Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Naas, Ireland

Jangan Sampai Tiada Lagi Kebahagiaan Dalam Beragama

Pada tahun 2007, saya menulis artikel bertajuk MANHAJ SALAF DAN KRISIS KEPERLUAN HATI seperti yang saya sertakan di bawah. Ketika itu, saya merasakan fenomena “minta dalil” yang muncul secara agresif di dalam masyarakat, adalah satu bentuk ‘rasionalisme dalam beragama’ yang jika tidak diurus dengan baik, akan meresahkan ramai anggota masyarakat. …

Read More »

Kebangkitan Lelaki Sakit Eropah

“Kedai ini agaknya” saya berbisik. “Mungkin. Cubalah tanya” balas Wan. “Assalamualaikum, tuan” saya memberi salam. “Wa alaikum al-salam wahai Malizi. Ahlan wa sahlan. Silakan, silakan. Banyak buku baru yang diterbitkan tahun ini” kata tuan punya kedai berkenaan. “Saya sedang mencari sebuah buku. Tetapi buku ini agak susah hendak ditemui. Tetapi …

Read More »

Hari Pertama IBA Summer School di Istanbul

Pada masa ini saya sedang mengikuti program Summer School di Istanbul. Program selama tiga minggu anjuran Istanbul Bilimler Akademisi (IBA) ini memberikan kami peluang mengikuti kursus secara intensif mempelajari Bahasa Turki Uthmaniah (Osmanlica) iaitu bahasa Turki klasik yang ditulis di dalam huruf Arab, seperti mana yang digunakan oleh Daulah Uthmaniah, …

Read More »

Persinggahan Imam Mazhab di Serambi Kerajaan ‘Abbāsi

Bayt al-Hikmah [kredit foto: Wikipedia] Selain daripada perkembangan sains dan seni kesusasteraan, Daulah ‘Abbāsiyyah juga menyaksikan perkembangan yang rancak di dalam perkembangan bidang Fiqh.  Keempat-empat imam utama di dalam mazhab Fiqh memainkan peranan dan menyumbang secara signifikan di era awal pemerintahan Daulah ‘Abbāsiyyah. Akan tetapi, pergeseran di antara ‘ulama dan …

Read More »

Kembara Turki Bersama Anak-anak MTS

Di dalam kepala saya, ada kejanggalan yang perlu diuruskan bagi program kali ini. Bercerita tentang Turki, kepada pelajar Malaysia, yang belajar di Maahad Tahfiz Turki, di Malaysia. Kekok untuk saya menentukan lengguk. Tambahan pula saya memang sudah lama tidak berceramah kepada murid sekolah. Hari ini, saya berkesempatan untuk hadir memberikan …

Read More »

Derma Organ: Agar Kematian Tidak Mematikan Saya

MENGAPA SAYA MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PENDERMA ORGAN? Saya mendaftarkan diri sebagai penderma organ pada tahun 2007. Ketika itu saya bertugas sebagai kaunselor pesakit di Institut Jantung Negara (IJN). Saban hari saya melihat penderitaan pesakit, sebahagian daripada mereka menunggu pendermaan organ kritikal terutamanya jantung. Antara pesakit yang saya kenali pada masa …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share