CANTIK: Perhambaan Moden Yang Menyeronokkan

Hidup yang hanya memikirkan kecantikan diri, adalah falsafah hidup burung merak. Cantiknya lebih, manfaatnya tidak setara. Daging tidak dimakan, burung lain enggan berkawan. Terbang tak setinggi mana, lagaknya mendabik dada. Merak hanya ada kecantikan yang dimodal untuk dibanggakan… jika harga diri merak adalah pada cantiknya semata, apakah harga diri seorang insan juga bergantung kepada paras rupanya? Insan lebih mulia dari itu…
“Saya tidak pernah berasa tertekan atau ditindas kerana berpakaian begini. Malah ia telah memulangkan kembali harga diri saya yang hilang selama ini. Jika dulu saya mungkin ditawarkan kerja atau apa-apa faedah kerana rupa paras dan kecantikan yang saya cuba peragakan. Tetapi hari ini, saya mendapat apa yang saya dapat, kerana saya dinilai sebagai saya. Orang menilai saya atas kualiti, kemahiran dan prinsip kehidupan yang ada pada diri saya. Dan itulah diri saya yang sebenar”
Saya terpaku mendengar ucapan Sister Rabiah di hadapan lebih 400 orang warga universiti The Queen’s, Belfast. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk “Moslem Women Are Free From Modern Slavery“. Ia merupakan salah satu slot yang mengisi program Islamic Awareness Week yang dianjurkan oleh Islam Students Society of Northern Ireland (ISSNI) dengan kerjasama Belfast Islamic Centre, tempat saya bertugas sebagai Imam.
Sister Rabiah adalah wanita Irish yang memeluk Islam lebih 20 tahun yang lalu. Zaman itu adalah era Ireland yang terlalu asing dari Islam. Tidak seperti hari ini, yang jumlah orang Islam di Ireland Utara sahaja sudah mencecah 10 ribu orang. Selepas Sister Rabiah memeluk Islam, beliau gigih mempelajari Islam, mempelajari Bahasa Arab, dan akhirnya beliau sampai ke tahap berjaya menghantar anaknya sendiri belajar di Madinah.
Saya amat berharap yang suatu hari nanti, anaknya akan menjadi Imam yang pertama di Ireland Utara, dari kalangan anak tempatan sendiri. Impian ini dikongsi bersama dengan ibunya, Sister Rabiah, serta suaminya Sheikh Mehdi yang bertugas sebagai rakan sejawat saya di Bandar Craigavon, 25 km ke barat Belfast.
Ucapan Sister Rabiah itu benar-benar mencelikkan pemikiran saya. Jika suatu ketika dahulu, kaum wanita menjadi hamba kepada lelaki. Sama ada di dalam tamadun Arab Jahiliyah, mahu pun tamadun Hindu, Greek, Rome, malah seluruh tamadun Barat dan Timur, kesemuanya memandang rendah kepada wanita. Wanita boleh dikongsi dan dipindah milik sesuka hati, wanita dinafikan haknya untuk memiliki harta serta berniaga, malah ada wanita yang mesti dibakar hidup-hidup bersama suaminya yang meninggal dunia. Semua ini telah sedia ada di dalam pengetahuan kita.
Semua itu sudah dihapuskan dengan kedatangan Islam. Islam telah memberikan apa yang sepatutnya diberi kepada wanita, sebagai insan, yang bukan sebarang insan. Islam memuliakan ibu, merupakan seorang perempuan. Islam menyama ratakan nilai ketaatan lelaki dan wanita, tanpa berkurang walau sedikit pun. Wanita diberikan hak berniaga, memiliki harta, menegur pemimpin, keluar belajar dan mengajar serta pelbagai lagi keistimewaan yang hanya dapat dikecapi oleh tamadun bukan Islam selepas bermati-matian berjuang di atas peluh dan darah
Tradisi memperhambakan wanita sepatutnya sudah lenyap. Wanita bukan hamba. Mereka adalah khalifah Allah di bumi ini, yang nilai diri mereka terletak kepada sejauh mana mereka dapat melaksanakan tujuan Allah menciptakan mereka, bersama lelaki yang turut dinilai dari sudut yang sama. Lelaki dan wanita, ada peranan masing-masing, dan ia terlalu bersesuaian dengan acuan Allah di dalam penciptaan setiap mereka.
Lelaki yang dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugas, amanah dan tuntutan, diberi kecenderungan untuk dipengaruhi pertimbangan akal berbanding emosi. Manakala wanita yang dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugasan, sama ada di dalam keluarga mahu pun masyarakat, diberi kecenderungan untuk teguh dan tekun pada kekuatan emosi berbanding rasional akal. Kerana itu wanita mampu mengulang-ulang rutin yang sama (berapa kali seumur hidup wanita mengemas rumah yang tidak pernah berhenti semak), kerana emosi kasih dan sayang kepada keluarganya kuat, terlalu kuat berbanding lelaki, yang lebih suka melogikkan sesuatu.
Jika lelaki dan wanita saling memainkan peranan masing-masing, hak lelaki dan perempuan di dunia ini dengan sendirinya akan tertunai. Namun apabila masing-masing sibuk menuntut hak, runtuhlah kerukunan hidup kerana untuk menuntut hak, masing-masing hanya perlu menDESAK.
Wanita sudah sedia mulia…
Akan tetapi, kemuliaan wanita itu dirampas dari dunia hari ini, kerana manusia sendiri yang lari dan menjauhkan diri dari ketetapan Tuhan, Sumber kebaikan dan kemuliaan itu. Wanita sendiri yang mahu dirinya dinilai pada rupa paras yang diperagakan. Mereka mahu dinilai pada bentuk bulu mata, gaya rambut, rupa kaki, atau jenama pakaian yang semua itu bukan dirinya yang sebenar.
Akhirnya wanita terpaksa bekerja keras untuk’dilihat tinggi’. Mereka perlu berbelanja besar, mereka menyeksa jiwa atas pilihan sendiri, semuanya kerana mahu kelihatan cantik di mata manusia yang memandangnya. Kerana mahu memuaskan hati semua orang, dialah satu-satunya ‘orang’ yang tidak berpuas hati dengan dirinya sendiri, sepanjang masa. Ketika orang lain ada pelbagai urusan hidup lain, dia menghabiskan masa dan jiwa pada memikirkan pandangan orang lain terhadap dirinya sendiri. Hidup dikelilingi ‘tuhan’ yang banyak memang mengundang derita.
Perempuan seperti ini mahu manusia melihat dan menilainya dengan pandangan hawa nafsu semata-mata. Sedangkan hawa nafsu manusia itu, kehendaknya seperti air laut, yang makin diteguk makin haus. Dia terlupa bahawa manusia tidak mungkin dapat dipuaskan, apatah lagi untuk memuji sebagai balasan. Alangkan Allah yang Maha Baik dan Maha Indah itu pun manusia ramai yang lupa serta tidak tahu memuji-Nya, apatah lagi manusia yang rabun jauh dan dekat ini. Rabun Akhirat, rabun Dunia!
Marilah wahai wanita yang berjiwa tinggi, muliakan dirimu dengan dirimu yang sebenar. Dirimu adalah akhlakmu, hikmahmu, kebijaksanaanmu, hati budimu, yang semua itu hasil dari imanmu. Didiklah manusia di sekitarmu agar menilai dirimu sama seperti Tuhan menilaimu. Lantas segala penampilanmu adalah mesejmu kepada manusia, bahawa keluhuran erti hidup ini, adalah pada melihat kehidupan, dari pandangan Pencipta kehidupan.
Keluarlah dari perhambaan itu. Jangan hambakan diri kepada manusia yang juga hamba sepertimu. Jadikan dirimu tinggi, selepas engkau tundukkan diri di hadapan Tuhan yang Maha Tinggi. Namun, untuk memerdekakan seorang hamba yang diperhambakan dengan cara ini, bukanlah semudah menyebutnya. Hamba abdi ini gembira diperhambakan, perhambaannya penuh keseronokan, biarpun ia mengikis harga diri dan nilai keinsanan. Tetapi, biar pun perhambaan akhir zaman ini glamour lagi mengasyikkan, hujungnya tetap derita penuh sesalan. Begin with the end in mind!
Be yourself, but be the best of yourself
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Cheras, 18 Julai 2006
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
- Nikah itu Ibadah, Bersedialah! « B e r j a l a n
- Nikah itu Ibadah, Bersedialah! « Karisma Melaka
- HIJAB SANG PENCINTA » Blog Archive » MUSLIM RUMAHTANGGA & KELUARGA – SIRI 2
- Muslim Rumahtangga – Siri II (Di Ambang Perkahwinan) « Baiti Jannati Lillahi Rabbi
- Mahligai Muslim Siri II « permata hati
- My Blog » Blog Archive » tips yg baik untk renungan org bujang :)
- Mujahiddin’s Blog » Muslim Rumahtangga – Siri II (Di Ambang Perkahwinan)








































about 2 years ago
betul,cantik tak penting tapi kene kemas n bersih n tak busuk
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
lol. nak tergelak first comment. :p
Anyway, memang betul pon. Naper nak sangat lawa sedangkan memang dah lawa (ni especially pasal kawan-kawan ku)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Alangkah baiknya kalau wanita2 zaman skrg sedar. kerana ‘vainity’ yang dahsyat ni lah menyababkan drg ‘angkat’ diri sampai jd bongak dan hilang rase hormat terhadap manusia lain, walaupn lg tue.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
terima kasih ustaz. kupasan menarik untuk kami, kaum hawa (juga adam) renung-renungkan. moga masing-masing sedar hak, tanggungjawab dan batasan masing-masing.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
no comment…
Hayyakallah ya ustaz =)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
akhirnya…… setelah lama menunggu artikel baru dari ustz (ceh, xde la lame, tapi terase mcm berabad..)..
nice gift 4 me for dis kind of day
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
seronok diperhambakan?
rupa-rupanya betapa jauh kita dah diperdayakan…
terasa nak cadangkan sebuah buku yang menceritakan kisah benar pembebasan salah seorang hamba fesyen, FROM MY SISTERS’ LIPS tulisan NAIMA B ROBERT… she tells us how Islam liberate humanity from unseen slavery.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
tak busuk??hehe,kelaka jugak koihitam…jzkk for the article..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
…macammana nak sampai kan mesej ini kpd PECINTA keCANTIkan dikalangan wanita…masyarakat ‘artis’ an ‘ratu’ yg dicantikkan…
sayang …mrk dipergunakan ( diperhambakan’…
jom pikir2 guane nak ’sampai’ kpd mrk…
tq ustz ..best artikel
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kita adalah kaum yg dimuliakan Allah dengan Islam. Siapa mncari selain dr Islam… dimurkai Allah
p/s final exam now.. May Allah help us n those who are currently ‘jihad’ing in the exam’s hall. Pray for us k =)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Nak tulis sikit….
“Org2 munafik lelaki dan prempuan adalah sama.Mereka menyuruh buat mungkar dan larang makruf..”67 At-Taubah.
“Dan org2 mukmin lelaki dan perempuan masing2 menolong antara satu sama lain.Mereka menyuruh yang makruf dan mengcegah yang mungkar…”71 At-Taubah.Mudah-mudahan kita semua tergolong dpd kalangan mukmin.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam..shukran ustaz..bleh ana minta izin copy x..??huhu
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Dyang mana nak dapat buku FROM MY SISTERS”™ LIPS tulisan NAIMA B ROBERT ?
Ustaz,
Allah yubarik fik.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum kepada semua pengunjung saifulislam.com,
Sebenarnya artikel ini ustaz tulis setahun yang lalu. Akak cari balik sebab anak akak sebok minta syampoo jenama itu dan ini kerana terpengaruh dengan iklan.
Anak akak berumur 9 tahun tapi bab2 kecantikan ini agak advance sikit. Artikel ini menyampaikan apa yang sepatutnya menjadi asas pegangan setiap wanita tetapi malangnya media massa sentiasa mengasak kita dengan nilai2 yang terpesong jauh dari TUJUAN dan KEPERLUAN hidup.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam..
Setuju dengan Kak Ija
Bersyukurlah kepada semua muslimah yang cepat tersedar dengan tujuan hidupnya di dunia ini. Saya sendiri pernah tempuhi zaman – zaman ‘kegelapan’ itu. Hm.. kalau zaman remaja tu, remaja jugak.. Tapi saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki, dan kini masih terus memperbaiki diri. Sesungguhnya malang sekali bagi seseorang wanita yang terus tertipu dengan janji duniawi.
Ustaz, tiada gunanya ustaz menulis artikel ini untuk tatapan 3 – 4 ribu pengunjung blog, sedangkan bolehlah dikatakan majoriti yang mengunjungi blog ini sudah atau dalam proses kesedaran hakiki, kalau tidak, takkan dia membaca blog ustaz. Di samping blog ustaz, saya sangat mengharapkan artikel – artikel sebegini dihantar ke suratkhabar – suratkhabar utama yang lebih besar jumlah pembacanya. Kalau ruangan suratpun jadilah. Boleh tak ustaz? Sayangla, kalau maksud artikel ni tak sampai kepada orang – orang yang lebih perlu untuk membacanya. Wasalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum.
Artikel ni asalnya saya tulis sebagai memenuhi permintaan pelajar di sebuah IPTS untuk majalah mereka. Kemudian saya share di saifulislam.com
Setakat ni saya menulis utk dua majalah iaitu ANIS dan MAJALAH I. Majalah ANIS bertemakan ibu bapa dan pendidikan anak-anak. Artikel saya tulis dari semasa ke semasa dan hantar ke editor. Manakala Majalah I, bertemakan Teladan Hidup. Tetapi saya tak hantar artikel. Sebaliknya Editor akan browse Saifulislam.com dan pilih mana-mana artikel yang dirasakan sesuai dan menarik.
Artikel ni memang tak begitu bermanfaat jika pembaca saifulislam.com hanya menjadi penerima. Harap2nya ada inisiatif menjadi pemberi pula, share dengan orang lain. Alhamdulillah, saya selalu dapat feedback bahawa ramai pembaca saifulislam.com yang print out artikel dan kemudian share dengan family, kawan2 dan lain-lain. Malah ada student kolej yang minta izin saya untuk print artikel dan jual pada harga yang murah, sebab kolej mereka isolated, takde internet access dan cyber cafe terdekat ialah 3km dari kolej. saya gembira dengan usaha mereka, Alhamdulillah. Moga berpanjangan.
Nak hantar ke surat khabar dll… takde kesan negatif pun, so tak de sebab untuk saya tidak buat. cuma (ada jugak cumanya), tak cukup tangan or mim alip lam alip sin
Itu yang sebenornya
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam semua,
Pada akak artikel ini amat istimewa, susah nak cari yg seumpama dgnnya, kalau diamati isi kandungannya, mereka yang obsess dgn kecantikan ni melakukannya dengan rela malah merasakan satu kepuasan diri. WHO YOU ARE DETERMINE WHAT YOU SEE.
Sekurang2nya pembaca saifulislam.com dapat memantapkan lagi keyakinan kepada kebenaran kerana terdapat segelintir lulusan agama yang bertabarruj. Kalau kita pun boleh terkeliru apatah lagi anak-anak muda.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam dear ustaz,
Satu entry yang menarik yang tidak disangkal kebenarannya….. cuma yang akak ingin sentuh adalah rasanya tidak begitu tepat kita meletakkan derita yang bakal/terpaksa ditanggung oleh golongan wanita yang ingin ‘dilihat tinggi’ 100% kepada wanita tersebut semata-mata . Akak bercakap dari sudut wanita yang memang fitrahnya amat peka kepada kecantikan, dan pada akak kaum lelaki adalah pemangkin utama kepada terbentuknya wanita yang ingin ‘dilihat tinggi’ ini. Lihat sahaja berapa ramai lelaki yang suka dan riang apabila dapat bersama wanita-wanita yang cantik, sexy dan anggun, seakan tiada Tuhan dihadapannya. Percayalah bahawa senang untuk berkata (pada kaum lelaki terutamanya yang selalu meletakkan kesalahan di bahu wanita)tetapi tidak mudah untuk dipraktikkan di alam realiti masakini.Jangan kita hanya pandai mengata dan memboikot wanita-wanita ini ( realitinya wanita yang rendah moral begini sentiasa dicerca oleh mereka yang bergelar pendakwah) kerana tanpa kita yang berhubung baik dan mendekatkan diri dengan mereka akan kekal lah mereka di dalam pandangan hawa nafsu dan perlu diingat bahawa tidak selesai urusan kita kerana membiarkan mereka begitu selamanya…..
komen no 11 amat dalam maksudnya….
Maaf jika pandangan akak ini lari dari tajuk……
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya diminta oleh editor sebuah majalah pelajar untuk menulis artikel tentang wanita. tentu susah saya nak memakai kasut wanita demi melihat dari perspektif wanita. tapi saya cuba, demi untuk tidak menghampakan permintaan.
oleh kerana tema tulisan saya banyak menyentuh proaktif, maka saya mengharapkan artikel ini dapat membantu wanita memfokuskan apa yang dia boleh buat untuk memperbaiki keadaan. untuk mengubah pandangan lelaki yang dianggap penyumbang kepada hal ini, ia sedikit lari dari fokus saya iaitu mulakan perubahan dengan diri. nak ubah pandangan lelaki, saya kena tulis satu artikel tentang lelaki pulak
good for us…
saya harap saya tidak masuk dalam golongan pendakwah yang mencerca dan memandang rendah. alhamdulillah setakat ni saya tak pernah buat macam tu, jika isunya hanya pakaian. syukur sebab saya masih ingat, seorang peserta menangis sebab dia kata “this is the first time yang saya attend ceramah agama yang saya rasa saya tidak dihukum”.
kalau program ceramah, saya berlapang dada kalau org pakai tak senonoh hadir sama. macam yang saya pernah cakap, kalau dijemput menulis dalam majalah playboy pun, insya Allah saya sanggup.
tetapi saya kurang sabar kalau ada peserta yang biadap, cakap bukan2, buat kacau yang mengganggu konsentrasi peserta lain or suka berdebat tak tentu pasal. yang ni akan menerima padah, sama ada dia berpakaian mengarut, mahu pun bertudung labuh dan berjubah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam ustaz,
Akak harap ustaz tidak jemu membimbing kami menghidupkan 7 habits tuh. Membimbing ke arah menambahkan iman tu rasa2nya adalah cita2 setiap pengunjung setia saifulislam.com. Yang perlu diusahakan adalah untuk memahami manhaj/method/kaedah penulisan artikel yang digunakan.
Hmm…sekarang akak faham kenapa kadang2 tajuk pun diubah2. Supaya pembaca dapat menumpukan kepada skop/aspek tertentu sahaja. Ish3, mencabar juga ye.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Nak tambah sikit leh?
“..aku tidak bermaksud kecuali mendatangkan perbaikan selama aku masih berkesanggupan.Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah.Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku kembali”(dakwah Nabi Syuaib kpd. kaumnya) -Surah Huud 88
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz, minta laluan menjawab soalan saudari zaharahs…
buku FROM MY SISTERS LIPS tulisan tu saya tahu boleh didapati di kedai buku islamik di UK. option lain, beli secra online contohnya di amazon.com
wallahu ‘alam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam. Marilah kita sama-sama amal dan sampaikan. Jazakallah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ustaz…..
saya antara peminat hasil tulisan ustaz….harap dapat jumpa ustaz secara live di Miri nanti…Insya Allah…..
saya sentiasa ‘emosional’ dan ‘touching’ dengan apa-apa yang ustaz tulis….lama dah ustaz tak tulis tentang sahabat ustaz…fatih..ahmad…dll
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Selam Ustaz.. Subhanallah, artikel Ustaz cukup memberansangkan minda dan amat jelas mesejnya. Saya suka hasil penulisan Ustaz.
Allah razi olsun, hocam…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamu’alaikum, jazakumullah khairal jazaa’ kerana mengingatkan, mengembalikan semangat utk tetap bertahan. wa quli’malu fasayarallahu ‘amalakum wa rauluhu wal mu’minun … syukran ustaz!
ALlah, ALlah, ALlah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum… artikel ni benar2 menyentuh hati. Membesar dalam keluarga dan komuniti yg suka berlumba dan bersaing sesama sendiri membuatkan saya sebagai insan hampir terlupa matlamat asal. Terima kasih banyak2
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz nak datang ke miri? bila tu?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam…alhmdlh..mga kta semua sntsa tmsuk dlm glongan yng mndpt perhatianNya… sy nk tnya pndgn ustz yng s’setengah par guru (wanita) m’gatakan diorng bsolek utk mndptkn prhatian para peljr supya lbh b’smgt tuk bljr.. pe pndgn ust?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
InsyaAllah kami faham ttg tu, dan kebanyakan org2 Islam pun faham, ilmu ada cuma ttg amal tu yg agak payah kerana sebab-sebab tertentu.
Walau bagimanapun, dakwah kena diteruskan, kerana diperhatikan manusia ni nak berubah ke arah lebih baik (Islam), berbeza2 ttg masanya (Jgn sebelum mati tak berubah dah lah-mohon dijauhi Allah)
Niat yg IKHLAS semata2 kerana Allah & belajar (ilmu Islam & berfaedah -dlm apa cara pun) hingga akhir hayat, insyaAllah akan dibuka mata hati ke arah yg betul.
By the way tak de gambar Sister Rabiah (& family). Bukan apa saja nak kenal sedara seIslam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
entry ni dah lama, sengaja saya cari utk bagi pengisian pd student. cuma nak tanya, ada setengah golongan yang mempertikaikan ttg peristiwa yg berlaku semasa hijrah. kaum ansar dengan rela memberikan salah seorang isteri mereka kpd golongan muhajirin. mereka mendakwa seolah2 isteri2 tersebut boleh dipindahmilik sesuka hati? harap dapat komen dari ustaz
Respond to this comment [with empathy]