Home / Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran

Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran

Meninjau Eropah: Beragama Tanpa Tuhan

“Hidup ibn Sedar… jumpa Tuhan tak jumpa agama”, itu terjemahan ringkas saya terhadap kisah seorang lelaki di zaman Andalus. Namanya Hayy ibn Yaqdhan. Anak muda yang tercampak ke sebuah pulau asing, dan sejak kecil beliau membesar sendirian tanpa pernah bertemu dengan manusia lain. Ala-ala kisah Robinson Crusoekurun ke-18. Hayy ibn Yaqdhan tidak pernah tahu apa itu ‘agama’. Beliau membesar dengan belajar hukum alam di sekitarnya. Belajar mengajuk cakap binatang, belajar berkomunikasi dengan mereka dan dengan mematuhi hukum alam itu dia selamat. Tetapi di dalam diri Hayy, ada suatu unsur kuat untuk dia melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. …

Read More »

Bani Adam: Antara Khalifah Dan Makhluk Perosak Serta Penumpah Darah

“Sesungguhnya Aku jadikan di muka bumi Adam itu sebagai khalifah,” Allah memberitahu. “Mengapa Engkau jadikan di bumi itu seorang khalifah daripada jenis makhluk yang berisiko melakukan kerosakan di sana dan menumpahkan darah?” Malaikat bertanya. Pertanyaan Malaikat bukan membantah ketentuan Allah. Aqidah kita menetapkan sifat Malaikat itu adalah makhluk yang taat menurut perintah Allah. “… Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” [al-Tahrīm 66: 6] “Sedangkan kami para Malaikat adalah makhluk yang sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan kami sentiasa …

Read More »

Istiqamah Pasca Ramadan Demi Setia Dengan Kebenaran

“Hmm, buang masa sahaja kursus-kursus ni. Sedarnya seminggu dua sahaja, lepas itu balik jadi macam dulu-dulu juga!” keluh seorang pekerja yang pesimis dengan kursus yang dihadirinya. Dia tidak sedar, bukan hanya kursus buatan manusia itu sahaja yang berdepan dengan masalah pi mai pi mai tang tu ini. Hatta yang pergi Haji, sejauh mana dia mampu mengekalkan status ‘seperti bayi yang baru dilahirkan ibu’ kesan Hajinya itu hingga ke mati? Juga bagaimanakah pula dengan kursus intensif Ramadan buatan Allah ini? Tidakkah isu yang sama juga muncul? Soalnya bukan kursus buatan Allah atau kursus buatan manusia. Tetapi memang watak manusia itu, ada …

Read More »

Sembang Kerjaya: Bidang Syariah Bukan Pilihan Terakhir

Petikan akhbar The Star 2010 “Kenapalah kamu ambil Syariah? Nanti habis belajar nak kerja apa?” tanya salah seorang ahli keluarga saya. Saya hanya mendiamkan diri. Menelan sahaja persepsi umum yang dilontarkan kepada keputusan saya untuk menolak tawaran yang lebih lumayan Semasa mengisi borang UPU, saya memohon untuk menyambung pengajian dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam di dalam bidang Bahasa Arab Komunikasi di Jordan atau Maghribi. Ia adalah kali pertama JPA membuka tawaran untuk program ke Timur Tengah. Tetapi semasa temuduga, saya dimaklumkan yang keputusan peperiksaan SPM saya kurang satu syarat untuk melayakkan saya memohon bidang Bahasa Arab Komunikasi tersebut. JPA mensyaratkan …

Read More »

Bencana Membuat Modul Berteraskan al-Quran Tanpa Ilmu Alat

“Apa batasan untuk membina modul dengan menggunakan ayat al-Quran?” Salah seorang peserta bertanya. Kami berada di dalam program teknik membina modul yang saya dijemput menyampaikan sepatah dua kata. Pertanyaan beliau itu berat. Macam mana sekali pun, modul-modul yang mahu bersandar kepada al-Quran, adalah satu bentuk penafsiran al-Quran. Untuk menafsir al-Quran, syarat menafsir al-Quran teraplikasi. “Jika mahu gunakan ayat al-Quran secara langsung, sebagai dalil yang jelas kepada sesuatu isi, tidak mengapa. Misalnya semasa menyampaikan nasihat tentang berbuat baik kepada ibu bapa, kita bawakan ayat al-Quran surah al-Isra’ ayat ke-23. Tetapi jika ayat al-Quran itu mahu diolah, diekstrak sesuatu daripadanya, memerlukan proses …

Read More »

Jangan Kuduskan Ijtihad Politik

Semasa belajar sejarah di peringkat sarjana, antara yang saya perolehi daripada latihan akademik di situ ialah pentingnya mengikis kecenderungan meromantikkan sejarah, yang turut boleh berlaku ke atas ahli akademik. Meromantikkan sejarah akan menyebabkan kita menggambarkan sesuatu lebih daripada yang sebenarnya, dan menghalang diri daripada bersikap objektif terhadap persetujuan dan kritikan. Saya akui, di suatu ketika saya terlajak berani mewacanakan idea mengenai Sultan Muhammad al-Fatih dan Sultan Abdul Hamid II kerana menyangka pembacaan selama beberapa tahun itu sudah memadai untuk saya dapat melihat kebenaran. Hakikatnya masih banyak yang belum diketahui. Mengetahui apa yang sebelum ini tidak diketahui, memerlukan saya memperbaiki pendirian …

Read More »

Keraguan: Adakah Ia Jalan Islah?

  Perjalanan saya di dalam siri kuliah Modern History of Europe pada semester ini, menyebabkan saya banyak berfikir semula. Pengembaraan membongkar tingkah laku manusia semenjak di era pasca kejatuhan Constantinople pada tahun 1453, hinggalah kepada Eropah hari ini, menyebabkan saya jatuh kasihan kepada Eropah. Kasihan melihat suatu kumpulan manusia di bawah idea “Barat”, mencari jalan untuk cuba bertuhan dengan betul, tetapi asyik mengulangi pusingan kesilapan yang sama. Saya tidak lagi boleh bersetuju jika ada yang menegaskan kepada saya bahawa Eropah itu membuang tuhan, seperti yang saya percaya selama ini. Di sepanjang zaman Eropah yang dapat dikesan dari sejarah bertulis, hanya …

Read More »

‘Kemuliaan’ Seorang Peragu Kebenaran

“Ustaz, sekejap ustaz. Saya nak tanya soalan” seorang anak muda menahan saya. Beliau adalah salah seorang peserta dalam sebuah program Pre Departure yang saya kendalikan baru-baru ini. “Tadi ustaz ada sebut tentang kita tidak boleh ragu dengan al-Quran. Macam mana ya? Saya selalu juga ragu-ragu. Adakah salah?” tanya beliau. Pertanyaan yang sangat ikhlas, dan saya tidak memuji sesiapa melebihi penilaian Allah SWT yang Maha Mengetahui. “Oh, yang kita bincang tadi itu. Apa yang ustaz sebutkan tadi bukan begitu. Anta sudah tercampur aduk beberapa steps dalam perbincangan kita tadi” saya menyambut pertanyaan beliau. Di dalam sesi Kompas Kehidupan, saya sentuh tentang peri pentingnya …

Read More »

Isu Wahhabiyyah: Tingkap Yang Disangka Pintu

Apabila isu Wahhabiyyah timbul di tengah masyarakat hari ini, ia membawa saya mengimbau kenangan pahit saya melihat perpecahan yang menimpa pelajar Malaysia di Jordan pada akhir 90’an. Perbalahan tentang soal Salaf dan Khalaf telah mengucar kacirkan kehidupan pelajar dan ia terus berlarutan hingga ke hari ini. Pelajar boleh memanggil rakannya “hoi fasiq!” dan terlintas juga ketika itu, apakah yang bakal terjadi kalau penyakit ini dibawa pulang ke tanah air? Pada masa itu, saya bermastautin di Ireland dan datang ke Jordan pada musim panas. Di Ireland, saya ada seorang housemate berbangsa Perancis yang ketika itu baru 9 bulan memeluk Islam. Dia masuk Islam …

Read More »

Birgivi: Rendah Akhlaq Kerana Rendah Fikiran

  Abad ke-16 adalah abad cemerlang untuk Dawlah Uthmaniyyah. Banyak aspek ketamadunan yang mencapai ketinggian, mencapainya pada abad itu. Sultannya Suleyman al-Qanuni (Suleyman the Magnificent). Sheikh al-Islam pula Ebussuud Efendi. Senibina pula, pakarnya ialah Mimar Sinan. Ilmu pengetahuannya adalah Taşküprülüzâde. Demikian jugalah perihalnya dengan Barbaros Hayrettin Paşa (Khairuddin Barbarossa) dan tokoh-tokoh yang lain. Tetapi Imam Birgivi khuatir dengan kemerosotan akhlaq. Akhlaq bukan sekadar hal peribadi. Akhlaq, seperibadi mana pun ia, mempunyai hubungan unik dengan kondisi ummah. Benda kecil yang membentuk benda besar. Kalau tidak, masakan Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam mengaitkan bersahur lewat dan berbuka awal, dengan baiknya keadaan ummah. Maka, …

Read More »