Di Bumi Itu Janji-Nya Buatmu…

On 11/12/2009, in Teladan Hidup, by Abu Saif | 7,420 views | Print Print | Email Email |

arman

Sekeping gambar jadi kenangan. Ustaz Arman di kanan saya

Terlalu pantas.

Tibanya tidak disangka-sangka.

Petang ini, saya menerima berita yang amat menyedihkan.

Sahabat sepengajian semasa di Jordan dahulu, Ustaz Arman Md. Rusoff telah kembali ke Rahmatullah hari ini, selepas menerima serangan stroke lebih seminggu yang lalu. Saya tidak mempunyai maklumat terpeinci mengenai kejadian, tetapi berdasarkan umur dan latar belakang kehidupan, mungkin serangan itu adalah hypertensive bleed atau hemorrhagic stroke hingga menyebabkan kematian.

Ustaz Arman Md. Rusoff kembali ke Rahmatullah di bumi Jordan, semasa menjalankan tugasnya sebagai Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Amman, Jordan.

KENANGAN

Ustaz Arman dan saya adalah pelajar batch yang sama di Jordan. Kami tiba di bumi Syam pada September 1993 untuk memulakan pengajian. Beliau merupakan pelajar kursus Bahasa Arab tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, menuntut di University of Jordan manakala saya pula pelajar kursus Syariah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), menuntut di Universiti Mu’tah.

1993 adalah tahun yang makmur buat kami. Pelajar Malaysia belum ramai. Jika dihimpun pelajar Malaysia di tiga universiti ketika itu, mungkin jumlahnya tidak mencecah 400 orang.

Biar pun kami belajar di universiti yang berlainan, sekurang-kurangnya kami ada bertemu sebulan sekali di pelbagai program, usrah dan majlis ilmu yang diadakan dari semasa ke semasa. Tetapi Ustaz Arman murah rezekinya. Beliau adalah di antara sahabat kami yang berkahwin awal.

Bertemu jodoh dengan isterinya, Ustazah Suriani, mahasiswi di Universiti Mu’tah, tempat saya belajar, perkahwinan mereka berdua menjadikan Ustaz Arman pula yang semakin kerap berulang alik membelah padang pasir yang gersang sejauh 200km ke selatan untuk menziarahi isterinya. Sesekali beliau tumpang bermalam di rumah kami dan ketika itulah beliau sering menjadi usikan saya dan teman-teman. Seri wajahnya lebih berbanding kami, malah murah pula hati Ustaz Arman menyuntik semangat untuk kami mengikut jejak langkahnya.

Saya mengenali Ustaz Arman sebagai seorang yang tidak memiliki sebarang prasangka di dalam dirinya. Beliau telus dan jujur, mudah tersentuh kalau diusik, tetapi cepat sembuh dengan murah ketawa dan senyuman.

jordan-324324

Ustaz Arman di kiri saya, semasa kami sama-sama meraikan kunjungan sahabat-sahabat daripada Usrah al-Wadi, Mesir

TIADA SEBUAH PERTEMUAN

Semenjak menamatkan pengajian, saya tidak  berpeluang untuk bertemu dengan beliau.

Hanya satu sms bertanya khabar dan perbualan telefon yang ringkas dari Putra Jaya yang pernah diterima sejurus sebelum beliau berlepas ke Jordan semula untuk memaklumkannya kepada saya dan rakan-rakan. Ustaz Arman begitu bersemangat dengan tugasan barunya, apatah lagi berpeluang untuk kembali ke Jordan selepas sedekad meninggalkan bumi Israa’ yang penuh barakah itu.

arman-msd

Sesekali saya mengikuti perkembangan beliau di blognya. Seronok membaca catatan sahabat sepengajian yang telah meningkat kepada posisi diplomat yang tentunya membuka banyak perspektif baru berbanding pengalaman menjadi pelajar di sana. Namun terdetik juga di hati, kasihan membaca rungutan Ustaz Arman tentang kerenah birokrasi di negara Arab yang sedia maklum itu.

Apakah beliau stress dengan kerjanya?

Melihat beliau sekeluarga bermastautin di bumi Jordan, saya meyakini yang Ustaz Arman menikmati setiap detik keberadaannya di bumi Jordan yang dirindui itu, hingga ke kemuncaknya apabila beliau berhasil mengIslamkan Pengarah UNRWA, Mr. Richard J. Cook pada awal November lalu. Alhamdulillah.

Tetapi siapa sangka.

Di bumi itu juga janji Allah untuknya datang.

Kita tidak pernah tahu di bumi mana janji-Nya tiba.

“… Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat Meliputi PengetahuanNya” [Luqman 31: 34]

Semoga Allah melimpahkan pengampunan, kasih sayang dan Rahmah yang seluas-luasnya ke atas roh al-Marhum sahabat seperjuanganku, Arman. Juga selautan sabar dan tabah kudoakan buat Ustazah Suriani, anak-anak dan seisi keluarga yang ditinggalkan.

Di Bumi Anbiya’ yang menjadikan dirimu ilmuan
Di Ard al-Ribath yang menjadikan engkau pendukung perjuangan
Di Tanah al-Israa’ kita berukhuwwah mengikat persaudaraan
Hening Jumaat di bumi itu juga engkau kembali kepada Tuhan
Bersama Iman dan amal kebajikan
Dalam linangan air mata kusambut berita pemergianmu
Dalam piluku ada segumpal rindu
Namun kau berangkat pergi dengan Husn al-Khatimah
Bekalan paling bermakna untuk mengadap Allah
Tiada yang lebih berharga daripadanya sebagai anugerah
Selamat berkelana Arman, engkau di Barzakh…

Dan cukuplah kematian itu menjadi peringatan buatku.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Dakwah di Bumi Kenyalang Selalunya, setiap kali saya menziarahi bumi Sarawak, saya akan pulang...
  2. Di Mana Janji Kita? Saiful Islam sibuk memberi swan makan “Balik Malaysia nanti, kita...
  3. Ahlan wa Sahlan ke Bumi Isra’ Should have gone to Specsavers! Saya ingin mencium haruman pohon...
  4. Di Bumi Mana Kematianmu? “Assalamualaikum Ustaz. Fendi ni!” saya menerima panggilan telefon. “Waalaikum al-Salaam...
  5. Sebuah Perhatian: Anugerah Buatmu Sayang Banyak perkara yang saya belajar dalam sebulan dua ini. Belajar...

 

56 Responses to “Di Bumi Itu Janji-Nya Buatmu…”

  1. ro ya alip dhod says:

    Innalillah…akhi ana tgh nak pastikan sama ada Ust Arman ni yang pernah mengajar di surau tmn minang dulu atau tak? gambar mukanya lebih kurang sama. Sbb biasa tgk berketayap putih. Masih menunggu kepastian.Anta ada maklumat?

  2. pencatat says:

    innaa lillah…

    bro arman as i know him a very polite sweet personality… what a sad news

  3. Ustaz Nazmi says:

    Moga ini menjadi peringatan buat kita bersama…kadang2 sebelum tidor..kerap kali berfikir.. “Adakah aku akan buka mata pada pagi esok”.. Alhamdulilah..hingga sekarang masih lagi membuka mata setiap pagi…namun hari yang mana mata tidak lagi akan terbuka..tetap dinanti dengan penuh debar…Ya Allah.. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan….

  4. Inda says:

    MasyaAllah, tak sangka ustaz arman dan ustaz teman sepengajian dulu.

    Dalam beberapa minggu ini, berita tentang keadaan ustaz Arman sangat2 mengejutkan ana. Kali terakhir jumpa ustaz beberapa tahun lepas, ustaz masih ceria seperti dahulu..

    Ustaz Arman merupakan ustaz bahasa Arab ana di SMKA Maahad Hamidiah. Perwatakan sangat ceria… rasa seronok nak belajar bahasa Arab.

    Semoga ilmu dan tunjuk ajar ustaz arman pada semua anak muridnya di sekolah dahulu dimanfaatkan sebaiknya..

    • Abu Saif says:

      @Inda,

      Bila sampai usia seperti usia kami, lagu Its A Small World After All disaksikan setiap hari..

      Semoga Allah merehatkan Ustaz Arman di Sana…

      Ana masih dirundung kesedihan yang amat mendalam.

    • waein says:

      @Inda, masyaAllah..dalam email hamidians (alumni SMKA Maahad Hamidiah) ada dipanjangkan berkenaan kematian arwah. rasenya macam kenal aje nama tu. kat sini baru le confirm akan orangnye. satu nama yang tak asing bagi warga mu’tah satu ketika dulu.

      innalillahiwa inna ilaihi roji’un..

  5. tulip says:

    Terasa pantas masa berlalu. masih teringat menemani ustazah suriani ke hospital di Karak untuk melahirkan anaknya yang sulong kira2 13 tahun yg lalu apabila ust arman menekan loceng rumah kami Bait Isra’di Mu’tah dulu. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. Untuk sahabatku Ustazah Suriani moga ketabahan sentiasa mengiringimu. Amin

  6. Kelawar Hijau says:

    Saya tidaklah serapat mana dengan arwah, bukan pimpinan pelajar yang punyai banyak agenda berurusan dengannya.

    Tapi arwah adalah yang pertama saya jumpa pabila sampai ke dataran ini, ketibaan yang sebenarnya tak dialukan. Saya sendiri tak tahu yang saya tak melalui Kementerian. Ust Armanlah yang menguruskan saya waktu itu, yang mendengar keluh kesah saya waktu itu.

    Dan Ust Arman juga adalah asbab utama yang mengubah haluan saya dari Usuluddin ke Perubatan. Dia yang beriya-iya mencadangkan saya untuk beralih bidang. Dan dia jugalah yang menguruskannya. Bagi saya, dia lakukan semua ini bukan atas dasar tugasnya sebagai pegawai, tapi lebih kepada elemen manusiawi.

    Teringat kata-katanya, menelefon saya di pagi buta, “Bila nak buat kenduri? Tahniah, enti dapat JUST”. Bagai masih terdengar tawanya saat itu.

    Kali terakhir saya berbual dengannya adalah Eid Adha lepas. Masih dengan perangainya yang ceria.

    Saya tak kehilangan seorang Atase Pendidikan. Saya kehilangan seorang bapa!

    Allah, tempatkanlah dia di sebaik-baik tempat..

  7. adahunn... says:

    walaupun tidak sampai 3 bulan bersamanya di bumi syam ini,dapat saya rasakan kasih dan sayangnya terhadap kami.Semoga roh ustaz Arman dilimpahi curahan rahmat dan kasih sayang dari Allah,dan ditempatkan dikalangan org yg bertaqwa.Al-Fatihah.

  8. safri says:

    assalamualaikum wbt, berita sedih ini membuatkan diri tersentak, sayu dan pilu, airmata mengalir tanpa disedari, baru beberapa minggu bersembang dlm talian bertanyakan suasana urdun, sempat bercakap dgn zaujah dia, dipanjatkan doa semoga roh terus diberkati ilahi, kemuliaan dpd tuhan utk akhir hidupnya berada dibumi para anbiya’, al-fatihah…

  9. azlanshah says:

    Salam,
    Baru lagi saya berkenalan dgn ust Arman,Namun dia sudah dijemput pulang oleh yang Maha Esa

    Terakhir saya jumpa ust Arman waktu program aidil fitri di MSD,Senior2 bagi tau ust dah kurus,
    Senior2 tanye,”Ust sakit ke?” tapi ust nafikan,dia kata dia kurus sebab berpuasa..

    Semoga Allah tempatkan beliau dikalangan orang2 yang soleh..Ameen

  10. Nazri says:

    ????? ?????? ?????? ????? ???? ???

    Walaupun saya rasa tidak pernah dapat bertemu dengan beliau di Jordan dulu (tak ingat) dan di M’sia ini, tapi begitulah doa boleh menyatukan hati2 sesama muslim.

  11. hisyam says:

    tak pernah mengenali beliau. tapi komen sahabat2 di atas yang pernah berurusan dengan almarhum banyak menyebut2 kebaikan dan indah pekerti beliau.

    mudah2an ALLAH menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman. pemergiannya ditangisi dan dikenang, kebaikan disebut2 dan dicanang.

  12. Ummu Abbas says:

    Untuk makluman Ustaz,

    Jenazah allahyarham dijangka tiba hari Isnin 14 Disember 2009. Mungkin Ustaz punya kesempatan (insya Allah) mengiringi sahabat buat kali terakhir.

    Dia tinggal sekampung dengan suami ana, Dr Zakuan. Jika Ustaz perlukan apa-apa pertolongan, boleh hubungi Zakuan ***-*******. Insya Allah, kami sudi menjemput Ustaz dan membawanya ke rumah allahyarham.

    Sekadar memberi setakat termampu.

    • Abu Saif says:

      @Ummu Abbas,

      Assalamualaikum WBT.

      Ustazah ada maklumat jangkaan pukul berapa majlis pengkebumian bakal diadakan? Tengah cuba nak buat arrangement untuk ke KB kalau keadaan mengizinkan…

      • Ummu Abbas says:

        @Abu Saif, Insya Allah, ana maklumkan selepas mendapat kepastian dari keluarga arwah Ustaz. Setakat ini tiada maklumat lengkap lagi.

      • Ummu Abbas says:

        @Abu Saif, Wa’alaikum salam wbh,

        Insya Allah, jenazah dijangka tiba di kampung jam 6 pm, 14 Disember 2009, Isnin. Dimaklumkan kerja penggalian kubur dilakukan esok pagi.

        Oleh kerana solat jenazah telah dilakukan di Jordan, kemungkinan jenazah akan terus disemadikan sejurus tiba di rumah orang tuanya.

        Harap maklum.

        ps: Mohon maaf kerana hanya mampu tinggalkan mesej di sini. Tidak tahu nombor Ustaz. Jika dapat sms, lebih cepat.

      • arezem says:

        @Abu Saif, INNALILLAH…Ummu Abbas…rse cm familiar sgt nm suami enti 2..Dr Zakuan.

  13. Firdaus says:

    Terdengar berita pemergian beliau membuatkan saya agak terkejut. Ustaz Arman pernah menjadi warden semasa saya belajar di SMKA Maahad Hamidiah dulu. Banyak kenangan kami bersama beliau yang x mungkin dilupakan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

  14. abdul rahim says:

    Tulisan yang sangat mengharukan, syaikh.. Masa kita belum tahu..

  15. Abu Widad says:

    Terharu sungguh membaca post yang menyedihkan ni. Bila dibaca, dapat menyelami hati dan perasaan Ust yang sangat terasa dengan pemergiannya. Astaghfirullahal a’ziim. Ya Allah kau ampunkanlah si mati dan kami semua yang masih hidup ini..Amiiin Ya Rabb

  16. introspeksi_jordan says:

    saya pula menerima berita kehilangan Ustaz Arman ini malam tadi.sungguh mengharukan.tidak dapat dinafikan sama sekali,ustaz arman memiliki peribadi yang mulia.beliau lemah lembut dan tutur katanya sopan.mula mengenali beliau di Palmyra Hotel ketika menghadiri kursus kepimpinan di bumi Ashabul Kahfi itu.moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hambaNya yang soleh.amin

  17. 'Afifah Azam says:

    Pemergian Ustaz Arman turut dirasai oleh semua dalam kalangan kami di Jordan :( Moga Ustaz Arman tenang di sana!

    Buat Ustazah Suriani dan anak-anak, moga dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan untuk menempuh hidup yang mendatang…Kami selalu mendo’akan~

  18. BAYT KP BERHAD says:

    SEMOGA roh almarhum dicucuri rahmat….takziah kepada seisi keluaganya.
    al-fatihah

  19. hasanhusaini says:

    Jenazah Allahyarham akan disolatkan pukul 122 tgh waktu jordan dan majlis tahlil akan diadaka juga d rumah Pngrah MSD…Jenzah dijangka akan diterbangkan ke Malaysia pada jam 4 petang besok waktujordan…lebih kurang jam 10 malaysia…

  20. lutfihafifi says:

    Semalam saya bersama-sama Allahyarham di Hospital Jordan , detik2 terakhir bersama ustaz arman mmg tak dapat dilupakan. Banyak pengalaman sepanjang mengenali Allahyarham , beliau tidak jemu memberi nasihat kepada kami di sini.Semangatnya menjadi nadi pada kami.
    Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
    Takziah Buat keluarga Allahyarham.
    Al-Fatihah..

  21. razzyy says:

    al-Fatihah buat ustaz arman..terkejut jugak bila terima mesej dari seorang sahabat pagi tadi yg memaklumkan pemergian allhyarham..ana mengenalinya semasa sama2 belajar di SMU(A)Syamsul Maarif, Labok,Machang…sememangnya allahyarham seorang yg hebat,baik hati dan soleh.Semoga Allah menempatkan roh allayarham bersama roh orang@ yang dirahmati.

  22. azizi umar says:

    semua tugas harian hari ini tergendala, bila mendengar berita kematian arwah dari teman sekolah dulu. Ana teringat 21 tahun dulu semasa ting 1 di Syamsul Maarif. Katanya ” Ana nak dok ngan anta walau anta dok mana pun” Beliau bukan setakat sekelas bahkan semeja dgn ana dari ting 1 hgga5.Katanya “nak tupe jadi pandai”. Sekarang dia jauh lebih hebat,lebih baik dan pemimpin masa depan.Memang benar, dia berada di hadapan sekarang utk bertemu dgn Allah. -Azizi-Pensyarah UKM

  23. azizi umar says:

    Semangatnya sangat tinggi, ana sudah dapat baca sejak sekolah lagi dari hatinya, wajahnya dan matanya. Beliau seorang yang berani. – kami doakan rohnya bersama dengan orang-orang yang saleh- Azizi (0133921511)- mewakili alumni Sekolah Syamsul Maarif.

  24. faiq zaini says:

    salam..

    pernah berjumpa beberapa kali dengan ustaz arman.
    beliaulah y telah menyambut kami, pelajar2 tajaan mara di Jordan tahun ini.

    semoga roh arwah dicucuri rahmat..

  25. student@JUST says:

    sayu melihat anak2 arwah yang masih kecil dan x mengerti apa2.Moga ustazah suriani dan anak2 diberikan ketabahan.

  26. syahrul says:

    Alhamdulillah, tgh hari tadi jenazah beliau sudah disolatkan oleh ahli keluarga,pegawai-pegawai Kedutaan dan MSD di rumah Ust Sulaiman serta beberapa org pelajar yang sempat hadir. Jenazah beliau akan diterbangkan ke Malaysia jam 4 ptg esok waktu Jordan dan akan dibawa ke kelantan untuk dikebumikan.

    sama-sama kita berdoa moga rohnya ditempatkan bersama para solihin..ameen

  27. ladyct says:

    salam, setiap berita kematian yang didengar adalah peringatan buat diri saya juga. adik saya sendiripun telah ‘pergi’ di usia 15 tahun.

  28. Geekspro says:

    Pemergian Ust Arman Satu Kehilangan Besar Kepada Penduduk Kg Kemubu Ni..Tak Sangka Hari Tu Tok Imam Masjid Kemubu Umum Untuk Solat Hajat Untuk Ust Arman Mohon Supaya Allah Sembuhkan Beliau Ternyata Allah Lebih Sayangkan Beliau…Kepada Sesiapa Yang Berdekatan Kawasan Ketereh Ni Boleh Datang Kg Kemubu Untuk Solat Jenazah Beliau Malam Esok..

  29. isra' says:

    salam…ketika menjadi warden dan guru di Maahad Hamidiah bermula 1999, ade 3 perkara besar dan baru yg beliau cetuskan:
    1. Arwah pernah wajibkan semua pljr asrama putera turun riadhah pada hujung mggu, dan beliau sendiri bersama kami bermain bola sepak.
    2. Arwah pernah bersetuju dengan penganjuran Liga Bola Sepak peringkat sekolah dengan syarat para pemain solat berjemaah di padang selepas azan.
    3. Arwah pernah menganjurkan solat istisqa’ di padang sekolah ketika Maahad dilanda kemarau.

    Sunnah hasanah drpd beliau terlalu banyak…smg bhgia di alam sana.

  30. abu Dzahin Mu'tah 1996-2001 says:

    Ana mengenali Almarhum Ustaz Arman hampir 13 tahun. Kenangan semasa beliau menjadi naqib dalam usrah kami yang terdiri dari pelajar Kem. Pelajaran waktu itu amat memberi ‘bekas’ dan kesan yang mendalam dalam langkah kami selepas itu..bermula dengan diskusi buku maza ya’ni intima’ lil islam sehingga kami membina kekuatan untuk meneruskan amanah membimbing adik2 junior selepas kepulangan almarhum ke tanah air.. ana yakin us. Muhaimin Mobin, zakuan khudairi, syahrul rizal sati, wan amidi dan abu dzahin adalah sebahagian junir beliau yang paling sedih dengan kehilangannya..pesanan terakhir beliau kepada ana sebelum berangkat semula ke urdun..”jangan lupa tugas kita”

  31. msas says:

    salam takziah saya hulurkan buat semua..

    tidak dapat dinafikan,suasana syita’ di Jordan agak mendung kebelakangan ini..

    kematian, demi kematian…sebagai peringatan..

    sedikit perkongsian sbg pengajaran bersama..

    menurut laporan ICU, ust arman telah diserang strok dari jenis sinus thrombosis.Strok jenis ini jarang berlaku tetapi apabila berlaku, ia boleh menimpa sesiapa sahaja.tidak semestinya golongan perokok atau pesakit darah tinggi atau lanjut usia (seperti mana yang kita biasa dengar).

    Siapa sangka ust arman yg dipilih Allah..

    “Kun fa yakun!!” Maha Berkuasa, Maha Hebatnya DIA..

    melalui pemerhatian saya,
    beliau memang seorang bapa yang baik.. beliau telah berjaya mendidik anak2 dengan baik..

    dalam jiwa kanak2 mereka itu, anak2 ust (yg berusia tidak lebih dari 13thn) sudah pandai menjaga solat dan aurat,bersopan santun dan menghormati org dewasa..

    Sayu hati melihat wajah jernih isteri dan anak2 kecil ust arman..terbayangkan kehidupan yang masih jauh untuk mereka tempuhi..moga Ustzh Suriani, Alifah,Amirah,Abdullah,dan Aishah sentiasa tabah dan redha..

    Moga semangat perjuangan, keramahan dan kesantunan ust mengalir dalam diri anak2nya..

  32. shazlina says:

    Salam…sudah bermalam sendirian berkelana di alam maya, mengutip perkembangan demi perkembangan mengenai diri Ust Arman…kami bukan bersaudara. namun, terasa terlalu dekat dgn dia.
    Pernah bertemu semasa kursus pemantapan j-QAF di Ayer Keroh dan Pelaporan j-QAF di Putrajaya pada tahun 2007. Beliau orgnya jika inginkan jawapan kpd setiap pertanyaan PCG Bahasa Arab, naskhah Surat2 Pekeliling sentiasa ada di tgnnya setiap kali berdepan dgn pentadbir yang tk amik kisah ttg dasar pelaksanaan program jqaf…diterangkan dgn detail agar program j-QAF mencapai objektifnya. Tahun dpn 2010, kemuncak penilaian j-QAF…usaha2 allahyarham dimanfaatkan khususnya dlm BA j-QAF oleh semua murid-murid Sk seluruh malaysia…al-Fatihah

  33. Abd Rani & Kariah Surau Nurulhidayah Puchong says:

    Inna lillahi wa inna ialihi rojiun.
    Ustaz Arman kami kenali sebagai salah seorang ustaz kami dlm pengajian Tafsir Al-Quran. Beliau berhenti mengajar setelah mendapat tawaran berkhidmat di Jordan. Pemergian Allahyarham satu kerugian buat kami dan seluruh mereka yang mengenali beliau. Semuga rohnya Allah tempatkan bersama mereka yang soleh, Amiin.

    Seluruh Jemaah Surau NurulHidayah, Kg Seri Aman, Puchong.

  34. zakuan says:

    benar almarhum ust arman seorang yang baik, mewaqafkan dirinya utk agamanya, sangat cinta akan bahasa arab.
    Sesungguhnya usaha almarhum akan mewangi sampai bila2, kebaikannya ibarat air sejuk pergunungan mengalir ke bawah…menyejukkan siapa sahaja.
    Bagaimana mungkin ana lupakan butir bicara naqibku ini…saban minggu melayan anak usrahnya.

    • ummulubna says:

      Ya Allah,

      satukanlah hati-hati kami untuk memartabatkan Bahasa Arab di tanahair kami ini…. ( bagi meneruskan usaha beliau dan juga al-marhum Ust.Abd.Halim )

      Amiiin…

  35. afifah says:

    salam. ustaz arman adalah ustaz yang terbaik saya pernah jumpa. Arwah tak pernah lupa pada anak muridnya. Malah, ketika arwah masih hidup, arwah yang tegur saya dulu. Terasa sangat-sangat kehilangan. Alhamdulillah, Inshaallah, syurga tempat nya. Tetapi, bagaimanakah kita yang masih hidup ini?

  36. Junior Maahad Syamsul Maarif (P) says:

    Salam, arwah rupa2nya adalah alumni Syamsul Maarif, ble terbaca komen ni baru tahu yg arwah adalah senior ana, n sama2 bekas alumni syamsul maarif…Smg Ust Suriani serta anak2 tabah m’hadapi kehidupan ini tanpa arwah di sisi,i’allah Allah akan menjanjikan yg terbaik buat keluarga arwah..n smg Allah menempatkan Arwah bersama Orang Soleh di sana, Insya-Allah..

  37. ustaz fazdi... says:

    aku lebih suka jika dirimu bersemadi bersama para syuhada di bumi anbia’, namun jasadmu bersama para auliya’di bumi serambi mekah. aku tidak sedih kerana matimu dalam iman, kerana gugurmu sebagai pejuang…semoga Allah merahmatimu wahai sahabat..amin ya Allah.

  38. Wea says:

    hidup sudah tntu ada penghujungnya….

    Moga rohnya dicucuri rahmat

  39. aminuddin kajang says:

    alfatihah buat kawan lama sejak dari sekolah,ke jordan sama-sama, kerja sama-sama namun dia pergi dulu.

  40. hanan imani says:

    salam…al-fatihah…moga segala kebaikan ust arman dijanjikan dengan rahmat Allah sentiasa…ya allah tabahkanlah keluarganya dan rahmatilah ruhnya di sana…aminnn

  41. wahyun anwar says:

    ya aiyyatuhan nafsul mutmainnah
    irji’ie ila rabbiki raadhiayatammardhiah

    amin.
    kenangan bersama alm.ust. arman md rusoff (1999-2002) di SMKA Maahad Hamidiah akan dikenang sepanjang hayat. beliaulah guru, warden, sahabat (kerana pada tiap2 kali sesi tazkirah selepas maghrib-isya’ alm. ust. akan bahasakan kami pelajar2 selaku sahabat2 beliau) yg istimewa.

    setuju dgn inda dan isra (kerana kami dari satu batch/kelas yg sama di bawah didikan ust. arman). beliau pernah berkongsi cerita dan pengalaman beliau sewaktu menuntut di Jordan. paling tidak boleh dilupakan apabila beliau berjenaka ketika tazkirah.

    semua itu tinggal kenangan. al Fatihah.
    terima kasih buat syeikh atas entri ini.

  42. ehsanomar says:

    terngiang nama Ust Arman ni lah yg Ust Farid Ravi arahkan saya untuk bertemu pada kali pertama melanjutkan pengajian ke Bumi Jordan 2009.. alhamdulillah dapa t bertemu di prog PETAMA di Irbid.. hamdillah kami sempat bersama, mengadakan majlis bacaan tahlil arwah malam sebelum jenazahnya diterbangkan ke Malaysia..semoga Allah rahmati rohnya..

  43. arezem says:

    INNALILLAH…Ummu Abbas…rse cm familiar sgt nm suami enti 2..Dr Zakuan.

  44. ibnudaud says:

    ana telah lama kenal beliau semasa di Syamsul Maarif.Memang seorang yang hebat dan begitu baik hati..semoga Allah s.w.t tempatkan roh beliau bersama para solihin. Amin…

Leave a Reply