Friday, December 5th, 2025

Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Ammar: Antara Tadbir Insani dan Takdir Ilahi

Cuaca hari itu sejuk mengigit diri. Salji turun tebal, melitupi bumi Istanbul semenjak beberapa hari. Ia waktu yang enak untuk sesiapa sahaja melenakan diri di bilik, berselimut, berbual-bual kosong bersama teman, menunggu Zohor, Asar, hingga tenggelam matahari dan sehari berlalu, seperti sehari sebelumnya. Namun bagi saya, setiap saat berada di …

Read More »

Persaudaraan Syaitan Bersyiarkan Halloween

“Imam, apa nasihat awak kepada anak-anak kami supaya mereka tidak sibuk menyambut Halloween hujung minggu ini?” tanya seorang bapa kepada saya. Beliau sedang menunggu Sunday School tamat tengah hari itu untuk mengambil si anak. “Sulit. Aktiviti membuat kostum, menyiapkan bakul gula-gula, melukis poster, mengukir labu, semua itu sangat menarik perhatian …

Read More »

Antara Kekuatan Amal Dan Retorik Kata

Semasa ucapan meninggalkan pejabat pada tahun 2004, Pakcik Mehmet Kayacan tidak menyebut sokongan beliau kepada calon yang bakal bertanding, sama ada calon partinya, AKP mahu pun parti lawan, MHP. Beliau hanya menyatakan bahawa, apa yang paling penting ialah berkhidmat untuk kebaikan penduduk Bolvadin. Sesuatu yang ditunaikannya sepenuh hati selama 10 tahun memegang …

Read More »

Mengapa Para Sultan Uthmaniyyah Tidak Mengerjakan Haji?

Kredit foto: Turkishairline.Com Sultan-sultan Uthmaniyyah boleh berperang hingga ke Mesir dan Austria, memakai gelaran Khadam Dua Tanah Suci dan memimpin kerajaan terbesar di dunia, tetapi tiada seorang pun yang menunaikan ibadah Haji, rukun Islam bagi setiap kita. Bagaimana boleh terjadi begitu? Apakah ini boleh dianggap sebagai salah satu bukti, betapa …

Read More »

Kebangkitan Lelaki Sakit Eropah

“Kedai ini agaknya” saya berbisik. “Mungkin. Cubalah tanya” balas Wan. “Assalamualaikum, tuan” saya memberi salam. “Wa alaikum al-salam wahai Malizi. Ahlan wa sahlan. Silakan, silakan. Banyak buku baru yang diterbitkan tahun ini” kata tuan punya kedai berkenaan. “Saya sedang mencari sebuah buku. Tetapi buku ini agak susah hendak ditemui. Tetapi …

Read More »

Hari Pertama IBA Summer School di Istanbul

Pada masa ini saya sedang mengikuti program Summer School di Istanbul. Program selama tiga minggu anjuran Istanbul Bilimler Akademisi (IBA) ini memberikan kami peluang mengikuti kursus secara intensif mempelajari Bahasa Turki Uthmaniah (Osmanlica) iaitu bahasa Turki klasik yang ditulis di dalam huruf Arab, seperti mana yang digunakan oleh Daulah Uthmaniah, …

Read More »

Persinggahan Imam Mazhab di Serambi Kerajaan ‘Abbāsi

Bayt al-Hikmah [kredit foto: Wikipedia] Selain daripada perkembangan sains dan seni kesusasteraan, Daulah ‘Abbāsiyyah juga menyaksikan perkembangan yang rancak di dalam perkembangan bidang Fiqh.  Keempat-empat imam utama di dalam mazhab Fiqh memainkan peranan dan menyumbang secara signifikan di era awal pemerintahan Daulah ‘Abbāsiyyah. Akan tetapi, pergeseran di antara ‘ulama dan …

Read More »

Derma Organ: Agar Kematian Tidak Mematikan Saya

MENGAPA SAYA MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PENDERMA ORGAN? Saya mendaftarkan diri sebagai penderma organ pada tahun 2007. Ketika itu saya bertugas sebagai kaunselor pesakit di Institut Jantung Negara (IJN). Saban hari saya melihat penderitaan pesakit, sebahagian daripada mereka menunggu pendermaan organ kritikal terutamanya jantung. Antara pesakit yang saya kenali pada masa …

Read More »

Memberi, Menambah Makna Kepada Diri

kredit foto: alegacyofgiving.org “Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu. Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi. Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya. Pergi bercuti sepuas …

Read More »