Home / BUKU: Rindu Bau Pohon Tin

BUKU: Rindu Bau Pohon Tin

Hari Yang Mengubah Perjalanan Hidupku

Meninggalkan tanah air pada tahun 1993 “Emak baru dapat surat ini. Biasiswa kamu digantung!” kata emak di corong telefon. Jantung saya berdegup kencang. Terasa gelap dunia di sekeliling. “Macam mana boleh jadi macam ini? Emak tak mampu nak tanggung kamu,” emak menangis. Kalaulah emak berada di depan mata, mahu saja saya memeluknya untuk mententeramkan dia. Tetapi emak jauh di seberang lautan. Di kampung halaman, ditimpa perasaan tatkala menerima sepucuk surat berpuaka yang mengubah hidup saya. Sungguh saya tidak tahu menahu. Tiada penjelasan yang mampu saya berikan kepada emak. Hanya sebuah keyakinan, bahawa saya tidak bersalah. Saya tidak takut. Saya tidak …

Read More »

Kehendak-Nya Mereka Pergi

“Ke mana perginya mereka ini? Sudah hampir tengah malam”, saya merungut di tingkap. Saya ke dapur menghangatkan gulai. Sejak Maghrib tadi, saya sudah menyiapkan hidangan. Kari ayam, jelatah, sambal belacan, semuanya sudah saya siapkan. Malam ini saya bakal menerima tetamu istimewa. Ketika asyik memanaskan gulai, saya teringat balik kepada perbualan kami dua hari yang lalu. “Ustaz nanti ada kat rumah ke? Kami cadang nak berjalan ke Mu’tah”, kata Zikri yang diam semenjak tadi. “Ahlan wa sahlan. Memang ana sekarang ni duduk di Amman, sebab cuti. Tapi esok ana boleh balik ke Mu’tah. Ana tunggu antum di sana. Di rumah baru …

Read More »

Alkisah Kenangan Ketua Dewan Harian, Sehari

Kami insan biasa “Anta dilantik menjadi Ketua Dewan Harian, dan malam ini dalam mesyuarat di Amman, anta kena bentang perancangan setahun Dewan Harian” kata senior kepada saya pagi tadi. Saya menggaru-garu kepala. Dewan Harian itu apa? Mengapa melantik saya tanpa persetujuan saya? Mengapa saya? Saya biarkan sahaja soalan itu berselang seli, sepanjang perjalanan dari Irbid ke Amman. Sebentar tadi singgah di al-Mafraq. Susah hati sungguh melihat keadaan di sana. Pelajar baru yang bakal ditempatkan di universiti baru berkenaan ramai. Tetapi kemudahannya amat terbatas, dan belum pernah dalam sejarah pelajar Malaysia di Jordan, penempatan diselaraskan di asrama. Saya baru sahaja menjejakkan …

Read More »

Mempertahankan Kewarasan Akal (Demi Setia Dengan Kebenaran)

Pagi itu di bandar al-Zarqa’, kami berkumpul di Kulliyyah al-Mujtama’. Ia adalah satu daripada siri tamrin yang perlu kami hadiri. Tanpa dirancang, saya dipilih (diarahkan) oleh AJK supaya menjadi pengerusi majlis bidan terjun. Tanpa banyak menyoal, saya terima sahaja. Sekurang-kurangnya dengan duduk di pentas sepanjang tamrin, saya mendapat desakan tambahan untuk tidak mengantuk dan langsung tertidur. “Tolong buat pengumuman ini” tiba-tiba seorang senior memberikan sekeping nota kepada saya. Beliau merupakan salah seorang AJK program berkenaan. Dahi saya berkerut. Ada sesuatu yang tidak masuk akal dalam pengumuman yang saya diminta membacanya itu. “Ana diminta membuat pengumuman supaya syabab (peserta lelaki) menanggalkan …

Read More »

Tetamu Dataran Syam: Antara Targhib dan Tarhib

“Hmm… sunyi betul. Semua orang tidur balik!” pelajar yang baru sampai kehairanan. Abang-abangnya (mungkin kakak-kakak pun sama), tidur selepas solat Subuh. Sesuatu yang pantang benar dibuat di tanah air. Sempit rezeki, hidup tidak berkat, teringat balik emak menghempas-hempas daun tingkap kalau anak-anak tidur menongkat matahari. Muka apa namanya,  nak jadi ‘bapak orang’, ‘mak orang’, kalau ayam di reban ke tanah lebih awal dari kamu! Pelajar yang baru tiba, menggelengkan kepala. Berazam tidak mahu mencontohi amalan-amalan tidak senonoh senior mereka di bumi Anbiya’ ini. Bumi yang sepatutnya menjadi tempat mereka berjuang menuntut ilmu, mempersiapkan diri, pulang ke tanah air nanti, sebagai …

Read More »

Nilai Air di Luar Dunia Padang Pasir

“Hah, cepat! Cepat!” Khairul memekik memanggil kami semua yang sedang berbual di bawah pokok plum. “Cepat apanya?” saya bertanya. “Air dah sampai” Khairul membalas. Kami segera bingkas bangun menuju ke dalam rumah. Memang setiap minggu, inilah rutin kami. Menunggu air masuk ke tangki. Sudah seminggu air tidak datang. Bukan minggu ini sahaja, malah setiap minggu. Kehidupan di Jordan pada musim panas memang memeritkan. Keperitan itu pelbagai, namun yang paling kami bimbangkan adalah masalah kekurangan air. Memang tidak dinafikan cuaca pada musim panas di Jordan, memang panas dan terik. Ada kalanya mencecah 45°C. Apabila kami ke kelas, mata terpaksa dipejam kecil …

Read More »

Ramadan Tetamu Dataran Syam

Foto Ihsan Ustaz Fazdi Harun “Assalamualaikum!” kedengaran suara memanggil dari luar. “Eh, siapa pula tu?” saya bertanya kepada Arief. Kami sedang sibuk memasak lauk untuk berbuka puasa malam ini. Maklum sahajalah, hari ini adalah Ramadhan pertama kami di perantauan. Rupa-rupanya Muhannad, anak jiran kami datang. Beliau membawa sepinggan besar nasi yang dimasak dengan ayam. Maqlubah, kata orang Jordan. “Wah, terima kasih banyak-banyak Muhannad. Semoga Allah memurahkan rezekimu sekeluarga. Sampaikan ucapan terima kasih kami kepada ibu bapa kamu, ya” Arief menyambut talam yang dihulur. “Sama-sama. Ini namanya hidup berjiran” Muhannad tersenyum. Iftar pertama saya dan ahli rumah kami di Jordan penuh …

Read More »