Nota Ringkas: Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan?

“Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya.
Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.
Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.
Mengapa?

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan friendly reminder, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla yang dijadikan sendi firman-Nya di Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia melontarkan konotasi ‘mudah-mudahan’, tanda tidak semua berhasil mencapai Taqwa di hujung Ramadhan.
Justeru jangan sambil lewa. Usaha mengisi Ramadhan mesti penuh kesungguhan.
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran-tawaran hebat Ramadhan, kecuali lapar dan dahaga yang sia-sia. Justeru ketidak sempurnaan hasil Taqwa setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mungkin berpunca daripada masalah INPUT bersangkutan dengan iman dan hal-hal dalaman manusia, atau mungkin berpunca daripada PROSES, iaitu soal ilmu pengetahuan dalam menggerakkan puasa mengikut manual Allah Subhanahu wa Ta’aala.
MASALAH INPUT
Andaikata masalah INPUT itu bersangkutan dengan AQIDAH, di sinilah timbulnya keganjilan terhadap kelompok yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Bagaimana mungkin seorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat? Ia bukan masalah hukum atau masalah fiqh, sebaliknya ia bersangkutan dengan kecacatan serius pada aqidah pelaku ganjil ini.
Kerosakan yang membabitkan MINDSET dan WORLDVIEW ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan puasa yang salah motif. Melihat puasa sebagai mekanisma kesihatan diri semata-mata, tanpa ada hubungkaitnya dengan manifestasi kehambaan diri kepada Allah, justeru puasa kosong daripada roh Tarbiyyah, dan sekadar memberikan manfaat material atau duniawi semata-mata.
Ada pun kecacatan berkaitan dengan sistem nilai, ia akan terserlah pada ketidak sungguhan atau tiadanya rasa ghairah terhadap segala tawaran Allah berkaitan Ramadhan.
Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.
Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.
Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka.
Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah.
MASALAH PROSES
Ketidakberkesanan puasa dalam membentuk ketaqwaan diri, mungkin juga berpunca bukan daripada masalah INPUT, sebaliknya datang daripada kecacatan PROSES. Cara puasa itu dilaksanakan, sejauh manakah ia menepati kehendak Allah Subhanahu wa Ta’aala dan didikan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam? Asasnya adalah ILMU. Inilah salah satu keistimewaan terpenting Islam, bahawa segala perlakuan ibadah terbina di atas dasar ilmu. Bukan ikut-ikutan, bukan teka-tekaan. Harus ada asas kefahaman yang membolehkan puasa dengan segala ibadah lain, berlangsung seperti yang sepatutnya.
Belajar tidak pernah habis.
Amat malang sekali seorang yang sudah berusia 40 tahun, masih berpuasa dengan ilmu puasa yang dipelajarinya semasa berusia 15 tahun.
Ilmu mesti sentiasa ditingkatkan sesuai dengan pengalaman diri, cabaran yang bertambah serta pendedahan yang pelbagai.
Jika di usia 15 tahun, kita belajar bahawa musafir diharuskan berbuka puasa, mungkin di usia 21 tahun kita perlu memperincikan ilmu itu apabila buat kali pertamanya kita menaiki kapal terbang di bulan Ramadhan. Rukhsah yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala ada kalanya jelas dari segi fiqh, tetapi terhalang daripada perlaksanaan akibat daripada sentimen bahawa rukhsah itu ‘mengurangkan nilai’ ibadah, atau rukhsah itu menukar kebiasaan.
Sebagai contoh, andaikata seorang yang bermusafir ke London pada bulan September 2009 mahu terus berpuasa tanpa mengambil rukhsah, beliau bebas berbuat demikian. Namun lihatlah kepada ilustrasi di bawah, untuk jelas di mindanya, berapakah tempoh puasanya?
21 jam!
Begitu juga dengan kaum wanita yang hamil atau menyusukan bayi, perlu baginya memahami aspek-aspek bersangkutan dengan pengurusan puasanya, bila keharusan berbuka berlaku dan apa kesannya dari segi Qadha’ dan Fidyah. Seorang muslimah, tatkala masuk ke alam perkahwinan dan mula menimang cahaya mata, perlu menyediakan diri dengan ilmu berkaitan hal ini. Suami pula, tatkala menyedari bahawa sang isteri mempunyai sebab yang pelbagai untuk tidak berpuasa, dan perlu melakukan qadha’ selepas Ramadhan nanti, hulurkanlah bantuan dengan berpuasa sunat meneman isteri yang berpuasa.
Ada pun panduan menyusukan bayi bagi wanita yang berpuasa, artikel yang disiarkan di UMMUSAIF.COM boleh membantu. Ia langkah proaktif agar pilihan berbuka puasa untuk menyusukan anak, boleh diminumkan.
Manakala persoalan membabitkan qadha’ puasa dan fidyah yang berkaitan, harus juga diberikan perhatian. Adakalanya, soal qadha’ dan fidyah bersifat teknikal dan tidak sulit untuk ia dilaksanakan. Namun, perbuatan menangguhkan qadha’ puasa tanpa sebarang sebab dan keuzuran hingga masuk Ramadhan yang berikutnya, ia adalah dosa. Bukan sahaja qadha’ dan fidyah yang perlu dilangsaikan, pelaku itu juga mestilah bertaubat dan menyesali kecuaiannya itu.
Fidyah berbayar, puasa diqadha’, tetapi datangkah rasa sesal pada diri atas perlakuan itu?
Di tahun awal pensyariatan ibadah puasa ini (Tahun kedua Hijrah), umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum bermula daripada waktu Maghrib hingga solat Isyak. Selepas Isyak, tidak boleh lagi makan dan minum sehinggalah waktu Maghrib hari yang berikutnya. Jika ada yang tertidur sebelum Isyak, beliau juga berpuasa bermula daripada tidurnya itu sehinggalah Maghrib keesokan harinya. Hal ini amat membebankan sahabat dan hukum ini kemudiannya dimansukhkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Sebagai gantinya, Syariat Islam menghendaki setiap orang yang berpuasa menjaga urusan sahurnya. Sahur dituntut agar ia diambil, biar pun dengan hanya seteguk air, pada waktu hujung malam menjelang waktu subuh. Perbuatan makan siap-siap pada waktu tengah malam dan kemudian tidur hingga masuk ke waktu solat Subuh, tidaklah menghasilkan fadhilat sahur. Malah ia disinonimkan dengan amalan Ahli Kitab, termasuk dari aspek menyengajakan pemanjangan tempoh berpuasa selepas ia sudah dipendekkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Hindarkan perbuatan ini.
Demikian juga halnya dengan soal menyegerakan berbuka puasa. Isunya sama iaitu larangan meniru sikap Ahli Kitab yang berpuasa, serta larangan memanjangkan tempoh puasa lebih daripada apa yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala. Bagi mereka yang menjangkakan dirinya akan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas ketika masuknya waktu berbuka puasa, hendaklah bertindak proaktif menyediakan tamar atau air minuman di dalam kereta masing-masing.
Jangan pula ada yang ‘bergeliga’ mahu membuka puasa dengan mengorek hidung!
Semoga dengan sedikit muhasabah ini, kita boleh sama-sama membuat penilaian agar Ramadhan yang masih seputik jagung ini dapat dioptimumkan menuju TAQWA.
Salam Ramadhan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 5 months ago
Assalamualaikum Ustaz,
Jzkk atas penerangan yang ringkas dan padat, sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. Doa saya agar lebih ramai lagi rakan seperjuangan ustaz berusaha untuk melakukan analogi yang ringkas dan ilustrasi yang mudah agar
dapat difahami oleh masyarakat.
Barakallahu fik!
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Mohon kebenaran untuk copy artikel ini ek..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamualaikum….
tahniah ustaz…input yg sgt baik n kupasan yg agak lengkap dr sudut agama n rasional.syukran
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
assalamu’alaikum ustaz,
seperti farhan saya mohon copy info ni utk disebarkan dan dikongsi. mudah2an kalau ada kemusykilan saya boleh tanya ustaz semula.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam Ya Ustaz..
Bagaimana caranya untuk kita mendidik saudara-saudara terdekat kita (adik beradik dsb ) agar mereka sama dengan kita dalam mencapai ketaqwaan sempena Ramadhan??
Ada yang tak tahu sbb tak de ilmu..rasa kesian pulak kalau hanya kita seorang yang bersungguh untuk merebut keberkatan Ramadhan..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
ustaz, yang pix naik plane kat KL turun UK tu macam mana puasanya?
kena puasa selama 21 jam ke?
kalo ikut fiqh, orang musafir boleh “waive” kan.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 25th, 2009 1:28 pm:
@ustaz,
sudah diperincikan di atas. nak puasa boleh, nak buka puasa pun boleh. kalau nak puasa, silakan, tetapi bersedia untuk berpuasa 21 jam. beliau akan hanya bertemu maghrib selepas sejam pesawat mendarat di london heathrow
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
ust,yg khilaf yahudi n nasrani tu x brapa jelas la.adakah yg tu hadis atau apa??ana mcm penah baca, x silap hadis riwayat muslim.btul ke.tlg tunjukkan jika salah.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 25th, 2009 1:28 pm:
@ones,
sudah ditambah penjelasan mengenainya
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz,
Ilmu yang bermanfaat dan slide yang ‘comel’
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Excellent slides. Masya Allah. Penyampaian yang mudah dan berkesan.
Saya suka sekali part yang ini
“Amat malang sekali seorang yang sudah berusia 40 tahun, masih berpuasa dengan ilmu puasa yang dipelajarinya semasa berusia 15 tahun.”
Kata-kata galakan untuk terus belajar.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam ustaz..
bukan pasal artikel ustaz tp der soalan or nk minta tnjuk ajar ustaz ni.
sy pernah membaca “aku terima nikahnya”.. tak silap saya (afwan if silap byk sgt buku dh bacer) der ayat ckp dan sy der cerita pd kwn.. “kasih sayang yang tercipta atas hubungan yg tidak sah (couple) Allah akan tukar jd benci bile kahwen dan sy trang lg..
timbul byk mslh dan salah faham..so, benci akan timbul.” tp ustaz dia minta ayat AlQuran or dalil..
bantu sy ustaz.. a.s.a.p
jazakallahu khairan kathira
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 25th, 2009 1:31 pm:
@ukhti,
wsalam. baca artikel bercinta sampai ke syurga di http://saifulislam.com/?p=4902
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Terima Kasih diatas peringatan
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Pertamanya nak ucapkan selamt menjalani ibadah puasa buat ustaz & keluarga .
Alhamdulillah, slide yang sangat bermanfaat untuk kami semua…slide menarik & infonya juga bagus sekali..Tahniah!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Suatu pencerahan yang amat-amat dinantikan..terima kasih banyak ust =)
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam, wah ustaz, the inputs are very clear. takdelah macam dulu2 dalam buku teks, semuanya dalam satu ayat yang panjang. yang ni, ringkas dan ber’cluster’, senang nak ingat.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
hebat…..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
memang serius ini punye artikel, adapun yg kelakr di penghujung cerita ini, ianya hanyalah teguran semata – mata bagi orang yg mengamalkannya (korek idung)
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
SubhanaLlah..Amat berinformasi dan mudah difahami.
Respond to this comment [with empathy]
alif reply on August 25th, 2009 10:05 pm:
@Izz, Assalamualaikum. Ingin saya kemukakan pandangan dengan mengajak saudara2 melihat masalah ini dari sudut yang lain. Mungkin saya kemukakan dalam bentuk beberapa soalan…
a)Sebagai contoh; seseorang gagal dalam peperiksaan katakan untuk subjek kimia misalnya, sebab utama saya rasa adalah kerana tidak memahaminya. Jadi, soalannya, kenapa umat Islam diperintahkan menyambut ibadah puasa di bulan Ramadhan? Seperti Hari Raya korban disambut kerana peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.dan Nabi Ismail a.s. Mesti ada sebab kenapa puasa disambut dan dengan mengetahui sebabnya, kita akan lebih komited menyambut dan menjalaninya.
b) Perkataan taqwa sering kita ucap dan dengar. Apakah sebenarnya maksud taqwa? ALLAH ada berfirman dengan maksud lebih kurang “orang yang paling mulia adalah orang yang paling bertaqwa antara kamu”..
Ada yang berikan jawapannya Takut. Bagi saya mcm kita nak menilai takut tu pulak. Mesti ada pengertian yang lebih tepat kerana begitu nilainya di sisi ALLAH.
Mungkin kita boleh sama2 kongsi ilmu berkenaan 2 soalan di atas.
Sekia. Wasalam…
Respond to this comment [with empathy]
hamba Allah reply on August 31st, 2009 2:40 pm:
@alif, a) puasa adalah sebab perintah Allah. kita puasa kerana kita adalah HambaNya. sebab tu ayat Quran tu sebut “mudah-mudah kamu bertaqwa” kita usaha puasa u jadi hambaNya yang bertaqawa.
b)bukan takut. Buat yang Allah suruh, tinggal apa yang Dia larang
Respond to this comment [with empathy]
alif reply on September 5th, 2009 9:28 pm:
@hamba Allah, terlebih dahulu saya mohon maaf. Tujuan bukan untuk menguji tapi hanya untuk berkongsi pendapat agar dapat melaksanakan ibadah dgn lebih berkesan dan insyaALLAH lebih baik.
Saya berpendapat setiap kita pastinya mengingati malah ramai yg meraikan sambut ulangtahun kelahirannya. Walaupun telah berusia, ianya tetap diraikan, ada tikanya cucu menyambut hari lahir datuk dan nenek mereka bagi tujuan mengeratkan hubungan ahli keluarga.
Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran ke bumi dengan kata lain bulan kelahiran Al-Quran bagi kita umat Islam di dunia ini. Memandangkan ianya adalah Kalam ALLAH, menyebabkan ALLAH menganggap ibadah puasa adalah ibadah istimewa ibarat meraikan/mengagungkan turunnya kitab suci Al-Quran ke bumi. Makanya, ALLAH sendiri yang menilai sambutan Ramadhan oleh setiap hambaNya.
Dengan menganggap berpuasa itu sebagai meraikan dan mengagungkan kitab Al-Quran, kalam suci Yang Maha Pencipta, perasaan berpuasa itu lebih berkesan dan dapat dihayati setiap detik masa berlalu.
Pada pendapat saya, TAQWA bukan setakat melaksanakan perintah ALLAH dan menjauhi laranganNya, tetapi juga termasuk menerima dan meredhai setiap ketetapan ALLAH ke atas kita pada setiap detik masa di bumi ini. Tidak rasa mengeluh, kecewa, tidak puas hati malah juga tidak terlalu gembira.
Ramai yang mampu menjauhi larangan ALLAH dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim, tetapi agak sukar untuk ramai kita menerima apa saja ketentuan dan takdir ALLAH keatas kita setiap detik kehidupan sehinggalah ajal datang menjemput.
Semoga kita dapat terus berkongsi pandangan dan nasihat…
Sekian. Assalamualaikum…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamualaikum ustaz
Saya ada satu soalan.
Saya kini menetap di UK.
Ramadhan tahun lepas saya tidak puasa 3 hari kerana haid. Dalam bulan syawal saya disahkan mengandung. awal kehamilan agak teruk muntah dan gastrik. trimester kedua dan ketiga pula saya sangat lemah tak cukup darah dan sebagainya. Jadi semasa mengandung saya tidak dapat qadha puasa saya tu.
Setelah bersalin dan habis darah nifas, sudah dalam bulan syaaban tahun ini. ketika itu summer, siang sgt pjg. saya tak ganti juga puasa tu kerana risau tak cukup susu dlm musim panas ni.
jadi mcm mana puasa ganti saya ustaz? saya tinggal puasa kerana haid tapi tak dapat ganti kerana risaukan anak. kena fidyah ustaz?
buat pengetahuan ustaz ramadhan ni saya puasa walaupun 17 jam, bila dah petang2 susu agak kering saya bagi baby saya susu formula.
terima kasih ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 26th, 2009 6:50 pm:
@ummuammar,
Jawapannya ialah qadha’ dan juga byr fidyah.
-ummusaif
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Terima kasih kerana menjawab persoalan yang makngah tujukan kepada mereka yang puasa tapi tak solat di dalam blog makngah.
Singgah-singgahlah ke blog makngah kalau ada masa.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
korek hidung batal ke puasa??
Respond to this comment [with empathy]
Ummu Abbas reply on August 31st, 2009 7:56 am:
@weber,
Mengorek hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Boleh ketahui lagi mengenai kaedah rawatan moden yang tidak membatalkan puasa. Ia dianalogi kepada memasukkan sesuatu ke dalam hidung dan telinga serta banyak lagi. Artikel ringkas dalam blog saya. Ahlan!
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam Ramadhan buat saudara saiful.
saudara, maaf lah jika lari dari tajuk.
saya ingin bertanya soalan mengenai prinsip perundangan islam pada masa kini.
ianya berkaitan maslahat mursalah dan urf dalam membentuk negara maju.
apakah pandangan saudara? apakah dengan sikap keterbukaan dan terlalu mengikut adat, islam membenarkannya bagi mengecapi kemajuan negara?
sekian.
wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
alhamdulillah….input yg agak mantop bg ana.
truzkan usaha ustad utk memperluaskan ilmu ttg puasa nie agar ramai masyarakat islam malaysia ini dapat menambah ilmu bahkan mengingatkan kembali ttg kepentingan dan kewajiban berpuasa nie.insyallah..
takbir!
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz,
1. Jazakallahukhairankasira atas artikel yang ringkas, padat dan bermanfaat. Alhamdulillah this is what we call exemplify =)
2. Ustaz, mintak jasa baik ustaz untuk print artikel ini untuk didiskusikan sebagai pengisian terawih bagi penduduk Melbourne rakyat Muslim Malaysia, boleh ustaz? Mungkin juga dengan slide-slidenya sekali. Ok ker? Sebab ada tulis copyright reserved kan kat situ, tu yang tanya tue.
3. InsyaAllah ana selaku mewakili pihak penganjur majlis akan menjemput sahabat ustaz, Ustaz Nushi untuk menyampaikan dan menghuraikannya. Ok ker? Mana tau ustaz takut apa yang terhurai disalah fahami. Nauzubillah.
4. Ramadhan Kareem ya ustazi! Minallah fadlun kabirun =)
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
askm,
syukran, artikel yg ringkas dan mudah utk sy paham. Saya dah bagi dekat kawan-kawan opis. Moga berfaedah untuk semua menjalani ibadah puasa.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz. Mohon copy slide utk perkongsian dengan umat Islam di Sarawak. Penghuraian yang jelas.
“Ia langkah proaktif agar pilihan berbuka puasa untuk menyusukan anak, boleh diminumkan”. Diminumkan atau diminimumkan? Syukran ustaz.
Salam Ramadhan dari ana sekeluarga.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
ustaz,mohon pandangan isu kartika
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Ustaz, mohon kebenaran untuk copy artikel ni. URL http://saifulislam.com akan dilampirkan sebagai sumber artikel.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam ustaz, ana refer slaid berkenaan wanita hamil di atas,, ana pernah terdengar, ibu yang categorized seperti slaid tu tak perlu qadha, cuma perlu fidyah..(pendapat jumhur).
atau ini khilaf?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 26th, 2009 4:08 pm:
@islah,
Wsalam wbt.
Para Ulama’ ijmak bahawa wanita hamil dan menyusukan anak diharuskan berbuka dan ke atas mereka qadha. Ijmak dalam hal ini boleh dirujuk di al-Mughni 3/139, al-Majmu’ 6/295, Tabyin al-Haqa’iq 1/336.
Respond to this comment [with empathy]
islah reply on August 26th, 2009 11:59 pm:
@Abu Saif, syukriah..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
betul
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam Ustaz,
artikel amat menarik untuk dibaca sehingga ke noktah terakhir. Saya mintak izin copy ke blog saya ye…Jazakallah.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Artikel ini telah saya link post di twitter tazkirah
http://twitter.com/tazkirah
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Mohon kebenaran untuk share artikel ini di blog saya
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
syukran…
web ni byk bg info2 tkini…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Terimakasih Ustaz atas penerangan yang ringkas dan padat. Semoga kita2 sama dapat manfaat daripadanya.
Pohon supaya saya dapat guna ilmu yang Ustaz tuliskan ini untuk kegunaan kenalan saya yang lain2.
Terima kasih.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
masyaAllah..banyak ilmu dapat.agak kurang sikit bab-bab fiqh ni.maklum la..budak adab arabi.hihi..wa ‘ala kulli haal,JazakaLLAAHU khairan ya murabbi.ustaz memang bijak dan kreatif.moga keluarga ustaz sentiasa diberkati dan dalam limpahan rahmatNyaa.ameen
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz…
nak tanya. saya sahur terlambat sedikit. ketika sedang makan tiba2 azan kat tv. dengan pantas sy terus berlari ke dapur mengambil segelas air dan minum. adakah puasa saya sah?
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
assalamualaikum.. salam perkenalan.. saya org baru.. harap tunjuk ajar ust dan lain-lain
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
fiqhussiyaam yg mudah difahami…harap ust tambahkn lg sempena bulan ramadhan ni…smga Allah beri petunjuk..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Sungguh baik & bermanfaat sekali penulisan Ustaz. Semoga mendapat pembalasan setimpal dari Allah SWT. Teruskan berdakwah dengan pena ustaz. Di luar sana masyarakat amat dahaga & perlukan bimbingan walaupun terhadap perkara kecil & remeh.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam ustaz,
mohon pertanyaan,
mcam mane pula keadaan sy
pd 1tahun dr tahun2 lepas, sy lambat qadha’ sehingga telah masuk bulan ramadhan kerana kedatangan haid
sy tak sempat ganti untuk 2 hari, jadi sy tanya opah & katenye kena ganda puasa betul ker..jadi selepas ramadhan sy pun niat lah puasa dari 2 menjadi 4 ….
betul ker…
adakah sy kene byar fidyah..tp mcm mana?? zakat pula tak sama dgan fidyah ya…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam..
ustaz,saya amik artikel ini tazkirah ramadhan dalam tajammuk pagi isnin..cuma nak taya yg dimana ustaz dpt tentang persyariatan awal puasa tu??saya telah bertaye n membaca buku tntg perkara tersebut, tapi xde..
“Di tahun awal pensyariatan ibadah puasa ini (Tahun kedua Hijrah), umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum bermula daripada waktu Maghrib hingga solat Isyak. Selepas Isyak, tidak boleh lagi makan dan minum sehinggalah waktu Maghrib hari yang berikutnya. Jika ada yang tertidur sebelum Isyak, beliau juga berpuasa bermula daripada tidurnya itu sehinggalah Maghrib keesokan harinya. Hal ini amat membebankan sahabat dan hukum ini kemudiannya dimansukhkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Sebagai gantinya, Syariat Islam menghendaki setiap orang yang berpuasa menjaga urusan sahurnya. Sahur dituntut agar ia diambil, biar pun dengan hanya seteguk air, pada waktu hujung malam menjelang waktu subuh. Perbuatan makan siap-siap pada waktu tengah malam dan kemudian tidur hingga masuk ke waktu solat Subuh, tidaklah menghasilkan fadhilat sahur. Malah ia disinonimkan dengan amalan Ahli Kitab, termasuk dari aspek menyengajakan pemanjangan tempoh berpuasa selepas ia sudah dipendekkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.”
Respond to this comment [with empathy]