
“Macam mana nak sampai ni?” hati saya terdetik.
Jam sudah pukul 6:30 petang.
Saya ada tempoh sejam sebelum tiba di Surau al-Syakirin, Taman Pinggiran USJ3 Shah Alam untuk ceramah Maulid al-Rasul.
Dua kali kereta saya terbabas sedikit kerana mengantuk yang bersangatan. Andaikata ia perjalanan pulang daripada program, pasti saya akan tidur di stesyen minyak seketika sebelum menyambung perjalanan. Tetapi kali ini, saya berada dalam keadaan keletihan dan mengantuk ketika di dalam perjalanan. Mustahil pihak penganjur boleh menerima kelewatan saya jika alasannya hanyalah ‘mengantuk’.
“Ya Allah mengantuknya!” saya memicit-micit dahi.
Kereta berpusu-pusu di MRR2.
“Pommm!!!” saya dikejutkan dengan satu letupan..
Tayar kereta saya meletup.
Kereta melelong seketika dan banyak kenderaan lain membunyikan hon. Mujurlah sistem keselamatan ABS dan EBD segera berperanan menstabilkan kembali pemanduan. Saya segera merapatkan kenderaan ke kiri jalan dan sedikit demi sedikit mencari ruang untuk memberhentikan kereta.
“Allahu Akbar! Alhamdulillah!” lega kerana terselamat daripada bencana yang lebih besar.
Kereta masih baru. Malah baru sahaja diservis.
Saya sendiri tidak begitu pasti bagaimanakah segala alat tukar ganti berfungsi. Dengan saiz Citra Rondo yang agak besar, usaha untuk meninggikan kereta dengan jack sedikit sulit, ditambah pula dengan keadaan diri saya yang amat keletihan. Saya segera menghubungi isteri untuk memaklumkan apa yang berlaku. Bagus juga kerana telefon bimbit mempunyai peta yang memaparkan lokasi saya dan dengan mudah, gambar peta tersebut boleh saya hantarkan dengan MMS. Ia sering saya amalkan, terutamanya ketika tidur keletihan di mana-mana stesyen minyak. Saya akan memaklumkan lokasi semasa, sebagai langkah keselamatan seandainya ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pihak jawatankuasa surau juga segera saya hubungi.
“Masih sempat atau bagaimana? Kalau ceramah lepas Isyak pun boleh. Insya Allah kami tunggu,” kata AJK surau.
“Saya cuba dahulu. Nanti saya update semula,” saya membalas.
Tangan sudah hitam legam dan kotor. Begitu juga dengan jubah dan kain pelekat. Terdetik pula rasa menyesal berkain pelekat. Tetapi teringatkan orang Yaman berperang dengan memakai kain pelekat, faktor itu saya abaikan sahaja. Namun bagaimanakah untuk saya ke surau berceramah dalam keadaan yang sangat comot seperti ini?
Malam hampir gelap.
Saya masih tersadai di tepi kawasan perkuburan kaum Cina berhampiran Taman Connaught.
Semasa tayar diperiksa, rupa-rupanya ada paku besar yang telah menyebabkan tayar yang masih baru itu berlubang di tengah-tengahnya.
Syukur Alhamdulillah adik dan abang ipar saya kebetulannya berada tidak jauh daripada lokasi kejadian. Mereka tiba kira-kira setengah jam selepas kejadian dan dengan bantuan mereka berdua, tayar selamat diganti. Akan tetapi saiz tayar gantian itu sangat kecil berbanding dengan tiga lagi tayar 16 inci. Ia tidak memungkinkan saya untuk menyambung perjalanan ke lokasi ceramah di Shah Alam. Akhirnya, ceramah terpaksa dibatalkan dengan rasa berat hati yang bersangatan.Terima kasih kepada AJK surau yang baik hati lagi prihatin.
Tiba di rumah semula selewat jam 10 malam, saya gagal menemui mana-mana kedai tayar. Tidak sempat berfikir bagaimanakah untuk isteri saya ke hospital esok untuk bekerja (oncall), saya pula perlu segera bersiap untuk ke Johor Bharu malam ini. Terima kasih juga kepada Danial, Dzulhuzmi dan Acap yang akan menemankan perjalanan saya malam ini.
Biar pun kejadian tayar meletup itu amat mengejutkan, namun hakikatnya itulah sebenarnya yang telah menyelamatkan saya. Jika perjalanan diteruskan, kebarangkalian untuk saya kemalangan kerana mengantuk amat tinggi.
Kita meminta daripada Allah apa yang kita mahu, Allah memberikan kepada kita apa yang kita perlu!
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Subhanallah…
dah dekat dah dengan area rumah saya kat bandar tasik selatan tu ustaz.. alhamdulillah selamat semuanya.
Allah jua yang mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya
Mudahan ustaz banyak bersabar dengan ujian.. sunnah seorang pejuang
Manusia merancang, dan Allah juga merancang, dan Allah lah Sebaik-Baik Perancang..Alhamdulillah ustaz selamat..ketika umat masih memerlukan mu..
alhamdulillah .. satu ilmu hari ini saya timba .Terima kasih ustaz
Mencari hikmah pada setiap kejadian, walau pun peristiwa yang kita alami itu adalah merupakan kesalahan kita, sekurang-kurangnya kita belajar dari kesilapan.
Komen akak tidak ada kena mengena dengan artikel ustaz, sekadar tips menghadapi kejadian yang tidak diingini. 10% apa yang berlaku kepada kita, 90% reaksi kita.
Terasa pula saya dengan komen K Ija tentang tak ada kena mengena. Parah lagi keadaannya, bukan sekali dua telah dilakukan, malah telah lama berterusan.
Lega pula rasanya, apabila membaca hal 10:90% K Ija. Kalau selalu hal 1:9 ini sensitif, hal 10:90 yang K Ija paparkan adalah kesenimbungan pemikiran dari pembacaan tentang cerita ‘melelong’ disebabkan tayar pancit.
Tajuk Ustaz kali ini, sesuai dengan ‘lelongan’ (bukan kena lelong … tetapi melelongnya kereta) . Saya merasakan isinya melelong dari tajuk, sedangkan isinya benar belaku. Maka tidak mustahil tajuknya yang melelong.
Jadi kalau saya melelong, tidaklah akan merasakan diri terasing, kerana isi ceritanya adalah tentang melelong. Dan sebenarnya, dalam kehidupan, pernah tak kita menganalisa, berapa peratuskah kita melelong, berbanding tidak.
Kalau tiada lelongan, sudah pasti Muslim masih berada di dalam landasan. Kalau kita tidak menerima adala lelongan, sudah pasti kita sebenarnya melelong dalam keadaan tidak sedar kita melelong.
Jangan senyum terlalu lebar ya K Ija dan Ustaz dengan lelong melelong pagi-pagi ni. Yang penting, cerita melelong ini punya makna hendak disampaikan. Walaupun ia jauh melelong.
Terkeliru dengan perkataan ‘lelong’ yang berulang-ulang… Sekali baca ‘lelong’ – nak kena jual, dua kali baca ‘lelong’ (melelong) – tersasar?
@adros,
Biar di sini kita keliru, jangan di Sana kita celaru! Keliru di sini masih ada yang sudi dengan hidup untuk memberi. Celaru di Sana, Pintu yang mana pun tak kena lagi!
Isi dan kulit adalah isu menarik perhatian saya. Tak dikupas kulitnya, masakan dapat isinya. Sunnah Allah pula menjadikan adanya kulit berlapis. Maka isu berlapis-lapis pun timbul.
Nak diperpanjangan lelongan, kita kaitkan berlapis-lapis dengna bertahap-tahap atau makam. Maka terpulanglah pada kita di makam mana kita hendak menuju.
Membiasakan diri dengan keliru, akan mengajar kita memahami makar atau strategi kehidupan. Jalan yang lurus, tak mengantuk ke?
Ini bukan masaalah tak boleh fokus, tetapi sentiasa ingin peka kepada semua bahagian, sebelum ada keperluan untuk menuju kepada satu isu mikro.
JAdi kalau kita selalu melelong, tanpa kemudian dapat mengawalnya, yakinlah satu hari terlelonglah kita. Sebagaimana melelongnya Muslim, terlelong dengan strategi muamalah Bukan Muslim.
Selamat bermuamalah di KSA! dan SIO!
@pak din 31, MasyaAllah pakdin… Sastera bahasa pakdin..
)
@pak din 31, mantapp..
Syukur ustaz selamat..
Hanya dugaan Allah..
lepas nie harap2 elakkan memandu jika mengantuk..kadang2 biler syok sgt memandu, leh raser leka, dan boleh terlelap..
apa2 pun syukur lah ada insan yg membantu dalam2 keadaan kecemasan camnie..
Apa hikmah orang Yaman pergi berperang menggunakan kain pelikat?
Ustaz beli iPhone baru ke? Siap boleh hantar MMS dan ada lokasi peta lagi.
SubhanAllah, semuga ustaz di bawah rahmat Allah…dan dijauhkan dari segala malapetaka..
We will always be able to see God’s blessings if we open both our eyes and heart, even in the seemingly direst of situations.
Tak ada satu kejadian pun yang Allah jadikan sia-sia.
Tiada yang sia-sia melainkan ada hikmahNya. Moga ada kesegaran baru disebalik ujian dan dugaan yang maha kecil itu~
Salam ,Ustaz perlu juga rihat, setiap angota badan kita ada haknya,Niat ustaz teramat murni sehingga ustaz terlalu sibuk dgn jadual yang padat.Kami masih membuntuhkan artikal yg banyak,jadi semuga ustaz sihat dan selamat.
Salam alaik ustaz,
Saya cukup risau la ustaz ttg kes2 kemalangan jalan raya di msia dan negara islam lain…
bandingkan dengan uk, firasat saya mengatakan sini jauh lebih rendah.. walaupon sini byk pemabuk..
mgkin dsebabkan kuatkuasaan yg cukup ketat seperti MOT, lesen, kamera, polis, saman denda, etc…
juga sikap pemandu yg berhemah dan mementingkan kelamatan semua pengguna jalan raya….
ssesungguhnya saya pelajar medik cukup sedih melihat kes2 kemalangan… kami btungkus lumus menyelamatkan nyawa dan kalau kemalangan berlaku senang2 sahaja nyawa melayang…
adalah berdosa saya rasa jika kita tidak melakukan sesuatu…
doa2 supaya kita supaya dapat menyedarkan ummat.
jz
kat mana yg lbh byk kemalangan tu, malaysia ke UK? yg pastinya malaysia lg banyak kan..
Perkongsian cerita yang amat membekas dalam hati. Sukar untuk membaca tulisan sebegini, setiap perkara sekecil mana sekalipun dikaitkan dengan nilai langit, SubhanalLah. Syukran Ustaz.
terjumpa iklan sabun aura yang boleh hilangkan rasa mengantuk..syor buat pemandau dan penceramah agar menggunakannya..cuma samada ada tanda halal atau tidak!! wallahuaklam…
“Kita meminta daripada Allah apa yang kita mahu, Allah memberikan kepada kita apa yang kita perlu!”
kalau begitu dari banyak perkara yang kita mahu, Allah hanya tunaikan apa yang perlu untuk kita pada satu-satu masa ya?
syukur alhamdulillah. saya mengerti sesuatu dari entry ustaz kali ni..terima kasih ustaz.
betul.. kdg2 berlaku pd diri kita
Perancangan Allah lebih lebih baik..
salam ustaz,
dah agak la rasanya saya tak melawat website ustaz,
entah kenapa hari ni dalam keadaan tertekan, tiba-tiba plak tergerak hati untuk melawat..
alhamdulilih, sekecil-kecil mana pun perkara yang berlaku pasti ada hikmah.apatah lagi kalau perkara-perkara besar.
terima kasih ustaz untuk pengkongsiaan itu
Alhamdulilllah, ALLAH SWT tahu apa yang terbaik buat umatNYA.
syukur pada-Nya kerana ustaz tidak cedera… hikmah yang tersembunyi, memang sukar ditafsir. Yang pasti, Allah Maha Mengetahui…