
Ia kebetulan yang menyedihkan.
Sebulan yang lalu, saya berceramah di Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa’ mensyarahkan kitab Apa Erti Saya Menganut Islam dan sebahagian masa diperuntukkan untuk berbicara tentang Sheikh Fathi Yakan, penulis buku berkenaan.
Tiga hari selepas itu, beliau kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2009.
Sebulan selepas itu, saya kembali ke al-Nidaa’ untuk melangsaikan kuliah terakhir di dalam siri syarahan kitab Apa Erti Saya Menganut Islam. Sejarah kemunculan gerakan Islam sedunia dipetik. Saya membahaskan sedikit tentang peranan yang dimainkan oleh Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmi di dalam tragedi 1950 di Singapura membabitkan Natrah atau Bertha Hertogh hingga membawa kepada penangkapan Burhanuddin al-Helmi dan dipenjarakan selama setahun.
Malam itu sebenarnya, Natrah pulang bertemu Allah.
Saya masih sugul dengan pemergian Sheikh Fathi Yakan. Masih terganggu fikiran dengan kematian mengejut Michael Jackson dan siri kejutan disambung pula dengan pemergian Natrah.
Sejarah Natrah boleh dibaca di mana-mana. Ada buku yang ditulis mengenainya. Ada artikel yang komprehensif di Wikipedia. Begitu juga dokumentari di Youtube dan di mana-mana. Bacalah, hayatilah, insafilah akan lipatan sejarah tragis negara kita di suatu masa itu.
Tetapi ada satu pengajaran besar yang jangan kita terlepas pandang mengenai tragedi Natrah.

Rusuhan 1950 di Singapura
1950 menyaksikan 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura dikenakan perintah berkurung selama dua hari. Temasek terbakar, sebagaimana rentungnya jiwa umat Islam Nusantara yang bangkit menentang usaha melari dan memurtadkan Natrah.
Itulah harga Islam di mata umat Islam tahun 1950.
Tanpa internet, tanpa sms, semangat itu merebak dengan cepat dan menular merentas kota dan desa, harga iman Natrah bukan sebarangan.
Biar pun umat Islam masih dijajah British, jiwa mereka merdeka untuk bangkit bersuara.
Di tahun 2009, tatkala Natrah kembali kepada Allah yang difasakhkan aqidah beliau dari-Nya itu, berita murtad bukan lagi berita yang menggemparkan. Usahkan mahu memandang dengan sebelah mata, kewajaran murtad pula mahu dipertahankan atas nama kebebasan beragama yang entah di mana asal usulnya.
Ketika umat Islam terbebas daripada penjajah British dan menjadi pemerintah di bumi sendiri, jiwa mereka yang pernah merdeka itu hakikatnya kembali terjajah terpenjara hingga tiada lagi suara yang membela.
Tiada lagi Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmi yang membakar semangat itu.
Tiada lagi Karim Ghani yang mengepalai kebangkitan di akar rumpun.
Tiada lagi Profesor Ahmad Ibrahim yang menjadi peguam mempertahankan keadilan dan kebenaran.
Tiada lagi M.A. Majid yang membiayai perbicaraan mahkamah itu.
Sesungguhnya,
“Kita dipukul gelombang riddah, dan tiada lagi Abu Bakr untuk mendepaninya…” – Abu al-Hasan Ali al-Nadawi
PULANGLAH NATRAH
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) No related posts.
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





syukran ustaz. baru saya faham tentang kisah natrah, walau tak banyak
@saya,
Assalamualaikum ustaz,
Seperti apa yang ustaz sentuh dalam artikel di atas, gejala murtad sekarang begitu menjadi-jadi tanpa ada yang cuba mempertahankannya.
Kadang-kadang saya terfikir siapakah yang paling bertanggungjawab kepada berleluasanya gejala murtad ni.
Kalau ustaz boleh kongsikan pendapat ustaz.
Jarak masa 60 tahun yang telah merubah nilai masyarakat Islam di Malaysia. Perjuangan yang mempunyai motif yang amat berbeza malah menjauhi kebenaran. Tetapi kita tidak boleh mengalah dengan suasana.
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka.
-Dr Burhanuddin Helmi.
Allahuakbar…
DariMu kami datang kepadaMu kami kembali
salam..
hanya berkongsi.. Ana mengetahui kisah Natrah melalui penulisan Isa Kamari dalam novelnya yang bertajuk atas nama cinta.
Maybe bagi sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut boleh baca di situ.. Memang best.. Cuma, ibrahnya perlu dicari terlebih dahulu..
itu la ustaz.. takutla isu2 murtad ini.. tiada cara nak selesaikan.. hukum Islam pun tak tertegak lagi… jiwa kacau btul
salam ustaz…blh sy tnye
dkt mane ye nk dpt buku tntg kisah nathrah ni???
DKT utm ADA JUAL buku bertajuk NATRAH…sy dah baca…bru r sy pham ttg sejarah….sdih n pnuh nostalgia that story…
salam ustaz..sedikit juga perkongsian dr budak mu’tah..tragedi natrah : luka buat ummat selama-lamanya..
Secara tersuratnya memang kita nampak ia bertemu dengan-NYA tanpa aqidah kepadanya…
Bila kita baca² berita di akhbar, menyatakan
“Beliau rindu keluarga di Malaysia Semasa Sakit”
“Beliau hanya bahagia di zaman kanak²”
Mungkin.. kerana itu.. secara tersirat beliau bersyahadah semula sebelum menghembus nafas terkahir siapa yang tahu..
Doa dari seluruh umat Islam sejak lebih 50 tahun yang lalu..
Moga apa yang saya fikirkan ini adalah kenyataan..
Ameen..
dulu sorang murtad ramai orang islam mati sekarang ratus ribu murtad (keyataan Mufti Perak) tak da sapae nak bantah hanya sorang mufti cuba menyedorkan tapi tidak menerima sebarang tindakan spt Dr burhanudin hilmi.sekarang ni mufti ini juga seperti lupa nak jaga hal murtad ni dah sebuk ke politik supaya parti politik buang ideologi politik masing demi kesatuan ummah….. pelik kalau pas buang ideologinya kalau yang dimaksukkan ideologi itu perlembagaan PAS maka perlembagaan pas adalah merujk perkara tiga tujuan dan perkara 5 dasar rujukan PAS Alquran, hadis , qias dll kalau PAS buang dasar maka pas kena murtad demi perpaduan basuh tong tahi dalam tong tahi
dulu kalau bercerita tentang murtad seumpama macam gunung terhempap atas kepala. berani la deme nak murtad, mau kene tembak.
sekarang kalau sebut pasal murtad seolah2 macam dah takde apa2, hak asasi katanya.
masa merubah pemikiran kita..
Ada satu perbezaan ketara dalam kes Natrah berbanding gejala murtad masa kini yang disebut. Beliau (Natrah) dikatakan sepenuh hati ingin bersama Islam dan keluarga Muslimnya, ketika konflik berlaku. Cengkaman penjajah yang menjadi batu penghalang dan pemisah. Berbeza halnya dgn sekarang, di mana kebanyakan yang murtad merelakan diri (sepenuh hati atau tidak, WaLlaahu a’lam, dan case-by-case), ingin keluar dari Islam. Kedua-dua kisah ini amat menyayat hati, tetapi dalam konteks yang berbeza (dimurtadkan vs murtad), yang mungkin mencetus/memerlukan reaksi yang berbeza. Apa pun, saya setuju, secara umumnya, isu murtad semakin hilang sensitiviti, dek ilusi pengaruh “free will” dan kedangkalan pemahaman Islam di kalangan kita. Wallaahu a’lam.
salam,
dalam buku yang ustaz paparkan di atas, tulisan haja maideen, diberitakan bahawa setelah segala usaha yang dibuat menemui jalan buntu, akhirnya pertolongan pernah diminta daripada pemimpin umno pada masa itu. mungkin beliau dapat menolong kerana hubungan baiknya dengan british.
apa jawapannya?
aminah sendiri yang cari pasal kerana membela anak angkat mat salih…
dulu, kini dan selamanya……
Dr Burhanuddin Al Helmy meningggal in 1969..bukan 1964. Yang meninggal kerana `accident with a land rover in Pahang’ in 1964 were Allahyarham Prof Zulkifli dan isteri..
@paradigm-shift,
yes. i received some sms last nite regarding the same correction. thanks for the info. sharing is caring
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Ustaz perasan tak, media Malaysia tidak menyiarkan langsung berita pembunuhan pejuang hijab Marwa al Sharbini.
Kalau blogger macam saya boleh dapat berita ni, takkan wartawan tak dapat kot?
Ke sindrom membisu. Emel saya hantar kat akhbar tentan isu ini pun tak disiarkan. Mungkin sebab terasa sebab saya pergi ‘basuh’ pihak media dalam emel tu.
Salam semua ,
sedikit info .. Pada tahun 1992, kerajaan? telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini..
***
masri ,
pasal media Malaysia itu , mereka tau , tapi buat2x tak tau … tahniah dengan “pembasuhan ” anda kepada mereka2x ini … teruskan usaha anda …
assalamualaikum..
semalam ada membincangkan hal ini..
memang isu pemergian Natrah bukan semata-mata sekadar satu berita dan sejarah yang dikenang..tetapi sebenarnya membawa pengajaran yang besar disebaliknya..
kebangkitan umat islam ketika itu amat jelas menunjukkan kepentingan akidah (walaupun hanya melibatkan seorang perempuan) dalam diri mereka..
namun sekrang isu murtad bukan lagi isu sensitif yang boleh membawa satu kebangkitan untuk menentngnya..
ya, tak dinafikan umat islam pasti tidak gemar mendengar isu murtad..namun tiada tindakan signifikan yang dilakukan utk membanteras perkara ini..
wallahualam..
semoga Allah mengampuni kita semua~
tau Natrah dah x de mase dgr sinar fm pg semalam.
salam ‘alaik.
sy copy paste artikel ni di satu forum.
pernah jugak la tengok dokumentari pasal natrah masa kecik2x….
apapun kita sedekah AL FATIHAH….
Salam Ustaz
Terima kasih atas input kali ini. Sungguh, ana pun masih lagi rasa sedih atas pemergian Al-marhum Ustaz Fathy Yakan, terkejut dengan pemergian Michael Jackson dan sekarang pemergian Natrah…
Menyedari tugas da’wah makin berat untuk membangkitkan kembali kesedaran umat Islam. Tetapi terasa diri ini sendirian dan dagang apabila tiada yang memahami kritikalnya keadaan umat Islam tika ini…
Teruskan usaha Ustaz. Ana menyokong usaha2 da’wah Uztaz ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua, amin…
slm…
hurm..sedih juge memikirkan hakikat umat Islam skrg…bile la umat Islam nak bersatu padu nie??
adakah kebangkitan Islam nnt menunjukkan bhw kiamat sudah hampir??
Allahua’lam..
“Masih terganggu fikiran dengan kematian mengejut Michael Jackson” Mengapa ustaz, jika boleh saya bertanya, tk.
Perjuangan Dr Burhanuddin membela Natrah tetap diteruskan oleh pewaris perjuangan beliau.
Sedih bila tengok wajah-wajah Natrah terutama ketika beliau kecil. Natrah menyedarkan kita betapa besarnya nikmat Iman.
diserang rasa x sedap hati, takut, bila baca kisah natrah.kenapa yea? smg Allah tetapkan hati kita, pergi menemui Nya kelak dlm kepedihan menahan rindu managih janji rahmat Nya, redha Nya, syurga yang kekal abadi.amin.tetapkan hati kami pada jalan Mu,ya Allah.amin.
semoga kisah natrah ini menjadi pengajaran buat kita semua..insyaAllah..
Hamba membaca kisah natrah dari sebuah artikel bertajuk “My Name Is Natrah Not Bertha” ketika masih dibangku sekolah lagi dengan titisan airmata yang mencurah2. Tidak tergambar betapa mahalnya iman dan maruah seseorang umat Islam pada masa tersebut.
The Maria Hertogh riots or Nadrah riots, which started on 11 December 1950 in Singapore, consisted of outraged Muslims who resented the court decision to give the custody of Maria Hertogh (or Bertha Hertogh), then 13, to her biological Dutch Catholic parents after she had been raised as a Muslim under the care of Aminah binte Mohamed, whom she regarded as her mother. The riots lasted till noon on 13 December, with 18 killed, 173 injured and many properties damaged – the worst incident of its kind ever witnessed in Singapore.[dubious – discuss]
Prior to the riots, the disputed custody of Maria had received widespread press coverage. Many Muslims living in Malaya and Indonesia believed in the legitimacy of the adoption of Maria and a later short-lived marriage to Mansoor Adabi, two major points of contest in the court proceeding to determine the custody of Maria. They thus lent their support, financial and moral, to organizations that fought to keep Maria in Malaya. But some, such as the Malayan nationalists, seized the incident as an opportunity to further weaken the colonial government’s position in the region. The insensitivity of the colonial government towards Muslim sentiments and the involvement of radical elements eventually culminated in the tragedy.
Salam ya sheikh,
Ana tak pernah komen dalam blog enta ni. Oleh kerana hal ini sedikit sebanyak ada terkait dengan keluarga ana maka jari jemari ini dengan pantas berlari-lari di papan kekunci. Natrah pernah menyatakan pada Fatini Yaacob (wartawan D.Masyarakat) yang menemuinya pada tahun 1989 bahawa beliau sangat gembira ketika hidupnya di Kemaman. Sungguh malang sekali nasibnya, pada ana beliau adalah “victim of circumstances”. Jikalau kesemua ini tidak berlaku, pastilah beliau akan menjadi salah seorang dari keluarga besar ana di Kemaman, pangkatnya dengan ana ialah emak sepupu. Sekalipun ayah ana tidak menyebutnya, tetapi ana merasakan nenek saudara ana iaitu Che Aminah meninggalkan dunia ini dengan rasa sebak dan pilu setelah melalui kejadian tragis seperti itu.
Sesungguhnya ia merupakan satu episod sedih dalam sejarah keluarga kami. Janganlah lagi peristiwa ini berulang lagi. Maafkan ana jika sedikit beremosi.
Wassalam.
Your history sparring partner.
Askum Ustaz,
Satu tulisan memugar kembali jiwa. Tragedi Natrah banyak kesannya dalam hidup ana. Ana melakonkan watak Natrak semasa darjah 6 di Sekolah Hira’. Nasyid Natrah sentiasa bermain di bibir kerana nasyid tersebut inspirasi Pak Njang ana semasa beliau ke Mesir. Di sekolah rendah lagi, ana berminat dan membaca kisah Natrah. Pada masa tu yakni 1996/7 tidak ada akses internet dll. Namun kisah Natrah yang dibuat liputan di Majalah Muslimah dan Tamadun menjadi tatapan ana.
Gambar Natrah menghisap rokok pada usia sudah merangkak senja. Wawancara bersama beliau cukup menerbit insaf di hati ketika itu. Hidayah ditarik balik. Tragedi berdarah itu telah dilupakan Natrah. Beliau tidak ingat, malah sudah hilang segala perasaan cinta pada Islam.
Pengajarannya untuk kita. Lebih pada kita.
@alQasam,
“Beliau tidak ingat”?
Berita Harian hari ini:
Natrah tidak sempat dengar lagu ‘ikan di laut asam di darat’
GAMBAR terbaru Natrah dirakam April lalu.
NEW YORK: Natrah teringin mendengar lagu dan memiliki cakera padat yang memuatkan lagu ‘Ikan di laut asam di darat’. Hajat hatinya itu, bagaimanapun tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia di rumahnya di Huijeberen, selatan Belanda, baru-baru ini.
Natrah menyampaikan hajat untuk mendengar dan memiliki cakera padat lagu itu kepada Hertini Ngah Hashim, 40-an, yang juga anak saudaranya ketika melawat beliau April lalu.
Hertini yang menetap di New York, singgah menziarahi Natrah ketika bercuti ke Eropah.
“Saya memaklumkan hajat Natrah untuk memiliki cakera padat itu kepada kakak yang menetap di Kuala Terengganu dan kami sama-sama berusaha untuk mendapatkan,” kata Hertini yang kini bekerja di pejabat Konsul Jeneral Malaysia di sini, dalam nada kesal.
Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh ialah anak Adeline Hunter dan Adrianus Petrus Hertogh yang ditawan tentera Jepun di Indonesia pada 1942.
Menceritakan lawatannya ke Huijeberen, Hertini berkata, beliau dijemput anak Natrah, Carolein di stesen kereta api Bergen Op Zoom dan terus membawanya ke rumah Carolein, di mana Natrah menunggu kedatangannya.
HERTINI bersama Natrah di rumahnya di Huijeberen, selatan Belanda baru-baru ini.
“Ketibaan saya disambut dengan wajah penuh ceria oleh Natrah. Turut bersama ketika itu suami Carolein, dua cucu Natrah dan anak sulungnya, Franc.
“Natrah sangat fasih berbahasa Indonesia dan kami berbual sehingga lewat malam mengenai pelbagai perkara termasuk kehidupan zaman kanak-kanaknya dan pengalamannya dibawa balik ke Belanda,” kata Hertini yang turut membawa keropok ikan kesukaan Natrah dan 12 helai baju batik ‘kaftan’ sebagai buah tangan.
Antara cerita dikongsi bersama Hertini ialah mengenai pengalaman Natrah hampir terkena tembakan ketika berada di atas kapal ketika berlakunya rusuhan Natrah di Singapura untuk ke Indonesia. Dalam rusuhan itu, 18 orang maut dan beratus-ratus lagi cedera.
“Natrah kini tinggal berseorangan di pangsapurinya yang terletak berhampiran rumah Carolein.
“Natrah juga sempat membacakan surah Al-Fatihah dan menyanyi beberapa lagu Melayu Indonesia serta memaklumkan beliau sudah menandatangani surat persetujuan untuk menderma mayatnya selepas beliau meninggal dunia,
“Natrah juga menunjukkan koleksi baju kebaya miliknya dan gambar beliau semasa pulang ke Malaysia kira-kira 10 tahun lalu.
“Beliau juga memaklumkan bapa saya (Allahyarham Ngah Hashim Mohd Dahan) pernah ke Belanda sekitar 1956 untuk menjemputnya balik ke Malaysia tetapi pada masa itu, Natrah sudah berkahwin dan mempunyai anak yang baru berusia setahun,” katanya
@masmona,
Benar, pengalaman menjadi manusia bernama Natrah di tanah Melayu pasti kekal. Apa yang pernah dilapor/ditulis dalam majalah Muslimah sepuluh tahun lepas adalah perasaan cintanya dan passion Natrah untuk Islam yang suatu masa dahulu keras diperjuangkan. Itu maksud saya.
@alQasam,
Ia juga wawancara bersama Natrah 10 tahun lepas. Pengalaman tetap hidup. Jiwa Muslim sudah tiada.
Sayu hati saya baca artikel tentang natrah, betapa berat tekanan yang dialaminya sejak kecil, yang berlarutan sampai usianya menginjak senja, hingga menghadirkan tekanan jiwa. Kini dia tiada lagi, walau jasadnya tiada kuburan, kisahnya biarlah diambil jadi teladan. Alfatihah buat Natrah.
mmg isu murtad byk di malaysia, namun isunyer skrg bukan soal nk membicarakan perkara cabang, apa yg penting ialah kita mesti memperkasa dan re-branding fungsi masjid..setiap umat islam mesti berdakwah secara lembut dan berhemah dan bukannya bersifat hipokrit apabila non-muslim bertanyakan ttg islam kpd kita. brapa ramai antara kita yg sudi berbicara secara ilmiah kpd non-muslim dgn penuh bersantun dan berhemah sedangkan kristian misionnaries lebih mudah didampingi..??
MOGA AKAN LAHIR LAGI INSAN2 SEPERTI DR. BURHANUDIN , N DR. FATHI YAKAN DI MUKA BUMI ALLAH INI..
Assalammualaikum…
sy begitu tharu dgn kisah tragis natrah ini. kisahnya btul2 menyentuh hati ramai msrkt.Sy harap ianya memberi ksedaran kpd kite smua.
saya rasa kes natrah:agenda kuffar@zionist
Assalamualaikum,
Ana amat terharu apabila mendengar berita pemergian natrah kerahmatullah. Apatah lagi lagu Pulanglah Natrah diabadikan dlm bentuk v/klip. Lirik Pulanglah Natrah juga ada yang menitipkannya. Ia satu penghargaan buat ana. Lagu ni disudahkan sewaktu ana menunaikan haji di Mekah sekitar 1992-93. Sambil menatap masjidil haram,sambil membayangkan wajah natrah yang merenung jauh. Lirik ini disusun seolah terasa Natrah begitu dekat dengan diri ini, sebab itulah ada kalimah yang terpahat seperti “ku pujuk rayu mu agar kau sedari pintu hidayah terbuka lagi..begitulah pengalaman menghasilkan lirik dan lagu ini yang dirakamkan di Mesir. na yakin iman masih di hati natrah…Al-Fatihah
salam..betapa bezanya umat islam ketika itu berbanding sekarang.sedangkan pada hakikatnya ketika itu pendedahan tentang islam masih tidak sehebat sekarang..ye lah..ustazah dahulu pun pakai skirt..tetapi sekarang?walaupun semakin luas ilmu tentang agama dan semakin ramai pendakwah2 secara formal mahupun tidak, ramai umat islam sekarang terlalu lama berada di zon selesa menyebabkan kita terlupa untuk bersyukur dan mengambil sikap sambil lewa.
kalaupun bercakap tentang pendirian dalam agama, ramai juga yang terlalu mengikut perasaan dan menimbulkan sentimen2 berbaur kemusnahan dan kecelaruan hidup bermasyarakat.wallahua’lam
Salam,sdr. Abu Saif,
Baguslah usaha sdr meneruskan perjuangan Karim Ghani,Dr Burhanuddin Helmy, Mohd Taha Kalu, Ahmad Ibrahim (Prof Tan Sri)< Tunku Abdul Rahman, Hussien Onn (Tun)- sekadar menyebut sebilangan pemimpin yang bangkit membela Islam semasa kes Natrah tahun 1950 – 60 tahun yang lalu.
Untuk mengetahui lebih baik dan lebih terperinci baca buku saya yang terbaru Natrah : Cinta, Rusuhan dan Air Mata – baru terbit 3 bulan lalu oleh UTM Press.com. Lebih baik sekiranya diundang saya ke forum atau ke majlis motivasi anjuran sdr membicarkan sejarah 60 tahun lalu yang masih mempunyai implikasi sehingga zaman ini.
Salam dan teruskan usaha gigih anda ..
FATINI YAACOB
Penulis Buku Natrah: Cinta,Rusuhan,Air Mata
Salam Ustaz, dari kisah Natrah, Natrah tidak pernah mentidakkan Allah, dan tidak pernah mengatakan yang beliau bukan Kristian bukan Islam dan mengsahihkan bahawa Allah itu satu-satunya Tuhan. Tiada tanda/klu yang Natrah tidak lagi mempraktikkan amal ibadatnya namun mengiyakan Allah, adakah beliau seorang Muslim atau tidak? Harap Ustaz dapat menjawabnya melalui emel kepada saya, kerana saya mungkin akan trlupa untuk mencari website ini kembali.