
“Kita ambil yang inilah. Biar sama dengan warna baju Abi” kata Ummu Saif kepada anak sulung kami.
“Ok!” jawabnya ringkas. Setuju tetapi dengan air muka yang tidak setuju.
Berbaju raya sewarna sedondon ini bukanlah kemestian bagi kami. Hanya sesekali. Fadhilatnya, memudahkan pengenalan diri tatkala anak-anak saudara sejumlah 36 orang itu mencabut baju seragam raya. Mudah untuk dikenal baju siapa, berpandukan warna.
“Yop sebenarnya nak baju warna apa?” saya tidak berpuas hati dengan reaksi anak yang tidak suka dengan baju yang bakal dipakai.
Seboleh-bolehnya saya tidak mahu membazir membeli pakaian yang nak dipakaikan kepada si anak, tetapi mengikut selera ibu bapa. Sedangkan harganya sama sahaja. Kenapa mahu dipaksa anak-anak memakai baju mengikut pilihan kita yang dibenci anak-anak?
Nanti kalau sikap seperti ini dibiarkan, silap-silap siapa suami dan isteri si anak pun mahu kita tentukan bila sampai masanya nanti.
“Yop nak baju warna kuning” jawab si anak.
“Hmm… kuning tak ada saiz. Nantilah kalau jumpa di tempat lain, kita tengok” saya membuat janji.
Tanpa bertangguh, kami sekeluarga segera pulang ke rumah selepas selesai membeli pakaian anak-anak. Suasana di pasaraya sangat sesak dan kami tidak mahu mendedahkan diri dan anak-anak kepada bahaya jangkitan H1N1 yang masih hangat.
RAHSIA WARNA KUNING
“Kenapa Yop nak baju warna kuning? Baju t-shirt nak kuning, baju Melayu pun nak kuning” saya cuba mengorek rahsia, selepas tiba di rumah.
“Yop suka kuning” jawabnya.
Hairan.
Macam mana boleh minat dengan warna kuning? Tiada sentuhan kuning di rumah kami.
“Kenapa Yop suka warna kuning?” saya bertanya lagi.
“Kuning warna kaya. Orang kaya!” jawab anak saya, malu-malu.
“HAH!?” tercengang saya dibuatnya.
Jawapan yang langsung tidak diduga.
“Yop suka pakai baju warna kuning sebab Yop suka kayalah, ya?” saya mahukan kepastian.
Dia mengangguk.
“Siapa kata warna kuning warna orang kaya?” saya menyambung pertanyaan lagi.
“Tak tahu. Kuning emas kot” jawabnya, selamba.
“Astaghfirullah. Materialistik sungguh!” saya menggaru kepala.
Entah di mana idea itu datang. Idea mahu kaya, mahu kelihatan kaya dan mengaitkan kuning dengan kekayaan.
“Lepas ni Abi rasa Yop tak payahlah gosok gigi. Biar gigi kuning. Baru nampak macam orang kaya. Orang kaya semua kuning. Baju kuning, gigi pun kuning!” saya melontar provokasi.
“Tak nak, tak nak” katanya tersengih-sengih mendengar cadangan saya.
IDEA YANG TIDAK SIHAT
Saya tidak suka dengan idea-idea kebendaan hinggap ke kepala anak-anak.
Keluarga kami tidaklah kaya dan tidak juga susah. Serba sederhana. Berbelanja masih mengira-ngira dan membeli mesti ada bajet dan bukan sesuka hati. Saya cuba pastikan kehidupan anak-anak tidak terganggu dengan kesusahan pada perkara-perkara yang penting buat mereka. Makan minum, pakaian, buku dan peralatan sekolah serta apa-apa yang bersangkutan dengan peningkatan diri mereka, saya cuba untuk tidak terlalu berkira.
Ada pun barangan yang tidak penting, dan mempunyai kesan yang tidak baik ke atas diri seperti PSP yang diinginkan si anak, saya tidak menyetujuinya. Dari semasa ke semasa, saya peringatkan mengapa PSP tiada dalam senarai. Cukuplah dengan komputer saya yang dikongsi bersama anak-anak, serta televisyen yang dipantau penggunaannya.
Daripada mana idea sukakan kekayaan dan mahu kelihatan kaya hinggap ke fikiran anak-anak saya?
Saya tidak dapat memastikannya.
Ia boleh datang daripada mana-mana sumber, dan soal itu tidak penting. Apa yang utama, ialah membetulkan kembali persepsi anak-anak terhadap kehidupan.
PERBANDINGAN
“Abi, nanti kalau Muiz dah besar macam mana?” kata Saiful Islam kepada saya.
“Macam mana apa?” saya tidak faham dengan soalannya.
“Nanti Muiz dah besar, kereta ni tak muat. Kenalah beli Alphard!” jawab anak saya.
Tersirap darah saya.
Geram pun geram juga.
Apabila pulang beraya, ada berbelas kereta adik beradik yang akan berkumpul di halaman rumah. Saya tidak pernah kisah siapa guna kereta apa, tetapi anak saya yang meminati ‘warna kuning simbol kekayaan’ itu, rupa-rupanya jatuh hati dengan Alphard pakciknya.
Sudah berkali-kali beliau asyik tanyakan saya tentang Alphard, meminta pandangan sama ada saya suka dengan kereta itu atau tidak.
Pada detik pertama, memang ada rasa terkilan di hati. Terasa apabila dibanding-bandingkan. Apakah anakku sudah lupa yang dahulunya kita pernah berhimpit-himpit di dalam ATOS comel, kereta pertama kami? Setelah keluarga membesar daripada anak dua menjadi empat, kami memberanikan diri melangkah ke peringkat hidup seterusnya dengan menjual ATOS berkenaan serta digantikan dengan kereta 7-Seaters tempatan seadanya.
Tiba-tiba, si anak seolah-olah tidak menghargainya dan lebih berminat dengan kereta bapa saudaranya yang lebih besar dan mewah.
PEDIH MENJADI MANGSA PERBANDINGAN
Tetapi saya terbalikkan perasaan itu dan berkata kepada diri sendiri tentang pahitnya menjadi mangsa perbandingan. Justeru kita sebagai ibu bapa, jangan suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Pahitnya sama bila anak-anak kita pula membandingkan kita dengan ibu bapa yang lain. Jangan buat anak-anak dengan apa yang kita tidak mahu mereka buat kepada kita.
Golden rule!
“Kamu tengok anak orang tu. Tertib, sopan, bijak. Tak bolehkah kamu jadi macam tu?” antara ayat-ayat ibu bapa yang boleh menghancurkan jati diri si anak.
“Kenapa kereta ayah tidak sebesar kereta pakcik itu?” itu pulang paku buah keras si anak kepada ibu bapa pula.
Jika tidak mahu dialog anak berisi racun perbandingan, kita sebagai ibu bapalah jangan memulakannya.
MENCARI PENYEMBUH
“Yop nak kaya?” saya bertanya kepada si anak.
“Nak!” jawabnya tanpa berselindung.
Tangannya masih di dalam poket baju Melayu, menggenggam duit raya barangkali.
“Kalau kaya dan banyak duit, Yop boleh beli apa?” saya bertanya lagi kepadanya.
“Beli apa-apa sahaja!” katanya dengan penuh yakin.
“Beli Alphard dan baju emas?” saya menyoalnya sambil menyindir.
Beliau mengangguk sambil tersengih. Faham dengan sindiran saya.
“Kalau Abi kaya, Abi boleh tak beli mata kat kedai kalau Yop buta? Ummi boleh tak beli telinga kat pasaraya kalau anak-anak dia pekak?” saya melontar soalan berfikir untuknya.
Saiful Islam terkejut.
Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala.
“Kalau Abi kaya pakai Alphard, Abi boleh tak beli jantung kat hospital untuk ganti jantung yang rosak?” saya tambah lagi soalan.
Saiful Islam berubah sedikit air mukanya. Menggelengkan kepala lagi.
“Abi sangat bersyukur kepada Allah sebab duit Abi tak banyak tetapi anak-anak Abi semua sihat. Semua cukup kaki, cukup tangan, tiada yang cacat, tiada yang sakit. Abi bersyukur sebab kita tak kaya tapi kita bahagia” saya mahu memberi satu kesimpulan kepada anak-anak.
“Yop nak kaya ke Yop nak bahagia?” tanya Ummu Saif pula kepadanya.
“Nak bahagia” kata anak sulung kami.
Anak-anak yang lain hanya mendengar. Belum mengerti.
“Kalau nak bahagia, miskin boleh bahagia, kaya pun boleh bahagia. Syaratnya, kena bersyukur kepada Allah” balas Ummu Saif lagi.
“Jadi, Yop nak Alphard orang lain punya ke, atau kereta kita?” saya menyudahkan perbualan.
“Kereta kita” jawabnya.
“Alhamdulillah. Jom singgah kedai pekena nasi kandaq!” saya menarik nafas lega.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” [Ibrahim 14: 7]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











artikel yg menarik + thanks for sharing.
kdg2 mmg susah rasanya bila anak2 mula membanding2kan ape yg ibubapanya ada dgn ape yg ibubapa sepupu2nya ada.
bukan terasa dgn kekurangan tp, mcm mana nak jelaskan pd anak2 tentang bende2 tu semua.
@zilla,
ustaz..mintak izin copy artikel ni.
untuk pkongsian dgn kawan2.
salam ustaz.. MasyaAllah tersentuh sangat baca coretan ustaz kali ni..betul2 apa yg ustaz tulih..dan bijak ustaz dalam mentarbiyah anak2 dengan hujah yang penuh tarbawi…semoga anak2 ustaz memahami hakikat kehidupan yg sebenar… boleh dicontohi ni..
@imtiyaz, us tak hebat pun sebenarnya…namun us cuba menjadi bapa hakiki, bapa realiti..bukannya bapa ilusi…bapa realiti tak akan mudah melenting kerana kerenah anak-anaknya yang realiti..malah mencari jalan terbaik demi kasih sayang yang mendalam terhadap mereka..sekadar hipotesis..kalau salah mngkin us blh perbetulkan..
First!
Daym ada orang lain baca dulu!
saiko baikk punya ustaz..
alhamdulillahhh
bab2 kebendaan nih kekadang susah betul nak berkias dgn anak2 sebab dorang selalu mengambil contoh langsung dari kawan2 dan persekitaran…
yg tersurat lebih nyata dari yg tersirat..
tq ustaz
aduh ana belum ada anak..tapi takut dgn idea anak2 kini…kadang2 ibu bapa tak mengajar tapi persekitaran yang mengajar mereka untuk materialistik
salam ustaz..sedih saya membaca entry ustaz ni..teringat saya masa kecik2 dulu tak pernah terfikir nak jadi kaya.cuma bersyukur dengan apa yang ada.masa kecik2 mak abah agak susah.dengan kami adik beradik yang dekat2 jarak kelahirannya membuatkan saya insaf bila kenangkan semula.alhamdulillah hidup kami sekarang tidaklah mewah bak kata ustaz..serba sederhana juga..yang penting bersyukur sebab semuanya hanya pinjaman dan bersifat sementara..
@husna_badrul,
bersedia untuk menerima hakikat bahawa dunia kanak-kanak kita tak sama dengan dunia kanak-kanak anak kita
dulu masa kecik2,bila abah ajak balik rumah tokwan,gembira dan seronok tak terkira.Sekarang,bila ajak anak2 balik rumah tokwan mereka…apa jawapan mereka?”taknaklah,rumah atok tak best,tak ada astro,panas tak ada aircond”….camana yer?
@ummualif,
hehehe…. btol3..rumah atok xde astro…
nsb bek ade wifi umah atok sedare kt sblh umah atok…..hahaha
@ummualif,
Assalamualaikum ummu Saif,
Apa yang terjadi kepada saya terbalik. di rumah kami di Gombak tak ada tv apalagi astro dan internet yang laju. ketika berhari raya di kampung kat kelantan baru-baru ini, anak akak spent most of his time main game di komputer screen besar dan tengok tv screen besar. Anak perempuan masing-masing buka laptop sebab internet atoknya laju. Saya cakap, orang balik kampung terjun sungai, main dalam sawah, kamu semua duduk depan komputer dari pagi sampai malam. mereka kata sebab kat rumah tak ada ni semua. kami dari keluarga kelas menengah atas dengan income melebihi RM350k per annum tetapi mendidik anak-anak dengan serba kesederhanaan.
terima kasih Ustaz kerana artikel yg amat membuka perspektif ini
I like style Ustaz yang “nip in the bud” jangan bagi anak2 terpesona dengan kemewahan dunia ni..
Anak saya 6thn minat sangat kereta BMW..saya memang lah tak mampu tapi so far anak saya belum pandai comparing lagi..
so far ada sekali dua cuba nak ambil barang orang kalau pergi jalan2 rumah orang tu.. tapi Alhamdulillah makan lagi pujuk untuk pulangkan, walaupun tebal la muka saya..
mungkin turun perangai saya kecik2 suka ambil mainan orang yg memang bapak saya pernah tampar saya depan orang tu.. hehe
salam..suatu analogy yg sgt baik dan terkesan..!
panduan buat semua….kadang2 tak tarfikir secara spontan pon nk jawab kt anak2 kita cmtu…kita lebih suke beremosi dan marah2….memang la kena banyak sabar jadi ibu bapa ni yer…
Beso doh la anok ustaz…
Bertuah Yop ade parents mcm abusaif ngan ummusaif… pandai tarbiyyah ank dari kecik.
Semoga dirahmati Allah selalu.
Satu lagi ibrah yang saya dapat ambil dari artikel ustaz ini adalah,
kita tidak dapat memastikan dari mana datangnya unsur-unsur yang boleh mempengaruhi anak-anak kita.
Ustaz yang dah betul2 concern dengan anak-anak ustaz pun, sendiri terkejut apabila rupanya yeop sudah mempunyai idea materialistik. Mungkinkah dari rakan-rakannya? Mungkinkah dari televisyen? Mungkinkah dari sepupu-sepupunya?
Kita sama sekali tidak boleh tahu dan kenalpasti. Apatah lagi untuk menyalahkan faktor itu atau ini. Sesungguhnya faktor-faktor tersebut hanyalah sebagai predisposition factor sahaja.
Justeru, pertahanan terbaik adalah educate. Educate anak-anak dari awal, kerana idea-idea materialistik ataupun idea-idea negatif yang lain ini terbawa-bawa dalam pemikiran anak-anak sehingga tertanam dalam sanubarinya ketika remaja, tentu susah hendak memperbetulkan di kemudian hari.
Sesuailah dengan pesan orang tua, melentur buluh dari rebungnya.
Alhamdulillah, Allah membuka hijab menampakkan kepada ustaz, akan idea yeop tersebut. Itu pun kita tidak tahu, entahkan apa lagi idea-idea yang bermain di fikiran beliau, yang tidak beliau zahirkan. Semoga yeop dan anak2 generasi kita, tidak terpengaruh dengan unsur2 negatif seperti ini. Wallahua’lam.
(maaf ustaz, kalau ayat caca merba dan sukar difahami T_T )
gambar macam kat sekolah muzwin lama…
Anak2 sekarang sangat cerdik..berbeza dgn zaman saya masa kecik2 dulu..tak pernah lak terfikir nak banding2 keter ayah kita ngan keter org lain..mungkin org dulu2 tak semewah org sekarang..
cabaran sungguh nak mendidik anak zaman sekarang..akan dtg sudah tentu lebih cabarannya bukan?
jadinya ustaz, apa persediaan yg perlu dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa untuk mendidik anak zaman skang @ akan dtg ni?
@noor,
Sentiasa bykkan membaca, berbincang dgn ramai dan khususnya dgn pasangan sendiri ttg progres anak2 serta hubungan suami isteri. Jadikan ia amalan harian.
-ummusaif
@Abu Saif, ilmu tu takkan dtg kalau tak membaca kan..:)
budak2 pun dah demam alphard. isk3x. tahniah ustaz kerana berjaya membuka ruang berfikir saiful islam dan pembaca blog setia ustaz.
gmbr ni mcm dekat penang ja.tepi laut dekat padang kota rasanya..=)
@ismifarhan,
betoi, betoi, betoi..
smoga yop & adik2 membesar jadi anak yang soleh & solehah… seronok baca tulisan ustaz.. boleh jadi panduan… macam-macam rupanya di fikiran anak-anak kecil ni kan… thanks 4 sharing ustaz!
Inilah tugas besar kita sebagai ibu bapa.Kadang-kadang pening lalat juga dibuatnya dengan gelagat anak-anak ini.Tapi bila difikirkan mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar kita,maka bersabar dan berhikmah.
salam ustaz. berkesan sungguh tulisan ustaz ni.mula-mula nak gelak la jugak pasal yop obses ngn warna kuning tu. pastu, bila masuk bab membanding-bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada tu, rasa sedih la pulak.ye la, anak-anak memang pemerhati yang baik. mereka penuh dengan imaginasi dan mahukan kesenangan dalam hidup.apa-apa pun, tahniah abusaif dan ummusaif kerana dapat mentarbiahkan anak-anak sejak kecil. saya benar-benar kagum dengan idea dan analogi yang ustaz utarakan.
wish u and your family all the best, ustaz!
@insyirahizzati,
Mmg tugas setiap ibu bapa wajib tarbiyyah anak dari kecil. Kadang2 kita sendiri tak perasan proses tarbiyyah itu blh/telah wujud di mana2.
Syabas buat semua ibu bapa yg menjalankan tanggung jawab ke atas amanah mereka.
-ummusaif
jadi tanggungjawap mendidik anak-anak bukan terletak di tangan guru sahaja. ibubapa juga terlibat sama dalam hal mendidik anak.
tapi sayang bab nak mendidik anak ni tak di ajar di sekolah
terpaksa bergantung kepada ceramah
Terima kasih ustaz sebab berkongsi idea mendidik anak-anak. Semakin anak meningkat remaja semakin sering kita terkejut dengan luahan perasaannya. Dalam hati kita selalu membandingkan dia dengan kita yang dulu, membesar dalam keluarga yang sangat sederhana dan biah yang tidak begitu mencabar dari segi kebendaan. Masa tu ada satu anak patung plastikpun sudah rasa cukup beruntung. Anak jiran ada kereta permainan kita tengok saja, tidak pernah pulak meminta ibubapa belikan. Tulisan ustaz membantu saya berusaha memahami bahasa anak-anak dan mentaujih mereka kepada nilai langit. Syukran jaziilan.
Tahniah buat ustaz dalam menyampaikan pengajaran berkesan buat anak-anak
Sesukar itu mendidik anak2. Harapnya oleh beri taufik kepada ana untuk membimbing adik ana yang masih muda supaya tidak terjebak dengan budaya kuning..amin
Salam, alhamdulillah perkongsian ustaz ni sungguh bermakna. Pandangan peribadi sy: Kekayaan adalah terbaik sekiranya kita menggunakannya dengan terbaik. Sy encourage anak2 utk mempunyai matlamat kekayaan dan sy tekankan mengapa kita perlu kaya. Dengan kekayaan insyaallah kita mampu utk memberi dengan lebih banyak. Tangan yang di atas adalah lebih mulia dari di bawah. Wallahualam..
Anak-anak saya pun macam tu juga cara pemikiran mereka.
Artkel yg bagus.
Mmmmm…berdebar2 pula nak bina keluarga sendiri nati. Risau xdapat nak didik anak isteri mcm ustaz.
Alhamdulillah..satu tarbiyah yang cukup baik tuk anak2
Assalamualaikum,
Itilah realitinya minda anak-anak sekarang. Kadang-kadang apa yang terlintas difikiran mereka tak pernah pun kita fikirkan.
Apa pun terima kasih atas perkongsian ustaz dengan artikel yang menarik ni.
didiklah anak2 ikut zaman mereka. satu benda yang x elok dalam proses pentarbiyahan anak2 sukar untuk d,ubah….
assalamualaikum…terima kasih ustaz.. cerita ni ckup bermakna buat saya… menangis saya…bnyk dosa saya dgn ayh dan ibu…tp btul ckp ust anak2 tak suka dibandingkan…saya pn tak suka tp saya jenis melawan…
UST TLG BG PETUA MCM MN SAYA NAK KURANGKAN PERASAAN MARAH DAN BLJR BERSABAR….
Assalamualaikum ustaz,
Isu yang menarik disentuh tentang mentaliti dan jiwa anak-anak sekarang. Berbeza dari kita dulu. Mereka generation z.
Menarik membaca pendekatan ustaz dalam mendidik anak-anak. Jarang mendengar para bapa yang begitu prihatin dengan permasalahan anak-anak walaupun ia kecil pada pandangan kebanyakan orang.
Jika dilemma seperti ni berlaku dalam diri anak saya yang seusia dengan anak ustaz, pendekatan yang selalunya digunakan lebih kepada perbandingan antara material itu sendiri, daripada philosophical approach membandingkan sesuatu yang tangible dan conceptual.
Pendapat saya dan dari pengalaman saya, anak-anak kecil lebih senang menerima penjelasan kita jika dia boleh nampak sesuatu benda (tangible). Tahap pemikiran mereka belum boleh melangkaui garisan pemikiran kompleks yang berkehendakkan mereka mengimaginasi tentang sesuatu yang tidak boleh dilihat dan dipegang. Contohnya dalam kes kereta alphard dan kereta 7 seater tempatan, saya akan bersembang secara kasual dengan anak perbezaan dan persamaan antara keduanya sehingga dia nampak apa kurangnya kereta aku dari segi spesifikasi dan fizikal kereta dan dari situ kita boleh susuli dengan rasa bersyukur dengan apa yang ada.
Jika kita “deprive” pemikiran anak-anak yang kacau tentang permasalahan material, mereka tidak akan berpuas hati. Kita perlu beri penekanan pada akar umbi permasalahan bukan menyimpang. Itu pemikiran anak-anak sekarang. Mereka “straight forward”.
Tentang kuning warna orang kaya, perlu sembang jugak tentang semua warna-warna lain dan persepsi anak tentangnya. Tentu dia ada idea-idea yang menarik yang boleh dikongsi dan dari situ kita boleh cuba memperbetulkan idea yang salah yang terserap ke dalam pemikirannya secara tidak sengaja.
Beginilah pendekatan saya selalunya. Betul, tidak mudah memahami jiwa anak-anak sekarang. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berserak.
Wallahua’lam
perkongsian yang menarik dan sangat menyentuh hati saya. saya dan adik beradik selalu juga dijadikan ‘mangsa’ perbandingan. rasa sangat sedih dan terkilan timbul di dalam hati bila ibu bapa kita terlalu menceritakan kelebihan anak-anak jiran yang lebih berjaya. kadang-kala timbul rasa benci dalam hati, naudzubillah..tapi itu lumrah. cerita ini sedikit melegakan hati, tapi doakan saya agar terus diberikan kekuatan dan diberikan kejayaan seperti yg diinginkan oleh mak dan ayah saya. jazakallahu khayr, ustaz
Alhamdullilah….
moga ustaz terus “memberi”…+_+…
assalamualaikum
macam mana pula kalau ibu bapa bandingkan zaman kanak-kanak anak mereka sekarang ni dengan zaman kanak-kanak mereka dahulu?
salam,
Dunia kanak2 penuh dgn imaginasi dan keinginan. Namun atas dasar kesempitan hidup, saya pendamkan semua.
Kini telah tiba giliran anak2 saya mengambil tempat. Nampaknya mereka memiliki hampir semua keinginan saya yg hampir mustahil lebih 20 tahun lepas.
salam lebaran, post yang menarik yang sangat kena dgn batang hidung saya. Masa kecik2 dulu, saya suka banding2kan juga ibu bapa saya dgn parent kawan2..Antara idea saya ialah agar bapa saya sambung belajar dan dapat degree coz dia selalu cerita yang SPM dia bagus, cuma tak de peluang dan kurang kesedaran untuk sambung belajar pada masa tu..Saya berangan2 agar ayah saya jadi pegawai dan belanja sekolah saya semakin banyak..Dgn jumlah adik beradik yg ramai, kami terpaksa berjimat dan bila besar barulah saya menghargai dan sedar melalui tarbiyah yang diterima di sekolah. Selalu yang tak boleh lupa ialah bila dapat makan sesuatu yang sedap atau minta apa2 yg sukar pada mak, mak akan kata dia akan beli “selori congek” -means mcm sebuah lori pasir yg akan congek (tuang) tanah depan rumah dgn benda2 tu..Kami seronok sekejap dgn janji palsu tu..bila besar2 ni, rasa lucu sbb percaya juga mak akan beli dan budak2 mmg cepat ingat..sering tuntut janji sampai penat..dan paham benda tu tak akan dapat punya..saya rasa masa zaman saya tu, saya terpengaruh dgn suasana kat kg saya je..tapi zaman skrg saya tgk anak buah saya yang baik tu pun mengutarakan diolog yang sama dgn Yop..DAN kak saya kata, kalau nak benda tu,ayah kena kerja kuat dan makin jarang balik untuk kumpul duit ..rupanya anak saudara tu lbih sayangkan masa keemasan bersama ayahnya coz ayahnya mmg buzy..lucu dan kesian pun ada bila dia lihat kat TV iklan makanan mcm KFC, dia kata “sedapnya, tapi baik umi beli ayam dan goreng”..agaknya dia merasakan masa bersama ayahnya adalah lebih bernilai berbanding ayam KFC
Salam
Semangat berfikir secara kritikal dan melihat secara analitikal ke atas satu-satu isu amat penting. Zahir minat warna kuning adalah refleksi yang terbit dari naluri minat berkeinginan seorang kanak-kanak yang baru BERTATIH mengenal HAKIKAT KEHIDUPAN. Melihat minat itu sememangnya berada di tempat yang betul hanyalah sekadar memberi DIDIKAN SEPARUH JALAN yang akhirnya tidak menemui JALAN PULANG. Today, i fine this parenting skill. Tq because sharing this experience.
Slm…berkenaan gambar tu,anak ust hasrizal ka? kalau ya, ana pelik cket..knapa anak x pakai tudung?(Yg Naurah tu)
Asif kalau kasar sgt..
@puterikalimah4,
Wsalam.
Boleh tahan jugak kasarnya.
Naurah tu baru empat tahun nak masuk lima. Dalam seluar dia tu ada pampers lagi!
Ada masa kami pakaikan tudung, ada masa kami biarkan.
Solat pun introduce 7 tahun. Kalau nak pakaikan tudung penuh di usia 4 tahun, silakan!
@Abu Saif,
saya sangat setuju dgn pendekatan ustaz.
saya setuju dgn ustaz…anak yang masih kecil tak selesa bertudung.
salam ustaz. saya nak tanya ustaz macam mana nak mengajar @ menyuruh anak-anak yang berumur 7 tahun sembahyang? mengikut pengalaman dan didikan ayah saya kami didik semasa kami berumur 4 tahun kalau tidak silap saya sehinggakan adik saya pernah terbuang air besar di surau maklum lah tiada pampers zaman tu awal tahun 1990. untuk pengetahuan ustaz saya masih bujang. saya bertanya soalan ini kerana melalui pemerhatian saya terhadap sepupu dan anak-anak orang lain tidak ada langsung yang mengambil berat mengenai latihan solat pada umur 7 tahun. ada alasan yang diberi “tak boleh bawak ke masjid sebab nakal dan nanti dia kacau orang lain sembahyang”. saya merasakan itu bukan masalah besar kerana saya dulu lagi nakal sehinggakan saya pernah round (lalu depan orang solat berjemaah) saf makmum di surau dan hukumannya saya di denda tidak boleh naik kereta selama beberapa minit sehingga kami adik beradik menangis merayu supaya dapat naik kereta untuk balik ke rumah (sebagai ingatan dan pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu). apakah pandangan dan pendapat ustaz mengenai keadaan budak-budak yang berada pada peringkat umur sebegini? kanak-kanak sekarang dilihat semakin bijak jika dibandingkan dengan kanak-kanak zaman dahulu. (halimuia@yahoo.com.my)
menarik sgt cara peneguran untuk anak2…
macam mana nak tegur bapak2 yang materialistik?
yang ni lagi parah…
menjadi contoh untuk anak2…
lagi bahaya…
salam ziarah.
terima kasih atas perkongsian.
menjadi mangsa perbandingan mmg menyakitkan!
sangat2 berhikmah!
saya kagum dengan ustaz…seriously!
saya setuju bahawa “sebagai ibu bapa, jangan suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain”
saya merupakan anak sulung, jadi semasa kecik dulu xlah menjadi bahan perbndingan sgt….
tetapi lain pula terjadi pada adik2 saya.Saya setuju sangat sikap “membanding2″ ni cukup menyakitkan hati kanak2, dan satu hari nanti ia berpotensi mengurangkan self esteem kanak2 tersebut.
Mungkin ada sesetengah ibubapa yang berniat baik…nak tunjukkan contoh yang baiklah kononnya, cuma cara yang sedikit tak kena pada tempatnya. Ibubapa harus faham..kanak-kanak selalu ingin mendapatkan perhatian mereka.
Maka, tegurlah dengan berhikmah ~ meskipun dengan kanak2.
Bukankah itu cara Rasulullah?
Kisah 1 : Hah! teringat saya dengan pe’el anak buah saya yang bersekolah di Sri KL, Subang Jaya ( 18 thn yang lalu) . Ketika itu kakak saya menggunakan Toyota Corrola lama, menghantar/mengambil mereka berdua (si kakak 8 thn dan si adik 6 thn)ke sekolah. Satu hari, mereka tidak membenarkan kakak saya menghantar mereka masuk hingga kedalam kawasan sekolah, memadai menghantar mereka di pintu gate sekolah. Bila di tanya kenapa? mereka enggan memberitahu sehingga lah kakak saya memaksa mereka menyatakan perkara yang sebenar dan jawaban dari mereka ialah…kawan-kawan mereka menyindir mereka kerana kereta yang di bawa oleh mama mereka hanyalah toyota! kakak saya memberi amaran keras kepada mereka yang mereka sepatutnya bersyukur kerana dapat bersekolah di sekolah seperti itu meskipun mama mereka hanya memandu kereta toyota corolla! mujurlah mereka menerima alasan tersebut dan alhamdulilah kedua-dua mereka berada di universiti terkemuka di Uk dan USA sekarang ini….
Kisah 2 : ini baru saja berlaku kelmarin setelah membaca artikel ustaz – saya berjalan kaki dari rumah menuju ke surau. Jiran saya mengadakan rumah terbuka dan terdapat kira-kira 10 kanak2 lelaki sebaya. Topik apa yang mereka bincangkan? mereka melihat dan meneka kereta apa yang akan keluar dari rumah- rumah di kiri kanan depan belakang rumah jiran saya tersebut..dan saya terdengar seoarng kanak-kanak mengatakan..aku rasa kereta yang akan keluar dari garaj rumah ni (rumah hadapan)ialah Harrier! tapi yang keluar CRV Honda dan mereka menyorak ada yang kata aku suka ni dan aku tak suka ni, aku lebih suka Murano!! saya menggeleng kepala sendirian… Ya Allah aku punya 2 anak yang sedang membesar yang aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan situasi tersebut kelak.
ketawa sungguh-sungguh baca entry ustaz ni kali ni… bukan apa sy mmg tercuit hati bila dengar concept pemikiran anak-anak kecil..its unique in its own way.. bijak anak ustaz tu sebenarnya.. yg lagi best part Yop kena “balas” balik dgn Abi dia tang gigi kuning tu..hehe..
tapi yela klu bijak pun.. biarlah kebijaksaan itu mendatangkan keredhaan Allah swt..
anyway terima kasih kerana berkongsi ilmu yang begitu berharga dan kaya..
wassalam.
Salam, saya mempunyai pendapat lain berkenaan artikel ustaz hari ini. Pada pendapat saya agak keterlaluan perbandingan ustaz di para 5 dan 6 dgn membandingkan menentukan jodoh anak dgn menentukan pakaian raya bagi anak berumur 7 tahun. Perbandingan yang agak ‘over’ rasa saya.
Kedua, pendapat saya conversation dan pertanyaan samaada ‘Yop nak kaya atau nak bahagia’ adalah salah. pertanyaan begitu akan menimbulkan rasa confuse dihati anak seumur Yop. Mungkin ustaz tak nampak kesan perbualan ustaz dgn Yop hari ini, tetapi perkara itu meninggalkan kesan dalam jiwa Yop seolah2 orang kaya ni ‘kurang’ kebahagiaan atau tidak bahagia.
Contoh pendekatan yang lebih baik adalah mengenalkan konsep keperluan atau kehendak. Bagi family of 6, rondo sudah lebih drpd cukup, jadi tidak perluan membeli apa2 melebihi keperluan keluarga, kerna duit itu boleh digunakan utk keperluan yang lebih penting.
Kadang2 kita sebagai ibubapa tak dapat menjangkau apa yang difikirkan oleh anak2 kita. Oleh sbb itu pemantauan berterusan adalah amat perlu.
Sekadar berkongsi pengalaman saya membesarkan 4 anak berumur 5-11. Maaf jika tidak sependapat dengan empunya blog.
@mona,
satu analisa yang menarik. kadang kala kita terasa defensive lantas membalas perbandingan dengan perbandingan. bagi saya ia tidak salah, kerana mengajar anak dengan konsep syukur, tapi persoalan “kenapa tidak alphard? (kehendak)” perlu juga dijawap anak2 boleh faham dan belajar membuat keputusan mengikut keutamaan.
Just facing this situation before.”Si kakak, kenapa ibu tak pakai kereta besar, kenapa ibu tak shopping macam orang lain…dan macam2.”…Dari situ, ilmu perbandingan kesyukuran seperti yang ustaz nyatakan, telahpun saya implement kan.
Membandingkan kemewahan, materialistik di kalangan anak-anak, baik yang sedang menjengah dewasa amat perit adakalanya bila sampai di telinga si ibu.
Tapi, dari sifat kesyukuran, baik dari si kecil yang berumur 5 dan si kakak 13, saya terangkan satu persatu agar mereka boleh memahami, melihat dan merenung. Bersyukur dengan apa yang ALLAH SWT kurniakan, berbanding mereka yang tidak punya apa-apa.
Bersyukur, si ibu, si bapa mampu mencari rezeki, menyediakan peralatan, kelengkapan harian biarpun tidak semewah orang lain, tetapi tidak terkecuali mempunyai apa yang orang lain ada juga.
Dan kita, sebagai orang dewasa perlu terangkan kepada anak-anak agar mereka memahami.
Dan saya setuju dengan ustaz, cuma budaya kuning tu, kelakar la pulak, persepsi kanak-kanak.
Budaya materialistik kot.:P
Salam Ustaz…
Ana nak ni yang tak da anak lagi pun jadi risau membaca beberapa persoalan dalam artikel ni… Ya lah..anak dilahirkan bukan untuk zaman kita..tetapi pada zaman yang lebih depan.. Mcmana ibu bapa nak merungkaikan persoalan dan apa yang di “pikiaq” oleh anak-anak.. Pada ana juga tak dijawab dengan jelas dan sentuhan hati, benda itu akan jadi persoalan yang “membarah” dalah hati.. Maka isu “perbandingan” boleh timbul..
Ana setuju soal banding ni bukan pada anak-anak saja, namun ibu bapa pun bakal terheret sama..Secara tak sedar..Perbandingan memang banyak negatignya andaikata kita tidak melatih diri untuk menekan butang “pause”..
Salam…
Kecenderungan menentukan kesukaan dan pilihan anak-anak dalam soal sekecil baju dan seluar boleh adalah tidak mustahil akan terbawa-bawa kepada keinginan untuk mengawal pilihan hati seorang anak-anak yang bernaluri remaja dan dewasa kelak. So, tidak timbul perbandingan yang berlebihan antara kedua-dua keperluan yang diisukan oleh beliau. Sekadar berkongsi…
@ibnu razi, my comment to mona
salam…ustaz mak bapak saya terlalu kejar kekayaan dunai…ayah saya tidak pernah mengerjakan solat…mak saya plak kekadang…saya sedih sangat….
menitis air mata tatkala menghampiri ke bahagian akhir..
herm…bukan, budak2 kalau dh biasa bertudung dri 2 3 tahun dia xkan rimas dah…walhal ibu ana sudah pakai kan tudung secara konsisten dlm umur 4 – 5 tahun tu…
Ana ada baca buku ust, ada ust sebut yg anak2 kecil ni xboleh takutkan mereka dgn mati yg xda sebab krna membunuh cita2 anak2. Ana rasa ust, kiranya kalau kita terangkn pnjelasan dgn terperinci bhwa allah yg menghidupkan & mematikan…..buktinya ibu ana buat semua pda anak2 nya. Dan kami(6 beradik semua) xda rasa terbunuh cita2 pun, malahan boleh mengawal kenakalan semasa kecil2 dahulu….kmi sekarang pun normal membesar, tak da gangguan emosi,
Dgan sekarang ni pun byk cerita2 hantu yg lebih ‘menakutkn’ dripada kematian tanpa sebab iaitu cuma kehendak allah. Dahulu xda lgi cerita hantu, dan kami adik beradik xpernah tengok pun masa kecil. Macam mana ust?
@Puterikalimah4, Salam…
Apa yang saya faham tentang cerita berunsur kematian yang diterjemahkan ke dalam medan tarbiyah memang boleh membunuh cita-cita seseorang kanak-kanak. konotasi membunuh itu lebih kepada MERENCAT, MEMBANTUT DAN MENJUMUD dan MEMBATASKAN cara fikir seseorang kanak-kanak. wajah pada idea kematian yang banyak dikembangkan oleh sesetengah individu telah melangkau prioriti subjek-subjek tarbiyah yang MEMBINA dan MENGEMBANG sifatnya, bahkan mengheret idea kematian bersama-sama dengan tindakan dan kefahaman yang rigid dan mungkin emosional. Kesannya,warna kematian itu menjadi statik pada JIWA yang boleh berkembang MEMBESAR. Masa depan ummah ini BERGANTUNG kepada pemikiran yang dinamik, usaha yang realistik, dan tindakan yang idealistik,. Bukan sekadar mendendangkan ucapan HIKMAH yang mudah untuk retak lantas bertaburan ditengah JALAN. Sekadar berkongsi…
salam wbth.
nice artikel.
YOP oh YOP!! kelakarlah,
selalu jadi ‘bahan’ pengajaran’ buat kami-kami yg membaca ini.
walaupun kamu kecil, tapi mengingatkan kami yang besar ni..
thanks YOP!! thanks juga buat ust!
hmm..macam-macam pengalaman membesarkan anak. anak saya baru 1 tapi saya dah dpt bayangkan bagaimana nak berhadapan dgn anak-anak pada tahun-tahun mendatang.
Saya pulak bukan setakat anak yg baru 7 bulan ni saya tegur (bercerita) faham tak faham belakang kira.. dengan anak saudara berumur 12 tahun dan ke bwh pun saya tegur kerana terdapat simptom keinginan yang meronta tahap kritikal (jika saya lihat ibubapanya membiarkan saja anaknya yg menekan2 org lain semata untuk memenuhi kehendaknya).
Apa yg penting bg saya tak kira bagaimana pendekatan ibubapa ambil untuk mengajar si anak yang paling penting anak itu mesti dicakap, diberitahu, disuarakan dengan laras dan perkataan si anak mudah fahami. Tak semestinya kita harus ikuti dan buat apa yg ibubapa kita buat dahulu hanya kerana cara itu berkesan terhadap diri kita sendiri.
Kita harus menyesuaikan ikut peredaran masa dengan perkembangan anak-anak zmn skrg.. realistik. Cara budak zmn skrg tak blh dah nak samakan mengajar anak zmn dulu dah.. Pendek kata, cakaplah apa nak cakap dgn anak sendiri, asalkan ‘pembetulan’ berlaku dalam percakapan itu. tak gitu ke ustaz?
Terimakaseh ustaz kerna menulis satu artikel yg bagus dan mendidik… Kanak2 sekarang tidak sama dgn kanak2 dahulu. Ibubapa sekarang juga tidak sama dgn dahulu.
Bagaimana pula dgn ibu atau bapa yg sengaja menggunakan pendekatan/perbandingan materialistik, mendidik si anak untuk berasa rendah diri dgn si bapa atau ibu sendiri. Mempergunakan anak untuk memperkecilkan dan merendahkan pasangannya atau bekas pasangannya.
slm ustaz.. klu ana nk mnx izin copy artikel ni utk simpanan sndiri blh x ustz?
salam ustaz
emmm syukran ustaz
…senyum saja saya bc artikel nih…teringat kan peel anak2 yang kebendaan juga. cuma x dpt membalas mcm ustaz ckp kat ank. tp yg suami pula mengiakan aje…x pa nanti abah beli…ish sabo jer la
on da way blk kmpg raya br ni dgn avanza…ank saya yg 3 thn nmpk kereta estima dpn kami..spontan jer dia ckp..abah beli la keta ema..afnan nak ema(bhs pelat) tp cukup saya faham…amboi budak kecik ni..anyway saya ada idea nak tarbiah semula ank saya mcm ustz buat…termsk suami saya
daripada komen2 yang ada, nampaknya banyak yang fokus pada anak. bagaimana dengan ibu-bapa? idea ustaz tentang kemungkinan anak membanding-bandingkan sesuatu disebabkan kita membanding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain adalah pengajaran yang sangat berguna bagi saya.
Kanak2 kan mmg mcm tu kan..suasana Yop membesar mcm sy…teringat sy dulu2.
salam. ustaz. boeh saya copy article nie.. very very useful and practical
Assalamualaikum;
Bagi saya, tidak salah bercita-cita untuk menjadi kaya. Ambil model seperti Saidina Abu Bakar & Uthman bin Affan – kaya tetapi menginfakkan hartanya untuk membantu masyarakat Islam pada zamannya. Pada zaman sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary boleh diambil sebagai contoh. Yang penting kita zuhud selepas mencapai taraf kaya/jutawan bukannya zuhud sebelum mencapai taraf jutawan; mencari harta kekayaan sehingga mencapai taraf jutawan tetapi mesti bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah.
@Sahawati,
Wsalam wbt.
Artikel tidak mencadangkan jangan jadi kaya. Artikel mencadangkan, jadilah hamba yang bersyukur.
@Abu Saif,
kalau tak silap saya, ada satu kajian yang dibuat di sebuah tadika/tabika/taska,
ada seseorang akan bagi setiap kanak-kanak 1 biji gula-gula. dan orang ini pesan kalau nak 2 biji gula-gula ke tunggu 5 minit.
selepas orang ini keluar kejap, ada yang tak tahan ujian akan makan, yang tahan pulak jeng jeng jeng (macam tahan puasa laa hehehe)
selepas 5 minit orang ini datang dan bagi sebiji gula-gula kepada kanak-kanak yang sanggup tahan ujian.
tapi bukan setakat itu sahaja, dia orang akan ikuti perubahan kanak-kanak yang berjaya ini sampai besar panjang.
akhirnya dia orang buat kesimpulan sesiapa di zaman kanak-kanaknya sanggup tahan nafsu terhadap sesuatu, maka dia pasti berjaya di suatu hari kelak. kalau berniaga, dia tak akan joli sana sini.
jadi kalau nak uji anak-anak anda seseorang yang pentingkan kebendaan, buatlah ujian dengan sampul duit raya atau gula-gula. kalau sesiapa yang dah buka sampul sebelum keluar rumah orang yang dilawati, maknanya …
tapi kalau anak anda hanya buka bila sampai rumah, maknanya …
tapi saya zaman kanak-kanak hanya buka sampul duit raya bila sampai rumah sahaja. mak ajar tak baik buka setelah dapat duit raya, nanti …
@Amin007,
cara yg menarik..
seronon berkunjung ke laman ni w/pn sekadar silent reader…
cadangan dari komen-komen yg datang juga menarik…
cuma kadangkala, lenguh nak baca komen yang ada..lagi panjang dari artikel ustaz..
=)
@Nuril,
budak-budak dari kecil kena diajar agar dah besar nanti tak kurang ajar.
susahkan sedikit budak-budak tentang susahnya mencari duit mungkin mendidik mereka agar mulut tak mudah-mudah minta benda yang bukan-bukan.
Salam alaik. Saya belumpun menjadi seorang isteri, apatah lagi ibu. Namun saya suka belajar bagaimana mengatasi perihal-perihal kecil sebegini dalam rumahtangga. Terima kasih ustaz kerana selalu bercerita. Daripada tahu, insyaAllah saya mendoakan diri saya agar mampu untuk mengatasi masalah anak-anak kelak sekiranya Allah memberikan rezeki. Wallahua’lam.
Kagum dengan hujah2 ustaz dalam membina pemikiran anak-anak. Analogi ustaz menarik minat & psikologi mereka. Selalu saya terfikir seusai membaca pengalaman ustaz membentuk anak-anak, “Mampukah aku nanti membentuk anak-anak begitu? Menjawab persoalan anak-anak begitu? Membina hujah-hujah dan analogi begitu?”
Hmm…
saya suka ngan articlenya..baru saya tahu apa kesannya apabila kita membandingkan seeorang dengan orang yang lain..InsyaAllah akan saya applykan mesej2 ustaz dalam kehidupan saya yang mendatang(bila dah kawen n ada anak)..
Tahniah Ustaz.. bijak bersyco dengan anak… kekadang hati berbicara sendiri bagaimana ingin berbicara dengan anak tanpa mengguris hati sesiapa.. MABRUK..
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, ustaz telah menerbitkan salah satu buah tangan yang menyegarkan minda insan-insan yang menjadi khalifah Allah di muka bumi. Saya mungkin agak terlewat untuk membaca buah tangan ustaz ini (buku-buku ustaz)kerana saya terlalu seleksi dalam bahan bacaan dan buku-buku ustaz ini bagus untuk tatapan pembaca yang menggemari bacaan santai tetapi penuh kefahaman Islamik tentang realiti sebenar hidup. Ustaz tidak menunggu usia perkahwinan yang lama untuk ustaz mengutip pengalaman hidup dalam berumahtangga sebagai sebahagian intipati buku yang dicetuskan tetapi saya dapat merasakan ustaz menjadikan pengalaman hidup yang sudah atau masih dikecap sebagai salah satu usaha tarbiah yang berterusan.Syabas saya ucapkan kepada ustaz dan isteri yang sama-sama mendokong usaha ini untuk memulakan satu pengalaman hidup yang lebih bermakna.Contoh dan tauladan yang terbaik kepada semua orang. Insya Allah,walaupun banyak kritikan dan pujian yang saya baca dalam komen pembaca untuk ustaz dan isteri,jadikan ia sebagai panduan yang berguna.Keep it up,dan semoga ustaz beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.