
“Anta dah siap ke? Jom la ke kelas”, saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas.
Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.
Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu berikut:
“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”
Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut.
Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.
Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan “nasyid” mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).
Sesungguhnya gambar-gambar di ATAS adalah ‘surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.
Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin. Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan di kawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.
Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.
Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘Ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arab dan Islam!
Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.
Anak kita bagaimana?
Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.
Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!
Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.
Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]
Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.
Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?
Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Cheras, 14 Ogos 2006
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





ya allah hapuskanlah hambamu yg kejam itu, ya allah…………………….
hapukanlah ya allah…………………..hapusknlah ya allah………..amin
sunnguh menyentuh perasaan.. it all starts with us.. untuk menjd mukmin sejati..
tahniah ustaz.karya yg sgguh menginsafkan.Allahu akbar!
Benar ustaz.. sangat benar..
Negara2 Arab dan Islam yg lain diseluruh dunia memang seperi buih dilautan… banyaknya umat tiada menjanjikan suatu kehebatan.. Seringkali perasaan hairan dan keliru menganggu fikiran dikala melihat umat ramai dan sumber yg banyak tak terhingga… tapi langsung tiada berguna.. membiarkan warga bumi palestine berjuang sendirian… Walaupun itu bumi umat Islam keseluruhannya… KITA BERTANGGUNGJAWAB TERHADAPNYA!
Moga2 kita dapat bersolat bersama2 mereka suatu hari nanti di Masjidil Aqsa… DOAKANLAH BERSAMA..
Salam Wbt,.
artikel yang ustaz pos,betul2 membuka minda saya.Isu Palestin masih lagi dipandang sepi kat Malaysia dikala2 anak2 muda islam mabuk ngan berbagai2 program yang me’lagha’kan.Mudah2an,kita semua sempat menyaksikan Al-Aqsa dibebaskan,mohon doa semua!!!! – Free Al-Quds!!!!
Best article Ustaz like as expected.
Sbenarnya sy nak jumpa Ustaz kat Wangsa Maju(eh kat situ kan ustaz ceramah?) smalam, tp munkin masa tak mengizinkan or belum sampai waktunya. (Kebetulan saya di KL sekarang, tp kena balik esok ke Sabah, sedihnya… )
Demi Allah, sekarang adalah zaman penapisan. Semoga kita tergolong dalam kelompok Mukmin yang sedang berjuang.
Beberapa persiapan yang ingin saya kongsi:
1. Tunjukkan akhlak yang baik.
(kasih-sayang terhadap orang Islam yg beriman, tegas terhadap golongan yang bukan Islam)
Pernah sekali saya di-’surprise’kan oleh classmate, sy wakil kelas waktu tu, jadi untuk kenang budi agaknya, mereka pun buatlah birthday party. Dalam majlis tu, adakah patut saya di-suruh tiup lilin, lepas tu kena suruh makan kek, kata salah satu antara mereka ,”Eh, tak boleh duduk, kena makan berdiri”.
Saya rasa mimik muka wajah saya berubah, tapi mereka bodoh atau buat-buat bodoh.
Saya ,”Eh, ini majlis aku, suka hati akulah nak buat apa ?!?! ” dengan nada yg sederhana. Celaka betul, marah betul saya masa tu. (sy kalau marah senyum juga, aduh memang kelemahan saya, susah betul nak buat muka marah.. senyum tak bertempat)
Majlis yang sama juga, ada seorang perempuan yang hulur tangan untuk menyalam tangan saya. Perempuan tu memang terkenal dengan kejahilannya di dalam kelas saya tersebut. So melihat situasi, sy hulur tanda hormat saja. (apa pandangan Ustaz terhadap ‘penyalaman’ tersebut? Saya tanya Ustaz Ku Othman [pakar perubatan Islam di Sabah], katanya ,”Salam tapi jangan lama, kita kena tengok keadaan, tak hulur malu dia nanti”, selepas saya explain situasi saya.
Jadi kesimpulannya balik kepada point 1. tadi.
2. Kuatkan Rohani anda semua.
5 waktu sebolehnya, lakukan tepat waktu.
Bagi Muslimin, lakukanlah solat Subuh di Masjid. (kalau jauh sangat, dimaafkan, tapi kalau setakat jalan KAKI 15 minit, apa salahnya? sihat juga exercise pagi2, tak payah treadmill.. heheh )
Tak dapat hari ini, esok, tak dapat setiap hari, sekali atau selang sehari dalam seminggu, takdapat juga sekali sebulan. Mengikut kemampuan kita masing-masing.
(Tapi Ustaz, saya hairan betul kat Malaysia(Sabah) ni, Express betul Iqamatnya kalau Subuh, tension jugak tekejar-kejar nak pegi Masjid. Kalau di Masjidil Haram tu, adalah jugak ‘delay’ 15 minit kalo tak silap saya. [rindu jugak ke sana, sayang time sy pegi dulu, umur baru brp tahun... malas betul nak sembahyang terawih time tu.. huhu]
3. Orang berIman, kena ber-Ilmu.
Rasanya tak perlulah saya ulas panjang. Rata-rata anda semua di sini lebih pakar daripada saya dalam bab ni.
Namun gitu saya nak kongsi jugak, yang penting dalam menuntut Ilmu ni, JANGAN TAKLID BUTA. Maknanya, jangan ikut apa yang anda tidak faham. Kaji betul-betul, lihat latar belakang penyampai Ilmu tersebut. Dan buatlah analisis peribadi sendiri, pandai-pandai tapis.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Al-Quran dan Sunnah dahulu, baru ilmu yang lain. (Tuntut kedua-dua ilmu Agama serta yang Kifayah, serentak, tapi utamakan yang Utama.)
4. Zikir/wirid harian.
Amalkanlah zikir harian anda, contohnya, kita boleh amalkan, al-Ma’thurat, atau Manzil, atau sebagainya. Selepas Subuh dan Setelah Asar. Kalau terlepas, ganti balik.
Contohnya: Lepas asar kelam kabut ada hal, ganti sebelah malamnya. Usaha sedaya mungkin.
Biasanya buat benda yang sama ni boring (memang akan boring, percayalah). Caranya untuk hilangkan perasaan tu, cuba faham dan teliti ayat-ayat yang kita baca tu, dalami maknanya, apakah peristiwa yang berkaitan dengan Ayat tersebut? kaitkan dengan masalah/situati harian kita? InsyaAllah Allah akan cerahkan jalanNya untuk kita.
sepatutnya no. 4 ni masuk dalam kategori 2. di atas, tapi… ia SANGAT PENTING dalam pembinaan ‘kekuatan’ kita.
5. Tertib
Assalamualaikum..
Saya ingin meminta pendapat ustaz mengenai hal ini.
Dalam surah al-isra’ ayat 100-104 Allah mengatakan bahawa suatu saat nanti, apabila hari kiamat hampir tiba, kaum yahudi akan datang ke israel dan menempati kawasan tersebut. (menurut pemahaman sebahagian ahli tafsir), dan janji Allah ini telah pun ditepati. Oleh itu, salahkah untuk kita menjadikan israel sebagai sebuah negara yang berdamai dengan Islam?
Allah mengingatkan kita dengan sifat orang yahudi, tetapi itu tidak boleh menjadikan kita sebagai seorang anti yahudi dan anti zionis yang dengan senangnya menghalalkan darah SEMUA orang yahudi di dunia ini.
Menurut al-quran lagi, tiada orang yang berhak mengklaim bahawa suatu tanah itu milik sebuah agama, bangsa, maupun sesebuah komuniti selama-lamanya (surah Ali Imran ayat 26)
Allah memberi tanah kepada orang yang dikehendaki, dan menariknya kembali sebagai peringatan. Namun hikmah di sebalik hal ini harus difikirkan dengan mendalam dan sesungguhnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Selain itu, adakah menggunakan agama Islam sebagai dasar untuk mengusir yahudi dari tanah (yang sekarang mereka diami) itu sebagai sebuah ajaran Islam yang sebenarnya? Menurut saya, ini adalah sebuah fahaman sekuler yang meletakkan Negara dan Bangsa di atas Agama.
Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan kita semua marah dengan tindakan yahudi yang dengan kejam membunuh umat Islam sesuka hati mereka. Tetapi menurut saya, itu bukan dasar untuk kita membenci yahudi. Kita membenci mereka kerana mereka ingkar kepada Allah, (seperti mana kita membenci orang kafir yang lain) dan segala perbuatan mereka kepada umat Islam adalah peringatan kepada kita semua.
Ikhlaskah kita dalam perjuangan menentang yahudi? Adakah itu untuk menegakkan Islam atau memperjuangkan tanah yang kita semua yakini bahawa hanya mutlak milik Allah?
Menurut saya, perjuangan pembebasan palestin adalah sama dengan pembebasan Aceh. Mereka perjuangkan kemerdekaan demi menguasai sebuah tempat yang akhirnya dengan mudah Allah menghancurkan tempat itu dengan tsunami.
Bantuan Allah hanya akan datang untuk mereka yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama. Kenapa Rasulullah boleh menang melawan musuh dengan tentera yang sedikit?
Saidina Umar (maaf jika saya salah) pernah berkata kepada tentera-tenteranya, “aku lebih takut dengan dosa-dosa kamu semua lebih daripada aku takut dengan musuh-musuhku”.
Perang dalam Islam sering disalah ertikan oleh orang Islam itu sendiri. Natijahnya, ramai orang bukan Islam yang memandang Islam sebagai sebuah Agama yang sukakan peperangan dan keganasan. Jika orang Islam (khususnya di palestin) benar-benar berjuang demi Islam, pasti mereka mendapat kemenangan seperti yang dijanjikan Allah (Al-Anfal 65-66)
Kesimpulannya, Allah telah berjanji akan meletakkan kembali orang yahudi di israel. Kita harus yakini hal ini dan menerimanya dengan hati yang ikhlas dan meyakini bahawa Allah lebih mengetahui segala-galanya. Kanak-kanak di palestin harus diajarkan memegang quran lebih dahulu sebelum mereka diajarkan memegang senjata. Mereka harus dididik menjadi seorang mukmin yang hebat, bukan sebagai seorang tentera yang hebat semata-mata.
Kita harus yakin akan janji Allah bahawa Allah akan memberikan kemenangan terakhir kepada umat Islam. Sebelum itu, kita haruslah memperbaiki diri kita – bukan dengan menyerang yahudi dengan lebih hebat, tetapi dengan keyakinan yang kuat kerana sudah tentu pada akhirnya, kemenangan akan ada di pihak kita.
Negara-negara arab haruslah memainkan peranan mereka dengan lebih bijak. Raja Faysal dari Iraq pernah berkata:
“The Arabs, and particularly the educated ones among them, must look at the Zionist movement with the deepest sympathy.”
Bangsa yahudi adalah bangsa yang amat menyedihkan. Mereka ditutup hatinya dari hidayah Allah dan dibutakan dengan kebencian. Janganlah kita menjadi seperti mereka yang hanya dahagakan darah musuh hingga lupakan apa yang kita perjuangkan.
Jika harus menerima Israel sebagai sebuah negara yang berdamai dengan Islam, kita harus menerimanya dengan ikhlas. Jangan lupa, suatu saat nanti, palestin pasti akan jatuh ke tangan kita. Tapi bukan palestin yang kita semua mahukan, hanya keredhaan Allah yang kita semua impikan. Kekalahan tidak bermaksud kalah. Menang tidak bermaksud menang.
Wallahualam.
@Fikri Hassan,
Maaf saudara, saya tidak melihat ayat Surah
#Al-Isra’ (100-104)
saya tidak melihat ayat Surah itu mempunyai perkaitan dengan ulasan saudara mengenainya.. Itu ada tindakan Firaun (kuffar) hendak mengusir Kaum bani Israel (kaum nabi Musa yg beriman).. dan negeri yg dimaksudkan bukanlah Baitul Maqdis.. Oh ye, siapakah ahli tafsir yg saudara maksudkan??
Ali Imran : 26
Sila fahami, siapakan yg Allah akan muliakan dan Siapakah yg Allah akan hinakan.. Sila perhatikan sebab turunnya ayat (Assabunnuzul)..
(Al-Anfal 65-66)
Benar, Tapi apakah saudara bermaksud perjuangan rakyat itu selama 60 tahun adalah bukan kerana Islam.. Adakah perjuangan mereka yg meragut ribuan nyawa itu bukan kerna Islam??.. kenapa kemenangan belum tiba kepada mereka?? bagi menjawab prsoalan ini rujuk kembali ayat Ali-Imran; 26 yg saudara nyatakan.. dan jangan lupa juga untuk bertanya perihal sumbangan diri kita dan umat islam lain keseluruhnnya.. Saya teringat satu kata-kata warga palestine;- “bahawa bumi Alquds dan Aqsa ini adalah lebih berharga daripada ruh mereka dan anak-anak mereka sendiri dan ruh anak-anak mereka adalah lebih berharga daripada ruh mereka sendiri..”.
benar, kita tak boleh menentang Yahudi seluruhnya, semberono….. Kita sedia maklum kafir terbahagi kepada 2 (dzhimmi dan harbi).. harap saudra maklum Zionis termaksud diketogori mana..) Dan yg lebih penting apa yg kita lawan sekarang adalah ZIONIST.. bukan Israel keseluruhnnya.. Tentu saudara maklum bahwa sering kali umat Yahudi sendiri mengadakan demostrasi di USA menentang pendudukan Israel di Bumi Palestine… Kerana menurut mereka ia bertentangan dengan Talmud… Apakah usaha pembebasan bumi palestine oleh Saidina Umar Al Khattab ra dan Salahuddin Al Ayubi adalah sia2?? Adakah mereka mereka membebaskan bumi palestine dengan suka-suka.. tanpa Allah dan nabi menjadi panduan mereka.. Saudara tentu sedia maklum siapa Umar Al Khattab ra, dan kedudukannya disisi nabi tercinta..
MAAF saudara BENAR-BENAR TERSILAP.. bukannya kita yang ingin mengusir Israel(baca:Zionist), MALAH MEREKALAH YG MENGUSIR DAN TELAH MENGUSIR KITA UMAT ISLAM PALESTINE!.. DAN TIDAK MUNGKIN MEREKA LUPA APA YG MEREKA PERJUANGKAN.. bersangka baiklah dengan mereka…
Ya.. kerana negara arab ‘terlampau bijaklah’ bumi palestine telah dijajah selama lebih 60 tahun.. kerana mereka bijaklah mereka tidak mahu masuk campur dalam urusan rakyat Palestine.. kerana mereka bijaklah mereka membiarkan rakyat palestine menderita (tiada bekalan ubat, makanan, tenaga).. dan kerana mereka bijaklah mereka menutup sempadan ketika umat Islam diletupkan.. Dan kerana mereka simpati dan bijaklah mereka biarkan saudara mereka dibunuh…tanpa pembelaan… walaupun mereka adalah anatara yang terkaya dan terbanyak sumbernya dibumi ini..
dan adakah salah kita membenci kesalahan MUSUH kita??? ISRAEL ZIONIST berbahasa dengan BAHASA PELURU.
Allah telah menetapkan pentempuran yang haq dengan yang batil..dan itu adalah untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk.. antara kebenaran dengan pembohongan, hingga hari kiamat.
Apakah yg saudara harapkan daripada seseorang yang dikurung selama lebih 60 TAHUN.. tanpa bekalan makan, tanpa bantuan perubatan, tanpa sumber tenaga, pengangguran… Apakah yg saudara jangkakan daripada mereka yg tidak putus dibom, ditembak tak henti selama lebih 60 tahun.. Apakah yg saudara harapkan daripada ibu-ibu dan bapa-bapa yg kematian anak-anak kecil mereka.. Apakah yg saudara harapkan dari seorang anak yg kehilangan ibubapa… adakah kita telah lupa pembantaiaan Deer Yasin dan Sabra Satila???
Maaf, sekiranya apa yg saya tuliskan ini tidak benar buat pandangan saudara… hamba hanya insan yg daif..fakir disisi-Nya…
Sekadar merasa diri hamba…
@Fikri Hassan,
saudara menulis,
“Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan kita semua marah dengan tindakan yahudi yang dengan kejam membunuh umat Islam sesuka hati mereka. Tetapi menurut saya, itu bukan dasar untuk kita membenci yahudi. Kita membenci mereka kerana mereka ingkar kepada Allah, (seperti mana kita membenci orang kafir yang lain) dan segala perbuatan mereka kepada umat Islam adalah peringatan kepada kita semua.”
bagi saya,
semuanya memang mesti kembali kepada Allah, Saudara semestinya maklum megapa Allah membenci dan melaknat mereka?? Benar, kerana mereka ingkar perintah Allah… Apakah keingkaran yg mereka lakukan?? Banyak yg telah Allah nukilkan dalam Al quran..
saudara menulis;-
“Jika harus menerima Israel sebagai sebuah negara yang berdamai dengan Islam, kita harus menerimanya dengan ikhlas. Jangan lupa, suatu saat nanti, palestin pasti akan jatuh ke tangan kita. Tapi bukan palestin yang kita semua mahukan, hanya keredhaan Allah yang kita semua impikan. Kekalahan tidak bermaksud kalah. Menang tidak bermaksud menang.”
bagi saya:-
MAAF, SAYA SGT TIDAK BERSETUJU DGN INI!! Allah telah memberitahu kita dalam Al-Quran
“Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.”(An-Nisa:53)..
Al-Quran telah menukilkan dan sejarah dunia telah membuktikannya… Bukan hanya keburukan kpd umat Islam, malah kepada Manusia sejagat..
@aku dan dia satu, saya wakilkan kepada anda sahaja untuk memberikan respond.
sekadar friendly reminder, sejarah harus dibaca dari pangkal dan menyeluruh, bukan petikan, bukan serpihan.
nampaknya, usaha terbesar kita dalam membantu kepada perjuangan palestin ini ialah mendidik masyarakat tentang fakta-fakta berkaitan.
at least…
@Abu Saif,
Saya minta Maaf Ustaz, saya tidak bermaksud ingin mendahului ustaz dalam memberi pandangan ini… Jauh sekali dari memberitahu.. hanya sekadar meluahkan…
Maaf, Ustaz…
sekadar merasa jiwa hamba
hmm masalah umat islam skrg dimana negara2 islam dipimpin oleh pemimpin yg islam pada nama sahaja..biar pun rakyat membantah perlakuan israel.tetapi dengan ada nya pemimpin negara yg berhati israel..tiada apa yg dapat dilakukan..apa yg penting sekarang adalah pertukaran kepimpinan kpda pemimpin islam yg sebenar.baru ada tindakan akan dilakukan.
mereka mengajar anak2 mereka supaya membenci islam sejak dari kecil lagi.
kadang2 terpikir, kita pun patut buat begitu.
ustaz, memang patut ke kita tanamkan rasa kebencian anak2 kita sejak dari kecil terhadap yahudi? maksud saya ajar seperti org yahudi ajar anak mereka.
sebagai parents, apa yang patut kita lakukan untuk mempersiapkan anak kita dengan realiti dunia?
@sinma,
ajarlah anak kita supaya membenci kekufuran dan kezaliman. supaya dengan pelajaran itu, mereka akan membenci semua kekufuran dan kezaliman sama ada ia dilakukan oleh orang yahudi, atau pun makhluk bertopengkan islam
syukur alhamdulillah ramai juga yg menyertai demo bntahan kepada israel..moga2 ramai lagi dikalangan umat islam yg bngun dr lena yg pnjang..kembalikan keizzahan ISLAM..mga usaha yg sedikit ini dinilai ALLLAH… mga soalan2 daripadaNYa kelak masih ada serpihan jawapn yg boleh diberikan..
benar kata ustaz…
mudah-mudahan anak2 kita bakal menjadi kebanggaan agama Islam…
bakal membantu agama Allah yang syumul…
Allahuakbar…
mereka melakukannya dengan gembira dan penuh sukacita…
siap turunkan tandatangan lagi…
seawal usia.. ihsan telah dikikis daripada jiwa mereka…
orang jenis apakah orang israel itu?
Allahu Akbar!!!!selamatkan Palestin..Mari semua kita bertindak….
Berpijaklah di bumi nyata wahai sahabat-sahabatku.
moga kita dan keluarga dapat bisa menjadi ISLAM pada realitinya dan bukan sekadar ilusi.
ALLAHUAKBAR
http://zhafran-alfaruq.blogspot.com/
saya teringin sangat la nak berkawan dengan sedara fikri hassan ni.. tapi bukan sekarang la..
tunggu la dulu saya ceroboh kampung dia… bunuh jiran2 dia.. halau jiran2 dia dari rumah.. bawak kaum kerabat saya pulak tinggal kat kampung dia…
masa tu baru kita berkawan ye.. sedara fikri hassan…
@weber, berperang atas dasar Islam atau membalas dendam?
@fikri hassan,
Saudara yg ku kasihi,
pinta saya… bersangka baiklah dengan mereka… mereka tidak pernah meminta apa2 sbgai balasan perjuangan mereka.. NYAWA adalah GADAIAN buat mereka.. adakah saudara bermaksud kesabaran mereka 60 tahun… bukan kerana mengharap rehda-NYA??
Maaf, mungkin saudara belom berkempatan bertemu dgn saudara kita disana…
mmg mudah mulut menuturi.. dan kaki melangkahi…
maaf saudara,
~sekadar merasa jiwa hamba~
sedara fikri hassan,
berperang untuk menegakkan keadilan.. berperang untuk mempertahankan hak..
berperang untuk ‘future’ yang lebih sejahtera..
ini la yang penduduk palestin buat.. tidak ke selari dengan ajaran agama..
kalau saya serang kampung sedara, sedara lawan balik tak? kalau serang balik, sebab nak balas dendam ke?
@fikri hassan,
akhirnya saya tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan berperang menurut cara Islam itu? apabila satu demi satu motif diketepikan, sudahnya ‘berperang kerana Islam’ itu ialah berperang tanpa motif! alangkah laghanya sebuah peperangan tanpa motif.
sejarah mesti disemak semula, bukan dari perspektif Islam semata malah dari perspektif global… ia akan berkesudahan dengan point yang sama, bahawa Yahudi menggunakan kekerasan dan pengkhianatan mengusir penghuni sebuah tempat dari kampung halaman mereka.
bertindak balik ke atas penindasan ini, tidak boleh didefinisikan sebagai MEMBALAS DENDAM. jaminan hak komuniti semuanya sudah disusun elok dalam peraturan Islam. Kajilah karangan-karangan ilmuan Islam di bawah subjek HUBUNGAN ANTARABANGSA (al-’alaaqaat al-dauliyyah / al-duwaliyyah), jelas hak dan peranan masing-masing di Palestin dan di mana-mana.
and yes, saya berkeyakinan bahawa salah satu jihad terbesar berkenaan isu palestin ialah perjuangan membetulkan public opinion. tidak mungkin cuaca antarabangsa boleh menyisihkan israel, selagi majoriti masih tidak jelas apa sebenarnya isu palestin ini
@Abu Saif, Sejarah perlu dipelajari dari pangkal.
Ianya perlu disemak sehingga sejarah Yahudi malah sehingga Nabi Ibrahim. Yahudi perasan Nabi Ibrahim itu adalah Yahudi(yang menjadi alasan kenapa mereka mahu pulang ke Palestin kerana Nabi Ibrahim asal di Hebron) padahal Yahudi atau Bani Israel itu datang dari keturunan cucu Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub.
Dan sama dengan sejarah Malaysia, ianya tidak bermula pada tahun 1946.
@fikri hassan, saya turut bersimpati dengan saudara fikri hassan, mungkin saudara mengkaji berdasarkan serpihan2 ayat, tidak keseluruhan? pokoknya, kajilah dahulu sesuatu perkara yang mahu dilontarkan, sebelum ianya menjadi fitnah buat saudara sendiri…wallahu’alam…
~sekadar ingatan buat diri juga~
@tuan rumah (ustaz): artikel yang bernas. saya setuju. dan saya lebih suka ‘idea’ didik anak saya sayangkan Islam (sbb bila sayang Islam, automatik akan benci kezaliman).
@fikri hassan: saya berpendirian dengan saudara. dan tahniah juga kerana mengkaji al-quran. banding dengan saya, saya tak pandai nak berhujah menggunakan ayat al-quran kerana masih mendalaminya.
apapun saya harap kita semua baca semula artikel ustaz (sbb nampak mcm takde kesan je…). Tapi tak hairanlah. kalau HAMAS dan FATAH yg merasai sendiri kesan perang Israel pun tak boleh berdamai/bersatu, apatah lagi kita yg ‘di sini’. Kita perlu lihat dari semua sudut. Hakikatnya, peganglah pada prinsip perjuangan ‘berjuang kerana Allah, demi menjaga keharmonian dan maruah umat Islam’. Jd selain tu terpulang la, bunuh ke, damai ke, asalkan umat Islam terjamin bebas dan merdeka. Dosa? Allah lebih tahu. tak perlu tuding sapa salah, sapa betul! … bukan ka?
“saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.”
Boikot jgn tak boikot.
Kalau kita boikot,insya Allah kita tak mati.Tapi kalau kita tak boikot, ramai rakyat Palestine akan mati.
Entah kenapa sekarang rasa termuntah je nak makan KFC & McD. Ayam masak merah nenek lagi sedap kot
Boikot Zionist product
satu artikel yg menginsafkan…
tringat saya pada kesah ibu kpd seorg imam kita( tak ingat imam maliki kot). Dia memdidik anaknya 10 thn seblum anaknya dilahirkan lagi. ada sesiapa yg ingat citer ni? boleh share
“…kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita.”
- ayat Ustaz ni sedikit mengelirukan.. mungkin boleh diperbaiki dengan menambahkan satu lagi ‘tidak’ selepas ‘dan’, supaya nampak jelas yang pernyataan lepas ‘dan’ tu masih dalam nada negatif.
i.e. “… sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan tidak menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita.”
Wallahu’alam
“…kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita.”
- ayat Ustaz ni sedikit mengelirukan.. mungkin boleh diperbaiki dengan menambahkan satu lagi ‘tidak’ selepas ‘dan’, supaya nampak jelas yang pernyataan lepas ‘dan’ tu masih dalam nada negatif.
i.e. “… sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan tidak menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita.”
Wallahu’alam
suatu kebodohan dan kedungunan para pemerintah islam hari ini , yang bukan saja menghalang hukum islam tertegak tetapi , menghalang dan menyekat bantuan kepada sekolah-sekolah agama !!
suatu kebodohan dan kedungunan para pemerintah islam hari ini , yang bukan saja menghalang hukum islam tertegak tetapi , menghalang dan menyekat bantuan kepada sekolah-sekolah agama !!
Subhanallah Ustaz .. Artikel yang cukup menyentuh , Terima Kasih sangat2
Hidup Islam Dan Islam Akan Bangkit Suatu Hari Nanti Menentang Musuh Islam Yang Bermaharaja Lela Skrg Ni
Satu Persoalan Yg Menjadi tanda tanya Knp Para pemimpin Arab Berdiam Diri Membbiarkan saudara sendiri dibunuh !!!!
cari mukmin sejati,hidup perlu berpandukan al quran dan as sunnah……….selamatkan saudara islam palestin..janji ALLAH S.W.T itu benar..
Salam illusi,
1. Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah yang telah memberikan ilhamnya bagi melihat illusi yang mengaburi realiti. Subhanallah, masih ada Ustaz yang mahu mendefinasikan realiti yang disaluti illusi. Allahuakbar, menegang bulu roma membaca coretan Ustaz, yang memaparkan illusi yang berbulukan realiti. Innalillah, dari Engkau semua realiti dan kecelaruan mahluk bernama Muslim, terbitnya illusi. Laahawla, tiada berlaku illusi bercampur realiti, walaa quwwata, dan tiada kekuatan mencampur-adukkan realiti dan illusi, illa bil Lah, melainkan dengan kekuatanMu, Ya Allah. Agstarfirullah, tidak timbul kekaburan realiti dan illusi, melainkan kerana kekaburan mahlukMu mengenaliMu, Ya Allah…
2. Seperti biasa, teguran Ustaz yang sangat jauh menusuk kalbu dan minda. Satu penceritaan kehidupan realiti mahluk Muslim yang dibuai mimpi berrealiti, tetapi akhirnya diberitahu hanya berillusi. Dalam berrealiti Muslim sering berillusi, sehinggakan Tuhannya yang realiti menjadi illusi dan sesuatu yang illusi diambil sebagai realiti (beragama tanpa Tuhan). Bagaimanakah semua ini boleh terjadi? Boleh kita teruskan illusi kehidupan ini mengaburi realiti? Mahukah kita nanti, di Akhirat kelak, dituduh hidup bersekongkol dengan illusi? Atau sangkupkah kita mempertahankan illusi sebagai realiti, ketika di hadapkan ke mahkamah, di mana mulut dah tak boleh berpuisi, untuk menghiasi illusi dengan realiti?
3. Satu situasi yang amat menakutkan. Satu realiti yang amat menyeramkan. Satu illusi yang maha membinasakan. Teguran Ustaz yang sememangnya berketepatan. Syabas Ustaz! …. Malangnya, apakah kita membaca dalam keadaan bersama realiti? Apakah kita peka pada illusi yang Ustaz maksudkan? Bagaimana berjuta ayat telah Ustaz coretkan, berhubung realiti dan illusi, begitulah berjuta sebab menjadikan Muslim terus berillusi, tanpa mahu memahami realiti. Berbotol air Ustaz teguk, menghilangkan kehausan, menyampaikan ceramah tentang illusi, berbotol darah Muslim terus mengalir di dalam tubuhnya, menerusan hidup berillusi. Malang berjuta kali malang, illusi terus mengatasi realiti.
4. Selagi Sunnahtullah dan Syariatullah tidak diperhalusi, selagi itulah realiti dikaburi illusi. Selagi Muslim hanya memberatkan bersyariat, selagi itu mereka akan dihantui illusi. Sehinggalah Muslim mengimbangi keperluan bersunnah dan bersyariah, barulah mungkin realiti mengatasi illusi. Muslim telah terlalu lama bermimpi untuk berjaya dengan hanya bersyariat. Muslim telah lama memperjuangkan semangat Islam tanpa bersunnah (Allah). Ini yang melemahkan Muslm sebenarnya. Disogok dengan illusi bahawa bersyariah itu adalah segala-galanya dan mengenepikan pentingnya realiti bersunnah (Allah).
5. Sunattullah berjanji tidak akan merosakkan kereta kebal dengan membaling batu. Sunnatullah berjanji akan mengambalikan Muslim kepada realiti, sekiranya Muslim sanggup melupakan illusi. Lupakanlah bermimpi menjadi Nabi yang melembutkan besi dengan tangannya. Ketepikanlah impian, menjadi Nabi yang dibantu oleh malaikah semasa perang. Jauhkan khayalan menjadi nabi yang memindahkan istana dengan sekelip mata. Walaupun itu semuanya realiti, ia tidak boleh dicapai dengan Muslim yang berillusi. Mukjizat itu semuanya untuk Nabi-nabi yang berrealiti.
6. Ayuh semua mari kita mencari realiti. Katakanlah bahawa hanya kewujudan Yang Asa itu sahaja realiti. Kewujudan mahluk adalah satu illusi, ibarat kain yang wujud berillusi menggantikan kapas yang realiti (dalam dunia kapas). Hanya dengan memahami sedemikian, kehidupan illusi kita bertukar menjadi realiti. Realiti yang akan dapat memadamkan semua illusi, yang berleluasa mengaburi realiti. Hanya dengan kekuatan sebenar Yang Realiti, yang dapat menghancurkan semua illusi, tanpa sedikitpun kekaburan yang akan tinggal dalam berillusi. Semuga akhirnya kita berjaya bangkit kelak di Akhirat dalam realiti.
artikel ini adalah artikel ustaz yg paling sy gemari. Kenyataan yg dibentangkan ini dikongsi saya bersama sahabat menyelami akan hakikat posisi kami sbg pemuda hari ini.
Jika kami pemuda juga tidak sedar dan masih leka maka janganlah bicara pasal orang tua pula. Hakikatnya kami harus berubah segera. Harus memperkasa dari segenap aspek. Jika ya kami punya iltizam membebaskan Palestin dr kekejaman musuh.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.
Amma ba’du.
Israel perlu menyerang Gaza kerana Dajjal al-Masih perlu memasuki fasanya yang ketiga, iaitu “satu hari seperti seminggu”.
Itulah jawapan yang sebenarnya. Namun, hanya segelintir yang benar-benar mengetahuinya.
Wallahu’alam.
http://ibnarifin.blogspot.com
Salam. Tumpang iklan sikit ustaz ye….
T-shirt Palestin di sini. Boleh design sendiri….
Sebagai sokongan terhadap Palestin…………
Cuba tenguk dalam ni…
http://najwa09.wordpress.com
SubhanAllaah. A very good article indeed. Thank you ustaz for sharing your knowledge.
I like the idea of reality vs. illusion. Of how the big community of us the muslims, are merely an illusion. Astaghfirullah. May Allaah guide us all in becoming a community of reality. A real muslim, as what is described in the Quran.
Jazakallahu khayran ya ustaz for this.
Let us all pray that Allaah’s mercy be upon all of the true believer of Allaah SWT, and His prophet SAW. And may by Allaah’s power and will, Palestine will one day be awarded with victory. Ameen.
salam ke atas semua hambaNya~
janganlah ada perbalahan dia antara kita,
terimalah pandangan orang berilmu dan bincangkan dengan baik segala perselisihan. hentikan lah ragu2 dan buruk sangka pada saudara sesama kalimah.
@abu saif, ini antara artikel yang mengundang air mata. sejauh mana peranan saya dalam mendidik diri sendiri, dalam meneladani sejarah, meneruskan sunatullah mewarisi cahaya bawaan rasulullah saw. masih jauh ketinggalan
semoga ustaz dapat selalu berkongsi, dan moga berbondong-bondong yang terkesan. kerana masih banyak hati2 yang buta dia atas bumi ini ustaz. hati saya, teman2, ahli keluarga…masih jauh dari bayangan syurga. kerana lalainya kita.
semoga gelombang kesakitan palestin ini dapat dirasakan oleh semua untuk diambil tindakan bermula dengan diri sendiri menjadi sebuah gelombang perubahan yang berterusan.
jangan sekali2 ada yang mengatakan misi bantuan itu gagal, tapi sungguh telah membuka banyak mata dan semoga tidak kita kembali lena. dan inilah satu permulaan untuk dunia baru yang kita pinjam dari anak2 masa hadapan
semoga allah redha, terima kasih ustaz.
*saya teringin mahu tahu pandangan dan pendapat ustaz tentang peranan wanita, perempuan yang seusia saya khususnya (yang masih belum berkeluarga, masih belajar atau beru memulakna kerjaya) dalam menjalankan cita2 kita semua, islam dijunjung serata dunia dan akhirnya hingga syurga.
(maaf ustaz,komen yang panjang)
bila pemikir class atas bertembung pemikir class bawah..