Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Naas, Ireland

Sebuah Kemestian Bagi Misi Mustahil Semasa

Ia adalah jadual yang tidak masuk akal. Saya tiada pilihan kecuali terus berusaha dan sentiasa memastikan diri dekat kepada-Nya untuk mengekalkan kekuatan. La Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah. Doakan saya… JUMAAT (07/12/12) -Bahan Seminar Surah al-Hujuraat SABTU (08/12/12) Seminar Surah al-Hujuraat Ke KLIA Siap bahan siaran on air TV …

Read More »

Kuasa Sebenar: Antara Magis dan Kasih Sayang

“Tapi Abi, magic lagi hebat” Saiful Islam berdebat dengan saya. Tetap mahu membuktikan kuasa ILMU bukan kuasa yang diimpikannya. “Kenapa pula?” saya bertanya. “Ye la, dengan magic, kita boleh tukar dapat apa yang kita nak” hujahnya. “Yop memang percaya magic tu wujud ke?” saya mahukan kepastian. “Takde la. Saja je!” …

Read More »

VLOG: Petanda al-Kibr : Petikan Kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah

https://www.youtube.com/watch?v=drOw7SJtJZ8 Khusyuk mengkaji kedudukan hadith, sama ada ia sahih atau tidak. Khidmat yang besar buat umat. Tetapi kesibukan melayan tugasan menilai sanad hadith, seseorang itu boleh terlupa meninjau matan hadith. Bukan pada nas, tetapi isi kandungannya. Pengajarannya. Tempat di mana sunnah sebenar berada. Bisakah seorang pengkaji hadith tertipu dengan amalnya? …

Read More »

UPSR: Teruskan Perjalanan Sebagai Hamba Allah yang Berusaha

Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah 1987 di SRK Raja di Hilir Ekram, Ipoh Pada tahun 1986, saya mendapat 5A di dalam keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (sebelum ditukar kepada UPSR). Pada tahun 1996, sudah tiada siapa kisah dengan keputusan yang membanggakan itu. Pada tahun 2006, 5A itu sudah hampir luput …

Read More »

Anak-anak Adalah VIP Sebenar Hari Graduasi

Alhamdulillah. Hari ini adalah Graduation Day untuk anakanda Muhammad Imaduddin. Tahun ini beliau belajar di Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) berhampiran rumah kami untuk melengkapkan proses pembelajaran pra sekolahnya. Saya dan isteri memilih Montessori atas beberapa faktor. Imad sebagai kanak-kanak yang lahir di hujung tahun, secara semulajadi mudah berasa tertekan dengan rakan …

Read More »

Tidak Perlu Menjadi BoBoiBoy Untuk Hebat!

“Best kan? Kalau ada kuasa macam cerita BoBoiBoy?’ kata Imad. “Ha ah. Macam Gopal pun ok dah!” balas Saif. Kami sedang bersarapan pagi. Saya membaca jurnal di iPad, sambil meneman anak-anak yang rancak makan bihun. “Kenapa Allah tak bagi kita power macam BoBoiBoy kan?” sambung Imad lagi. Naurah dan Muiz …

Read More »

Gaza dan Doa Kita

Gaza bermandi darah lagi. Hujan peluru. Syuhada’… Syuhada’… Hati pedih, mulut mahu menjerit. Mahu menyumpah seranah Zionis. Mahu kongsi pelbagai pautan di Facebook dan Twitter. Tetapi saya rasa ia seperti tidak punya sebarang makna. Saya menjerit di perkarangan universiti di Jordan. Saya menjerit di kota Belfast, Ireland Utara. Zionis masih …

Read More »

Cara Kita Memandang Kanak-kanak

“Syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutamanya yang anak mereka ramai dan sudah dewasa” saya memulakan penyampaian. Syabas kerana, menjadi kebiasaan kita semasa anak seorang, kita sangat bersemangat mahu mendidik anak. Pelbagai teori mahu diguna pakai untuk memastikan tomei-tomei kita cemerlang. “Macam mana saya nak pastikan anak saya suka sembahyang, ustaz?” …

Read More »

Panduan Mengahwini Seorang Doktor

“Apa persediaan yang diperlukan untuk mengahwini seorang doktor?” seorang penghantar emel bertanya soalan. Jawapannya ada di dalam tiga buku yang telah saya tulis. Tetapi memberitahu begitu mungkin tidak membantu. Apa yang ingin disampaikan mungkin perlu diberitahu secara spesifik agar JELAS. Berikut adalah rumusan yang boleh saya fikirkan, apabila seseorang yang …

Read More »

Kenapa Ummi ‘Cuti’ Sembahyang?

“Abi, kenapa Ummi tak sembahyang?” tanya Saiful Islam. “Umi bercuti” saya menjawab. “Cuti apa?” tanyanya lagi. “Hmm, Allah sayangkan orang perempuan. Dia bagi orang perempuan cuti” saya menjawab. Seperti berdalih. “Kenapa pula Allah sayang orang perempuan sahaja?” setiap lanjutan pertanyaan bererti jawapan sebelumnya tidak sempurna. “Ok, Yop betul nak tahu?” …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share