“Marah itu kalah!” petik seorang peserta program KEM HIJRI baru-baru ini.
Mungkin beliau terkesan dengan cerita saya, mengapa kami tidak berjaya dimarahkan oleh pelbagai kerenah peserta.
Bukan tidak marah.
Tetapi marah itu dipadamkan dengan air.
Sama ada oleh air wudhu’, air mandi, atau jiwa da’i yang diasuh menghayati kuasa air.
KUASA AIR
“Apa yang kamu boleh zikir dan fikirkan tentang air?” saya melontar soalan kepada peserta di hening pagi.
“Air menjadi sumber kehidupan” jawab salah seorang peserta sebuah kumpulan.
“Itu pandangan akal. Bagaimana pula pandangan hati pada mencari yang tersirat di sebalik yang tersurat?” saya mengusik minda mereka.
Sepi…
Ada yang menguis-nguis kaki di gigi kali yang dingin.
Ada yang dijangkiti gejala fidgeting (gatal tangan) membaling batu ke sungai memecah bisu.
“Air disekat macam mana pun, dia terus memberi. Air contoh ‘erti hidup pada memberi’ yang terbaik!” jawab seorang anak muda.
Memberanikan diri.
Kefahaman tentang Erti Hidup Pada Memberi semakin jelas di minda anak-anak muda ini apabila mereka menerima kunjungan Khariri al-Hadi, penderma hati yang sudi berkongsi cerita bersama peserta pada hari kedua program. Betapa besarnya makna sebuah kehidupan apabila diri bukan lagi hidup untuk diri sendiri, tetapi pada mengajak orang lain berjaya, selamat dan bahagia bersama.
“The more you give yourself to others, the more you will find yourself!” kata Mahatma Gandhi suatu ketika dulu.
“Bagaimana air mampu terus memberi?” saya bertanya lagi.
“Sabar” jawab seorang lagi.
“Sabar membentuk apa?” saya menambah lagi pahat ke minda mereka.
“Sabar membentuk batu!” tambah seorang lagi.
Benar.
Batu tidak dibentuk dengan batu. Batu yang menghentak batu hanya akan memercikkan api, dan memecahkan batu.
Tetapi batu lebih cantik dan berguna apabila ia dibentuk oleh air.
Air adalah juara ke atas batu. Kepala batu, hati batu, batu api, segala benda keras yang dikaitkan dengan batu, kalah dengan air. Malah batu tenggelam kepada air.
“Sekarang fahamkah kalian kenapa kalian gagal menyebabkan kami marah?” saya menyoal.
Mereka tersenyum.
“Batu bukan lawan kepada air!” saya menyudahkan kesimpulan.
“Ayuh kita sarapan!” kami beredar meninggalkan sungai.
“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” [al-Baqarah 2: 74]
Bertindaklah sebelum hati manusia hitam dan beku. Sebelum lebih keras dari batu. Yang hanya Neraka mampu meleburkannya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor






Benar ustaz, batu yang keras dapat dibentuk oleh batu. Ayat Allah SWT di atas juga menekankan betapa batu yang keras dapat dibentuk oleh air, tetapi jika hati keras tiada yang dapat melembutkannya melainkan bertaubat nasuha di atas segala dosa noda. Syabas atas Kem Hijri yang berjaya ustaz.
@iskandar,
Kami berusaha memberikan yang terbaik. Tiada minit yang disia-siakan. Namun kesannya kepada peserta, kepada Allah jua kami pohonkan.
Terima kasih atas komentar ustaz. Salam ukhuwwah.
Alhamdulillah…insya’Allah kesannya amat dinantikan kepada generasi pemangkin kejayaan agama, bangsa dan negara. Apa yang saya kongsikan amat sedikit jika dibandingkan perkongsian oleh Rasulullah SAW kita hinga beliau wafat..
@ahmad khariri al-hadi,
Teruskan memberi sepanjang hari memberi, sebelum menjelang hari menerima, agar yang diterima itu molek-molek belaka.
@Abu Saif, alhamdulillah…tidak sia-sia seorang anak kecil di SIS menimba ilmu dari naqibnya (usrah ali bin abi thalib)yang memberikan tunjuk ajar paling berguna dunia dan akhirat…
cantik sungguh perumpamaan yang diberikan oleh ustaz…
ustaz, ajarla came nak menyusun kata – kata yang indah yek???
@mus,
kata-kata yang indah ada terjemahan kepada kepercayaan, fikiran dan perasaan yang indah.
indahkan dalaman, insya Allah indahlah perkataan.
salam..alhamdulillah..batu berlaga air..satu ungkapan ringkas..namun huraiannya berjela jela..dan mampu mencucurkan air mata..mm..terkenang kembali sirah dakwah rasulullah..bagus betul entri ni..erti hidup pada memberi..jatuh di laut menjadi pulau..jatuh di darat menjadi gunung..dilontar naik menjadi matahari suluh bumi..di Kem HIJRI..jadi matahati suluh diri…hehe..syabas ustaz…
p/s:dulu sy agak tak setuju dgn ustaz..tapi skrg dah bace byk artikel ustaz..hehe..alhamdulillah…
@Abdullah Zaki Bin Nordin,
Manusia bermusuh dengan apa yang tidak diketahuinya. Tak kenal maka tak cinta
Dah kenal, Insya Allah, banyaklah pintu kebaikan saling terbuka
MasyaAllah.. Subhanallah..
Molek benar dan terkesan bila baca artikel ustaz kali ni. Jrg2 anak muda memberi respon sebegitu bila ditanya. Semuanya malu2 la konon.
@aman_82,
pesanan kepada fasilitator dan guru, “jangan jemu”
Salam… module walaupun tetap sama tapi pengisian perlu tetap improve..alhmadulillah…
tidak seperti sesetengah kursus/trainning.. module nya sama.. pengisiannya jugak sama… hingga kan script nya jugak sama… waduh… yg sy maksudkan bukan lah pd kursus yg lekeh tapi adalah kursus yg mahal dan instructor yg international gitu
@ami,
jangan sayang modul, sampaikan secara objective oriented. yang dikejar bukan menghabiskan pengisian, tetapi mengejar keberkesanan. buang mana yang tidak berkesan, tingkatkan mana yang berkesan.
buat homework, jangan recycle.
@Abu Saif,
Begitu dalam sekali buat para trainer ayat ustaz… Saya ingatkan diri saya sendiri…Buat kerja rumah…jgn kitar semula bahan ceramah…
Batu yg keras, air yg lembut.. dua kejadian yg berbeza.. namun, air yg lembut, mampu melembutkan batu yg keras..
alhamdulilah..bertambah lagi pemahaman saya dalam ayat tu..selalu dok baca, tapi sekarang baru nampak makna yg lebih luas dari air yg dijadikan perumpamaan dalam memperkatakan keadaan hati yg telah keras..
sungguh besar mu’jizat AL-QURAN..
Seronok membaca artikel ni..dan lebih seronok membayangkan bagaimana uztaz mendekati remaja2 ini..sangat santai tetapi berkesan.Agar jalan dan fikiran tentang kebaikan itu terus bercambah dalam diri mereka. Persekitaran masa kini amat menakutkan..dan ia amat mudah menyerang remaja2 ini dalam segenap sudut. Perlu ada pemantauan berhikmah ( memahami pemikiran mereka )
Syabas atas usaha ustaz dan rakan2 memenuhi sudut hati mereka yang mahukan pengisian yang bermakna…
salam..
tengok gambar air terjun dan cerita ustaz, teringat kat film Sang Murabbi masa KH Rahmat Abdullah buat usrah kat air terjun=)
Semangat!
A good article. Tapi kedhaifan saya menyebabkan saya tidak nampak kaitan ayat al-Quran, cerita ustaz dan kesimpulan ustaz.
Yang saya faham
1) Air tidak boleh dikalahkan oleh batu, tetapi sebaliknya iaitu batu dikalahkan/dibentuk dengan air – ini dari cerita ustaz.
2) Apa kaitan ayat al-Quran itu dengan konteks diatas. Adakah menunjukkan hati manusia dilentur dengan air, ATAUPUN hati yang terlalu banyak dosa hingga keras seperti batu – hingga perlu dileburkan dengan api neraka (kesimpulan ustaz di akhir artikel)? Bagaimana pula dengan batu2 yang jatuh ke bawah (ke mana?) kerana takut dengan Allah?
Maafkan saya atas kedhaifan ilmu. Harap ustaz dapat jelaskan dengan lebih tepat.
@BBA,
batu selalu digambarkan sebagai keras.
tetapi sekeras-keras batu, ia:
1. boleh terpancar daripadanya air.
2. boleh pecah terbelah dan jatuh dari lereng kerana takutkan Allah.
3. masih boleh dibentuk dengan air.
4. dan pembentuk batu yang paling sempurna ialah air (analogi kepada pendekatan yang lembut, bukannya batu lawan batu sebagai analogi sifat degil dihadapkan dengan marah-marah dan paksa)
5. dan hakikatnya hati manusia boleh menjadi lebih keras daripada batu.
6. apabila hati lebih keras daripada batu, hanya api neraka sahaja yang mampu meleburkannya (hukumannya ialah dicampakkan ke api neraka)
wallahu a’lam.
sejuk membca entri ini..
rindu pula biah berprogram sebegini..
Moga pgrm2 ustz trs menyentuh hati manusia..Moga Allah mudahkan…
secara kimianya (chemistry), air (H2), water) is a universal solvent. It can dissolve almost anything that is polar, acidic and basic solution.
secara fiziknya (physics), heat capacity of water is very high, suitable to resist change in temperature. (melembutkan hati barangkali).
that is the power of water.
lagi banyak batu masuk dalam air, makin tinggi kedudukan air tu
alhamdulillah.. pencerahan ilmu yang berguna untuk pembangunan hati kita. betul kata ustaz, air itu mampu menyejukkan hati kita semua sama ada kita mempunyai keinginan untuk pempraktikkannya ataupun tidak…
huhuhu..
sungguh terkesan ustaz..
insyaallah diamalkan usaha supaya hati ini tidak sekeras batu bahkan selembut sutera.. insyaAllah..Ameen…
Satu pengalaman yang menarik. Saya suka cerita batu ini!
Saya suka sebab pernah menjadi fasi. Teringat pengalaman pada mulanya peserta seperti marah dan tidak puas hati. Setelah bercerita dan berkongsi pengalaman. Mereka reda dan menangis ketika hari akhir/perpisahan..
Sungguh seronok mendapat pengalaman begini..
“Dan janganlah kamu memberi dengan maksud memperoleh (balasan)yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah)Tuhanmu bersabarlah” Al-Muddatstsir:6-7
salam ustaz..
ana nk tanye,apa jawapan yg terbaik dan sesuai kalau kanak-kanak menjawab perkataan “malas” setiap apa yg kita suruh..
cth: knape adik tak buat kerja sekolah?
maka adik menjawab “malas”
salam…
sy sgt suka dgn tajuk erti hidup pd memberi..sgt bersesuaian ngan tema FUIYO 2009.
‘Bertindaklah sebelum hati manusia hitam dan beku. Sebelum lebih keras dari batu. Yang hanya Neraka mampu meleburkannya.’
sungguh berkesan sampai ke hati
Salam ustaz,adakah air yang membentuk batu mestilah daripada air yang bersih?
@al-faruqy,
wsalam.
ya, biarlah air itu bersih agar hasil yang dibentuk adalah baik.
kalau missionari kristian mengambil pendekatan yang seperti air ketika pendakwah muslim sentiasa batu berlaga batu, apakah agaknya hasil yang mahu dijangkakan?
Assalamualaikum..
Syukran ustaz..
Kalau batu berlaga dengan batu tentulah percikan api akan terhasil,mulanya kecil,tapi akhirnya mampu menyala dengan lebih besar..saya sendiri pernah melihat keadaan itu semasa mula2 mengaktifkan diri dgn program2 islam.tapi belum faham sepenuhnya.alhamdulillah,dari situ banyak yg saya pelajari..cumanya
masih ada lagi Batu berlaga batu,batu dari sungai yg sama..mungkin kah kerana ego atau masih kurang serapan tarbiyyah ustaz? tolong betulkan jika ada kesilapan..Syukran..