“Abi… uuuwak… uuuwak!” kata Saiful Islam.
“Ok!” saya bangkit dan menuju ke dapur.
“Saif minta apa, ustaz?” tanya Abbas dan Farhan yang singgah di rumah saya.
“Ooh, dia minta susu!” saya tersenyum.
Mereka berdua kebingungan. Saiful Islam mendongak-dongak menunggu saya menyiapkan uwak yang diminta.
Sama juga dengan Naurah dan Imad. Macam-macam bahasa pelik mereka semasa kecil. Lebih lucu semasa kami baru pulang ke Malaysia dulu. Cakap Saiful Islam sangat mengelirukan keluarga kami. Nak kata Irish pun tidak, Melayu jauh sekali. Semuanya dengan bahasa sendiri.
“Ummi, Awah…” Naurah yang membahasakan dirinya Awah itu bangun duduk melentik kiri melenggok kanan. Tidak habis pun ayatnya.
“Jom!” kata Ummu Saif mengajaknya ke bangunan di depan.
“Nak ke mana?” saya bertanya.
“Kalau macam tu, nak ke tandas le maknanya” beritahu Ummu Saif.
Saya mengangguk.
Naurah banyak menggunakan bahasa tubuh. Seingat saya, Naurah kurang menggunakan perkataan yang pelik-pelik semasa kecil kerana dia banyak meniru abangnya Saiful Islam yang sudah berbahasa betul. Cakapnya pun memang berceloteh. Di usia 4 tahun sudah boleh bercakap dengan ayat penuh 10 perkataan.
Tetapi Imad kembali mencipta bahasanya sendiri.
“Abi, bidash, bidash!” katanya.
“Ye lah…” saya ke bilik.
Hairan saya dengan Imad. Entah bagaimana diciptanya perkataan bidash itu, yang bermaksud seluar. Setiap kali dia meminta ditukar seluar, itulah perkataan yang digunakannya.
“Habis macam mana ustaz faham apa yang anak ustaz mahukan itu?” soal rakan saya ketika sama-sama menaiki kereta.
“Dengar dengan hati dan mata, bukan dengan telinga semata-mata!” saya menjawab.
Teringat kepada perbualan di antara Jumper dan Lily semasa bercerita tentang habit ke-5 di dalam buku The 7 Habits of Happy Kids karangan Sean Covey. Dengar sebelum cakap, dengar apa yang tidak diperdengarkan, mendengar dengan empati… semua ini sangat kritikal dalam proses faham memahami yang kita lalui setiap hari.
IRONI SEKALI
Apabila dikenang-kenangkan hal ini, timbul rasa terkilan di dalam diri.
Semasa anak-anak masih kecil dan bercakap dengan bahasa-bahasa yang pelik itu, kita sentiasa tahu dan faham apakah maksud yang cuba disampaikan. Terasa begitu istimewa hubungan kita dengan anak-anak apabila kita sebagai ibu dan bapa menjadi satu-satunya manusia yang faham bahasa anak kita. Istimewa.
Namun mengapa semakin anak kita bercakap betul dengan perkataan-perkataan yang semakin bertambah, pelbagai dan serupa dengan dialek ibu bapa, kita menjadi semakin susah untuk memahami apa sebenarnya isi hati anak-anak kita. Kita sentiasa memberikan reaksi yang menunjukkan kepada anak-anak bahawa kita tidak faham, malah semakin tidak faham dengan anak-anak kita sendiri.
“Alaa, Abang Amin sudah balik. Lie tak naklah makan. Tak selera!” Hazli merungut, menolak hidangan makan tengah hari yang sudah sedia untuk dijamah.
“Kamu ni kenapa? Orang dah masak susah-susah, mengada-ngada pula buat perangai. Kalau tak kerana kamu, mak tak masak ayam ini, tahu. Makan!” bentak emak yang kepenatan selepas berjam-jam memasak di dapur.
“Tak nak!” Hazli berpeluk tubuh. Marah bunyinya.
“Abang Amin sudah tinggal seminggu di rumah kita dengan kamu, tak cukupkah lagi? Kalau kamu nak sangat, hah pergi kemas beg. Pergi rumah Pak Long kamu tu. Duduk sana. Tak payah balik sini!” tambah si bapa pula.
Hazli bangun dan berjalan menghentak-hentak kaki masuk ke biliknya. Pintu dihempas. Panas!
Si anak itu semasa kecilnya, dengan hanya menyebut huwaa huwaa pun emak dan bapanya tahu anak itu mahu dipeluk. Tetapi semakin petah anak bercakap sesuai dengan pertambahan usia, beliau semakin tidak difahami. Hazli merungut bukanlah kerana enggan makan. Malah perutnya memang kelaparan. Hazli hanya menyatakan kesedihannya kerana cuti sekolah sudah berakhir dan abang sepupunya yang pulang ke rumah selepas seminggu berkampung berkhemah di rumahnya.
Apa yang diperlukan, hanyalah beberapa bilah perkataan daripada mulut ibu dan bapanya yang menunjukkan mereka simpati dan memahami perasaan hatinya. Bukannya syarahan panjang lebar tentang kesusahan si ibu dan bapa bekerja mencari duit untuk membeli makan dan minum si anak. Segala fakta dan statistik yang diheret oleh ibu bapa ke medan telagah bersama anak-anak-anak, hanya membuktikan satu perkara sahaja. Mereka tidak faham anak-anak mereka sendiri.
ANDAI KATA
“Kasihan ayah dengan Lie. Tak apa, cuti sekolah nanti, Lie pula tidur rumah Pak Long dengan Abang Amin, boleh?” tanya si bapa dengan nada memujuk.
Hazli memeluk bapanya.
Pasti sahaja mereka akan makan tengah hari dengan aman dan damai biar pun hati Hazli masih ada rasa sedih melihat satu bangku kosong yang sebelum ini diisi oleh Abang Amin, sepupu kegemarannya.
Bayangkan, betapa banyak perkataan yang berjaya dijimatkan. Fikirkan betapa banyak perasaan yang berjaya diselamatkan. Renungkan betapa indahnya kasih sayang yang berjaya diterbitkan. Semuanya dengan kesudian ibu dan bapa untuk memahami anak-anak mereka, sebagaimana yang pernah dibuat ketika mereka masih kecil.
TIDAK SENGAJA, TETAPI SENGAJA
“Hari ini, rasanya aku nak berleter, menjerit, memaki, mengherdik dan menyindir anak aku,” kata si bapa.
“Mudah-mudahan sampai di rumah nanti aku berpeluang untuk mengamuk, membalas soalan anak-anakku dengan tengking dan tinggi suara,” azam ibunya pula.
Tidak mungkin…
Mustahil ada ibu bapa yang azamnya begitu. Bercita-cita untuk memporak perandakan hidup anak-anaknya sendiri atau dengan sengaja mencederakan emosi mereka yang masih bertatih mengenal kehidupan. Semua orang mengimpikan satu hari yang aman damai, tenang, penuh kasih sayang.
Tetapi saban hari, sebaliknya jugalah yang terjadi.
Apa yang kita tidak mahu, itulah yang berlaku.
Kalau boleh kita mahu percaya bahawa hanya ibu bapa yang rendah pendidikan, jahil, atau datang dari latar belakang kehidupan yang huru hara sahaja yang berbahasa dengan bahasa yang menghancurkan kebahagiaan hidup anak-anak dan keluarga. Tetapi kita terpaksa akur. Ia bukan kesilapan-kesilapan yang boleh dikaitkan dengan kemiskinan atau rendah pendidikan.
Ibu bapa yang baik-baik juga menyalahkan, menghina, mengaibkan, menuduh, memperlekeh, mengugut, merasuah, melabel, menghukum, meleter dan menjatuhkan moral anak-anak.
Mereka tidak perlu kepada setereka panas, tali pinggang, putung rokok malah tidak juga rotan.
KUASA KATA
Apa yang digunakan hanyalah PERKATAAN.
Kita sering alpa betapa kuatnya kuasa PERKATAAN dalam membinasakan diri anak-anak. Memang benar action speaks louder than words. Tetapi perkataan juga mempunyai bisa yang sama dengan perbuatan dalam mencederakan jati diri anak-anak.
Semua ibu dan bapa mahu anak-anaknya membesar menjadi orang yang ceria, gembira, bahagian, berkeyakinan diri, bermotivasi dan bercita-cita tinggi. Tetapi impian itu kita juga yang musnahkan. Kita musnahkan ia dengan lisan kita yang sepatutnya bertaraf penutur doa untuk kejayaan mereka.
Alangkah kecewanya anak-anak jika mereka mendapat tahu bahawa semakin fasih mereka berkata, semakin mereka tidak difahami oleh ibu bapa. Semakin mereka cuba bersuara, apa yang dibalas hanyalah kata-kata yang mengundang binasa. Akhirnya makin anak-anak meningkat remaja, mereka makin berahsia dengan ibu bapa. Ceria di luar, diam membatu di rumah sendiri.
Kasih sayang bukanlah pinggan Corelle yang hanya dikeluar dan ditunjukkan pada majlis-majlis tertentu.
Biarlah kasih sayang itu jadi kegunaan harian. Walaupun ia sekadar pinggan ayan, cawan plastik dan sudu bengkok yang digunakan untuk melapik rezeki anak-anak. Rezeki mendapat doa dan kata-kata yang penuh rangsangan, dari ibu bapa sendiri.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








Assalamualaikum wbth ustaz,
Artikel yang sungguh mengesankan hati.
Dengan PERKATAAN juga lah ustaz mampu menyuntik ilmu dan motivasi buat para ibu bapa yang mungkin pernah membesar tanpa kata-kata positif.
Terima kasih atas buah fikiran ini.
Salam….
artikel yg mudah difahami..ramai ibubapa skrg yg tidak dpt memahami perkataan anak..dan tidak kurang juga ramai juga anak2 yg tidak dpt memahami perkataan ibubapa…sya tertarik dgn ayat “perkataan juga mempunyai bisa yang sama dengan perbuatan dalam mencederakan jati diri anak-anak.”…fikir-fikirkanlah…
salam
setuju sangat dengan ustaz…perkataan lebih berkesan dari perbuatan..
dengar dgn mata hati.
setuju.
bukan hanya dengan anak-anak kita mendengar dgn mata hati.
dengan ibu bapa juga.
satu masa nanti,bila mereka sudah tua,mungkin ketika kata-kata mereka sudah tidak jelas butirannya…
ketika itulah kesabaran kita akan diuji.
sayangi mereka.
fahami mereka.
dengari mereka.
dengan mata hati.
terima kasih ustaz.
part ni sy setuju. dekat rumah, kurang komunikasi.
ada kawan saya baru accident kelmarin dekat highway kesas, sampai kepala berjahit, lepas tu, kena bayar duit kereta yang mmg dah teruk crash, smpai RM8ooo yg kena bayar dlm ms sebulan pulak tu sebab kereta yg dia bawak tu, kereta sewa yg baru 3 bulan on road. tapi, dia kata, dia xnak bagitau parents. sebab tak nak diorang risau.
hmm.sbg kawan, sy tak tau nak kata mcmana. nasihat sy, bagitau parents. tapi, dia taknak. umur baru 19 tahun n masih belajar. sy tak tau dr mana dia nak dapatkan duit sebanyak tu dlm masa sebulan. student..mane ade income. nak tolong, tapi tak mampu. sedih tengok keadaan dia.tersepit. kawan same2 sekolah rendah n sekolah menengah.
ust ada cadangan x, apa patut sy buat utk tolong kawan sy ni?
sy terasa hny mampu doakan dia dapat bgtau perkara sebenar dekat ibu bapa sendiri. n parent dia boleh faham, tak melenting.
@everjihad,
Salam.
Beritahulah kepada parents.
Accident tu teruk. Entah ada internal injury ke apa-apa, jangan nanti tiba-tiba ada emergency yang tidak diingini baru nak beritahu mak ayah.
Kalau dia tak setuju pun, kawan-kawan yang benar-benar kawan kena beritahu juga kepada parents. Cakap elok-elok. Katakan yang dia tak nak parents tahu sebab takut parents risau or marah. Tapi kami beritahu juga pakcik dan makcik sebab kami rasa pakcik dan makcik perlu tahu.
Maybe lega hati pakcik dan makcik tu apabila dia dapat tahu yang kawan-kawan anak mereka, rasional dan boleh diharap.
Wallahu A’lam
@everjihad,
salaam..
saya rasa xde satu ibu bapa pon kat dunia ni yg boleh rilek je bila dpt tau anak2 dier sakit tambah2 pulak accident teruk camtu..so it’s better to tell them, as a friend..
@everjihad, Hmm…better bg tau parents. Since dia masih belajar, agak impossible utk cari duit sendiri. Kalau bagi tahu parents, bukan sahaja ada org yg blh tolong bayar, tapi mungkin kalau parents yg runding, natijahnya jadi lain…manalah tahu, orang muda berurusan, ada isu penting yang tidak diambil kira.
Benda yg sama pernah terjadi pada my uni-mate. Dia ambil jalan yg paling menyukarkan hidupnya – cari duit dengan mencuri untuk membayar ganti-rugi. Na’uzubillah!
Kenapa dia yang kena bayar ye?
Sebab kalau accident, kereta tu pasti ada insurance. Bukan insurance cover ke? Tak kira lah kereta itu kereta sewa atau tidak.. Kena runding dengan owner.
Kalau dia yang melanggar, dia perlu bayar 300 saman polis sahaja, the rest covered by insurance.
Ye, ada anak yang macam kawan awak ni. Tak nak risaukan ibu bapa atau takot kena marah dengan ibu bapa.
However, sebab saya pun baru je accident ni kan..
Tak perlu bayar apa pun. Sebab tu tak faham kenapa driver yang kena bayar?
Takziah to ur friend. InsyaAllah, kalau mak parents dia nak marahpun.. ingatkan ajerlah parents tu..
Kalau kita terlalu marah dengan suatu yang ditakdirkan oleh Allah kepada kita, bermakna kita marah kepada Allah.. Siapa kita?
Ini adalah kata anak sahabat saya kepada ibu dan ayahnya nya tatkala ibunya juga baru mengalami accident.. bila ibu dan ayahnya bergaduh sebab accident.
Which kalau fikir logik, tu kan takdir… apa nak dimarahkan.. Selesaikan dengan tenang.
Bagitahu je parents dia.. tawakal..
@jun,
hmm…sebab pe dy y kena bayar? rasanye sebab dia takder insuran kot. part tu sy xberapa tau la pulak.
serba salah pulak tak keep update, sbb agak bz dgn study. haritu dia ada msg, tny ada x kenal org2 yg berpotensi dpt tolong dia. dia kena kumpul lg 500 dlm minggu ni.
sy ada consult dgn naqibah sy. n kakak dia tolong kwn sy almost half of the pay. the rest, dia kena cari lagi.
pasal bagitau parents tu..hmm..dia kata nak bagitau lepas dia habis exam. naqibah sy pun mmg nasihatkan dia bgtau prents.tp dia minx tangguhkan dulu. sy nak bgtaukan pun, belum cukup berani.
apa2 pun, terima kasih sy ataas respon. epxerience is the best teacher.
xpernah ada pengalaman mcm gini rupa dia. huhu..
pernah tengok satu cerita jepun rasanya, Edison No HaHa..ibunya begitu melayan anak dan terus berkata dengan bahasa yang baik walaupun situasi anaknya dalam keadaan tegang..maka anaknya terus dapat bertahan dlm kehidupan seharian dengan kata2 semangat dari maknya..kalu sekarang,aduhhh….ada lg ke..huhu.
sabar sebelum berkata,
berfikir dalam sebelum berkata,
menyusun kata sebelum berkata,
supaya kita tak terlanjur kata…
syukran ustaz atas entri ini
kalau bukan ust, pun, xkisahla. siapa2 yg ada saranan utk sy bantu kawan sy, sy amat alu2kan dan hargai sangat.
Jazakumullahu khoyru jaza’
@everjihad, Salam,
Cadangan saya pun sama dengan cadangan saudara kepada kawan saudara tu. Nak buat macamana, memang keluarga dan sanak saudara yang kena digantung harap untuk menolong di kala susah. Tapi kalau saudara nak buat kutipan derma pun boleh juga tapi mungkin tidak boleh terlalu berharap tinggi.
Assalamualaikum ustaz…
membaca artikel ustaz ni membuatkn sy ingin bertny. biasany sy jd silent reader je.
ustaz,
perkataan mcmmn dan apa yg perlu sy lakukan untuk memastikan anak-anak murid sy seronok, rajin datang sekolah.anak – anak murid sy semuanya lelaki dan dari kelas c hinggalah e.sy sudah pn mnggunakan pdekatan psikologi tetapi gagal.marah pn sudah tp tetap sama.akhirnya sy buat tak tau.tp bila buat mcm tu, hati sy xpuas.sy xmahu anak- anak murid sy gagal.biarlah besok mereka gagal kerana telah berusaha bknnya gagal kerana tdk berusaha langsung.
@ayurosni,
salam saudari,
saya ingin bertanya…agaknya dah berapa lama guna pendekatan psikologi?
teruskan memberikan pujian dan kata-kata…good boy,
you are good,
cikgu tak harus mengalah…i believe you will be able to make it,insya ALLAH
please never show to them that you are under stress because of them,
If you neglect them, it will not work.
It’s like you are just ignoring the amanah from HIM.
please show that you are motivated.
Well, from within you should always make yourself motivated.
Please remind or muhasabah what is actually your intention when choosing ‘teacher’ as a career?
Pause,reflect and make a difference.
You will be able to make it! Insya ALLAH.
A’anakillah,
Allahhumusta’an,
wassalam
@ayurosni,
Wsalam Cikgu. Semoga Allah berikan cikgu kesabaran dan kekuatan untuk mendidik. Memang susah dan mencabar, sebab itu saya personally tak sanggup jadi cikgu. Tolong cikgu-cikgu sahaja Insya Allah.
Pendekatan yang kita guna tak akan berjaya selagi mana ia suatu percubaan. Kalau cikgu cuba yang ini dan cuba yang itu, ia tidak akan membuahkan hasil kerana cikgu sendiri tidak percaya dengan cara yang cikgu pakai.
Kaji betul-betul. Kalau yakin dengan kaedah psikologi, then, keyakinan itu akan menjadikan cikgu melakukannya dengan penuh keyakinan dan kepercayaan, walaupun tidak menampakkan hasil hari ini, esok, minggu depan atau bulan depan. Tetapi percayalah, apa yang cikgu yakin dan buat tu sebenarnya ada bekas pada hati dan ingatan anak-anak murid. Mereka mungkin akan menggunakannya 10 tahun selepas mereka meninggalkan cikgu nanti…
assalamualaikum….
bahasa memang mempunyai satu kuasa yang unik… dengan bahasa, satu empayar boleh runtuh. dengan bahasa, hati yang keras boleh dilembutkan. dengan bahasa, pemikiran manusia boleh diluruskan. sentiasalah menggunakan bahasa dengan bijak mengikut situasi-situasi tertentu.
jangan terlalu memanjakan anak-anak. kadang-kadang perlu juga berkeras. bukan untuk memarahi atau menyakiti, sekadar mengajar mereka berfikir sebelum mereka memijak kepala kedua orang tua.
sekadar pengalaman peribadi…
wallahu ‘allam
@ikhwan,
memahami anak-anak bukan memanjakan mereka. kerana memahami anak-anak juga akan menyebabkan kita merotan mereka tetapi merotan dengan betul.
saya merotan anak tetapi merotan dalam keadaan saya faham apa yang berlaku, dan anak faham kenapa mereka dirotan.
anak-anak akan pijak kepala mak bapak bila mak bapak buat bising semasa mereka NAKAL tetapi diam apabila mereka JAHAT.
salam … saya nak tanya ape beza memahami dengan memanjakan berdasarkan contoh kisah hazli di atas? … kdg2 seolah2 berada di dlm persimpangan … semakin dilayan kerenah akan jadi manja … dan juga merosakkan masa dpn anak2 … bagaimana mahu memahami tanpa kelihatan memanjakan …
terima kasih ust in advance
@syirna,
memahami anak-anak bukan memanjakan mereka. kerana memahami anak-anak juga akan menyebabkan kita merotan mereka tetapi merotan dengan betul.
saya merotan anak tetapi merotan dalam keadaan saya faham apa yang berlaku, dan anak faham kenapa mereka dirotan.
anak-anak akan pijak kepala mak bapak bila mak bapak buat bising semasa mereka NAKAL tetapi diam apabila mereka JAHAT.
Assalamualaikum…
Saya ‘silent reader’ blog ustaz. Tapi hari ini saya bersuara…:D
Barakallahu fik ustaz. Artikel berbahasa santai yang berkesan…
Artikel ini berkisar tentang anak. Jadi,saya ingin bertanya ustaz, tentang pengalaman saya…
Suatu hari, saya berjalan-jalan di rumah-rumah kedai melintasi restoren KFC… Masa tu ada sepasang suami isteri dengan seorang anak. Si anak merengek-rengek mahukan KFC. Tapi si ayah kata,’KFC tutup, dia tak jual hari ini” Walhal KFC sekarang beroperasi 24 jam.Anak itu terus merengek, menuding MCdonald pula di seberang jalan.
Begitu juga situasi yang sama di tempat yang berbeza, saya melihat kanak-kanak menangis, menjerit,merajuk mahukan itu dan ini…. dan antara taktik yang digunakan ibu bapa mengatasi situasi itu ialah menipu (putar belit bahasa dan idea)
mainan tu tak dijual la
benda tu kan dah rosak
macam-macam lagi la…
Terdetik di hati saya…. apakah status ‘penipuan’ seperti ini? dan apakah kesannya pada anak-anak nanti?
Apa pendapat ustaz tentang ‘penipuan-penipuan’ seperti ini yang nampak ringan dalam membersarkan anak-anak? Bagaimana ustaz memenuhi kemahuan (bukan keperluan) anak-anak ustaz yang macam budak dalam pengalaman saya ini?
Syukran ustaz…
@imthiyaz,
hukum semua orang tahu.
tetapi kesan menipu tu, mak ayahlah nanti pula yang jadi mangsa penipuan anak-anak (dengan kes-kes yang lebih berat)
salam…
ada kadang tu,
kita lihat ibubapa memahami anak-anak2nya…
tetapi…
dalam masa itu..
anak mereka tidak memahami ibubapa mereka…
pening juga lagu tu…
Terima kasih ustaz..
atas perkongsian ini…
Salam,
Memang mengelirukan antara memanjakan dengan menunjukkan kepada anak-anak bahawa kita memahaminya. Nampaknya bukannya anak-anak sahaja perlu disuruh belajar, ibubapa juga perlu belajar sepanjang hayat untuk mendidik anak setiap peringkat.
p/s: Comelnye Saiful Islam dalam gambar tu. Innocent with energetic eyes.
@Aisyah, rasanya itu bukan Yob, itu ialah Awah…Awah yang ‘menari’ bila nak ke tandas..hehe…
@Husaini,
yang dalam gambar tu memang Yop. Masa umur setahun ketika masih di Ireland
Assalamualaikum everjihad,
Please ask your friend to tell his/her parents. Jangan sekali-kali dirahsiakan segala perkara yang berlaku ke atas diri dari pengetahuan mereka. Bayangkan jika mereka mengetahui keadaan tersebut dari mulut orang lain.
Saya sendiri pernah mengalami kemalangan yang amat kecil dan mendapat “calit lans koperal” di bahu. Ibu saya perasan calit tersebut setelah ia sembuh. Terus-terang, ibu saya berkecil hati dengan saya kerana saya berahsia dengannya. Niat saya untuk tidak merisaukan mereka dengan kemalangan kecil yang saya alami, namun sebaliknya saya telah melukakan hati ibu saya. Since then, I decided not to keep anything from her ever again.
Betul, kita tidak mahu mereka berasa gundah gulana dengan keadaan kita. Ya, kita tidak mahu menyusahkan mereka. Tapi, jika mereka dimaklumkan, setidak-tidaknya mereka akan mengirimkan doa mengharapkan kesejahteraan kita, jika tidak menghulurkan bantuan kewangan.
Please, let them know. Sooner or later, they will. Cuma dari mulut siapa sahaja yang kita tak tahu. Kalau dari orang lain, jika tak banyak, pasti ada sedikit tanggapan bahawa anda tidak lagi mementingkan mereka dalam hidup anda.
As what I told my students, before sitting for examinations, “Call your parents, ask for their blessings and prayers..”
salam,satu artikel yang menarik..dan artikel ini juga seperti yang berlaku kepada saya..kalau dulu saya seorang yang manja dengan mak,tetapi setelah masuk ke sekolah asrama penuh, semakin jauh dengan parents,makin saya berahsia..seperti kata ustaz,ceria di luar,diam membatu di rumah sendiri..saya cuba membetulkan keadaan ini,tapi tetap berahsia..sehinggakan saya masuk universiti dan mengambil jurusan agama pun emak saya prejudis terhadap saya..langsung tak bagi semangat..
sekadar meluah perasaan
@master,
sorry, asyik mereply komen je hehe
I think you should talk face-to-face, heart-to-heart with your mom.. Ask her what you’ve done wrong..And whatever it is, ask for her forgiveness.. only then, you shall ask for her blessings in what you’re doing.. ambil jurusan agama, tp still x dpt restu, I don’t think you can go far..and also don’t forget to ask Allah to softened her heart and give blessings to you..
wallahu’alam..
salam..
nak cadangkan ustaz tulis artikel mengenai huraian the seven habits of happy kids pada pandangan islam..surely it will help a lot.. (^_^)
@hakeem,
Assalamualaikum Hakeem,
Salam perkenalan dan ukhuwwah dari akak. Akak suka semangat hakeem untuk menekuni penulisan ustaz serta apa jua aktiviti penyebaran ilmu yang dilakukan oleh ustaz.
Akak yakin cadangan yang diberi oleh Hakeem di sini menunjukkan kesediaan Hakeem untuk belajar tentang kehidupan. Sebenarnya cadangan inilah yang sedang dilakukan oleh ustaz dan entri ini adalah untuk buku parenting ustaz yang ketiga (dibaca ATN3).
Akak tidak pasti bila Hakeem mula menjadi pembaca setia SIO tetapi akak sekadar ingin berkongsi disamping menjadikan refresh course untuk akak bagi meneruskan pembacaan di SIO ini.
Ustaz telah memulakan “islamisasi” buku 7 Habits pada PUISI 2006, sila baca kembali artikel dibawah kategori Revolusi Sikap yang bertajuk “7 Habits, Paradigma dan Sikap: Isu Agamakah Semua Itu?” Dan aplikasinya boleh dilihat pada artikel PERISTIWA MERDEKA 2007″.
Seterusnya ustaz memberi sentuhan segar kepada buku “Apa Erti Saya Menganut Islam?” pada PUISI 2007 yang boleh dirujuk pada kategori PUISI 2007 pada artikel bertajuk “PUISI 2007 Melabuhkan Tirainya” dan aplikasinya pada artikel “Agenda 2008: Apa Erti Saya Menganut Islam”.
Sebenarnya semua entri ustaz adalah huraian dari buku-buku self-help yang ustaz baca berserta pengalaman ustaz secara peribadi mahupun perkongsian pengalaman orang lain yang diolah pada pandangan Islam.
Memandangkan malam ini Hakeem akan mendengar interview ustaz di Astro Awani yang bertajuk Anak Genius, Hakeem akan melihat suatu perbincangan yang akan mengolah presenting problem dan real problem yang juga diutarakan pada pandangan Islam.
Salam Ukhuwwah dari akak, teruskan menimba sebanyak2 ilmu di mana jua Hakeem berada.
@Kak Ija,
Assalamualaikum Kak Ija,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi komen kepada saya.saya amat2 menghargainya.Saya di antara beribu2 peminat ruangan saifulislam ini sudah tentu ingin mengambil sebanyak manfaat yang boleh atas penulisan dan penyampaian Abusaif dalam apa jua bentuk dan saya percaya begitu juga dengan pembaca2 yang lain.
terima kasih atas info yang banyak membantu dari akak.teruskan juga menulis komen atau apa jua pendapat akak kerana ini juga banyak membantu saya dan rakan2 melihat sesuatu permasalahan dan penyelesaian dari sudut yang berbeza.
Salam Ukhuwah.
p/s:unfortunately i couldn’t watch Abusaif on air as my ummi and siblings are watching heroes….huwaaa………………
ustaz, enak, enak
(maksudnya artikel ni best)
menarik..
dah makin besar anak2 pun dh pandai kias kias..
salam ustaz…
berminat nak kongsi apa yang saya belajar dekat sini.kalau ikut apa yang saya belajar,anak-anak ustaz berada dalam proses Child-Directed Speech(CDS).Waktu macam ni,banyak perkataan “ganjil tapi comel” yang diorang guna.Memang menarik sebenarnya bila boleh “observe” proses komunikasi kanak-kanak ni.:)
oh, satu lagi payung sebelum hujan. kata Allah dalam Quran, tanyalah perkara yang kamu tak tahu kepada yang tahu.
terima kasih atas perkongsian~
Budak2 mmg lebih complicated meskipun bahasa agak mudah. Menjaga anak sedara sendiri sy lihat sy lebih memahami mereka berbanding dengan parent sendiri. Ini kerana tutur kata mereka di nilai dengan mata dan hati. Di usia seawal sekolah rendah kita perlu ajar mereka memahami perkara yang sukar dengan bahasa yang mudah iaitu “pujukan”..tp tidak bermakna kita memanjakan mereka, cuma memberikan gambaran yang ringkas,terang dan mudah untuk mereka fahami.
salam..
Cerita pengalaman untuk dijadikan pedoman kepada kami yang belum berumahtangga…
cabaran keluarga yang sangat mencabar..
kesilapan mendidik bakal membuahkan masalah pada masa akan datang..kurangnya kasih sayang mencetuskan ‘dendam’ pada orang yang alpa memberi cintanya(ibubapa dan keluarga)..
pengalaman melihat situasi ini mengimbas memori saya kepada alam kanak-kanak yang sangat sensitif pada persekitarannya…
jadi…
. berbalik pada al-quran dan sunnah dalam memastikan perjalanan kita selamat untuk semua..
Bismillahirrahmaanirrahiim…
Cukup sukar hidup bila tampak kita mudah memahami orang namun diri sendiri bagai hidup sendiri berseorangan tidak difahami bahkan tambah dicerca, dituduh seolah tiada kefahaman ke atas diri ini. Sepertinya mereka berfikir mereka tahu kita lantas “berlagak” pandai walhal ia jauh dari kebenaran dan kasih sayang.
Meniti hari mencari semangat yang keciciran saban waktu…
Assalamualaikum…betul ustaz, semakin besar, ibu bapa kini semakin kurang memahami, sedangkan apa yg dikatakn oleh anak2 itu jelas sekali butirannya…ini juga pengajaran bt saya dan yg lain2 yg bakal bergelar ibu bapa…kenapa kelembutan melayan anak2 semasa kecil semakin berubah walhal semakin besar anak2 itu, kelembutan bersama ketegasan sangat penting…bukan kegarangan yang ditagihkan…itulah ustaz…saya sangat tertarik dgn kupasan ustaz dlm ATN berkenaan adat org melayu berbeza dgn Barat…mengapa?sedangkan kita yg agamanya islam paling mulus dan tulus budi pekertinya….attitude melayu islam semakin melencong…kononnya mahu ikutkan Barat sgt, tp isu2 yg baik dan positif tidak diambil kira…peliklak ustaz kita sekarang nih….saya semakin rimas mengambil berat isu2 yg remeh ini, inikan pula isu berat seperti murtad atau apa shj…
adaka semuanya berkaitan dengan soal ‘hati’ kita ustaz?apa yg menyebabkan isu hidup di muka bumi Allah ini semakin merumitkan?
assalamualaikum ustaz,
macam mana pula untuk anak mendengar kata hati mak ayah? mungkin ya, mereka tak memahami tapi, mak ayah ni, sejahat mana pun tetap mahukan yang terbaik untuk anak2 mereka cuma cara mungkin menyakitkan hati anak2. misalnya dengan terkeluarnya perkataan2 yang tak diingini macam tu la. macam mana nak fahamkan anak tu bahawa apa yang mak ayahnya buat tu bukanlah mengongkong cuma mengambil berat.
Assalamualaikum
dear sheikhuna,
semalam di pesta buku bila ust abu hassan umum enta akan berada di gerai mereka jam 5 maka ana amat bersemangat untuk bertemu sahabat yang lama tidak bertemu (kali terakhir semasa kita masih berkursus di KUSZA). namun nampaknya enta tidak muncul pada waktu tersebut dan ana tidak punya pilihan dan terpaksa beredar kerana mempunyai komitmen lain. cuma terserempak dengan maszlee yg pulang bercuti. apapun ana borong tiga buku enta semalam.
selamat menulis, berdakwah dan membimbing ummah.
jika enta lapang (tak tahu enta lapang atau tidak sebab sebelum inipun pernah ana tinggalkan mesej tapi tak berjawab) silalah mail atau kunjungi laman fotopages ana tu.
MIZHAR MAZLAN
salam ustaz…
artikel yg menarik ttg kehidupan ini.
membuatkan saya berfikir kembali ttg kehidupan ini..
saya nk tanya, macam mana susunan ayat yg pasal TERPAKSA, MEMBERI & MENERIMA tu? baru hari tu saya tgk ayat tu jadi header blog ni. tp hari ni saya tgk dh bertukar…
haru ustaz dapat bagitau saya lagi =)
@org_jhr,
Melakukan sesuatu kerana TERPAKSA mengundang DERITA. Melakukannya untuk MENERIMA menyuluh jalan mencapai CITA. Melakukannya untuk MEMBERI itulah jalan mengecap BAHAGIA…
Agaknya kot… saya pun ingat-ingat lupa exact wording. Tetapi maknanya begitulah…
@Mizhar Mazlan,
Waalaikum al-Salaam ya Ustaz Mizhar… Masya Allah betul ke last time kita jumpa ialah 1993? Lamanya. Maknanya ana dah lebih awal rindu nak jumpa anta sebab ana dah jumpa anta. Mimpi le gamaknya tu, confuse dengan realiti.
Ana sampai Stesyen LRT PWTC jam 5 lebih sikit. Tapi berkeliaran di The Mall mencari farmasi sebab ana kena asthma. Kelam kabut cari inhaler. Kalau dengan asthma tu ana masuk ke PWTC, mahu lemas di daratan dibuatnya. So, sampai di booth Galeri Ilmu jam 6 dan stay sampai tutup kedai jam 9.
Tak ada rezeki nak jumpa di situ.
Ana baru jumpa anta di facebook. Kita communicate di situ…
salam ustaz..
semalam pun saya tunggu ustaz di pwtc..ingat nak beli buku dan mendapatkan tandatangan ustaz sekali..tapi saya sedih sebab ustaz tak datang..huhu..namum saya tetap beli juga buku “bercinta sampai ke syurga”..
@bonen,
wsalam.
dengan traffic jam… saya tiba di booth Galeri Ilmu pada jam 6 petang dan stay hingga tutup kedai
Salam Ustaz.
1. Jawapan ibu Hazli sangat serupa dengan jawapan yang pernah saya berikan kepada anak2 saya dan juga jawapan beberapa org2 lain yang pernah saya dengar mereka beri kepada anak2 mereka. Mengapa seperti ada satu ‘program’ yang sama dalam diri kebanyakan manusia untuk memberi respons yang sangat serupa? (like we had been programmed to answer it in the similar way) Kalau kita dapat mengenal pasti bagaimana ‘program’ ini terbentuk/hadir dalam diri kebanyakan manusia, mungkin kita boleh mengelak atau mengikisnya?
2. Saya teruja untuk mengetahui buku2 motivasi dalam membimbing anak2 yang ustaz boleh cadangkan untuk pembaca2. Yang saya sedia maklum (pernah disyorkan oleh pembaca lain) cumalah buku John Gray (Children are from Heaven) dan buku Stephen dan Sean Covey.
3. Saya rasa pinggan mangkuk yang ustaz maksudkan ialah Corelle (bukan Coral). Saya syorkan ustaz tukarkan ia ke Royal Doulton or Royal Albert sebab Corelle sudah sangat sinonim dengan kegunaan harian.. boleh rujuk dengan Ummusaif..
Pedas…
@rdhanz,
Ngak! Mak cik pakai corelle tiap2 hari. Bak kata orang putih “enjoy life”. Agak macam mana ustad Rizal nak buat analogi . Kalau ada ocassion dengan ramai tetamu tambah pinggan pakai-buang. Mungkin ada idea nak buat analogi agaknya.
@ummusarah,
peraturan analogi… hanya boleh digunakan SELAPIS. kalau disyarah-syarah dengan meleret, analogi tidak berfungsi lagi
@Abu Saif,
Terima kasih Ustad. Ada peraturan penggunaan analogi. Alhamdulillah bertambah ilmu ana. Tengah nak berusaha menulis.
parenting skills, gilap2 jangan tak gilap!
Anak ana dulu panggil ummi=nonen. Ikan=dudat. Sekarang dah boleh sebut handkerchif(tak tau betul ke salah eja). Makin banyak perkataan dia tahu, makin banyak perkara yang perlu kita jelaskan padanya.
Alhamdulillah…artikel yang berjaya menjentik hati ini, kuasa kata-kata itu lebih berupa suatu tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak…syukran ya Ustaz~ ^_^
Never tell lies to your children…
Salam Ustaz dan pengunjung SIO,
Akak sudah berada di situasi yang lebih advance dari ustaz, maklum le tua 5 tahun, anak akak yang sulung and the only girl berkira betul bab2 nak menolong dua adik yang berumur 6 dan 8 tahun. Dia sentiasa rasa dia yang kena buat most of the things. Tapi dengan adik yang baby 10 bulan tu dia boleh terima.
Jenuhlah nak memujuk agar tak kedekut kudrat, jauh lagi la nak menyemai erti hidup pada memberi. But, I make a point for both of us (hubby and I) not to classify, ni kerja perempuan dsbnya, anak lelaki pun kena terima realiti isterinya mungkin berkerja dan helper tidak kekal dengan kita.
Sama2lah kita membetulkan paradigma masing2 demi masa depan Islam.
Terlajak perahu
masih boleh diundur lagi
Terlajak kata
hilang percaya
Terima kasih ustaz atas tulisan ini
salaam..
saya rasa xde satu ibu bapa pon kat dunia ni yg boleh rilek je bila dpt tau anak2 dier sakit tambah2 pulak accident teruk camtu..so it’s better to tell them, as a friend..
saya sebenarnya bengang nian dengan tv1 sebab selalu saja ada forum perdana tentang rumah tangga, keluarga dan sebagainya. yang saya marah ialah setiap masa asyik salahkan si anak saja. sikit-sikit anak salah. macam mak bapak malaikat nak betul sentiasa saja. boleh tak ustaz jadi panel forum perdana sekali? tolonglah ustaz sekali saja
saya bersetuju dgn ‘bingung’..para pendidik lebih banyak mengeluarkan cemuhan dan kata putus asa kpd generasi akan dtg.. “bdk2 skang makin kurang hajar”kata seorang..lantas disusuli dgn memarahi seorang anak muridnya yg melakukan kesalahan dgn mengherdik lalu terkeluarlah perkataan kesat menjadikan pelajar itu sama seperti yg diucapkan.
Persoalannya ialah kenapa generasi pendidik hari ini gagal mewujudkan influence yg baik terhadap anak2 mereka??tidak seperti masyarakat barat (sean covey contoh yg dimaksudkan) yg tidak bertauhid…
Makin betul diucap, makin salah menganggap,
Kadang-kadang kita silap menganggap sehingga yang betul semakin dapat dilihat….thank you atas nasihat dr artikel ini….:-)
salam ustaz,
Syukran atas artikel yg sgt relevan dgn diri saya ini. Dalam umur 23 tahun, saya sangka bertingkah bahasa antara ibu bapa cuma terjadi ketika zaman puberti tapi nyatanya, telahan saya salah.
Saya berasa amat berdosa kerana berkecil hati dengan ibu setelah berhubung di telefon dengan ibu semalam. Barangkali ibu tidak sengaja, atau mungkin saja saya yang terlalu sensitif.
salam..terime kasih atas artikel yg sgt terkesan d hati..ust, saye nak tnye, camne plk kalau anak tu dah besar panjang..ape pndekatan yang lebih baik utk parents guna utk menegur die?anak tu ade buat salah tp x mengaku dgn kesalahan yang dilakukan..walhal telah diberi didikan agama sejak kecik lg..kesalahan yg dilakukan besar la jgk sampai boleh lukai hati seorg ibu..bleh ust bg tip cmne nk tegur die??
assalamualaikum..
ble bce artikel nie, terase kene dgn situasi yg jdi kat rmh skrg.. Adk dn mak sye b’gaduh (b’tekak)…
Mak kate sesuatu kat adk.. (Mak anggap sbagai nsht. Mak kate mak ckp pe yg btui)
Adik plk kate mak x phm pe yg adk rse.. (Pade adk, mak ckp tanpa memikirkn perasaan adk.. Adk kate, adk dh lme tahn perasaan adk..)
Sye x tau nk buat pe.. As the eldest sibling in the family, i think i hold the resposibility 2 make them talk again.. Baiki keadaan.. (Msuk ari nie, lbh kurg dua ari mak ngan adk x ckp.. Ble mk balik adk nek ats.. xtau la..)
I feel like wanna cry.. I want my family back.. My lovely family..
*sobsob*
wht should i do? huhuhu..
salam..saya rasa macam nak menangis bila baca artikel ni..sungguh ..sgt2 terkesan dalam hati saya..apa yang terbuku dalam hati terluah oleh kata2 ustaz..