“Bagi sini tangan kamu!” cikgu bahasa Inggeris yang garang itu memberi arahan. Si murid terketar-ketar menghulurkan tangannya. “Tangan ini tidak serik-serik mengeja bag sebagai beg. Ini bahasa Inggeris. Bukan bahasa Melayu!” tegas guru berkenaan. Tangan buat salah, tangan kena ketuk dengan pembaris. Tidak dengar cakap, telinga kena pulas. Bercakap biadab, …
Read More »Mulut dan Tangan Buat Jahat, Kenapa Ubun-ubun Yang Bersalah?
Apabila Firaun umat ini, si Abu Jahal, berbuat jahat menghalang Nabi Muhammad ﷺ bersolat dan cuba memukul baginda, Allah memberi amaran untuk merentap ubun-ubun penjahat itu. Malah ubun-ubun itu berdusta. Ubun-ubun itu bersalah. Kenapa ubun-ubun? Firman Allah SWT: كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ نَاصِيَةٍۢ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ Jangan sekali-kali berlaku …
Read More »Beraya Dengan Mengutamakan Kesihatan Mental dan Emosi (Stress Free Eid)
Assalamualaikum sahabat semua. Eid Mubarak. Mari kita utamakan apa yang utama agar sumber tekanan dan kegelisahan dapat kita singkir daripada mengganggu kehidupan. Tak sempat masak, tak sempat gantung langsir, malah tak sempat solat raya, atau terlupa bayar zakat sekali pun, kita move on. Teringat saya, seorang wanita mengadu kepada Nabi …
Read More »Gangguan Mental Maknanya Iman Lemah?
Walaupun perbincangan mengenai kesihatan mental semakin baik kebelakangan ini, reaksi daripada kita umat Islam masih tidak begitu menggalakkan. Sebahagian menganggap ia sebagai simptom kelemahan iman. Manakala sebahagian lain pula menafikan peranan intervensi sama ada dalam bentuk terapi mahu pun perubatan. Isu kesihatan mental dianggap sesetengah sebagai rekaan ‘Barat’. Islam telah …
Read More »ADHD dan Kesihatan Mental di Belakang Salah Laku Jenayah
Saya juga sama seperti kebanyakan anda, mengenal Yasin Sulaiman sebagai artis nasyid tanahair. Lama, semenjak di bangku sekolah lagi. Cuma saya berpeluang sekali bersemuka dengan beliau pada tahun 1992 di SMKA Kedah. Yasin mewakili negeri Selangor di dalam acara Hafazan al-Quran dan saya pula mewakili negeri Perak di dalam Syarahan …
Read More »Botol Hydracy Untuk ADHD Dewasa
Botol Hydracy ini lut cahaya untuk saya nampak air di dalamnya. Ia juga mempunyai penanda masa dan kuantiti untuk bantu kita sedar berapa banyak yang sudah diminum dan berapa banyak yang berbaki. Bersesuaian untuk orang macam saya yang kena ‘offload‘ working memory ke luar agar ia visual dan boleh membantu. …
Read More »Cabaran Ramadan dan Strategi ADHD Dewasa
Di bulan Ramadan, sahabat-sahabat yang mempunyai ADHD mungkin berdepan dengan cabaran unik berkaitan dengan impairment masing-masing. Saya juga menghadapinya. Di dalam video ini saya kongsikan beberapa isu yang perlu saya cari jalan bagaimana cabaran itu boleh diatasi. Antaranya: 1. Mengambil stimulant pada jam yang tidak ideal. Saya mengambilnya sejurus sebelum …
Read More »13 Strategi Keibubapaan Untuk Anak ADHD di Bulan Ramadan
Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini meminta pandangan bagaimana untuk beliau menguruskan anaknya, seorang ADHD, untuk berpuasa di bulan Ramadan. Anaknya awal-awal lagi sudah menyatakan keengganannya berpuasa di bulan Ramadan. Pada usia kanak-kanak, sebelum aqil baligh, Allah belum menjadikan ibadah puasa itu wajib ke atas si anak. Justeru, puasa di …
Read More »Gangguan Regulasi Emosi (Emotional Dysregulation)
Emotional dysregulation atau gangguan regulasi emosi adalah cabaran besar yang dihadapi oleh ramai ADHD dewasa. Seorang yang mengalaminya merasai emosi-emosi biasa orang lain (sedih, marah, gembira dan sebagainya), tetapi mereka sukar mengendalinya dengan baik. Apabila marah, mudah menjadi sangat marah dan sukar meredakan kemarahan itu. Ia bukan ‘mainan perasaan’. Sebaliknya …
Read More »Bolehkah Murid Finnish Ketawa Dengan Jenaka Bahasa Arab?
Seorang Arab dari Jordan berjumpa dengan seorang Arab dari Sudan. Sama-sama Arab. Arab Jordan itu ingin memulakan perbualan. Beliau bertanya, “ish lownak (إيش لونك)?” Arab Sudan itu bulat matanya. Ditumbuknya Arab Jordan tersebut lalu menjawab, “aswad (أسود)!” “Kalian tahukah kenapa kejadian itu berlaku?” saya bertanya kepada murid-murid Finnish di kelas …
Read More »