Mengubah Musibah Menjadi Kebaikan

Suasana hari ini susulan tragedi malang di Christchurch New Zealand mengingatkan saya kepada pengalaman kecil semasa bertugas menjadi imam di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara lebih 15 tahun yang lalu.

Saya menjadi ‘imam muda’ yang tidak berpengalaman, mengendalikan sebuah komuniti Muslim yang rencam, sejurus selepas kejadian 11 September 2001. Saya mula bertugas pada 1 November 2001.

Saya tidak sempat untuk mencuba-mencuba strategi kerana sedari awal perkhidmatan, sudah terpaksa berdepan dengan cabaran dan tanggungjawab yang lebih besar daripada yang saya jangkakan. Berlaku beberapa insiden masjid kami dibaling dengan bata hingga pecah tingkap dan komuniti Muslim terutamanya wanita berhijab berhadapan dengan cacian di jalanan, ada yang diludah dan macam-macam lagi.

Ketika solat Jumaat, masjid dikawal oleh polis untuk keselamatan, dan kami bekerjasama rapat dengan pihak berwajib agar tiada kejadian buruk menyusul.

Pada masa itu, saya perlu berfikir (tidaklah bersendirian), apakah strategi yang lebih baik untuk mendepani keadaan yang mencemaskan itu. Adakah komuniti hendak diapi-apikan dengan ‘semangat Islam’? Tambahan pula pada masa itu Belfast masih baru menikmati ‘keamanan’ selepas zaman berzaman dibelenggu dengan perpecahan antara penduduk tempatan yang berbalah hingga mengorbankan nyawa. Bom sana bom sini, sebagaimana yang kita maklum tentang sejarah bandar di utara pulau Ireland itu.

KEKALAHAN PROPAGANDA

Kami memilih untuk bertenang, ingat mengingatkan agar tidak bertindak secara reaktif dan negatif. Ketika itu saya teringat kepada kisah Al-Tufayl ibn Amr al-Dawsi yang masuk ke Mekah dalam keadaan penduduk Mekah sibuk menabur propaganda bercerita yang bukan-bukan tentang Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam.

Daripada tidak tahu menahu mengenai Muhammad, beliau diberi amaran siap-siap tentang bahayanya Muhammad serta pengikutnya. Ketakutan yang mereka timbulkan ke atas Al-Tufayl ibn Amr al-Dawsi menyebabkan beliau menyumbat telinganya kerana tidak mahu mendengar ‘sihir’ perkataan Muhammad.

Tetapi Al-Tufayl ibn Amr al-Dawsi sedar beliau adalah manusia pintar dan boleh membuat keputusan sendiri. Mengapa harus percaya kepada propaganda Quraish tentang Muhammad ketika itu. Dengar sendiri dan fikir sendiri. Beliau membuka telinga dan mendengar sendiri, selanjutnya… termaktub kebaikan di dalam Sirah.

Ya….

Ketika itu… kebencian terhadap umat Islam membuak-buak. Media beratib siang malam pagi petang menimbulkan ketakutan, kemarahan dan kegelisahan masyarakat tentang Islam. Memang benar, ada yang terkesan dan bertindak agresif. Tetapi dalam skala yang lebih besar, ia adalah ‘promosi’ percuma mengenai Islam. Daripada ramai yang tidak tahu menahu mengenai Islam dan Muslim, ‘terpaksa’ tahu dan mengambil tahu. Walaupun ia mungkin bermula secara negatif, tindak balas kamilah yang menentukan sama ada kami menyambut keadaan itu secara negatif atau sebaliknya.

Teringat pesan Nabi sallallahu alayhi wa sallam:

ู…ูŽู†ู’ ุฑูŽุฃูŽู‰ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ูƒูŽุฑู‹ุง ููŽู„ู’ูŠูุบูŽูŠูู‘ุฑู’ู‡ู ุจููŠูŽุฏูู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุทูุนู’ ููŽุจูู„ูุณูŽุงู†ูู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุทูุนู’ ููŽุจูู‚ูŽู„ู’ุจูู‡ูุŒ ูˆูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ุฃูŽุถู’ุนูŽูู ุงู„ู’ุฅููŠู…ูŽุงู†ู

Maksudnya: โ€œBarangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.โ€ [Riwayat Muslim (78)]

Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam bukan meminta kita melawan, menyerang kembali, atau mencegah semata-mata. Sebaliknya perkataan yang dipakai adalah UBAH. Maka reaksi kita mestilah mempunyai elemen yang boleh mengubah masalah menjadi sesuatu yang baik, yang lebih baik dan bermanfaat.

Kami cuba bentuk imej masjid menjadi terbuka kepada ‘engagement’, mengalu-alukan tetamu, menyediakan bahan-bahan penerangan, dan sedikit demi sedikit ketakutan bertukar menjadi rahmat. Masjid dikunjungi tetamu saban hari. Sebahagian kecil memilih untuk bersama dengan Islam (Alhamdulillah). Namun sebagai anggota masyarakat, kami berhasil meramaikan jiran tetangga yang faham apa itu Islam, menghapuskan ketakutan mereka dan mewujudkan kehidupan yang positif untuk semua.

Masalah tetap ada, dan saya yakin masih ada di sana. Ia sunnah kehidupan.

Namun sekurang-kurangnya itulah usaha kecil kami ketika itu untuk tidak menyambut bencana dengan bencana. Sebaliknya berpegang dengan apa yang Allah sebut di dalam surah Fussilat ayat 33 – 36:

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (Q41 : 33)
Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Q41 : 34)
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (Q41 : 35)
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Q41 : 36)

HASRIZAL
OULU FINLAND

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share