Bertemu di MHI TV3 Sempena Maal Hijrah

On 17/12/2009, in Laporan STC, by Abu Saif | 7,298 views | Print Print | Email Email |

Baru-baru ini saya dijemput oleh saudara Ahmad Fedtri Yahya untuk hadir sebagai tetamu di dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) bersempena dengan cuti Maal Hijrah.

Saya menyetujuinya.

Semenjak segmen Islam Hadhari dimansuhkan daripada rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 selepas peralihan tampuk kepimpinan negara kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, sudah agak lama saya tidak muncul di kaca televisyen.

Peluang untuk bersiaran di televisyen mungkin terasa bagai satu kerugian, seperti tidak berbaloi.

Masakan tidak, kita bergegas menempuh kesesakan jalan raya pada awal pagi, berpinar kepala mencari petak meletak kereta di stesyen televisyen, dan kemudian ke udara hanya selama 15 minit. Ia mungkin kelihatan tidak berbaloi. Juga jangan ada yang menyamakan kemunculan penceramah di televisyen sama dengan persembahan artis dari segi honorariumnya. Itu bukan isu. Malah ada stesyen televisyen yang tidak memberi apa-apa saguhati dengan persetujuan tetamu, kecuali urusan pengangkutan disediakan daripada rumah ke stesyen tv.

Tetapi, bercakap 15 minit di televisyen membolehkan puluhan ribu atau ratusan ribu manusia mendengar isi penyampaian kita. Sesuatu yang tidak mungkin mampu berlaku di dalam sesi ceramah, hatta oleh pemidato sehebat Sukarno.  Ia adalah suatu ruang dakwah yang sangat besar, maka 15 minit yang diperuntukkan mesti dioptimumkan sebaik mungkin. Jangan disesiakan.

Malah, saya yang tidak berkemampuan untuk berkongsi wacana dengan saudara mara yang tinggal jauh di kampung, berasa amat bersyukur apabila kekurangan kita itu sedikit sebanyak ditampung oleh sampainya mesej kita kepada mereka melalui siaran televisyen, radio dan majalah. Tertunai juga sebahagian daripada hak mereka ke atas diri kita.

Justeru saya tanpa rasa teragak-agak memberikan persetujuan.

BERITA SEDIH

Namun sedih sekali, pagi tadi (Khamis) saya menerima sms daripada saudara Ahmad Fedtri bahawa beliau selaku Penerbit MHI esok (Jumaat) tidak dapat berada di studio kerana bergegas mahu pulang ke kampung memandangkan bondanya sedang gering yang bersangatan. Saya mendoakan kesembuhan buat bondanya dan berpesan agar berhati-hati di jalan raya.

Tidak lama kemudian, saya menerima satu lagi sms daripada saudara Ahmad Fedtri, memberitahu bahawa bonda yang dikasihinya telah kembali ke Rahmatullah, sebelum sempat beliau tiba untuk mengadapnya. Allah jua yang tahu perasaan seorang anak tatkala menerima berita kehilangan abadi sebahagian dirinya, yang bergelar seorang ibu.

Saya menyampaikan rasa takziah yang mendalam kepada beliau. Semoga Allah melimpahkan Rahmah dan Maghfirah seluas-luasnya kepada roh al-Marhumah dan menempatkan di taman Syurga pada kelananya di alam Barzakh.

KETEMU ESOK DI TV3

Esok (Jumaat), jam 7:20 pagi selepas siaran Buletin Pagi, Insya Allah saya akan hadir sebagai tetamu di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) untuk memperkatakan tentang Maal Hijrah di bawah tajuk AZAM: PERCAYA DAN BERJAYA.

Semoga kedatangan 1 Muharram 1431H disambut dengan keyakinan yang optimum untuk kita sama-sama mengusahakan perubahan ke arah yang lebih baik.

Insya Allah lanjutan kepada perbincangan esok, akan diperpanjangkan lagi melalui segmen Motivasi Pagi di TV3 di bawah tajuk, ISLAM: RANCANG DAN MENANG.

Salam Maal Hijrah…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Malaysia Hari Ini (MHI) Sempena Maulid al-Rasul Maulid al-Rasul tahun ini ada sedikit kelainan. Ketika perarakan tiba-tiba...
  2. Sedutan Buletin Utama TV3 Sempena Maulid al-Rasul Terima kasih kepada saudara Izwan Azir Saleh kerana memberi ruang...
  3. KEM HIJRI: Kem Hijrah Remaja Islam 1430 Saya menerima banyak permintaan daripada ibu bapa, agar menganjurkan kursus-kursus...
  4. Hijrah Kali Ini – Update 1430 Hijriyyah bukan Hijrah sebarangan. Kali ini, saya dan keluarga...
  5. Model Hijrah Songsang Hati saya terguris. Pedih telinga, pedih mata dan rasa terhina...

 

55 Responses to “Bertemu di MHI TV3 Sempena Maal Hijrah”

  1. naqib says:

    salam alaik…
    kadang-kadang seronok apabila barjaya menjadi seorang pendengar yang orang seronok apabila meluahkan apa-apa sahaja masalah pada kita

  2. masshah says:

    Salam Maal Hijrah 1431H buat Ustaz sekeluarga,moga dalam rahmat dan keredhaan ilahi..

  3. sinar says:

    Salam Maal Hijrah…
    InsyaAllah..medium yang ada dimaksimakan sebaik mungkin..
    Moga Allah rahmati ust selalu..
    Biarpun 15 minit, kalam yang terkesan mungkin berpuluh tahun lamanya…

  4. Makbonda says:

    Syabas,satu ulasan yang padat dan bermakna,tapi sangat singkat masa yang di peruntukkan.

  5. Cinta Agung says:

    Salam Maal Hijrah buat Ustaz dan seisi keluarga…pengisian Azam:Percaya dan Berjaya, padat dan menarik.Jazakallah.Ustaz amik master di universiti mane?All the best^^

  6. thinker says:

    alfun mabruk ustaz…penjelasan yang mantap dan padat..

    tetapi terlalu singkat.teringat betapa payahnya perjuangan sultan muhammad al fatih untuk menakluk constantinople..

    p/s:kalau boleh nak dengar ustaz ceramah lagi dengan lebih panjang dalam sesi-sesi tazkirah di televisyen..

  7. fiona says:

    Salam Maal Hijrah…
    Artikel yang menarik… Saya mengikuti MHI pagi nie, mesej dan nasihat yang sangat mendalam… terima kasih…

  8. elly says:

    salam ustaz,

    baru lepas tengok MHI tadi..alhamdulilah walaupun singkat tapi padat..

    suka bila dengar Mazidul suka kata2 ustaz…

    moga apa yang diperkatakan oleh ustaz tadi dapat membuka ruang di hati yang semakin malap…

    moga Allah mudahkan segala urusan ustaz dalam membawa amanah Allah ini…

    Ameen~~

    jazakallahukhairan kathira…

    Salam Maal Hijrah!

  9. Anak-anak saya teruja bila Ustaz menyebut kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Mereka mengkagumi pemimpin agung ini setelah membaca buku mengenainya. Moga usaha Ustaz diberkati ALLAH…

  10. Iman Aisyah says:

    Salam maal hijrah ustaz dan semua!

    tajuk AZAM: PERCAYA DAN BERJAYA..sungguh memotivasikan melihat dari tajuknya baru.

  11. jaja_ben says:

    sy sempat terpacak terpaku melihat mhi, rancangan yang sy minati pgi td..
    sguh padat, mantap walaupun skjap..
    salam maal hijrah..

  12. MOhd Dzulhuzmi Nasruddin says:

    Salam…

    ana sempat mengikuti slot Ustaz Hasrizal. Setuju dengan ustaz, walaupun ruangan yang cukup terhad, tetapi ruangan tersebut sangat berguna untuk memastikan msg dakwah singgah disegenap gegendang telingan manusia di tanah air. Dalam dakwah, setiap peluang mesti dihargai.

    P/S: Letih nampak ustaz dalam MHI…pastu nak ke kem hijri pulak….ish3x…kesian ustaz…

  13. akuzle ayu says:

    asm wbt, ustaz…

    syukur alhamdulillah!! Allah gerakkan hati ustaz utk menerima pelawaan saudara Fedtri itu… & dr MHI lah sy ‘mengenali’ abi saiful islam itu…. sy suka dgn analogi ‘gajah n tali’ itu…. tq…

  14. ainulhakimah says:

    salam..ye, sungguh bahagia…
    walau mungkin kdg2 kita xboleh menyelesaikan, namun kita boleh mendoakannya…

  15. sitti fatimah says:

    Assalamualaikum ustaz, saya sempat mengikuti diskusi ustaz di TV3 pagi tadi, terima kasih atas nasihat yang ustaz berikan. Salam maal hijrah..

  16. amin says:

    salam alaik
    salam maal hijrah

    Tahniah ustaz atas kejayaan meluaskan lagi wadah dakwah moga apa yang utz sampaikan tadi dapat memberi kesan kpd y menonton..

    p/s;Smart bersongkok dan berbaju melayu td..kalau ada rakaman boleh kongsikan.

  17. Pak Din 31 says:

    Tidak boleh disangkal ketepatan tema itu Ustaz, Percaya, berjaya! Keseluruhan kehidupan adalah berasaskan kepada percaya, terutama kepada diri sendiri. Percaya diri boleh melakukannya. Tamadun Dunia tidak terbena tanpa adanya percaya. Tetapi perlu diingatkan bahawa percaya kita dapat membuktikan (akal, fikir) sesuatu akan membawa kita ke tahap yang lebih tinggi dari percaya tanpa dapat membuktinya (nati, rasa).

  18. abu ubaidah says:

    Slot motivasi pagi tu bila pulak siarannya??

  19. anak murid ustaz nushi says:

    salam

    alangkah cepat roh terentap,
    sesaat cuma tiada kompromi,
    alangkah lambat berita kutatap,
    hadirlah hiba tiada rezeki~

    innalillahwainnailaihirajiun

    sesaat cuma tiada kompromi,
    akan terkenangkan bagaimanakah nanti,
    alangkah hiba tiada rezeki,
    tiadakah rakaman mengubat diri?

  20. hudhud says:

    Kalau nak tau betapa pentingnya masuk tv wpun 5 minit, tanyalah ahli politik pembangkang. 5 minit apatah lagi 15 minit mampu membawa kepada perubahan kerajaan. Itu pasal tak dapat masuk tu.

  21. Rahmat says:

    Salam maal hijrah buat ustaz sekeluarga

    Sayang sekali apabila segmen Islam Hadhari di TV1 di mansuhkan.

    Rupanya Islam bagi kerajaan BN adalah Islam bermusim..

  22. azizah aling says:

    Baby Elephant’s Syndrome is a unique analogical deduction illustrated by ustaz. The talk is short and precise and very pertinent to educate the mind of the Muslims nowadays.

  23. Azman says:

    Salam maal Hijrah,

    Cukup mantap penyampaian uztaz di MHI hari ini walaupun sekejap especially analogi gajah sarkis memang amat menyentuh hati saya.Semuga hidup Ustaz dirahmati Allah senantiasa.

  24. tulip says:

    Moga ustaz dapat selalu keluar di TV dengan tempoh yang lebih lama agar dapat menyampaikan dakwah ustaz untuk rakyat Malaysia.

  25. Rahmat says:

    ustaz, ni rakaman segmen ustaz di MHI semalam. saya dapat dari youtube

    http://www.youtube.com/watch?v=KM5w7y_PGjI

  26. kokmi says:

    Alhamdulillah, walau hanya sedikit masa namun benar isinya sungguh padat + mampat, keras juga la kat depan tv tu..ehehe..tahniah!! –>percaya, usahkan mazidul & abby ajer yg t’keras & melopong mendengar apa yg dikongsikan ustaz, malah kami2 yg menengok tv ni pon… turut sama..apapun terima kasih sekali lagi ustaz di atas nasihat yg ringkat & padat itu… :)

  27. Meriati says:

    Salam Ustaz…Kata2 Ustaz ” Tak ada Setinggan Syurga..” membuatkan sy berfikir tentang kehidupan di dunia n di akhirat kelak…Semoga Allah memudahkan Usaha Ustaz dlm bidang dakwah.

  28. Farid Azhari says:

    Saya sempat tengok ustaz di MHI. Sangat menerujakan saya kerana pertama kali mendengar tazkirah drpd ustaz.

    Alhamdulillah, saya amat terkesan dgn bahasa dan cara pemyampaian tazkirah ustaz. Amat mendalam maksudnya.

    InsyaAllah, saya akan berazam untuk percaya akan kebolehan diri sehingga berjaya. Semoga kita semua menjadi orang yang ‘hebat’ tersebut. InsyaAllah.

    Selamat dlm berdakwah ya ustaz!

  29. ummulubna says:

    assalamualaikum

    tahniah ustaz,saya berkesempatan dengar dan lihat segmen bersama ustaz dalam mhi pagi jumaat tu,kesimpulannya tepat padat dan bernas..amat bermakna.

  30. eneliya says:

    salam
    tq to Rahmat also, 4 uploading the video…
    tgh tengok di youtube…syukran

  31. Abu Nabil says:

    Tahniah.. Padat dan bernas!..

    Terlalu pendek mungkin kerana terlalu banyak masa diberi utk slot tahniah kejayaan Malaysia rangkul emas bolasepak.

    Selayaknya mendapat slot tetap `Motivasi pagi’ TV3

    Tahniah sekali lagi

  32. anita says:

    salam maal hijrah ustz n keluarga..
    perubahan bukan pilihan tapi kemestian.. terkesima saya ngan frasa ni..selalu kita dengar org berkata suka hatilah aku pilih… kau peduli apa..!!nampaknya mind set kita perlu berubah atas dasar wajib berubah…kerana kita mengejar syurga tapi bukan NERAKA.. mudah2an akan berjumpa di sana.. amin

  33. cidos says:

    Salam Maal Hijrah,

    Ustaz, artikel ‘Biar Susah Asal Jangan Berubah’ dulu tu memang dah tiada dalam simpanan lagi ye? isi menarik…haha

  34. rulza says:

    first time tengok ustaz life kat TV..nampak lain dari apa yang saya imagine..:) sebelum ni saya ingat ustaz garang tapi rupanya ceria dan ramah mesra..senyum je..

  35. ummusaif says:

    @ali,

    ada bbrp poin di sini:
    1. adakah sahabat Nabi tidak percaya dan kurang yakin dgn berita Nabi tersebut? Tetapi Rasulullah berjaya meyakinkan para sahabat.

    2. adakah perbandingan berita nabi dan berita menang bola itu boleh diterima?

    poin satu, maybe blh minta ustaz jelaskan dalilnya.

    poin 2, saya rasa itu hanyalah analogi. takde sape kata berita yg disampaikan Nabi itu seGAH atau sepenting berita menang bola di dalam sejarah dunia.

    Konsep analogi ialah perbandingan yg seakan sama efek/’outcome’nya dan mengikut semasa supaya mudah difahami, itu aje.

    Wallahu a’lam.

  36. nani says:

    Sempat tgk ustaz sekejap je kat MHI. salam takziah buat fitri yahya, senior masa sekolah dulu.

  37. saidannursi says:

    15 minit…tak puas…baru nak “warming up”…dah habis..:))

  38. ummu nouha says:

    sekejap tak apa..yg penting terkesan di hati dan jiwa..dan yg paling penting point of viewnya yg last tu..hijrah bukan satu pilihan tapi satu KEMESTIAN…that is the MOST important…saya suka.. :)

    jazakallah khairal jaza’..wa syukranlillah..

  39. tintataghyir says:

    Salam, tahniah Ustaz. Puas juga saya introduce perihal ustaz pada kakak dan emak saya.Tak nampak besar sangatlah ustaz ya dalm tv.

  40. za says:

    salam ‘alaikk…ruginya ana tak berkesempatan tengok…teringin juga rasanya nak tahu cerit gajah dan tali..
    hukhuk..

  41. AFRINA says:

    salam, saya x sempat menonton dan masih lagi belum sempat untuk nonton u tube jugak.. satu masa nanti akan d spendkan sbb saya memang sangat berminat dengan cara penulisan serta olahan di atas setiap satu topik yang di utarakan. Dan ustaz…saya juga telah lama link-an blog ustaz ni…minta maaf ye ustaz sbb x minta permission dulu, dan terima kasih yang tidak terhingga dengan ilmu2 yg org mcm saya x arif.

  42. tariq_dhiya' says:

    Selamat Tahun Baru ustaz sekeluarga:)

  43. NuRUL HuDa says:

    ringkas tp padat..
    tp xpuas lg nk dgr dr ustaz..
    hrp pasni pihak media lebih menyedari akn kehadiran ustaz dlm medan dakwah ini & begitu jg ng pdakwh2 len yg hebat tp blom dkenali.insya allah..
    Hijrah menuju Allah =)

  44. Khairun says:

    Biasanya saya tak tengok MHI.. Tp pd hari tersebut, terserempak dgn nama ustaz yg disebutkan oleh Abby.. Sbaik saja dengar nama ustaz, sy terus ke depan tv. mndapatkan kepastian.. Ahli kuarga saya sangat berminat mdgr ceramah ustaz. Tambahan lagi dengan poin yg menarik yg diperoleh Abby. Hijrah itu Bukan Satu Pilihan, Tp Ia satu Kewajipan.

    Maha Suci Allah yang mengaturkan kata-kata ustaz pada pagi itu..

  45. naz says:

    taniah ust..disini ada video mengenai hijrah..semoga bermanfaat untuk semua..salam hijrah 1431H..

  46. aweeya says:

    salam ust dan sume pengunjung saifulislam.com..

    alhamdulillah…sempat jg sy mnjd pnonton mhi pg tu..
    msih ingt lg kate2 ust..hijrah itu bkn pilihan..tapi satu kemestian…x ada sebab utk sseorg itu x berhijrah…
    akhir penghidupan ini hny ade 2destinasi…syurga @ neraka..
    terasa diri belum layak tuk ke syurga..tapi takut yg amat sgt bile memikirkan azabnye neraka…
    aduhai diri yg lemah…

    moga tahun baru hijrah yg baru ini bisa memaknakan erti hidup yg dpinjamkanNya….

  47. ali says:

    ustaz memang hebat la

  48. Siti Hawa says:

    ustaz memang hebat…ringkas tapi padat..

  49. iman says:

    percaya sebelum melihat sesuatu…

    begitu juga janji Allah bahawa Islam pasti akan bangkit semula pada masa akan datang.

    signifikannya, kita pada masa ini bekerja/berusaha dgn percaya bahawa Islam pasti akan kembali menguasai dunia

    samada 800 tahun akan datang atau lebih setelah 80 tahun kejatuhan khalifah

  50. izanhasnan says:

    menarik segmen di MHI tu..tapi sekejap je dlm 15 min..

  51. Penyampaian ustaz sungguh ringkas dan padat sekali.
    Tapi, saya berasa sidikit terkilan dgn pengacara MHI tu.
    Di jemputnya ustaz, tapi tidak memakai tudung. Seolah-olah tidak menghormati ustaz.

  52. norlin says:

    saya amat suka mendengar ceramah ringkas ini…
    pertama kali saya dgr ceramah ustaz ni…
    ustaz adalah kebanggaan suami saya…
    insyaAllah apa yg ustaz cakap memberi kesan untuk saya berubah menjadi lebih baik…terima kasih.

Leave a Reply