Wednesday, February 5th, 2025

Yearly Archives: 2016

July, 2016

June, 2016

May, 2016

  • 26 May

    Bencana Membuat Modul Berteraskan al-Quran Tanpa Ilmu Alat

    “Apa batasan untuk membina modul dengan menggunakan ayat al-Quran?” Salah seorang peserta bertanya. Kami berada di dalam program teknik membina modul yang saya dijemput menyampaikan sepatah dua kata. Pertanyaan beliau itu berat. Macam mana sekali pun, modul-modul yang mahu bersandar kepada al-Quran, adalah satu bentuk penafsiran al-Quran. Untuk menafsir al-Quran, …

  • 7 May

    Jangan Kuduskan Ijtihad Politik

    Semasa belajar sejarah di peringkat sarjana, antara yang saya perolehi daripada latihan akademik di situ ialah pentingnya mengikis kecenderungan meromantikkan sejarah, yang turut boleh berlaku ke atas ahli akademik. Meromantikkan sejarah akan menyebabkan kita menggambarkan sesuatu lebih daripada yang sebenarnya, dan menghalang diri daripada bersikap objektif terhadap persetujuan dan kritikan. …

April, 2016

  • 27 April

    Keraguan: Adakah Ia Jalan Islah?

      Perjalanan saya di dalam siri kuliah Modern History of Europe pada semester ini, menyebabkan saya banyak berfikir semula. Pengembaraan membongkar tingkah laku manusia semenjak di era pasca kejatuhan Constantinople pada tahun 1453, hinggalah kepada Eropah hari ini, menyebabkan saya jatuh kasihan kepada Eropah. Kasihan melihat suatu kumpulan manusia di …

  • 26 April

    ‘Kemuliaan’ Seorang Peragu Kebenaran

    “Ustaz, sekejap ustaz. Saya nak tanya soalan” seorang anak muda menahan saya. Beliau adalah salah seorang peserta dalam sebuah program Pre Departure yang saya kendalikan baru-baru ini. “Tadi ustaz ada sebut tentang kita tidak boleh ragu dengan al-Quran. Macam mana ya? Saya selalu juga ragu-ragu. Adakah salah?” tanya beliau. Pertanyaan yang …

  • 24 April

    Isu Wahhabiyyah: Tingkap Yang Disangka Pintu

    Apabila isu Wahhabiyyah timbul di tengah masyarakat hari ini, ia membawa saya mengimbau kenangan pahit saya melihat perpecahan yang menimpa pelajar Malaysia di Jordan pada akhir 90’an. Perbalahan tentang soal Salaf dan Khalaf telah mengucar kacirkan kehidupan pelajar dan ia terus berlarutan hingga ke hari ini. Pelajar boleh memanggil rakannya …

  • 20 April

    Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka

    https://www.youtube.com/watch?v=e8HtTb0Vk_o “Kamu boleh tak jangan buat bunyi macam tu?” tengking seorang wanita kepada anaknya. Matanya berkelip-kelip. Sesekali beliau mendengus dengan bunyi yang mengganggu. Seperti cengkerik pun ada. Geram juga si ibu melihat gelagat anak-anaknya. Dah jadi tabiat pula. Makin lama makin menjadi. Pada si ibu, mungkin anaknya mengada-ngada. Kalau tinggi …

Skip to content