Sempitnya Dunia Luasnya Gua

November 12th, 2009 by Abu Saif 9:42 am | 7,127 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

gua - copyright www.chromasia.com

image copyright www.chromasia.com

“Sungguh menghairankan. Tidakkah Ashaab al-Kahf itu mengalami claustrophobia?” tanya seorang anak muda.

“Haha, menarik juga soalan anta. Tak pernah terlintas di fikiran ustaz,” saya membalas.

Claustrophobia itu didefinisikan sebagai ketakutan yang melampau oleh seseorang terhadap bilik atau ruang yang sempit, atau tertutup. Mereka yang mengalaminya akan mengalami keresahan, sesak nafas, menggeletar, kepala menjadi ringan dan seperti berpusing apabila berada di dalam ruang yang terhad seperti lif, bilik stor, malah kabin pesawat Boeing 747.

Pintu-pintu keluar akan segera dicari dan mereka sedaya upaya akan berusaha untuk berada hampir dengannya.

Tentu sahaja, jika seseorang sampai ke tahap ini, ia sudah dikategorikan sebagai masalah psikologi yang memerlukan kepada rawatan khusus.

Tetapi, untuk seseorang yang tidak mempunyai sejarah gejala claustrophobia sekali pun, duduk di dalam gua yang sempit dengan jumlah yang ramai bukanlah satu situasi yang selesa. Suasana yang gelap, pengudaraan yang tidak lancar seperti di lereng bukit atau padang yang indah, gua bukanlah tempat mencari damai.

ASHAAB AL-KAHF

Namun, sifir biasa itu tidak berlaku kepad Ashaab al-Kahf.

Mereka  mengisytiharkan iman kepada Allah di tengah-tengah kekufuran massa, dunia yang indah dan luas terbentang menjadi sempit akibat tekanan memuncak yang dikenakan ke atas pemuda-pemuda yang beriman itu. Justeru, Allah Subhanahu wa Ta’aala menjemput anak muda itu melakukan hijrah yang luar biasa.

TINGGALKAN KESEMPITAN DUNIA, PERGILAH KEPADA KELUASAN GUA

Benar.

Tinggalkan dunia yang sempit itu dan pergilah ke gua yang lapang, yang aman dan mendamaikan.

Setelah segala jalan kebaikan tertutup dan kejahatan mengancam survival diri, Allah memerintahkan Ashaab al-Kahf beruzlah meninggalkan gelombang Kufur untuk menyelamatkan diri.

Firman-Nya:

18_16-i“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu…” [al-Kahf 18: 16]

Gua itu bukan tempat kurungan.

Ia bukan sebuah kesempitan yang menjadikan Ashaab al-Kahf kehilangan segalanya daripada dunia yang pernah mereka miliki.

Ia bukan sebuah penjara.

ANDAI IA SEBUAH PENJARA

Malah jika ia sebuah penjara sekali pun, Yusuf ‘alayhi al-Salaam juga pernah dipenjara, sebelumnya pernah juga dibuang ke dalam telaga. Yunus ‘alayhi al-Salaam pernah berada 3 malam di dalam kegelapan di perut ikan! Musa ‘alayhi al-Salaam pernah hanyut di sungai dalam kotak kayu yang menampung diri. Malah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah berada di sebuah gua sempit bersama sahabatnya Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu dalam misi Hijrah ke Madinah.

Ironi sekali.

Di dalam penjara, telaga, gua, kotak kecil yang hanyut, malah di perut ikan, di situlah manusia-manusia hebat ini bertemu dengan ketenangan dan kebahagiaan. Mereka tidak resah berada di ruang yang sempit itu, sebaliknya di situlah mereka berasa dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta’aala, tidak pernah menganggap yang ia suatu pengasingan atau pemencilan.

Apa rahsianya?

18_16-ii

“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna“ [Al-Kahf 18: 16]

Segala kemudahan yang diberikan Allah dalam ruang serta peluang yang serba terhad itu, tersimpul di dalam sebuah kalimah yang amat besar ertinya.

RAHMAT ALLAH

Itulah yang dianugerahkan oleh Allah kepada Ashaab al-Kahf. Gua yang sempit itu menjadi luas apabila mereka dilimpahkan oleh Allah dengan Rahmat, yakni kasih sayang dan perhatian-Nya.

Bahagia atau derita, ia adalah bahasa hati.

Hati yang menentukan sama ada kita bahagia atau derita.

Tatkala hati manusia basah dengan limpahan Rahmat-Nya, ketika itulah diri menjadi manusia paling bahagia, biar pun tidak banyak yang ada di genggaman tangan.

PENGAJARAN BUAT MANUSIA KHUSUS

Pejuang, jalannya penuh mehnah.

Seruan mengajak manusia kepada mentaati Allah, menjauhkan manusia daripada taghut, adalah tanggungjawab yang besar di atas bahu manusia mukmin. Jalan itu menjanjikan bara api dan tempa yang memang menjadi Sunnatullah kerana hanya dengan ujian itu, terbit berlian yang indah dan bernilai tinggi.

Besarlah keperluan para da’ie, untuk hatinya kaya dengan kasih sayang Allah.

Tangannya mungkin tidak banyak menggenggam, tetapi itu bukan syarat untuk menjadi bahagia di kelana sementara ini. Segalanya ditentukan oleh hati. Hati yang beroleh limpahan Rahmat, atau sebaliknya.

Itulah rahsia pejuang Islam.

Tatkala Ibn Taimiyah diberitahu tentang perancangan penguasa untuk membuang beliau ke Iskandariah atau mungkin sahaja beliau dibunuh, Ibn Taimiyah berkata:

ibntaimiyah-motivasi

“Jika aku dibunuh, maka bagiku kurniaan syahadah. Andai mereka membuangku, maka ia bagiku adalah sebuah hijrah. Seandainya mereka menyingkirkan aku ke Cyprus, akan kuseru penduduknya kepada Allah dan mereka akan menyahut seruanku. Seandainya mereka memenjarakan aku, ia menjadi rumah ibadahku…”

Dicelup tidak basah.

Dibakar tidak hangus.

Ketika hati dilimpahi Rahmat-Nya.

TELADAN BUAT KITA YANG BIASA-BIASA

“Saya baru sahaja menghabiskan RM400K untuk membesarkan rumah ini. Kami menggayakan konsep Bali untuk mencetuskan damai,” kata seorang usahawan wanita.

Jurukamera sibuk menangkap gambar dari pelbagai sudut rumah itu yang kelihatannya sangat mewah, anggun dan mendamaikan. Rumah ini pasti sesuai menjadi gambar muka depan majalah hiasan rumah bulan depan.

Hari ini, dengan kuasa beli yang tinggi, manusia sanggup berhabis-habisan untuk membesarkan rumah, menghiaskannya mengikut citarasa diri yang paling optimum agar hidup yang sudah SENANG menjadi TENANG.

Tetapi tenangkah penghuninya?

Dia mungkin berasa tenang kerana tiada piring terbang cetusan perang.

Tetapi dia tidak mampu menolak hakikat, bahawa ibu dan bapanya dahulu lebih berjaya.

Dengan rumah yang serba sederhana di kampung, ibu dan ayah membesarkan dia adik beradik dengan serba kekurangan, mereka adalah sebuah keluarga yang bahagia.

Rumah besar belum tentu bahagia.

Rumah sempit belum tentu derita.

Segalanya ditentukan oleh hati.

Apakah para penghuni, hatinya basah dengan Rahmat-Nya?

Berusahalah untuk itu.

Berdoalah untuk itu.

3_8

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpahan RAHMAT dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” [Aal 'Imraan 3: 8]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini “Saya susah hati,” kata Nasir. “Kenapa?” saya menoleh ke arahnya....
  2. Dunia Yang Cukup Luas Itu Dunia yang cukup luas itu Cukup untuk dirimu berlapang dada...
  3. Jangan Sekadar Syurga Dunia “Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda....
  4. Menyelamatkan Dunia Esok Alhamdulillah, saya telah dipilih sebagai fasilitator untuk program International Youth...
  5. Memaknakan Dunia Dengan Akhirat REDA….Norazian Bistaman menyiram kubur Nurin Jazlin sambil diperhatikan oleh Jazimin...

Advertisement

40 comments

  1. Zue says:

    salam, thanks ustaz kerana beri sedikit teguran tatkala saya berkira-kira utk mengemaskan rumah kami…tapi berhias sekadarnya dan tidak berlebih-lebihan sekadar yg diri mampu dan tidak berhutang..takpe kut ustaz?…

    • iffah says:

      itulah…saya pun sama…senior di tempat kerja ada mengingatkan saya supaya jgn menjadi hamba rumah…hias berbagai sehingga lupa yg lbh penting beribadat kepadaNya

  2. cahaya says:

    Semoga bahagia menjadi milik kita semua walaupun di mana berada. Manusia paling bahagia ialah manusia yang paling redha dengan ketentuan yang ditetapkan oleh PenciptaNya, kekadang kitat terlupa bahawa, banyak perkara yang tidak boleh kawal berbanding perkara yang boleh dikawal, Hasbunallah wa ni`malwakil

  3. azi rahman says:

    Subnallah, utk sedikit peringatan yg on9 dari minda terus ke dasar kalbu.terima kasih kerana terus memberi..

  4. SAIFUL ISLAM says:

    JAZAKUMULLAHUKHAIRAN KHAIRAL JAZA’
    TERIMA KASIH PADA SANG MURABBI (U.HASRIZAL)

  5. assalamualaikum…teringat perjuangan pemuda ashabul kahfi,tak termampu rasanya saya seperti mereka…

  6. sdh says:

    memang benar hati yang menentukan kita bahagia atau tidak, tetapi bagaimana ye untuk mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah. Susahnya mengajar hati untuk mensyukuri apa yang ada di depan mata. Redha amat mudah untuk di ungkapkan tetapi penerimaannya tidak semudah yang disangkakan. Atau mungkinkah iman yang terlalu tipis menjadikan ia sebegitu rupa…
    Bagaimanapun, terima kasih ustaz, semoga semua peringatan akan terus saya jadikan panduan agar tidak terkeluar dari landasan.

  7. harmerz says:

    Point untuk membuat alasan pada orang rumah yang asik nak tukar lansir baru

  8. Nadirah says:

    Syukran ustaz atas pemberian yg sangat bermakna, terkesan di hati.

  9. shahrizan ab wahab says:

    ramai orang asyik memikirkan untuk membesarkan dan memperindahkan rumah, namun lupa dan lalai untuk memperindahkan kuburnya nanti..

  10. saffmukmin says:

    pointnya adalah hati kan.ketika mana serabut dgn dunia yg semakin celaru dan keliru,pasti mengasingkan diri d st tmpt yg seperti ‘gua’ dan ‘penjara’,mgkn blh mengubat hati.tp jgn terlalu lebih2 shngga mninggalkan urusan2 yg dh dipertggjwbkan pd kt.cm mngmbl sdkt msnya utk menenangkan hati.hati tenang,pasti berada di rmh besar atau kecil..akan bahagia:)

  11. citacitakami says:

    salam ustz..
    dlm 1 kuliah ustz nik bakri nik mat mengatakn ttg kepentingan WEHDATUL QALBI, krn sgalanya bermula dgn hati. segala mslh y trcetus brpunca dr hati. bertepatan dgn sabda Rasaulullah s.a.w:

    “Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)

    Kepentingan WEHDATUL QALBI terletak lebih ats drpd WEHDATUL FIKR didlm pncapaian kesatuan dlm g/krja para da’ie..

    Ini kerana, fikiran hanyalah slh 1 drpd anggota tubuh kita y jg akn brtndak brpandukan hati..

    Apa y dikatakn ustz nik bakri diperkukuhkn dgn artikel ustz. Syukur pdMu..

    “Besarlah keperluan para da’ie, untuk hatinya kaya dengan kasih sayang Allah.

    Tangannya mungkin tidak banyak menggenggam, tetapi itu bukan syarat untuk menjadi bahagia di kelana sementara ini. Segalanya ditentukan oleh hati. Hati yang beroleh limpahan Rahmat, atau sebaliknya.”

    ALLAHUMMA YA MUQALLIBAL QULUB,TSABIT QULUBANA `ALA DIINIK WA `ALA TA`ATIK..

  12. yus says:

    aiseh.. bila la nk ada rumah sendiri..
    (itu pulak yg dia nampak..)

  13. zacharias says:

    Assijnu ahabbu ilayya mimma yad’unani ilayh…

    klaustrofobik ini kan satu yang boleh dirawat. Saya juga dulu ada rasa rimas. Tapi bila dah kerja keluar masuk ruang sempit, confined space, dan dengan ada objektif masuk, maka taklah rasa rimas.

    Mereka ashabul kahfi juga ada objektif

  14. hamba says:

    salam. tersentuh dengan apa yg ustaz sampaikan dan komentar2 yang lain. terasa diri ingin bersama sahabat perjuangan Rasulullah yang mana banyak berkorban, memberi banyak teladan yang boleh diambil. Memandangkan sekarang banyak pengaruh yang bila-bila masa boleh menyerang pemikiran kita. Semoga kita tetap hidup dalam rahmat Allah walau di mana pun kita berada. Doakan ana serta sahabat-sahabat yang lain dalam mujahadah melawan hawa nafsu dan dapat meningkatkan kualiti diri untuk diri dan Islam ila yaumil qiamah.

  15. elfutuwwah says:

    Redha menjadi penawar mengajar erti sbar….

  16. sinar says:

    Rahmat Allah rahsia kebahagian dan ketenangan…
    Apa yang tidak tercapai oleh akal manusia…segalanya mungkin bila mana datangnya rahmat Allah…Wallahu3alam

  17. Daing says:

    Salam,

    Syukran ustaz.

    Semoga Rumah besarku tidak melalaikan hati. rumahku yg kecil tidak terasa hina diri.

    Agar, Pendapatan besarku membawa besar sedekah. Walau kecil pendapatanku, hati tak kikir dan keluh kesah.

    Moga elok rupaparas tak membuat ku angkuh. Walau kurang sifat anggota, hati tak dengki apatah mencemuh.

    Tak kira aku siapa atau di mana.
    Akan ku usaha segagah mana
    untuk memiliki ‘hati yang besar’
    lagi tunduk bersyukur pada KebesaranNYA serta mengharap KeredhaanNYA.

  18. masshah says:

    pencarian ilmu…ye ustaz..rumah besar belum tentu penghuninya hidup aman bahagia,tapi rumah sempit belum tentu penghuninya derita sengsara:)..jika tuhan dijadikan sandaran hidup yang sempit itu lagi indah..dan bahagia hidupnye..

  19. Khairi says:

    Dunia dalam diri itu luas tidak terjangkau.

    Dunia dalam diri yang sempit takkan sekali-sekali memaknakan dunia luarannya dengan luas.

    Seperti orang paleolitik yg cuma mengenal tanah, pokok, binatang, air dan tahi.

    Malang masih ada di antara kita yang ada di dunia luas tapi masih berfikiran sempit sesempit lubang semut.

  20. carrotcake says:

    jzkk ustaz.
    satu motivasi utk saya “bedah” surah kahfi dari pelbagai sudut dlm usaha utk menghidupkan mlm jumaat.
    =]

  21. minn ahmad says:

    semoga mendapat rahmat Allah di rumah persinggahan (6x4x6) sebelum hari kebangkitan
    (eii takutnye)

  22. one says:

    saya pernah menonton cd tentang kisah ashabul kahfi (yang dilakonkan semula la) dalam bahasa arab, fushah lagi. sangat best, walaupun episodnya panjang dan menuntut kesabaran, sebab jalan ceritanya agak perlahan. tapi sayangnya copy cerita tu dah hilang dari laptop saya, tak tahu mana nak dapatkan lagi. sesiapa pernah tengok atau ada, boleh kongsi?

  23. schult says:

    betapa sempitnya ruang dan betapa besarnya NIKMAT~

    syukran ustaz. ;)

  24. husna says:

    terima kasih utk post ini…

  25. Siti Hawa says:

    Salam..saya suka dengan post kali ni.

    Suka sekali dengan ungkapan ini..

    “Rumah besar belum tentu bahagia”

    Kerana hidup serba kekurangan tak semestinya tidak bahagia, Kadang-kadang lebih bahagia.

  26. hasanhusaini says:

    Terasa dekat dihati wahai us…menjawab persoalan, kenapa boleh TENANG dengan pekan terpencil Mu’tah, sedang SENANG tersedia di bandar Madinah…

  27. pali says:

    Assalamualaikum,

    Duduk dalam gua lagi seronok kadang-kadang. Beruzlah itu perlu, tapi jangan terlalu lama.

    Dalam setiap kisah yang ustaz katakan diatas, akhirnya mereka keluar juga melihat dunia, setelah disusun i’tqad, tawakal dan langkah.

    “kerana sesudah kesusahan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”- (94;5-6)

  28. teringat sebuah peribahasa,
    “rumah kecil tiangnya seribu, rumah besar tiangnya sebatang”….

  29. Muhammad says:

    ?????? ????? ????? ???? ???????
    ??? ???? ?????? ??????
    ????? ??? ?? ???????? ??????? ??????? ??? ???? ???????? ????????? ???? ??? ??????? ??????

    Ustaz, maafkan saya jika tersilap, namun saya ingin bertanya adakah rencana ustaz buat insan khusus ini ditujukan jua untuk Dr. Asri.

    Jika sedemikian, saya berdoa semoga tujuan yang ustaz harapkan itu akan disampaikan oleh Allah swt jua.

    Memang setiap kepahitan itu ada hikmatnya. Kalau kita berfikiran terbuka dan mencari peluang yang tinggi di dalam kesmpitan yang ada, insya Allah swt kalau kita berusaha kita akan mendapatkan hikmah tersebut jua.

    Nabi Yusuf as. setelah dipenjara dan setelah ia berjumpa dengan Nabi Yakub as. semula mengatakan bahawa kira-kira maksudnya.

    Dan berkata Yusuf: “Wahai ayahku inilah ta’bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

    Setiap muslim itu bersaudara, oleh itu mereka hendaklah bantu membantu sesame muslim. Usaha ustaz membantu Dr. Asri dalam apa jua keadaan amat saya kagumi.

    Ustaz, saya juga tidak ketinggalan untuk membantu Dr. Asri dalam blog saya: Silalah melawati:

    http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

    Mudah-mudahan Allah swt akan meredhai kita semua. Amin.

  30. akhie says:

    salam ukhuwwah

    syukran atas perkongsian ilmu…

    hati…sabar n redha….topik yg amat luas n penting buat semua.

    moga Allah bg bahagia pada kita dunia n akhirat

    ws

  31. anuar says:

    thanks 4 the advice…..

  32. mamamia says:

    Haaaa claustrophobia ni memang masalah saya.

    Tertimbulnya ia selalunya di kala malam. Di kala terkebil mengingat subject2 yg meruntun jiwa. Cara penyeksaan yg dilakukan ke atas Nurin sebelum ajalnya, contohnya.
    Masa tu rasa tersesak nafas dek sedih.

    Lagi satu tatkala malam juga. Bila mengingat keMATIan sendiri.
    Bila membayang diri dibalut kapan.
    Bila membayang diri diturunkan ke kubur.
    Dan paling kemuncaknya bila membayang diri ditimbus tanah.
    Ketika itu saya jadi claustrophobia sesungguhnya. Takut gerun ngeri. Sesak nafas sungguh. Kena bangun dan buka tingkap dan tarik nafas sedalam sekuat yg mampu.
    Kenapa gitu ya ustaz?

    Hanya mampu tangani dengan zikir dalam tangis.

  33. sepohonkayu says:

    ustadz, 3 hari ke Nabi Yunus as. duk dalm perut ikan nun… sy selalu dengar 40 Hari… wallahu’alam.

  34. anak murid ustaz nushi says:

    Salam ustazi dan rakan-rakan~

    Dunia yang sempit adalah akhirat yang luas~ Mampukah kita mencapai maqam ini? Nastaghfirullah, ya Halim~ permudahkan!

    Doa yang terakhir itu mengingatkan ana kepada artikel di bawah, moga bermanfaat!

    http://g-82.blogspot.com/2009/11/kehadiran-syaitan-di-saat-kematian.html

  35. abuhassan says:

    Perkongsian kisah benar ini mungkin boleh menginsafkan diri.
    http://ms.langitilahi.com/motivasi-kisah-seorang-hamba-allah%E2%80%A6/

  36. amezat says:

    assalamualaikum

    ustaz, apakah kontek beramal dengan ilmu yang dipelajari sedagkan saya ini seorang mahasiswa? adakah cukup dengan membuat latihan dengan soalan-soalan tahun lepas? apa yang saya maksudkan adalah saya mempelajari ilmu dan saya mampu menulis kembali ilmu tersebut. mohon penjelasan ustaz

  37. Pak Din says:

    Salam Semua,

    “Ia bukan sebuah kesempitan yang menjadikan Ashaab al-Kahf kehilangan segalanya daripada dunia yang pernah mereka miliki”

    TK.

  38. AFiFi says:

    HUhu.. Sedap ustaz artikel kali nih.. Hati.. Hadis niat Imam Nawawi pun cakap pasal hati jugak kan..

    hati bersih.. niat jadi betul.. amalan pun diterima..

    hati kotor.. niat terpesong.. amalan apalagi yang diharap..

    Pejuang perlu kepada Hati yang bersih..

    Susah untuk membersihkan si Hati..

    tapi senang sangat untuk mengotorkannya..

    Allahu Rabbi..

  39. ana:laila says:

    musim exam menjelma seperti tembok menyempit dada. tapi dengan kasih sayang Allah tembok bertukar menjadi taman syurga dunia seandainya exam dihadapi kerana untuk mendekatkan diri kepada Allah. niat minta dipermudahkan, dan sedar hakikat Allah yang memberi manfaat dan racun akan sesuatu. xsemestinya yg kte suka adalah terbaik untuk kita. hanya Allah yang maha Mengetahui.

Leave a Reply