“Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and Political Theory oleh J. Peter Euben. Naskhah terpakai buku lama ini saya beli semasa pesta buku TCD baru-baru ini. Corrupting Youth meneroka peranan pendidikan politik dalam budaya demokrasi dengan merujuk kepada falsafah …
Monthly Archives: March 2026
March, 2026
-
16 March
Gemuruh Jiwa di Gerbang Pendidikan Jalan Islah
Lima belas tahun yang lalu, saya naif. Naif tatkala membayangkan sistem pendidikan negara kita akan bertambah baik. Bukan sahaja bertambah baik, malah boleh menjadi yang terbaik. Semasa itu masalah pendidikan belum dirasa sistemik. Pemikiran saya sekadar berkisar bagaimana hendak menambah baik. Seawal memori 2006, saya sudah menangkap hasrat Kementerian Pelajaran …
-
13 March
Dari Era Sayyid Qutb ke Trump 2026: Wajah Amerika yang Tidak Pernah Berubah
Rancangan komedi bicara lewat malam televisyen Amerika Syarikat saban masa mentertawakan DJT dan regimnya. The Late Show with Stephen Colbert bercakap dan ketawa. Jimmy Kimmel Live! mengkritik dan ketawa. The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pun begitu juga. Saya tidak lagi pasti apakah ketawa itu semata-mata ketawa untuk bertenang menempuh …
-
12 March
Muslim: Antara Islam Allah dan Islam Kita
Mati syahid, tetapi ahli Neraka. Orang alim, tetapi ahli Neraka. Qari dan ahli al-Quran, tetapi ahli Neraka. Berharta lagi dermawan, tetapi ahli Neraka. Ia bukan kisah khayalan, bukan provokasi, bukan menakut-nakutkan. Ia amaran Allah ﷻ . Ia peringatan Nabi ﷺ . Ada garis halus antara menjadi Muslim isi, dan menjadi …
-
9 March
Pemergian Almarhum Prof Diraja Syed Muhammad Naquib al-Attas Rahimahullah
Hari ini, umat Islam telah kehilangan salah seorang pelopor intelektualnya yang ulung. Al-Allamah Prof. Diraja Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang ahli falsafah, ahli kalam (teologi), pendidik, dan pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), telah kembali menghadap Allah ﷻ pada 20 Ramadan 1447H, 9 Mac 2026. Sumbangan sepanjang hayat …