkatan dengan calon2 bebas?
Salam.
Mohon copy&paste di fb. akan sertakan link SIO
untuk UMNO yg masih menggunakan KERIS..
hunuskan keris… musuh ada pistol… tradisi kekalkan…..
adaptasi haruslah betul….
Assalamualaikum…
Alhamdulillah lafaz syukur atas kmngn PAS di Bkt Gntg.
Komen ustaz amat bermakna buat mereka yg dpt mengambil iktibar.
Ana rasa komen ustaz tidak bias cuma sekadar memperingatkan saudara seagama agar segera berubah kepada menghayati cara hdp ISLAM yg sbnr.
Kerna mafhum dalam ayat Al-Quran: “Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat kpd org2 mukmin”
Sama2lah kite sentiasa bersangka baik & berlapang dada.
Kite hanya merancang tapi ALLAH adalah sebaik2 perancang.
Wallahua’lam
Salam Semua,
Tahniah kepada yang menang. Secara peribadi saya bersetuju dengan pandangan penulis (bukan 100%). Ya, kegagalan UMNO utk berubah memang terang lagi nyata dalam PRK yg lalu. Cara berkempen ‘ala projek mee segera’ masih diamalkan walaupun dikatakan kini kurang releven.
1. faktor anak tempatan adalah modal utama UMNO utk hadapi PRK. Tapi itu bukanlah faktor utama penolakan rakyat terhadap UMNO pada PRU 12 yg lalu. Harus diteliti ‘paras pemikiran’ calon tempatan, pastikan orangnya berkaliber dan mampu membawa isu2 rakyat utk diperdebatkan di Dewan Rakyat. Buang cap politik ke tepi, calon UMNO dan calon PAS, ramai rakyat biasa boleh buat perbandingan. Politik itu ‘penuh dengan seni’….
2. Menggunakan Tun Mahathir sebagai ‘keris taming sari’ juga dilihat kurang releven. Maksud saya, isipati ucapan/kempen Mahathir hanya ‘releven’ di era 90an, dan tidak perlulah kita pertikaikan niat beliau utk berkempen kerana ‘jasa dan sumbangan besar’ beliau terhadap negara tiada siapa yang boleh pertikaikan. Beliau dah berjaya dalam legasinya selama 22 tahun, that’s the fact!
3. Politik Malaysia (Melayu) masih lagi politik lama. Masing2 selak-menyelak dan ‘asyik bercerita barang orang lain’. Bilakah politik kita akan jadi lebih matang?? Jika kedua2nya muslim (melayu) bertanding, jika masing2 menghayati konsep Islam, tarbiyahkan penyokong masing2….suasana politik akan jadi lebih aman dan sekaligus umat Melayu berjaya ‘memartabatkan Islam’ di mata non-muslim.
Semoga kemenangan di pihak DS Mohammad Nizar akan mampu membawa segala permasalahan rakyat disekitar Bukit Gantang ke peringkat Dewan Rakyat utk dibahaskan dalam membela setiap insan sama ada yang menyokong atau tidak Pakatan Rakyat.
Semoga slogan ‘Satu Malaysia’ dapat digerakkan dengan lebih berkesan oleh setiap individu – apa salahnya menyokong satu gagasan yang baik yang tidak terkeluar dari ajaran Islam.
Semoga Allah merahmati kita semua.
pandangan arena terlalu dangkal…kalau PR menangpun sekarang ini di dua bukit, sebenarnya be end tetap tak adil!!gunakan seluruh jentera kerajaan, kempen di tv1 hampir 4jam setiap hari,,,SPR yg berat sebelah, polis yg sokong umno dan lain2 lagi…ni semua jelas! adakah kemenangan majoriti undi 2800 dan 2400 adalah kemenangan tipis? pelik sekali arena yg terlalu mentah dan pro umno ini…adakah tulisan anda bertujuan memberi tekanan kpd mentaliti penulis? anda terlalu silap arena….”patik mohon derhaka”
salam
tahniah tuk YB Nizar menang di Bukit Gantang,,tapi jatuhnya PR di Perak mungkin satu rahmat.
Pajakan tanah untuk Cina selama 999 tahun.
PR menang Melayu Islam tergadai di bumi sendiri.
@arena,
Salah seorang daripada Melayu Islam di Perak itu ialah saya sendiri. Memberikan hak tanah kepada orang yang meneroka, membangun dan menyuburkannya, adalah salah satu daripada prinsip Islam yang termaktub dalam semua kitab Fiqh dan undang-undang Islam.
YAB Ir Hj Nizar sendiri sudah menjelaskannya di http://kamparinn.blogspot.com/2009/01/hak-milik-tanah-kediaman-selama-lamanya.html
Politik jangan dikupas berasaskan isu ke isu. Harus ada garis panduan untuk memahaminya. Dalam politik yang sempit, ada peraturan-peraturan universal yang menggerakkannya.
Jika isu yang dijadikan asas politik, maka politik jadi polemik, setiap kilobyte yang masuk hasil tulisan kita mengenainya adalah sia-sia tidak bermakna
@arena,
Maaf mencelah. Saya juga masih dan terus belajar dalam menganalisa isu politik.UMNO / BN juga tak kurang hebat dalam menyedekahkan tanah kepada kaum cina
• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
• 5,000 ekar di Bruas juga kepada Cina
• 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti)
• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
• UMNO telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun
Jumlah di atas sahaja sudah mencecah lebih kurang 60 000 ekar..malas nak senarikan yang lain2..penat
Jadi , kalau guna sifir tak boleh sokong PAS sebab PAS pajak 3000 ekar tanah pada CINA…jadi lebih 200 kali ( 60 000/300) tak boleh sokong UMNO dengan BN atas sebab yang sama?
Ini ke sifir yang arena pakai?
@Saidannursi,
sesungguhnya kebenaran itu jelas. tetapi hidayah itu ditangan allah.
@arena, Untuk membuang karat pada otak sesetengah orang bukan sahaja perlu rendam,letak clorox,sental, masuk mesin basuh, spin 40kali…
Ketuanan melayu atau ketuanan perut wahai arena?
Salam,
kalau nak spin pun ngucap banyak2. Baca Bismillah. Semua org ade pandangan masing2 ikut kadar pengetahuan dan pengalaman.
Ni la namanye berdebat dengan cara sihat
p/s Baru buka laman web YTL corporation. I’m impressed
Lagi “impressed” kalau syarikat tu syarikat Islam
Alhamdulillah serta syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan PAS di Bukit Gantang dan juga PKR di Bukit Selambau…Saya setuju sangat dengan pendapat serta hujah2 Ustaz…
Salam Maju Jaya utk semua
Salam dr Preston,Lancashire UK
Alhamdulillah rakyat makin sedar dari terus dibuai acuan kebaratan yang mereka tawarkan…..Mudahan seluruh rakyat sedar betapa pentingnya acuan tersendiri berteraskan Islam sejati itu sendiri. Mudahan mereka perlaksana tegar acuan barat lenyap di tanah air sendiri……
Alhamdulillah…3x….
salam…..analisis politik dari kacamata ustaz…..saya bersetuju dengan apa yg ustaz tulis……hakikatnya UMNO perlu sedar untuk rakyar sedar akan kewujudan mereka mentadbir negara….tp harapnya…kita lihat sejauh mana kepimpinan dato’ seri najib untuk memberi kesedaran dan perubahan pd rakyat…………
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah…
AllaahuAkbar,AllaahuAkbar,AllaahuAkbar!!
sama2lah kita semua mengisi kemenangan ini,usaha memanusiakan manusiawi untuk kekalkan kemenangan pada PRU13!
alhamdulillah. tahniah kpd PAS secara am, dan kpd DS Nizar juga.
kemenangan dalam PRK hanyalah sebahagian kecil drpd tugas menegakkan syiar Islam. Tugas mengisi kemenangan PRK jauh lebih sengsara drpd mendptkan kemenangan…
Islam itu Indah jangan di kotorkan…
Islam itu mudah,jangan dipermudahkan…
Kala malam bulan mengambang…
Alhamdulillah ustaz. Analisis di Astro Awani malam tadi juga jelas menyatakan jika UMNO dan BN masih menggunakan kaedah konvensional-memanipulasi jentera kerajaan dan media massa, PRU ke-13 akan menyaksikan pentadbiran negara akan bertukar tangan.
Cuma di Batang Ai, Sarawak, rakyat masih bergantung harap dengan BN. Mungkin kerana politik pembangunan. Apapun, mungkin ustaz ada pandangan tentang kaedah merubah minda masyarakat di Sarawak.
Rupanya ustaz di Ipoh Timur. Ibarat Nizar, walaupun tak mengundi, tetapi tetap dipilih. Syukur Alhamdulillah.
@iskandar, ana menunggu formula sahabat-sahabat di sarawak untuk hasilkan rumusan kajian tentang kaedah bersiasah di Malaysia Timur
@Abu Saif,
Insya allah cuba diusahakan. Syukran atas galakan
hrmm..
teringat artikel di berita harian online bertajuk: Gagal bukan bermakna rakyat tolak kepimpinan Najib: Hishammuddin.
Memangla bukan pn. Rakyat bukan menolak Najib sahaja tetapi BN secara keseluruhannya.Adoyaiii..
Tapi ada pula:Kemenangan di Batang Air bukti rakyat terima BN“..majoriti besar yang diperoleh BN pada pilihan raya kecil Batang Air sebagai petanda bahawa pengundi di kawasan itu menolak cara berpolitik PKR”
Bodoh sangatkah kami untuk diperbodohkan lagi?Adoyaiii…
Ustaz…tegur skit, bukan bukit air, tp batang ai…huhu…
@Nasih Ulwan,
Terima kasih. sudah dibetulkan. menulis lewat malam selalu bermata kelam
oh…DS Abdullah dah jadi TUN??? pending la saya ni..heheh
@layla,
Semua PM selepas bersara secara otomatik menjadi TUN
salam..
tak sabar menunggu giliran saya mengundi plak… bila baca artikel ustaz ja, hati jadi lega, senang dan gembira.. good job!
Gembira betul PR menang…menunggu bila saatnya sultan perak mahu membubarkan dun,agar semua rakyat perak berpeluang memilih pemimpin yg mereka ingini…
salam…hehe..salah satu faktor kemenangan pas & pr adalah tv3…hehe… rakyt malaysia skrg dah bijak… blh menilai….
salam
masih belajar analisa politik,,
cuma kalau jatuh dalam tangan pas pun, masih tertanya2 pembaharuan ape yg dapat dicapai. Memangla akur, dengan Islam hidup boleh bahagia dunia akhirat. Islam bukan sekular,,
Lihat Kelantan, dah berapa tahun bawah Pas. Mungkin kerajaan persekutuan tak bagi duit tapi, takkan kerajaan negeri tak boleh nak jana pembangunan. Masalah sosial pun masih ade. Ramai rakyat Kelantan berhijrah ke pantai barat tuk cari makan.
@arena,
wsalam wbt.
Dalam skala yang lebih besar, Empayar Othmaniyyah ditohmah sebagai sebuah pemerintahan yang mundur, tiada pencapaian tamadun dan penuh dengan masalah sosial. Ironinya, ia bertahan selama 600 tahun, iaitu sebuah pemerintahan yang lebih panjang berbanding dengan Bani Umayyah + Bani Abbasiyyah. Hal ini harus digunapakai untuk menilai, apakah mungkin sebuah kerajaan yang gagal, mundur, banyak masalah sosial, namun mampu bertahan selama 600 tahun?
Ibn Khaldun, bapa sejarah, memberitahu, rasional mesti dimanfaatkan untuk menimbulkan daya menolak idea-idea janggal, biar pun perinciannya belum diperolehi. Dan ternyata, logiknya Othmaniyyah memang sebuah pemerintahan yang hebat sesuai dengan daya tahannya selama 600 tahun itu. Perincian yang dihasilkan kemudian masuk dan mesra dengan logik itu.
Berkaitan dengan PAS dan Kelantan, dalam segala tekanan yang diberikan oleh kerajaan Pusat, PAS masih bertahan semenjak 1990 hingga kini. Keupayaan untuk bertahan itu perlu dianalisa, mengapakah ia jadi begitu?
Saya sebagai orang luar, berkunjung lima ke tujuh kali setahun ke Kelantan tidaklah merasakan yang Kelantan itu terlalu jauh ketinggalan. Dalam keadaan negeri itu tidak punya hutang, pembangunannya sederhana mengikut keperluan semasa, peluang perniagaan dan pekerjaan yang sederhana, dan yang paling penting, majoriti rakyatnya berpuas hati dengan keadaan mereka, maka ia fair and square.
Tapi untuk mengharapkan Kelantan lancar seperti Johor Bahru dan Georgetown dalam keadaan Pusat menyekat bantuan, Petronas pergi ke Turkmenistan, Khazakistan dan segala tan tan yang lain kecuali Kelantan, ia sama seperti mengikat tangan dan kaki seorang perenang, lalu dicampakkan ia ke air dengan expectation dia berenang sama laju dengan perenang lain yang bebas mengibas dan mengangkang… Then, ia suatu expectation yang tidak kena.
Wallahu A’lam
Salam,,
Sedih dgn bila masjid dijadikan muzium agama kuno Kristian Byzantine (Aya Sofea) oleh Kemal Atarturk bila Turki Uthmaniyyah jatuh. Saya kurang mengenali Kemal Atarturk tapi ‘beliau’ dan orang sezamannya menubuhkan Republik Turki yang sekular, termaktub dalam perlembagaan.
Turki sangat kaya dan maju pada zaman pemerintahan khalifah. Tetapi Sultan2 dalam zaman kejatuhan Turki suka bermewah-mewah dengan perhiasan dunia termasuk membina istana baru, Dolmabahce dan meniru gaya hidup hedonism jiran-jiran “european”.
Pasal expectation tu, saya kurang setuju. Rakyat Kelantan kena fight untuk royalti minyak dan manfaatkan dana untuk pembangunan Kelantan
@arena,
fokus…
fokus….
fokus…
@arena,
Kenapalah agaknya di internet ini (forum dan blog) apabila sesuatu isu atau persoalan cuba diungkapkan dengan lebih mendalam, ada sahaja satu pihak yang bertentangan pendapat cuba MENGUBAH TOPIK?
Mengapa?
@arena,
Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9 pada 2007.
Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut;
1. Sabah – 32,297
2. Terengganu – 8,300
3. Perak – 5,730
4. Sarawak – 5,243
5. Kedah – 4,938
6. Kelantan – 3,550
Perhatikan, Terengganu, dengan kekayaan minyak yang demikian besar dan dengan jumlah penduduk yang kecil, mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain.
Mengikut kertas tersebut, peratus kemiskinan Terengganu ialah 15. 4%, berbanding Kelantan 10.6%.
Laporan akhbar (BERNAMA) okt 2005 menyebut Ketua Audit Negara Tan Sri Hadenan A. Jalil sebagai berkata jumlah tunggakan hutang Johor sebanyak RM598.35 juta, Kedah RM450.96 juta, Pahang (RM414.48 juta), Selangor (RM377.33 juta), Terengganu (RM259.75 juta) dan Negeri Sembilan sebanyak RM144.37 juta.
Negeri-negeri lain termasuk Kelantan mempunyai tunggakan RM46.61 juta, Sarawak (RM77.69 juta), Melaka (RM76.22juta) dan Sabah (RM70.20 juta).
Periksa sikit negeri dibawah pentadbiran siapa yang paling banyak hutang dan miskin?
Inikah bukti kehebatan UMNO/BN menjana ekonomi?
Jadi masih nak pakai sifir yang sama ke?
Tak perlu cerita laa kerajaan pusat tak beri duit, hak pribumi rakyat Kelantan pun dinafikan. Ini apa cerita?
Nanti saya sambung cerita di bawah.
@arena,
Ini bukan marah, cuma nak berkongsi maklumat sekadar tatapan bersama. Fakta di bawah hanya ingin menjelaskan tulisan ustaz “seperti mengikat tangan dan kaki seorang perenang, lalu dicampakkan ia ke air dengan expectation dia berenang sama laju dengan perenang lain yang bebas mengibas dan mengangkang”.
pada saya bukan setakat kena ikat tetapi perlu ditambah dengan diikat bersama batu seberat 50kg dan dicampakkan didalam kolam yang tiada air dengan expextation dia berenang sama laju dengan
juara renang olimpik yang menggunakan alat bantuan renang seperti kipas elektronik didalam kolam renang yang direka khas untuknya bersama dengan bantuan angin dan sorakan penonton serta pengadil yang merupakan ayah, adik pakcik dan sanak saudara juara renang olimpik tersebut.
Agak2 siapa yang menang?
Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000).
Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
Ianya terletak di Blok-Blok berikut,
* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312
Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
* Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan..
* PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.
PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN
* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008
Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.
BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN
Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).
Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.
ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN
* PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
* Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
* Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
* Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
* Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
* Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
@Saidannursi,
terima kasih atas fakta2 ini.dulu ada jumpa tapi tak ingat kat mana.harap2 rakyat nampak la ape sebenarnya yang berlaku,jangan duk terima je semua yang ditunjukkan kat media perdana,sebab diorang cerita yang baik2 je..
@Saidannursi,
seperti sinar mentari di tengah hari di musim panas di padang pasir negara Arab.
terang lagi bersuluh.
kekhuatirannya ialah bila dah terlalu terang, ia jadi silau dan ramai yang memejamkan mata
@Saidannursi, terima kasih banyak2 atas maklumat dan fakta yang mengenyangkan minda…
masih ramai diluar sana yang masih suka melihat satu persepsi tanpa menilai dan meneliti fakta dan sejarah..maklumat pada kadar satu hala mengundang bahaya dan kejumudan…
rajin2 la cari maklumat sebelum buat andaian..
@arena, Suka saya ingin membaca tulisan arena dengan fakta-fakta. Miskin,tang mana? Sosial,tang mana?Hijrah,tang mana? Paling simple,jawap data Saidannusi itu pun cukup.Jawap dulu,baru boleh bukan isu lain pulak…
salam ustaz,
memang benar apa yang dihujahkan oleh ustaz, BN dan UMNO kerana berubah jika ingin terus survive. Berubahlah kerana Allah dan Rasul. Buat adik Arena janganlah jadi seorang yang prejudis, berdoalah kepada Allah agar diberi petunjuk ke jalan yang benar. Kalau ingin mendapatkan kebenaran, perlulah berfikiran lapang. Tak kira apa jua fahaman politik, hendaklah kita bersama – sama memajukan negara yang kita cintai ini.
betul 3x…apa yang penting….KEBENARAN!(gaya upin ipin)=)
Salam uztaz.
Terima kasih kerana memberikan satu pendapat yg bernas pada kacamata saya.Insyaallah jika Umno ingin survive saya rasa mereka perlukan post mortem atau muhasabah diri utk membetulkan apa yg senget atau hampir runtuh.
Adalah berbaloi atau tidak salah bagi saya jika Umno dapat mendengar pandangan dari Uztaz bagi kebaikan masyarakat di bumi Malaysia ini.Terima Kasih lagi kpd Uztaz kerana pandangan yg amat baik dan bersifat universal tidak kira kepada muslim/non muslim dan penyokong/pembangkang pada posting yg lain2.
Wallahu A’lam.
@zfn,
Pandangan saya ni kecil sangat. Ia hanya secebis daripada apa yang mungkin penganalisa-penganalisa politik telah bincangkan di Astro Awani dan lain-lain. Pandangan saya, hanya satu seleksi mini untuk saling mendidik di antara diri saya dengan crowd kecil yg berkunjung ke sini.
Salam Semua,
Seelok2nya kita semua perlu faham ‘tajuk’ artikel yang ditulis oleh ustaz ini ‘Hukum Jatuh Bangun Kuasa Manusia’. Tidak perlulah kita ‘menuding jari’ manyatakan siapa yang betul dan siapa yang salah. Pilihanraya telah dijalankan dan keputusan telahpun diumumkan. Pengundi Bukit Gantang telahpun memberikan undi mereka, hormatlah dan yang penting ukhwah kita sesama Islam mesti dijaga. Apakah yang lebih tinggi dari Islam? Bukan UMNO dan bukannya PAS. Tidak semua yang kotor itu UMNO dan tidak semua yang suci itu PAS, kita semua adalah hamba Allah dan yang paling baik antara kita adalah yang paling beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Hentikan ‘politik selak-menyelak’, maki-hamun, caci-mencaci, dan fitnah-memfitnah. Jagalah maruah Islam semoga ianya dapat memberikan impak yang besar kepada non-muslim. Kita, baik UMNO dan PAS masih ‘gagal’ menonjolkan Islam yang sebenar kepada non-muslim, yang lebih kita tonjolkan adalah cop ‘Melayu-Islam’, dan versi Islam Nusantara. Sehinggakan Islam itu terlalu exclusive kepada Melayu sahaja. Jika UMNO gagal membawa Islam yang baik, kita sesama Islam haruslah menegur dan memperbetulkannya imej ini. Tidak perlu kita selak-menyelak sesama kita yang akhirnya menjadikan ‘penentu politik’ kita ditangan minoriti…..kita yang majoriti masih lagi dok dibuai keseronokkan ‘selak-menyelak’ secara terbuka keburukan masing2.
Janganlah disebabkan kebencian kita terhadap sesuatu puak menyebabkan kita tidak berlaku ADIL, adillah, kerana berlaku adil itu lebih dekat dengan taqwa.
Pendapat peribadi (mungkin tidak tepat): Jika penulis mempertikaikan metodologi perang saraf BN dengan menayangkan kembali ‘petikan ucapan DS Anwar’ suatu ketika dulu, bagi saya ianya perlu supaya rakyat dapat menilai (memikirkan semula) tentang ‘prinsip politik Malaysia’ – dulu cakap lain, la ni cakap lain… dan jika penulis merasakan hal ini seperti ‘tidak elok’ utk DS Anwar, sepatutnya, jika ada apa sahaja motif berunsur fitnah dilemparkan terhadap pemimpin (tidak kira parti mana sekalipun) haruslah ada hujah dan pandangan supaya ianya haruslah dihentikan, amat pelik pula jika tohmahan terhadap DS Najib berkenaan ‘penglibatan’ beliau dalam kes pembunuhan wanita Mongolia seolah2 seperti direstui oleh sarjana2 Islam, kurang yang tampil supaya menghentikan fitnah ini (kerana masih belum terbukti adakah benar tuduhan ini)….adakah komen/pandangan kita hanya berpihak kepada puak yang kita suka?? Adilkah kita??
Sekadar pandangan. Mungkin dipersetujui dan mungkin dibantah.
Wallahu’alam,
Allah lebih Mengetahui.
@Nazri Nottingham,
sekadar mencelah:
ruangan ini boleh dijadikan tempat utk kita sama² belajar menganasila politik, jika kita menyerahkan tugas ni kepada penganalisa, bermakna kita hanya akan ikut petunjuk nya sahaja, tanpa memikirkan yang mana benar, yang mana salah.kita nak tahu, kalau salah,mana salahnya,kalau betol,mana betolnya
@Nazri Nottingham,
terima kasih atas perkongsian. saya hargai komen-komen saudara juga semua pembaca. pandangan yang kontras juga bagus untuk menyingkap sisi-sisi terlepas pandang sesama kita.
harus dibezakan di antara masuk ke forum umum, dengan masuk ke blog peribadi. apabila kita masuk forum umum, maka tajuk diskusi boleh dilontarkan oleh sesiapa sahaja dan tiada idea sentrik. it can be anything. tetapi apabila kita masuk ke blog peribadi / individu, maka idea pemilik blog itu mendominasi artikel-artikel yang dihasilkannya, dan pemberi komen harus mengubah suai orientasi memberi komen yang tidak relevan dengan idea yang ada di sebuah blog peribadi.
Misalnya:
Abang Nazri Nottingham telah membawa satu subjek yang telah awal-awal ditolak relevannya oleh penulis. Ia mungkin relevan dalam PAKEJ yang di’anuti’ oleh massa tetapi tidak untuk saya. Saya tak pernah peduli apa agenda DSAI, idea 16 Sept 08 atau apa sahaja, I don’t buy it.
Dan apabila subjek menjustifikasikan DSAI yang tidak relevan ini diketengahkan, ia sudah tersasar dari skop artikel asal, apatah lagi cabang-cabangnya seperti isu Najib dan mendiang Altantuya etc.
Kat tempat lain mungkin semua elemen ni akan diheret secara berpakej. nak cakap tentang DSAI, kena cakap tentang Najib, bila cakap tentang Najib kena cakap tentang Altantuya. Bila cakap tentang Altantuya, kena cakap tentang ketelusan polis. bila cakap tentang polis, kena cakap tentang Tan Sri Musa Hasan. kalau cakap tentang Tan Sri Musa Hasan, kena cakap tentang Jalaluddin Hasan… !
Sudah-sudahnya, bukalah tajuk apa pun, kesudahan perbincangan ialah JEMU dan MALAS dah nak sambung dan lantak le diskusi tu ending dia kat mana, tanpa conclusion whatsoever.
Itu di forum.
Tetapi di saifulislam.com, saya cuba untuk ia tidak berlaku. Maka tidak perlu dibawa apa yang tidak relevan. sama seperti kertas peperiksaan, atau desertasi postgraduate, biar pun kita tahu sejuta, namun apa yang kita tahu akan hanya jadi a piece of benefit, apabila kita boleh secara selektif fokus kepada topik tertentu sahaja.
terima kasih atas perkongsian semua
Alhamdulillah…
janji Allah itu pasti…
Allahu Akbar!
Subhanallah!
Astaghfirullahal ‘azim!
Alhamdulillah!
Segala puja & puji kepada Allah Tuhan Sekalian Alam kerana dengan izinNya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan 2 bukit: Bukit Gantang & Bukit Selambau!
Tahniah kepada kedua-dua Yang Berhormat & tahniah juga kepada seluruh pendokong & penyokong PR.
Perjuangan PR tidak terhenti di dua bukit ini. Perjuangan yang lebih besar menanti di seluruh negara.
Bersiap-siagalah, wahai para pejuang kebenaran!
Mahu lari ke manakah lagi, wahai sekalian pedokong kezaliman?
Syukur alhamdulillah atas kemenangan tersebut. Saya orang perak, sejak 2000 tinggal di Kuching, Sarawak….
Saya tidak pandai utk analisa politik, cuma apa yang boleh saya katakan di sini, Bn guna duit pada malam pilihanraya. Perkara ini memang berlaku tetapi ntahlah kenapa mereka di Sarawak(bukan semua) tidak mahu berubah.cuma di Sarawak, org Cina memang berani buat perubahan. Bandar Kuching, DAP dan PKR. Kedua2nya Cina. Pekan Sentosa (tempat tinggal saya), DAP dan beberap akawasan lain juga Cina berani buat perubahan. Tetapi org Melayu biar mereka ditindas, tak mengapa, janji RM 50 di terima sebelum pergi mengundi. Sedih saya kenangkan. Di sini memang bermain dengan duit sahaja….
Saya tidak tahu jika rakan2 semua ada dengar berita ini, sebenarnya ada rusuhan di Batang Ai sebelum hari pilhanraya berkaitan tanah adat. Rakan polis beritahu cuma kesahihannya saya kurang pasti tetapi tidak masuk akhbar. Tanah adat banyak di ambil oleh kerajaan.
Batang ai itu, sahabat sekalian, indah amat pemandangan di empangan buatan, cuma jauh ke dalam dari jalan raya besar. Apa yang kalian lihat di tv, bukanlah keselurhan batang ai yang sebenar….saya juga menanti, sebuah bank di bina di bantang ai (senyum saya menonton tv mendengar janji beliau). Negeri Sarawak amat besar, penuh dengan keindahan hutan semulajadi. Tapi tak setimpal dengan tempoh pemerintahan Taib Mahmud (lebih lama dari Tun M) kemajuannya.
Saya jemput ustaz sekeluarga dan semua sahabat, ke Empangan batang Ai kerana di sana ada 1 resort hilton. Datanglah bercuti, sangatlah cantik dan indah ciptaan Ilahi. datanglah sekali. dan mari kita lihat di mana sebenarnya batang ai cuma perjalanan mungkin 3/4 jam dan perlu naik bot (hilton akan uruskan). sekian dulu, salam dari saya.
Salam ustaz Hasrizal,
Ucapan terima kasih atas pandangan dan komen dari ustaz berkenaan pandangan saya. Berbeza pandangan tidak menunjukkan kita ‘bermusuhan’ dan yang paling penting ukhwah kita sesama Islam haruslah dijaga dan dieratkan lagi melangkaui batasan ideologi kepartian.
Saya juga anak kelahiran Perak yang sememangnya agak gusar dengan perkembangan politik di Perak semenjak ‘peralihan kuasa’. Mungkin pandangan saya agak berbeza dengan penulis namun ianya bukanlah penghalang utk kita semua mencari kebenaran.
Apa yang saya impikan adalah satu bentuk ‘konsep politik’ baru yang benar2 mencerminkan konsep Islam yang sebenar dipraktikkan di Malaysia khususnya kepada umat Melayu. Tiada yang lebih penting melainkan kestabilan politik umat Islam-Melayu. Jadilah kita ‘penentu’ politik negara dan janganlah kita berpecah belah.
Biarlah yang telah berlaku itu menjadi pengajaran dan yang penting adalah bagaimana utk melakukan ‘penambahbaikan’ terhadap apa yang telah kurang. Semoga ‘Gagasan Satu Malaysia’ boleh menjadi pemangkin kepada ‘Gagasan Kesatuan Umat Islam Malaysia’.
Semoga Allah merahmati kita semua.
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, Segala Puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Allah yang Maha Mengetahui.
salam..jd kerja kita sekarang menjadikan (berdakwah) kepada kaum2 yg telah mengambil tanah rezab itu dgn Islam..moga2 itu lebih baik buat kita semua..ISLAM 4 ALL..
Saya setuju dengan komen mereka yang anti-BN. Perkara yang paling penting untuk UMNO ialah berubah mengikut kehendak rakyat. Itulah yang akan berlaku mulai sekarang.
Tentang kemenangan dan kekalahan, setiap orang juga punya persepsi berbeza. Ada yang kata, menangnya Nizar kerana ia satu referendum ‘rakyat’ kepada UMNO dan Sultan.
Mereka tidak tahu.
Yang memberikan referendum itu ialah ‘rakyat bukan Islam’ kerana hanya undi mereka yang meningkat. Peliknya, ramai pula rakan orang Islam yang bersorak gembira seakan ini sebagai ‘kemenangan Islam’.
Bagaimana agaknya penghinaan terhadap mufti dan sultan itu dikira sebagai kemenangan Islam, tidaklah saya tahu. Setahu saya, mereka adalah penaung agama Islam.
Berkenaan kalahnya BN walau adanya Najib dan Dr M pula, sedar atau tidak, mereka baru saja berubah 5 hari sebelum itu.
Sudah tentu mereka bukannya ahli sihir.
Sekadar mahu bergurau, roket hanya perlukan sinar purnama semasa mahu berlepas saja. Selepas keluar dari orbit, purnama akan menjadi sejarah.
Jadi, bertakbirlah.
@malaymind, maknanya, kalau ada orang bukan Islam sokong parti Islam, mereka menghina Islam, menghina Melayu, tragedi 13 Mei akan berukang, Malaysia akan jadi macam Singapura, jadi republik, Sultan tak ada kuasa, Lim Kit Siang sebagai PM… ada yang saya tertinggal lagi tak?
Saudara Kamarul,
Fikir – fikirkan kenapa mereka menyokong walhal orang Islam PAS bukanlah kuat di Perak.
Berhati-hati sajalah. Tidak rugi.
@malaymind, mungkin sebab PAS tak pernah guna duit rakyat untuk buat lawatan teknikal ke Disneyland.
kadang-kadang saya merasakan mereka yang pesimis dengan kemenangan PAS di bukit selambau terlalu paranoid hingga menjadikan analisis ini komplikated.
“Fikir – fikirkan kenapa mereka menyokong walhal orang Islam PAS bukanlah kuat di Perak.”
saya kira ini sudah dijelaskan oleh Ustaz dalam artikel beliau. Sifirnya mudah: ‘UMNO (BARISAN NASIONAL) GAGAL BERUBAH.’
Mungkin juga pengundi-pengundi bukan Islam di sana melihat imej PAS yang bersih tanpa sebarang kontroversi berkaitan rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Lalu mereka yakin untuk memilih PAS.
Mungkin juga kerana mereka mendapat maklumat alternatif daripada akhbar berbahasa Cina & Tamil yang umumnya tidak berapa berat sebelah berbanding akhbar2 berbahasa Melayu.
atau lebih mudah, mereka sebenarnya lebih mempercayai pentadbiran Pakatan Rakyat. Itu sahaja.
Assalamualaikum WBT.
Saya offline ke Perak untuk mengisi program pembentukan remaja di Lambor Kiri, Perak. Tidak berpeluang untuk memerhati dan mengawal blog ini secara optimum.
Saya ringkaskan begini sahaja.
Malaymind, adalah simbol kegagalan PAS. Selagi mana ada rakyat Malaysia yang berpandangan begini, bermakna PAS masih mempunyai banyak tugasan. Bukan untuk membetulkan fikiran malaymind, tetapi untuk menafikan dakwaan-dakwaan itu dalam bentuk tindakan.
Ada banyak statement malaymind yang saya nak reply tetapi I rest my case, saya tekan butang pause. Semua kenyataan malaymind yang diulang beberapa kali membabitkan hudud, dap, hubungan dengan muslim – non muslim, adalah pengulangan kepada intipati yang telah pun ditulis dengan panjang lebar di blog malaymind. Justeru saya mencadangkan supaya sesiapa yang masih mahu meneruskan perdebatan, saya (dengan izin tuan rumah) mempersilakan tuan puan sekalian berkunjung ke http://www.malaymind.blogspot.com/
Frankly speaking, setiap kali PAs mencapai apa yang dicapainya di dalam bentuk keputusan pilihanraya, saya secara peribadi sentiasa bersyukur kerana Allah Subhanahu memberikan kepada PAS peluang yang sesuai dengan tahap kemampuannya. Apabila kemampuannya bertambah, bertambahlah hasil mahsul pilihanrayanya. Tetapi syukur ALlah Subhanahu wa Ta’aala tidak bebankan PAS dengan apa yang BELUM mampu ditanganinya. Sebab itu saya secara peribadi sangat tidak bersetuju dengan idea 16 September 2008 oleh DSAI kerana mengambil alih kerajaan pusat adalah sangat jauh dari keupayaan sebenar PAS ketika itu. Keupayaan PAS yang terhad bukanlah kerana kelemahan modal insannnya. Tetapi kerana penjawat awam dan segala agensi yang berfungsi untuk mentadbir belum mempunyai hubungan yang menyokong perubahan peralihan kuasa.
Saya hanya berkeyakinan yang PAS atau PR sudah bersedia, apabila Pakatan Rakyat berjaya menyediakan shadow cabinet yang konsisten. Itu adalah cara yang paling profesional untuk meraih keyakinan rakyat di peringkat Pusat.
Ada pun pandangan malaymind yang akhirnya semua salah PAS belaka, saya harap biarlah sikap yang sedemikian terhad kepada pandangan saudara tentang PAS vs UMNO sahaja. Janganlah pemikiran sinikal, skeptik dan reaktif sedemikian diamalkan dalam rumahtangga atau semasa berhubungan dengan rakan kerja. Sikap meletakkan semua kesalahan kepada pihak lain akan meragut banyak kebahagian di dalam hidup berumahtangga, bersuami isteri, beranak pinak dan seterusnya. Sikap ini sangat sinonim dengan budaya kita hingga terhasil lagu BANGAU OH BANGAU. Semua salah pihak lain hinggalah akhirnya ular mengaku bahawa dia makan katak, takde kena mengena dengan orang lain melainkan sebab ia memang makanan ular.
Orang PAS pun macam itu juga! Mungkin itu kata malaymind. Ya, saya setuju. Maka orang-orang PAS sedang bekerja keras untuk memperbaiki sikap ini. PAS sedang banyak menuju perubahan. Jangan baca kajian orang Malaysia, bacalah kajian-kajian antarabangsa yang tidak ada kepentingan dengan PAS atau UMNO. Namun, malaymind dan orang-orang UMNO yang lain juga harus bekerja keras untuk memperbaiki masalah sikap yang membelenggu budaya UMNO.
Selagi mana malaymind atau sesiapa sahaja masih terus menerus dengan sikap meletakkan kesalahan di pihak lain, selagi itulah mustahil untuk ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pengumuman kabinet semalam dapat direalisasikan. Zaman “government knows best sudah berlalu”. You should learn to listen better.
Saya tamatkan komen saya di sini dengan harapan, Pakatan Rakyat bekerja keras untuk menghasilkan shadow cabinet bagi menguji tahap kesediaan mereka dan meraih kepercayaan rakyat khususnya penjawat awam. Dan kepada malaymind, ana akhukum fillah…
Saya tutup ruangan komen agar terpelihara lisan semua daripada dosa. Any futher complaint, email me.
Wallahu A’lam