Teringat saya kepada kekecohan di Jordan apabila kerajaan menaikkan harga roti ekoran kenaikan harga tepung gandum sedunia. Rakyat sungguh marah. Bukan setakat menjerit-jerit marah, mereka merusuh seluruh negara. Masih jelas di ingatan saya bagaimana pekan Karak dikelilingi kereta kebal untuk mengawal bangunan-bangunan strategik seperti bank, pejabat kerajaan dan balai polis. Tetapi, …