BIODATA PROGRAM

Hasrizal Abdul Jamil berasal daripada Ipoh, Perak.  Beliau seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion di Belfast Islam Centre di bawah tajaan The Al-Maktoom Foundation, UAE di samping bertugas sebagai Muslim Chaplain di The Queen’s University, Ireland Utara.

Kini, beliau sekeluarga bermastautin di Naas, Republic of Ireland. Terdahulu, beliau berada selama beberapa tahun di Oulu, Finland untuk menerima latihan ilmiah dan industri di bidang Learning, Education and Technology serta Educational Entrepreneurship. Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School (Rendah) dan Khalifah Model School (Menengah).

Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara pada tahun 2018-2019 yang berperanan menyemak dan menganalisis kurikulum dan sistem Pendidikan Negara untuk penambahbaikan bersama  12 orang pakar pelbagai bidang yang telah dilantik sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu, YB Dr. Maszlee Malik.

Selain kegiatannya yang aktif dalam relung pendidikan, Hasrizal terlebih dahulu dikenali sebagai seorang penulis yang prolifik terutamanya melalui blog utama beliau www.saifulislam.com.

Karangan yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu adalah Aku Terima Nikahnya yang diterbitkan pada tahun 2008. Sehingga kini, 21 buah buku telah beliau karang. Penulis juga aktif berkongsi pelbagai renungan di samping travelog hidupnya di Facebook (@hasrizalabduljamil), Twitter (@hasrizal2020), Instagram (@iamhasrizal) dan Youtube (@iamhasrizal).

Karya-karya lain oleh penulis:

  1. ERTI BERAGAMA YANG HILANG  | Publication date January 2021| Iman Publication
  2. MÄ OON RIZAL: CIKGU MALAYSIA DI FINLAND | Publication date August 28, 2020 | Jejak Tarbiah
  3. DIARI ABAH | Publication Date 1 June 2020 | Yayasan Pendidikan Khalifah
  4. TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 | Publication date 20 April 2020 | Saifulislam.Com
  5. SENI BERFIKIR YANG HILANG | Publication date January 17, 2020 | Iman Publication
  6. JALAN SEHALA  | Publication date May 1, 2019 | Jejak Tarbiah
  7. ​RISALAH MALAYSIA MEMBACA  | Publication date May 1, 2019 | Jejak Tarbiah
  8. HIKMAH & KARAKTER: Iktibar Pendidikan Daripada Nasihat-Nasihat Luqman al-Hakim | Publication date Oct 1, 2018 | Abideen Books
  9. Reviving the Spirit of Ramadan: Beyond Do’s and Don’ts | Publication date Jun 5, 2017 | Abideen Publishing
  10. Setia Dengan Kebenaran | Publication date Apr 23, 2017 | Jejak Tarbiah
  11. Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi | Publication date May 2014 | Karya Bestari (Karangkraf)
  12. Tak Kenal Maka Tak Cinta | Publication date Apr 2014 | PTS
  13. Erti Hidup Pada Memberi | Publication date Apr 2013  | Galeri Ilmu Sdn Bhd
  14. Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu | Publication date Mar 2012 | Galeri Ilmu Sdn Bhd
  15. Aku Terima Nikahnya [Edisi Istimewa] | Publication date Apr 2011 | Galeri Ilmu Sdn Bhd
  16. Murabbi Cinta | Publication date Apr 2010 | Galeri Ilmu Sdn Bhd
  17. Secangkir Teh Pengubat Letih | Publication date Apr 2010 | Galeri Ilmu Sdn Bhd
  18. Transformasi Ramadan | Publication date Apr 2010 | Galeri Ilmu Sdn Bhd
  19. Bercinta Sampai ke Syurga | Publication date Apr 2009 | Galeri Ilmu Sdn Bhd
  20. Rindu Bau Pohon Tin | Publication date Apr 2009 | Galeri Ilmu Sdn Bhd
  21. Aku Terima Nikahnya | Publication date Apr 2008 | Galeri Ilmu Sdn Bhd
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share