
Saya tidak pasti apa yang mahu dicatat.
Menulis tanpa ketenangan fikiran, bukanlah sesuatu yang baik.
Terlalu mudah untuk dikesan pada apa yang diluahkan. Ternampak fikiran yang tidak tenteram, hati yang kusam dan pandangan yang kelam.
Tetapi diam bukanlah ubat kebah pada jiwa yang tidak tenteram. Nyatanya bagi orang yang berehat dengan menulis, selagi tulisan belum dilangsaikan, tiada rehat dan tiada tenteram untuk selimut malam.
DI BUMI SYAM
Di Bumi Syam, saya bukanlah insan yang paling rapat dengan Ustaz Asri. Sesuai dengan jarak universiti pengajian saya yang ratusan batu di seberang lembah kering membelah sahara, pertemuan kami yang terbaiknya hanya sekali seminggu. Teman-teman lain yang ‘bertuah’ dikurniakan peluang mengaji di Amman, lebih berkongsi talam hidangan dan tikar bualan bersama Ustaz Asri.
Namun entah di mana titiknya, antara saya dan beliau ada sesuatu yang lebih daripada kenalan.
Teringat saya ketika pulang bercuti ke Malaysia pada suatu ketika, saya berkunjung ke Taman Melewar sebagai pemerhati Muktamar. Seorang super senior menyampuk saya, “hah, Hasrizal, anta orang Asri kan? Dengar khabar dia sekarang ini sudah masuk UMNO. Apa cerita?”
Muka saya merah padam.
Tetapi sentuhan Bumi Syam sudah banyak meredakan baran saya yang banyak mengundang susah. Saya menggigit lidah dan membalas ringkas, “kalau mahu tahu tentang Ustaz Asri, tanyalah yang empunya diri. Ana tidak tahu menahu!”
Soalan, “Asri apa khabar?” sangat sinonim dalam pertemuan saya dengan teman lama. Ia mungkin sedikit sebanyak menggambarkan siapa Ustaz Asri dan siapa saya. Terlalu rumit untuk dicoret, hanya yang berpada untuk menukil ibrah.
PERTEMUAN PERTAMA
Cuti musim sejuk selepas tamat semester satu di awal pengajian saya, kami pelajar baru berpeluang ke Makkah menunaikan ibadah Umrah. Perjalanan sehari semalam dengan bas merentas padang pasir, banyak kenangan yang masih segar dalam lipatan.
Saya teringat di suatu petang, semasa duduk di celah-celah orang lain di pinggir rumah tumpangan kami di sisi al-Masjid al-Haram, perbualan kami terhenti apabila seorang pelajar yang memperkenalkan dirinya sebagai penuntut Malaysia di Makkah menyergah Ustaz Asri.
“Anta Wahabi!” kata pelajar itu.
“Wahabi itu apa?” tanya Ustaz Asri semula kepadanya.
“Tu, yang Ibnu Taimiyah pegang tu, Wahabi le” kata pelajar tersebut dengan penuh yakin.
“Ibnu Taimiyah mati lama sebelum Muhammad bin Abdul Wahhab lahir. Macam mana boleh Ibnu Taimiyah jadi Wahabi?” Ustaz Asri menambah soalan.
Pelajar itu tidak menjawab dan terus meninggalkan kami.
Saya sendiri terkejut dan terpinga-pinga.
Di dalam perjalanan pulang ke Jordan, kami sepi merenung ke luar. Cuaca yang semakin sejuk tatkala semakin bergerak ke Utara menyebabkan sesetengah kami selsema.
“Nak berhenti di mana ni? Rasanya tak ada masjid depan-depan tu,” kata ketua rombongan.
Subuh sudah lebih setengah jam masuk, dan kami tidak bertemu dengan masjid untuk singgah mengadap Allah. Akhirnya semua bersetuju agar bas berhenti sahaja di tepi jalan dan kami bersolat di tanah lapang.
Subhanallah…
Cuaca yang amat sejuk menggigit kami hingga ke tulang. Tidak mampu menjamah air, kebanyakan kami bertayammum dengan tanah mengelakkan diri daripada mudarat. Solat Fajar segera didirikan kerana mentari juga sudah hampir menyimbah siang. Pengalaman bersolat di padang pasir yang sejuk, kering dan penuh batu sungguh nostalgia.
Namun saya tidak lupa kepada teguran Ustaz Asri kepada sahabat saya yang mengimamkan Solat Fajar itu.
“Anta, orang solat separuh nyawa menahan sejuk, anta nak buat Qunut juga ya!” kata Ustaz Asri.
Sahabat saya tersengih.
Sudah belajar, dan sudah faham perbahasan sekalian mazhab tentang persoalan Qunut di Solat Fajar itu. Tetapi mengubah kebiasaan, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.
ILMIAH DAN ILMIAH
Itulah muqaddimah imej Ustaz Asri kepada saya, pelajar tahun satu di tahun 1993 itu. Pergaulan kami dengan beliau banyak terisi dengan wacana yang kata kuncinya cuma satu, ILMIAH.
Ilmiah dalam menadah kitab, ilmiah semasa hadir ke kuliah, ilmiah semasa berbahaskan khilaf, ilmiah juga dalam soal dakwah dan berjamaah. Uniknya ialah, Ustaz Asri tidaklah bersendirian berpegangan demikian. Malah ia adalah pegangan sesiapa sahaja di Jordan yang serius dengan pengajian. Tidak keterlaluan jika saya katakan, ketika kami di tahun satu pengajian, kami sentiasa mengagumi para senior yang kemas ilmu pengetahuannya.
Rata-rata, kebanyakan senior ini adalah daripada kalangan mahasiswa yang membuat pengkhususan di dalam Sastera Arab, tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (lebih sinonim disebut KP). Pelajar persendirian dan tajaan Yayasan Negeri juga ramai yang bagus. Tetapi rata-rata pemegang biasiswa KP lebih menonjol sebagai pelajar yang berwibawa. Sebabnya mudah, Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menaja pelajar cemerlang SPM dan STPM untuk menyambung pelajaran di Jordan. Maka hampir kesemua mereka yang saya kenali, adalah pelajar yang mendalam pengetahuan tentang ilmu Syariah, biar pun mereka membuat pengkhususan utama di dalam Kesusasteraan Arab.
Tambahan pula, ketika itu University of Jordan masih menawarkan program yang membolehkan pelajar membuat majoring di dalam satu bidang, kemudian minor di dalam satu bidang yang dipilih. Ramai yang saya kenal ketika itu, mereka mengambil Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Arab dengan minoring in Shariah.
Saya tidak pasti di tahun manakah program tersebut dimansuhkan, tetapi ia berlaku di awal pengajian kami, generasi pelajar tahun satu tahun 1993.
Tetapi Ustaz Asri adalah Ustaz Asri. Sesuatu yang tidak pernah berubah bermula daripada hari pertama saya mengenalinya. Dua sifatnya yang paling menonjol ialah beliau sentiasa berpendapat berlapikkan hujah, dan sifat peribadinya, pantang dicabar.
Adakalanya kami jadi letih dengan asakan-asakan yang ditujukan kepadanya kerana sebahagiannya lebih bersifat ‘sengaja mencari penyakit’.
AJAR MENGKAJI SYIAH
Antara jasa terbesar Ustaz Asri kepada saya, ialah pada mengajar saya cara mengkaji tentang Syiah.
Semasa di sekolah menengah, saya memiliki gambar Khomeini di dalam dompet. Tidak pernah mengambil tahu tentang Syiah sebagai Mazhab Aqidah dan Fekah, saya mengagumi Khomeini pada siasah dan revolusinya. Regu berbual tentang Syiah pula adalah Ustaz Maszlee Malik yang merupakan salah seorang pelajar Rancangan Bersama JPA – Petronas ketika itu. Kami ditempatkan di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) untuk kursus intensif Bahasa Arab sebelum berlepas ke Jordan, Morocco dan Mesir.
Selepas Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menganjurkan Seminar Taqrib Antara Mazhab Sunni dan Syiah di Kuala Lumpur pada tahun 1993, KUSZA menganjurkan sebuah seminar berkaitan topik yang sama, tetapi lebih merupakan reaksi kepada seminar anjuran PUM itu. Panelis berdua, terdiri daripada Sheikh Ahmad al-Khatib, Pensyarah di Akademi Islam Nilam Puri yang berasal dari Iraq, bersama Maulana Asri Yusuf , pendakwah bebas yang terkenal pada masa itu.
Seminar itu telah memukul minda saya pada tahap yang luar biasa. Bersama segala hujah yang dikemukakan, saya tidak mampu lagi untuk mempertahankan Khomeini, baik dari segi pendirian politik, apatah lagi aqidah dan fekah. Keributan minda dikongsi bersama Maszlee Malik dan kami berbual hingga dinihari bermalam-malam selepas seminar itu. Namun pendirian masih belum konklusif. Masih membaca dan mengkaji.
Hanya setelah tiba di Jordan, kecelaruan minda saya tentang Syiah dibantu penyelesaiannya oleh Ustaz Asri. Beliau tidak mendoktrinkan saya dan teman-teman. Apa yang dilakukannya hanyalah pada memperkenalkan kitab-kitab induk Syiah seperti Usul Min al-Kafi, membaca sendiri tulisan Syiah tentang kepercayaan mereka, dan seterusnya menganalisa secara mantiq dan logik tentang idea-idea yang dikemukakan.
Setelah Ustaz Asri menamatkan pengajian, saya masih konsisten mengutip kitab-kitab Syiah yang terselit di celah lautan buku di Bumi Syam, untuk meluaskan lagi kefahaman tentang pendirian yang sejahtera mengenai hal ini.
Itu adalah sebahagian daripada kesan yang ditinggalkan oleh Ustaz Asri kepada saya.
Cuma, dengan tempoh masa lebih dua tahun saya mendampingi beliau, saya tidak menjadi beliau. Yakni, saya tidaklah sentiasa menyetujui pandangannya pada setiap masa, kerana itulah intipati nasihat beliau sendiri kepada saya. Jangan bertaqlid. Benarkan yang benar, hindarkan yang batil.
Hubungan yang akrab di antara Ustaz Asri bersama Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, serta sejumlah ilmuan terkemuka di Jordan juga banyak memercikkan peluang kami untuk mendapatkan sentuhan didikan Ulama terbilang ini. Kepulangannya banyak menghilangkan peluang yang satu ini.
SELEPAS BELIAU PULANG
Di era pertengahan 90′an, Jordan dan Malaysia itu amat jauh kedudukannya. Tanpa telefon bimbit dan internet, perpisahan kami dengan Ustaz Asri, sempat disejukkan dengan kesinambungan halaqah kami bersama ‘klon’ Ustaz Asri yang sempat ditinggalkan iaitu Ustaz Abdul Rasyid Idris, senior setahun saya di SMAP Labu juga di Jordan. Beliau kini memimpin Dewan Pengajian Ibn Qayyim di Pulau Pinang.
“Lepas Ustaz Asri balik Malaysia ni baru tenang sikit kepala kita, kan?” Ustaz Rasyid berseloroh.
Kami ketawa.
Benar.
Banyak kontroversi yang terpadam selepas kepulangan Ustaz Asri ke Malaysia. Tetapi ketiadaan kontroversi itu turut sedikit sebanyak menghambarkan wacana mingguan kami.
Selepas Ustaz Rasyid juga menamatkan pengajian, hubungan kami hanya diperbaharui apabila saya berpeluang balik bercuti ke Malaysia.
Ketika itu Ustaz Rasyid mengajar di Parit Buntar, manakala Ustaz Asri masih mengajar di SMK Raja Tun Uda di Pulau Pinang. Lucu juga mengenangkan Ustaz Asri letih melayan kerenah anak muridnya yang pelbagai ragam. Saya menghabiskan masa beberapa hari bermalam di rumah beliau di Mengkuang. Ketika itu Dewan Pengajian Ibn Qayyim hanyalah berupa sebuah dewan sederhana besar di sisi rumah Ustaz Asri.
Ketika itu juga saya sempat menemankan Ustaz Asri berceramah di Penjara Pulau Pinang. Beliau bercerita kepada banduan tentang luasnya rahmat Allah dan menggalakkan banduan berqiamullail sebagai proses taubat. Tatkala sampai kepada sesi soal jawab, seorang banduan melontarkan soalan cepumas kepadanya.
“Tadi ustaz kata pada sepertiga akhir malam, Allah turun dan membukakan tangan-Nya bertanya siapa daripada kalangan hamba-Nya yang mahukan keampunan. Saya nak tanya, tangan Allah tu apa?” tanya banduan berkenaan.
Saya tersentak dengan soalan itu. Mengetahui akan manhaj Ustaz Asri, saya menanti bagaimanakah jawapan balas Ustaz Asri kepada si penyoal, yang merupakan seorang banduan, dengan segala kekurangan yang ada pada akses mereka kepada ilmu pengetahuan.
“Tangan Allah itu maksudnya rahmat Allah!” kata Ustaz Asri.
Saya tersenyum mendengar jawapan itu. Ustaz Asri yang dilabel tegas dengan manhaj pegangannya, tidaklah pula sampai tidak menoleh ke kiri dan kanan untuk membaca suasana. Takwil berlaku apabila ada keperluan yang boleh dijustifikasikan oleh Syara’.
Itu pemerhatian saya.
“Ustaz, ni saya nak tanya satu perkara, betul ke mengubah-ubah hukum Allah itu berdosa?” tanya seorang lagi banduan.
Kami terkejut.
“Dia nak tanya tentang hudud ke?” bisik Ustaz Asri kepada saya.
“Agaknya!” saya membalas.
“Betui la tu!” jawab Ustaz Asri kepada banduan berkenaan dengan loghat Pulau Pinangnya.
“Kalau macam tu, ni saya nak tanya, apa pasai ada satu benda ni dulu Ulama kata makruh, la ni Ulama kata Haram pula? Tidakkah ini mengubah-ubah hukum Allah!” tanya banduan tersebut dengan penuh semangat.
Semua orang ketawa pecah perut.
Rupa-rupanya banduan itu mahu bertanya tentang rokok. Isu panas di penjara ketika itu.
“Dulu, Ulama bandingkan rokok ni dengan bawang, dengan petai, dengan jering. Bau busuk. Itu yang dihukumkan makruh. La ni Ulama kaji dalam lagi. Rupa-rupanya rokok ni bukan takat busuk, malah membunuh. Pakcik kalau anak umoq 9 tahun hisap rokok pakcik buat apa?” jawab Ustaz Asri sambil melontarkan soalan kepada banduan tersebut.
“Uih, saya lempang dia!” katanya.
“Hah, tau pun merokok tak elok!” simpul Ustaz Asri.
Seluruh hadirin ketawa. Penjara gamat dengan sesi soal jawab yang sungguh unik.
Kenangan itu masih jelas di kepala saya. Peristiwa di penjara itu memperlihatkan satu contoh kepada budak mentah seperti saya bahawa dakwah harus sesuai dengan mad’u. Ustaz Asri banyak membantu daripada sudut itu.
Mungkin kenangan paling bermakna, ialah semasa saya menemankan Ustaz Asri pergi ke rumah al-Marhum Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu. Ustaz Asri mahu menjemput al-Marhum Ustaz ke majlis perkahwinan beliau dan saya sedia maklum akan hubungan yang amat akrab di antara al-Marhum dengan Ustaz Asri.
Tatkala saya dikejutkan dengan berita kematian al-Marhum Ustaz Fadzil Noor, antara yang paling awal terlintas di fikiran saya ialah, “siapa lagi yang boleh nasihatkan Ustaz Asri kalau Ustaz Fadzil sudah tiada!”
PENDIRIAN SIASAH
Benar.
Selepas masa berlalu, banyak yang terjadi.
Selepas pulang ke Malaysia tamat mastautin di bumi Ireland, saya ada dikunjungi oleh Ustaz Asri yang datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Seminar Usul Fiqh yang diadakan di Bangi. Beliau hadir bersama Ustaz Arief Salleh iaitu teman serumah saya semasa kami mengaji di Jordan dahulu.
Ustaz Arief sudah menjadi Pensyarah di UTM Skudai..
Manakala Ustaz Asri baru selesai menamatkan pengajian peringkat PhD beliau di UIAM dan berkhidmat sebagai pensyarah di USM Pulau Pinang.
Kami berbual tentang perkembangan semasa. Turut terselit adalah isu tentang kepimpinan PAS yang dilihat lemah pasca kekalahan teruk di dalam Pilihanraya Umum ke-11 tidak lama sebelumnya. Saya menegaskan bahawa PAS itu ada hampir sejuta ahli dan jika kita nampak kelemahan mereka, kita mesti menjadi sebahagian penyelesaiannya.
“Takpa la. Ana doakan anta!” kata Ustaz Asri dengan nada berseloroh.
“Takkan doa aje. Buatlah apa yang patut!” saya menambah.
Kami tidak bersembang berat kerana ia lebih kepada pertemuan untuk menjalin kembali silaturahmi yang terputus selepas lama mastautin saya di Eropah.
KEUNIKAN JORDAN
Uniknya Jordan.
Jordan dan sistem pengajiannya tidak pernah mendoktrinkan pelajarnya untuk menjadi Wahabi, Salafi, Sufi, Syafie, Orientalis atau apa sahaja.
Jordan mengamalkan sistem pengajian terbuka. Segala mazhab disentuh dan didedahkan. Pelajar digalakkan mengkaji dan pensyarah jarang sekali cuba mendominasi pelajar agar terikat dengan aliran masing-masing. Justeru ada pensyarah kami yang Khalaf, ada yang Salafi, ada yang Sufi, ada juga klon orientalis dari Sorbonne Perancis.
Tetapi satu titik temunya ialah, ILMIAH.
Titik musuhnya pula ialah, TAASUB.
Pelajarlah yang kemudiannya memilih untuk membentuk dirinya menjadi apa, pasca menamatkan pengajian di Jordan. Oleh sebab itu, ada graduan Jordan yang Salafi, ada yang keras Syafie dan taasub Sufi, ada yang mati hangus pun PAS juga, tak kurang pula yang bersalin bantal berjodohkan UMNO. Malah ada juga yang bermastautin di wacana Islam Progresif. Senang cerita, macam-macam ada.
Suntikan pengajian di Jordan menjadikan graduannya bebas berkembang. Pendedahan yang diberikan tentang aliran-aliran yang sudah sekian lama wujud di dalam tradisi keilmuan Islam, turut menyumbang kepada pendirian mu’tadil (bersederhana) pada asatizah keluarannya. Hanya segelintir yang tertonjol kekerasannya dalam apa sahaja aliran yang diwakili. Ia pilihan peribadi, bukan acuan universiti atau indoktrinasi.
BERBEZA PENDIRIAN
Ustaz Asri yang sudah bergelar doktor, terus maju di bidangnya sama ada di medan dakwah mahu pun kesarjanaan akademik. Saya teruja melihat sambutan yang diberikan oleh masyarakat kepada pendekatan dakwah beliau, terutamanya daripada kalangan anak muda dan siswazah universiti.
Dakwah Ustaz Asri juga meluas di kalangan profesional kerana apa yang dikemukakannya sangat bertepatan dengan orientasi kelompok profesional yang datang daripada latar belakang pengajian Sains yang berorientasikan bukti. Jika dalam pekerjaan mereka, kelompok ini sangat evidence based oriented, sudah tentu mereka mahukan benda yang sama dalam soal beragama.
Seruan tajdid minda Ustaz Asri ialah pada mengisi kedahagaan kelompok ini kepada beragama secara berdalil, bukan sekadar ikut-ikutan.
Namun ada sekelumit kekhuatiran di minda saya. Di suatu ketika, Ustaz Asri turut menerima sambutan hebat daripada kelompok yang lazim dikaitkan dengan Islam Liberal. Saya pernah melontarkan saranan bahawa gerakan Tajdid dan Islam Liberal memang ada satu titik pertemuan iaitu pada menolak dan menentang tradisionalisma. Akan tetapi Tajdid dan Islam Liberal selepas bertemu di titik itu mahu berangkat ke destinasi yang berbeza. Saya pernah menyuarakan kerisauan tentang hal ini. Jangan terlarut dengan sokongan kelompok urban yang satu ini.
Ketaksuban anak muda yang mendefiniskan diri mereka sebagai orang Ustaz Asri juga menerbitkan kekhuatiran yang sama.
Saya percaya, pemurnian manhaj adalah sesuatu yang sepatutnya berada di semua tempat. Ia tidak harus membentuk satu kelompok baru kerana pembentukan kelompok baru dengan label ‘geng Sunnah’, ‘puak Tajdid’ dan lain-lain, sama ada yang dinamakan sendiri oleh pendukung manhaj tajdid ini, mahu pun yang digelar oleh orang lain, kesemua perkembangan ini menyebabkan musuh-musuh baru tercipta.
Saya tidak mahu terbabit dalam pengelompokan ini.
Rasa tidak selesa itu semakin bertambah apabila Ustaz Asri semakin lunak pandangannya terhadap parti memerintah, berbeza dengan bahasa saranannya kepada PAS. Perbezaan pandangan menjadi nyata ketika berlakunya kekecohan akibat demonstrasi BERSIH pada November 2007. Ketika itu saya mengirimkan email kepada beliau, sebagai seorang sahabat kecil yang mengasihinya, seorang saudara seperjuangan.
Teguran saya berkisar pada saranan agar beliau melembutkan bahasanya ketika menegur PAS. Sesungguhnya PAS bukan lagi satu, dua atau tiga muka yang tidak disenangi beliau. Sebaliknya PAS ialah satu gerakan yang dianggotai oleh hampir sejuta ahli. Sindiran beliau menimbulkan provokasi, menjadi trend anak-anak buahnya di kampus dan ini menyulitkan apa sahaja nasihatnya untuk diterima.
Malah saya juga menyebut, “jika ustaz dilantik menjadi Mufti selepas Pilihanraya tahun depan, ana ucapkan tahniah siap-siap. Tetapi jika ustaz dilantik menjadi Mufti sebelum Pilihanraya, ana tunggu dan lihat dahulu, kerana tidak pasti siapa yang mempergunakan siapa”
Email itu ditulis dengan berat hati.
Namun ia ditutup dengan pesanan, “ketahuilah ustaz, mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita. Ana hanya seorang sahabat, dan kekal sahabat sebelum dan selepas kritikan ini.”
Entahlah email itu sampai dan dibaca atau tidak.
Tetapi semenjak BERSIH 2007, saya memang dilihat sebagai seorang yang tidak bersetuju dengan Ustaz Asri, malah keletihan kerana terpaksa bertempur dengan ‘pengikut’ yang tidak senang dengan kritikan saya.
INSIDEN PENANGKAPAN
Berita penahanan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini tidak mengejutkan saya. Sebelum Ustaz Asri, Dr. Abdullah Yasin pernah ditahan. Ramai juga tokoh lain turut berdepan tindakan yang sama.
Tetapi penahanan Ustaz Asri amat mengganggu fikiran.
Apatah lagi pada memikirkan di JAIS, JAKIM malah YADIM sendiri, ada ramai wajah teman sepengajian semasa di Jordan dahulu. Ada yang sempat bersama dengan Ustaz Asri, ada yang sekadar mendengar dari jauh. Tetapi lubuk ilmunya satu. Bumi Syam, Bumi Isra’ yang penuh barakah itu.
Justeru mengenangkan wajah-wajah teman, berat untuk saya fikirkan ada sahabat yang mahu menikam sahabatnya sendiri.
Makan makanan yang sama, basah dengan hujan dari langit yang sama, tidur berselimutkan sejuk malam yang sama, kering oleh simbahan bahang mentari yang sama, mengaji di bawah bumbung ilmu yang sama, selepas bertuhankan Tuhan yang sama dan bernabikan Rasul yang sama. Sukar sekali untuk dibayangkan ada yang mahukan mudarat dan kehancuran pada sahabatnya sendiri. Jauh benar akhlaq Rasulullah, Alul Bait, Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Abu Hasan al-Asy’ari, Imam Ibnu Taimiyah dan Imam al-Ghazzali daripada kehendak yang sebegitu, melainkan nafsu dan dendam kesumat sahajalah terbitnya perasaan sedemikian rupa, jika ada.
Saya tidak mampu untuk membuat andaian atau spekulasi kerana apa yang tersirat mungkin terlalu besar berbanding dengan apa yang tersurat.
Tip of the iceberg, kata orang putih.
Tetapi menggunakan kekerasan untuk menguruskan perbezaan pandangan, ia terlalu sukar untuk ditelan. Ia meliarkan masyarakat dan memberanakkan kekeliruan.
Di sepanjang sejarah umat, pemikiran yang tidak dipersetujui, ditundukkan dengan debat dan hujah. Muktazilah, Jabariah dan Qadariah ditundukkan dengan debat dan dukungan hujah. Ada pun menggunakan law enforcement, ia hanya berlaku selepas jalan hujah bertemu mati.
Semoga kekalutan yang timbul, dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Wa imma isunya ialah pertembungan Wahabi dan tradisionalis, atau politik kepartian dan apa sahaja, semua ibrahnya pulang sebagai manfaat yang membangunkan umat.
“…Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya…” [al-Syura 42: 13]
SAJAK KENANGAN
Pada tahun 1994, Ustaz Asri ada menulis sebuah sajak. Ia diabadikan di buku cenderamata majlis sambutan pelajar baru. Saya meminta izin agar sajak itu dikembangkan dan kemudian dijadikan lirik sebuah nasyid.
Hasil uzlah saya di sebuah bilik, sajak itu ditajukkan sebagai TETAMU DATARAN SYAM, nasyid dendangan saya yang kekal disebut-sebut oleh setiap mereka yang singgah bertamu di Bumi Syam hingga ke hari ini.
Semasa nasyid tersebut mahu dimasukkan ke dalam album Gemilang kumpulan Usrah al-Firdaus pada tahun 1995, saya berkali-kali menegaskan bahawa penulis lirik nasyid itu adalah Mohd Asri Zainul Abidin dan Hasrizal Abdul Jamil. Namun disebabkan oleh pelbagai kontroversi yang sangat sinonim dengan susuk tubuh manusia bernama Asri, permintaan saya ditolak dan nasyid itu direkodkan penyanyi dan pencipta lagunya sebagai Hasrizal Abdul Jamil, demikian juga penulis liriknya.
Saya tidak mempunyai banyak mutiara untuk dihadiahkan sebagai tanda prihatin dan ingatan saya kepada Ustaz Asri. Hanya nasyid itulah yang saya nukilkan kembali di sini, sebagai tazkirah buat diri saya, Ustaz Asri, dan pegawai-pegawai JAIS, JAKIM atau YADIM yang menadah barakah di Bumi Syam:
TETAMU DATARAN SYAM
Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawanDi celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuanganMedan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarahDi sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakanKetibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamuHatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubuh Dataran Syam bertuahKita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuanganTetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakanSelamat Datang Tetamu Dataran Syam
Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995
Justifikasi seorang teman.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Salam wrt.
Out off topic sekejap ustaz: Tulisan ustaz terutamanya kisah silam ustaz, terus daripada memori atau ustaz ada diari/catatan? Saja ingin tahu.
Secondly, liriknya ada, lagunya ustaz?
ibn affandi
@ibn affandi,
almost all from his memory (not written)
Salam
Catatan yang amat menarik. Bagi kami yang berada di luar medan pertembungan para pejuang, banyak kekeliruan berlaku.
Apapun, ada hikmah dari yang terjadi.
semuga diberkati Allah.
Assalamualaikum ustaz,
amat menarik hati pengisahan ustaz kali ini. Saya membacanya dengan nada yang tenang dan gembira.
Di penulisan ustaz kali ini saya nampak diselitkan pujian dan kritikan yang seimbang, serta nasihat yang membina.
Barakallahufik ya ustaz.
Terharu membaca… sambil mengenang kenangan lama di kampus bersama sahabat seperjuangan….
Entah kenapa, sayu pula ana baca tulisan ini…
Assalamualaikum wbt.
Berlaku adil bukanlah bermaksud sentiasa berada di tengah-tengah, sebaliknya berlaku adil ialah menyebelahi kebenaran yang kita yakini.
Membaca tulisan ustaz mengingatkan kepada posting terbaru blog saya iaitu pembelaan kepada Dr. MAZA yang saya lakukan dalam blog bukanlah kerana saya bersetuju 100% dengan pandangan beliau [isu yoga, isbal adalah antara pendapat beliau yang saya tidak setuju].
Tetapi membela beliau daripada terus difitnah [dan yang terbaru isu ijazah beliau yan jika membaca posting ustaz kita sendiri sudah mendapat jawapannya] bagi saya adalah satu kewajipan.
Saya mendapat panggilan telefon dari emak saya yang tahu saya ‘penyokong Ust Asri’, dan kata beliau “Jangan ikut mana2 protes, perhimpunan, kamu tengah final exam” saya tahu emak saya melihat kes Ust MAZA seperti kes Anwar Ibrahim.
Tetapi hati kecil saya sudah berkata membela beliau seolah-olah satu kewajipan saya kerana saya tahu apa yang dilemparkan itu fitnah.
Saya menulis ini kerana saya tahu pasti ada yang berkata blog saya mengapi-apikan keadaan, memecah belah umat, bias, tidak adil, unfair tetapi bagi saya itulah perkara yang perlu saya buat bila saya mengetahui satu kebenaran itu.
Beliau ibarat guru saya yang banyak membuka kerangka pemikiran saya dalam beragama sejak saya mendengar kuliah beliau di zaman matrikulasi, jadi sudah pasti saya akan terasa hati melihat beliau diserang sebegitu rupa di dada akhbar, dihina sebegitu rupa di dalam blog-blog.
Kenapa saya menulis semua ini? Kerana saya pasti ramai hairan kenapa sibuk membela Dr MAZA. Jawab saya, jika ustaz yang banyak mendidik saudara difitnah dan saudara mengetahui kebenarannya, nescaya saudara akan bangun untuk membelanya!
Maaf ya ustaz menumpang menulis di sini kerana kadang kala tidak mampu menjawab apabila kita membela Dr MAZA, saya dikata pentaksub beliau sedangkan apa yang dibela ialah sememangnya perkara yang memang patut mendapat pembelaan.
semoga apa yg berlaku menjadi penghapus dosa dan pengimbang pahala.sayu ana baca tulisan ini.mencari sahabat yang sedang dibelai indah duniawi boleh menerima teguran dengan hati terbuka amat susah.kerana dugaan yang paling ditakuti oleh pejuang ialah belaian nikmat dunia.semoga kita bersama dapat mengambil istifadah dari tulisan ust.. terima kasih ustaz.
ana terkesan dgn bait ini “mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita” dan “Ana hanya seorang sahabat, dan kekal sahabat sebelum dan selepas kritikan ini”
~kebenaran itu hanya milik mutlak ALLAH~
Akhirnya saya faham….
Sedikit sebanyak membaiki persepsi saya terhadap Ustaz Asri…JazakaLLaah.
(p/s:this is my 1st comment)
salam…Ana rasa mungkin ana sependapat dan selesa dengan pendekatan pemerhatian ustaz. Ana memuji usaha Drmaza membawa perubahan kepada ummat Mlaysia terutamanya keluar dari kepompong taklid buta..ana setuju sangat2..
Tapi setiap orang ada kelemahan dan kelabihan, tak dinafikan persembahan ilmiah yang mantap membawa perubahan besar pada golongan tertentu yang profesional dan berilmu tapi diharap al fadhil DrMaza berlembut sedikit kerana Madu’u kita adalah pelbagai golongan.
Semasa menjadi “sahobissamahah” dulu patutnya beliau banyak BERLAPANG DADA menberi hujah dan menerima hujah orang lain sesuai dengan konsep WASATA di dalam islam.
Ana setuju dengan artikel ustaz tentang MASALAH SIKAP.. Juga tentang fahaman ALEEM dan HAKEEM…orang pandai tak sama dengan bijaksana penuh dengan hikmah.
Ana tak nafikan beliau adalah bijak dan alim tetapi tidak adalah sifat LATEEF sebagaimana RAsulullah suka Malaikat JIBRIL datangkan Wahyu di dalam bentuk manusia lebih ringan dan selesa berbanding di dalam bentuk yang lain yang keras bagi nabi Muhammad SAW.
Ana sayang DrMaza…sebagai pendakwah yang gigih kembali kepada al-Quran dan asSunnah…sayang lagi ana sekiranya dilunakkan sedikit cara penyampaian ketika bertentangan dengan golongan TUA:-)apabila berlaga pendapat.
BErlapanglah dada…Marilah sama-sama doakan Semoga Allah memelihara HATI daripada rasa ‘Ujub dan sentiasa di dalam TWADDU’ , lunakkan kata2 beliau dan iltizam Dr MAza yang memang tidak dapat dinafikan sumbangannya di dalam Dakwah kembali kepada Manhaj Salaful Soleeh.
Nescaya lebih ramai madu’u yang akan ikuti dan selami perubahan yang hendak di bawa beliau.
Begitu juga sahabat2 di JAIS, YADIM dan lain2 berlapang dada di dalam menerima kritikan dan buang jauh2 perasaan dendam yang di bawa SYAITAN…
??? ?????: ( ???? ???? ??????? ?? ???? ????? ??????? ????????…)
kita semua nakkan perubahan kearah yang lebih baik…
Ingatlah! golongan agama yang paling banyak diijui olehNYA.
Akhirnya saya juga faham….
Macam cerita berepisod pun ada…heheh.. boleh buat filem/drama ni ustaz.. penuh dengan cerita tersurat dan tersirat.. jadi sayu pun ada….
salam,
saya mengenal beliau (Dr Asri) semasa mengambil kursus pengajian Islam di USM. Benar, beliau seorang yang berlapikkan ilmu dalam berhujah. Dalam senda guraunya pun ada mesej yang berisi.
Dalam salah satu kelas munakahah dia sempat bergurau;
“Antum semua ambik kelas ana ni,tak perlulah pergi kursus kahwin lagi dah”. katanya ketawa kecil.
Setiap situasi dalam silibus diambil berat, hujah dikemaskan, amat berbaloi menuntut ilmu darinya.
Pada tahun ketiga Dr Asri ‘hilang’ dari kampus USM, bila ditanya, oh, kerajaan perlis (bukan kerajaan langit ;P) pinjam dia jadi Mufti.
Sejak dari itu saya dan rakan-rakan mengikuti perkembangan salah seorang guru kami itu.
Tidak taksub, cuma saya bersetuju dengan ustaz terkadang tegurannya terhadap PAS keras berbanding parti pemerintah. Ada beberapa kontroversi lagi, tapi selepas itu ditutup dengan hikmah.
Masyarakat kita dikejutkan dengan tajdid. Suasana di Jordan terbuka berbanding di Malaysia. Walaupun ada yang mengaku Syafie, jarang tahu apa yang diaplikasi adakah 100% mengikut mazhab atau mengambil pendekatan ambil yang mudah mengikut pendekatan.
Berkenaan taksub dan ilmiah itu pun saya setuju. Beliau pun ada menegaskan hal ini kepada anak muridnya.
Kami semua dok sayang kat semua ustaz dan ustazah yang kami tahu dan kenal, seperti kata Imam Nawawi,
“Aku menyintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama pada dirimu, hilanglah cinta aku padamu”.
Cinta kepada orang yang mencintai & faqih akan ilmu Allah berbanding kami.
Sekian.
ya. kami sayang ustaz kami.
salam us…kenapa ana tak dapat download album gemilang 1995 tu yek…? sangap nak dengar lagu Tetamu datarn syam ni…
profesional dalam tindakan, rasional dalam menilai
syukran ustaz atas teladan yang ditunjukkan
salam,di dataran syam kini susah nk bertemu org sebegini.hidupnya atas perbincangan ilmiah keseluruhan.
Salam ustaz,
Kadang-kadang isu sebegini sengaja diperbesarkan untuk menutup beberapa isu-isu besar “orang-orang berpengaruh” dalam negara.
p/s: sayu juga bila mengenang kisah sahabat-sahabat lama
Salam Ustaz,
Satu artikel dan gaya penulisan yang baik oleh Ustaz dalam memperkatakan tentang Dr MAZA.
Saya kurang setuju sedikit bilamana ustaz menyatakan yang golongan background sains paling ‘dahagakan’ konsep dakwah Dr MAZA.Sebagai seorang yang berlatarbelakangkang ilmu sains, saya ingin memberikan padangan (mungkin tidak 100% dipersetujui oleh Ustaz) bahawa kesemua ilmu itu sama dalam Islam, orang Sains bukanlah ‘dahagakan’ konsep ‘evidence-prove’ dalam memahami Islam, kedua2 ilmu ini tidak sama pendekatannya. Mungkin sikap orang sains yang banyak bertanyakan ‘prove and evidence – facts’ menyebabkan mereka ‘menerima konsep tajdid’. Konsep Islam itu mudah dan ‘konsep tambah-tokok’ yang menyebabkan kita keliru dengan Islam. Mungkin ada segelintir orang sains yang seakan2 ‘dahagakan’ konsep ‘evidence-prove’ ini dalam memahami Islam, namun mereka ini bukanlah ‘mewakili sikap orang sains’, mungkin mereka ini nak semuanya dalam bentuk ‘evidence-prove’ dalam memahami sesuatu – nak tunjuk ‘style scientific-mind’.
Apa2 pun Dr MAZA bukanlah ‘maksum’ – beliau juga terdedah dengan banyak kelemahan dan kesilapan, ditambah pula dengan jawatan yang pernah beliau sandang sebagai mufti.
Ya, pertembungan ‘golongan tajdid’ dan ‘golongan lama’ jika tidak diuruskan dengan baik mampu memporak-perandakan Islam dan apa yang penting walaupun ‘golongan tajdid’ mendakwa tidak bertaqlid buta, yang paling penting adalah pendekatan dakwah yang sangat fleksibel seperti mana yang pernah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat.
Walla’ulam, Allah lebih Mengetahui.
Assalammualaikum
Ana bekas anak murid ust Asri semasa menuntut ilmu di USM dahulu. Ust Asri pernah menjadi tutor ana dan beliau (masa itu) kenal ana. Ana pun takut nak ponteng kelas tutor ust asri sebab kalu anak ponteng pasti akan disindir tajam oleh ust asri.
Ana kenal benar perwatakan beliau yang lembut, lawak dan bersandarkan ilmiah. Masih ingat semasa kami berbincang tentang hukum bersentuh suami isteri sama ada batal wuduk atau tidak. Ust asri tidak memaksa kami menerima pendapat beliau yang ianya tidak batal tetapi beliau melontarkan pelbagai soalan dengan dalil yang memaksa kami untuk berfikir sendiri jawapannya berdasarkan dalil-dalil yang ada.
Ana pun pernah bekerjasama dengan Ust asri semasa sebuah NGO Islam sedang berusaha menentang gerakan Islam Liberal ketika itu dan Ust asri salah seorang yang membantu.
Ana kenal Ust Asri sebelum beliau menjadi Mufti Perlis dan wataknya sama seperti yang ustaz cerita. Namun selepas beliau menjadi Mufti Perlis, ada beberapa perubahan di dalam wataknya terutama berkaitan teguran kepada PAS. Ana pun tidak pasti mengapa Ust Asri begitu keras menegur PAS sedangakn ana difahamkan oleh sahabat ust Asri sendiri bahawa beliau adalah salah seorang pengasas PAS di Jordan dahulu.
Ana doakan Ustaz Asri tabah menghadapi dugaan, dan ana doakan beliau kembali seperti mana ana kenal semasa beliau menjadi Pensyarah di USM sebelum beliau menjadi Mufti Perlis.
Terima Kasih kepada artikel ini Ustaz Hasrizal.. Syukran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ustaz yang mulia,
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi terima kasih atas pencerahan dan pemahaman, ana hargai.
Ustaz menulis bahawa kata kuncinya ialah ILMIAH. Mungkin dalam dakwah, satu lagi kata kunci pendua yang penting ialah HIKMAH.
Membaca sejarah Pak HAMKA dalam perjuangannya di Indonesia akan memahamkan kita situasi yang berlaku kini. Dalam ketika berkhidmat membantu mangsa gempa bumi di Padang baru-baru ini, peninggalan HAMKA masih ada di sana-sini termasuk Pesantren Moderen dll. Namun bila usaha ILMIAH dan HIKMAH yang diperturunkan HAMKA tidak berkesinambungan, ana melihat (mudah-mudahan ana salah) kekontangan beragama sinonim dalam masyarakat. Masjid dan surau yang gadang-gadang (besar-besar) ada di mana-mana, akan tetapi jamaah yang megimarahkannya entah ke mana. Mungkin musibah itu nikmat bagi insan mengerti.
Seperkara lagi, tatkala kita membincangkan ILMIAH, masih ramai umat Islam di pedalaman sana (bahkan di kota) yang tidak mengerti apa itu AQIDAH, IBADAH dan AKHLAQ. Apatah lagi untuk mengerti apa itu SALAF, KHALAF, KHILAF, WAHABI, ASRIISME, ZAMIHANISME dll (maaf ustaz, ini bukan mengkelompokkan, tapi sekadar kenyataan skeptikal sinis seorang awam). Ramai yang dahaga, dan siapakah yang akan memberikan mereka minuman keimanan?
Wallahu a’lam.
@Muhtar Suhaili, Subhanallah…Bila golongan bijak pandai berselisih begini, golongan orang awam yang biasa2 sahaja ilmu agamanya jadi keliru.
Jangankan nak tahu apa itu SALAF, KHALAF, WAHABI dan sebagainya. Mungkin mendengar perkataan2 ini pun baru pertama kali, setelah kejadian ini berlaku…
salam saudara Muhtar,lama x jmpa ye,benar kata saudara,berkenaan istilah SALAF,KHALAF,WAHABI dan sebagainya,ada hkmah disebalik kejadian ni,seperti mana berlakunya 9/11,berduyun manusia mula belajar mengenai ISlam dan ramai pula yang menganutiNya.Mungkin dengan kejadian ini orang yang tidak pernah dengar istilah2 tersebut mula menelaah kitab,bertanya dan mengkaji istilah dan isu ini.Tetapi yang penting,masyarakat harus dipandaikan,tidak dengan taklid yang melampau,belajar mengetahui manhaj mengenal islam dan syariatnya..
Assalamualaikum,
Didoakan mudah-mudahan apa yang berlaku ke atas Dr. Asri akan jadi satu titik permulaan kepada pendirian yang mu’tadil yang mana (titik temunya ialah, ILMIAH.
Titik musuhnya pula ialah, TAASUB).
Barakallah fik ya aba saif..
antara tulisan ustaz yang best sekali!
assalamu’alaikum wrt. wbrt.
fahami dengan mata hati; tajamkan dengan zikr. jawapannya senantiasa ada. rasionalkan segala tindakan; jangan mudah melatah dan beremosi. diam dan perhatikan. jangan berbantah-bantah; kadang-kadang kita ingat kita tahu segalanya, tapi sebenarnya kita tidak tahu apa-apa pun SEBENARNYA mengenai sesuatu perihal itu; maka terjadilah perkara mengfitnah, menghukum dan menuduh. saranan saya, berhikmahlah dalam merasionalkan tindakan-tindakan yang bakal diambil. usah beremosi dan taasub. moga Allah melindungi Dr.MAZA dan JAIS serta pihak berkaitan; bertassamuhlah, ini penting untuk kemaslahatan masa panjang kelak.
alaways, have faith in Allah.
jika kita menjaga agama Allah, Allah akan senantiasa melindungi, menolong dan menjaga kita.
yang pastinya, orang luar akan bertepuk tangan dan suka hati.
assalamu’alaikum wrt. wbrt.
Assalamualaikum sahabat saya abg Nazri,
Semoga berada di dalam keadaan sihat walafiat & ceria sentiasa
Saya cuma perasan ustaz tidak ada memberikan statement “golongan background sains paling ‘dahagakan’ konsep dakwah Dr MAZA” … Tidak ada PALING di situ. Cuma ustaz menggunakan perkataan MELUAS. Mungkin boleh check semula artikel ustaz di atas
Betulkan saya jika saya silap.
Allahualam.
Thanks Ruzaini,
Yup maybe saya silap tafsir. But my point is the only scientist yang berfikiran ‘evidence-prove’ adalah mereka yang terbawa2 ‘scientific -mind’ dalam memamhami agama. But Islam is more than that, and the most important thing Al-Quran is not a science book. Al-Quran is more than that, and Quran is kata2 Allah and sometimes can be prove scientifically and sometimes not…
Walla’ullam. Allah Lebih Mengetahui.
Thanks atas teguran tersebut.
Assalamualaikum Ustaz,
Hakikatnya, penangkapan dan tindakan JAIS kepada Dr. Mohd Asri adalah sesuatu yang mengaibkan umat Islam di negara ini. Semalam seorang sahabat bukan Muslim saya bertanyakan soalan, “Jika Dr Asri tidak ada tauliah macam mana Astro Oasis boleh beri slot rancangan untuk dia? Saya rasa tindakan Jabatan-Jabatan Agama Islam sangat mengelirukan dan tidak membantu untuk memperbetulkan pandangan kami kepada Agama Islam itu sendiri. Kalau orang macam Dr Asri yang bagaikan antara pembimbing agama dilayan seperti penjenayah, macam manalah kami nak berminat dengan Islam?” Terkedu saya bila soalan macam ini datang. Masalah yang dibawa JAIS bukan sekadar penangkapan dan tindakan zalim terhadap seorang ulama atau pendakwah tapi ianya mencetuskan persepsi yang salah, tanda tanya dan ketakutan pada masyarakat. Saya menangis mengenangkan perkara ini kerana pada saya, JAIS sepatutnya lebih berusaha dan fokus untuk menhalang maksiat-maksiat yang lebih besar seperti penjualan arak yang berleluasa, Disko-disko yang penuh dengan pemuda-pemudi Islam, rumah-rumah “urut” dan pelbagai lagi. Namun mereka memilih untuk menghalang kegiatan dakwah dan ini sangat menyedihkan saya. Saya doakan semoga Dr. Mohd Asri dan semua pendakwah-pendakwah agar terus istiqamah dalam perjuangan ini. InsyaALLAH.
P/s : Terkenang kembali sikap JAIS kepada Tuan Guru Dr. Haron Din beberapa tahun yang lepas berkenaan dengan “Tauliah”.
Wallahu’alam..
@Mukhriz,
Tak hairan jika non-muslim boleh ckp ..”orang minum arak kena tangkap”..”orang baca Quran pun kena tangkap”…amat memalukan tindakan JAIS
Sedih dan terharu…namun banyak pengajarannya…thumb up!
salam..terima kasih atas perkongsian dan pencerahan dr Ustaz, takut rasanya bila orang agama bergaduh sesama sendiri..mgkin analogi yg sy bg ni teruk sgt[mcm antara israel dgn Saddam Hussein, seteruk2 dia, kita kena sokong dia mempertahankan Iraq berbanding Israel yg jelas Yahudi], smlm br bertanya kpd teman yg kami tahu seorang yg amat anti wahabi, dia sgt suka dgn tindakan JAIS, sehingga mengatakan Wahabi lebih bahaya dr Ahbasy,bila sy tanya siapa lbh bahaya antara wahabi dgn syiah, dia kata sama2 bahaya..coz dia menggelarkan dirinya ahli sunnah, adapaun ahbasy menurutnya asal ahli sunnah pior, cuma suka mengkafirkan org..dia boleh menerima pula ahbash mengkafirkan org berbanding “wahabi” yg dia anti tu..kdg2 ana rasa, bila taasub menguasai diri, macam2 blh jadi, antaranya dia kata, Mufti Perak akan sahkan kenyataan JAIS hr ni, takut rasanya untuk melihat sekali lagi pertembungan kaum tua vs kaum muda..mg hikmah jua yg terzahir nanti
Assalamualikum…
Salam ukhuwwah.
Tahniah atas artikel yg menarik…
Tertarik dgn persembahan n pengkisahan yg myb serampang 3 mata atau lebih..muhasabah, teguran n ilmiyyah.
Apapun…ana pun tumpang sekaki ye ust…utk sama2 muhasabah..
Sahabat..dgn realiti perjuangan semasa, yg diwarisi kepada pelajar Timur Tengah umumnya.
Marilah semua sahabat2 Fillah..samada pernah berada di bawah bumbung Al-Azhar, dari dataran syam, penjuru Masjid Nabawi utk sama2 muhasabah..
Walau dimana kita berada, di JAKIM, JAWI, YADIM atau JAIS dll..amanah dakwah jgn dilupakan. Tugas perjuangan jgn diabaikan…n kenangkan sahabat yg makan setalam n mengejar bas di hayyu asyir n hayyu sabiq utk ke medan saah…
Jgnlah sampai lupa pd amanah kita…DR MAZA n US Hasrizal hanya contoh…tp diluar sana masih ramai sahabat2 yg kdg alpa n terlupa..bahawa kita pernah berbait..berjanji setia utk mati dlm perjuangan…
wassalam..
Jundullah Tantawi
saya sedih dengan perkembangan ini. saya kadang2 risau bila tengok muslimin muslimat yang sukakan kuliah ustaz asri akan menjadi taasub. dan saya sendiri juga risau jika taasub itu hadir pada diri saya terhadap PAS dan tok guru nik aziz.
saya seperti ustaz hasrizal jugak tidak terkejut bila ustaz asri ditahan. cumanya saya tak pernah kenal ustaz asri secara peribadi tetapi hanya melalui kuliah-kuliahnya di media massa.
berkaitan tikam menikam sesama sendiri, teringat saya akan saidina Usman bin Affan “Yang Mememiliki Dua Cahaya”, mati dibunuh. walhal sifat peribadi Usman sangat lemah lembut. Siapakah yang membunuh Saidina Usman? maafkan saya jika perbandingan saidina Usman dengan ustaz asri terlalu jauh, tapi itulah yang telah berlaku.
wallahualam.
salam,
bagi saya, tak pernah saya terasa diri ini taksub bila mendengar ceramah ustaz Asri. kenapa? kerana Dr Asri selalu mengingatkan dalam ceramah beliau agar tidak taksub dengan dirinya, ataupun ulama2 lain. Antara pesanan beliau, lebih kurang berbunyi; tanyalah kepada guru, bagaimana nabi bersolat, bukan cara guru itu bersolat. Dalam erti kata lain, berusahalah untuk mengikut sunnah yg nabi tinggalkan. Apa jua pandangan yang beliau lontarkan, pasti bersandarkan hujah, nas2 dan kajian. Sebab itu, sekalipun saya jauh di Amerika utara, saya x terlepas untuk mendengar ceramah beliau di youtube. Ada yang bertanya, kenapa Dr Asri beri teguran keras terhadap PAS? keras atau tak,. tentunya ustaz asri punya jawapan sendiri. Takkan nak keras dengan UMNO saja? Bukankah teguran Nabi pun berbeza-beza mengikut audience? benar, ramai ulama2, ustaz2 di Malaysia. Pendekatan dakwah Dr Asri lain dari yg lain. Bagi saya, dr asri kerap juga menegur atau mengkritik sistem perlaksanaan Islam di Malaysia. Beliau berani berada di frontier! Dan teguran itu sememangnya ada hujah dan rasionalnya. mungkinlah agak keras,. Matanglah sikit,. takkan nak terima yang lembut saja. Kita bukan kanak2 lagi. Keras atau lembut,. yang dikritik harus melihatnya dari sudut positif. Dr Asri ni pun, bukanya selalu keras,. kadang2 lembut jugak,.ada sense of humor pula lagi. Cuma saya harap, yang bertelagah nih, duduk semeja. Bincang apa yang tak kena. Cari jalan yang terbaik. dan kalau dah berbincang, pihak berkaitan janganlah diam saja, atau buat bodoh. Nanti kena tegur dengan keras, melenting pula. maaf kalau ada terkasar kata.
@atif,
Setiap pendengar ilmu atau peminat sesuatu tokoh pasti ada yang taasub atau tidak.
Bahkan mereka menjadi musuh pada perkara yang mereka tidak ketahui.
Berbincang? Duduk semeja? Tanyalah pada para-para mufti, ahli-ahli dalaman majlis mufti dan tokoh-tokoh ilmu yang terlibat. Siapa yang hadir pada mesyuarah ijtima’ mufti, siapa yang tidak. Banyak usaha dalaman, mesyuarah yang kita tidak tahu telah berjalan. Sayangnya, ada yang selalu tidak hadir.
Allahua’lam.
Semoga ALLAH meleraikan kekusutan teknikal dan perkara yang tidak benar yang berlaku. Seperti kata Abu Saif, moga ia tidak akan makin mencederakan ummah. Bahkan, mereka yang haq menurut jalan Nabi, sahabat, tabi-tabie dan ulama salaf yang haq lagi beradab lebih patut kita ikuti.
@atif,
@alqasam
salam,
saya faham siapa yang saudara maksudkan. saya ingin bertanya semula. apakah kita akan hadir pada suatu perjumpaan yang membincangkan hal yang ntah apa2(tidak relevan). bukanlah tak hadir semua kan. yg x hadir pasti lebih tahu kenapa. kerana itu saya menyeru pihak yang tidak hadir, dan yang selalu hadir juga. apa guna kalau kehadiran penuh, tapi hasilnya.. ermm. jujurlah dalam berjuang. ketepikan kebiasaan, kerana dalam kebiasaan, mungkin ada kelemahan. cari yg terbaik utk masyarakat.
may Allah bless all of u..
@atif,
Terima kasih atas respon kalian. Diskusi seperti ini alhamdulillah membuka minda kita. Kita tak akan tahu siapa betul siapa yang salah, yang penting kita dapat pengisian ilmu yang manfaat, dan kalau tak cukup confident sesungguhnya kita perlu terus menerus menimba ilmu.
Sebab itu kita perlu bezakan antara taasub dengan kasih pada mursyid. Mungkin kita nak jadi seperti mursyid kita, nak jadi seperti telinganya, matanya dengan amalan-amalan sepertinya yang sentiasa ikhlas pada Allah taala dengan penuh istiqamah.
Jangan sebab taasub apa yang dia buat, kita mesti mengiyakan. Mereka bukanlah maasum. dan dengan itu kita masih diberi akal untuk langkah seterusnya. Hindarkan dari mengikut kata nafsu.
Bukan saya tida setuju seratus peratus dengan Ustaz Asri. Ilmunya lebih tinggi dari saya yang hanya belajar di sekolah sekular. Memang Ustaz Asri lain dari lain. Dalam seribu orang ustaz mungkin ada seorang macam ustaz Asri.
Sejak penangkapan itu dibuat, saya lihat kedua-dua belah pihak PAS dan UMNO cuba mengambil hati Ustaz Asri. Sudut itu juga boleh kita katakan lain dari yang lain.
Berbalik pada taasub, saya sedih sebab ramai golongan-golongan yang dahagakan agama terdedah kepada bahaya kesesatan akidah ini apabila tersalah pilih guru. Itu hal yang berlaku di Malaysia sekarang. pada pendapat saya, Para ilmuan agama kita mesti lebih progressif membendung masalah ini. dan kita yang daif dalam ilmu ini harus sentiasa berhati-hati semasa mendengar ceramah. Kita tak pandai nak tapis setiap apa yang disampaikan, sebab itu berhati-hati itu penting. Bila timbul isu, teruskan meminta pandangan dari ilmuan agama yang lain.
Wallahualam.
Assalamualaikum.
@Shahadan Bin Saad,
saya berusaha untuk mengaji sama ada dengan guru yang saya sepakati atau yang berlainan pembawaan dengan saya. saya akan hanya berhenti mengaji dengan seseorang apabila dalam pengajiannya dia mencaci ilmuan lain sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati. apabila mencaci menjadi sebahagian daripada silibus, apa yang terbit dari mulut bukan lagi hikmah, tetapi nafsu ammarah!
Nasyid tu ada kat youtube ka?
pls bg link, tq
my general komen, sbg layman, ya saya agak takut dgn perkembangan semasa yakni pertembungan/ konfrontasi di antara ahli2 agama.
Salam semua.
tenang setelah baca coretan ustaz…
terima kasih
Alhamdulillah,
Ustaz saya temui blog ustaz ini melalui seorang ‘responder’ dalam blog sokongan untuk Dr Maza (di pautan drmaza.com).. saya mohon izin memetik nasihat drmaza kepada ustaz dalam salah satu tulisan ustaz di atas (..jangan bertaklid. benarkanlah yang benar, hindarkalnah yang batil) untuk dikongsi dan direnungi bersaa-sama kawan-kawan di dalam blog sokongan untuk dr maza tersebut.
assalmualaikum ustaz. saya adalah peminat kepada kepada beberapa orang ustaz antaranya dr asri, ustaz hasrizal dan ustaz zaharuddin. laman blog dan buku ustaz2 ini sentiasa saya cari.dihadapan saya sekarang beberapa buku tulisan ustaz2 ini. saya amat dahagakan ilmu. saya sebenarnya terlalu sedih dengan peristiwa yang berlaku. ketiga2 ustaz termasuk terjemahan ulama2 besar banyak mengubah persepsi terhadap Islam dalam pelbagai isu. bg saya kesemua mempunyai kelebihan yang tersendiri.
JAIS ada imejnya sendiri iaitu jabatan yang boleh dikatakan mewakili kepentingan Islam.
saya amat sedih dan risau dengan apa yang berlaku. risaunya saya adalah sekiranya kebangkitan dan kesedaran islam terpukul nanti. moga Allah menjauhi perkara tersebut.
persoalan yang bermain sekarang adakah JAIS telah memikirkan masak2 sebelum mereka melakukan penangkapan. adakah mereka memikirkan tentang imej Islam.
maafkan saya kalau menyatakan imej pejabat2 agama amat buruk setelah saya berurusan dengan mereka (saya tak pasti di selangor) antaranya tidak menepati masa dan tidak mesra pelanggan.
adakah dengan ini saya mampu mempertahankan pejabat dan jabatan agama????
Byknya nya Mehnah dan Tribulasi seotang pejuang kan.. saya berdoa kebenaran akan Bersinar Jua akhirnya..
Rasa sayu membaca tulisan ini.
salam,
air mata sejuk basah mengalir.. Teruskan perjuangan Utsaz Asri, Ustaz Hasrizal.. Kami pemuda bersama mendokong kebenaran….Allahu Kabar..
Marilah sama-sama kita tutupkan fitnah ini..
* Allahu Akbar
….Saya adalah antara ramai yang senang dgn cara dakwah Ustaz Hasrizal,Asri dan Zaharuddin…
…Dan ini satu takdir yang pasti ada rahsianya untuk kita sama-sama fikirkan bersama…
….Ada silapnya pada pihak sana, tapi
pihak sebelah sinipun pasti ada pembelajarannya.Kita sama2 berusaha hendak menegakkan sunnah Rasulullah tetapi uslub dakwahnya adakah kita mengikut Baginda….atau lebih kepada sahabat seperti Abu Dzar…yang keras dan emosi.
…Bila ada yang terguris beginilah jadinya…Kita tidak sedar kita ingin menegakkan kebenaran tetapi ada jiwa yang terluka ,rasa diaibkan.Sedangkan Rasulullah sgt menjaga aib orang lain….
….Maaflah, sy seperti sahabat yang lain,yang sangat menyokong perjuangan ustaz bertiga tetapi ada perkara yang boleh kita perbaiki .Memang masyarakat yang tidak tahu tidak ada masalah apa-apa, Masyarakat yang mengatahui inilah perlu kita jaga,seperti menarik rambut dari tepung
-deleted-
Hampir menitis airmata saya membaca artikel al-fadhil Ustaz Hasrizal. Sebagai orang yang berada di luar gelanggang kontroversi penangkapan Ustaz Asri, saya tidak berani memberi komen bila ditanya rakan, bimbang tidak menepati apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Moga Allah swt kurniakan kita jalan keluar yang baik…
saya menangis kerana insiden ini. bukan kerana dr.asri kena tahan tp sbb keliru yg melampau..
andai saya sendiri yg keliru, bagaimana pula dgn non-muslim?
Teman rasa nyaman…
Terima kasih atas perkongsian saudara Hasrizal (Ustaz Hasrizal) dalam isu muktahir ini.
Alhamdulillah ustaz..
Antara manusia yang mengubah saya adalah Dr Asri.Saya sering mengikuti kuliyahnya di Lembah Kelang…
Kuliyyah ustaz Hasrizal juga sering saya dampingi.Suka pendekatan ustaz..banyak belajar daripadanya..
Moga kalian berdua terus memacu dakwah Islam di Malaysia..
Amiin..
Assalamualaikum ya ustaz
Catatan kisah di bumi Urdun ustaz kali ini sekurang-kurang memberi pencerahan kepada orang yang tidak mengenali ustaz Asri dari dekat.
Ana sendiri ,junior yang pernah menjadi “orang us.Asri “suatu ketika dahulu merasa kecewa dengan apa yang telah berlaku beberapa hari yang lepas.Pada ana , sesekali mungkin berbeda pandangan dengan beliau seperti dalam isu tangkapan khalwat , isu salam kepada non muslim dan sikap beliau terhadap ulama pondok.
-deleted part-
Salam…
…Rehat sekejap dari melunaskan asingment titas.Ayat yang saya tertarik melalui ruangan komen rakan-rakan di sini adalah “Perbezaaan pendapat itu perlu diurus dengan sebaik-baiknya”. ANDAI SEMUA TAHU…Sedikit sebak dihati
Sekadar mahu menambah fakta. Setakat yang saya ingat, far’i syariah di Univ of Jordan dimansuhkan pada sesi pengajian 1991/92 yakni batch Ustaz Erfino Johari. Batch Ustaz Asri merupakan batch terakhir yang dapat membuat far’i (minor) syariah. Ustaz Asri pernah sekelas dengan saya di Kuliyyah Syariah dalam maddah (subjek) al-Hadyu al-Nabawi.
Meskipun begitu, batch yang tidak dapat mendaftar maddah tetap juga menghadiri kuliyyah di Fakulti Syariah sebagai mustami’ sahaja. Golongan pecinta ilmu ini mengutip ilmu di mana sahaja walaupun tidak mendaftar secara formal.
Wallahua’lam.
Sedikit pembetulan. Batch pertama yang tidak dapat minoring syariah bukan Ustaz Erfino, tapi batch Ustaz Khairudin Takiri, Dr. Azhar Yaakob dan Ustaz Rasyid. Seingatnya, pihak universiti dah bersedia mengecualikan batch pelajar Malaysia itu dari qarar baru yang memansuhkan minor syariah dengan syarat mendapat sokongan pihak kedutaan. Namun ia tidak disokong, jadilah generasi itu dan seterusnya dengan takhassus munfarid Bahasa dan Sastera Arab.
PERTEMUAN GERAKAN TAJDID + ISLAM LIBERAL. Yup, setuju, satu titik pertemuan yang ada sedikit persamaan (dalam menentang fahaman lama & tradisional) but banyak yang tak sama.
But, MAZA approach (if I’m not wrong) adalah try to dekati group liberal ini and identify why mereka persoalkan hukum Islam, which is not many scholar Islam yang try this methodology (kalau tak silap saya, kalau silap harap maaf). And he believe by doing this, it might help us to understand why mereka ‘liberal dalam agama’, and most of diaorang punya pertikaian is more on kes talak, faraid, and sometimes yang berkaitan dengan aqidah. If we are not try to dekati mereka, then mereka maybe hanyut dengan ‘kesalahfahaman dalam Islam’. But, saya agree dengan ‘kerisauan’ Ustaz, this approach must be done properly and nicely, otherwise, benda lain pulak jadi…
And some ‘fanatik’ punya pengikut Tajdid ini juga merupakan masalah yang menunggu masa utk ‘meletup’. Some of young generation terlalu ‘taksub’ and seems like ‘bertaqlid buta’ dengan approach MAZA, walaupun tak ramai, but this kind of group ‘agak bahaya’.
Melampau dalam apa2 jua memang tak digalakkan dalam Islam and one of the purpose Islam diturunkan adalah menghapuskan style ‘melampau’ ini, and back to the early history of Islam, Nabi s.a.w berdakwah utk menghapuskan sistem ‘melampau’ dalam berkabilah (berpuak2 dalam masyarakat Quraisy) – and kalau this young generation yang ‘melampau’ taksub dengan ideologi Tajdid, then boleh merosakkan suasana harmoni dalam mempelajari Islam. We need to hormat and respect all other method selagi tak terkeluar dalam pendapat tokoh2 Islam, and to make people understand and agree with some of tajdid’s approach needs time and space….It’s not easy to change people mentality especially dalam method beribadat, pasal most of us dah practise benda ni berkurun lama….
Apa yang penting jangan ‘melampau’ dalam beragama…
Sekadar pandangan…maybe dipersetujui and maybe tidak..
Allah Lebih Mengetahui…
Salam,
Semalam menjengah web us Zaharuddin,melegakan sedikit keresahan. Hari ini umum lebih mengenal Us Asri melalui pengkisahan Us Hasrizal. Masyarakat memang suka menghukum tanpa meneliti. Semoga perbalahan ini dapat ditangani secara berhikmah.
atas doa yang sama, perjuangan yang sama,cinta dan tujuan yang sama .. Umat ini memerlukan anda semua. Moga sentiasa dalam lindunganNYA
Salam,
Khusyuk saya membaca. Khilaf itu ada kerana manusia itu dinamik. Kdg2 terlanjur, kdg2 terundur.
Yg penting, asasnya sama, kebenaran.
emm..ustad Asri teruskn perjuangan ,sememangnya itulah kebenarannya bila kita yakin berada di pihak yang benar,kerana nabi di utuskan bkn untuk mencari populariti dan penguasaan tapi semata-mata kerana memacu manusia ke arah ke REDHANYA. Wasalam. Takbir!
Salam,
Tak berapa nak faham la ustaz entri kali ni, agaknya pengetahuan sy berkaitan fahaman2 dan perkembangan semasa ni cetek mungkin. Apapun, terima kasih atas perkongsian dan pandangan..
berjuang menempah susah
mengharung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid membela tauhid
salam ust. memang best pengkisahan ini. tidak dinamakan perjuangan jika tidak diuji. HAMKA, Syed Qutb, dan ramai lagi diuji keimanannya. dulu DSAI, ujian syeikh.ana fikir ini sikit je berbanding dgn DSAI dulu. ini satu negeri je. DSAI dulu satu negara. fikir-fikirkanlah.
assalamualaiku..mohon izin ustaz utk link kan post ni dalam facebook saya utk perkongsian dengan sahabat2 lain..syukran..
minta izin link ke facebook saya.. terima kasih
Assalamualaikum wbt. Us.,
I love your approach,your style and the manner you write the article. Alhamdulillah! It’s refreshing and a lot
of insights as to who Dr MAZA is,how your Jordan Uni conduct their classes,the life as student in Jordan.
And pardon me, i never knew that there’s the wintery cold wind in Jordan!
Masha Allah!, Dr MAZA could still depart
an ilmiah teguran in such situation. May Allah has mercy on him and us all, Allahuma Ameen!
Saya yakin that there will be a momentous and huge reengineering and overhaul of the Islamic management system in the country after this.Insya Allah! I pray that i would still be
alive to see it. Allah is the best planner and he knoweth best what is for us all. You call it Rahmat, right?
Man can only plan 99%, never 100%! Simply because the 1% (one percent)
belongs to Allah. The 1% is enough
for Allah to veto or Kun Fayakun!
This, i believe is the Islamic arithmetic. God’s mathematic is beyond me and you. Nevertheless, man almost always seems to forget that in that
99%, Man and Muslim’s greatest enemy, Iblis, has a part in it. I ask for God’s
protection from Iblis. But lest we forgot, it is Iblis that caused two(2)
Nabi to be admonished from heaven!
And today we saw how Iblis again has
suceeded (thus far) in causing the
dissensions among us muslims -by Dr MAZA’s ditahan or di tangkap! The causes and/or effects to it is just
part of the 99% equation. Allah has just chosen Dr Asri (MAZA) – can we accept that Dr MAZA is a part in
Allah’s 1%(one percent)?!. You and me will need Time and how poignant that
Time in AlQuran is best equated by Allah in Surah “Wal Asri.” Is it just
a coincidence?!
Jazakallah khair, Barakallah hufikum, Insya Allah!
need
Assalamualaikum….
Artikel yang ditulis Ust. Hasrizal ni sangan mengusik jiwa. Itu tandanya cerita yang dikongsikan itu datangnya dari benak fikiran bukannya dari sumber lain seperti diari.
Sedikit persoalan….??
Bukankah bagi orang awam itu layak untuk bertaklid sahaja. Tidak perlu bagi mereka untuk berdalil? Faham saya taklid orang awam yang sudah zaman berzaman itu tidak perlu diganggu gugat lagi. Pening dibuatnya nanti. Kalau hendak bertajdid mungkin memakan masa yang lama dan orang yang layak ialah orang yang benar-benar faham tentang selok belok ilmu. Apa yang diamalkan oleh orang awam itu teruskan sahaja. Jangan dipersalahkan pula.(ini adalah respon pada kata-kata Ust :”Dakwah Ustaz Asri juga meluas di kalangan profesional kerana apa yang dikemukakannya sangat bertepatan dengan orientasi kelompok profesional yang datang daripada latar belakang pengajian Sains yang berorientasikan bukti. Jika dalam pekerjaan mereka, kelompok ini sangat evidence based oriented, sudah tentu mereka mahukan benda yang sama dalam soal beragama”).Jadi simpulnya ialah hujjah sesuai untuk orang berilmu dan tradisi biar dipegang oleh orang awam kerana yang dipegang orang awam itu turun temurun dari ulama yang lebih dekat zamannya dengan Nabi berbanding zaman kita-sekadar lontaran buah fikiran dan harap dikongsi.
@memerhati,
Antara yang mendengar dan memerhatikan saya lebih kepada orang yang memerhatikan. Jangan buat kesimpulan jika kita hanya mendengar cerita dari satu pihak.Lebih baik saudara yang mendengar mengkaji terlebih dahulu.
salam…..
xsangka abg cik rapat dengan ust asri….kewujudan pemikiran yang dilontarkan oleh beliau selama ni banyak bertentangan dengan adat beragama orang melayu yang dah lama diguna pakai….maka makin bercelarulah jadinya…. lebih2 lagi kita ni suka sangat buat benda2 yang kecil(yang ada khilaf ulama mengenainya) berbanding persoalan2 agama yang lebih besar dan yang patut diperjuangkan…jazakallah
terima kasih atas artikel ini…
rigkas,berhikmah
padat berhemah!
bagaiman pula komen dari doc ni..katanya beliau sezaman dgn Dr MAZA di jordan..bleh baca kat sini http://drasmadinet.blogspot.com/2009_09_01_archive.html
Biduk berlalu Kiambang bertaut.
Assalamualaikum…
Secara jujurnya,saya berhenti membaca blog ni dulu sbb pandangan ustaz yg lebih ke arah salaf wahabi.. ditaqdirkan Allah buka hati nk baca bila terpapar wajah Ustaz Asri.. saya kagumi Ustaz Asri dr segi perbincangannya berlapikkan hujah Al-Quran n Hadith,. w/pon kdg2 bercanggah dgn apa yg sepatutnya..
Jazakallahukahir atas post ni,buka minda.. Moga2 Allah mrahmati Ustaz Asri
@Syukri, secara jujurnya, tidak semua tulisan akan memuaskan hati pembaca. kalau kerana nak memuaskan hati anda dan meminta anda membaca, maka perlukah Ustaz Hasrizal tulis segala tulisan yg hanya memuaskan hati anda. jadi, tak perlulah tulis anda berhenti membaca ke, nak membaca ke. itu hak pembaca. ustaz hasrizal tak pernah paksa anda baca dan terima pandangan dia.
@Nawawi Serdang,
secara jujurnya, komen seperti ‘nawawi sedang’lah yang pernah menyebabkan saya tidak singgah ke blog saifulislam ini pada satu ketika dahulu..
Lebih sudu dari kuah.
Terima kasih Umm Hanan. Pada batch kami itu…Ustaz Azhar Yaakob, Ustaz Rasyid Idris dan lain-lain, kedutaan Malaysia belum wujud.
Iya.. ia antara batch Ustaz Erfino dan batch saya. Namun fakta penting di sini ialah batch Ustaz Asri memang boleh buat far’i Syariah.
Seperkara lagi, batch yang tidak dapat daftar maddah syariah tidak sepatutnya ilmu mereka dinafikan begitu saja. Mereka hadir kuliyah syariah di Fakulti Syariah secara rutin, mereka talaqqi kitab di hadapan para doktor dan ulama besar Jordan dan Syria…cuma mereka tidak dapat ambil imtihan dan markah mereka tidak dimasukkan dalam sijil sahaja.
ASSALAMUALAIKUM WBT.
SAYA MOHON MAAF DARIPADA SEMUA SAHABAT YANG KOMENNYA DIPADAMKAN.
ARTIKEL INI BUKAN ARTIKEL YANG MENJUSTIFIKASIKAN APA YANG BETUL APA YANG SALAH, DAN JAUH SEKALI DARIPADA MEMBAHASKAN TENTANG IDEA. IA ADALAH SEBUAH CATATAN DI LUAR KOTAK YANG DI DALAMNYA SAYA SEIMBANGKAN ANTARA KRITIKAN, SARANAN, SOKONGAN, BANTAHAN DARIPADA PERSPEKTIF SEORANG SAHABAT.
IA BUKAN PERSETUJUAN.
IA JUGA BUKAN BANTAHAN.
IA HANYALAH BICARA PERIBADI YANG DIKONGSIKAN UNTUK MENJERNIHKAN SUASANA.
TIDAK PERLU DIHERET BENDA-BENDA YANG BANYAK DIBICARAKAN DI LUAR SANA TETAPI TIDAK DISENTUH DI SINI. BUKAN KERANA SAYA TIDAK TAHU ATAU TIDAK MAHU MENGAMBIL TAHU, TETAPI CUKUPLAH DENGAN APA YANG ADA DI LUAR SANA. SETIAP KALI KITA MEMBERIKAN KOMEN, JANGAN LUAHKAN APA YANG SEDANG MENGUASAI FIKIRAN, TETAPI FOKUSKAN KEPADA APA YANG DIFOKUSKAN OLEH ARTIKEL. BOLEH JADI ARTIKEL ITU SEDANG BERCAKAP TENTANG SESUATU YANG BERBEZA DARIPADA PRE CONCEIVE IDEA YANG ADA DI MINDA KITA TENTANG SATU-SATU ISU.
SAYA AKAN TERUS MEMADAM KOMEN YANG TIDAK BERKENAAN KERANA ITU LATIHAN GURU-GURU KITA SEMENJAK DI AWAL PERSEKOLAHAN. JAWAB DI LUAR SOALAN, WALAU SEHEBAT MANA JAWAPAN DIBERI, TETAPI DIPANGKAH SALAH KERANA GAGAL MENYELESAIKAN SYARAT AWALNYA IAITU, MEMAHAMI SOALAN (DAN PERSOALAN).
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN SEMUA, TERUTAMA YANG MEMURNIKAN POINT SAYA YANG MUNGKIN KURANG TEPAT DARIPADA ASPEK SISTEM PENGAJIAN DI UNIVERSITY OF JORDAN. PERJALANAN MASA YANG PANJANG MEMANG MENCABAR KITA UNTUK MENARIK BALIK INGATAN KELUAR DARIPADA LIPATAN MEMORI.
TERIMA KASIH.
@Abu Saif,
patutlah komen saya kena padam hehe,..sebab saya melihat persoalan yang ditimbulkan dari sudut yang lain.
thnks for the reminder ustaz.
saya berdoa, DR MAZA akan terus mengemudi arus perubahan ini di frontline. we need people like him. and of course we need other organizations too. jangan taksub, berfikirlah dgn waras dan berlandas hujas & nas.
salam
saya bukanlah ‘PRO Ust Asri’ lebih2 lagi ketika beliau menjadi mufti dahulu.tapi selepas membaca entri ustaz kali ni..apa yang terintas adalah “sayang sekali kerana tidak berpeluang untuk menjadi salah seorang anak muridnya ketika mengaji di USM”
@amyamirah,
memang rugi kalau tak sempat menuntut dengan Dr Asri kalau dah ada di USM, tapi tersangatlah RUGI kalau
1. menuntut hanya dengan Dr Asri.
2. masjid-masjid di sekitar penang, seperti di Taman Brown, Sungai Dua, Gelugor, Jelutong, yang kuliahnya penuh tiap-tiap malam, kurang dihadiri.
Dr Asri pun ada mengajar disalah satu masjid disitu, tapi ustaz lain yang lebih arif dalam bidangnya pun ada. Bak kata orang tua ASTRO
“Macam-macam ada~”.
Terima kasih atas penjelasan Ustaz.
Assalamualaikum …
Membaca artikel yang Ust. Hasrizal tulis ini, mengundang saya satu lagi pertanyaan dan persoalqan …
Mengapakah yang graduan-graduan yang balik Jordan inilah yang keilmuan mereka menimbulkan fitnah dalam masyarakat?
Ana tak kata mereka tidak betul. Manhaj di Jordan ini ana puji dan kagum. Keilmuan mereka ini ana pun rfespect habis.
Graduan yang pergi mendalami ilmu di India dan Pakistan juga mendalami hadis dan sunnah. Tapi , awat (kenapa) mereka balik tak timbulkan masalah macam grad-grad Jordan ini?
Yang balik Mesir, balik Maghrib dan Yaman pun tak pun terpalit dengan “fitnah” ini.
Ingatlah …. ana tak kata yang sesetengah grad jordan ini yang timbulkan fitnah …. maksud ana ialah seolah-olah ana nampak apa yang berlaku dalam kes penamgkapan MAZA ini adalah rentetan dari “unfinished business” sejak di Jordan lagi.
Wahai teman dan rakan-rakan …. yang memegang amanah ilmu agama …. apa kita nak jawab waktu mengadap Allah nanti …
Akhir kata …. berilmu biarlah berhikmah. Berhikmah biarlah dengan berilmu. Sila lah baca buku Talbisul Iblis – Belitan Iblis oleh Inbu Jauzi.
Ini lah BELITAN IBLIS kepada orang yang ada ilmu.
Sekian
MOHAMAD SOFI
SK Seri Indra
Kangar Perlis.
Salam,
Mereka tidak menimbulkan fitnah, orang yang berakal dan memahami Al-Quran tahu akan larangan fitnah.
Maka akan timbul persoalan, kalau begitu dari mana datangnya fitnah?
Jawapannya, mereka yang jahil dan menutup kebenaran akan lebih mudah dipengaruhi syaitan dan hawa nafsu untuk menyebarkan fitnah.
@sOFIYS,
generalization ini tidak sesuai. jika ustaz jordan yang dimaksudkan itu ialah dr. asri dan ustaz zamihan al-ghari, maka itu hanya DUA daripada ribuan graduan Jordan. Lebih penting, kedua-duanya belajar di universiti yang berlainan, pengkhususan yang berlainan, dan tidak pernah bertemu di Jordan malah hidup di ‘dua zaman’ yang berbeza.
Tidak elok menimbulkan isu ini kerana ia akan tambah mengeruhkan keadaan.
Assalamulaikum.
Dakwaan sijil palsu Dr Asri. Ana terkejut dan tak percaya. Tai cuba la selongkar di website Universiti Of Jordan. Tapi memang tiada kuliah yang ditunjukkan dalam sijil Dr Asri. “Kuliah Al Adab/Syariah Islamiah”.
Yang ada Kuliah Syariah (islamic studies). Ntahlah, ana pun tak tahu. Sebaba tak pernah ke sana.
@Ibnu Ali,
Ustaz Asri graduate tahun 1995 dan sekarang tahun 2009. Menyemak halaman web University of Jordan, bukanlah cara terbaik untuk mencari jawapan. Salinan degree beliau ada blognya drmaza.com, rujuklah di situ, Insya Allah.
Antara masalah yang wujud di medan dakwah ialah sifat hasad dan cubaan meraih populariti mengatasi niat keihklasan dalam dakwah itu sendiri.
ilmu vs jahil,,
dalil vs taqlid,,
ikhlas vs syirik,,
iman vs kufur
semoga kita semua mendapat taufiq Allah. syukran Ust Hasrizal kerana kepedulian Ust dengan Isu ini.
“LAU KAANA BIL’ILMI DUUNA AT-TUQA SYARAFUN” “LAKAANA ASYRAFU KHALQILLAHI IBLIS” “LA AQUULU INNAL GHOLATHO SAHWON JARAA BIHIL QALAM,BAL ‘A’TARIFU BI ANNAMA AJHALU AKSARU MIMMA ‘A’LAM” minta jasa baik ust terjemah dua syair arab ni dlm bahasa melayu yg indah syukran
tahniah dan terima kasih ustaz di atas posting kali ini. nmpknye kes tbaru ni pn dah selesai,jadi saya harap umat islam di malaysia ini kembali bersatu,jgn asyik bergaduh berpecah belah. buang yg keruh ambil yg jernih.
@man, Saudara Man, ketahuilah berapa byk da’i/ustaz2 yg memohon tauliah tetapi dinafikan tauliah oleh JAIS. mereka yang memohon itu berkelulusan tinggi, malah menjadi pensyarah di universiti2, disegani diluar Negara. Malangnya jika pemberi tauliah berkelulusan lebih lebih rendah dari yang memohon tauliah maka ini jadinya..hadis itu ini tak pernah dengar, bila tak pernah dengar, maka mula melabelkan ustaz2 ini dgn berbagai label..
setuju dgn silent reader.
1. Pada kedua-dua pihak yang bertelingkah, bukankah setiap permasalahan, jawapannya ada pada quran dan hadis ? Mesti ada jawapannya disana.
2. Bukankah rujukan mereka yang bertelagah itu Rasululah ? Tapi bila berhadapan dalam hal begini, adakah cara menanganinya mengambil sunnah ?
3. Lihatlah sunnah dalam konteks yang lebih besar. Janganlah umpamanya kita ambil sunnah bab qunut atau bab tarawih saja (contoh sahaja), sehingga terjejas silaturrahim pada mempertahankan kaifiat ibadat sunat. Sunnahkah begitu ?
Alhamdulillah ustaz. i got something from tis article. terlepas rindu untuk membaca saiful islam selepas sekian lama. ntah knp laman ni dblock oleh uitm.katanya krn ada mp3 download. ntahlah… tapi hikmah di sebaliknya saya amat menghargai artikel ini. moga Allah memberkati usaha ustaz.
sekadar menambah. mohon perlindungan Allah moga kata2 ini tidak dipacu oleh bisikan syitan dan dorongan nafsu semata. membaca kisah ustaz asri yang memberikan teguran yang agak keras kepada perjuangan pas dan lebih lembut kepada bn, saya teringat kisah sendiri. dalam saya dididik oleh emak dan ayah seringkali saya terasa teguran yang mereka berikan amat tajam buat diri ini. seringkali tertanya adilkah mereka? pernah sekali tindakan ayah cukup bersahaja dan amat lembut menangani kerenah anaknya yang lain yang bagiku agak keterlaluan. namun tetap bersangka baik jika api ditambah minyak pasti akan marak. malam ini aku bersembang dengan emak dan dia mengiakan kata2ku. teguran kepadaku lebih pedas dan keras. tapi bukan atas kapasiti kesalahan tetapi kerana setiap orang itu pendekatannya berbeza.Tidak dapat tidak aku mengiyakan kata2 emak.
assalamualaikum wbt!
berdiam diri itu lebih baik dari banyak cakap! banyak cakap banyak dosa. semakin tinggi ilmu kita sepatutnya semakin kita merendahkan diri kepada Allah!..wallahualam
harap ~hansac~ dapat faham,sbb perbincangan ni dah byk kt blgo2 lain,yahoo groups,ect.. jgn bawa masalah agama ke pemikiran org awam yg jahil(w/pon x mengaku jahil) .. saya sedia comment saya dipadam ..Wallahua’lam
ana cuma concern yg isu-isu ini akan mengelirukan orang awam. informasi amat banyak dan pantas sampai kpd kita. kefahaman pula perlahan. beginilah zaman fitnah ya, ustaz.
salam ustaz. indah bahasa yang ustaz gunakan. betapa sekarang disebabkan perkara beginilah kita tgk diuniversiti dan kampus, lantaran masing masing berada taksub sendiri saling berhujah padahal semua mengaku berjuang islam. indah andai kita berlapang dada atas pandangan dan kritikan
Jzkk. MasyaAllah. Posting yang begitu menarik. Semoga Tuan dan keluarga dirahmati Allah.
salam,sebagai seorang awam,jujur kata saya sangat pening dengan pertelingkahan orang agama.patutla ramai yang taknak ikut,tanya orang ni betul,tanya orang tu pulak salah.habis siapa yang saya nak ikut?betul kita kena ikut al-Quran dan Sunnah tapi kalau semuanya dipertikaikan,ape yang tinggal.kami tak belajar syariah secara rasmi,malah ilmu tauhid pun tak khatam lagi.bagi saya,cukuplah ALLAH dan Rasul sebagai panduan,tetapi mengenangkan kata2 kawan saya dulu,’kat akhirat nanti kita akan ikut ulama yang kita pegang didunia.habis,kalau semua bertelagah,A kata b,B bidas balik,kami nak ikut apa?orang yang baru dapat hidayah,yang baru nak mendalami agama,tak kesian ke dengan mereka?bukan nak meluahkan perasaan tapi nak membuka mata semua.saya dah baca blog ustaz,dah baca blog ustaz zamihan.tapi hakikatnya saya tak mampu nak mentafsir semua.nak belajar AQIDAH bukan hanya membaca,tapi perlukan guru,salah guru,susah! pandangan dari seorang remaja berusia 19 tahun.
@yang pening, ilmu x ikut umur dik.
ambo yg dah 30+ ni pun pening dik.. tp kita usaha la cari yg selagi mampu.
Saya merupakan seorang lulusan Usuluddin dari Al al-Bayt University, Jordan. Kalau mengikut Ust. Hasrizal, Dr. Asri mempunyai minor Syariah, tapi adakah dengan minor syariah itu beliau layak untuk menjawat jawatan mufti dan memberi fatwa?
Sebagai seorang pelajar yang turut belajar beberapa mata pelajaran usul fiqh, jelaslah pada saya bahawa tidak semestinya saya belajar agama maka saya layak untuk memberi fatwa. Tambahan pula saya dalam bidang yang tidak diberi pengkhususan dalam bidang hukum dan fatwa.
Sekiranya tidak keberatan, saya ingin memohon agar transkrip subjek-subjek syariah yang diambil Dr. Asri dibentangkan agar kami boleh meneliti benarkah beliau layak dari sudut sijilnya untuk menjadi mufti kerana pada pandangan saya yang dangkal ini ada beberapa pandangan yang dikemukakan oleh beliau agak jauh dari beberapa prinsip fiqh yang diketengahkan oleh ulama Islam sebelum beliau.
apalah sangat yang ada pada first degree, kalau catatan atas kertas itu sahaja yang mahu dinilai…
@Abu Saif,
Mungkinkah di sana ada titik punca yang boleh meleraikan kekusutan?
Wallahu a’lam.
@Hamzah, Saudara Hamzah, tak nak minta transkrip mufti2 yang lain ke utk anda nilai layak atau tidak mereka jadi mufti pada nilaian anda.
boleh bagi transkrip anda pada sy, nak juga sy menilai anda cara saya..maklum saya pun first degree juga…
@shamy,
Saya bertanya kepada salah seorang pensyarah saya dari Iraq, Dr. Laith Su’ud Jathim, sekiranya kita tidak mempunyai kelulusan yang rasmi dalam bidang fatwa dan hukum, bolehkah fatwa dan hukum yang kita beri diterima?
Kata beliau: Boleh, tapi ada syarat. Syaratnya ialah, ilmunya dalam fiqh dan usul fiqh dan sewaktu dengannya untuk memberi fatwa dan hukum diiktiraf oleh ulama-ulama yang pakar dalam bidang ilmu terbabit.
Soalan pertama: Adakah ilmu Dr. Asri dalam bidang berkaitan diiktiraf oleh ulama-ulama fiqh di Malaysia?
Soalan kedua: Adakah beliau mempunyai kelayakan di atas kertasnya yang cukup untuk diberikan ahliah ifta’?
Soalan ketiga: Adakah minor syari’ah cukup untuk memberikan seorang itu ahliah dalam memberikan fatwa?
Kalaulah di dalam minor beliau ada subjek seperti Usul Fiqh, Qawa’id Fiqhiyyah, Ijtihad, Maqasid Syar’iyyah, Ahadith Ahkam, Tafsir Ayat Ahkam, Ta’wil Mukhtalaf Hadith, Fiqh Ibadat, Fiqh Zakat, dan sebagainya, maka saya tidak ragu-ragu untuk mengiktiraf kelayakannya untuk memberi fatwa dan hukum.
Saya sudah terangkan, bidang saya bukan fiqh, dan saya tidak mampu untuk menilai Dr. Asri. Sekurang-kurangnya apabila subjek-subjek yang diambil beliau dipersembahkan kepada umum, maka orang-orang yang mahir dan pakar boleh menilai dari sudut sijilnya, adakah beliau mampu untuk memikul tangung jawab itu. Sebab itu saya sebut: “agar kami boleh meneliti”, bukan saya seorang sahaja.
Degree saya Usuluddin, master saya dalam bidang hadith. Di UIA (Master) kami ada belajar subjek Mabahith fil Ijtihad wal Ifta’. Telah digariskan oleh ulama terdahulu termasuk Imam Ahmad, Ibn Taimiyyah, Ibn Jauzi, dan sebagainya tentang syarat-syarat untuk menjadi mujtahid dan mufti. Saya tidak mahu dan tidak layak mempertikaikan keahlian Dr. Asri, saya cuma ada sedikit kekeliruan yang diharap mampu dijelaskan.
Ampun maaf andai disalah anggap. Ilmu agama merupakan ilmu yang menentukan kita di syurga atau neraka, sebab itu ulama selalu mengelak untuk bercakap masalah halal dan haram, hanya apabila perlu.
Disebut oleh seorang pensyarah saya di Jordan, Dr. Muhammad Nuh al-Qudhah: Berapa ramaikah jumlah sahabat? Berpuluh ribu andai tidak beratus ribu. Berapa ramaikah yang ada keahlian berijtihad? 17 orang. Berapa ramaikah yang memberi hukum dan fatwa kepada orang ramai? Empat orang, yang dikenali sebagai Al-’Abadilah yang empat.
Wallahu a’lam.
@Hamzah,
Mungkin adilnya ialah SEMUA mufti di semua negeri di Malaysia perlu diaudit ijazah mereka untuk ditentukan kelayakan mereka menjawat jawatan mufti. Johor, N.Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, oh ye Melaka, Sarawak dan Sabah. Mahu juga diketahui berapa ramai yang berkeahlian ijtihad di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan tu.
Saya sangat ingin tahu apa hasilnya.
@Yasin,
If Selangor’s PR try to come clean with the properties of their excos, why don’t the muftis try to come clean with their education backgroud?
We entrust our syurga and neraka upon them, don’t you think we have a vote on that?
That’s what I’m hoping for in the long term. Start with a tiny step, insya-Allah we will get a fully qualified line of muftis in the future, not just some so-called ustaz with big cable, biiznillah.
P/S: Will you trust an ustaz that read a lot of med textbooks but never have formal education in medicine to tell you what is wrong with you when you are sick?
If life and death question matters to you, what about halal and haram that will put you into heaven or hell eternally?
Wallahu a’lam.
@Hamzah, saudara hamzah, kenapa x minta transkrip peuang-pejuang islam yang tidak mempelajari islam secara FORMAL seperti saudara. tentu saudara mengenali mereka kan. cari mereka dan minta transkrip itu. maybe saudara akan jumpa yang berkelulusan jurutera, doktor dsb.so saudar nak cakap apa masa tu?
@Fauzan,
Saudara Fauzan,
Apakah bezanya antaranya orang yang memperjuangkan Islam dan memberi fatwa serta hukum?
Adakah saudara rasa Dr. Danial Zainal Abidin, Dr. Fadzilah Kamsah, Kapt. Hafiz Firdaus layak dari sudut keahliannya dan ilmunya untuk menjawat jawatan mufti?
Pelantikan Syeikh Tantawi sebagai Syeikhul Azhar mendapat tentangan pelbagai pihak, terutama sekali ulama-ulama Mesir. Antara yang dipersoalkan ialah, walaupun dalam ilmunya dalam bidang agama, tetapi bidang pengkhususannya bukanlah Fiqh sepertimana yang dituntut oleh jawatan mufti dan pengeluar hukum, kerana itulah bidang tugas seorang Syeikhul Azhar.
Kalaulah Dr. Danial dan Kapt. Hafiz Firdaus dilantik sebagai mufti, saya akan bertanyakan soalan yang sama, dari manakah beliau mengambil ilmu fiqhnya?
Kapt. Hafiz Firdaus banyak menulis buku-buku agama, adakah itu tiket yang membolehkannya menjawat jawatan mufti dan mengeluarkan hukum? Dr. Danial menghuraikan al-Quran dan hadis menurut sains, adakah itu melayakkannya mengeluarkan hukum?
Pensyarah Fiqh kami di Jordan, Dr. ‘Amush pernah menyebut: PhD dalam bidang fiqh bukanlah jaminan bahawa seorang itu mempunyai keahlian untuk berijtihad. Itu PhD dalam bidang fiqh, kalau hadith? Layakkah beliau untuk berijtihad dan berfatwa sedangkan itu bukan bidang beliau?
Sebab itulah, antara usaha saya sendiri untuk menghilangkan keraguan di hati saya, dan teman-teman yang sama-sama mendalami ilmu fiqh sedikit sebanyak, saya kemukakan cadangan ini untuk melihat transkrip subjek Dr. Asri agar itu boleh jadi bukti untuk saya bawa berbincang dengan teman-teman saya yang mahir agar kami boleh thiqah pada ilmu fiqh beliau.
Wallahu a’lam.
assalammualaikum
beberapa persoalan dalam diri saya terjawab bila membaca entri ini
terima kasih
Assalamaualaikum,
Di dalam kes Dr. MAZA dan JAIS sekarang ini, hendaklah kita tidak memberati dalam menyokong mana mana pihak secara sembrono. Kedua dua pihak ada yang betul dan ada yang salah. Jadilah kita orang yang adil.
Berkaitan tauliah untuk mengajar dan berceramah pula, perkara ini sudah menjadi garis panduan setiap negeri. Kalau sesiapa tidak bersetuju pun komplenlah dengan cara yang betul, janganlah kita melanggar peraturan peraturan yang sedia ada. Kadang kala kita terlupa mungkin kita juga pernah tidak memberi tauliah pada seseorang untuk berceramah di tempat kita. Jadi kalau terkena batang hidung sendiri janganlah pula kita melenting.
Jadi di dalam apahal jua pun berlaku adillah. Jangan kita lakukan perkara yang kita sendiri tidak suka orang lakukan atas diri kita.
Assalamualaikum,
Saya amat keliru dan agak sedih dengan artkel di Harian Metro Isnin, 09 November 2009 bertajuk ‘Bahaya Wahabi’ oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin. Artikel ini pula dijadikan rujukan oleh rakan-rakan ofis dan menyebarkan pula dalam email company. Sedangkan saya pasti mereka tak tahu pun apa sebenarnya wahabi itu. Dengan ilmu saya yang hanya membaca blog-blog para ustaz lagilah tak dapat menerangkan kepada mereka istilah wahabi dengan sempurna. Sedih… sedih… entah adakah Ustaz Hasrizal boleh membantu buat artikel unutk saya panjangkan… kalau nak extract artikel-artikel sebelum ini dan compile lagilah saya takut… takut tersilap… bahaya tu.
Sedihnya dengan zaman sekarang…
assalamualaikum ustaz. merenungi artikel ustaz ini berkali-kali mengingatkan saya akan tulisan syeikh muhd al-ghazali dalam bukunya berubah kepada kehidupan baru berbunyi ‘jadilah diri kamu sendiri’. dr asri dengan identitinya yang tersendiri.kenapa pihak-pihak lain yang seakan-akan memusuhinya itu mengkehendaki dr asri berubah mengikut rentak mereka? adakah pendengar-pendengar setianya akan dapat menerima perubahan tersebut? bagi saya biarlah dr asri dengan identitinya sendiri, biarlah ustaz hasrizal dengan identiti sendiri, biarlah semua ulama dengan identiti yang tersendiri. tidak perlu kita berbalah terhadap perkara yang tadak persetujui.
justifikasi yang agak berat untuk saya buktikan, namun saya yakin dan percaya yang insiden penangkapan Dr Asri dipengaruhi faktor politik.
Walau apa pun, insiden tersebut menambah kecelaruan pemahaman marhaen terhadap agama. terutama marhaen yang naif pengetahuannya. dari sudut lain, insiden ini menggerakkan hati sesetangah marhaen untuk mengenali wahabi dan mengkajinya. pencetus kepada keinginan terhadap ilmu.
saya setuju untuk mengatakan bahawa insiden ini punya baik dan buruknya.
wallahualam.
Salam Ustaz, berkenaan keluh kesah ustaz apabila Ustaz Asri mengkritik tajam PAS, maka jawapannya saya pastekan balik kenyataan ustaz sendiri :
“Namun ia ditutup dengan pesanan, “ketahuilah ustaz, mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita. Ana hanya seorang sahabat, dan kekal sahabat sebelum dan selepas kritikan ini.””
Begitulah adanya Ustaz Asri, beliau mengkritik tajam PAS, kerana sayangkan PAS & tidak mahu PAS terkeluar dari landasan.. Wallahualam..
@Hafiz,
Hanya Ustaz Asri sahaja yang layak berkata begitu. Bukan wakil-wakil yang lain.
salam ustaz..
serius…sayu dan sedih mbacanya…
ana begitu kasihan dgn dr.asri ats apa y belaku
salam semua….
pada pendapat saya, tentu ada tangan ketiga dalam kes penangkapan ustaz Asri..
ada orang yang xpuas hati dengan dr.asri.
Mereka kata demi maslahah tapi hanya menambah masaalah!. Sy fikir JAIS kena belajar lagi teori konspirasi…xprofesional. Sebenarnya kpentingn mereka terganggu lantaran naiknya nama insan yang bernama Dr Asri Zainul ‘abidin guna menyanggah ideologi perjuangan beliau. Apa pun justifikasi sy, Dr Asri seorang agamawan yang wajar diberi ruang. Kita ketandusan faham agama di Malaysia. Kita dahaga kerana bertaklid saja.
Salam ustaz…Suatu yg perlu difikir bersama,apa akan jadi jika kahwin tanpa melalui Jabatan agama?Tanpa sijil?Adakah itu menyusahkan urusan perkahwinan?Soal ini bukan soal sahabat tikam menikam dari belakang.Soalnya adalah manhaj da’wah yang tak mengenal waqi’.Buku generasi al-ayyubi tulisan dr. majid irsan kailani rasanya ustaz dah hadhami?Tesis dr asma pasal turki uthmaniyyah juga rasanya ustaz dah kaji?Adalah penting halatuju masyarakat berpayung pada kesatuan amalan(dibawah mazhab syafie serta mesra mazhab maliki,hanafi,hanbali),kesatuan aqidah(asya’irah &maturidi spt yang dipasak kukuh oleh ulama tradisi dan menjadi ‘aqidah sawad al’azham termasuk ibn hajar,imam nawawi,salahuddin al-ayyubi,al-fateh dan beratus ribu yang lain), dan kesatuan rohani (i’tiraf thoriqah yang shohih syazuli,naqsyabandi dsbgainya).Jangan terburu cari pengaruh atas kalimah “mu’tadil” padahal mu’tadil diukur dengan tahap ilmu yang tak menyeluruh.Jika kita anggap kita mu’tadil,disana ada lebih meluas ta’rif mu’tadil itu yang patut difaham.Apalah salahnya kita “undur” setapak kebelakang untuk kita maju beribu langkah di hadapan.Dengan menanam kukuh 3 kesatuan yang disebutkan tadi.Wallahu’alam.=)
@anwar,
Kenyataan ini berunsur buruk sangka kerana tiada siapa yang tahu apa isi hati perut orang lain.
Selebihnya, boleh dimuhasabah bersama
Maaf ustaz atas salah ana td.Namun ingin ditekankan disini,”mu’tadil” itu punyai maksud yang dapat difahami atas tahapan tasawwur islami (kemantapan menguasai ilmu2 islam).Ramai yng ana jumpa mnyatakan mereka mu’tadil.
@anwar,
mu’tadil bukan untuk didakwa-dakwa oleh diri. mu’tadil adalah titik hikmah yang semua kena berusaha ke arahnya.
=)jazakallah ustaz.Mendekati ustaz2 senior sperti ust hasyim yahya,ust salleh ahmad,dr razaq sa’adi uia, dan lain2 adalah antara jalan terbaik buat ustaz2 muda .Fahami waqi’.ana bukanlah ustz,tapi bimbangkan “arus tajdid” yang tak tersusun & gopoh cetusan spontan dr asri.wallahu’alam.doakan ana…al-faqir.
kalau nak kira ‘fahamilah waqi”, maka yg pertama yg tak faham tentulah Imam Al Shafie, kerana beliau sbg murid Imam Malik, telah mengkritik pandangan Imam Malik guru beliau sendiri di tempat yg ramai murid2 Imam Malik..
=)Qias ma’al faariq.blajar tak usul fiqh?tentang mujtahid mutlak,mujtahid mustaqil,mujtahid ghair mustaqil dll.agak2 bekas “mufti asbab wurud” tu masuk tak dalam kategori yng nta qiaskan tu.
Jika urusan dunia kita boleh istikharah,knapa tidak urusan mencari guru dalam mendidik kita dalam agama?Hadiri kuliah kedua2 belah pihak serta lakukan istikharah.Jika kita ikhlas belajar untuk mengenal Allah,maka dilorogkan kita pd jalan yang benar.Jika tujuan berhenti stakat mengetahui dalil “terpilih” untuk berhujah,moga kenal Allah pd jalan demikian.Wallahu’alam.