Home / Kritikan Novel Sejarah Islam

Kritikan Novel Sejarah Islam

Imaginasi Karyawan Yang Memfitnah Sejarah Orang Beriman

“Benarkah Imam Birgivi yang ana bentangkan di dalam disertasi nanti, adalah Imam Birgivi yang sebenarnya? Itu yang merisaukan ana” saya meluahkan rasa gelisah. “Jangan fikir berat-berat sangat, ustaz. Sarjana ini, hanya persinggahan. Disertasi ustaz hanya 80 ke 100 muka surat sahaja” nasihat sahabat dan guru saya, Adib. “Apabila Dr. Azmul lontarkan soalan mudah di awal semester tempoh hari, ana terlarut dalam mencari jawapannya. Dr. Azmul tanya, jika Birgivi memberikan reaksi kepada ketidak stabilan sosio politik dan sosio ekonomi Dawlah Uthmaniyyah, maka apakah ketidak stabilan yang dimaksudkan. Soalannya mudah. Tetapi untuk mencari jawapannya, berbulan ana membaca hingga sesat dalam undang-undang masa” …

Read More »

Kesalahan Menggugurkan Selawat dan Salam Dalam Pengucapan dan Penulisan

Kita disyariatkan untuk berselawat kepada Nabi sallallaahu alayhi wa sallam semasa bersolat di dalam bacaan tasyahhud. Juga semasa berucap, berdoa dan beristighfar. Demikian juga selepas azan, semasa masuk dan keluar masjid dan ketika baginda disebut dalam situasi-situasi yang lain. Ibnu Solah di dalam Muqaddimah Ibnu Solah menyebut di dalam Bab 25 “Pada Menulis Hadith dan Kaedah Penulisan Serta Tuntutan-tuntutannya”, beliau berkata: Ke-9: Hendak seseorang itu memelihara penulisan selawat dan salam ke atas Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa menyebut baginda. Tidak menjadi sesuatu yang menyakitkan untuk ia dilakukan secara berulang-ulang kerana ia adalah manfaat agung yang segera hadir buat mereka yang …

Read More »

14. Penarikan Semula Novel Hijrah dari Pasaran: Kenyataan Media oleh PTS

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Azza wa Jalla dan selawat serta salam buat Rasul-Nya. Saya bersyukur kepada Allah, pada hari ini Tuan FAUZUL NA’IM ISHAK selaku Pengarah Penerbitan bagi PTS Media Group Sdn Bhd. telah menyiarkan kenyataan rasmi mengenai isu kritikan terhadap novel HIJRAH karya Ayahanda Abdul Latip Talib. Ia tidak seharusnya dibaca sebagai ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah. Ia bukan sebuah pertandingan. Tetapi ialah adalah sebuah proses untuk mengukuhkan tradisi keilmuan di dalam masyarakat kita di negara yang dicintai ini. Justeru, tindakan PTS mengalu-alukan kritikan, mengadakan siri perbincangan dalaman mereka dan mengambil keputusan untuk menarik …

Read More »

13. Dakwah Kreatif Perlu Cermat Antara Hikmah dan Bid’ah

[IA ADALAH PERKONGSIAN PANDANGAN SAYA TENTANG PENDEKATAN YANG DIPAKAI OLEH PEMBANGUN-PEMBANGUN MODUL LATIHAN YANG MENYANDARKAN MODUS OPERANDI INOVASINYA KEPADA PEMIKIRAN LATERAL EDWARD DE BONO YANG BANYAK DIKONGSI OLEH PUAN AINON MOHD DI DALAM BUKU-BUKU PEMIKIRAN BELIAU YANG SAYA LANGGANI. NAMUN IA MENJADI MUHASABAH BERSAMA SEBAB SAYA PUN SANGAT BERMINAT LAGI TERKESAN DENGAN PEMIKIRAN LATERAL INI DAN SERING MENGGUNA PAKAI IA DALAM SEDIKIT MASA PEMBABITAN SAYA DI INDUSTRI LATIHAN] Berfikir secara kreatif, sangat diperlukan untuk merobohkan halangan kepada sesuatu yang lebih baik, lebih bermanfaat buat diri dan umat. Oleh kerana kreativiti itu terhasil melalui ruang akal yang dijamin oleh agama, umat …

Read More »

12. Jangan Tergoda Untuk Menjadi Selebriti

Ahli akademik dan asatizah janganlah berasa rendah diri di hadapan tetamu-tetamu bicara agama bertaraf selebriti, hanya kerana pengukuran jangka pendek memperlihatkan dakwah mereka lebih berimpak. Jangan tergoda untuk menjadi selebriti. Biar pun gaji pensyarah memang tidak banyak mana dan sangat susah untuk naik pangkat, jangan terdesak untuk mempopuliskan diri. Kekalkan keutuhan jiwa cintakan ilmu, jadilah benteng harapan terakhir masyarakat untuk mengkoreksi umat, walaupun mungkin terpaksa menjadi Jack, sang penumbang Gergasi. Jangan tergoda dengan pasaran. Jangan kelabu mata dengan wang. Jangan keliru antara popular dan benar. Pasaran akan terus menggoda. Setakat ini, dunia populis sama ada buku atau media siar, tidak …

Read More »

11. Saya Bukan Pakar, Saya Pelajar

Bersama Prof Dr Redzuan Othman, yang selayaknya seorang Pakar   Di dalam masyarakat kita, orang yang menulis atau berbicara tentang satu-satu subjek, pantas diangkat menjadi PAKAR di dalam subjek tersebut. Saya menulis tiga buah buku bertemakan kekeluargaan, saya dianggap pakar subjek kekeluargaan. Kadang-kadang disebut juga sebagai pakar cinta. Ia adalah persepsi. Sama ada saya percaya dengan persepsi itu lalu mengiyakan bahawa saya memang pakar cinta dan rumahtangga, atau saya sedar diri bahawa saya tahu di mana kedudukan diri saya. Biarlah orang terus menganggap saya pakar dalam subjek itu, saya perlu terus menerus merendah diri, membenarkan diri dibetulkan, terus belajar, semasa …

Read More »

10. Kritikan Bukan Menjatuhkan

ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 5 MAC 2013 Saya menerima banyak saranan yang mencadangkan agar kritikan saya terhadap novel karya Ayahanda Pak Latip dilakukan secara senyap-senyap lagi tertutup. Alasan yang diberikan, saya rumuskan kepada dua: Ia mengaibkan. Ia mengelirukan. Pembaca sudah tidak pasti adakah buku-buku berkenaan patut dibeli dan dibaca atau bagaimana. ISU PERTAMA Saya juga rasa begitu. Tetapi bagi karya yang sudah mencecah ratusan ribu di pasaran, ia sudah menjadi sesuatu yang amat berakar umbi di dalam masyarakat. Jika saya menyampaikan secara tertutup dan tidak mendapat maklum balas yang sewajarnya, lalu saya bertindak menegur secara terbuka, maka ia akan lebih bersifat …

Read More »

09. Peranan Editor Buku

ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 4 MAC 2013 Keresahan yang timbul semasa saya melontarkan kritikan kepada novel-novel karya Ayahanda Pak Latip, andai boleh dimanfaatkan, turut memberikan beberapa penekanan kepada peranan editor. Editor adalah pihak yang meneliti naskhah yang dihantar oleh penulis untuk dinilai, diterima dengan pembetulan atau ditolak. Jika lazimnya aspek yang ditekankan hanyalah membabitkan soal tatabahasa, teknik menulis, aliran idea, kini mudah-mudahan jelaslah bahawa editor tidak boleh meletakkan kepercayaan semata-mata kepada penulis untuk kesahihan fakta dalam tulisan. Seorang editor perlu kenal latar belakang penulis, sama ada beliau seorang yang diyakini berkeupayaan terhadap topik yang ditulis, atau sebaliknya. Justeru editor perlu berpengetahuan …

Read More »

08. Berusaha Adil Walaupun Kepada Ataturk

Walaupun kisah Atatürk selepas matinya tidak diterima bumi sangat meluas diperkatakan, malah saya juga mendengar kisah itu daripada pakcik-pakcik tua di Turki, namun disebabkan oleh saya tidak pernah bertemu dengan bukti bertulis yang bolehdipercayai mengenai hal ini, saya tidak mencatatnya di buku, dan sudah lama tidak menyebutnya di dalam ceramah. Untuk Atatürk dikritik kerana dasar pembaratannya, apa yang tercatat di dalam dokumen-dokumen rasmi sudah memadai. Jika kuburnya ditumbuhi rumput hijau yang subur sekali pun, apa yang direkodkan sebagai jenayah terhadap umat Islam, kekal jenayah dan perlu diambil iktibar daripadanya. Kita berpegang tegas untuk tidak mendustakan Nabi sallallaahu alayhi wa sallam …

Read More »

07. Jangan Simpan Dendam

ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 2 MAC 2013: Saya berusaha untuk mengenepikan semua bentuk ekspresi emosi sama ada berbentuk marah, kecewa, jauh sekali sifat cemburu atau iri hati (naudhubillah) semasa mengemukakan kritikan terhadap novel karya Ayahanda Abdul Latip Talip, HIJRAH. Termasuk juga emosi malu dan dilihat jahat oleh pihak yang tidak bersetuju, kerana saya dilihat sebagai antagonist. Emosi-emosi, kesemuanya sejak sekian lama, menyulitkan sebarang perbahasan yang sihat di dalam masyarakat kita, serta menyuburkan budaya sindir menyindir, kata mengata, dan dendam yang kesemuanya tidak sihat serta membunuh proses mematangkan masyarakat. Saya menulis, berusaha mengekalkan nada tenang, tanpa bias malah terus menerus membahasakan dengan …

Read More »

06. Sebelum Penulis Menulis

ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 2 MAC 2013: (kredit foto haidatul-territory.blogspot.com) Apabila seorang artis berhijrah, bertaubat dan mahu mengubah kehidupannya, dia berhadapan dengan kesulitan besar apabila karya-karya seninya yang terdahulu, bukan miliknya untuk dengan mudah ditarik balik. Mungkin sudah bertudung, tetapi imej-imej tidak bertudung yang tersebar, tidak berada dalam upayanya untuk dicegah daripada tersebar. Ia sering menjadi igauan buruk mereka dan semoga Allah membantu. Demikian juga dalam penulisan. Apabila kita berhadapan dengan penyesalan apabila buku yang pernah ditulis rupa-rupanya salah, bukanlah hak penulis untuk menarik kembali buku tersebut. Hanya penerbit dan pihak berkuasa sahaja yang mempunyai keupayaan untuk menghentikan penjualan sebuah buku …

Read More »

05. Novel Sejarah Dan Konflik Asbab al-Nuzul

Novel Sejarah karya Ayahanda Abdul Latip Talip turut dianalisa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Shahrizal Nasir daripada UNISZA daripada sisi penisbahan ayat-ayat al-Quran kepada peristiwa secara tidak tepat dan mengganggu kefahaman tentang Asbab al-Nuzul ayat al-Quran. [Klik Untuk Mendapatkan Salinan Kajian Berkenaan] Agak janggal apabila sebuah novel dikarang tanpa meraikan disiplin akademik sebagai alat merujuk, menghasilkan pelbagai bentuk kecamuk yang mempunyai kesan jangka panjang kepada tradisi ilmu masyarakat. Ia harus menjadi iktibar kepada semua, bahawa dalam niat baik untuk menjadikan agama menarik dan mudah, membelakangkan disiplin ilmu akan merapuhkan tempat berdirinya agama. Sesungguhnya agama kita dibina di atas asas ilmu, membelakangkan ilmu …

Read More »