Kuasa Simplisiti: Al-Ghazzali Oleh Deden Himawan

November 19th, 2009 by Abu Saif 2:04 am | 4,741 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

ghazali-dedenhimawan

Saya sangat percaya dengan kuasa simplisiti.

Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif.

Tidak dinafikan, di dalam sejarah memang ada sesetengah ilmuan yang mahu ilmu dijaga nilai eksklusifnya, justeru persembahan ilmu wajar ‘disusah-susahkan’.

KAMUS ARAB

Lihat sahaja pada jenis-jenis kamus di dalam Bahasa Arab. Jika ada kamus yang menyenaraikan perkataan ISTIQAMAH di dalam Bab Alif dan bukannya Qaf, maka kamus itu kamus ringkas untuk orang biasa-biasa. Sedangkan di sana, ada kamus yang disusun bukan secara Alif Ba Ta, tetapi disusun menurut turutan makhraj huruf tersebut, misalnya kitab al-’Ain oleh al-Khalil bin Ahmad Al-Farahidi.

Rumit, bukan?

Ada buruk dan ada baiknya.

Lihat sahaja teks khutbah Jumaat di negara kita. Semasa ia ditulis di dalam tulisan Jawi, kaedah ini mampu mencegah daripada orang sebarangan yang tidak berkelayakan memanjat minbar Jumaat itu.  Namun apabila para Imam yang ditauliahkan berkhutbah itu asyik tersasul tatkala istilah kontemporari dieja dengan tulisan Jawi, perspektif berubah.

CEGAH KELIRU

Dalam suasana hari ini, kekeliruan yang menimpa umat akibat lambakan ilmu dan maklumat yang hilang struktur amat memerlukan kepada usaha merupa bentukkannya kembali. Memudah cara dan menjelaskan hujung pangkalnya.

Justeru usaha memudahkan persembahan sesuatu topik memang memerlukan pertimbangan yang wajar oleh para ilmuan.

Firman  Allah:

33_70“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat dan benar (dalam segala perkara)” [al-Ahzab 33: 70]

Perkataan sadeed itu bukan hanya membawa makna perkataan yang benar, malah ia juga perlu menepati waktu dan sesuai. Menyebut dengan kualiti tertinggi agar sesuai pada upaya memahami masyarakat yang ditujukan perkataan itu.

Atas dasar itu, saya amat menghargai sebuah buku yang saya terlepas pandang akan kewujudkan ia, tetapi direzekikan oleh Allah untuk terserempak dengannya semasa melawat ibu pejabat PTS Publication di Batu Caves baru-baru ini.

AL-GHAZZALI

Buku yang saya maksudkan itu adalah TIP-TIP EFEKTIF PIMPINAN ROHANI AL-GHAZALI BUAT REMAJA, karangan DEDEN HIMAWAN, diterbitkan oleh Dar Mizan dalam versi asalnya di Indonesia, tetapi kemudiannya diterjemahkan oleh Mohd Zawawi Daud dan diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn. Bhd.

Bukunya kecil dan ringan sekali.

Tidak padan dengan isinya.

Saya sendiri tidak pasti apakah buku ini wajar ditujukan untuk remaja sedangkan golongan dewasa barangkali lebih berhajat kepadanya. Isinya sangat komprehensif dan dibentangkan dengan cara yang sangat santai, tetapi berjaya membentangkan hampir keseluruhan maklumat yang perlu diketahui oleh kita semua tentang ilmuan Islam yang agung ini iaitu Hujjah al-Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali atau lebih dikenali sebagai Imam al-Ghazali kepada kita.

Buku ini disampaikan mencakupi perbahasan tentang khilaf umat pada melihat Imam al-Ghazali, punca khilaf itu, dan seterusnya membawa kepada mengenali latar belakang hidup, pengajian dan perjalanan hidup beliau. Turut dimuatkan adalah rumusan tentang buku-buku al-Ghazali, kesimpulan kepada idea-idea al-Ghazali, kedudukan Falsafah menurut pertimbangan karya al-Ghazali hingga kepada hubungkait idea Rene Descarte dengan beliau.

Berat bunyinya, bukan?

Tetapi Deden Himawan berjaya mengolahnya dengan begitu santai, dan saya berasa amat bertuah dapat membacanya.

Tentu sahaja buku ini tidak sesuai kepada golongan tinggi yang mahu mengupas tentang al-Ghazali lagak ahli geologi mengorek dasar laut mencari minyak. Tetapi buku ini cukup menjadi perahu untuk orang seperti kita berkayuh di gigi lautan untuk faham keluasan perbahasan mengenai tokoh Islam yang besar ini.

Setelah menulis artikel Akhirnya Kutemui al-Ghazzali (31/08/2005) dan Al-Ghazzali Sasaran Liberalisasi Agama (12/09/2005), saya kira buku ini adalah bacaan wajib buat kita yang mahu memahami dan mendekati al-Imam al-Ghazali dalam format yang kemas lagi tersusun, jauh daripada keributan falsafah dan khilaf yang mendalam.

Deden Himawan telah menjustifikasikan buku karyanya ini dengan begitu baik.

Syabas saya ucapkan kepada penulis, penterjemah dan penerbitnya. Taqabbalallaahu minnaa wa minkum…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. AKHIRNYA KUTEMUI AL-GHAZZALI Pagi itu semasa saya sedang sibuk dengan urusan di pejabat,...
  2. Al-Ghazzali Sasaran Liberalisasi Agama   DISIARKAN DI MAJALAH I KELUARAN SEPTEMBER 2005 Islam telah...
  3. Perginya Mendung Hitam Oleh Sebuah Kebangkitan Islam “Muhammad, Muhammad!”, lelaki itu menjerit nama Muhammad ke arah saya....
  4. Hukum Jatuh Bangun Kuasa Manusia Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air...
  5. Kepimpinan: Antara Kuasa dan Pengaruh – Update Ceramah Berkenaan Tajuk Ini Yang Disampaikan di Jab. Perubatan Kecemasan...

Advertisement

22 comments

  1. Nas says:

    Jazakallahu khairan Ustaz.

    Semoga terus menyumbang kepada para umat Islam Malaysia. Kami sentiasa menunggu entri Ustaz yang penuh hikmah dan ilmiah.

  2. zikir says:

    syukran ustaz, benar,,bukan semua perkara kita mahu menyelam ke dasarnya.. atas dasar kelemahan diri dan kekangan masa, biasanya manusia akan mengambil tahu pada permukaan ataupun kulit sahaja.

    yg menyedihkan, bagi sebilangan masyarakat, kefahaman sekadar kulit itu adalah kefahaman tentang Islam itu sendiri. kefahaman secara juz’ie pada perkara yang sebgitu besar dan sangat penting bukannya pada isu siapa imam Ghazali dan apa perbahasan tentangnya..

    dalam kes ini, sy menyokong usaha ustaz membawa ‘puzzle agama’ dlm perbincangan kem hijri.. tahniah ustaz.. sy doakan remaja2 yg melalui kem tersebut akan menjadi ilmuwan Islam yg bertaqwa berkat didikan yg sempurna dan konsisten..insyaAllah..

  3. Apabila saya melihat tagline “keraguan adalah awal keyakinan” pada buku tersebut, terus ia mengingatkan saya kepada buku tulisan Mahmud Hamdi Zaqzuq tentang perbandingan al-Ghazzali dan Descarte. Apabila meneruskan bacaan ternampak pula ustaz menyebut berkenaan kupasan buku tersebut tentang falsafah disisi al-Ghazzali dan hubungkait Rene Descarte dan Imam al-Ghazzali. Saya merasakan buku ini mungkin versi lebih ringan dan santai berbanding karya Zaqzuq. Terima kasih kerana menghebahkan berkenaan buku ini kerana tidak pernah tahu kewujudannya, saya akan mendapatkannya insyaAllah.

  4. shah ezwan says:

    syukran ustaz … ada tak buku yg ustaz cadangkan huraian tntg ilmu Imam Besar kita Syafie’..

  5. guest says:

    salam.ana pun tgh bc bk ini. bk nie bnyk bntu ana utk mendalami tntg ilmu tasawuf. ustaz tahu kat mana ana blh dptkn bk minhaj al-abidin karya Al-Ghazali.

    • soulihya' says:

      @guest, kitab minhajul abidin boleh didapati dalam 3 versi..bahasa arab,jawi dan terjemahan melayu..boleh dptkan ia di kedai buku agama..InsyaAllah

  6. joe says:

    assalamualaikum

    seronok saya baca artikel ttg Imam ghazali ni, dan juga artikel2 lama yg ustaz sisipkan. Tapi ilmu saya ni cetek so susah sikit nak faham keseluruhan isi artikel2 tu. Saya mmg takde problem dgn imam ghazali, but saya cuma nak tanya ttg status ibn sina dan ibn rushd. berat nak gna perkataan ni, kafirke??

  7. amezat says:

    assalamualaikum

    out of title, saya ada membaca artikal ustaz bertajuk sukarnya menjadi genius dan saya tertarik tentang perbezaan yang ustaz buat antara genius islam dengan genius seperti zaman sekarang dan bagaimanakah sentuhan didikan yang diberi oleh ibu bapa genius islam seperti yang ustaz nyatakan? dan apakah pandangan ustaz tentang artikel kenapa yahudi pandai ?

  8. rohul says:

    Tahniah. Ustaz lah satu-satunya manusia yg tidak memandang negatif falsafah Imam Ghazali dan sumbang beliau.

  9. Daud Mili says:

    terima kasih kerana cadangan2 buku dari tuan punya blog…menarik..semoga usaha diteruskan..salam..~

  10. geologist says:

    tersedak. keep it short and simple.

  11. badrul says:

    Brevity is the soul of wit.

    Salam ziarah~

  12. anis anisa says:

    albert einstein once said “Make everything as simple as possible, but not simpler.” Being too simple can create boredom. I am waiting for some changes in ur coming books. something either more heavy things written in simpler way @ otherwise. It’s the time to change ustaz!^_~

    hm..by the way i love ur article in majalah solusi 12.=)

  13. anis anisa says:

    brainy-bunch??

  14. pak din 31 says:

    Yang ‘pintar dan putar‘ yang dikhuatiri berkeupayaan menimbulkan masaalah, walau di mana, kecil atau besar.

    Yang pintar Sunnah mustahil memutar Sunnah dan pelaku Sunnah, malah mereka terputar sebelum memutar.

    Yang pintar Syariah yang kita khuatirkan, kerana pelaku Sunnah (manusia) boleh diputar, dan kemudian bertindak memutar.

    Kerana Sunnah itu tidak pernah dan tidak akan berubah mengikut tempat dan zaman,

    Sebaliknya Syariah sentiasa berubah mengikut putaran kehendak pengamal, walau seteguh mana imannya.

    Maka … putarlah akal dan minda kita, agar kita menjadi pintar untuk memilih proses mendahulukan Sunnah dan mengutamakan Syariah.

    Index 5

Leave a Reply