Selamat Pengantin Baru buat Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin (berbaju Melayu kuning)
Hujung minggu ini adalah hujung minggu paling singkat yang pernah saya rasakan.
Bagaikan tidak puas pulang ke kampung, tambahan pula saya dan isteri masing-masing orang Ipoh. Maka sekejap ke rumah sini, sekejap ke rumah sana, bahagian masing-masing perlu dibahagikan sebaiknya.
Namun, ia juga adalah hujung minggu yang sangat bermakna buat diri saya. Bukan sahaja dapat bertemu keluarga, malah ertinya lebih luas dan manis kerana berpeluang hadir ke walimah seorang insan yang tidak pasti, bagaimanakah untuk saya ungkapkan siapa dia.
Jika mahu dikatakan seorang sahabat, saya tidak mahu perbezaan umur kami diperkecilkan. Jika mahu dikatakan seorang abang, banyak liku-liku hidup dan perjuangan yang kami pikul seiringan bersama. Jika mahu dikatakan seorang tokoh, kemesraan antara kami mengatasi jurang antara tokoh dan insan yang menghargai lagi mengaguminya.
Namun itulah beliau, seorang insan yang merupakan seorang abang, seorang sahabat, seorang tokoh, yang semua itu terhimpun di dalam jiwa Al-Fadhil Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin atau yang lebih mesra saya bahasakan sebagai Abang KAS semenjak 1989.
Tahniah Abang KAS kerana selamat melangsungkan perkahwinannya dengan muslimah paling bertuah di hari ini. Saya menumpang gembira, syukur dan segala perasaan yang baik-baik atas limpah kurnia Allah pada hari ini.
Abang KAS semenjak 1989, sudah mula memahat bekas di hati dan jiwa saya. Ketika di Tingkatan 2, Abang KAS telah menjadi salah seorang insan yang amat mempengaruhi cara saya memahami Islam di usia muda, dan mendidik akhlak kami dengan akhlaknya. Tidaklah saya bermaksud mahu berlebih-lebihan dalam memuji, tetapi tiada siapa yang tidak senang untuk berada di sisi Abang KAS, kerana beliau memang seorang insan yang senang lagi menyenangkan.
Selepas pemergiannya ke bumi Mesir, sebulan sekali surat masih diutus, tidak putus-putus memberi pesan agar bijak menyusun kehidupan.
Anakanda Saiful Islam mahu gambar yang dia rakamkan, dimasukkan sama ke entry ini
Namun, dalam semua bentuk bekas yang ditempa Abang KAS ke jiwa saya, tentu sahaja kesan terbesarnya ialah pada minat kami yang sama, NASYID.
Kebanyakan masa dan kenangan saya bersama Abang KAS ialah di dalam nasyid. Kemuncaknya, apabila kami sama-sama menyampaikan lagu Anak Kecil di Palestin di Dewan Besar Majlis Perbandaran Ipoh tetapi gagal mendapat tempat pertama kerana kami semua hanya memakai baju Melayu putih dan sampin sekolah, berbanding kumpulan nasyid FELDA yang serba lip lap! Namun kami sudah cukup puas kerana nasyid kami tentang ratapan anak kecil Palestin di Aidilfitri itu mengujakan Raja Nazrin yang hadir sebagai tetamu kehormat.
Abang KAS dan nasyid memang sudah sebati. Pembaca Saifulislam.Com mungkin ramai yang sudah biasa dengan nasyidnya. Namun inilah dia munsyidnya, Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin, yang masih terus bernasyid, hingga ke hari perkahwinannya sendiri siang tadi.
Antara nasyid Abang KAS yang paling masyhur ialah Wasiat Sayyid Qutb.
[coolplayer width="350" height="70" autoplay="0" loop="0" charset="utf-8" download="1" mediatype=""]
Wasiat Sayyid Qutb
[/coolplayer]
Penglibatannya sebagai tenaga penting di dalam Usrah al-Wadi Mesir telah meninggalkan kesan yang besar kepada koleksi nasyid yang memperjuangkan fikrah Islam.
Semoga Allah mengurniakan kebahagian dan kebaikan yang berkekalan kepada sepasang mempelai yang kita raikan di hari ini.
Syukur juga kerana ziarah ringkas saya telah menemukan diri dengan ramai rakan seperjuangan yang terus memakmurkan Ipoh dengan suara Islam. Syabas kalian! Moga tambah semangat berjuang selepas wajah terpampang di Saifulislam.Com.
Untuk Abang KAS, salam hormat dari anak usrah dan anak didikmu…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
31650 Ipoh
Antara Koleksi Nasyid Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin bersama Usrah al-Wadi Mesir:
Kredit: wewr.multiply.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Terima kasih ustz, seawal ter’lihat’ beliau, apabila bernasyid di kusza pada 1992…syahdu mendengar lagu islam penyelesaian dan satu lagi yang tajuknya dah lupa …berkenaan dengan amerika datang lagi…’…Amerika itu datang lagi dgn sekutunya…..’ dah lupa dah skripnya tapi ttg serangan tentera sekutu ke negara Iraq.. terima kasih ustz..:-)
Salam ustaz… rugi + menyesal ana x dtg walimah us kas semalam. Hanya dapat mghantar msg tahniah shj. Seperti kata ustaz, siapa yang x senang hati bila berada di sisi ustaz KAS. Jika ustaz sbg shbt dan adik kepada ustaz KAS, Ustaz KAS kepada ana sebagai Ustaz(GURU) dan Naqib. Setiap kata-kata ustaz KAS dlm usrah menyentuh jiwa dan perasaan.-ex-SIS 1998-2002
salam wrt.
Al-Fadhil Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin mengajar ana di kelas tuisyen bahasa arab di medan Kid pada tahun 2000.
Kali terakhir berjumpa beliau secara kebetulan di surau yang ana lupa namanya di Lahat pada tahun 2004, sedih juga pada awalnya beliau tidak mengenali ana, mungkin kerana sudah lama tidak berjumpa.
ana juga mendengar sedikit sebanyak cerita mengenai beliau ketika ana bermusaffir di ardu kinanah bumi mesir cuti summer yang lepas kerana ana sering bertandang ke rumah anak-anak negeri perak di akhir mahathoh, hayyu sabiek. kalau tidak salah ana, ustaz KAS pernah menjawat jawatan YDP anak negeri perak, mesir.
apapun ana mengucapkan selamat pengantin baru kepada ustaz KAS, moga sentiasa dalam rahmat Allah abadan abada, ameen.
wsalam wbt.
emm, ramai juga yang kenal ustaz KAS bertandang ke saifulislam.com ye. Alhamdulillah kenduri semalam berjalan lancar. 10 khemah semuanya… wah. Teruja ana dibuatnya. Atas permintaan orang ramai, akhirnya ustaz KAS setuju bernasyid, tetapi beliau memilih lagu Arab supaya orang tak faham dan tak komen banyak2
Sahabat ana, Meor Saiful Nazli (t-shirt kuning belakang ana) pun kena nasyid jugak. Ustaz KAS minta ana nasyid sama tapi mujurlah berjaya menyelamatkan diri… hehe, saved by the bell….
sufi, bekas pelajar izzuddin juga ye… good to know that.
musaffir tak rindu batu gajah ke? bila nak balik msia? kalau ustaz takde di ipoh, jemput datang ke rumah di Cheras. Poskod 56000 … hehe
Assalamualaikum wrt wbt
Tahniah buat Abang Kas. Huh, memang le betul, dia nih abang, naqib dan ustaz. Bila dengar tazkirah dia, memang tak jemu. Suara dia nih, time tazkirah pun sedap. Dengar kata, lewatkan kahwin kerana nak jaga ibu dia? Gembiralah ibunya dengan tindakan anaknya ini.
Bertambah le anak usrah dia kat Ipoh nun. Anak dari naqibah usrah yang sama ….
Baru nih, ana ucap tahniah pada naqib ana masa kat kisas dulu. Dia jadi ketua amk nasional. Huh, dia boleh call ana on the way balik dari Seremban. Respek ana pada dia….ye la, dulu naqib sekolah, sekarang orang politik. Tapi ana percaya, ini kesan usrah kat sekolah dulu. Ingat dan ukhuwwah, yang tidak diperolehi daripada pengajian di surau dan masjid.
Salam’alayk,
Barakallahu lahu wabaaraka ‘alaihi wajama’a bainahuma fi khayr…Ameen..
Sufi, kita satu batch..huhu…SIS 98-02, sememangnya Ust KAS adalah Guru dan Naqib kepada kami..huhu..nape ana tak tau dia walimah semalam..memang dpt bayangan drp senior ana sblm ni Ust KAS akan walimah Jun ni, tp tak tau plak seawal 2 Jun….huhu :’-( Apa2pun, xde sape boleh usik Ust KAS lepas ni dah…”Ust, bila nak makan nasi minyak plak?” hehehe…Lama juga kami anak2 murid dia tunggu dia naik pelamin sejak kami di SIS lagi, xgtu?
Selain Usrah Al-Wadi, album awal Wadi-L-Jadid juga boleh dikatakan dipimpin oleh beliau. Semasa temu bual di IKIM.fm, anggota nasyid Wadi-L-Jadid pernah merakamkan penghargaan yang tinggi buat Ust KAS atas jasanya kepada mereka.
Salam,
Hmmm. semua muda2 belaka. teman ni SIS juga tapi dah tua (81-83).
Assalamualaikum
Wah tak sangka ini rupanya orangnya yang cipta/nyanyi lagu wasiat syed qutb ni. suka sangat lagu yg penuh makna ni
Assalamualaikum
Ana baru kenal munsyid yg banyak berjasa pada pecinta Islam.
Jzz Ust Has dgn entry ni. Semoga Allah memberkati rumahtangga Ust KAS yg baru dibina.
Ana ni tak cukup “Al-SISi” kot sebab rasanya muka2 dalam gambar tu muka2 familiar tapi tak leh nak recall nama + memori. Boleh intro tak sheikh.
syeikh,
elbaritii tu omar muhammad ker..
ABU SAIF says: of course mate. mana ada Paritian (elbaritii) sehebat beliau. masyhur seantero Parit
aduh tengok gambar rumah ustaz kat post sblm ni menyebabkan jadi tak sabar2 nak balik pasir puteh mngu depan.. teruja tengok muka otai2 S.I.S yg sentiasa istiqamah dlm perjuangan..
Mubarak alaik ya ustaz KAS.Ana tidak mengenali ustaz, namun ana cukup berminat dengan lagu ini kerana ia mengenang kewafatan Sayed Qutb ra.Semoga ustaz sekeluaga bahagia hingga ke akhirat
Remember me bersama serumah di Haiyu Zuhur 1998 lbh krg. Tahniah semmoga perkahwinan diberkati sepanjang hayat dunia dan akhirat.
ustaz KAS adalah ustaz saya di Izzuddin..dan sampai sekarang sy selalu jumpa die bile balik ipoh.rumah saya ngan ustaz dekat sangat…
mase kawin ustaz mmg best..saya da lame sgt tunggu saat ni..akhirnye kawin jugak ustaz saya ni.alhamdulillah..
ex-sis 1997-2001
slm.tahniah pd us:).ana dlu penah jd anak didik us waktu kat ta’yah..Masih ana igt semangatnye us waktu mengajar ..ok sekarang ana dah phm nape us bleh sampaikan nasyid dgn baik sekali waktu hari guru..apepun smg berbahagia dunia akhirat.
tahniah!sampai juga raja sehari ustaz kite yg sorang ni.semoga perkahwinan ini diberkati Allah dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehahAmin..
tahniah kpd ustaz KAS… ustaz KAS penah ngaja ana semasa di Ta’ayah dulu…. (1995-2000)
skrg ni pun….ustaz KAS masih ngaja di Ta’ayah…..
smg berbahagia slalu
Salam… Siapa aus_tart nih? Kenal ana ker?
salam…ana jgk ex SIS….95-96,batch Hafizul Amin Supian klu ingat le.nk tanya ust KAS batch mana?
salam
lama dh x msk sini
alfu mubarak ya ustaz khairil, oo dh kawin yer..
semoga berbahagia dunia akhirat
ana pn pnah belajo ngan ustaz dulu ms kt izzudin
best sgt…tima ksh byk2 ustaz
ex_sista 2001-2002
salam
ana penah blaja dengan ust khairil ni..best tol,jasamu dikenang!ana blaja arab dengan ustaz ni..ceramah pun sedap n die pun in charge nasyid di taayah masa batch ana..ok la,slamat pengantin baru,mg kekal hingga ke syurga..kpd ustaz saif,truskan perjuangan!ana suka btl bace blog ni=)
salamualaik…
lama tak buka website ni.. alhamdulillah, tahniah kat ust kas. tarikh walimah ust kas, sama dengan tarikh walimah ana.. ada dua tiga sahabat2 n guru2 taayah yang p walimah ust kas dulu, pastu baru datng ke rumh ana…
pape pun, tahniah buat ust kas, nanti boleh sambut ulang tahun walimah sama2…
x-taayah (1995-1999)
tahniah ustaz KAS…..uztaz mmg best…
Hello!
I faith that chose the faultless leg of it for asking your make doubts, if not, sorry.
I do not awfully continually go to the forums. And my, my pull someone’s leg doubts is what is:
How do you imagine how moment the conundrum of toll increases, and whether it is plausible far-reaching disaster,
the actuality that already taking place, namely: Rising stuffs charges has transformed stuffs into an global gremainingnmental issue.
Riots make erupted in Egypt, Haiti and Bangladesh in excess of soaring subsistence charges.
People fought one another remaining bags of rice in West Africa.
The causes and the solutions to the stuffs calamity are complex.
Iif not tough and you pull someone’s leg your theory on this, cheer response, I am uncertainlyably interested to catch your theory.
Tthank you
P.S. Sorry for my english.
assalamualaikum…
bertuahnya saudara dpt mnjadi sahabat didikan & teman seperjuangan Ust. KAS..
saya kini salah seorang anak didiknya dalam kelas fardhu ain di Ipoh. Saya mmg kagum akan ilmu yg ada pd Ust. KAS.. moga suatu hari nnti, ilmu yg dicurahkan dpt saya amalkan dgn baik dn mnjadi seorang yg berilmu sptnya.. dan saya sering berdoa agar ank2 saya mnjadi generasi berilmu dan beramal spt beliau…amin.