Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Naas, Ireland

Mengubah Musibah Menjadi Kebaikan

Suasana hari ini susulan tragedi malang di Christchurch New Zealand mengingatkan saya kepada pengalaman kecil semasa bertugas menjadi imam di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara lebih 15 tahun yang lalu. Saya menjadi ‘imam muda’ yang tidak berpengalaman, mengendalikan sebuah komuniti Muslim yang rencam, sejurus selepas kejadian 11 September 2001. Saya …

Read More »

(Artikel 2007): Kenapa Mahu Menjadi Doktor?

Kenapa anda mahu jadi doktor?” saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum. “Sebab minat biologi?” saya bertanya. Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu. “Sebab suka tolong orang?”saya terus bertanya. Ramai yang …

Read More »

‘Confirmation Bias’: Helah Minda Dalam Mencari Hujah

Credit Photo: Data Science Central Confirmation bias adalah ibu segala falasi, yang memberanakkan pelbagai bentuk falasi lain dalam kehidupan ini. Ia adalah kecenderungan kita mencari bukti-bukti yang menyokong pegangan sedia ada, dan bukannya memanfaatkan bukti-bukti yang ada untuk membuat rumusan secara objektif. Kalau sudah cenderung kepada suatu pegangan, berkemungkinan besar …

Read More »

Tangan Ibu

Memapah ke Syurga Saya pernah memegang tangan ibuJari telunjuk kanannya mengerasKerana banyak memegang pena Kilometrico dan ReynoldsMenanda buku latihan anak muridnyaDan buku rancangan mengajar hariannya. Saya pernah tidak suka dengan tangan ibuKerana tangan itu mematah batang ubiMenghambat saya di petang hariYang enggan pulang ke rumah walau sudah dinihariSibuk mengejar arnab …

Read More »

Sindrom Sheikh Saya Sahaja Yang Betul

Photo credit cindyswanslife.blogspot.com Al-Mawardi menceritakan bagaimana beliau melihat di dalam sebuah majlis ada seorang lelaki berdebat. Lawannya telah mendatangkan bukti dan hujah yang betul. Tetapi hujah tersebut dijawab oleh lelaki berkenaan: إنّ هذه دلالة فاسدة، و وجه فسادها أنّ شيخي لم ىذكرها وما لم يذكره الشيخ لا خير فيه “Sesungguhnya …

Read More »

(Artikel 2008) UJIAN: Antara Berani dan Bijaksana

“Syabas Ustaz kerana berani menyatakan pendirian. Jangan takut diugut. Jangan takut kehilangan rezeki!” pujuk pembaca. “Ayuh semua, gunakan amanah ilmu yang Allah berikan kepadamu untuk menentang kebatilan. Apa ditakut pada gertakan manusia!” semangat seorang lagii. Semenjak menulis dengan bahasa yang lebih telus, saya semakin kerap menerima saranan sedemikian rupa. Seolah-olah …

Read More »

Tidak Bersih Islam Dengan Kotor Muslim (Artikel 2008)

“Kita kena tunjukkan kepada orang-orang kafir yang kita orang Islam ini tidak semudah itu diperkotak-katikkan”, bentak seorang ‘pembela Islam’. “Ya, biar mereka tahu siapa kita!” tegas seorang yang lain. “Ajar kafir laknat tu!” berapi-apinya seorang ‘pahlawan Islam’ yang seorang lagi. Tunjukkan! Buktikan! Biar mereka nampak! Itulah kalimah yang sering diulang-ulang …

Read More »

“Sinun Khadda’ah”, Pascamodenisme dan Kemusykilan Paradigma Perubatan

“Pendusta dianggap benar” “Yang berkata benar dianggap pendusta” “Orang amanah dianggap khianat” “Orang khianat dipercayai” Hal ini berulang-ulang kali dibaca setiap kali kita melintasi pesanan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam berkenaan dengan tahun-tahun menipu (سنون خدّاعة) dan cabaran golongan al-Ruwaibidhah (الرويبضة). Peringatan itu berbunyi: عن أنس بن مالك قال …

Read More »

Mengembara, Usaha Melapangkan Jiwa dan Pemikiran

Baru-baru ini, saya telah dikunjungi oleh sekumpulan pelajar Malaysia yang menuntut di Turki. Mereka mewakili Jejak Europe untuk meninjau Finland dan kawasan Lapland, terutamanya dalam pemburuan Northern Light, atau aurora. SIRI 1 Kata-kata aluan 0:04 Pengalaman mengembara 0:26 Jangan kahwin awal sangat 0:35 Motif mengembara 1:03 Peluang berinteraksi 2:19 Jangan …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share