Friday, December 5th, 2025

Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Berhati-hati Semasa Memaku Kehidupan

  “Penting sangatkah psikologi dalam mendidik anak-anak?” tanya seorang bapa. Antara soalan yang sering saya terima di hujung mana-mana sesi ceramah keibubapaan. Herdik. Tali pinggang. Rotan. Hanger baju! Sekeh dan lempang. Malah secara lisannya tengking, sindir dan perli. Semua itu biasa. Sangat biasa. Sebahagian daripada budaya masyarakat kita. Dan lanjutan …

Read More »

Bacalah: Supaya Jadi Hamba, Bukan Jadi Tuhan

Sekurang-kurangnya, ada dua jawapan yang boleh saya kongsikan, mengapa perintah Allah yang pertama kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam dan umat ini adalah “BACA!” Pertama, peralihan manusia daripada Tauhid kepada Syirik, adalah akibat agama berpindah daripada satu generasi ke satu generasi, bukan lagi dengan ILMU. Kisah lima berhala kaum Nabi Nuh ‘alayhi al-salam, …

Read More »

Siapa Lagi Yang Boleh Menegur Kita?

  Imam Birgivi banyak menegur rakan sekerjayanya. Agamawan seperti dia. Tegurannya kepada Ebussuud Efendi, Shaykh al-Islam ketika itu, adalah teguran demi kebenaran. Di dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah yang sempurna penulisannya kurang setahun sebelum Imam Birgivi kembali ke rahmatullah, beliau banyak mengingatkan alim ulama, agar bersungguh memelihara diri. Ilmu itu cahaya. Tetapi …

Read More »

Memahami Jurang Antara ‘Islam Sepatutnya’ Dengan ‘Islam Amalan’

Apabila saya belajar Syariah, saya belajar Islam versi Islam yang SEPATUTNYA. ISLAM SEPATUTNYA bermaksud, Islam sebagaimana yang diterangkan oleh teks. Nas al-Quran, nas al-Hadith. Bersama kupasan, analisis oleh para ilmuan Syariah sepanjang zaman. Seorang graduan Syariah seperti saya, serba sedikitnya arif tentang Islam sebagaimana yang sepatutnya diamalkan. Islam yang saya …

Read More »

Qawlan Sadīdā: Menyelamatkan Perkataan Daripada Kebengkokan

“Tahukah kamu, apa yang bakal aku perkatakan petang ini?” Nasrettin Hoca berucap di pentas. Ramai penduduk kampung berkenaan berhimpun untuk mendengar ucapan yang hebat dari pentas berkenaan. “Tidak tahu!” jawab orang kampung. “Aku tidak mahu bercakap dengan orang-orang jahil yang tidak tahu!” kata Nasrettin Hoca. Beliau turun dari pentas dan …

Read More »

The Otherness: Pengitlakan Istilah Mengundang Musibah

Nasrettin Hoca bertuah kerana telah dilantik menjadi Menteri Utama kepada Raja. Semasa mundar-mandir di istana, beliau ternampak sang Helang Diraja. Bertenggek megah. “Aku tidak pernah melihat burung merpati sebegitu rupa” rungut Nasrettin Hoca. Beliau mengeluarkan sebilah gunting dan mula menggunting-gunting pelepah sang Helang Diraja. Bulunya dinipiskan. Kukunya digunting pendek. Paruhnya …

Read More »

Catatan di Bumi Khalifah: Tragedi Penggulingan II Abdülhamit

SULTAN ABDUL HAMID II (Memerintah 1876-1909) “Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik?” saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6. “Kenapa?” cikgu bertanya balik kepada saya. “Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Atatürk yang pelik sikit” saya cuba mengungkapkan apa yang …

Read More »

Kucing Guru Bercerita Tentang Kebarangkalian Esokmu

Setiap kali mereka mahu bersembahyang di rumah ibadat itu, sang kucing menyelinap di celah-celah kaki mereka. Mengganggu fokus. Guru berpandangan, “ikat kucing berkenaan di tiang, sebelum kita memulakan sembahyang!” Anak murid bersetuju, kucing berkenaan diikat di situ. Demikianlah setiap kali mereka hendak beribadat,  di tiang yang sama sang kucing itu …

Read More »