
Habib Bourguiba
“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.
“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.
Semua naik angin.
Marah dengan Habib Bourguiba.
Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.
Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.
Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!
SINIS AGAMA
Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism.
Pemikiran skeptik atau sinis terhadap agama ini berperingkat.
Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagikan dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.
Ada juga pemikiran skeptik, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.
Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptik terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.
Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.
YASMIN AHMAD DALAM KENANGAN

Terkini, ASTRO mendedikasikan saluran 110 sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.
Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkini Talentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Selain sentuhan kreatif yang unik, filem-filem Yasmin Ahmad konsisten dengan tema atau elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptik terhadap agama.
Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.
Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk tindak balas, maka datang soalan kedua; pemikiran Religious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai tindak balas kepada apa? Apakah pengalaman yang telah ditempuh oleh graduan Ijazah Psikologi daripada England ini?
Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan peristiwa berbentuk penilaian, hukuman, malah mungkin sindiran dan cemuhan yang menggalakkan skepticism itu semakin meruncing.
Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Yasmin Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
SISTERS IN ISLAM

Zainah Anwar, teraju utama Sisters in Islam
Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam SIS). Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.
Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.
Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Rramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptik.
Sedikit sebanyak pemikiran yang bersarang dengan prejudis kepada lelaki dan institusi agama ini mungkin berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki.
Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.
Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri.
Menjadi mangsa kejahatan lelaki.
Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.
Religious Skepticism adalah reaksi.
Ada sesuatu yang berlaku sebelum pemikiran skeptik itu menguasai.
Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Sisters in Islam, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat dibebankan ke atas mereka, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
Sesuatu yang perlu difikirkan.
BENJAMIN STEPHEN

Anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.
Bukan sedikit ilmu agamanya.
Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.
Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptik dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.
Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.
Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptik beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!
Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?
Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
KASSIM AHMAD

Tidak dilupakan, tatkala saya membaca buku mutakhir Kassim Ahmad bertajuk MENCARI JALAN PULANG, saya melihat adanya unsur yang sama di sebalik pemikiran beliau. Sama ada ia berkaitan dengan Parti Sosialis pimpinannya, atau pun pemikiran yang dilabel sebagai anti Hadith.
Kassim Ahmad tidak sama sekali menafikan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Tetapi beliau mengkritik sistem ilmu Hadith khususnya berkaitan dengan kredibiliti perawinya.
Di manakah kritikan itu bermula?
Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama’ dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.
Ya.
Religious Skepticism yang ringan-ringan boleh berkembang menjadi satu pola pemikiran yang amat rumit dan membingungkan.
Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Kassim Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
PUNCA PEMIKIRAN SKEPTIK TERHADAP AGAMA
Tidak dinafikan, manusia akan membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pertimbangan kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk.
Oleh kerana itu, Islam datang untuk meluruskan nilai ini agar manusia tidak terhoyong hayang di sepanjang tempat dan zaman dalam menentukan apa yang baik serta apa yang buruk tentang hidup ini semata-mata berbekalkan pengalaman diri. Jalan yang lurus (Sirat Mustaqim), diungkapkan berkali-kali dalam sehari semasa kita bersolat kerana jalan yang lurus itulah penentu kepada kedudukan masing-masing. Sejauh mana kita selari dengannya, atau sudah sejauh manakah kita terpesong dari landasan asal.
Namun, manusia akan mengalami krisis terhadap agama apabila mereka berdepan dengan suasana realiti yang terlalu jauh daripada apa yang dilakarkan oleh idea dan nas. Penghormatan adalah sesuatu yang terhasil daripada kualiti. Tatkala pendukung agama yang mewakili suara agama mengalami kemerosotan kualiti, rasa hormat itu mula terhakis. Tatkala hakisan itu berlaku, agamawan dan institusi agama terus kekal dengan grandiose attitude yang menambahkan rasa meluat serta benci kelompok yang tidak gentar dengan mereka.
Sebagaimana gereja hilang tempat daripada masyarakat akibat grandiose attitude itu, ia juga sedikit demi sedikit menimpa umat Islam. Rasa jelek dan meluat sekelompok masyarakat melihat sesetengah agamawan yang sombong dalam mempertahankan hujah-hujah ‘tidak masuk akal’ mereka, menambahkan kerumitan kepada berleluasanya pemikiran skeptik terhadap agama ini.
Misalnya, temuramah Gala TV di Astro 110 bersama Yasmin Ahmad, mendatangkan contoh yang boleh diberi perhatian.
Ketika filem Gubra dikritik kerana adegan bilal masjid menyentuh anjing, Yasmin Ahmad menegaskan bahawa sesuatu yang amat menghairankan apabila orang-orang agama ini yang kelihatannya berpelajaran tinggi di satu sudut, hakikatnya mereka tidak arif tentang ilmu Biologi (yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam atas galakan agama kita sendiri, kata beliau).
“Anjing itu kalau najis pun, menyentuhnya tidak haram!” kata Yasmin.
“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.
Saya tidak dapat mengesan apakah yang cuba dimaksudkan oleh Yasmin dengan kenyataan itu.
Tetapi beliau mungkin terkesan dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas dirinya oleh ustaz-ustaz atau tokoh agama yang ‘tidak faham Biologi’. Sifat menghukum, dan kejahilan terhadap ilmu sokongan seperti Biologi, menjadikan manusia semakin skeptik terhadap agama. Suatu kemalangan.
Namun, andaikata Yasmin Ahmad mengkaji lagi, beliau mungkin akan memperbaiki pandangannya tentang hal ini. Soal anjing merembeskan peluh daripada lidah itulah sebenarnya asas hukuman samak jilatan anjing yang terdapat di dalam Mazhab Syafie. Oleh kerana anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak. Malah, anjing yang tidak disebut sebagai najis di dalam al-Quran itu pun, persentuhannya perlu disamak, maka babi yang diisytiharkan najis oleh al-Quran itu, lebih utamalah untuk ia disamak.
Dalam kes ini, Religious Skepticism mungkin terhasil daripada kombinasi agamawan yang tidak faham Biologi dan pengarah filem yang tidak habis mengkaji agama.
Pandangan skeptik terhadap agama banyak didorong oleh kegagalan agamawan mempertahankan hujah agama dalam bentuk yang seiring dengan pemikiran massa yang berubah dari satu ketika ke satu ketika. Hujah yang tidak berhasil menimbulkan keyakinan, atau menolak terus proses hujah menghujah dan menggunakan kuasa untuk menundukkan soalan atau kritikan (budaya membunuh soalan), menyuburkan lagi pemikiran skeptik orang ramai terhadap agama. Gereja sudah berpengalaman dalam krisis ini, mudah-mudahan kita Umat Islam mempelajari sesuatu mengenainya.
Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini.
Dalam masa yang sama, pendekatan menghukum dan menghukum terus menerus digunakan semasa kredibiliti agamawan atau institusi agamawan berada di dalam krisis.
Sesungguhnya gejala ini boleh diperbaiki jika pendakwah dan agamawan mampu untuk mengusahakan beberapa perubahan. Sikap menyindir, menghukum, menyerang, tanpa kesimbangan dialog, diskusi dan lain-lain bentuk engagement, tidak banyak membantu.
PENDAKWAH MAMPU MENGUSAHAKAN PERUBAHAN
Jika perubahan itu mesti bermula daripada diri, maka usahakanlah perubahan pada diri kita, selaku pendakwah untuk lebih bertenang dan teliti dalam menghalusi dakyah-dakyah pemikiran skeptik terhadap agama ini. Andai mereka tidak mahu berubah, lancang mengkritik tetapi kurang mahu mengkaji dan mendalami secara adil, itu terserah kepada mereka. Religious Skepticism ialah penyakit. Lalu penganutnya harus dilihat sebagai orang sakit.
Bagi pendakwah yang yakin akan kesihatan pemikiran dan kepercayaannya, merekalah yang selayaknya untuk mengusahakan perubahan. Kita ubah cara kita memberikan penyelesaian, cara kita menguruskan cabaran, kerana kita mampu berbuat demikian. Jangan terlalu gelojoh menyerang, menentang, menghukum, ketika kita sendiri bukanlah saingan yang dihormati lawan (jika boleh disebut demikian).
Pendakwah yang hebat mampu mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Andai golongan yang skeptik terhadap agama mahu terus ego dalam mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Namun Islam yang dijulang pendakwah, menjadikan kita bersedia untuk mengambil sebahagian tanggungjawab memperbaiki keadaan. Memperbaiki cara kita berdakwah, mempunyai banyak faedah yang boleh meredakan penyakit minda ini.
SISI LAIN PANDANGAN HABIB BOURGUIBA
Berbalik kepada persoalan Habib Bourguiba, harus kita perhatikan sedikit.
Memang al-Quran berkata sebaliknya, Sunnah juga menegaskan sebaliknya. Malah Sejarah juga membuktikan sebaliknya. Namun Habib Bourguiba mungkin tidak memandang itu semua. Apa yang dijadikan asas pandangannya ialah pada apa yang ada di depan mata.
Benarkah umat Islam lebih produktif di bulan Ramadhan?
Tinggalkan Tunisia dan mari lihat keadaan kita di Malaysia.
Pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh bermesyuarat dengan baik. Semua orang kebingungan dan lesu tanpa mampu memberikan idea yang bernas. Jika ada projek besar yang mahu dibuat, semua meminta agar ia dibincangkan selepas Raya! Malah jika di bulan-bulan lain kita habis kerja jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan!
Maka, tidakkah itu semua bukti bahawa kita tidak produktif di bulan Ramadhan?
Silapnya pada Habib Bourghuiba ialah kerana beliau menyalahkan puasa sebagai puncanya, dan bukan manusia.
PELIK
Jika anda ternampak sebuah kereta Mercedez ‘mata belalang’ tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan Mercedez?
“Bodoh betullah syarikat Mercedez ini. Bagaimana mereka boleh buat kereta yang langgar tiang lampu!” kritik seorang yang bermazhab Habib Bourguiba.
Mustahil.
Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez.
Semua orang akan menyalahkan pemandu Mercedez itu.
“Macam manalah dia memandu. Sudah diberi Mercedez pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!” kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.
Silapnya Habib Bourguiba ialah, dia itu menyalahkan puasa dan Ramadhan sebagai punca rakyatnya tidak produktif. Suatu peringkat Religious Skepticism yang kritikal.
Justeru, jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikan Ramadhan ini, anda produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja, termasuk mungkin turun berkempen di Permatang Pasir!
Tetapi, jika kita bermati-matian memaki hamun Habib Bourguiba kerana tidak bersetuju dengannya, tetapi kita tidak bermaya, tidak produktif atau gagal untuk kekal normal di bulan Ramadhan, maka segala ayat al-Quran dan al-Hadith yang digunakan, serta fakta Sejarah yang dibentang, menjadi retorik serta menyuburkan lagi Religious Skepticism!
Anda mampu mengubahnya!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Assalammualaikum wbt Ustaz.
Saya suka ulasan ustaz. Saya juga setuju bahawa setiap daripada kita membuat ‘penilaian’/reaksi berdasarkan pengalaman.
Contohnya, mangsa buli. Sikap memendam rasa akan menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan sekiranya tidak disalurkan ke arah yang betul. Akhirnya, mangsa akan melihat semuanya negatif.Dah marah kepada semua yang berkaitan dengan pembuli.
Oleh sebab itulah, kita wajar sekali rajin membaca dan minat untuk belajar.
Tanamkan niat untuk mencari kebenaran. Insya Allah, akan diperkenan oleh Nya dan dipermudahkan urusan.
SALAM..
apa yg ustaz kata ada betulnya.. yasmin cakap benda yg betul berdasarkan pengalaman hidup dia.. cuma dia x sekepala dgn org2 agama.. maybe sebab dia x abes belaja agama.. atau orang agama sebagai da`ie yg x cuba faham dia n masyarakat umum sebagai mad`u..
btw.. saya tertarik dgn cerita terakhir yasmin tentang ustaz (di indonesia) yg duduk dgn isterinya dikawasan pelacuran sehingga mampu membawa para pelacur untuk join usrah.. that`s great achievement.
Hebat ustaz tu.. seriously x mudah nak bawak pelacur kepada usrah.. kecuali dgn ‘berhikmah’..
nice post. its very informative to me
betul..kita ni banyak sekali cepat menghukum seseorang tanpa melihat punca sebenar masalah itu timbul…ini bukannya cara yang baik untuk berdakwah…know the real problem beside current problem…
@penabiru,
skeptik tu bagus, menandakan kita ni bukannya bersikap dogmatic. tapi bila dah membaca tulisan dari blog takes5.firdauz atau quantummagic.firdauz yang diberi, saya sedikit terkilan dengan pengetahuannya yang besar dalam islam, dh tinggalkan islam, mengaku agnostic tetapi memburuk2kan islam.
bukan kah agnostic tu mempersoalkan semua agama, bukannya agama spesifik? kemungkinan firdauz tu lebih arif dari saya dalam hal ni.
gambar dan ceritanya lebih kepada menarik perhatian utk orang berkunjung (attention seeker), dengan entri seksual yang dilakukan dgn perempuan2, dengan mengambil gambar bersujud di atas sejadah, atau bakkutteh yang disanjung, tak salah kalau nak memakan sejak dia dh cakap dia kluar islam, tetapi, menganggap agama islam sebagai satu benda yang boleh dibuat lawak, dan dlm masa yang sama mengagung kebolehannya bercium, atau mabuk, agak menyedihkan.
it’s funny to some extent, but it’s a bit embarassing to some point as well.
wallahualam.
@nur aurora,
Assalamualaikum ustaz,
Artikel yang begitu menarik.
Pada pendapat saya masalah terbesar di sini ialah kurangya pemahaman dalam agama.
Kalau kita benar-benar faham dengan agama, kita akan faham bahawa apa yang dilakukan yang bertentangan dengan perintah agama, maka penganut yang harus dipersalahkan, bukan agama.
artikel yang menarik..cumanya saya nak minta pandangan ustaz untuk berhadapan dengan golongan Religious Skepticism ..takut-takut kita pun skeptikal terhadap golongan ini..
salam ustaz…
subhanallah…sgt2 tertarik dgn entri ustaz yg satu ni..
mengingatkan sy kpd novel ‘Tuhan Manusia’ karya faisal tehrani….
Assalamualaikum..
Cantik sekali closing entry ini.. Mari kita ubah persepsi orang ramai terhadap ibadah puasa, Ramadhan dan Islam secara keseluruhannya. Bersemangat menuju, bekerja dan beribadah di dalam Ramadhan dan semoga ia menjadi bench mark kekuatan iman kita selepas itu. InsyaALLAH..
Nota yang penuh ilmu . . Syabas pada penulis ~
Subhanallah…
Sentuhan unik ustaz…
tak takut kena kritik pula ke ustaz…
takut ada saja suara2 latar sebegini…
“Yasmin Ahmad itu baru sahaja meninggal, ni nak tulis2 pula pasal dia”
huhu…
Bukan itu persoalan sekarang…
semoga…
Puasa kita tahun ini..
akan menjadi lebih bermakna…
jadilah seperti para sahabat…
Peperangan Badar adalahpetunjuk terbaik untuk kita semua…
terima kasih ustaz atas teguran…
Terima kasih ustaz. Saya mengenal perkataan baru hari ini, skeptik.
Setiap riaksi perlu didahului fikiran dan ilmu yang benar tentang perkara yang akan diriaksikan.
Bak kata orang, fikir sebelum bertindak.
fuhhh.. mantap! thumbs up!!
ustaz, kalau in-future saya pinjam artikel ni buat rujukan boleh ya?
terima kasih daun keladi..
Salam,
Saya pun nak bagi THUMBS UP buat ustaz dengan jawapan cukup bernas pada artikel kali ini…
Minta maaf atas pujian kepada artikel ini tetapi mmg sudah lama saya mencari jawapan permasalahan ummah ini lebih2 lagi berkenaan dengan byk buku2 Kassim Ahmad yang begitu mengelirukan sehingga ramai yang seolah2 melihat beliau ini tidak lebih hanya sebagai seorang reformis agama bukannya pembenci ajaran Islam Tulen.
Jika ada kesempatan lain, saya harap ustaz dan kita semua mampu menyelongkar dengan lebih bernas hujah2 yang cuba diketengahkan oleh mereka yang skeptikal terhadap agama Islam ini agar ia tidak menjadi darah daging dan satu pola pemikiran baru kepada masyarakat kita lebih2 lagi kepada masyarakat yang berkiblatkan buku semata2 tanpa panduan para ulama’
@mujahidinreformasi,
kassim ahmad nie saya ada baca buku dia..tapi xfhm pon apa yg dia nk sbnrnya
saya suka artikel ni.
harap2 janganlah peminat2 yasmin terjentik.
satu lagi artikel yang membina dr ust. trm kasih ust krn menambah satu lagi term dalam kepala saya: Religious Skepticism
terlalu ramai golongan yg skeptikal kpd agama pd hari ini. golongan yg bersalah sudah tentu mereka yg belajar agama/brpakaian agama n lain2 yg brkaitan agama. agamawans telah menggugat paradigma pemikiran mereka yg masih ‘mencari’ n juga golongan yg masih belum berpuas hati.. silap juga kita yg tdak mahu menambah nilai diri sendiri apabila sudah mengecap status agamawan.. pencinta sufi yg haraki pun sama, memandang sufi haraki semata2, tdak melihat nilai intelektual n minda daie 1st klas yg dmiliki tokoh2 sufi haraki..
dlm kebanyakan kes skeptikal ini, agamawans yg memulakannya..
istilah yang tidak pula saya ketahui selama ini, namun penerangannya seakan pernah didengar. Mungkin benar kata saudara Pemikiran Skeptik terhadap agama merupakan salah satu penyakit dan perlu diubati.
salahnya orang-orang agama yang berterusan beperwatakan seperti orang jahil dan menganggap dirinya suci. Namun tidak salah agama dengan pelakuan sumbang penganutnya
Kadang kala skeptik itu perlu. Tapi…religious skepticism? Out of question. But, satu muhasabah yang baik buat para pendakwah.
Lebih dua bulan mengikuti semua tulisan Ustaz ini artikel yang paling menarik minat saya terutama perumpamaan “mercedes” dan juga closing artikel ini. Semakin ramai yang meninggalkan Rukun Islam dgn berbagai alasan terutama puasa.
kupasan yg sangat menarik!!teguran adil yg bersifat dua hala…bukan satu hala shj.
golongan Religious Skepticism ni boleh dianggap “sakit” ker???
atau ada sejarah di zaman silam sehingga dia membuat kesilapan yang menyalahkan islam seperti orang yang menyalahkan kereta jika terlanggar lampu isyarat???
apa pilihan yang kita ada? apa patut kita buat?
saya masih ‘mencari’…agak tak faham dgn entry ini..budak baru belajar..(sedih sbb hampir semua komen entry ni best, saya pula masih x faham )…banyak lg nk kna blaja…
Assalamualaikum
Saya ada kawan yang jadi mangsa religious skepticism ni. Beliau bekerja di sebuah kompeni vendor kepada sebuah perusahaan otomobil. Syarat yang aneh dikenakan kepada pekerja islam ialah larangan menunaikan solat jumaat. Dangkalnya, atas alasan berikutan kes staf(muslim) yang kantoi bermain snuker semasa solat jumaat tidak lama dahulu.
Dan masalahnyer, pemikiran sempit kawan ini menyempitkan rezeki ALLAH, dengan mengatakan DIA lah yang bagi job tu. tidak mau defend or resign, me’redhoi’ meninggalkan jumaat. Sedih2…
Assalamu’alaikum W.B.T,
-Sedikit pandangan ana:
-Kata Yasmin:
[“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.]
-Mungkin dia merujuk kepada bersentuhan dengan anjing (@ babi) hanya jadi najis jika salah satu (kita atau haiwan tu) atau kedua-duanya lembab/basah pada tempat yang bersentuhan. Jadi peluh=lembab=najis -> maksudnya kemungkinan tempat kat badan anjing selain lidah dan hidung adalah kering=tidak najis.
-Kata Ustaz pula:
[Oleh kerana anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak.]
-Kurang jelas la, boleh tolong perincikan? Apa yang ana faham, ‘bendalir dari anjing’=basah=najis, jadi, lidah la tempat paling bernajis sebab dia paling berair, tak begitu?
Shukran.
Akhuka Fil Islam,
-Musafir_86.
Saya tidak menyangka Ustaz akan menyebut nama senior dua tahun di atas saya itu di surau semalam. Namun itulah dia, yang berlalu tidak dapat ditangisi lagi. Kenangan pahit yang dilaluinya menatijahkan who he is today. Perincian cerita pasalnya yang Ust sebutkan semalam memang saya iakan. Mudah-mudahan Allah buka hatinya kembali kepada Islam biarpun tindakan Muslim bisa saja menambah pemikiran skepticisma itu.
Untuk para pembaca sekalian, entri Ustaz kali ini sebahagian isi kuliah semalam. Boleh download di SINI. Semoga mendapat manfaat.
tahniah dan terima kasih ustaz kerana membincangkan isu yang baru dan relevan bagi saya. sebenarnya dakwah kepada diri sendirilah yang paling sukar sbagaimana ungkapan prof mohd kamil dalam bukunya travelog dakwah- meniti hari esok. kita asyik menuding orang lain yang sinis terhadap amalan islam tetapi sebenarnya kitalah yang gagal untuk memuliakan syiar Islam.
Assalamualaikum.
Ceramah motivasi yang berkesan sekali.
Baarakallahu fiikum.
(Tapi saya masih lagi nak berbuka puasa di rumah ustaz nanti HEHE).
Wassalam.
ada kalanya saya terfikir, purdah bagi wanita dianggap keterlaluan sehingga hanya nampak mata sahaja
tapi apabila H1N1 menyerang, semua pakat-pakat tutup mulut dan hidung. jadi pada ketika tu apa beza purdah dengan penutup mulut dan hidung???
atau kita sekarang pandai cakap tapi amalan tu tidak ada menunjukkan bahawa itulah amalan islam sebenarnya.
tapi seperti yang kita tahu anjing dan babi ada bawa penyakit merbahaya. jadi dengan elak bersentuhan sahaja pun dapat terhindar dari penyakit. tapi kalau kena najis, kena basuh dengan air tanah. kalau dalam hukum najis dikira berat bererti ada sesuatu di dalamnya yang cukup bahawa buat kita.
tu belum lagi kita tengok penjagaan tempat tinggal anjing dan babi tu sama ada bersih atau kotor???
selalunya orang cina anggap kita jauhkan diri dari anjing sebab takut dia gigit atau menyalak pada hal kita nak elak kena najis sahaja. nak kena basih dengan air tanah tu kena fikir banyak kali
@Amin007
Boleh anda jawab apa manfaatnya Allah jadikan anjing dan babi?
Sekiranya non-muslim tanya anda soalan begini:
secara logiknya kenapa Allah cipta babi yg sudah sedia najis itu ‘jika’ x ada apa2 manfaat darinya? ujian? atau apa?
Mari fikirkan dan cari jawapannya.. Apa manfaat n faedah babi dan anjing.. anjing dan babi..
@nice,
sebelum Allah turunkan nabi adam ke dunia, Dia dah cipta dulu perbagai faura dan fauna atau tumbuhan dan haiwan.
apa pun kenapa Allah jadikan anjing dan babi yang hukumnya najis hanya Dia sahaja yang tahu. walaupun banyak kajian sains yang menunjukkan ada kuman yang jahat berada di dalam anjing dan babi, ikutkan saya masih tak jumpa lagi kajian tersebut.
hanya cacing pita dalam babi sahaja disebut dalam bab biologi semasa saya berada di sekolah menengah dulu. tak pasti pulak sekarang bab tu masih ada lagi ker tak.
bagi saya, anjing dan babi dianggap hina oleh orang melayu. dalam masyarakat arab pulak keldai dianggap hina. walaupun ada cerita bab wanita pelacur bagi air kat anjing masuk syurga, namun macam mana pun orang melayu lebih suka elak bersentuhan dengan anjing lebih-lebih lagi kalau yang suka menyalak.
apa pun saya suka petik kata dr asri yang haram tu sikit yang halal tu banyak. kalau nak sebab logik kena belajar sains laa.
walaupun banyak kajian kuman berbahaya dari babi, namun babi adalah binatang ternak yang paling untung sebab boleh lahirkan anak setiap bulan.
@nice,
memetik kata2 ustaz hasrizal dlm ceramah beliau suatu ketika dahulu, Allah menjadikan sesuatu yg bawa kemudaratan supaya kita lebih bersyukur dengan makhluk Allah yg halal n lebih banyak drp yg haram..
Apapun, wallahua’lam bissowaab..
Satu penulisan yang perlu di amati oleh semua yang mengaku Muslim. Ingatlah dakwah itu bukan sahaja dalam kata-kata tetapi dalam tingkah laku kita juga. Berbuat baiklah dengan jiran tetangga Muslim maupun bukan Muslim, sesungguhnya mereka ada potensi menjadi Muslim yang lebih baik dari kita dengan izin-Nya. Ambillah iktibar dari kisah Saidina Umar ra…
Pada pendapat peribadi saya, rasanya attitude kita kepada anjing banyak diwarnai oleh persekitaran dan pembawaan kita. Saya percaya di negara2 arab, beza pula persepsi mereka. Masakan kita dibolehkan untuk memakan haiwan dengan hasil bantuan anjing buruan? Bahkan didalam alquran juga surah al kahf ayat 22, disebutkan anjing sebagai salah seorang dari penghuni gua tersebut. Saya secara peribadi tidak mengelak jikalau anjing jinak lalu hampir dengan saya, wallahua’lam…
n seperti biasa, budak jepun yg bengkek ngan ust hasrizal, mengulaslah dengan bahasa busuknya ttg artikel nie di http://alhikmah-diari.blogspot.com/2009/08/mahasiswa-di-luar-negara-dan-haq-bathil.html
penyakit!
@najman, Saudara,rasanya apa2 kritikan eloklah kita mendengar dengan baik.bak kata ustaz dalam artikel di atas pun,jangan menghukumi org lain.Allahualam.Allah knows BEST.=)
@najman, adakah saudara najman telah membaca entry budak jepun tersebut? artikel itu langsung tidak menyentuh tentang artikel ustaz tetapi tentang satu perkara yang ‘sangat’ berbeza. anda ‘skeptik mfr’ barangkali?
assalamualaikum.
saya seorang peminat yasmin, dan tulisan ustaz ini boleh dibaca dengan hati yang tenang tanpa marah2. =)
fenomena seperti ini, adalah ruang untuk pendakwah serta Muslim yang faham Islam untuk memberi kefahaman kepada muslim yang “belum faham”. kadang2, bila tak ada orang2 macam ni, kita berada di zon selesa sampaikan kita terlupa bhw bukan semua orang itu punya kefahaman ttg Islam.
bezanya, ada yang berusaha merubah dan mengislah masyarakat dan kefahamannya (seperti artikel ini) dan ada yang sekadar mengkritik sesedap rasa, agar nampak berilmu di mata manusia.
wallahua3lam.
@munawwarah,
Asslamualaikum Ustaz dan para pembaca sekalian
Saya setuju dengan pandangan Ustaz serta komen munawwarah berkenaan dengan artikel ini. Masih ada di antara para ustaz, ilmuwan agama dan para ‘professional ustaz’ atau ‘protaz’ yang belum mampu keluar daripada zon ‘selesa’ mereka. Ada yang saya perhatikan, para ustaz yang hanya tahu mengeluarkan hukum-hakam sahaja. Ada juga orang awam yang hanya mengkritik para ustaz serta masyarakat membuta tuli sahaja tanpa memerhatikan lebih daripada itu. Itu yang merisaukan diri saya kerana pemikiran secara holistik ini yang perlu digarapkan dalam pemikiran masyarakat kita ini.
setuju dengan artikel ustaz.
we are complaining about the EFFECT,but doing little about the CAUSE.
Salam ya ustaz,jazakillahukhair for this post.Sebenarnya saya melalui satu kisah yang menyedihkan,menyertai sebuah jemaah A,tapi dalam diri banyak persoalan dan cara berfikir saya yg kritikal,sampai ada ketika disindir /dikatakan seperti tak ikhlas nak memperjuangkan Islam,sedangkan sebelum saya menyertai jemaah A,saya mendapat tarbiyyah melalui cara pendakwah Barat yang guna cara reasoning,jadi dalam setiap isu saya suka cara reasoning.Bila saya masuk jemaah A,pendekatan lebih kepada haraki dan sebagainya.Namun,pada hakikatnya saya tidak kisah,saya percaya jalan itu pelbagai,dan bagi saya ada cara tersendiri,cuma kadang2 terkilan sampai saya terfikir saya ni salahke..alhamdulillah atas penerangan ustaz akan situasi ini.Mudah2an Allah menunjukki jalan yg lebih baik dan benar serta mengampunkan segala dosa kita.
@lisa,
err….jazakallahukhair sepatutnya kalau x silap saya………bukan jazakillah…..
gila Habib Bourguiba ni…ada ke gi makan kat public…
Assalamualaikum….
Terdetik juga dalam fikiran berkenaan
dengan isu skeptik agama ni.Artikel
ustaz membantu pemahaman lebih jelas
mengenainya.Lontaran isu dah dibuat,
suma sekarang yang utama, bagaimana
kita, orang yang mudah2an tidak mahu
terkena jangkitan penyakit ini berusaha
merancang kaedah terbaik yang kita
mampu untuk menangkis ‘serangan’ mereka
yang saya lihat ada juga sebahagian dari
mereka merupakan pemikir konsep sekular,
liberalisme, pluralisme juga bermacam2
istilah yang seangkatan dengannya. Saya
berdoa moga2 ustaz dan para sahabat
seangkatan yang lain sudi untuk duduk
semeja, berfikir,merancang dan
menghasilkan kertas kerja berkenaan isu
ini suatu masa nanti, doa saya semoga
ALLAH tunjukkan jalan yang terbaik…
Benar ustaz, yang salah bukan puasa tetapi muslim yang tidak memahami falsafah puasa. Yang salah bukan Islam, tetapi mungkin pendekatan, penampilan dll berkaitan daie yang perlu disesuaikan mengikut semasa tanpa menggadaikan prinsip Islam.
Dan sememangnya, bila seseorang itu mendendami sesuatu, ia akan terbawa-bawa. Misalnya Zainah Anwar yang trauma dengan perlakuan ahli keluarganya yang lelaki seolah-olah menjadikan orang perempuan di dalam rumah sebagai hamba.
Moga Allah memberikan petunjuk kepada mereka. Salam Ramadhan dari ana sekeluarga buat ust and family
assalamualaikum ust.
dah lama ust x buat artikel yang berat.. terima kasih ust.
Ustaz,Tentang Badrul Hisyam,Khabar tentang murtad nya beliau heboh sedikit masa lalu.tetapi turut mencalar nama baik sekolah yg tersohor.ALlah menguji dia dan juga kita.Doa dan harapan semoga masih ada jln pulang buat nya.Terima kasih diatas entri Ustaz.Amat membuka minda.
AsSalamualaikum wbt..
syukran ustaz..penulisan y mengajak para pendakwah berdakwah dengan lebih berhikmah selain mngajak kita supaya sentiasa memantapkan ilmu..
Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik. (surah al-Nahl, ayat 125)
Semoga bersama-sama memperoleh berkat Ramadhan..InsyaAllah..
thanx ustaz for the explanation.
Salam..
first time drop comment kat SIO ni,
sebelum ni hanya jd pembaca setia aje.
Btw, artikel ustaz mmg power.
Biar ade org yg mcm religious skepticism, baru terasa mcm check and balance coz institusi agama ni semakin korup. Mereka selalu anggap diri mereka suci, pendapat mereka pula benar belaka dan wajib diikuti padahal ade kemungkinan mereka masih follow hadis palsu/ajaran sekolah pondok yg lama serta x relevan. Pemikiran mereka terlalu tradisional, menentang pembangunan dan berorietasikan keakhiratan semata yg membawa kpd stagnation dlm dunia Islam…empayar Turki runtuh sebab mereka gagal dlm reform…org agama lembab dlm menangani perubahan. Kalau nak islam berjaya, kena lah ade starategi/marketing, x bole le pakai cara primitif…
mantop…bernas dan saya sangat setuju pandangan ustaz…saya pernah baca fasal zainah anwar dalam surat khabar…pengalaman waktu kecilnya hingga dia membesar dan membentuk pemikiran skeptik terhadap agama…
Salam…
Erm dulu pun ada pemimpin negara yg berkata x produktif kalau jalankan hukum hudud potong tangan.Doa saya moga2 dia bertaubat sementara umur masih ada ni…
YADK…yasmin ahmad dalam kenangan..
hairan…..RAIHAN yang berjaya tour hampir satu dunia dengan nasyid mereka tak ada pulak nak diberi penghargaan luar biasa..tapi filem2 dalam YADK yang penuh kontroversi dan adegan2 yang memeningkan tu beria2 diberi penganugerahan..inilah MALAYSIA yang kononnya bijak menilai….sedih..sayu..pilu….dan SUNGGUH MEMALUKAN..
Skepticism ni baerlaku kerana tidak dapat melihat sesuatu secara menyeluruh lalu bersangka-sangka.
Tapi tiada siapa yang boleh mendakwa dirinya telah pun mengetahui sesuatu dengan sepenuhnya. Dan bersangka-sangka hasil dari kurang pengetahuan akan selalu terjadi.
Mungkin ustaz boleh bagi masukan?
subhanallah! terima kasih ustaz. sangat mencerahkan minda
assalamualaikum
saya suka komen ustaz berkaitan puasa. Saya seorang mahasiswa pernah belajar dgn lecturer Cina yang beragama Budha. Masa tu time bulan puasa, rakan2 minta habiskan class lebih awal dgn alasan letih berpuasa. Apa yang membuatkan saya rasa malu dan juga kagum ialah apabila lecturer saya yang beragama Budha memberitahu (menasihati) kami bahawa ramadhan adalah bulan yang mulia dan patut dijalani dgn penuh semangat, letih dan lesu hanyalah datang hasil dpd pemikiran kita yang menganggap puasa itu meletihkan, ia tidak akan berlaku jika kita berfikir sebaliknya. Huhuhu…saya tak sangka seorang yang berstatus kafir menasihati sekumpulan 20 orang pemuda Muslim, semuanya senyap membisu. Saya teramat malu dgn sikap sesetengah kwn saya itu. Semoga Allah memberi hidayah kepada lecturer saya itu, Mr. Chong Tin Foo.
@mujahid, wow! bagusnya lecturer tu. MMG jawapan bernas, speechless..
@mujahid,
maaf untuk komen ini\
sebenarnya saya rasa x letih mana pun
cuma malas je lebih
jadi,puasa dijadikan alasan
Ada lagi… hehe
New Malaysian Essays 2
Sub Topic:The Khutbah Diaries
Minta izin copy artikel ni..sy bgtau sumbernya. trima ksh
religious skepticism.. satu istilah baru (bagi saya).. dan satu ilmu baru.. (bagi saya juga).. terima kasih, ustaz.
Salam,
terima kasih ustaz atas artikel2 yg betul2 menggerakkan minda =)
Saya teringin nak share my two cents ttg perihal produktiviti dibulan puasa. Kalau kita lihat ekonomi melonjak pada bulan puasa (terutamanya kerana jualan di pasar ramadhan dan persediaan untuk raya). Lagi2 kita dalam fasa memulihkan ekonomi yang memerlukan rakyat berbelanja untk menggerakkan matawang. Ada golongan yg pandai mengambil peluang dibulan puasa berusaha berniaga untuk buat duit lebih. Kiranya produktiviti mereka ini meningkat dibulan puasa, bukan semakin lembab. Saja nak share sebab pernah dgr kritikan dari rakan yg mengatakan puasa ni hanya melembabkan prestasi kerja & ekonomi. Sebenarnya macam Ustaz kata, orang yang berbuat tu yang tidak kena, bukan berpuasa tu sendiri yang silap.
em…kadang2 bila berada di kalangan masyarakat susah utk membiasakn diri utk berdakwah,walhal dlm kampus mad’u2 dengar apa yg kita sampaikan.tp bila dok bekerja memang payah nk sampaikan sesuatu ilmu yg kita tahu.ada jer nk bangkang apa yg kita ckp…insyallh kita jgn menyerah kalah.kehidupan bukan masanya utk menyerah kalah tp untuk menuju kemenangan…tambahkan ilmu utk lebih bijak berhadapan dgn gol. yg sinis terhadap agama.
yap… rata-rata umat islam yang menutup keindahan islam (al-islam mahjub bil muslimin), sehingga dengan perlakuan beberapa kalangan ini menimbulkan persepsi negatif kepada non-muslim, malah kepada muslim sendiri!
atau mungkin perlakuan yang tercetus dari kurangnya kefahaman. mudah-mudahan kita senantiasa berusaha menambahkan kefahaman dalam agama.
peperangan badar, ‘ain jalut, etc, semuanya berlaku dalam bulan ramadhan.
ibadah dalam islam melahirkan umat yang makin produktif, andai kita cuba memahami dan menelusuri sejarah.
semoga ALLAH memudahkan dan menunjuk jalan, andai kita berusaha…
Artikel yg menarik!!
bukan sekadar anda mampu mengubahnya, malah ‘kita’ semua mampu mengubahnya! bukan pada usaha seorang, tapi usaha kita. untuk menjadi lebih produktif pada amal dan kerja buat, supaya dapat menyingkit fahaman religious skepticism.
Salam ustaz,
Subhanallah! Kebetulan saya sekarang membaca tentang Habib Bourguiba. Berikut dipetik dari buku “Resurgent Islam: A sociological approach” oleh Sutton dan Vertigans.
“Following independence from France in 1956, Habib Bourguiba” became President Of Tunisia (1962-87) and implemented a rigorous secularization programme. A modern legal system was introduced, the jurisprudence of the Shariah was abolished, religious education was undermined and it was proposed-although popular opposition meant it was not introduced-to implement a legal ban on fasting during Ramadhan.”
Memohon pada Allah SWT, Pemilik hati-hati manusia..
terima kasih ust. akhirnya penulis sudah terjumpa istilah yang paling tepat untuk segala filem yasmin Ahmad
selepas kematian beliau, penulis selalu terfikir tentang segala karya yang dikarang yang konsepnya hampir serupa. cuma bentuk yang berlainan.
rupanya-rupanya perkataan yang paling tepat ialah pemikiran skeptik terhadap agama.
dalam masa yang sama tidak dinafikan kelemahan segelintir ulamak dan pendakwah dalam menterjemahkan Islam dan konsep yang sebenar.
penulis teringat bekas paderi yang memeluk islam menyebut ” mujur saya kenal Islam sebelum mengenali orang Islam”
kita hanya mampu mengimbau sejarah..bercakap soal sejarah kegemilangan Islam…tetapi praktikal masa kini,,,,, hanya iman yang mampu menjawabnya
sesetengah pendakwah tidak peka dengan suasana dan kemahuan semasa…mereka hanya bercakap soal yang terkandung dalam kitab sahaja. perbahasan terkini diluar dibiarkan berlaku begitu sahaja….
Alhamdulillah, tahniah kerana hasil penulisan yg amat menarik. Manusia kadang2 terlalu cepat menilai tanpa usul periksa sbb masih belum kenal latar belakang. Jika Islam dihayati dan diamalkan sebagai cara hidup, insyaAllah akan pudar pemikiran skeptik ini. Oleh itu, mari mulakan dgn menahan diri dari mengeluarkan komen2 negatif sebelum tahu cerita sebenar.
Kita tak hairan sebenarnya, sebab Nabi kita dah nyata, di akhir zaman, Islam hanya tinggal nama
Kepada mereka yang berjiwa sinis dan skeptik, sajak dari saya khas kepada Yasmin Ahmad.
Yasmin Ahmad,
meski kita berlainan bicara
tapi iklanmu aku suka
Filemmu – tak pernah kulihat
tapi aku tahu,pro dan
kontranya
Agama – tafsirmu
dan tafsirku
berbeza
Berehatlah kau
di sana,
semoga
Dari tarikan nafas spontan,
abuyon
Kotak Komen Dunia Penyair
03 Ogos 09 9.33 pagi
dalam kes benjamin stephen tu mungkin dia jadi paderi sebagai satu mekanisma bela diri…daia geram dgn orn/setudent sek agama yang buili dia so bia dia jadi pendakwah kristian dia rasa dia hebat…perkara ini dalah..kerana akhirnya memakan diri sendiri…sapa yang belajar psikologi tau la kaedah2 mekanisma bela diri ni…patutnya dia jadi ulama’ so akan menyelamatkan diri dia dunia dan akhirat…jadi paderi buat apa…kita ppun tau mana perginya kalau jadi paderi…
xde ke komen nak berdebat pasl entry kali nie..nak jga tau pndpt org yg pandai agama nue..hehehe
Assalamualaikum….
artikel yg menarik & info yg patut kita renung2kan n ambil tindakan…
bila munculnya masalah sebegini seharusnya kita berada di posisi membantu,bkn menunding menyalahkan…tiada yg mudah namun ingat rahmat n hikmah Allah xkan pernah putus bg hamba-Nya t’utamanya yg xpnh putus asa…
tiada manusia yg sempurna n mmg hipokrik utk berubah m’jd sesuatu yg bkn diri atau keinginan kita tp mengharap keadaan berubah adalah mustahil tanpa perubahan yg bermula dr diri sendiri…memetik ayat dr drama Nur Kasih “we cant change to b someone else but we can alwanys change to b a better person”
wallahulam….
Assalamualaikum ….
Saya ingin menambah …. bagaimana pula situasi skeptism ini di kaLANGAN agamawan.
1)- mempelajari falsafah untuk memahami hakikat agama adalah haram. Apatah lagi mempelajari ilmu kalam yang asasnya adalah falsafah. Walhal … ayat -ayat al-Quran ada memberi beberapa pedoman dalam pemikran falsafah islam.
2)- Mengikut cara pemikiran Khalaf dalam merungkaikan persoalan ayat mutashabihat dianggap bidaah oleh salafi, walhal, si pendakwah itu terpaksa guna method khalaf sebab mad`u tak faham bahasa arab dan uslub arab. Oleh kerana maka si mad`u faham ayat mutasyabihat ikut fahaman bahasanya, maka method khalaf dianggap ahkam dalam menyelesaikan masalah tersebut.
3)- Mad`u datang dengan berbagai latar belakang sosial. Oleh itu, kekadang hukum berubah kerana illah kehidupan mad`u berbeza. Contoh : Mad`u terpaksa bekerja hingga waktu maghrib, menjala ikan dan menahan pukat di sungai. Si Pendakwah pula bertegas dalam hukum solat berjemaah di masjid. Si mad`u pula kata kalau aku ke masjid, terlepas pula hasil ikan yang banyak waktu maghrib. Bagaimana sikap pendahwah dalam hal ini … adakah bertegas dengan perlu berjemaah kerana nak hidupkan sunnah atau pendakwah itu perlu melihat awlawiyat mad`u tersebut pada ketika itu.
4)- masyarakat kita yang rata-ratanya terpaksa bertungkus lumus mencari rezeki, kurang berzikir dan bertasbih. malah nak berzikirpun segan. Adakah pendakwah perlu bertegas pula untuk tidak berzikir secara jahar sebab nak ikut sunnah Nabi iaitu berzikir secara siir (perlahan) secara sorang-sorang, semasa solat berjemaah di masjid waktu maghrib dan subuh??
5)- Bagi pendakwah yang bertegas dengan cara golongan tua iaitu berzikir jahar selepas solat yang mana perlu peruntukkan waktu sedikit selepas solat, bagaimana pula ahli jemaah yang ada urusan lain yang perlu segera pergi selepas solat berjemaah. Apakah pendakwah ini hanya sinis tanpa dia ambil langkah untuk ajarkan cara berzikir dan bila waktu boleh berzikir supaya fleksible dengan keadaan soasial ekonomi mad`u??.
6)- Hukum menyentuh babi dan anjing dalam mazhab syafie, perlu disamak dengan 7 kali basuhan termasuk salah satunya air bercampur tanah. Adakah ini bermakna anjing dan babi itu dihina oleh Islam atau hanya Islam kata kalau menyentuhnya, perlu seseorang itu menyamak??
7)- Golongan agamawan pula… bertekak dalam mempertahankan pendapat pada masalah-masalah yang kalau diselidiki …. sudah khilaf sejak 1400 tahun yang lalu. Tidakkah rasa yang tindakan mereka itu akan menyebabkan masyarakat bingung dan kusut kepada???
8)- Si Mad`u pula, bilamana dah kusut kepala, ingin mendamaikan hati. Terjumpa kitab Bimbingan Mukmin dan Ihya Ulumuddin …. dah golongan salafi kata kitab ini penuh dengan hadis palsu dan dhaif. Mana lagi nak rujuk. Nak baca syarah Bukhari, bila baca tak faham yang mana nak mula dulu untuk kembali kepada kehidupan beragama yang aman damai. Tapi, bila baca kita bimbingan Mukmin, mereka jumpa jalan penyelesaian. Tapi, ini kata kitab tersebut penuh hadis palsu, bagaimana boleh terjadi??? Lebih membingung mad`u tersebut.
9)- Yang terakhir …. saudara lihatlah sejarah perkembangan Ilmu Tauhid itu sendiri. Tauhid adalah asas agama. Tetapi bilamana ilmu tauhid ini berkembang-dan berkembang , sehingga akhirnya menjadi satu disiplin yang tersendiri, adakah akidah ummah kian mantap dan ungkuh? Tidak berpecah belah atau tersesat? Tetapi, lihatlah … unmmah kian jauh dari akidah Islam yang sebenar. Ahli agamawan pula yang mempelajari disiplin akidah ini berpecah 2 kepada Salaf dan Khalaf. Dah tu … bertekak hingga tak sudah-sudah.
Saudara ku sekelian …. apabila saudara membaca ulasan saya, mungkin saudara akan nampak bahawa saya ada sedikit SKEPTISM. Saya tidak menafikan. Mengapa …??? Kerana keadaan dan situasi dimana saya berradan dan “bersocialize” itulah yang manjadikan saya ada sikit skeptism.
Apa penyelesaian nya bagi kita. Jawapannya mungkin ini:-
a) Islam terbina dan ungkuh kerana tarbiyah imaniyahnya (ada orang sebut tarbiyah ruh. Apa-apa saja lah …) Mad`u perlu di arahkan kepada tarbiyah ruh. Peranan pendakwah untuk membimbing mad`u kepada tarbiyah ruh atau tarbiyah iman.
b) Methodologi pengajaran Islam (akidah, syariah dan akhlak) pada zaman Rasuluallah adalah method tarbiyah iman imaniyah. Bukannya berjadal dan berkalam-kalam. Kalau ada pun jadal atau method kalam, ia adalah dalam rangka untuk memperkuatkan tarbiyah imaniyah.
c) Para agamawan perlu kembali kepada method tarbiyah ruh dalam pengajaran mereka di masjid-masjid dan di universiti. Begitu juga, guru-guru agama di sekolah juga (guru j-qaf dan guru PI) perlu melihat kembali method P&P mereka. Ada tarbiyah ruh tak? atau hanya ada mengajar ikut sukatan tanpa beri ruh iman pada anak murid.
Akhir kata cukuplah setakat ini. Ana amat mengharapkan komen-komen dari sahabat-sahabat forum ini. Ana melihat pembelajaran di sekolah ada menyumbang kepada skeptism ini. Sekian
Ralat:
“bagaimana pula situasi skeptism ini di kaLANGAN agamawan”
Sepatutnya:
” bagaimana situasi skeptism ini disebabkan oleh agamawan, suatu telahan untuk difikirkan”
Ana mohon maaf akan kesilapan yang berlaku.
assalamua’laikum ustaz..
artikel yg sgt kritikal..
minta izin copy ke blog ye ustaz..
terima kasih..
salam ustaz…
subhanallah…sgt2 tertarik dgn entri ustaz yg satu ni..
mengingatkan sy kpd novel ‘Tuhan Manusia’ karya faisal tehrani…
salam,
saya pernah mempunyai kawan yang bersikap Religous Skepticism ini. Segalanya bermula melalui pengalaman. Apa yang dia alami bersama golongan agama tidak begitu menyenangkan baik melalui emosi mahupun dalam urusan profesional.
Pernah dia pulang ke bilik dengan perasaan kecewa apabila disindir dgn tajam oleh ahli usrah semata-mata tidak hadir usrah 2 kali. Apabila menghadiri usrah, ilmu dapat tetapi hal sebaliknya juga dapat. Cercaan terhadap individu pesalah – pesalah agama menjadi hujah, termasuk berkias-kias mencerca musuh2 yang tidak sama pandangan menghangatkan lagi usrah.
Di dalam kampus pula sudah biasa dipandang dgn jelingan tajam apabila bertembung dgn golongan agama walaupun dgn hal remeh temeh seperti memakai jeans.
Dalam hal profesional pula, apabila menguruskan event agama sudah semesti bekerjasama dgn golongan agamawan ini. Hal ini menambahkan lagi perisa prejudis di zaman kampus.
Berjanji pukul berapa tiba pula di jam yang berlainan. Apabila pandangan dibangkang , timbul pula hadis2 yang dibaca dalam bahasa Arab yang membuatkan golongan biasa2 tercengang2 apakah maksudnya, apakah tujuan hadis itu dibaca?
Mungkin pengalaman ini hanya dialami oleh rakan , saya dan individu tertentu, tapi beberapa orang inilah mungkin ada yang bangkit lantang menjadi seorang religious skepticism.
Seperti kata ustaz, beranikah kita untuk berjiwa besar menyoal diri, mengapa ini terjadi atau adakah sikap masyarakat, atau diri sendiri jua yang menyumbang kepada ini semua?
Atau beranikah kita untuk berubah sikap dan pandangan agar tunas2 religous skepticism ini tidak terus bercambah?
moga kita berjiwa besar dan berani bermuhasabah berada tetap di dalam jalan yang lurus.
mohon maaf jika ada salah dan silap atas pandangan ini.
salam….
saya pelajar ipta….
dlm group saya memang ramai tudung labuh & kaki surau…
saya memang bersahabat baik dgn mereka…tetapi saya sedikit terasa hati dan irritate dgn tabiat mereka yg suka datang lambat kelas & x buat homework…
w/pun br sehari ditegur lecturer still x berubah2 ….nasihat tue mcm masuk telinga kanan & keluar telinga kiri…
saya dah x tahu nak rasa apa…sedih pun marah pun ada…
bila saya tegur…mcm2 lah alasan…
tp paling yg mengelirukan bila saya suarakan masalah nie, salah seorang dr kumpulan tue jawab..kita kena berlapang dada & beri dia peluang utk berubah…
kalau sesama mereka pun x da pun usaha nak saling memperbaiki diri & saling nasihat sesama sendiri….
dan dah setahun perangai macam tue,
last skali saya lebih selesa satu group dgn yg org biasa2(x pakai tudung labuh & non muslim )..
bila perkara bie berlaku , pernah x mereka terpikir pandangan saya yg x braper pandai bab agama dan especially non muslim(yg sama2 kena marah dgn lecturer bila mereka buat kesalahan)terhadap golongan yg beragama ?
sama2 lah pikirkan…
mohon maaf kalau ada silap & salah
@iman,
setuju dgn komen anda..sy pn mengalami perkara yg sma..sakit jiwa buat asgnment sorg2..alim la sgt..erm,aku xredha markah yg diorg peroleh dr hasil keje aku..
http://takes5.firdauz.my/2009/05/20/firdauz-takes-liberties-i-eat-pork/
http://quantummagic.firdauz.my/2009/08/13/molecular-evolution/
Kedua-dua link diatas,membuktikan keparahan pemikiran skeptik yg melanda umat Islam di Malaysia.Penulis blog diatas,yg saya yakini adalah muslim pada awal kehidupannya,menjadi religious sceptic pada usia dewasanya.Medan blog menjadi medan luahan perasaan & pemikiran,yg tak mungkin kita bayangkan akan berlaku jikalau tiada kemudahan blog/kemudahan IT seperti zaman sekaran ini.Astaghfirullah.
aslmulaiKum….minta izin amik entry..
untuk sbg isi untuk assigment saya,
harap diberkati..
assalamualaikum…
sangat bernas pandangan ustaz ni. ni lah yang saya cari untuk soalan mengapa sesentah orang begitu prejudis terhadap Islam.
kita sebagai manusia ialah produk masa silam dan masyarakat. pengalaman yang di alami individu tak sama, dan seperti ustaz ceritakan ia menjadi sebab kepada religious skepticism ni.
cumanya ada yang mengambilnya sebagai dugaan dan ujian Allah, tapi ada yang menyandarkan sesuatu (dalam konteks ini agama) untuk dipersalahkan.
wallahua’lam.
Terima kasih kerana memahamkan saya tentang religous sceptical..
saya ingin berkongsi sepotong quote dr kawan saya..
” Muslim or specifically Muslim scholars are too judgemental, thus we are not to move forward”
mungkin ustaz boleh bg ulasan ttg quote ini..
berdasarkan kefahaman cetek sy, kebanyakan “ustaz”2 kite sendiri too judgemental, dan develop dr situ penyakit pre-judge..atau prejudis..
masakan orang agama pun berpenyakit begini, apatah lagi mereka yg punyai dasar yg goyah..berpimpin tangan bertukar kpd ber-tuding jari..
mesej yg Yasmin Hani ingin sampaikan melalui filem2nya mulia..tapi cara dia meluahkannya sendiri byk kesilapan, dlm masa yg sama “ustaz”2 kita belum bersedia menangkis, apatah lg org kebanyakan..yg tipikalnya menganga dan mengangguk kepala..
Artikel yang hebat. You never fail to impress me. Memang saya pelik dgn karya yasmin ahmad, apa yang best sangat pun tak pasti. Tahniah sekali lagi ustaz, teruskan usaha mengupas isu-isu biasa yang kita lupa nak pandang.
p/s: Diharap ustaz dpt buat backlink ke blog baru saya. Tak buat pun takpe, sekadar bertanya.
Salam ramadhan.
Salam, mmg menarik dan hangat sekali isu di atas.Elok juga sesekali bwk kan isu menyentuh hati,walaupun sekali pandang mcm buka pekung di dada tp kalau biarkan terus membarahlah ia dlm msyrkt spt yg kita lihat contoh2 di atas.
Bismillah..Tahniah ust…Subahanallah..ArtikelUstaz dpt menbuka minda umat…Semoga Allah sentiasa memberkati ust dan mengurniakan kekuatan atas usaha ustaz..
jazakallah
assalamualaikum wbt..
saya suka dan setuju sangat dengan pendapat ustaz mengenai perumpamaan kereta mercedez tadi..
bukan salah mercedez tu, tapi salah pemandu tu sampai melanggar tiang lampu..
berbalik kepada kehidupan, saya melihat golongan bertudung labuh, yang suka memilih kawan, tidak mahu bercampur..mereka juga seolah2 ada kelompok tersendiri..saya pernah cuba untuk mengimarahkan surau di tempat saya belajar..saya lihat ramai yang bertudung labuh sama-sama mengimarahkan surau tersebut jadi terdetik di hati saya untuk cuba mendekati perkumpulan mereka, supaya dapat mempelajari ilmu agama dan sebagainya, lagipun saya pun dalam proses untuk mendalami islam..malangnya mungkin kerana saya tidak bertudung labuh seperti mereka,jadi mereka antara layan tidak layan saja pada saya..ini membuatkan hati saya agak goyah..tapi alhamdulillah, saya tetap terus mengimarahkan surau tersebut walau tidak bercampur dengan mereka,hanya bercampur dengan orang biasa-biasa(bertudung biasa)..
saya agak kesal..sebab serasanya islam tidak menganjurkan begitu (berpuak-puak)..islam mengajar umatnya supaya bersikap mesra dengan orang lain apatah lagi sesama umat..
apapun, saya ingin ucapkan tahniah pada ustaz kerana telah menghasilkan artikel yang berguna untuk dijadikan panduan..saya rasa bersyukur sebab artikel-artikel ustaz banyak telah memberikan ilmu pada saya.. terima kasih banyak-banyak ustaz..
wassalam.
ya. saya saudara baru ini pun selalu berdepan dengan perkara-perkara yang bisa buat saya jadi skeptik dengan sesetengah perkara, seperti sering dipandang rendah oleh seorang megah dirinya lahir Islam berbanding saya yang baru kenal Islam. bimbang juga saya jadi skeptik kpd orang lahir Islam sampai lupa Islam itu lurus, orangnya yang bengkak bengkok. tapi di sini saya memikir bahawa soalnya ialah saya ikhlas atau tidak dengan Islam. jika ikhlas, itu semua tidak perlu pusing. cuma kena selalu kuat semangat dan pohon kpd Allah agar iman konsisten
saya juga membayangkan adanya golongan agamawan yang bersikap sinis terhadap orang yang bertanyakan soalan berkaitan agama. seperti dalam cerita sempurna.
kadang kala apabila menjawab suka beremosi dan tidak lunak. Adakah soalan yang berbaur provokatif perlu dicerca?
Religious Skepticism!!!! satu artikel yang menarik saye dari artikel2 laen… mmmg penyakit nie dah meluas di megara kita impak nie berdasarkan pengalamn manusia tue sendiri yang sebenarnyer ujian dari allah. Kalu kite dapat melawan ujian tersebut kite adalah sebaik2 hamba allah. Bukan senang nak dapat syurga allah kan.Sebenar nyer islam tue indah. Cume manusia yang meng aplikasikan nyer tue yang membuat kan manusia jadi terkeliru tentang islam..
disini saye ade link untuk dikongsi dengan anda sume. diharap dapat member manfaat yer http://paksi.net/modules/AMS/article.php?storyid=26.. terima kasih ustaz di atas ulasan yang bernas tentang Religious Skepticism
Assalaamu’alaykum wbt.
Saya rasa,perkataan skeptik (ragu ragu)dalam aryikel ini lebih tepat pada konteksnya jika diganti dengan sarkastik (sinis). betul ke ustaz?
saya tak tahu la ustaz dah ada ke belum org yang komen pasal ni, tapi rasanya saya faham ape yg cuba disampaikn oleh allahyarham yasmin. pegang anjing kalu sama2 kering (tangan kita dan juga akjing tersebut) maka xperlu disamak.anjing keluarkan peluh melalui hidung dan lidah, maka badannya tak akan basah. jadi menyentuhnya tak mewajibkan samak..maaf andai tersilap:P
Setuju dengan pandangan ustaz.
Seringkali kita dengar, pandangan negatif terhadap Islam oleh orang2 Islam sendiri, adalah disebabkan pengalaman peribadi dan bukannya pemikiran yang bersandarkan hujah. In other words, emotional, not intellectual or rational.
Pemikiran sebegini bukan sahaja menyebabkan seseorang Muslim mempersoalkan agamanya, malah ada yang sanggup meninggalkannya.
Saya tak pasti samada ustaz pernah membaca buku “My Year Inside Radical Islam”, memoir Daveed Gartenstein-Ross. Bayangkan, dari seorang Yahudi, kemudiannya Muslim dan menyertai yayasan al-Haramain, kepada Kristian kerana – dari apa yang saya ingat – CINTA! Ya, cinta. Bukan Islam itu sendiri.
Jika mempersoalkan Islam adalah symptom religious skepticism, ramailah pemimpin dan selebriti yang terjebak dalam bencana ini. Berapa ramailah agaknya yang mengalami trauma, dan trauma apakah yang menyebabkan mereka mempersoalkan Islam sebegitu rupa?
salam
Article ini banyak memberi info yang jarang dikaji..ustaz.. memang susah hendak diulas tentang hukum islam jika dibandingkan dengan kajian sains..penjelasan dari sudut islam sukar diterjemahkan dalam istilah sains apabila hanya segelintir umat islam yang terlibat dalam kajian tersebut..ini yang menyumbang kepada kepada pertikaian umat islam moden yang memperkolotkan Al-quran dan masyarakat bukan islam yang sering mencari alasan untuk mengganggu gugat keimanan kita..
Paling menyedihkan apabila ustaz dan ustazah di sekolah sendiri kalah dengan pertanyaan murid yang mendalami sains disamping islam..
peningkatan pembacaan dalam kalangan umat islam amat diperlukan..
Sebenarnya saya sendiri selalu keliru dengan pandangan sains dan agama..
2 kemungkinan yg dipelajari dalam matematik terdapat dalam al-Quran dan hadis. secara fitrah kejadian manusia yang sememangnya Muslim. pilihan yang ada samada mengakui atau menolak kebenaran bahawa kejadian diri sendiri adalah fitrahnya lemah, hina dan berhajat. apabila menolak fitrah maka ada takdir2 yang ditetapkan Allah di stiap kemungkinan tersebut. tidak mungkin 1+1:0 kecuali 1+x:0 yang pastinya x bernila -1. matematik tidak menipu kerana mengikut formula yg betul. jgn malu dipanggil kuno kerana mengikut peradaban Islam. kerana Allah hanya melihat usaha kita bukan hasilnya. wallahua’lam
assalamualaikum
saya orang baru je di sini
xdelah pandai sangat dalam bab hukum2 islam ini
tapi tidaklah terlalu jahil sehinggakan
sinis terhadap agama
pendapat saya,mereka yang sinis terhadap agama ini menghadapi maslah kurangnya pemahaman dalam hukum2 ISLAM
selepas itu,ketidakpuashatian dalam kehidupan mereka yang konon2 nya dikongkong oleh ISLAM
meyebabkan mereka cuba untuk menimbulkan satu idea yang baru ttg ISLAM
mereka kadang2 tidak mahu memahami ISLAM itu sendiri.jadi akhirnya mulalahv mengeluarkan fakta2 yang bersandarkan hak2 manusia,sains dan berbagai lagi fakta
mereka lupa sedangkan ISLAM itu lebih mementingkan hak kemanusiaan,malahan haiwan yang ingin dikorban kan pun mempunyai hak2 yang tersendiri
jadi oleh itu kita sepatutnya memahami dahulu ISLAM itu barulah cuba nak menyangkal apa2 hukum dalam ISLAM
salam,,,
extremelynicearticle
Assalamualaikum..w.b.t..
Artikel yg mampu memuhasabah diri setiap pembacanya, syabas dan kagum dengan si penulis dengan keberaniannya..
Berani kerana benar!!
Islam adalah ‘dinn’ yang cukup indah untuk sekelian manusia pemberian ALLAH,untuk kita fahami dan anuti dengan cara yang baik..
kenal,faham seterusnya mencintai ISLAM itu sendiri adalah jalan yang terbaik untuk mendapat Redha dariNya…
terima kasih ustaz…