Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan

ISLAM memimpin perubahan.
Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut.
Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu.
Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan sebesar PAS di Malaysia. Dengan keahlian mencecah sejuta, sebahagiannya menyertai PAS dengan kefahaman Tarbiyah, manakala sebahagian yang lain menyertainya dengan kesedaran Siasah. Sebahagiannya naik kapal dengan rasional, sebahagian lain pula emosional. Dari profesor di menara gading, hinggalah serendah-rendah pendidikan manusia, tetapi ada sesuatu yang difikirkannya.
Kedua-duanya berkumpul di bawah satu hasrat dan cita-cita, tetapi dengan kapasiti yang amat luas kepelbagaiannya.
Justeru sesuai dengan saiz PAS yang semakin besar, jiwa dan pemikiran pendukungnya juga harus membesar sama. Pandangannya perlu besar, dan bersedia untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang datang akibat saiz yang sebegitu besar.
Setelah pemerintahan Islam bukan lagi di kejiranan Madinah, berubah kepada sebuah Daulah yang bersempadankan dua lautan dan benua, kaedah bai’ah bukan lagi berjabat tangan seorang demi seorang di minbar masjid. Ada perkembangan yang berlaku, dan perkembangan itu perlu.
KOMUNIKASI GENERASI EMAS
Sebagai perbandingan, nilaikanlah keberkesanan komunikasi di era Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dalam memindahkan satu berita atau maklumat daripada seorang kepada seorang yang lain, berbanding dengan komunikasi di era Umar al-Khattab r.a, Ali bin Abi Thalib r.a, membawa kepada era Bani Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.
Tidak perlu menunggu hingga ratusan tahun selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Hanya kira-kira 25 tahun selepas kewafatan Baginda, umat Islam sudah teruji dengan Perang Saudara di medan Siffin, berpunca daripada beberapa sebab, terutamanya soal KOMUNIKASI.
Muawiyah radhiyallaahu ‘anhu bukan pemberontak sebagaimana yang dikehendaki imej sebegitu oleh musuhnya. Muawiyah selaku ahli keluarga kepada Uthman radhiyallaahu ‘anhu menghendaki supaya pembunuh Uthman diheret ke muka pengadilan. Hal tersebut harus menjadi keutamaan tertinggi pada ketika itu. Ali radhiyallaahu ‘anhu pula melihat, urusan menghukum pembunuh Uthman adalah sulit sekali untuk dilakukan kerana kucar kacir umat Islam tanpa pemimpin akibat terbunuhnya khalifah Islam ketiga itu. Malah lebih memburukkan keadaan, kumpulan yang memberontak terhadap Uthman hingga membawa kepada pembunuhannya telah membai’ah Ali secara licik dan meletakkan diri mereka di tengah posisi tentera Ali.
Sungguh membingungkan.
Ali berada di Madinah.
Muawiyah berada di Syam.
Jarak ribuan batu yang memisahkan mereka tidak memungkinkan suatu bentuk komunikasi yang efektif untuk masing-masing saling mengetahui sisi pandangan masing-masing.
Persengketaan Perang Siffin menjadi lembaran sejarah yang hitam untuk dikenang oleh umat Islam zaman berzaman. Biar pun Muawiyah dan Ali, masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri, kebenaran tidak cukup untuk menyekat perpecahan. Benar sekali sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Sahih Muslim – hadis no: 157]
Ya, perpecahan boleh berlaku di dalam kelompok yang batil. Perpecahan juga boleh melanda kelompok yang benar. Asasnya ialah pada cara pengendalian mereka, sama ada menetapi hukum Sunnatullah atau sebaliknya.
Kita sangat berlapang dada dalam memahami asas kesukaran berkomunikasi yang berlaku di antara Muawiyah dan Ali. Jarak memisahkan mereka. Teknologi masih terbatas.
Namun apakah pula alasan untuk sebuah komuniti di era siber ini mengalami pengurusan maklumat yang tunggang langgang?
KOMUNIKASI GENERASI SEMASA
PAS seharusnya sedar dirinya sudah berada di tengah arus perdana. PAS tidak boleh lagi berfikir seolah-olah mereka hanya sekumpulan individu yang boleh bertemu di sebelah pagi untuk merancang, dan bertemu kembali di sebelah petang untuk muhasabah. Dengan keahlian mencecah sejuta, PAS sedang diuji dengan keupayaannya menguruskan penyebaran maklumat. Bukan sahaja di kalangan pendukungnya, malah rakyat jelata juga mahu tahu.
“Kita sabar dulu. Tunggu penjelasan daripada Tuan Presiden”
“Jangan percaya dengan manipulasi Utusan Malaysia malah Malaysiakini. Kita mesti berbaik sangka”
“Kami ada maklumat yang kami perolehi daripada sumber tertinggi tetapi tidak boleh didedahkan secara terbuka”
“Salah satu petanda Takwin yang sempurna, adalah pada ketaatan yang mutlak kepada arahan atasan”
Kesemua kenyataan di atas, menggambarkan yang PAS masih berfikir kecil ketika tubuhnya sudah membesar bagai raksasa. Masih menganggap, penyampaian maklumat dari mulut ke mulut, menanti pimpinan turun ke akar ubi untuk membuat penjelasan untuk mencerahkan pegangan, sebagai cara untuk menjaga keharmonian jamaah dan parti.
Apakah ini petanda yang PAS masih belum memfakihkan diri dengan bentuk peperangan semasa yang dirinya sedang berada? Bahawa peperangan hari ini adalah peperangan maklumat. Kegagalannya menguasai maklumat bererti mereka berperang tanpa senjata, atau masih berkeris ketika peluru berpandu menembak jauh dari ribuan batu.
Utusan Malaysia tetap Utusan Malaysia. Sentiasa ‘istiqamah’ dalam tingkah laku buruk kewartawanan mereka.
Begitu juga dengan sekalian pihak yang sudah secara tradisinya tidak berpihak kepada mereka.
Tetapi bagaimana dengan Harakahdaily? Bagaimana dengan halaman web rasmi PAS? Bagaimana dengan blog peribadi masing-masing? Mengapa tidak digunakan kesemuanya itu untuk menjelaskan apa yang perlu diperjelaskan kepada massa yang ramai ini.
Ketika segala propaganda UMNO dan Barisan Nasional bertebaran di media semenjak Isnin, apakah di tahun 2009 ini PAS masih mengharapkan ahlinya menunggu hujung minggu untuk mendengar maklumat tersahih dari usrah atau roadshow dan ceramah perdana?

Kenyataan yang amat ‘tidak menepati zaman’
AMBILLAH IKTIBAR DARI KISAH MEREKA
Saya masih ingat, kejadian di era Reformasi 1998 dahulu, apabila Setiausaha Agung UMNO datang ke England. Slogannya ialah, rakyat Malaysia di perantauan jangan percaya dengan propaganda media asing yang memberikan liputan bias tentang perkembangan di Malaysia. Media asing diletakkan di hujung telunjuk sebagai pesalah yang memporak perandakan pandangan rakyat Malaysia tentang negaranya sendiri.
Lalu Setiausaha Agung UMNO diminta menjelaskan secara ‘live‘ apakah sebenarnya yang berlaku sehingga mantan Timbalan Perdana Menteri lebam matanya ketika berada di dalam tahanan Polis. Jawapan sambil lewa Setiausaha Agung UMNO (berserta dengan kesungguhan melarang percaya kepada media asing) memanaskan kepala setiap yang hadir sehingga ada yang hampir menumbuk beliau.
Sungguh membuang masa.
Ya, jangan percaya media asing.
Tetapi ruang yang diberikan tidak dimanfaatkan untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
Sama jugalah dengan PAS. Jangan percaya Utusan Malaysia. Jangan percaya dengan Malaysiakini. Jangan percaya dengan ‘bloggers’ (bukankah ini kata-kata BN di ambang kekalahan mereka Mac 2008 yang lalu?), jangan percaya dengan TV3… habis mahu percaya dengan siapa?
Harakahdaily tiada maklumat.
Laman web rasmi PAS tiada maklumat.
Usrah masih bertatih untuk mengecap nilai efisyensi.
Dan dalam masa yang sama Mursyidul Am berkata sesuatu manakala Tuan Presiden berkata sesuatu yang lain.
Alasan manipulasi media sudah tidak laku kerana PAS serta sesiapa sahaja mempunyai 1001 ruang untuk menyatakan apa yang tidak boleh dinyatakannya di media milik UMNO atau Barisan Nasional. Mana mungkin penjelasan dilewat-lewatkan, berulang-ulang kali… tanpa menjangkakan kerugian dan kemalangan menimpa PAS akibat sikap tidak kompeten seperti ini.
Jangan nanti alasan ‘ada benda yang orang tidak boleh tahu’ diulang berkali-kali sehingga massa pun sudah malas untuk ambil tahu.
Era perang digital, jangan lagi membawa sikap analog yang membinasakan.
Saya menjangkakan laluan yang sukar buat Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, jika perubahan ini gagal dilaksanakan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
Comments are closed.








































about 7 months ago
Salam ustaz…
Mesti lama ustaz bermenung memikirkan…
Semua benda ada pro dan kontra.
Keterbukaan media membantu ke arah kemenangan… Bila dah menuju kemenangan, timbullah cabaran dari sebalik faktor yang membantu itu…
Risau sungguh, hanya mampu berdoa…
dan luahan kata seperti blog ini… http://amdang81.blogspot.com
about 7 months ago
Artikel yg sedikit-sebanyak mengurangkan ‘kepanasan’ telinga ana.
syukran ustaz.
about 7 months ago
Salam ustaz…
Akhirnya ustaz cuba jua mencoret tentang mehnah yang melanda satu gerakan Islam tertua di Malaysia. Bagi ana sendiri didalam kapasiti individu dan mengamat isu ini,ana boleh katakan kedua-dua belah pihak bermasalah dan menimbulkan masalah.
Ana cukup bersetuju banyak masalah yang ditimbul adalah kerana kurang berkomunikasi dan masalah sikap.
Pencadang tidak proaktif melerai,penentang menutup telinga dari mendengar. Mereka masing-masing seronok bertikam diatas gelanggang media khususnya Utusan dan Malaysiakini.
Cuma satu soalan, tidakkah hal sekecil ini (komunikasi) tidak terfikir dek pimpinan untuk meleraikan hal sebesar ini?
Pepatah melayu ada berkata ” Orang tua,banyak makam garamnya” tetapi jangan kita lupa “Orang tua itu banyak penyakitnya”. Sudah 50 tahun lebih, masih tidak belajar ?
Dunia sudah berubah,jalan mesti ke depan…
Facebook ada
YM ada
Yahoogroup pun bisa…
about 7 months ago
Salam,
Pimpinan PAS memang dah lama tewas dengan peperangan media sejak dahulu lagi.Kalau kita lihat muktamar tempoh hari secara jelas menunjukkan Harakah Daily dan website PAS langsung tidak menjadi pemain komunikasi alam maya yang baik untuk parti dakwah ini.Mereka seolah2 buntu dan mengikut arus perdana semata2 sehingga hilang kredibiliti mereka sebagai penyebar maklumat dan fikrah buat penggerak perjuangan PAS.
Peperangan media dibiarkan berlarutan sehingga timbul pelbagai berita fasik dan fitnah di tengah gejolak percanggahan ini,walhal masalah yang timbul adalah mudah,”salah faham”.
Rukun Bai’ah yang selama ini dihadam dalam usrah baik di peringkat kawasan mahupun universiti semacam tidak membekas kepada sebahagian pimpinan.Mungkin juga mereka ini naik bukan atas dasar kefahaman kepada Islam yang sebenar,kenaikan jawatan mereka di dalam PAS dilihat sekadar mahu memenuhi rasa ingin berjawatan bukan atas dasar Al-Fahmu yang menjadi tunjang kepada rukun bai’ah yang digagaskan oleh AS-Syahid Hassan Al-Banna.
Kalau rakyat jelata risau dengan keadaan ini, seharusnya ahli PAS yang “core” tidak melatah dengan situasi ini kerana tarbiyah dan didikan yang diberi melalui usrah2 inilah yang menguatkan kita ttg kefahaman dan agenda yang mahu dibawa oleh PAS, tidak kiralah atas dasar perpaduan ataupun pakatan.
Barangkali dek kerana kurang didikan dan pengawalan sinergi antara sunnatullah dan syari’atullah menjadi penyebab kekalutan komunikasi antara pimpinan atasan P ini.Wallahu’alam
Kita tunggu dan lihat..
about 7 months ago
kemelut politik malaysia sudah caca merba…
bercampur segalanya…
perang inside and outside….
rakyat tengah-tengah merana….
pengikut disuruh menungu,
tetapi berita tetap tidak kunjung tiba….
mana satu yang mahu didengari?
about 7 months ago
Salam’alaik.
Mohon maaf sekadar ingin tahu.
pernyataan “Salah satu petanda Takwin yang sempurna, adalah pada ketaatan yang mutlak kepada arahan atasan”
ishh… payah jugak ni, sebab pada pendapat saya ketaatan mutlak tanpa pemikiran dan penilaian bukankah agak bahaya – bukankah itu namanya taksub?
Abu Saif reply on June 19th, 2009 12:59 am:
@umminiasma,
wsalam wbt
ketaatan yang mutlak kepada ARAHAN, berbeza dengan ketaatan yang mutlak kepada PANDANGAN.
selagi mana pandangan itu masih suatu pandangan, semua harus bersegera memberikan buah fikiran untuk mencapai pandangan yang terbaik. tetapi setelah pandangan diputuskan sebagai suatu arahan, perlu ada disiplin untuk arahan itu berjaya dilaksanakan.
ketika arahan masih diperkatakan dalam bahasa pandangan, semua manusia terus membijak-bijakkan diri ketika hakikatnya mereka sedang dipijak-pijak
zarul reply on June 19th, 2009 1:31 am:
@Abu Saif,
salam.
sy stuju perlunya kita kpd mematuhi arahan pimpinan. tetapi bagi sy kurang tepat utk menjadikan kepatuhan itu sbg ketaatan yg mutlak; kerana perkataan mutlak itu sendiri memberi makna seolah2 tiadanya pengecualian melainkan tunduk kpd arahan itu secara total. sikap sebegini tentu sukar diamalkan oleh org yg berpendirian. mana mgkin seseorg itu tdk bersetuju dgn buah pandangan pimpinan namun tetap taat kpd arahan pimpinan secara mutlak. sungguh sy merasakan ketaatan mutlak kpd arahan itu tidak mgkin hadir dalam hati dan diterjemahkan dlm perlakuan melainkan bersamanya ada sikap taksub atau taklid yg membuta.
ikhwan reply on June 20th, 2009 1:13 pm:
kalau ikut manhaj ikhwan, ada.
Betul la mcm Abu Saif tulis. Ada pandangan ada arahan.
Arahan tu dia jadi mutlak selepas suatu proses.
Memang kena ada mutlak. kalau x jemaah longgar.
Lgpun mutlak atau tak ni ikut level jugak. Kalau ahli yang peringkat tinggi, memang sepatutnya beri ketaatan yang mutlak pada arahan, tp boleh fleksibel pd pandangan. ahli yang bawah2 ni kalau dia x berapa ikut arahan, dia salah la jugak, cuma kita anggap dia masih baru dan kurang faham.
about 7 months ago
Akhirnya ustz komen juga tentang mehnah siasah yg berlaku kini… Saya sangat bersetuju dgn ustaz.. KOMUNIKASI yg lemah bukan saja kepada ahli dan masyarakat, malah antar pimpinanpun sama!!..
Mungkin kita terlalu byk syok sendiri kerana kemenangan demi kemanangan yg Allah beri.. sampai lupa menilai kemampuan diri.. Apapun terus terang, pendapat saya tentang isu UG ini… cadangan yg baik, tapi bukan pada masa yg sesuai!!!
Apapun saya tetap mendoakan agar kekeliruan ini dapat dirungkaikan dgn baik oleh TGHH & TGNA… jangan hilangkan fokus utama dek kerana kebodohan kita membiarkan diri kita dimanipulasi oleh media..
alqasam reply on June 18th, 2009 6:05 pm:
@mahasiswa,
Rasanya Ustaz dah sebut, alasan atau manipulasi media tidak akan berlaku jika kita bijak bermain stratergi.
Masalahnya, tiada penyelarasan SATU jawapan/berita dari PAS. Samada melalui majlis syura’ atau Dewan Ulama’.
Berdepan dengan Media, ketika kita sendiri belum ada jawapan/penyelesaian yang absolute paling bijak sebaiknya menyebut No Comment.
” Al-Harbu Khad’ah aw Khid’ah” Hadis Soheh
about 7 months ago
salam’alaik,
sambung sikit lagi…
bukan ker taksub ni boleh menyebabkan sebelah ‘mata’ buta dan kita gagal melihat perspektif yang lebih luas?
fidhlu_mtant reply on June 19th, 2009 10:21 pm:
@umminiasma,
salam.
kepatuhan kepada arahan pihak atasan bukanlah bermaksud taksub atau taklid membabi buta…tetapi kepatuhan itu amat perlu untuk menjaga penyatuan ummah dalam satu badan itu sendiri..walaupun kita tidak bersetuju dengan arahan itu..
about 7 months ago
Salam ustaz. Ana bersetuju dengan entry ini. Semoga pimpinan PAS memanafaatkan teknologi yang ada untuk komunikasi yang lebih efesyien untuk kepentingan Islam dan ummah. Hanya dengan satu panggilan yang ikhlas masalah boleh jadi selesai.
Sesiapa, mohon maaf kalau bersalah. Sesiapa, buang jauh-jauh ego dan penting diri.
about 7 months ago
maksudnya perlu untuk bergerak pantas dan maklumat perlu untuk disampaikan kepada pengikut secara lebih efisyen.
about 7 months ago
Sehingga ada para pejuang yang mengeluh, “rasa macam nak masuk tabligh”
muhammad reply on June 19th, 2009 12:05 pm:
@Afyan,
ana pun..
about 7 months ago
makin dilihat perkembangan tidak berubah. PAS masih masih lagi banyak membuang masa dengan mengelak serangan. Perlu diubah gaya gerak kerja tak kiralah golongan aktivis, profesional dan ulamak. Mungkin itulah penyebab PAS masih lagi belum diberi kemenangan yang besar. Ini merupakan cabaran selepas PRU 1998. Bentuk perbincangan perlu menjurus kepada approach dan sumbangan. PAS sepatutnya bukan sebagai alternatif tapi sebagai lead maker yang berpengalaman. Itulah mehnah jika mendapat kemenangan.
about 7 months ago
slm us, mmg btul kommunikasi sgt2pntg utk sampaikn mklmt bg elakan kkliruan..namun, skp bbrp indvd yg tergopoh gph dlm suarakan pndgn n kluarkn knyataan jg rs d amvil kira.
wala yg d beri n mesti dlksakan d prgkt ahli bkn saje2, tp uk utk jg ksatuandlm jaah..kbkh itu lbh ptg?
about 7 months ago
Salam.
Moga ustaz dh keluarga sihat sejahtera. Saya kagum dengan PAS sejak lama dahulu. Dan penerimaan golongan bukan Islam terhadap PAS semakin baik dan amat menggembirakan. Saya tak yakin Pas boleh bawa semula keamanan kepada negara. Tetapi Islam akan membawa kesejahteraan pada Malaysia dan dunia. (Jelas sekali saya x bersetuju sepenuhnya dengan PAS, dan saya akui). Seperti kata ustaz, PAS parti yang besar, maka, dah ahli-ahli inilah yang diharapkan menjadi cerminan Islam. Sayang seribu kali sayang, tak semua cermin itu cantik berkilat. Ada yang retak.., Isu bekas menteri besar perak yang kadag kala tindak tanduknya agak memalukan. Atas dasar apakah mereka ini berjuang. Apakah matlamat menghalalkan cara. Apakah atas nama perjuangan Islam, sesetengah gol tidak berhak ditegur. Sungguh rumit. Apatah lagi sekarang hangat dengan isu kerajaan perpaduan. Memang sukar untuk menjangka keikhlasan kedua-dua belah pihak. Saya ada membaca penulisan Dr Maza berkaitan kerajaan perpaduan di blognya. Saya harap agar ustaz dapat memberi pandangan. Harap, ustaz tidaklah bias dalam memberi ulasan. Buatlah penilaian bijaksana. Saya menanti. Mungkin ada yang melihat PAS adalah satu-satunya saviour. Saya melihat, perancangan Allah lebih bijaksana dan menjangjau minda hebat manusia. Kerana itu saya katakan, PAS belum tentu mampu bawa kesejahteraan, tetapi Islam mampu! Jazakallah
dai'e reply on June 22nd, 2009 1:49 pm:
@ibnu ali, bukanka islam itu dibawa oleh pas???
Afi reply on June 23rd, 2009 7:20 am:
@dai’e,
Ye, Islam memang dibawa oleh PAS. TAPI bukan PAS sahaja yang bawa Islam di Malaysia. PAS perlu dirai kerana perjuangannya menegakkan Islam dengan metod utama mereka melalui medium politik etapi jangan sampai taksub kepada PAS dan tidak membuka ruang pihak lain (note:organisasi Islam lain) mengetengahkan metod perjuangannya. InsyaAllah, semuanya mempunyai matlamat yang sama. Kita lapangkan dada, semoga KEMENANGAN ISLAM menjadi misi utama BUKAN kemenangan PAS.
ibnu ali reply on June 24th, 2009 5:38 pm:
itulah yang saya maksudkan. Bukas PAS sahaja yang bawa Islam. Walaupun ada yang akan kurang bersetuju, hakikatnya adalah UMNO juga membawa Islam, yang mereka fahami.yang penting, kita tidak harus terlalu taksub sehingga gagal melihat kesilapan dan kesalahan sendiri. Islam adalah Islam,. x ada Islam PAS, Islam UMNO, ISLAM JAKIM dll.
Afi reply on June 25th, 2009 12:18 am:
@ibnu ali,
Saya bersetuju dengan ibnu ali, hehe, cuma nak menjawab pertanyaan dai’e tu “bukankah Islam itu dibawa oleh PAS?”. =D
about 7 months ago
setai yang berlaku pasti terselit hikmah yang cukup berharga..
pandanglah segalanya dengan positif dengan kebersamaan Allah..
jangan cepat melatah..
smg Allah bantu kita dan pemimpin2 kita..
amin.
about 7 months ago
saya amat setuju dengan artikel diatas.
teknologi sudah semakin maju sekarang, susah sangat ke nak ber-skype untuk berbincang?
about 7 months ago
Salam…perjuangan tidak hanya diukur pada deretan draf perlembagaan parti, slogan, misi visi, jubah atau pakaian. Perjuangan islam yang murni, tulus dan ikhlas adalah perjuangan yang diukur dengan terjelmanya di hati, terucap pada kata-kata, melahirkan tindakan yang proaktif, efisyen dan bermaruah, bertunjangkan akhlak yang mulia. Diikat dengan ikatan kasih sayang,persaudaraan, ukhwah islamiyah, saling faham memahami dan dikukuhkan dengan toleransi yang matang (bertolak ansur).
Semoga Allah azzawajjalla dan Rasulullah s.a.w tetap di hati kita membugar semangat perjuangan yang tulus, ikhlas dan suci.
Sama-samalah kita koreksi perjuangan kita wahai pemimpin dan pendukung obor islam sekelian.
about 7 months ago
pemimpin PAS seharusnya menetapkan pendirian parti. apa yang berlaku sekarang sebaliknya. banyak percangahan berlaku di peringkat tertinggi. hinggakan pimpinan yang berada di bawah jenuh untuk ‘mereka cerita’ untuk mententeramkan akar umbi.
PAS harus berubah paradigma. Mencari pepaduan itu keutamaan, buruk sangka itu tinggalkan. atas nama ISLAM kita bersatu mempertahankan hak kita agar kita tidak dianggap menumpang di bumi sendiri. SEJARAH ADALAH KITARAN
about 7 months ago
Saya diajar untuk membayangkan diri didalam kasut mereka disebelah sana, sebelum memberikan komen atau kritikan.
Maka, pada pandangan saya memang benar bahawa Pas harus memperbaiki carakerjanya. Dan artikel ustaz diharapkan dapat mencetus perubahan kearah ‘diffusion of information’ yang lebih baik. Dan akan mengajak pihak yang sepatutnya untuk mengambil serius perkara ini.
Tetapi, agak kecewa membaca sesetengah komen diatas dan dilaman-laman lain. Jika ingin dicari orang/ jemaah/ parti yang ‘perfect’ yang memperjuangkan islam, mungkin tidak akan berjumpa dengannya. Pas mempunyai banyak kelemahan maka tanggungjawab kita untuk membantu ia berubah. Jika benar komunikasi didalam Pas harus diperbaiki, ayuh sama-sama
1) menawarkan diri dan kepakaran untuk mengemaskini laman web pas. Jika bukan diperingkat pusat, diperingkat negeri dan cawangan sudah memadai
2) membantu menggerakkan usrah. Samada dikampus, dicawangan mahupun dimana-mana jua
3) membawa perubahan sikap didalam keluarga, masyarakat, tempat kerja dan lain-lain
Dan elakkan dari menjadi mereka yang hanya tahu komplen, kritik dan komen. Sedangkan diri sendiri tidakpun berusaha membuat apa-apa kebaikan dan perubahan. Sedangkan mereka yang dikomen, dikritik dan dikomplen itu sedang berusaha gigih bermati-matian untuk menegakkan islam dll.
Mohon dibetulkan jika ada yang tersalah.
dai'e reply on June 22nd, 2009 1:53 pm:
@tiada nama,
betul2… ana setuju…
sfr reply on June 25th, 2009 6:03 am:
setuju…
dizz reply on October 26th, 2009 12:31 pm:
@tiada nama,
YA SETUJU SEKALI. mudah2an Allah menolong perjuangan suci PAS kerana walau dilihat banyak kelemahan tapi mereka berjuang dan berusaha semampu yg boleh dgn ikhlas kerana Allah.
parksoo reply on October 26th, 2009 12:52 pm:
benar, membaca komen2 di atas, terfikir jugak apakah yg mengomen itu sekadar penyokong atau mendokong dan bergerak membantu. Dlm pemerhatian, banyak cadangan boleh dilontarkan, tp bila di tanya siapa sanggup bentu laksanakan, ramai yg menikus dgn berbagai alasan. Cuba lihat di WPKL, lubuk segala manusia dgn pelbagai kebolehan, tp di peringkat negeri dan kawasan, masih banyak yg perlu dilakukan dgn tenaga yg terhad.
Hulurkanlah bantuan dgn iltizam dan penglibatan, bukan sekadar retorik semat
rahabiah reply on October 28th, 2009 5:39 pm:
tersangat setuju dengan komen tiada nama
Malah saya lebih lagi dari itu, saya mengajak abu saif sendiri untuk membangunkan dan mencekapkan lagi cara pimpinan ulamak kita berhubung dgn masyarakat. Saya cabar abu Saif untuk tidak sekadar bersilat di blog, tapi pergi ke pejabat agung selalu dan tolong sedaya yang mungkin…
Abu Saif reply on October 28th, 2009 6:10 pm:
@rahabiah,
apa hal nak cabar mencabar ni?
rahabiah pegang jawatan apa di kawasan, cawangan, jabatan mana?
awak kenal ke dengan saya? saya ahli pas ke tidak? ada jawatan ke tidak dalam pas? pergi meeting di pejabat agung ke tidak? cakap tu pakai otak sikit.
salah satu kebodohon yang ketara ialah apabila menganggap orang yang menulis blog adalah penulis blog 24 jam, takde kerja lain.
about 7 months ago
salam,
Mudah nak meninggalkan komen disini, tapi bukan semua mahu terlibat dalam perubahan yang disarankan. Bercakap berpijak pada bumi, bukan terawang-awang seperti mahukan ia terealisasi seperti kayangan.
Diulang-ulang,kemantapan islam ditutupi oleh debu2 penganutnya. Hal ini tidak terkecuali pada PAS sendiri @ mana2 badan Islam yang sering mendakwan berpandukan AlQuran dan Hadith, tapi bilamana ahlinya tidak serupa bikin.
Masyarakat bukan menilai pada maklumat semata-mata, tetapi juga pada tindakan ahli organisasi itu sendiri. Masyarakat keliru, orang muda keliru.
Dimana letaknya kaedah matlamat tidak menghalalkan cara, bilma mana pihak yang mendakwa membawa Islam lebih kurang sama sahaja taktik dan tekniknya dengan pihak yang mereka tentang.
“Oh, itulah kamu, kamu bukan orang poitik, orang politik je yang boleh pikir macam ni!” hujah seorang rakan yang “bijak” politik kononnya.
“Tapi RSAW juga berpolitik, takde la sampai tahap macam ni.” kata seorang muda yang keliru.
Namun, PAS sendiri banyak melakukan perubahan bermula dari pimpinan mereka, dari sekecil2 perkara (merokok) hinggalah kepada sebesar2 benda (rasuah dan sebagainya).
Apapun, seperti harakah daily, malaysia kini dsb, bila dibaca semua ada BIAS yang tersendiri. Pening2!!
Kalau bukan melihat kepada teras perjuangan parti sudah lama meneutralkan diri @ buat parti baru! WAhahaha~
Mengapa kita tak buat apa yang kita cakap?..
about 7 months ago
sangat senang hati dengan pandangan tiada nama di atas..
about 7 months ago
Salam us..mslh y b’laku ni dsbabkn KITA y lmbt@slp m’br respon t’hdp cbrn smasa..dspln y tlh dbw oleh ibn khldun..y plik,knp b.gates blh sedar ttg cbrn IT itu hmpr 30 thn lps? Dmana MUSLIM?
pali reply on June 19th, 2009 4:09 am:
@Hasanhusaini,
hurm.. rata- rata yang disini kecil @ belum lahir lagi 30 tahun lepas. Adakah tiak mungkin soalan ini tidak berulang 30 tahun akan datang..
tapi apakah cabaran semasa kini wahai abangku?
about 7 months ago
Pertama,kengkadang saya terfikir cmnala orang Barat berpolitik dalam parlimen dia.Sebab pernah tengok perbahasan parlimen dia (House of Commons),boleh kata matang, xde emo2 or nak mengutuk2 peribadi orang.
Kedua,saya sebagai org luar pun pelik bila pendapat2 ahli2 pas bertentangan.patutnya kenalah masing2 berhati2 sebelum keluar sebarang kenyataan,kenalah sebulat suara dulu,sebab PAS itu satu jemaah dan badan.Sebarang pendapat itu akan reflekkan keadaan dan pemikiran PAS keseluruhannya.
ketiga ,saya terfikir apakah masalahnya kalau juga Pas dan Umno duduk berbincang elok2 atas dasar2 yg sama2 dipersetujui,dengan masing2 xde keepntingan.susah sangatkah.Kenapalah susah nak duk berbincang. Pas lagi bijak politik dia kalo dengan semua win-win situation,UMNO,DAP KEADILAN.
Kita kusut dengan cerita2 politik begini,sedang tiap2 hari banyak problemnya, masalah jenayahla,sumbang mahramlah,TV yang hedonismnya.Nampak gayanya bukan yang batil je yg kena tarbiyyahkan,yg berjuang kebenaran pun masih perlu banyak memperbaiki diri.Masing2 kena membuangkan keegoaan masing2 agaknya.Wallahua’lam
sfr reply on June 25th, 2009 6:07 am:
rasenye bincang dah bnyk kali..tapi titik persefahaman payah nak jumpe
about 7 months ago
salam.
suka atau tidak. kebanyakan rakyat (baca: pengundi) lebih terdedah kpd media arus perdana (baca: media bukan milik PAS).
Penyokong PAS di dalam PAS mungkin lebih tahu cerita sebenar (is that so?). Namun begitu, ramai juga para penyokong yg berada di luar (baca: bukan ahli, x pernah hadir ceramah/muktamar dsb). Juga yg bukan penyokong tetapi lebih kpd PAS sympathizer (maaf, broken english saya. maklum lah bukan produk PPSMI), yg mana sokongan mereka ini seasonal tp boleh jadi permanent jika PAS betul2 meyakinkan. PAS perlu juga tumpukan approach/info lebih kpd org2 di luar ini, yg bukan semua ada akses internet utk baca media alternatif, blog dsb.
contoh.. Kemelut skrg – the so-called Kerajaan Perpaduan telah mengakibatkan bukan sedikit berita yg bercampur aduk xtau mana satu betul mana tipu mana sungguh mana auta.. kita pun xtau nk pegang yg mana.kita pun mengaji tinggi mana. yg boleh sabar ok la.. dia tungggu jer.. yg lain? ntah la. betul lah, setiap kejadian itu ada hikmahnya.. tp ambillah pengajaran.
maaf, jika ada sedikit unsur2 emosional (saya rasa masih terkawal). tp itu lah manusia.
about 7 months ago
Assalamu’alaikum wr. wb.
Tahniah Ustaz,
Artikel yang sangat dinanti-nantikan. Muhasabah yang sangat baik untuk dilakukan oleh Pimpinan dan ahli-ahli PAS.
Wassalam.
about 7 months ago
Satu ulasan yang patut dijadikan iktibar bersama dalam meneliti kemelut terkini di dalam PAS.
about 7 months ago
saya tidak faham kenapa PAS seolah-olah membuat perangkap dan masuk ke dalamnya. UMNO yang terdesak, hilang populariti dan ada kemungkinan tewas dalam pilihanraya akan datang.
sepatutnya jika perlu kerajaan perpaduan, UMNO lah yang sepatutnya sibuk untuk menjayakannya. Sebab PAS pada pandangan saya sudah kukuh kedudukannya berbanding UMNO.
Kenapa perlu terburu-buru untuk bertindak. Ibarat bermain catur, UMNO is supposed to make the next step, tapi PAS yang terburu-buru bertindak dan mungkin akibat dari sikap tidak sabar itu, PAS akan tewas dalam permainan keseluruhannya.
about 7 months ago
Salam aleykum,
Artikel yang harus dibaca oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS. Ubah paradigma komunikasi mnyusur arus semasa.
Syabas ustaz atas artikel yang amat bermanfaat ini.
about 7 months ago
Salam,
Insyaallah polemik ini akan diselesaikan secepat mungkin oleh pimpinan, usaha kearah itu pasti sedang giat direncanakan. Apa yang penting, sebagai pendokong perjuangan Islam, kita tidak bertindak untuk mengeruhkan lagi keadaan.
“Bersama memimpin perubahan”
about 7 months ago
kerana tak semua yang faham konsep assam’u wat too’ah (dengar dan patuh), maka penjelasan yang sepatutnya amat perlu bagi pemyampaian maklumat dan rasional gerak kerja dilakukan..
about 7 months ago
jgn sampai ahli2 kita sendiri y memboikot lidah rasmi kt…
dlm hal kekalutan mndpt info terkini, ‘thumbs up’ utk tvpas atas usaha segera mengupload video! teruskan utk mem’back up’ harakhdaily.net.
Allaah yusahil alaikum..~
about 7 months ago
Bagaimana Muhammadiyyah yang mempunyai 25 juta ahli boleh mampu menyampaikan.
Tapi mereka bukan politikal. Haih
about 7 months ago
suka dgn pandangan Ibnu Aiman…
memang orang tua banyak penyakit,namun pengalaman seorang tua patut juga difahami dengan baik oleh orang muda,dgn syarat…
‘ambil yg jernih,buang yg keruh’
kita semua pernah muda,sama-sama dewasa dan menua hingga dipanggil semula Ilahi…
about 7 months ago
Ustaz Hasrizal tidak menjawab mengikut peranan beliau sebagai seorang pendakwah dan berkemampuan membimbing.
Kenapa tembak kelemahan komunikasi? Bukan pimpinan bacapun, rajin-rajinlah turun untuk berdialog dengan pemimpin supaya teguran ini sampai..
Sedangkan pembaca dahagakan penjelasan, nah….. peluang terbuka untuk menjelaskan ahli. tapi Ustaz memilih untuk membuka pekung jemaah pada ahli.
Lagilah menebal ketidak puas hatinya ahli pada jemaah.
Azwan reply on June 19th, 2009 8:24 pm:
@wan_jtk,
kenapa tembak kelemahan komunikasi?? sebab itulah kelemahan yg perlu diperbaiki!
macam mana ust pulak nak jelaskan sedangkan mereka yg darinya segala ni datang tak jelaskan.
kena cuba baca apa dlm fikiran mereka? read between the lines reports from MSM? atau suruh tangguhkan isu ini kerana tidak relevan/nampak berkecamuk pada masa ini sedangkan mereka at the first place yang bangkitkan??
hakeem reply on October 26th, 2009 5:38 pm:
@wan_jtk,
“Ustaz memilih untuk membuka pekung…..”
membuka pekung?mungkin penyataan ini tidak sesuai.pada ana pandangan ustaz ini adalah salah satu cara untuk memberitahu dan menyedarkan pimpinan dan ahli2 tentang kelemahan PAS yang boleh diangaap besar,kerana masalah ini jugalah yang mencetuskan perang siffin.Cuma mungkin perlu memikirkan cara yang efektif untuk menyampaikannya pada pimpinan. (^_^)
rahabiah reply on October 28th, 2009 5:42 pm:
setuju juga dgn wan_itk.. Patutnya kalau ada rasa tak puas hati, salurkan melalui cara yg betul, bukan di blog. Jangan jadi pimpinan yg sibuk berblog lantas mengkritik sana sini, jadi pembakar fitnah. Cuba tindakan membantu mendahului idea berbentuk tulisan…
Abu Saif reply on October 29th, 2009 1:49 am:
@rahabiah,
Why not rahabiah cadangkan benda yang sama kepada YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Bukankah teguran Mursyidul Am kepada pimpinan PAS dibuat di blog. Dan segala kekecohan hari ini adalah ekoran kenyataan di blog Tuan Guru. Apakah Tuan Guru tidak boleh menegur dalam mesyuarat? Kenapa mesti di blog?
about 7 months ago
Mungkin sudah tiba masanya, berikan lebih banyak tanggungjawab dan kepercayaan kepada generasi muda, generasi Y. Rugi kalau tak digunakan ide, kepakaran dan kehebatan anak-anak muda ni. Jangan underestimate keupayaan golongan muda.Sekadar pandangan saya yang rasanya bolehla dikategorikan sebagai generai Y juga
about 7 months ago
salam ust, s sebagai petugas sepenuh masa dengan jemaah sgt setuju dengan artikel ini, sebagai amilin kesabaran saya sangat terui dengan masalah komunikasi pimpinan, ahli dan rakyat hanya perlukan penerangan yang telus dan kelas.Seruan saya pada semua pimpinan, berubah la utk memimpin perubahan!
about 7 months ago
btol2….
komunikasi perlu lebih berkesan
kne cpt…
kalau boleh habis je berita terkini kul 9 tu..
kt wbsite2 yg sepatutnye dah cerita ape yg patut disampaikan kalau nk ckp berita tu manipulasi…
p/s:ceyh…ckp cm pndai je.huhu
about 7 months ago
Inilah antara cabaran politik di Malaysia.. Melayu Islam terpecah dua..kaum lain lebih bijak berpolitik..bersatu dalam banyak hal..
Mungkin idea One Malaysia oleh PM adalah idea yang dicedok dari DSAI yang kini ‘menerajui’ PR..yang merupakan penyelesai kepada kemelut politik di Malaysia yang caca merba..
Apa yang diharap Hak Melayu Islam tetap terbela dalam apa jua suasana..dengan syarat kaumnya bersatu kembali mengamal dan mendaulatkan Islam
ummu aziz reply on June 20th, 2009 4:15 am:
salam,
ana dh tanya tuan presiden sendiri semalam,
dia kata ini hal rumahtangga dia, dan bukanlah permasalahan ummah.
biasalah, ayah tegur anak kerana kasih sayangnya dan untuk membentukknya. bukan sesekali untuk mengutuk atau jauh sekali menghina.
semuanya kerana kasih sayang seorang berpangkat bapa.
about 7 months ago
pihak yg bertanggungjawab, tolong kemaskini TVpas dengan segera..
about 7 months ago
perang digital…hmm teringat cerita die hard 4… bahaya tu
about 7 months ago
salam,
kita rasa kita jauh lebih tahu dari mereka,
walhal kita hanya tahu sedikit,
kerana tahu sedikit ramai berkata banyak,
kerana media banyak fikir celaru,
tinta kita banyak titip kekarutan,
sedang yg benar sebenarnya ada,
kita rasa teknologi media kita kehadapan,
kita lupa mereka telah jauh mendahului,
ada yang merasakan orang itu masih kolot,
atau sebenarnya kita yang tertinggal,
maaf ana mencelah,
ana tidak memandang pas itu lemah,
kerana ana juga mengikuti perkembangan mereka,
benar media sedang berperang,
malah di blog juga sedang berperang,
hingga sukar mencari mana yang benar,
ramai antara kita keliru dengan berita yang disampaikan,
sehingga merasakan pas sedang lemah,
sedang ana sentiasa berpada-pada dalam menapis berita,
banyak yang panas,
yg mana dibuat-buat wartawan dan berita,
tiada sebenarnya yang panas,
kita sahaja yang menggelegak tak keruan,
terpengaruh dengan dakyah,
bagi yang istiqamah,
syukur,
bagi yang belum,
perbanyakkan sabar dan berfikir,
TG A Hadi bijak orangnya,
TG N Aziz juga bijak orangnya,
mereka sebenarnya saling membantu,
kita yang tidak tahu,
perlu lebih banyak surf maklumat,
kerana di sini – internet,
benar-benar banyak maklumat,
salam.
about 7 months ago
Assalamualaikum,
Ustaz sebagai pendakwah dan penulisan ustaz sudah jadi ‘public’ dirasakan lebih baik sebelum menulis mengambil peluang mendapatkan pencerahan daripada sumber yang benar dan tepat, contohnya bertanyakan sendiri dengan pimpinan PAS seperti yang dilakukan oleh ummu aziz, dan tidak memberi pandangan dari jauh sahaja. Dalam keadaan sekarang sebaiknya orang seperti ustaz tidak mengerohkan lagi suasana, sebaiknya menjadi seperti kata wan_jtk, tiada nama, dll. Kemelut yang nampak berlaku hanyalah mainan media arus perdana sahaja, dan tiada kemelut sebenar dalam PAS. Again, tidak dinafikan keeffisyenan komunikasi adalah mechanismnya, tetapi orang2 seperti ustaz adalah antara yang boleh membantu mempercepatkan komunikasi tersebut dgn mendapatkan maklumat yang dapat membantu mencerahkan lagi suasana. Biarlah spirit untuk melihat islam itu berdaulat sama-sama kita pikul, dan menjadi pelengkap serta membantu kelemahan antara satu sama lain. Ustaz pun realise bahawa PAS sudah semakin besar dan complex ahli2 dan pimpinan2nya, dan untuk memperkemaskannya bukan mengambil masa yang singkat dan mudah, perlukan bantuan daripada semua pihak yang empathy dan sympathy dengan perjuangan islam. ‘Walk your talk’.
Wallahu a’lam.
Abu Saif reply on June 21st, 2009 10:03 am:
Waalaikum al-Salaam wbt @nurul,
Jika saya berjumpa dengan pimpinan, bernasib baik untuk mendapat maklumat ’sebenar’, apakah yang patut saya lakukan selepas itu?
Adakah saya patut / boleh / dibolehkan menulis pula interview saya dengan pimpinan sebagai pendedahan eksklusif Saifulislam.Com kepada pembaca?
Atau saya menyimpannya sebagai maklumat peribadi dan merasa istimewa kerana tahu apa yang orang lain tidak tahu?
Adalah lebih baik saya menyentuh secara umum tentang masalah teknikal yang dirasakan sebagai punca polemik ini, daripada saya menyentuh tentang benda-benda dalam yang lebih inflammable.
“Jumpalah pimpinan dan minta penjelasan” adalah salah satu daripada idea bahawa PAS ini masih dirasakan sebuah parti kecil.
Maafkan saya kerana tidak bersetuju dengan saranan sedemikian rupa.
abu zarqani reply on June 21st, 2009 10:49 am:
@Abu Saif, Salam, kalau lah seorang insan boleh “walk your talk” dalam seni/media/hiburan alternatif – kenapa tidak dalam kes ini. Memanglah, setiap insan kadangkala perlu memilih sesuatu bidang yang dia rasa dia berilmu/ahli di dalamnya, dan dalam dalam pada itu juga individu tersebut perlu akui bahawa dia sendiri tidak pakar dalam bidang yang lain.
Mungkin dalam dakwah juga, kita kadang kala perlu melayan kerenah budak kecik yang kejutkan lena kita walaupun jam empat pagi- sebagai anak kecil kita yang menangis dan perlukan susu pada dinihari. Dan di kesempatan itulah- nasehat dan saranan dianjurkan sebagai panduan.
Idea yang “Idealis” tak selalunya praktikal
nurul reply on June 24th, 2009 1:57 am:
@Abu Saif, Didoakan semuga ustaz bertambah matang dalam penulisan ustaz seterusnya, saya pasti soalan2 tersebut ustaz ada jawapannya kerana ustaz sendiri sudah amat arif dengan tarbiyah harakiah dan mehnah perjuangannya. Jawapannya berada dicelah2 kebenaran dan keperitan perjuangan dengan menjauhkan emosi dan berfikir secara ‘insightful’. Orang yang berada ditengah gelanggang perjuangan sebenar tidak sama dengan orang yang berada dipinggir perjuangan. Wallahu a’lam.
about 7 months ago
salam ustaz..
apa yang ana dengar,pejuangan ini pertamanya kefahaman,kedua ukhwah dan ketiga keselarasan..apabila ada kesedaran barulah diberi kefahaman yang mendalam..Al-Arqam suatu masa dulu adalah satu jemaah yang disegani namun jatuh seketika pada tahun 1994 kalau tak silap..adakah PAS akan melalui detik2 Al-Arqam? apa-apa pun kefahaman kepada ahli-ahli PAS perlu digiatkan..maaf jika tersilap..
about 7 months ago
Saya suka membaca tulisan yg seperti ini. Ustaz bercakap dari aspek yg betul…neutral dan tepat!
about 7 months ago
salam…ustaz, dl hal ini apakah pendirian ustaz…sama ada menerima idea kerajaan perpaduan dlm situasi skrang atau ustaz lebih cenderung kepada tuan guru nik aziz kita?
about 4 months ago
Buat Nurul, Namun apalah salahnya jika komentar Ustad itu adalah satu yang dari luar sempadan pemikiran kita selama ini….yang boleh membuka mata pimimpin, ahli dan pembaca..Siapa pun kite,pimpinan atau ahli masih perlukan teguran membina. dan anggaplah pandangan positif ini sebagai satu teguran dari ALLAH melalui Ustad untuk kita same2 berfikir dan membuat pertimbangan dan seterusnya merencana apa yang lebih terbaik untuk masa2 akan datang. Wallahualam
aelin reply on October 26th, 2009 1:09 am:
saya setuju dgn @hawa151O.
Saya belum pun pernah jumpa empat mata dengan Ust Hasrizal, dan Ust sendiri pun langsung tak kenal saya. Jadi tak timbul soal berat sebelah atau apa pabila saya selalu bersetuju dengan tulisan Ustaz. Peribadi, saya dpt rasa bahawa tulisan2 Ustaz adalah berdasar logik aqal. Dan yg penting, Ustaz selalu ajak kita selalu BERFIKIR!
about 3 months ago
Haha, kebetulan ana juga menggunakan foto yang sama untuk entri terbaru blog ana (ada maksud tu!). Dan turut menyinggung berkaitan kenyataan Us Nasha tersebut.
Salam ustaz.
Abu Saif reply on October 25th, 2009 6:31 pm:
@mudin001,
kata Master Oogway, “there is no coincidence in this life”. sama pula entri kita (walaupun ini artikel lama yang dikitarsemula kerana politik kita sering berkitar semula)
Ana terus teringat artikel ini bila baca tajuk temuramah di Malaysiakini. Hmm…
aelin reply on October 26th, 2009 1:11 am:
@Abu Saif,
hahhaa.. one of my favorite quote ever from KFP! Cayalah Ustaz!
about 3 months ago
Assalamualaikum Ustaz..saya sangat bersetuju dengan pandangan ustaz..teguran yang baik..pimpinan pas perlu ambil perhatian..Islam Pasti Gemilang untuk kali kedua..
about 3 months ago
saya rasa tak perlu kita nak ber su’ dhon dengan kenyataan ustaz nasharuddin tentang dia belum lagi baca blog TG tu..papepun kita perlu puji sikapnya yang terus pergi bersemuka dgn TG untuk mengetahui lebih lanjut..moga Allah tautkan kembali yang renggang..
Abu Saif reply on October 26th, 2009 12:15 am:
@hang-kebun,
tidak ada apa-apa yang mahu atau perlu diburuksangkakan dengan kenyataan tersebut. point yang ingin diketengahkan ialah keperluan untuk mengelak daripada statement sedemikian rupa di hari ini kerana politik itu ialah pengurusan persepsi.
kenyataan sedemikian menghantar mesej yang tidak sihat kepada persepsi massa. itu sahaja.
semoga kepanasan ini reda segera dengan penyelesaian yang hakiki.
about 3 months ago
Satu ujian kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS menguruskan masalah komunikasi. Sangat besar kesannya jika kita mahu mengambil pengajaran daripada sejarah.
about 3 months ago
Ustaz,
Kupasan yg menarik dikala isu yg masih panas. Sekurang2nya dpt menyuraikan simpulan tali ini.
about 3 months ago
Salam,
Bagi saya isu besarnya bukan komunikasi tapi uslub dakwah. Satu pihak nak cara ni dan satu lagi nak kan cara lain. Selagi ada yang tak patuh keputusan masalah takkan selesai.
about 3 months ago
hang-kebun harus ingat, orang2 besar politik ni.. ramai kat luar tu yg tunggu je kesempatan utk cari salah mereka. Salah susun ayat atau terlepas cakap sikit je, dah dimanipulasikan oleh pihak media (terutamanya!). Dan sungguh saya muak dgn kenyataan “masyarakat sekarang dah pandai menilai..” drpd golongan2 itu tatkala diminta mengulas semula. Kalau betul masyarakat skrg dh pandai menilai, kenapa masih ada komplen2 hal janji tinggal janji pelakon politik di Buletin Utama?
about 3 months ago
Apa yang baik kepada semua umat Islam di Malaysia kita jangan hanya pandai mengkritik/menegur pimpinan kalau diri kita tidak mendekatkan diri dengan jemaah/melibatkan diri dengan parti sama ada cawangan, kawasan atau negeri.Satu lagi bagi saya tidak perlu semua pimpinan Pusat keluarkan pandangan kecuali pihak yang benar-benar berautoriti seperti Ketua Penerangan atau Setiausaha Agong atau Presiden sendiri.
Apapun teguran ustaz saya kira masih berhemah.Cuma peringatan sekali lagi kps semua jangan kita asyik2 bercakap diluar lingkungan tetapi liat untuk menghadiri program jemaah dan menyumbang kemahiran kita kepada jamaah PAS yang kita sayangi.
Abu Saif reply on October 26th, 2009 1:37 am:
@abuhuzaifah,
Manfaat akan lebih tinggi, jika kita boleh tumpukan sahaja kepada isi kritikan sama ada baik, bernas, berasas atau tidak, tanpa perlu dipersoalkan sangat siapa yang mengkritik. Dalam konteks PAS sebagai parti politik, ia bukan hanya milik aktivis tetapi ia milik rakyat. Jika teguran hanya boleh dibuat oleh orang dalam sahaja, sama sahajalah nanti sikap kita dengan UMNO.
Apa pun, kita tidak tahu sejauh mana penglibatan seseorang dengan PAS. Yang tak nampak, tak semestinya tak ada. Yang nampak, tak semestinya berguna.
Ayuh fokus kepada isi, itu lebih mendamaikan.
Ali reply on October 26th, 2009 5:19 am:
@Abu Saif, pandangan saya terhadap PAS,perjuangan menegakkan Islam itu sungguh mulia.Cuma ada beberapa sikap@dogma2 yg perlu diperbaiki.Dogma/sikap ini amat berkait rapat dengan culture kita sendiri.
mudin001 reply on October 28th, 2009 8:47 am:
@Abu Saif, Sangat bersetuju di sini. Kebelakangan melihat PAS seolah bermusuh dengan blog/blogger pula?
Hrm…
tak tahu reply on October 28th, 2009 12:09 pm:
@mudin001,
PAS bukan bermusuh dengan blogger, tapi bermusuh dengan blogger buta. Tangan molek menulis, tapi penulis yang baru sekangkang kera.
Apapun, tak dapat dielakkan, diera ICT ni, menulis pun kenalah macam menjaga lidah. Tak perlu semua perkara dimuntahkan kalau otak kita merasa tak kena.
Hrm.. memang meluat kadang-kadang.
about 3 months ago
Tertarik dgn ‘kefahaman tarbiyah’ vs ‘kesedaran siasah’. Mungkin akar masalah – kedua-dua perlu ada dalam pendukung PAS. Benar, ‘berita hujung minggu’ tak lagi relevan. Minta sesiapa yang dekat dengan pimpinan, tolong cetak artikel ini untuk dibawa masuk mesyuarat nanti. Takut ada yang belum baca.
about 3 months ago
Semoga ujian ini lebih mendewasakan PAS. Cuma sedih dgn segelintir ahli/penyokong PAS yang taksub keterlaluan kpd sesetengah pimpinan. Moga Allah menunjukkan jalan keluar yg terbaik.
about 3 months ago
salam,
saya tak mungkin tenteram begitu saja dengan pujukan presiden bahawa ini masalah rumahtangga bukan masalah ummah dan akan di selesaikan dalam keluarga sahaja.
keluarga adalah asas pembentukkan ummah. Jika sebuah keluarga kerap bergeseran sesama sendiri, ummah yang mantap mustahil dapat didirikan.
saya rasa ramai dikalangan kita yang letih memujuk hati utk baik sangka kepada pimpinan sedang keletihan kita ini tak cukup nak dihilangkan dgn saranan supaya bersabar, bertenang dan tak terpengaruh dgn media lawan.
sampai bila kita nak memaksa diri untuk tetap membela dan mengaku saja bahawa kita stabil dan masih kental seperti sediakala sedang bala perpecahan sedang hebat menerpa dan kita terhoyong hayang kerananya.
Saya berpandangan artikel ustaz ini benar sekali dan memiliki saranan mengatasi kekusutan dgn cara yg murni dan harmoni.
Pimpinan perbaikilah komunikasi…kerana kelemahan komunikasi sesama pimpinan ini memeningkan ahli menafsirkan saranan dan tindakan yang dilakukan pimpinan.
yang masih cuba dipertahankan sampai sekarang adalah baik sangka kepada pimpinan…itu pun dlm kepayahan dan sakit sungguh kita rasakan.
about 3 months ago
Alhamdulillah Setiausaha Agong telah buat kenyataan hari ini.Bagi ahli-ahli yang faham mereka tidak cepat melatah..mereka sabar menunggu kenyataan pimpinan.Pimpinan PAS yang sudah lama bergelumang sejak dari zaman Pas lemah tinggal satu kerusi Parlimen pada tahun 80-an ,insya Allah lebih memahami apa yang perlu dilakukan .Kita yang muda baru prihatin dengan perkembangan Pas usah merasakan pandangan kita semuanya betul.Hatta sekalipun betul,kita menegur seseorang biarlah biarlah berpada dengan usaha dan komitmen kita terhadap jamaah bukan sekadar menjadi penonton.Kalau berani ..Ayuh marilah kita bersama PAS secara terang-terangan…bukannya belakang tabir.Hadirilah program jamaah ..bukan menyokong dari jauh.Bukankah lebih bermanfaat jika orang tahu mauqif kita selama ini.Pandangan ini ana beri secara umum kepada semua pendakwah Islam..Jangan kita bimbang kalau nama digam dan sebagainya.
Apapun tahniah kepada ustaz Hasrizal yang telah mencetuskan teguran ini ..memang ramai ahli PAS yang sedar kelemahan pimpinan harakah Islamiyah yang terbesar di Malaysia adalah komunikasi antara pimpinan.
Kita tak nafikan sumbangan setiap orang dalam dakwah diatas kepelbagaian uslub dakwah dan medan masing-masing ..namun sikap manusia sering menilai sesuatu yang zahir.Jika usaha dan penglibatan kita nampak/boleh dilihat oleh masyarakat maka itulah penilaian mudah.Tapi bagi sesiapa yang sebaliknya pasti mendatangkan persoalan pula kepada masyarakat.
Wassalam.
Abu Saif reply on October 26th, 2009 5:48 pm:
@al-muktasim,
sekadar menyelit…
bukan semua dakwah yang tidak bernama dakwah pas itu adalah dakwah umum. banyak kaderisasi pas yang perlu dibuat tanpa sebarang label pas kerana sekatan. justeru yang menggerakkan dakwah tanpa label pas di balik tabir itu, BUKAN KERANA TAKUT KEPENTINGAN DIRI TERJEJAS. Ada banyak sebab lain selain takut!
Mauqif kita tidak perlu disembunyi, tetapi tidak perlu juga disebut-sebut supaya orang tahu.
Apa yang lebih dibimbangkan ia tertutupnya kerja-kerja kaderisasi untuk masa depan PAS apabila semua benda nak buat atas nama PAS dan dengan tiket PAS. So semua orang buat sahaja kerja semua orang dan biarkan Allah sahaja yang menilai siapa pemain dan siapa penonton.
Manusia dijadikan Allah rabun dekat hingga tidak nampak apa yang tidak dinampakkan. Sesuatu yang tidak kelihatan, tidak semestinya tiada.
sofi abdullah reply on October 26th, 2009 10:40 pm:
setuju sangat dengan pandangan anu saif..sbb tu pimpinan pun ada cadangan supaya banyak gerak kerja dibuat atas nama ngo..macam kat kedah..walau kita dah menguasai negeri tetapi peruntukkan kerajaan negeri susah untuk disalurkan atas nama parti tetapi lebih mudah atas nama ngo. satu lagi agak terkilan atas pandangan sinis ahli jamaah yang melihat orang lain dikira tidak buat kerja jamaah kalau tak terjun terus dalam pas..ini satu pemikiran yang perlu dijernihkan..masing masing ada tugas dan tanggungjawab..buat kerja mengikut posisi masing masing untuk kemenangan Islam.
nabil reply on October 29th, 2009 1:14 am:
@sofi abdullah, itulah yang akan terjadi bila kita terlupa nak check hati..lalu melihat usaha orang lain dengan perasaan ‘holier than thou’..
jangan dipersoalkan amal yang baik, hatta sekecil mana pun..yang layak menilai amal tu Allah ta’ala..bukan kau manusia hina..
patutnya kita fokus kepada samada usaha kita diterima ALlah atau tak, bukannya sibuk dok nilai usaha orang lain pulak..
moga-moga ALlah memelihara kita semua dari sifat ‘ujub dan takabbur ini..
about 3 months ago
“The only thing that interferes with my learning is my education.” – Albert Einstein
Mereka yang melihat secara futuristik dan objektif posting ustaz kali ini pasti akan menanggapinya dengan positif.
Saya sendiri dengan posting terbaru ustaz dan dengan kedudukan saya kini dalam parti, sekurang-kurangnya menampakkan kepada saya apakah topik-topik besar dalam misi islah dan penambahbaikan yang perlu dilakukan demi kebaikan jamaah dan parti Islam ini pada masa akan datang (kalau pun tidak pada saat ini).
Teruskan menulis ustaz, teruskan mencetuskan budaya berfikir secara kritis dan konstruktif kalangan kami anak-anak muda pewaris perjuangan Islam!
about 3 months ago
dont worry.. pimpinan kita insyaAllah matang. dorang hidup dgn hujah agama.
kita pun perlu begitu, yg penting buat kerja masing2 utk menangkan Islam. kerja yg dibuat pun biarlah keje2 yg penting dan efisyen.
manfaatkan masa. contoh, jgn main bola bnyk ckp pasal fikrah Islam kat player2 sikit… ckp time org penat lak tu..
bukan Islam sekadar diselit-selit dalamnya. Islam bukan unsur2 serpihan utk diselit dalam pendidikan, sukan dll. Islam adalah paksi.
PAS walaupun semakin besar, namun INGAT kita masih kecil dari segi kuantiti keseluruhan rakyat. jd, yg kecil dari segi kuantiti ni PERLU BESAR DARI SEGI KUALITI seperti Mujahidin Badar.
biarpun sikit namun hebat sehingga dgn izin Allah, mereka menyebabkan seluruh jazirah Arab menerima cahaya Islam tak lama selepas itu.
cuba bersungguh2 utk tidak lalai, apatah lagi melalaikan!
about 3 months ago
Boleh juga baca entri kat blog nik abduh anak TGNA dalam isu ni
about 3 months ago
Assalamualaikum wbt;
Sesungguhnya orang yang meletakkan jarinya di keyboard itulah yang patut melakukan apa yang diharap pimpinan melakukannya.
Sedarkah wahai penulis di keyboard, yang orang lain adalah bukan seorang penulis yang berkemahiran?
Mereka adalah peniaga di pasar malam, petani, pelajar di kelas, pemimpin di pentas seperti yang kamu nukilankan di artikel di atas.
Tanpa kamu sedari, orang yang kamu harapkan untuk memutiarakan penjelasan adalah kamu sendiri dan jari jemari yang Allah kurniakan di hujung tangan kamu.
about 3 months ago
ana agak hairan kenapa Tuan Guru Presiden agak kurang memberi pandangan terhadap isu isu besar yang melanda PAS mutaakkhir ini..adakah senyap untuk menyusun strategi atau senyap kerana malas nak respon dengan ulasan media kerajaan atau ada sebab sebab lain.bagi ana penjelasan tuan guru amat diperlukan dalam kadar segera untuk merungkai permasalahan yang melanda kini.usah biarkan tali dah berserabut baru nak dirungkai..agak susah dan menyulitkan..ulasan Dr Abd Aziz Bari ada benarnya.
about 3 months ago
salam…
Merujuk msg ust berkaitan isu politik terkini…
Suka ana berikan sedikit pandagn
pemikiran mad`u dan dai`e mmpunyai kefahamn berbeza..
about 3 months ago
maaf tersend td…myb ana termasuk antara org yg baru bertatih dlm bidang IT ini..
apapun rumusan ringkas apa yg disarankan oleh “tiada nama” ana kira wajar diberi perhatian..
ana kira hampir 85% respon disini dtg dari para pejuang atau pendokong dan pemerhati pada perjuangn.
ana juga sedar al-fadhi ust juga seorang pejuang, anggota jemaah..n myb ada jawatan dlm jemaah Islam…
maka atas dasar keperihatinn bersama…
ana amat bersetuju dgn pndgn ust…namun selalulah cari jalan dan muhasabah utk mmberi kepada “perjuangan Islam” dgn lebih baik…
muhasabah juga…siaapalah kita sbg pendakwah dihujung keybord ini kalau nak dibandingkan dgn perjuangan tok2 guru..
muhasabah juga…siaapalah kita sbg ust kuala lumpur..dakwah dlm aircond n bengkel motivasi kalau nak dibandingkan dgn jihat sahabat2 diakar umbi…membawa usrah peringkat kg dgn bayaran “ikhlas n berkorban”…
akhir kalam…
sekali lagi sokong tulisan ust..namun berikanlah kepakaran ust kepada jemaah dan perjuangan Islam…
pesann buat sahabat..fiLlah
wassalam
about 3 months ago
sahabat semua…
PERCAYALAH… kadang kala mendiamkan diri itulah yang lebih baik dan utama.
isu-isu sebegini bukan isu remeh-temeh..
yang hanya boleh dibenarkan dengan hujah seorang dua individu… perlu diperhalusi dengan bijaksana dan hati-hati… umpama “menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak”
ianya melibatkan kepimpinan atasan.. yang telah ditentukan oleh perwakilan seluruh negara.
serahkanlah kepada mereka yang lebih utama.. dan tentu lebih tahu pahit maung perjuangan dan tentunya lebih sayangkan jemaah ini daripada kita semua.
bukan bermaksud hanya perlu berdiam diri.. tapi harapnya, kita yang dibawah ini janganlah ‘LEBIH SUDU DARI KUAH’!
about 3 months ago
memetik kata2 ustaz nik abduh di blognya: “Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.
Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.
Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.
Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.
“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23
Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.”
about 3 months ago
Alhamdulillah,komen ceriterahamba @ 134am memang menenangkan.Jangan terlalu gundah…Sejarah kemenangan dan kekalahan PAS di T’ganu perlu dimuhasabah,walaupun luka itu masih ’sore’.Jangan nanti di ulang pada PRU 13. Komen ceriterahamba @ 119am pula membimbangkan…masalah melibatkan pimpinan…yang telah dipilih…Pimpinan perlu selari dan mendukung aspirasi parti (kehendak majoriti ahli)…tak leh syok sendiri dan tak leh nak doktrin personal opinion or opinion sekelompok kecil…Jgn pulak ulang sejarah Pak Lah,mantan PM.Wallahua’lam.
ceriterahamba reply on October 27th, 2009 9:28 am:
@cilipadi,
salam.. saudaraku cilipadi..
tidak ada yang kiranya perlu dibimbangkan dengan apa yang ditulis..
maaf.., hamba tidak maksudkan mana-mana pemimpin tertentu.. hamba maksudkan semua.. bukankah kita sayangkan semua pimpinan kita..? hamba sangat sayangkan semua pimpinan yang kita dari TGNA, TGHA sehinggalah semua pemimpin peringkat terbawah.
Isi utama yang hamba ingin nyatakan adalah supaya ahli di bawah usahlah terlalu berlebih-lebihan dan menghadapi pekara sebegini.. dan menafsirkan suasana sekarang dengan andaian yang tak berasas dan bimbang ianya menjadi api fitnah yang kan membakar hangus kita semua.
hamba sangat sedih melihatkan pimpinan kita (sini dan sana) dihina dengan perkataan yang tidak sedikitpun layak dengan mereka, pada pertengahan tahun yang lalu.. blogger tertentu terutamanya membiarkan kata-kata nista, keji bertebaran di blog-blog mereka..
pelik, tiada lagikah sayang, kasih dan hormat mereka pada pemimpinan dan jamaah ini?
berhati-hati menulis wahai saudaraku, mana mungkin Pak Lah itu disamakan…
maaf dipinta, andai terasa.
about 3 months ago
Dalam komen saya yang lepas ,saya katakan semua orang ada peranan dalam dakwah mengikut posisi masing-masing.Namun kepada pendakwah-pendakwah semua , sampai bilakah kita mahu bergerak dalam NGO sahaja atau menjadi pendakwah bebas (taklah bebas juga pun)atau berdakwah mengikut “cara kita”.??Mengapa tidak terjun terus berada dalam kawasan atau negeri masing-masing memberi saham kepada jamaah mengikut kemahiran masing-masing sama ada idea atau kebolehan.Saya teringat kata-kata Ust Dato’ Muhamad Daud Iraqi ( mantan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat )katanya beliau tidak sepatutnya berada dikerusi itu dalam keadaan keuzuran ( pernah kena stroke)namun kerana masih ramai ulama’ dan cerdik pandai Muslim di Malaysia lebih ramai berada diluar PAS…yang ramainya pandai mengkritik & mencadang itu dan ini.
Sampai bila kita mahu bekerja ikut cara kita tanpa meletakkan diri kita untuk dipimpin , ditarbiyah dan diarah oleh pimpinan jamaah..adakah puluhan tahun lagi??? sedangkan golongan ISlam Liberal, ajaran sesat dan gerakan Kristian terus memantapkan organisasi mereka.
Kita tidak mengatakan setiap amalan dan kerja kita untuk dinilai oleh manusia..memang fahampun ayat Allah swt..namun sampai bila??.Mungkin satu contoh yang saya boleh kemukakan seperti Dato’ Dr Haron Din, apabila beliau secara jelas bersama PAS ..maka lihatlah perubahan di BB Bangi selain usaha-usaha ahli-ahli Pas di akar umbi..
Wallahu ‘aklam..
* Setuju sangat dengan pandangan Ummu Aziz dan akhie
Abu Saif reply on October 28th, 2009 4:27 pm:
@al-muktasim,
Adalah tidak seimbang untuk ana beriya-iya menjawab persoalan ini dalam keadaan siapa ana jelas kepada semua, tetapi siapa al-muktasim tidak diketahui. al-muktasim mungkin kenal Abu Saif, tapi Abu Saif tak boleh nak kenal al-muktasim.
Kita tidak harus berkempen menggalakkan ahli PAS untuk bekerja sebagai pendakwah bebas. Keperluan murabitun yang bekerja sepenuh masa dalam PAS memang sangat kritikal.
Sebaliknya setiap seorang ahli PAS tidak harus dikongkong dengan idea bahawa mereka hanya akan dianggap aktivis kalau mereka bergelumang dengan mesyuarat dan aktiviti kawasan serta cawangan. Kalau tidak, mereka itu semuanya pendakwah bebas, pengecut, mencari jalan mudah, hanya pandai mengkritik dan mencadang, seolah-olah semuanya tidak berguna kepada PAS.
Anta kena ingat, semasa orang bergerak dengan cara masing-masing, kita beriya-iya menyindir dan memperlekeh dia kerana berada di luar gelanggang. Tetapi bila ada orang dalam gelanggang yang dikenakan tindakan tatatertib, sejauh mana kita membela dia? Masa dia kena buang kerja, masa dia kena gantung pengajian dan biasiswa, kita beriya-iya ke menolong golongan ini? Atau tatkala mereka dikenakan tindakan, kita berlepas tangan dan hanya memberi nasihat, sabarlah dengan ujian Allah ke atas kamu.
Nak tampung gaji murabitun tu pun kita masih bertatih-tatih lagi.
Memang ada orang sorok identiti kerana isu berkaitan dengan kerja. Memang ada orang sorok identiti kerana tidak mahu dibebankan dengan kerja.
Tetapi di sana ada ramai orang yang tidak berceramah di pentas PAS, namun tidak ada satu hari pun yang berlalu melainkan mereka itu bekerja untuk manfaat PAS.
Pengalaman peribadi ana, masa ana baru balik Malaysia, ana attend dua interview. Satu, bekerja sebagai pegawai penyelidik PAS di bawah Dr. Hatta Ramli. Gaji yang ditawarkan RM1000 lebih sebulan dan kerjanya fleksibel. Dalam masa yang sama, ana juga attend temuduga kerja dengan sebuah syarikat training dengan tawaran gaji hanya RM800 sebulan.
Semasa interview dengan Dr. Hatta, kami sama-sama sampai ke satu kesimpulan iaitu PAS kena buat kajian kenapa PAS ada satu habit iaitu tak memanfaatkan kajian. Sekumpulan ahli akademik buat survey dan kajian tentang persepsi non Muslim lembah kelang terhadap PAS (sekitar tahun 2003). Hasilnya, didapati hanya 3% sahaja non Muslim di lembah kelang yang menganggap isu yang pas bawa relevan. Selebihnya buat tak reti. Bila kajian ni dibawa ke ‘atas’, respond yang diterima ialah, “ala, buat kajian di kalangan orang yang anti pas, dapatlah result macam tu. cuba survey orang yang sokong pas, tentulah tinggi hasilnya!”
jawapan sedemikian menyebabkan ana buat satu kesimpulan, masalah pas bukannya takde maklumat atau kurang sokongan, tetapi ada masalah SIKAP pada diri sendiri, yang melambatkan kemenangan.
ana tolak tawaran kerja dengan Dr. Hatta dan terima kerja yang gajinya hampir sekali ganda kurang daripada gaji yang PAS tawarkan. Walaupun hidup perit masa tu, tetapi ana gembira sebab pilihan masa tu memberi peluang ana masuk menjalankan training ke pelbagai bidang dan sektor. Semua pengalaman digunakan untuk manfaat pembangunan sikap kepada PAS. Oleh kerana perubahan yang dimahukan ialah perubahan sikap, maka tumpuan yang diberikan ialah kepada orang muda.
Bekerja di situ, membantu ana untuk melihat masa depan yang lebih cerah untuk pas berbanding dengan mood kerja di beberapa area lain.
Penjelasan ana ini sangat buruk bunyinya kerana ana pun tidak faham kenapa ana perlu explain semua ni kepada anta.
Tetapi sikap meremehkan orang-orang yang namanya tidak ada di Harakahdaily atau Tranungkite, adalah sikap yang merugikan PAS.
Bukan semua benda PAS boleh buat atas nama PAS. So, belajarlah menghargai kebaikan-kebaikan yang ada di keliling PAS dan jangan suka mencipta musuh. Bukan semua aspek Islam Liberal dan gerakan Kristianisasi boleh ditangani hanya dengan suara Siasah. NGO bukan rumah transit. NGO ialah salah satu medan penting untuk PAS manfaat. Sama ada buat NGO sendiri (yang kebanyakannya tak jalan), ataupun manfaatkan NGO yang sedia ada.
Dan untuk NGO, mentaliti yang sentiasa mengukur sesuatu dengan political mileage tidak menjanjikan apa-apa.
Tak percaya, tanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Bukankah dalam muktamar PAS sekitar tujuh lapan tahun sudah, beliau yang tegaskan tentang kepentingan PAS menggerakkan NGO?
APa yang penting, jangan ada satu hari pun berlalu dalam hidup ini melainkan kita sendiri ada jawapan yang sahih kepada soalan, “hari ini, apa yang aku dah buat untuk Allah!”
Max Chempaka reply on October 28th, 2009 8:55 pm:
Setuju dengan Ustaz..
Walaupun saya tidak pernah bertaat setia secara rasmi tapi tetap PAS dekat di hati..
Seiring dalam perjuangan menegakkah kalimah Allah yang tertinggi..
Kadang2 kata2 seperti dari al-muktasim(maaf saya ucapkan),sangat mengecilkan hati sahabat2 yang turut berjuang menaikkan kalimah Allah di luar sana..
Seakan2 Islam itu hanyalah milik mutlak PAS semata2..
Dan apa yang kami(orang luar PAS) lakukan adalah tidak bermanfaat langsung..
Saya berjuang,berdakwah dengan kadar kesanggupan saya adalah kerana Allah dan Rasul.Adapun Pas,adalah saudara seperjuangan saya sendiri selama mana Pas menegakkan Al-Quran dan Sunnah(bukan sekadar retorik di mulut)..
Afwan ustaz…
wan_jtk reply on October 29th, 2009 1:17 am:
@Abu Saif,
Ustaz, saya kenal ustaz dan sejauh mana sumbangan ustaz terhadap Pas. Bagi saya ustaz cukup memahami tanggungjawab diri dan berintima’.
Tapi ustaz melenting tak memasal dengan orang yang tak paham pasal intima’ ustaz tu apahal?
Point sesetangah yang releven terhadap pandangan ustaz di atas tu adalah…………..
Ustaz adalah satu aset yang cukup bagus untuk menyampaikan dan mendamaikan masyarakat dari keluh-kesah dan sikap salah-menyalah penyokong Pas. Tetapi sayangnya ustaz tak suruh depa sabar, ustaz hanya nak layan apa yang ada dalam benak fikiran tentang “PENTINGNYA KRITIKAN DAN KOMEN AKU” dari pada berkata kat mereka “SABAR…… JANGAN CEPAT BERBURUK SANGKA”.
Soal kelemahan komunikasi, jangan lempar keluar. Lemparlah kedalam.
Dah lah TV3 menghasut dan batu api. Blog Saiful ISlam yang ajar bab motivasipun kondem Pas masa ni jugak.
Know our strenght, know our opportunity, know our responsibility.
Tak suruh masuk aktif Pas pun. Karam kapalpun kami tak paksa ustaz.
Abu Saif reply on October 29th, 2009 1:44 am:
@wan_jtk,
Rasanya pimpinan cool je dengan pandangan yang pelbagai. Ni yang bawah-bawah pulak bising sangat marahkan teguran. Kalau belasah UMNO, habis cerita dalam kelambu pun dibawa ke dalam ceramah, tapi bila orang tegur PAS benda baik, melenting bukan main.
Kalau tak suka tegur menegur terbuka, pi bagitahu Tuan Guru Nik Abdul Aziz, jangan tulis dalam blog suruh buat EGM. Takkan Mursyidul Am tak boleh tegur dalam rumah. Kenapa mesti tulis di blog?
Orang bagi pandangan, untuk penambahbaikan. Bukannya ada aib apa pun. Yang miker merepek tak tentu pasal ni apahal. Orang lain cakap sesuka hati tak apa. Tapi bila Abu Saif respond sikit, banyak pula belasahnya. Apa korang ingat Abu Saif ni jantan tak cukup syarat ke?
about 3 months ago
Terima kasih diatas respon ustaz yang panjang lebar terhadap komentar saya sebelum ini.Terima kasih sudi membacanya.Saya adalah pengikut setia blog ustaz sejak 2007..tetapi biasanya saya tidak akan menghantar sebarang komen bagi catatan yang tidak perlu saya komen.Ya..saya sudah lama kenal ustaz dari jauh biarpun ustaz tidak mengenali saya.
Penglibatan dengan PAS di cawangan atau kawasan adalah paling basic bagi saya ,tanda kita memberikan tenaga kita untuk jamaah..yang tak terlibat langsung tepuk dada tanya iman.
Apapun ,saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk bersama PAS..saya menulis sekadar berkongsi idea..salahkah kalau saya sebagai seorang pembaca blog ustaz tidak setiap masa menerima bulat-bulat apa yang ustaz lontarkan..mengapa kita tidak bersikap memberi dan menerima ???Terima kasih dengan respon ustaz ,orang boleh mengenali mauqif tuan dengan lebih dekat, bukan sahaja saya bahkan ribuan pelayar alam maya.Saya mengucapkan syabas kerana ustaz antara bloger yang terawal rasanya yang mengguna blog sebagai medium dakwah.Memang sebelum ini pun saya mengiktiraf setiap warga kerja dakwah ..saya sendiri bersama( bersahabat dan membantu bila perlu) NGo, bersama Mafrel,JIM ,Tabligh ,Arqam dan sebagainya..PAS adalah tempat kita berteduh dan menyumbang .Saya tidak pernah menyuruh orang Tabligh atau pendakwah bebas tinggalkan kerja dan jemaah mereka tetapi biar ada masa bersama untuk al-Hizbu al-Islami .Mucgo gracias ..syukran jazilan.Harap komen saya setahun dua tiga kali ini tidaklah menganggu fikiran ustaz . Ila liqa’..Siiru ala barakatiLLah