Babi… Harus Yang Haruskah Begitu?
Print
|
Email
|
“Macam mana pandangan ustaz?”, tanya rakan sekerja saya setibanya saya di pejabat pagi ini.
“Macam mana apa?”, saya terkejut.
“Cuba ustaz check email”, katanya
Pagi ini saya menerima email yang menyertakan gambar-gambar sekumpulan pelajar perubatan haiwan di ladang babi. Email pertama yang saya terima, mempersoalkan tindakan pelajar tersebut memegang dan berposing dengan babi-babi itu. Manakala email kedua, disertakan jawapan dari seorang doktor perubatan haiwan yang cuba menjelaskan tentang hukum memegang, mengurus dan merawat haiwan seperti anjing dan babi.
Pada pandangan saya, jawapan yang diberikan oleh doktor berkenaan itu betul.
Apabila Allah SWT menyatakan tentang pengharaman babi di dalam surah al-Maidah ayat 3, ia telah diperincikan oleh majoriti ahli tafsir bahawa pengharaman yang dimaksudkan itu ialah haram memakannya (dengan beberapa perincian tentang hukum tulang dan lemak, hukum menggunakan kulitnya dan sebagainya).
Tetapi tidak ada sebarang kenyataan dari nas al-Quran dan al-Hadith berkenaan dengan hukum haram pada memegang dan menyentuh babi, khususnya jika sentuhan itu ada keperluan atau maslahah yang jelas. Antara maslahah yang ada ialah apa yang telah diterangkan oleh doktor berkenaan.
MASLAHAH DAKWAH
Ada rakan-rakan saya yang berdakwah ke kampung orang asli, perlu juga menerima keadaan anjing duduk di riba mereka, atau masuk ke kampung menunggang babi… kerana mahu rasional dan mengutamakan maslahah dakwah.
Soal najis, ia boleh dibersihkan dan disamak. Terkena anjing dan babi tidak berdosa. Yang dituntut ialah Thaharah dan samak kerana najis, bukan kerana dosa.
Mungkin ada kekeliruan di situ.
BELAJAR MEMAHAMI…
Cuma, saya berpandangan, tugas merawat dan menjaga babi itu, lakukanlah ia seadanya.
Pelajar terbabit harus memahami sensitiviti masyarakat. Maka kalau bergambar di kandang babi, bergambarlah. Tetapi tidaklah perlu berposing dengan intim. Alangkan doktor dengan pesakit pun tidak begitu, apatah lagi doktor haiwan dengan pesakitnya yang bernama khinzir. Apakah itu kaedahnya untuk mendidik masyarakat tentang hukum Islam yang sebenar terhadap khinzir?
Jika saya mempunyai pandangan bahawa bersalaman di antara lelaki dan perempuan adalah harus, perlukah saya paparkan gambar saya berjabat mesra dengan seorang wanita bukan mahram?
Jika saya berpandangan bahawa hukum muzik adalah harus dan tidak seperti yang difahami oleh kebanyakan masyarakat, perlukah saya paparkan gambar saya memetik gitar atau meniup trompet?
Belajar memahami sensitiviti masyarakat lebih mudah dan utama, berbanding dengan mengharapkan masyarakat memahami apa justifikasi pelajar itu bergambar mesra dengan babi-babi tersebut.
Kecualilah insiden ini mahu dimasukkan sekali ke dalam leteran saya tentang kepekaan yang lumpuh oleh generasi muda hari ini,
Seek first to understand, then to be understood.
Wallahu A’lam
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor









apa yg ditulis tawel di blognya menarik jugak..
cuma identiti pelajar ini sedikit terdedah di blog tawel. berbeza dgn ustaz.siap ada sensor lagi..tapi isi tetap sama.
http://hembusan.blogspot.com/2007/08/hukum-pegang-juga-peluk-babi-anjing.html
BERIKUT ADALAH JAWAPAN DOKTOR PERUBATAN HAIWAN YANG SAYA MAKSUDKAN. UNTUK RUJUKAN…
bagi saya ustaz, penjelasan abg.hamka itu betul tapi dia langsung tidak menjelaskan perilaku student veterina….bukan aper, dalam emial yang saya dapat dan respon yang saya terima…bukan mempertikaikan hukum…tapi lebih pada kelakuan student tersebut….
kakak saya juga seorang doktor veterina dan sudah bekerja( seangkatan dengan abg hamka)…setahu saya, memang selalu dia kena samak…tapi tak pernah rasa nyer ‘bermesra alam’ dengan makhluk tersebut…
apa yang penting, kita kena sedaya upaya untuk mengelakkan fitnah….betul kan…..
Assalamualaikum PauhFC. Terima kasih lah tegur tu. Aku rasa kena censor sekarang juga.
jelas…macam kata ustaz KEPEKAAN YANG LUMPUH!
Mesranya………..
http://saifulislam.com/?p=343 ini posting lalu mengenai bagaimana sheikh rayyan memusnahkan bid’ah dan menegakkan sunnah.
Salam..
Erm.. saya pun ada terima email tu juga. Saya deletekan aje. Susah nak bagi komen bila kita tak berpeluang nak dengar sendiri penjelasan dari saudari vet tu, face to face. Seek first to understand , from her point of view… ada justifikasi ke yang dia buat begitu? Mungkin ada yang tersirat di sebalik yang tersurat? Bukanlah saya nak menyokong tindakan adik ni bergambar, cuma saya teringin nak tau kenapa dia buat begitu?
Frankly speaking, saya pun tak sanggup nak tengok lama2 gambar2 kat email tu. Tak lalu. Tapi tak sanggup jugak nak memforwardkan email tu ke kawan2 yang lain. Takut2 menabur fitnah. Entahlah..
Dalam quest saya untuk mencari supervisor PhD, ada seorang supervisor dari UK yang volunteer untuk mengambil saya sebagai student beliau. Tapi researchnya memerlukan saya bergelumang dengan piglet… terpaksalah saya decline secara baik, walaupun secara teknikalnya, boleh.Terasa jugak rugi, sebab supervisor tu dari salah sebuah BTU, dan uni tu di midland, cheaper. Tapi sebab tak lalu :p … takpelah. Wasalam.
Dengan sangkaan baik terhadap pelajar terbabit, ana rasa dia ambil gambar utk koleksi peribadi dan bukan dengan tujuan untuk dipasarkan ke serata dunia. Ana yakin dia juga maklum tentang sensitiviti orang melayu terhadap babi dan anjing. Mungkin gambarnya ni dapat kat sorang kawan, lalu termelentinglah kawan tu, terus diforward ke orang lain dan seterusnya
mungkin juga dia baru tau yg ada pendapat ulama’ kata tak perlu basuh 7 kali etc, dan selama ini pemikiran dia dikongkong oleh masyarakat seolah2 babi dan anjing ni terlalu keji. maka dia melepaskan ‘geram’ dengan bergambar intim dengan haiwan2 tersebut. seolah2 nak kata bahawa apa salahnya pegang babi dan anjing, kenapa org melayu begitu fobia dsb. Mungkin juga selama ini dia memang teringin nak pegang babi dan anjing tapi takut kena samak dsb, bila dah tau ada pendapat kata takyah basuh 7 kali, maka dia pun amik la gambar sepuas2nya
cuma ana pelik, bila isu pelajar memegang babi dijaja ke seluruh dunia internet, diforward gambarnya ke sana sini. tapi pelajar bersentuhan mesra sesama bukan mahram berlaku di mana2, jarang yang orang kita sensitif walaupun gambar/video terpampang di youtube/friendster/myspace dsb. mungkin boleh kita ambil kesempatan utk betulkan pemikiran masyararakat di sebalik isu pegang babi ni
ada hikmahnya juga dia bergambar begini, baru la orang tercari-cari apa hukum pegang babi dan anjing
hukum pegang babi/anjing ni antara beratus ribu hukum yang ada. yang satu ni jugak yang nak ditonjolkan sangat? hukum menentang kezaliman nyata/tidak nyata lebih awla(utama)
saya tulis tentang kegembiraan anak-anak saudara saya bermain di kampung, ada yang menegur suruh fikir kesedihan anak-anak di Palestin.
saya tulis tentang masalah pegang babi, sekarang diminta lebih fokus kepada hukum menentang kezaliman…
akhirnya saya pun tak tahu apa yang nak kena tulis. setiap entry mesti ada SEMUA benda yang ada di dunia ini…
lupa dengan pepatah Arab, li kulli maqaamin maqaal… setiap tempat itu ada topiknya…
ana rasa akhi ro ya alif dhod bukan kata kat ustaz, tapi menegur pihak2 lain yang sensitif pada satu isu sahaja tapi isu yang lain ditinggalkan
kalau saifulislam.com menulis satu isu sahaja, mungkin tidak semeriah sekarang dan pembacanya juga mungkin tidak pelbagai
ana sokong ustaz tulis pelbagai topik, baru meriah dan ada unsur2 surprise setiap kali visit tapi semuanya menyedarkan masyarakat Islam insyaAllah
takpe… ro ya alip dhod dah janji nak makan maghdud kambing dengan saya di ampang… tu yang mengamuk kot sebab tak dapat-dapat lagi peluangnya.
macam mana nak kurus… asyik kena ajak makan maghdud je…
1. setuju pandangan abu handzalah.. entah2 budak tu tak terfikirpun yg dia akan jd ‘glamour’ sebegini rupa..
2. so, IMHO, ini tak melibatkan soal sensitiviti masyarakat/org Islam/Melayu..
dgn bahasa mudah, salah ke ustaz kalau dia nak bermesra dgn makhluk tu sekadar nak buat koleksi peribadi je?.. entah2 org lain yang sensasikan.. dan akhirnya kita yg boleh jadi tersilap faham?
sekadar mengandai…
Assalamualaikum WBT.
Pelajar itu mungkin (=mungkin) bersalah jika dia sendiri pergi sebar gambar-gambar itu pada orang ramai melalui emel lebih-lebih lagi orang yang tak dikenali.
Kita tidak tahu bagaimana mereka mendapat gambar pelajar itu dengan babi-babi itu.
Cuma! Fahamilah perasaan seorang doktor haiwan yang menjaga haiwan-haiwan itu tak sama dengan perasaan kita. Mereka rawat, periksa, beri kasih sayang pada haiwan itu. Mana sama dengan kita.
Jika pelajar itu rekod untuk peribadinya, lepas tunjuk kat kawan-kawan. Kawan-kawan dia patut tanya dia, bukan pergi sebar. Dan saya tak fikir budak veterinar itu akan forward sendiri gambar-gambar dia dengan babi-babi dan anjing itu pada orang tak dikenali.
Cubalah letak diri kita dalam keadaan seorang veterinar yang menjaga babi. Waktu itu baru kita faham!
Selama ini bau asap orang bakar daging babi pun kita nak bising sedangkan kalau asap bakar sate ayam kita tak kisah pun.
Saya juga seakan geli lihat gambar itu. Tapi saya fikir jika saya jadi pelajar veterinar, apakah perasaan saya sama.
Jika saya melihat pekerja membersihkan kumbahan najis, saya merasa teramat jijik, tapi itulah kerjanya, kerja yang memberikan rezeki yang halal. Apakah salah jika ada gambar-gambar pekerja itu sedang membersihkan najis-najis dengan pakaian dia sendiri ketia dia bekerja.
Inikan pula dengan gambar seekor haiwan yang bernyawa, yang diberi kasih sayang oleh seorang doktor haiwan.
maghdud ni tak ada resepi ke ustat? kat uk ada tak jual? huhu. nak gak gemukkan badan makan magdhud
gambar-gambar tersebut diletakkan sendiri oleh pelajar berkenaan di MYSPACE beliau. dan beliau ada menyebut sendiri tujuan beliau meletakkan gambar tersebut. MYSPACE adalah berkonsepkan hampir sama dengan facebook, friendster dan lain-lain, iaitu penyebaran segera bahan terkini dari rakan yang mendaftarkan hubungan.
tidak perlu banyak mengandai-andai…
boleh semak serba sedikit di http://hembusan.blogspot.com/2007/08/hukum-pegang-juga-peluk-babi-anjing.html
Saya rasa, kenyataan doktor tu akan ada pro dan kontra. Bertahun, malah berzaman masyarakat kita menerima bahawa babi dan anjing adalah haram dipegang malah kalau boleh disebut pun jangan sekali. Kerana itu perkataan “babi” dan “anjing” juga dimasukkan sebagai kata-kata makian yang tidak enank didengar, ia membayangkan betapa bencinya masyarakat kita dengan haiwan ini.
Ya, sensitiviti. Terlalu sukar untuk membetulkan sesuatu yang telah difaktakan berzaman lamanya, walaupun fakta itu bukanlah fakta sebenarnya.
Assalamulaikum ustaz
Minta maaf off topic skit …
Betul ker Abdullah Gül dah dipilih melebihi 2/3 dewan …
Tentunya ustaz lebih dekat dgn Turki ni …
Kiranya sah, alhamdulillah …
akhi minta maaf sekali lagi, ana tujukan kepada niat org yang bermesra dengan babi, jika tujuannya untuk melakukan pencerahan kepada umat bahawa hukum pegang babi adalah sekian..sekian..sekian. kenapalah bersemangat sangat hukum ni yang nak ditonjolkan. hukum ni pun ada khilaf. harap faham maksud ana. bukan ana suruh anta tulis macam2.
tapi apa2 pun maghdut bil laban wa kahwa barid kena pi jugak tu.
Hukum memang BOLEH . Tapi aksinya TERLAMPAU .
Kalau nak rawat ..kaji .. bedah . silakan . Nak bergambar silakan .
Tapi jangan megelirukan . Apa akan jadi bila dilihat oleh anak2 dan budak2 .
ISLAM nie bukan setakat hukum . AKHLAK – NILAI – ADAB juga dititikberatkan .
AURAT lelaki dr atas pusat hingga paras lutut . TAPI adakah kita sanggup berseluar menutup aurat itu sahaja membeli belah dan bersiar2 di bandar ? ?
Sendiri mau fikir
perluke bergambar?
Maaf ustaz terkeluar topik sikit tapi ustaz ada sebut dlm artikel ni. Ustaz memberikan contoh seperti dalam ayat ini
“Jika saya mempunyai pandangan bahawa bersalaman di antara lelaki dan perempuan adalah harus, perlukah saya paparkan gambar saya berjabat mesra dengan seorang wanita bukan mahram?”
Apa hukum bersalaman laki dan perempuan yang bukan muhrim? Adakah pendapat ustaz itu sebagai contoh atau ianya benar?
Mohon sesiapa yg arif untuk memberikan penjelasan…
iye lah…. saya rasa, pokok nya di sini ialah ilmu hukum yang jelas dan sensitiviti…. hmmm….
“Jika saya mempunyai pandangan bahawa bersalaman di antara lelaki dan perempuan adalah harus, perlukah saya paparkan gambar saya berjabat mesra dengan seorang wanita bukan mahram?”
Ana pun ingin bertnya soal ini…sebenarnya soal ini sudah banyak kali menjadi polemik pada orang islam.. soal pelajar itu..ana xnak sentuh pasal hkm..semua orang dah tahu..cuma ana terkilan dari segi akhlak…
saya pasti saifulislam.com bukan tempat mencari hukum
sangka baik aje la..
sangka baik pun satu doa juga..
drpd dok cerita aib bdk tu baik kita sama2 doa semoga Allah tambah kefahaman agama pd minah tu..
hamba yg buat dosa tanpa ilmu dgn hamba yg buat dosa dgn ilmu tak sama nilaian pd sisi Allah..
manusia hanya mampu menghukum dari segi zahir namun urusan yg batin tu Allah aje la yg tahu..
kalau seorg perempuan pelacur berbangsa yahudi asbab dia beri minum pd anjing yg dlm kehausan pun Allah boleh beri syurga apalah sgt pd bdk VET tu..kita sama2 doakan semoga Allah tambah petunjuk hidayatNya pd bdk tu dan semua umat Muhammad s.a.w.
kata seorg alim ulama keberanian seseorg bkn di ukur pd tubuh bdn dan kelantangan suara ‘bertakbir’ tetapi sejauh mana keberaniannya menyampaikan perkara yg ‘HAQ’ (yakni berpesan pesan dgn kalimah yg HAQ dgn kesabaran)..
wallahualam..
actually alim ulama yg saya maksudkan tu tuan mufti perak yg dtg ke surau ofis saya last week..kata2 dia yg lembut buat saya benar2 terkesan..kata2 yg dlm tapi beri fikir dan faham agama..
Ustaz, saya cadangkan ustaz menulis artikel tentang ‘vaccination’. I am sure you are the right person to talk about this since your wife is a doctor and you are an ustaz, so you can talk both from medical perspective and also Islamic perspective. Masih ramai lagi di kalangan masyarakat yang menolak vaccination kepada anak mereka dengan pendapat vaksin itu haram dan tidak diketahui sumbernya, which in my opinion orang yang berkata begitu adalah orang yang tidak ada ilmu dalam bidang berkenaan. Bukankah sekiranya kita tiada ilmu dalam bidang berkenaan, maka seharusnya kita merujuk kepada orang yang lebih tahu? wallahua’lam
kesian pula bila dalam email2 yang dipanjangkan, wajah pelajar berkenaan dipaparkan sejelas2nya.
kita kuat berkecenderungan mengaibkan. walhal ada jalan lain yang lebih baik.
Dzulhamka adalah senior sy di UPM dan sy gembira bila tahu dia menulis utk membantu meleraikan kekususutan dan sentimen yg keterlaluan.
Saya fikir pelajar berkenaan mungkin bergambar utk kenangan peribadi, maksud sy utk ditunjuk kepada keluarga atau taulan terdekat betapa dia ‘terpaksa bermesra’ dgn haiwan bernama khinzir sekalipun demi ilmu. Saya percaya dia tidak pernah berniat untuk berbangga dgn gambar2 ini melainkan si penyebar yg kononnya atas nama agama mahu menunjukkan hilangnya waras pelajar berkenaan.
Dulu rakan sebilik saya juga pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan pernah juga dia tunjukkan pada kami sambil bercerita kerumitan berjuang di lapangan Dr. Perubatan Haiwan.
Saya fikir, eloklah kita memaafkan dan ambillah hikmah dari hal ini dengan keluasan ilmu yang dikongsi oleh responden yang ada.
ustadz..kalau beli anak patung babi haram ke?
dulu saya pernah belikan piglet (kawan winnie the pooh) untuk anak saya. saya pikir cuma mainan je..tak kan tak boleh..
masa saya nak bayar, cashier tengok muka saya bulat-bulat. saya bertudung, dan dia pasti saya melayu. dia nak pastikan betul ke saya ni nak beli piglet ni..? saya kata “what’s wrong? ini cuma mainan..” berkali-kali dia tanya saya.. saya pun akhirnya jadi tertanya-tanya..haram ke saya beli anak patung babi?
ha ah pnah gak jadik gitu… piglet kan comey..
assalamualaikum saudari annisa/as-zahra
kalau soalan mcm tu,rasanya ustz takkan jwb kot..apa rasional nya dgn artikel tu??
punya la byk toys dlm dunia ni nape plak anak babi yg menjadi idaman qolbu??hehehe..maaf iyer..
“rumah yg tak di masuki malaikat adalah di dlmnya terdapat gmbr dan patung”..mcm tu la lebih kurang maksud hadith tu..tetapi alim ulama masih ada huraiannya lg..
wallahualam..
Assalmualaikum
Baru mentelaah hadis 40 Imam Nawawi
Hadis yang ke 18 yang menceritakan berkaitan dengan Takwa
Satu kata-kata yang agak menarik oleh salafus soleh iaitu Abu Darda iaitu seorang hamba yang meninggalkan dalam urusan yang seberat semut yang halus SEHINGGALAH IA MENINGGALKAN SETENGAH PERKARA YANG DIPANDANGNYA HALAL KERANA BIMBANG IANYA HARAM
Seorang lagi Solafusolleh Musa bin A’yan berkata Orang yang bertakwa MEMBERSIHKAN DIRI DARIPADA PERKARA-PERKARA HALAL KERANA TAKUT TERJERUMUS DALAM PERKARA-PERKARA HARAM
Tujuan saya cuba nukilkan kata-kata salafusolleh ini adalah mereka ini amat berhati-hati dalam segala perbuatan, tingkahlaku dan kata-kata sehingga perkara yang Halal pun mereka berhati-hati takut menjerumus kepada yang HARAM
Tetapi masyarakat Islam sekarang beria-ia dalam sesuatu perkara walaupun pada hukumnya ianya harus, itu sebabnya Masyarakat Islam dulu tahu hukum memegang babi bukanlah sesuatu yang haram tetapi mereka memegang dengan konsep takwa ini.
Umat Islam sekarang kalau tahu sesuatu hujah itu terus mewar-warkan tanpa melihat adanya satu satu maslahah disebaliknya
Saya bukanlah nak meletakkan sebarang hukum kepada sesiapa tetapi pada pandangan saya kita ini tidak seperi salafusolleh yang amat takut apabila mengeluarkan sebarang hukum mereka ini bersolat dahulu takut-takut mereka bersalah di sisi Allah walaupun hukum yang di keluarkan itu nampaknya adalah ringan pada sisi Masyarakt
Kita sepeatutnya belajar tasawuf disamping bijak dalam hukum atau syariat kerana dengan belajar ilmu inilah kita x akan merasa tinggi diri dan kita sajalah yang serba tahu
Saya sendiri amat setuju dengan pandangan alhikam iaitu
ISLAM nie bukan setakat hukum . AKHLAK – NILAI – ADAB juga dititikberatkan .
AURAT lelaki dr atas pusat hingga paras lutut . TAPI adakah kita sanggup berseluar menutup aurat itu sahaja membeli belah dan bersiar2 di bandar ? ?
Ini indahnya Islam syariat yang diturunkan kadang-kadang adalah satu keringanan untuk Hamba Allah melakukannnya tetapi disitu adalagi apa yang dikatakan Akhlak atau Adab apa yang dimaksudkan oleh golongan Sufi iaitu Tasawuf inilah yang kurang pada Generasi Umat Islam
Umat Islam dulu lebih tahu mengenai seleok belok Agama tetapi mereka ini adalah amat wara dalam tingkahlaku
Wallauallam
Abu Mujahid
Sokong Abu Mujahid..penjelasan yg baik..
Dah jelas itulah taqwa..
As i says before,nape la dlm byk2 toys dlm dunia ni menatang tu yg di pilih dan nape dlm byk2 subjek eksperimen menatang tu juga yg dia minat berposing..hehehe
astaghfirullahalazim..
salam ust,
saya ada soalan dan mungkin off topics
disini saya nak mintak pendapat peribadi Ust, saya pernah berbincang dengan Lect saya mengenai cara2 untuk meningkat taraf ekonomi umat Islam khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Dalam perbincangan itu beliau ada menyebutkan kenapa umat Islam tidak digalakkan untuk menternak babi. Kerana menternak babi itu mempunyai pulangan yang lumayan. Beliau berkata umat Islam hanya bertindak menternak sahaja dan bukannya memakan babi tersebut. Dan satu lagi kenapa umat Islam tidak digalakkan menceburi bidang pembuatan alkohol sebab kepentingannya dalam kehidupan harian manusia. Dan sementelah lagi alkohol itu kalau diikutkan lebih baik berbading air tawar biasa kerana tahap kandungannya yang mampu membunuh kuman dan bakteria.
Mintak pendapat peribadi Ust.
Terima kasih, wassalam
ada yang nak kena tukol ni
assalamualaikum…
maaf mencelah…
jadi havoc pulak isu peluk bab-1 (cara lembut nak sebut babi) ni.
saya nak ula komen kedua On August 28th, 2007 at 12:53 pm:
memanglah dari segi hukum pegang or peluk babi/anjing tak berdosa.
tapi dari segi adat melayu minah tu dah tangkap gambar dengan bab1(babi) kiut tu. sekarang memang dah tak heran yang ada kereta umat islam (kat KL ) dah gantung anak patung babi dalam kereta…sebab depa tak tau hukum dan adat…
memang tidak salah untuk mengendalikan hal ehwal haiwan kerana kita adalah khalifah mereka. tapi kita kena tengok dari segi lain jugak.
agak hairan lah kalau Dr Vet mengendalikan haiwan mereka tanpa menggunakan barrier method macam gloves etc…etc…sebab kami tak mahu kuman berjangkit dari sentuhan ke sentuhan.
saya sebagai Dr manusia pun sesetengah kes seperti mengendalikan luka/pembedahan menggunakan gloves/apron/eye glasses. so apa alasannya jika Vet student pegang haiwan tak pakai gloves or other protective barrier? kami dulu pun bila belajar anatomi bila bedah mayat yang di-awet pun pakai protective barrier. bukan kerana jijik kat mayat, kerana hygiene la kan….
lastly,why a muslim girl who wore hijab sanggup pegang bab1 ni dan tangkap gambar? takde kucing ke buleh pegang? memang saya persoalkan ini bukan soal hukum..tapi dari segi adat…
so… the other Vets any opinion?
wassalam….
assalamualaikum wbt.
ish ro ya alip dhoh dah marah tu. nak bagi tukul lagi. takkan banyak kali nak kena ulang. web usta bukan tempat mencari hukum. patutle saudara ro ya alip dhod marah sgt.
Assalamualaikum
Minta nak ulas sikit lagi
Dalam Islam ni apa yang Allah bagi dalam bentuk syariat adalah sesuatu yang ringan untuk individu seseorang, contohnya memanglah x berdosa pegang Bab -1 tetapi dalam Islam kita mempunyai adab dan akhlak INI YANG PATUT DI TERJERMAHKAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN. Sebagai seorang Islan yang ada Adab dan Akhlah apatahlagi yang saya ulas sebelum ini iaitu PERASAAN TAKWA kepada Allah maka perkara pegang Bab-1 (cara lembut nak sebut babi- pinjam ayat amarsa 13) itu dilihat takut -takut melakukan dosa. Sekiranya ramailak dikalangan kita ni rasa OK saja pegang Bab-1 saya takut-takut sampai satu perasaan masyarakat kita akan kata APASALAHNYA MAKAN Bab-1 ni
Inilah saya katakan golongan Solafus Solleh meletakkan Takwa itu MEMBERSIHKAN DIRI DARIPADA PERKARA-PERKARA HALAL KERANA TAKUT TERJERUMUS DALAM PERKARA-PERKARA HARAM
Wallauallam
Abu Mujahid
Salam,
Jika dikatakan menyentuh babi hukumnya haram, jadi apakah maksud haram di sini ialah berdosa? Jikalau menyentuh babi itu dikatakan haram maka berdosa kah orang yang menyentuhnya?
Saya masih tercari-cari hukum haram menyentuh babi, dalam al quran ke, hadis ka, ijtihad ke..
Aduhla..
Assalamualaikum.
Masalah hukum sudah saya sebutkan. Isu utama ialah kebijaksanaan kita terhadap sensitiviti masyarakat. Pandangan pelajar yang memeluk khinzir itu boleh dibaca di myspace beliau sendiri pada link yang diberikan di atas. Tidak perlu merewang ke sana-sini mengkucar kacirkan perbincangan.
Saya sudah tegaskan, saya menulis entry ini untuk mengajak kita semua supaya bijaksana dalam mengendalikan kelakuan. Jika apa yang kita lakukan itu ada justifikasinya, ia perlulah dilakukan dengan bijak agar masyarakat tidak keliru dalam keadaan kita tidak berkapisiti untuk menghilangkan kekeliruan tersebut.
Semoga semuanya menjadi pengajaran bagi semua. Terima kasih kepada sistem anti spam Akismet kerana bijak menapis komen tidak senonoh yang bertali arus.
Saya kunci komen entry ini. Terima kasih.