Rumah dan Pejabat Politik di Internet
FACEBOOK STATUS:
Hasrizal Abdul Jamil feels that all those public figures including politicians who never update their blogs neither their facebook should stay offline. You are fooling the people, including yourselves
Ya, kasar bunyinya. Tetapi saya memang memaksudkannya.
Apa rasa anda, kalau melihat rumah-rumah yang terbengkalai, dinaiki lalang, penuh semak dan sesekali keluar haiwan-haiwan daripadanya, ala-ala zoo di Kemensah sana?
Serabut.
Begitu juga dengan blog yang tidak dikemas kini. Membuka blog tanpa komitmen untuk mengemas kinikannya adalah seperti orang yang tidak cukup modal, tetapi mahu membina rumah sendiri. Ditebang pokok, ditebas semak, dicucuk konkrit disimen bumi. Akhirnya semua itu dihiasi kembali dengan pokok yang pernah ditebang dan semak yang pernah ditebas.
Sungguh merimaskan.
Jika blog itu milik seseorang yang tidak dikenali, tidak mengapa. Tetapi jika ia milik seorang tokoh, maintainance medium itu mempunyai kesan yang langsung kepada kredibiliti tokoh berkenaan. Sama ada akaun Blogspot atau Facebook itu dibukanya sendiri, atau oleh pembantu, atau sesiapa yang menyamar sebagai ‘dia’, akaun itu bertindak mewakili identiti tokoh berkenaan di dalam talian.
Semua orang tahu, cara termudah dan terbaik untuk bertemu dengan seorang YB ialah di pejabatnya. Tetapi kalau beliau ada akaun Facebook, ia sudah jadi bonus. Tentu sahaja seorang YB tidak membuka akaun Facebook hanya untuk bermain kuiz “sejauh manakah Kuala Lumpurnya anda” atau berbalas-balas bunga dan hadiah kepada teman.
YB berada di Facebook, konotasinya adalah kemudahan berhubung, atau sekurang-kurangnya membuka ruang untuk aktivitinya diikuti dan diketahui oleh rakyat.
Maka dengan sekadar mempunyai blog tetapi ia tidak dikemaskini, atau mempunyai akaun Facebook tetapi kosong dan tidak punya sebarang isi, elok padamkan sahaja. Malah bagi pembantu-pembantu yang berhajat untuk mengenengahkan tokoh berkenaan ke talian, jangan berbuat demikian kecuali sudah pasti komitmen anda untuk mengemaskinikannya dari semasa ke semasa.
Orang tidak kisah jika ahli politik tidak mempunyai blog dan Facebook.
Tetapi orang kisah jika ada blog dan Facebook, namun sekadar rumah kosong tempat jin bertandang.
Sebab itu saya katakan, jangan lontarkan expectation kepada orang ramai tanpa kesungguhan untuk menunaikannya. Ia kemudiannya nanti akan memperbodohkan diri tokoh itu sendiri dengan sangkaannya bahawa jumlah friends di dalam Facebook adalah jumlah penyokong dan pengundinya.
Daripada mereka itu boleh terus mengekalkan impression yang baik tentang anda kerana tidak mempunyai contact secara langsung dengan anda, tiba-tiba anda sendiri yang menjatuhkan kredibiliti dengan membina rumah-rumah yang terbengkalai di sana sini, semasa orang agresif mencari maklumat politik semasa.
Blog dan Facebook boleh jadi bahan hiburan dan permainan. Ia juga boleh menjadi medium interaksi yang lebih agresif dan berkesan berbanding surat khabar dan televisyen. Ia boleh jadi alat paling berkesan untuk berperanan, ia juga boleh menjadi senjata yang makan tuan.

YB Khalid Samad (PAS) adalah di antara yang produktif di blog dan Facebook. Begitu juga dengan YB Nik Nazmi (PKR), juga Dato’ Mohd Sahfri (BN)
Kegagalan menguruskan maklumat, adalah ketempangan jihad di gelanggang semasa ini.
PAS juga tidak terkecuali.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 9 months ago
Semuanya berkisar tentang keprofesionalan pimpinan PAS mengawal keadaan yang berlaku………
ada yang bercanggah memberi pendapat, ada yang senyap sahaja, dan ada yang memanaskan lagi keadaan…..
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
Ustaz pula macam mana? pro-Lib ke Pro ulama’????
heh..heh. sekadar menghangatkan keadaan……
Respond to this comment [with empathy]
Kama reply on May 2nd, 2009 1:15 pm:
hai..anta terpengaruh dengan permainan media utama ni..hehe
mana ada PAS terpecah dua cm yg media hangatkan…erdogan dan pro perpaduan..hehe….
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
Orang itu kisah jika ahli politik tidak mempunyai blog dan Facebook.
Tetapi orang kisah jika ada blog dan Facebook, tetapi sekadar rumah kosong tempat jin bertandang.
macam silap sikit ayat ni. mungkin ke ayat pertama tu perlu ada ‘tak’ sebelum ‘kisah’ tu?
maaf sebab saya beberapa kali kena ulang ayat ni nak bagi faham.
Respond to this comment [with empathy]
akma reply on May 2nd, 2009 9:18 pm:
@mutiara, saya rasa ayat ustaz dah memang btul. Anda yang menyalin kembali sudah tersilap salin dan baca agaknya.
Respond to this comment [with empathy]
khalif reply on May 14th, 2009 2:26 pm:
@akma, saya lebih setuju dgn mutiara. minta pandangan ustaz
Respond to this comment [with empathy]
khalif reply on May 14th, 2009 2:29 pm:
@khalif, maaf, saya sudah cek, mutiara silap salin. ayat yang betul, begini:
Orang tidak kisah jika ahli politik tidak mempunyai blog dan Facebook.
Tetapi orang kisah jika ada blog dan Facebook, namun sekadar rumah kosong tempat jin bertandang.
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
salam…
‘rumah di alam maya’… kalau nak update selalu mungkin x berapa praktikal, maklum la YB kan sibuk…
‘rumah di alam maya’ x semestinya di update dan dihias cantik2…
tapi kalau sekadar setiap malam membuka mesej atau email untuk di terima sebagai wadah memperbaiki mutu kerja…
‘rumah di alam maya’ ni sesuai dijadikan tempat pengumuman, bagitau no contact pejabat, atau…
“action speaks louder than words”…err
mungkin boleh tulis macam nie…
“terima kasih kerana mengunjungi site kami… jika ade cadangan atau pertanyaan emailkan kepada kami di… atau berkunjung ke pejabat kami di…”
xde masalah kalau x update pun… takut nanti masa yang dipertanggungjawabkan untuk bekerja habis kat depan komputer jer… lebih baik bertindak (cadangan ni sesuai untuk sesetengah orang jer.. x semua…)
erk… maaf kalau tersilap…
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
salam,
kalau blog atau facwbook dianggap pejabat atau rumah bagu seseorang ahli politik bergelay YB,maka perlulah jadikan ia seperti rumah dan pejabat yang beroperasi,jangan jadi pejabat atau rumah tinggal je.Soal selalu update atau tidak tidak menjadi hal.Kalau alam realiti pun sama,YG jarang ada di pejabat atau rumah tapi perlulah boleh ditinggalkan pesan terhadap wakil atau orang kepercayaannya.
YB perlu jadi Yang Berkhidmat bukan Yang Berminat $$$$
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
betul…betul…betul…
Kalau sudah aktifkan zone alam maya,
seeloknya di maintain….
bukan dibiarkan sahaja…
Maybe sebab mentality kita juga aman rasa…
cuba kita lihat negara kita…
bab pembinaan begitu gah….
bab infrastuktur begitu mengagumkan…
tapi,
bab maintenance kita kurang pendedahan…
berapa banyak tempat menunggu bas yang rosak akibat kekurangan maintenance?
berapa byk public telefon tersedia tetapi tidak dapat digunakan?
berapa banyak lingkaran jalan dibina tetapi asik berlubang sini sana…
berapa banyak bagunan disiapkan tetapi akhirnya rebah mencium bumi akibat tidak dijaga…
berapa banyak tempat riadah dibina tetapi akhirnya sunyi kerana kerosakan alatan?
berapa banyak kereta yang ‘agak’ baru tetapi rosak dijalanan kerana tidak diservice…
berapa banyak penceraian? ada bini/suami tetapi tidak dijaga~~
sama seperti ustaz sampaikan…
semakin banyak blog atau facebook user, tetapi sekadar ada tetapi tidak hidup…
hidup tak mahu, mati segan~~
maybe sebab bahagian kerja aman…
yang melatih aman terlalu memandang maintenance ini suatu yang amat penting…
aircraft maintenance engineer….
so, secara tak langsung, mendidik aman memandang bahagian maintenance sebagai sesuatu yang amat perlu…
fikir-fikirkan lah….
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
salaam.
*thumbs up for the very kasar article!*
it’ll take time for people to realize and find balance between mainstream and alternative media and source of info/ means of communication…
till then everyone should urge penebasan lalang like ustadz is doing. hehe.
time to write comments and letters to encik2 YB maybe..?
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
Saya mengaku bersalah menyerabutkan blog. Sebab tu saya tak bagitau blog saya lagipun siapa lah saya, kan. Ni tengah praktis rajin hantar komen, semoga lepas ni rajinlah pula kemaskini blog.
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
YB Dato’ Saifuddin Abdullah juga! Siap boleh bincang isu untuk satu jam setiap minggu.
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
medium utk bersua ngan rakyat dh byk..
terigt kata2 kawan ni..jangan kufur nikmat..dah ada tak manfaatkan..kasar ke..kami sllu guna utk betul2 hargai nikmat yg ada>dalam nada gurau2 biasanya<..slh harap betulkan..sedia beljar dari kesalahn
rugi la kalau ada tpi tak manfaatkan..
kalau udah dibina..nape tidaknya di jaga rapikan..
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
nak tengok harakah update tiap2 jam…bile la…~
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
tok guru pun selalu je tak update blog…geram betul…sy siap bookmarked lg blog tu….sentiasa check tp tgk alih2, xde apa2,..kecewa…
Respond to this comment [with empathy]
Omar reply on May 2nd, 2009 8:25 am:
@sang kappa,
Sepatutnya s/u akhbar tok guru seharusnya mengaktifkan blog tok guru, bukan blog sendiri
Respond to this comment [with empathy]
Kama reply on May 2nd, 2009 1:16 pm:
hehe…Tok guru mana buat sendiri blog tu..para pembantu dia yang buat tu..so pegawai tok guru yang dh tok guru bayar gaji tu…LAKSANAKAN AH TUGASMU…
Respond to this comment [with empathy]
ekramhakim reply on May 2nd, 2009 1:48 pm:
@Kama,
kadang2 apa yg diupdate oleh YB2 ini hanya kenyataan media…
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
salams,
OBAMA pun menang berkempen disebabkan luaskan pengaruh facebook. Dia manfaatkan.
Harap mana2 parti tak menjadikan “alat” ini sekadar nak meraih undi sahaja.
Taukan golongan muda kini MALAS baca suratkhabar @mana2 bahan2 cetak. Lebih suka kepada blog, surat khabar online, FB jugak tidak terkecuali.
MALAS2 mengupdate, jadikan aku MALAS2 memangkah kamu.
-anak murid tumpang belajar-
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
YB khalid samad mmg antara yang paling aktif update blog dan facebook… bagi saya bukan sekadar kenyataan akhbar, pendapat tentang isu2 semasa, malahan aktiviti YB seperti lawatan atau nak turun bertemu rakyat perlu juga dimuatkan supaya mudah kita nak tetap masa untuk bertemu dengan YB. alang2 dah ada kemudahan, gunakanlah…
jangan pula nanti dikatakan ada harta tak de erti…
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
Salamsemua…
Seperti ada maksud tersurat dan tersirat disebalik artikel ini, namun yg tersirat tu mungkin dah tak menjadi masalah bagi pengunjung blog saifulislam.
Insya Allah setiap benang yang kusut atau yang sedikit tercarik akan bercantum rapat menjadi kain bertaup di atas panji yang sama….ameen.
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
buat pe bina rumah jika taknak duduk.
orang lalu lalang, lihat rumah.
tapi takde siapa di dalamnya.
sia2 lah.
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
kalau boleh setiap ahli dun atau parlimen ada pjbat alam maya dia yg tersndiri. nanti tiada la kroni atau org tgh nanti.
maslah rakyat lebih cepat dan tepat sampai pada wakil mereka nanti…
p/s: ana cdgkan tubuh parliman dlm alam maya, mudah utk semua..
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
utusan hentam PAS.. HARAKAH pulak tidak ketinggalan dalam menghentan UMNO.. so.. xde beza la kan..
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
salam..
jika Allah nak satukan hati manusia semua,pasti boleh.. tetapi Allah mahu menguji kita..
sememangnya blog atau web yg tak dikemaskini menjadi sesuatu yg merimaskan, tetapi ia juga menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk kita memahami hakikat kehidupan.. bahwa manusa ini tak semua berminat untuk menulis,tak semua ada masa untuk berkarya, tak semua berpeluang seperti kita..
itulah, hakikat kehidupan apabila kita tidak mampu memenuhi harpan orang lain..
kepada bloggers and penulis, sama-samalah rajin berkarya memanjatkan kesyukuran pada Ilahi agr segala yang tertulis menghasilkan ‘haemoglobin(~darah) jihad dalm seorang diri pembaca untuk menaikkan Islam pada tahap selayknya.. inshaAllah..
taWAKAL padaNya…
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
” Membuka blog tanpa komitmen untuk mengemas kinikannya adalah seperti orang yang tidak cukup modal, tetapi mahu membina rumah sendiri. Ditebang pokok, ditebas semak, dicucuk konkrit disimen bumi. Akhirnya semua itu dihiasi kembali dengan pokok yang pernah ditebang dan semak yang pernah ditebas”
huhhh..panas2…trase gak..huhu..insyaAllah…akan ku hindarkan kes ini huhuhu
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
ada beza..lu fikir sendiri…
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
amboi, ustaz…
mentang2 la dia rajin update blog lately.
hihihi….
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
salam.
untuk public, untuk yg menggunakan utk tujuan politik/kempen/khidmat masyarakat, maka perlu lah selalu dikemaskini dan di jawab persoalan2 (kalu ada) di blog atau mana2 web yg didedikasikan itu.
kalu sekadar blog peribadi, suka ati lah…
Respond to this comment [with empathy]
about 8 months ago
Peranan blog semakin penting kerana masyarakat pada masa depan akan semakin terdidik dan mahu membaca laporan yang tidak berat sebelah, apatah lagi media yang cuba menyembunyikan fakta dan kebenaran.
Respond to this comment [with empathy]