Sebelum Mata Dipejam

“Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya Hasrizal Abdul Jamil, bertugas sebagai kaunselor pesakit di IJN ini. Izinkan saya mengambil sedikit masa tuan-tuan dan puan-puan, untuk menyampaikan beberapa pesan”, saya memulakan tugasan harian.
Pada pagi bertugas, saya akan menyampaikan sedikit tazkirah kepada pesakit-pesakit yang bakal masuk ke dewan bedah untuk beberapa jenis prosedur pembedahan berkaitan jantung. Lazimnya pesakit bakal dibedah dengan open heart surgery dan juga angiogram.
Biasanya sesi akhir ini hanya untuk pesakit Muslim, tetapi sering juga pesakit non Muslim dan keluarganya duduk mendengar sama.
MELURUSKAN IMAN
“Apabila kita berdepan dengan ujian kesakitan seperti ini, kita ada dua tanggungjawab yang mesti dilakukan. Pertamanya, kita hendaklah berikhtiar sebagai manusia. Untuk itu, tuan-tuan dan puan-puan Insya Allah berada di tempat yang terbaik bagi mendapatkan ikhtiar manusia, iaitu di Institut Jantung Negara ini. Tuan-tuan dan puan-puan akan dibedah dan dirawat oleh kakitangan yang sangat terlatih untuk tugas itu”, saya menyambung bicara.
Wajah pakcik makcik, dan kadang-kadang pesakit yang sama usia seperti saya tekun mendengar setiap butir kata yang saya sampaikan.
“Namun, di samping ikhtiar kita sebagai manusia, kita juga tidak boleh lupa kepada kuasa Dia. Kekuatan emosi dan spiritual amat penting dan merupakan sebahagian daripada komponen rawatan. Dan kekuatan itu tidak mungkin dapat kita perolehi melainkan dengan merujuk kepada Tuhan. Bagi pesakit Muslim, ingatlah kepada Allah. Dan bagi rakan-rakan non Muslim, rujuklah kepada kepercayaan masing-masing, kita sangat memerlukan-Nya pada saat-saat begini”, saya meneruskan kata.
“Perkara pertama yang perlu kita penuhi, adalah dengan membetulkan sangka dan kepercayaan kita kepada-Nya. Jangan sekali-kali tuan-tuan dan puan-puan menganggap bahawa sakit ini merupakan suatu musibah, nasib buruk atau hukuman. Tidak… Dalam hidup kita, sihat dan sakit kedua-duanya adalah ujian. Kita diberikan kesihatan untuk menguji adakah kita syukur dan berterima kasih kepada-Nya. Kita diuji dengan kesakitan untuk menguji adakah kita sabar dan ingat kepada-Nya.
Jadi, sakit dan sihat, dua-dua adalah ujian, dan dua-dua boleh jadi baik atau buruk. Baik jika kita positif terhadapnya, dan buruk jika kita memilih untuk berfikiran negatif terhadapnya”, saya menyambung penerangan.
Saya tidak mempunyai masa yang banyak. Hanya 10 minit sahaja diperuntukkan kerana sebelum itu pesakit sudah pun duduk selama 20 minit untuk mendengar taklimat klinikal oleh jururawat bertugas. Jadi, segalanya mesti komprehensif dan tepat.
“Untuk itu, saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan kepada pesakit Muslim, agar sebelum mata dipejam di bilik pembedahan, pastikan kalimah terakhir yang diucapkan adalah Laa Ilaaha Illallaah. Jangan lagi berkata-kata yang lain, pastikan Laa Ilaaha Illallaah adalah perkataan terakhir sebelum mata dipejam”, saya memberi ingatan.
Ada pesakit yang matanya berkaca-kaca…
MENJERNIHKAN IBADAH
“Apabila tersedar, tuan-tuan dan puan-puan sudah kembali kepada tanggungjawab sebagai mukallaf untuk mengerjakan solat. Tentu sahaja dalam keadaan fizikal yang lemah dan terhad, ahli keluarga terdekat sangat berperanan untuk mengingatkan. Solat ketika sakit, Allah berikan 1001 kemudahan sama ada pada solat, mahu pun pada wudhu’. Saya tidak dapat untuk memperincikannya, tetapi jika ada di kalangan anda yang memerlukan pertolongan, janganlah teragak-agak untuk memberitahu jururawat di wad masing-masing. Mereka boleh membantu, dan saya juga boleh dipanggil untuk apa sahaja hasrat dan hajat”, saya memberitahu.
“Lakukan solat pada bentuk yang sesuai dengan kemampuan kita. Wudhu’ juga boleh diganti dengan tayammum, dan kami lebih suka mengekalkan bentuknya yang mudah dan praktikal. Walaupun ada alat tayamum mudah alih dijual, namun gunakan sahaja sedikit debu yang diperolehi dengan menepuk bantal, atau dinding terdekat yang ada. Insya Allah, itu sudah memadai”, saya cuba meringkaskan penjelasan.
“Akhir kata, saya doakan agar pembedahan yang bakal tuan-tuan dan puan-puan alami, akan berlangsung dengan baik dan beroleh kesembuhan seperti sediakala. Terima kasih atas perhatian anda semua. Wassalamualaikum dan salam sejahtera”, saya menamatkan bicara.
Ada rasa hiba di hati, biar pun setiap pagi mengulangi rutin yang sama.
Andai ditakdirkan Allah saya berada di tempat mereka, mudah-mudahan adalah di sana insan yang sudi mengingatkan diri, agar sentiasa mendampingi-Nya pada detik-detik kritikal sedemikian rupa… kerana amalan itu dihitung, pada akhir dan kesudahannya… Ameen.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
50400 IJN KL
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
andai mata terpejam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ayat 55 Az Zariyyat….
bersambung dgn ayat 56….
Ingatan agar kembali insan kepada ‘hamba’-Nya…
tksh
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Tak sesia jengok saifulislam.com pagi2 ni. 2 hari ni akak ada konference, sebok jadi urusetia. Jadi kalau nak terfikir isu pejam mata dikala sebok dan sihat ni susah sikit, tapi kena usahakan. Jzkk ustaz.
ABU SAIF SAYS: “Wsalam wbt. Patutlah lama tak dengar cerita Kak Ija… Selamat berkonferens”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
semoga khidmat sebegini akan diperluaskan ke seluruh hospital di malaysia…
semoga rahmat Allah melimpahi kehidupan para perrintis yang gigih berusaha, amiin.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ASM, saya rasa kita perlu satu post ustaz (pegawai agama peringkat tinggi) di kementerian kesihatan supaya boleh bagi input bab ibadah dan kaunseling. We need pegawai agama (tetap) di hospital di hospital ,tapi biar lah yang ada good communication skill . Pengalaman I di palliative care for 2 years, we really need regular in-put macam ustaz berikan…
ABU SAIF SAYS: “Wsalam wbt. Kalau peringkat tinggi saya tidak pasti. Tetapi setakat di hospital, jumlah pegawai semakin ramai yang saya temui. Di Hospital Kelang ada, PUSRAWI ada, HKL ada, HUSM di Kubang Kerian ada… Insya Allah the awareness semakin bertambah… Alhamdulillah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
cadangan yg bernas dr Dr N..
hm. ustaz tak bleh ke pelbagaikan cara penyampaian pagi2 tue. sekurang2nya takde la mereka rasa bosan mendengarkan taklimat yg sama setiap hari.
takpun, lepas ni buat dalam bentuk flash presentation klu mesej dia pada pattern yg sama. biar ada background sket, supaya lebih terkesan di hati pesakit2.
sekadar berkongsi pandangan. klu silap paradigma persepsi, harap diperbetulkan..
allahu a’lam
ABU SAIF SAYS: “Pesakit hanya mendengar taklimat saya dan jururawat sekali sahaja. Saya dan jururawat yang kena sampaikan taklimat yang sama berkali-kali. Kalau nak jemu dan bosan pun, bukan pesakit. Tapi saya dan jururawat. Anyway, buat masa ni ok. Banyak benda yang saya ulang2 dalam hidup ini termasuk basuk berak anak, basuh pinggan, ceramah tajuk serupa, student baru tanya 20 FAQ yang sama… so, ok je… jemu belum ada, sebab erti hidup pada memberi… eh, boleh buat entry lain pulak ni”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Masya Allah Uztaz Hasrizal, tak rugi bila kawan-kawan kak kenalkan kak dengan laman ni. Alhamdulillah semuga bertambah2 iman kak yang hanya secebis ni. Kak dah 3 kali dipejamkan mata. 2 kali biopsi dan thyroidectomy dan syukur itu yang kak buat saat pakar bius memasukkan ubat. Terasa sakit saat ubat tu berjalan dalam saluran darah kak menuju ke jantung. kak ingat bila rasa sakit sampai ke bahu, mata kak akan pejam untuk 2-3 jam. Bila dah sedar, syukur alhamdulillah kerana Yang Maha Pengasih masih memberi peluang untuk kak menjadi yang lebih baik dlam segala hal. InsyaAllah. Bila biopsi mengesahkan, terganggu juga mental dan fizikal kak, tp sekarang kak amat bersyukur dengan anugerahNYA kerana masih sempat bertaubat dan masih dapat menjalani kehidupan seharian. Masih dlam rawatan dan sering berulang alik dari Kedah ke KL.
Ustaz, kak nak sangat cara bertayammum dan wuduk di kala sakit. kalau tak keberatan. ..tolong hantar atau cerita dengan lebih terperinci.
Ya Allah , penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia disepanjang hidupku di waktu matiku dan selepas matiku. Amin.
ABU SAIF SAYS: “Syafakumullahu syifaa’an la yughaadiru saqama. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan dan kekuatan kepada diri akak. Insya Allah tentang penjelasan wudhu’ tu, saya akan cuba usahakan… Insya ALlah”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Setiap malam mataku terpejam…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Sebelum mata terpejam..
Terima kasih ustaz..walaupun satu entry yang ringkas..cukup bermakna..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
terima kasih ustaz atas usaha ini..ada sahaja peringatan yang diberikan..peringatan yang menjadi ilmu dlm diri setiap pembaca..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ust.. alhamdulillah.. kna dgn situasi ana.. smalam accident.. moto ana langgar taxi.. baru merasa perasaan org yang dilanda ujian.. susahnya nak solat dgn tangan kaki berbalut.. tazkirah dan ujian Allah taala…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum
sebagai seorang ibu, sering mengingatkan anak-anak supaya mengucapkan kalimah syahadah sebelum mata dipejamkan setiap malam. alhamdulillah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Slm.Terima kasih ust….walaupun simple tapi bermakna.Lebih2 lagi bagi orang yang seperti saya yg selalu sibuk dan sering lupa..smg ust terus dalam usaha dan sumbangan memberi peringatan dan ilmu bagi mereka yang alpa!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
alhamdulillah, kesedaran ummat semakin bertambah.kalau dulu org berikan 1001 alasan utk tak solat bila terlantar di katil hospital, tp skrg org mengejar mencari Tuhan dikala sakit bersendirian..alhamdulillah;)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya setuju dgn pesanan ust dlm bab ibadah cz saya sendiri pnh alaminya sms jg adik sakit di hosp….ramai pesakit yg boleh solat tp tak solat…alasannya tak tau nak tayammum (exmp:yg sakitnya tak leh kena air)…saya rs patut jg klau ada yg boleh tlg ajarkan esp di hosp…islam tu kan mudah tak membbankan….byk rukhsah…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum…
nasib baik sy masih diberi peluang untuk membuka mata setelah mata ‘dipejam’ time operation tempoh hari. sebab, last word saya bukannya lailahaillallah. saya diajak berbual oleh surgeon sampai mata saya terpejam. ya Allah, katakanlah time tu nyawa ini ditarik Ilahi, entahlah di mana letaknya diri ini. moga dikurniakan husnul-khatimah.insyaAllah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
askum ustaz.dah lama saya mencari ruang untuk menyumbang ilmu dalam bidang yang ustaz ceburi ni. Alhamdulillah, pernahs eorang sahabat menawarkan post kaunselor dihospital, tapi ketika itu sibuk sedikit dengan program sarjana. Harap ustaz dapat membantu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
maaf mencelah & lari dr tajuk. pasal tayamum… pernah terlihat disebuah hosp di bdr Afif (Saudi Arabia), slah sorg pesakit (org local arab) di suakan dulang kecil berisi pasir (kasar+halus) utk dia bertayamum… mudah saja dan dia terus bersolat!!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya telah bertanya sendiri kepada salesman yang menjual alat tayammum mudah alih tu, bagaimanakah debu tanah itu dihasilkan? beliau tidak dapat menjelaskannya dan ia tidak didokumentasikan oleh pihak yang mengeluarkannya.
kalau wad patah kaki, mungkin tidak besar isunya. tetapi kalau di wad jantung selepas pembedahan, debu adalah perkara yang SANGAT sensitif. saya tidak mahu dalam usaha kami memasukkan nilai Islam ke hospital, ada insiden yang tidak diingini berlaku berpunca dari alat tersebut.
sebab itulah kami sarankan agar tayammum itu dilakukan dengan menggunakan apa2 debu yg ada di dalam wad, seperti sedikit di bantal atau dinding… kerana environment wad dipantau sentiasa…
saya menggalakkan penghasilan produk tayammum tu, tetapi ia tidak boleh dibuat secara sambil lewa. untuk sesuatu alat diterima oleh hospital, standard ketat mesti dipenuhi.
saya difahamkan, alat itu dijual di farmasi PPUM sebagai option kepada pesakit, namun bukan dari hospital, kerana hospital tidak mahu mengambil risikonya
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam…
akhi… ana ucap jutaan tahniah atas anta dapat bekerja dalam pasukan perubatan yang semakin mencabar… di mana pesakit memerlukan pasukan disiplin pelbagai. pesakit bukan sahaja mahu sokongan dari segi jasmani di mana mereka ingin sembuh… mereka mahu keberkatan pre, intra dan post prosedur… ini yang masih kita ketinggalan… kadang kaunselor di sesetengah hospital masih sibuk dengan kursus, terapi pesakit jiwa & urusan pejabat… mereka kurang diberikan penekanan terhadap aspek ini dalam urusan mereka di hospital…
teruskan usaha murni…
wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum..benar kata kata ust sakit ini adalah satu ujian dari Allah dan sebenarnya adalah satu Rahmat besar darinNya. Apabila kita sakit tumpuan kita akan selalu padaNya. bagi saya sakit yang saya alami memberi kekuatan kepada diri utk berusaha menjadi dikalangan hambaNya yg menanti pahala sabar yang Dia janjikan dan jaminaNya untuk senantiasa berada bersama orang orang yang sabar. Ini cukup membuatkan hati yg gundah dan gersang gembira krn menjadi dikalangan hambaNya yg terpilih. kekadang timbul perasaan takut untuk pulih semula kerana takut akan cepat lupa padaNya…terakhir, saya sokong usaha ustaz memberikan tazkirah pada pesakit dan keluarga krn pesakit khususnya amat amat memerlukan motivasi dan ilmu begini lebih dari operasi dan ubat. positive thinking dan tidak buruk sangka pada Allah akan insyAllah melahirkan satu semangat yang kental untuk terus berjuang..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum…
ust, ana cadangkan agar diterbitkan VCD untuk cara bersuci dan solat semasa sakit, sebagai panduan kepada orang ramai…kalau sekarang dah ada panduan solat untuk orang pekak yang dilancarkan baru-baru ini oleh TG, kenapa tidak boleh dibuat untuk cara bersuci dan solat untuk orang sakit…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Terlintas juga difikiran, apakah alat tayamum yang dijual adalah mengambil kesempatan atas kejahilan umat atau atas rasa insaf dan tanggungjawab?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya rasa, lebih sejahtera jika kita bersangka baik. Saya tidak rasa yang alat Tayammum tu adalah manipulasi kejahilan masyarakat sebab mereka yang jahil, tayammum pun tak reti. Tetapi ia dilakukan mungkin kerana adanya keperluan di situ dan ada peluang perniagaan. Business minded tak salah, elok kalau bijak memanfaatkan ruang yang ada untuk berniaga.
Cuma kalau nak berniaga, pastikan produk yang dihasilkan or dijual, berkualiti dan mencapai piawaian yang ditetapkan.
Saya sokong idea nak buat portabale Tayammum kit tu, cuma saya harap kualiti pembuatannya ditingkatkan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam Ustaz. Boleh hurairingkas sikit mengenai “Walaupun ada alat tayamum mudah alih dijual, namun gunakan sahaja sedikit debu yang diperolehi dengan menepuk bantal, atau dinding terdekat yang ada. Insya Allah, itu sudah memadai”. Apakah yang dimaksudkan “sedikit” itu?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ya saya setuju dgn entry ni. sebaik-baik nasihat adalah mati. dan sblm mati perlulah bersedia dgn amal soleh sebagai bekalan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Teringat masa kerja kat UK dulu. Kawan saya Mauritius Muslim mengajar seorang inggeris-perempuan tua sebelum meninggal. Dia ucapkan kalimah syahadah, alangkah bahagia dia di syurga!!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam…
syukran jazillah kathiran….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ustaz,
True like wat Dr.N suggested – having more ustaz in KKM. I am not aware that there are such ustaz in IJN, HKL, etc. Bagus lah if there are more ustaz around to do that. Suasana Islam tu jarang terasa – kecuali d masjid2, dan event yg bersifat keagamaan shj. It is not being practised as a way of life as it should be, walhal kita berbangga sgt negara kita negara Islam – such a paradox.
Yang best di HUSM lagi satu is – every morning, before start kerja, over the PA system akan dibacakan doa. Sepatutnya kat semua jabatan kerajaan pon patut buat macam tu. A reminder to Muslim workers – to work kerana Allah. Kerja sebagai ibadat. Perhaps – also prevent from buat kerja2 tak amanah dan sebagainya.
Apart from having ustaz for the patients, also lebih cantik if the muslim surgeons sendiri – before making the 1st incision, baca bismillah – kuat2, dia as the team leader act like this, then the whole team in the operation theatre will follow suit, mintak Allah tolong permudahkan operation dan menyembuhkan pesakit. Pesakit pon lebih yakin & redha kalau sebegini. But – that is not what I see. Which is sad.
I’m a first-timer here. i do like the contents of your blog. Good work, ustaz!
Respond to this comment [with empathy]