Rayuan Derma Untuk Penderma Hati

November 6th, 2009 by Abu Saif 12:48 am | 4,718 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

IMG_0001

Klik imej untuk paparan yang lebih jelas

Kesihatan Ahmad Khariri al-Hadi sentiasa terumbang-ambing.

Komplikasi yang dialami kesan daripada pendermaan hati yang dilakukannya dulu, semakin pelbagai.

Terkini Ahmad Khariri disahkan perlu menjalani pembedahan pada 10 November 2009 untuk kes adhesion colic. Beliau memerlukan pembiayaan sejumlah RM12,000 untuk pembedahan ini dilakukan.

Saya dengan penuh rasa rendah diri, merayu kepada para pengunjung blog Saifulislam.Com ini menghulurkan bantuan seikhlas mungkin bagi membantu saudara kita ini.  Panjangkanlah juga pesanan ini kepada sesiapa sahaja yang saudara saudari rasakan boleh membantu beliau.

Ahmad Khariri al-Hadi Md Yusop boleh dihubungi di talian 017-6351057 atau email emailkhariri

Sumbangan juga boleh disampaikan terus melalui akaun bank beliau di MAYBANK,  162106646530.

Bersama ini, saya siarkan kembali artikel yang pernah ditulis sebelum ini, bagi menggambarkan situasi yang sedang beliau alami.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI… HATI!

10017749

Erti hidup pada memberi…

Saya mencari erti hidup pada apa yang saya beri dan saya tidak berhenti memohon kepada Allah agar saya kekal menjiwai erti diri sebagai hamba, agar hidup terus memberi, mencari erti hidup pada memberi.

Namun dalam pemberian itu, saya menerima suntikan inspirasi daripada seorang insan yang luar biasa. Luar biasa kerana kesungguhannya pada hidup memberi, menambahkan horizan makna pada prinsip hidup saya. Insan ini bukanlah insan yang asing bagi saya, kerana tangan saya pernah menjabat tangannya semasa beliau melangkah masuk ke alam remaja.

Di tingkatan satu, insan ini menjejakkan kakinya ke bumi al-Ghayah al-Qaswa di Sekolah Izzuddin Shah. Murid baru ini pekat dengan loghat Jawa Bagan Datohnya mendaftarkan diri ke Tingkatan Satu pada tahun 1990. Perwatakan santainya, cerianya, sering ketawa dan tersenyum, beliau menjadi anak usrah saya di dalam kumpulan Ali bin Abi Thalib r.a. di sepanjang tahun itu.

Kami membawa haluan kehidupan masing-masing pada tahun 1991 apabila saya menyambung persekolahan di SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan. Saya tidak lama di SMAP Labu, pulang semula ke Sekolah Izzuddin Shah selepas kira-kira 4 bulan meninggalkannya. Anak buah saya ini juga rupanya tidak panjang jodoh dengan Sekolah Izzuddin Shah. Beliau bersekolah di Bagan Datoh dan saya terputus kisah berkenaan perkembangan dirinya dan hanya mendapat khabar dari teman sekampung beliau dari semasa ke semasa.

Namanya muncul kembali dalam ingatan saya, selepas hampir 18 tahun tidak bertemu. Namanya terpampang di dada akhbar, dan saya amat tersentuh membacanya.

AHMAD KHARIRI AL-HADI… SI PENDERMA HATI!

Ya, saya tidak salah. Hanya seorang sahaja insan yang saya kenal dengan nama ini. Dan tidak syak lagi, beliaulah Ahmad Khariri al-Hadi yang saya kenal lama dulu. Beliau sedang menempuh hidup yang penuh cabaran, selepas dijulang nama sebagai penderma hati.

Di Google.Com, saya mencari maklumat. Kisahnya sungguh ajaib. Banyak yang pelik, banyak yang menimbulkan tanda tanya. Tidak mahu tenggelam dalam laporan akhbar yang pelbagai, saya terus menghantar email kepadanya. Alhamdulillah Khariri masih ingatkan saya. Dengan bantuan seorang dua lagi teman, kami mengatur pertemuan.

Syukur Alhamdulillah, selepas 18 tahun tidak berjumpa, kami direzekikan Allah untuk bertemu kembali.

Bersalaman.

Berpelukan.

Panas ukhuwwah masih terasa.

20062008309

Pertemuan di malam itu, singkat tetapi mempunyai makna yang besar buat saya. Sempat juga saya hadiahkan senaskhah buku Aku Terima Nikahnya

Segalanya bermula dengan pengalaman sendiri.

Ketika anaknya Noranis Balqis al-Huda, 6 bulan, mengalami masalah kesihatan yang memerlukan rawatan segera, Khariri menerima bantuan dan sokongan majikannya, orang Jepun. Bantuan itu amat menyentuh hati, Allah menggerakkan naluri manusia yang dipilih-Nya sebagai saluran untuk menyampaikan kebaikan. Khariri amat bersyukur dengan kejadian itu.

dadknowspain

Perasaan yang masih subur di dalam jiwa, tiba-tiba disentuh oleh berita di akhbar tentang seorang anak kecil yang sedang menderita dengan penyakit hati. Adik Mohd Yohit Mohd Farhan yang baru berusia setahun ketika itu, mengalami biliary atresia yang amat kritikal dan memerlukan kepada pembedahan untuk pemindahan hati sesegera mungkin.

Saya pernah bekerjasama dengan unit pemindahan organ semasa bertugas di IJN. Saya mengetahui banyak kisah ajaib di sebalik pendermaan-pendermaan organ yang berjaya dan tidak berjaya. Kisah itu disambung dengan kisah Khariri dengan adik Mohd Yohit.

Dalam manusia yang ramai, Khariri adalah manusia yang tampil menawarkan diri. Setelah keinginan awalnya untuk menderma hati kepada adik Nur Atika Najwa tidak kesampaian kerana beliau meninggal dunia, Khariri mahu niat itu diteruskan untuk membantu adik Mohd Yohit. Segalanya didorong oleh rasa syukur yang mendalam ketika anaknya sendiri dibantu suatu ketika dahulu. Kini tiba masanya untuk beliau membantu, namun bantuan yang bakal diberi bukan sebarang bantuan. Bantuan berupa secebis hati.

CABARAN

Niat yang baik dan luhur bukanlah jaminan kepada mudahnya lorong untuk merealisasikannya. Khariri dan Mohd Yohit, biar pun telah dibuktikan secara perubatan sesuai untuk berkongsi hati, mereka berdepan dengan masalah birokrasi dan protokol yang rumit. Khariri yang tidak mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan Mohd Yohid, menjadi salah satu faktor penghalang besar kepada hasratnya untuk membantu.

Hasratnya untuk menderma hati tidak direstui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia malah konfrontasi secara bersemuka telah berlaku di antara Khariri dengan Menteri Kesihatan ketika itu iaitu Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Saya sukar untuk mengulas tentang hal ini kerana susur galurnya amat berliku.

Akhirnya Subang Jaya Medical Centre menawarkan kepakaran untuk melakukan pembedahan tersebut dengan kos pembiayaan sebanyak RM245,000. Tetapi pembedahan itu tetap merupakan pembedahan yang tidak mendapat restu KKM. Khairiri harus mengambil risiko yang besar, menderma hati tanpa sokongan undang-undang.

Pelbagai kempen dibuat dan mungkin kita masih ingat kepada kereta Kenari Kembara Secebis Hati berplet BFW 1069 yang menjelajah tanah air untuk kempen mengumpul derma. Bukan sahaja untuk adik Mohd Yohit yang sedang menghitung hari, tetapi juga untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat agar lebih ‘memberi’.

Syukur, derma yang dihulur mencapai sasaran. Pembedahan diteruskan. 18 Disember 2004 mencatat sejarah di dalam rekod perubatan negara. Pembedahan pemindahan hati daripada Ahmad Khariri al-Hadi kepada adik Mohd Yohit Mohd Farhan berjaya dilakukan dengan iringan doa rakyat seluruh Malaysia.

Beberapa hari selepas pembedahan, adik Mohd Yohit menunjukkan tindak balas yang positif.

dermahati

Namun selepas itu, kulitnya melecur dan mengalami beberapa komplikasi yang membimbangkan. Adik Mohd Yohit telah dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Singapura untuk rawatan.

Janji Allah mengatasi segalanya, adik Mohd Yohit menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat komplikasi jangkitan dan masalah buah pinggang. Pemergian adik Mohd Yohit tidak menjejaskan perasaan Khariri. Segala itu adalah ketentuan Allah. Apa yang penting, segala yang patut dilakukan telah dilakukan. Khariri mahu segala yang berlaku, dihitung penuh ibrah oleh dirinya, isteri dan anak-anak beliau, serta kita semua.

PASCA PEMBEDAHAN

10018392

“Tetapi kesihatan saya sangat terjejas selepas pembedahan tersebut. Ia sungguh sulit buat saya sekeluarga!” kata Khariri kepada saya.

“Bagaimana dengan rawatan susulan?” saya ingin tahu.

“Dengan kos mencecah RM500 setiap kali rawatan, saya sedikit hilang arah. Bantuan daripada hospital kerajaan gagal saya dapatkan,” kata beliau.

Walaupun cakapnya berlapik, saya dapat mengesan banyak perkara yang tidak kena dengan cara pihak hospital termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia menguruskan kes Khariri. Beliau yang pernah menempuh saat-saat yang kritikal terhadap kesihatan dirinya hingga pernah dimasukkan ke ICU telah dinafikan haknya untuk mendapatkan rawatan.

Beliau diarahkan supaya meninggalkan hospital dan pulang sendiri ke rumah!

Sedangkan protokol standard menetapkan, kalau ada pesakit yang self discharged sekali pun, perkhidmatan penghantaran pulang dengan ambulans mesti dibekalkan.

Saya fikir, jika seorang perompak ditembak, beliau akan dibawa ke hospital untuk dirawat, sebelum ditahan, didakwa dan dihukum. Mengapa Khariri dinafikan hak asasi ini? Apakah perompak lebih dijamin kehidupannya berbanding dengan seorang penderma hati hanya kerana beliau pernah berdegil membantah polisi?

Saya mencari-cari tenaga pakar yang mahir di dalam persoalan perundangan perubatan, untuk membantu merungkai misteri yang membelenggu kehidupan Ahmad Khariri.

‘SUNEO’ TERUS CERIA

suneo

Khariri masih Khariri yang sama.

Suka ketawa, sentiasa optimis dan ceria.

Sifatnya yang suka berkongsi gembira dan bahagia dengan orang lain, dilimpahkan melalui suaranya yang digunapakai di sebalik watak Suneo di dalam animasi DORAEMON versi Bahasa Malaysia. Jika hati anda pernah disentuh oleh kelucuan Suneo, maka anda telah sebenarnya disentuh oleh Khariri.

“Ohoho, selama ini antalah yang selalu menyokong Giant membuli Nobita!” saya ketawa semasa mendengar pengakuan Khariri.

KEHIDUPAN SEMASA

Kini, biar pun kisah Mohd Yohit semakin dilupakan masyarakat bersama-sama dengan perginya nama Ahmad Khariri al-Hadi sebagai wira di sisi, semangat untuk terus hidup memberi, masih menebal di jiwa Khariri. Penerima anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ini, terus berusaha memperjuangkan hidupnya biar pun dibebani dengan kesihatan diri yang tidak menentu serta birokrasi sistem perkhidmatan kesihatan negara yang masih dibelenggu misteri.

spb-yang-di-pertuan-agung-memakaikan-bintang-amn

Ahmad Khariri sangat terbeban dengan masalah kesihatannya, hilang pekerjaan, malah di suatu ketika, membancuh susu pekat manis untuk anak kecilnya yang laparkan susu. Apabila isunya keluar di media, maka bertaburanlah janji yang dinyatakan untuk membantu, tetapi kemudiannya sepi dan beliau bagai digantung tidak bertali.

“Paling sulit untuk saya jelaskan ialah apabila anak saya bertanya mengapa ayah tolong orang tetapi orang tak tolong ayah! Saya takut anak saya membesar dengan perasaan yang sangsi dan putus asa terhadap masyarakat,” keluh Khariri.

Bukan keluhan peribadi, tetapi suara kebimbangan seorang bapa terhadap anak-anaknya.

Khariri tidak mahu KEMBARA SECEBIS HATI yang dilaluinya pergi begitu sahaja. Beliau rumuskan segalanya agar kisah pahit manis itu menghasilkan ibrah teladan penyuntik semangat buat masyarakat. Dalam suasana semangat memberi dan berkongsi yang semakin merosot, serta krisis nilai yang membelenggu kehidupan kita, saya kira mutiara-mutiara bicara Ahmad Khariri al-Hadi mesti kita dengar, hayati, dan manfaatkan sebagai pembakar semangat untuk kita terus berbakti dan memberi.

Ahmad Khariri al-Hadi bersedia untuk menerima jemputan anda untuk menyampaikan ceramah motivasi, perkongsian kisah benar yang sangat berinspirasi. Ia adalah agenda ‘hidup memberi‘nya yang tidak pernah berhenti.

Saya secara peribadi, mencadangkan kepada para pembaca sama ada dari kalangan pelajar, penjawat awam mahu pun warga korporat, ambillah peluang dengan menjemput Ahmad Khariri al-Hadi ke organisasi anda. Dengarkan kisah luar biasanya yang penuh ibrah. Ia sesuai untuk anak-anak di peringkat sekolah, malah boleh juga membakar semangat warga korporat untuk lebih berperanan di dalam tanggungjawab sosial kita semua.

keratan-kosmo-18-april-2007

Ahmad Khariri al-Hadi boleh dihubungi di talian 017-6351057 atau email emailkhariri

Setiap sumbangan tanda penghargaan anda kepada beliau, memberikan makna yang besar buat survival hidup kita juga hidupnya. Kisah lanjut mengenai beliau boleh dibaca di halaman fotopages miliknya [http://pendermahati.fotopages.com/]. Jika anda masih kabur dengan slogan ERTI HIDUP PADA MEMBERI, dengarlah cerita Ahmad Khariri al-Hadi, si penderma hati.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

BACA JUGA: Hidup Memberi… Derma Organ!

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Erti Hidup Pada Memberi… Hati! Erti hidup pada memberi… Saya mencari erti hidup pada apa...
  2. Hidup Memberi… Derma Organ! MUAT TURUN SLIDE DI SINI (FORMAT PDF) Hari yang sungguh...
  3. Jangan Kecil Hati: Nasihat Teman Bekalan Perjuangan Pertemuan Penuh Makna Di Tasik Glendalough “Secantik-cantik Glendalough ini, tak...
  4. Bengkel Kaedah Khalifah Untuk Guru PENGENALAN Kaedah Khalifah telah diperkenalkan oleh Allahyarham Prof. Muhammad al...
  5. Isteri Dan Mata Hati “Astaghfirullah. Hei you, it’s HARAM!”, seorang lelaki Arab tiba-tiba menengking...

Advertisement

25 comments

  1. Nee says:

    salaam..
    Bila baca kes Khariri, rasa kecewa timbul.. Semoga saudara Khariri tabah dan sentiasa dlm lindunganNya. InsyaAllah..

    Bila baca entry Ustaz, rasa taqarrub ilallah tu timbul. Terfikir jgak dlm benak nih.. Allah ketemukan dan kelilingkan Ustaz dengan orang yg mengajar kita erti hidup dan Ustaz menjadi perantara untuk memberitahu kpd yang lain. Alhamdulillah…

    Rasanya, semua orang diberi peluang untuk mengerti makna hidup oleh Allah. Samada melihat pada diri sendiri atau melihat pada diri orang lain. Semuanya atas kita.. take it or leave it..

    Saya pun berpeluang bertemu dengan orang yang buat saya kenal erti hidup. Bila menyelami perasaan mereka, banyak sungguh ibrahnya.

    Berbeza dengan kes Khariri. Orang yang saya ketemu ni mendapat layanan elok bila diuji sakit. Alhamdulillah.. Tapi… saya tidak mampu menjawab pertanyaan bila mereka bertanya kepada saya…

    “Sebelum diuji sakit.. orang tak layan elok. Tapi bila diuji sakit.. mereka layan elok.. nih layan simpati ke ikhlas?”

  2. sepohonkayu says:

    sesungguhnya kita perlu bertolong2 sesama saudara (islam)…

    memberi tanpa meminta

    meminta org lain (yg tidak tahu ehwal saudara kita) untuk meminta dibantu saudara kita ini yang berada dalam kesusahan…

    ku x mampu memberi material sbgai bantuan… hanya doa ku layangkan… hadiah al-fatehah mengiringi doaku…

    semoga cepat sembuh dan hati yang dekat dgn Allah pabila mendapat ujian-Nya takkan berubah, malah bertambah dekat dengan-Nya dari hari ke hari…

    tabahkan dirimu~

    p/s: jazakallah ustadz…

  3. Wea says:

    sy benar2 kecewa dengan apa y dimuatkan dlm cerita sdr khairiri..
    sedih dan pilu dgn suasana semangat memberi dan berkongsi yang semakin merosot bahkan barangkali akan pupus dlm kehidupan kita!
    mengapa sampai begitu tiada nilai dan erti hidup org lain dlm kehidupan kita?

  4. rohul says:

    horizan ke horizon?

    perenggan ketiga ayat kedua selepas gambar yg kedua berbahasa Inggeris

  5. zikir says:

    we’ll pray 4 him.

  6. abu sakura says:

    ustaz, bila saya membaca cerita nih saya menjadi sedikit takut..saya ingin memberi dan suka memberi kerana Allah…. cumanya saya takut mendapat ujian mcm saudara perderma hati ini..ujian ketakutan, ujian kehilangan harta etc.. hati tidak kuat..takut bila menghadapinya.“Paling sulit untuk saya jelaskan ialah apabila anak saya bertanya mengapa ayah tolong orang tetapi orang tak tolong ayah! ” adus
    ini paing sedih …mcmmana yer ustaz..

  7. ikin says:

    assalamualaikum ustaz.

    saya masih seorang pelajar muda. saya tidak ada sumber kewangan yang boleh membantu. saya akan cuba usahakan untuk suarakan perkara ini ke pihak MPP dan pihak atasan universiti. saya cuba. saya akan usahakan. dengan doa juga.

    saya copy-paste kan dan link kan post ini ke blog saya ye.

  8. silent reader says:

    Salam Ustaz?
    Bolehkan duit zakat pendapatan di berikan kepada saudara Ahmad Khariri Al hadi?

  9. Rahis says:

    assalaamualaikum…ustaz,
    Soal pendermaan organ ini timbul apabila kita melihat dan merawat penyakit mengukt sistem arusperdana sprti skrg ini (pada pemerhatian saya – adalah sistem menyerupai dajjal-meletakkan diri pada kedudukan Tuhan dan berani mencbar/merubah ciptaan Allah )

    Banyak lagi jalan yang Allah sediakan untuk mengubati penyakit, yang lebih selesa danselamat.

    Sedang diri kita ini Allah yang punya, bukan haq kita sebab itu kita tidak boleh ambil nyawa k..ita sendiri..bagaimana kita mendermakan sesuatu yang bukan haq kita….mungkin utz ada penjelasannya

  10. AzyM says:

    Assalamualaikum ustaz & semua pembaca.
    Marilah kita sama2 menyebarkan rayuan ini kepada semua.

    Moga usaha sy yg sedikit itu sedikit sebanyak membantu sdr.Khariri..=)

  11. NuRUL HuDa says:

    ni ke yg dinamakn karenah birokrasi..??!!
    urm…

  12. jom membaca... says:

    merujuk pada saudara Rahis berkata2 bialah sesuatu yg kita mengetahui kerna ianya memberi kebaikan dan kemudaratan..berkenaan hukum derma organ Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
    Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-
    (rujuk http://www.zaharuddin.net/ hukum derma organ, gugur janin n breath death)..di sana ada penjelasan…salam

  13. iella says:

    Salam,
    Sebelum ini saya silent reader tapi hari ini terasa nak hantar comment sebab saya juga mempunyai anak menghidap penyakit biliary atresia sehingga sampai satu peringkat memerlukan liver transplant. Saya nak jadi donor tetapi ramai yang tak menyokong sehingga saya ragu-ragu. Bila baca kisah saudara Khariri saya jadi takut dengan kesan-kesan sampingan sebagai donor. Walaupun, cadangan untuk liver transplant anak saya sudah ditangguhkan, saya tetap masih mencari maklumat berkaitan liver transplant untuk meneguhkan keyakinan diri.

    Semoga saudara Khariri dirahmati Allah.

  14. ahla auni says:

    Assalamualaikum. Boleh saya tahu, En Ahmad Khariri ni sekarang duduk di mana ye? Kalau dia menetap di Selangor, mungkin dia boleh minta bantuan zakat untuk perubatan.

  15. kakciks says:

    Assalamu’alaikum Ustaz..

    kakcik panjangkan catatan ini ke blog kakcik, ya?

  16. Zam says:

    salam,

    terharu bila baca kisah nie.. saya akan beri sumbangan yg termampu.

    saya tertanya-tanya.. adekah terdapat kesan sampingan drpd pembedahan hati ini? Jika ya, adekah saudara Ahmad Khariri al-Hadi telah dimaklumkan ttg kesan tersebut? Dan adekah mungkin KKM tidak setuju melakukan pemindahan kerana mereka dapati peratusan utk pemindahan berjaya adalah sukar?

    saya berdoa agar saudara Ahmad Khariri sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

    Ikhlas,
    Zam

  17. zara says:

    salam,

    saya rasa sangat sedih
    menangis saya mengenangkan anak-anak Ahmad Khariri
    tak tau apa nak jadi dengan Malaysia
    adakah kerana kita negara sedang membangun maka ini yang akan kita lalui? adakah satu hari nanti kita akan jadi seperti indonesia atau india?
    mungkin sebab itu orang Islam selalu ditindas kerana miskin material, miskin jiwa.
    Negara Barat pula yang menjadikan charity satu kemestian dalam hidup mereka. Mungkin sebab itu Allah sentiasa mengubah nasib kaum mereka; mungkin kerana “erti hidup pada memberi”.
    Mungkin…dan….mungkin…..
    wallahualam….

  18. musyreefa says:

    masya Allah,,
    smoga khariri trus tabah dan panjang umur n diredhai Allah,,

    hanya Allah yg tahu

Leave a Reply